The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izwani.zafika97, 2021-10-06 09:15:34

KERJA LAPANGAN

KERJA LAPANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PAKA
23100 PAKA, TERENGGANU

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI PERUMAHAN TIARA PAKA,23100
DUNGUN,TERENGGANU

NAMA : NUR INSYIFA BATRISYIA BINTI MOHD FIKRI

TINGKATAN : 1 INOVATIF

NAMA GURU: CIKGU RODZITA BINTI HUSAIN

PERANCANGAN KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI

1 22/9/2021 Menerima tajuk tugasan Geografi daripada cikgu Rodzita.

(Rabu) Serta mendengar taklimat tentang kerja lapangan daripada

cikgu Rodzita.

2 Berbincang dengan guru Geografi iaitu cikgu Rodzita

mengenai kehendak kerja lapangan 2021

3 26/9/2021 Mencari maklumat mengenai jenis,kesan dan langkah

(Ahad) pengurusan sisa domestik.

4 2/10/2021 Memproses data dan maklumat
(Sabtu)

5 15/10/2021 Menulis laporan tentang pembuangan sisa domestik.
(Selasa)

6 8/10/2021 Melengkapkan senarai kandungan dan perancangan kerja.
(Jumaat)

7 10/10/2021 Menyerah tugasan kepada guru
(Ahad)

(1)

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN
1 PENGHARGAAN 1
2 PENDAHULUAN 2
3 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 KAWASAN KAJIAN 4
5 PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN 5
6 KAEDAH KAJIAN 6
7 HASIL KAJIAN 7-8
8 RUMUSAN 9
9 RUJUKAN 10
10 LAMPIRAN 11

(2)

PENGHARGAAN

Alhamdulilah dan bersyukur kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya
dapat saya menyiapkan kerja kursus Geografi bagi memenuhi kriteria saya sebagai
seorang pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2021 dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya Nur Insyifa Batrisyia Binti Mohd Fikri ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Cikgu Rodzita mata pelajaran Geografi saya, di atas tunjuk ajar tanpa
putus asa kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi dorongan dan galakan
demi memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.

Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah
banyak memberikan informasi dan maklumat yang sewajarnya kepada saya bagi
menyempurnakan kerja kursus di waktu PDPR ini.

1

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi. Tajuk kerja lapangan saya ialah
pembuangan sisa domestik. Saya telah memilih Perumahan Tiara Paka. Sebab
pemilihan Perumahan Tiara Paka sebagai kawasan kajian saya kerana ia
berhampiran rumah saya. Tempoh kajian saya ialah selama 3 minggu.

2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah:
a. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Perumahan Tiara Paka.
b. Menjelaskan kesan pembungan sisa domestik di Perumahan Tiara Paka.
c. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
bijaksana di Perumahan Tiara Paka.

3

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Perumahan Tiara Paka. Ia terletak di daerah
Dungun Negeri Terengganu. Jarak kawasan ini dari rumah saya ialah 2.1 km.
Masa perjalanan ke Perumahan Tiara Paka kira-kira 3 minit. Pandang darat
fizikal yang ada disini termasuk : Hutan,Paya dan Rumput. Pandang darat
budaya yang ada disini termasuk : Jalan raya, Masjid, Pertempatan dan
Sekolah.

4

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

5

KAEDAH KAJIAN

A.Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 26/9/2021 jam 5.00
petang untuk mengkaji dan mengumpul maklumat. Tujuan saya mengumpulkan
maklumat tentang Perumahan Tiara Paka adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis
sisa domestik di kawasan ini. Saya telah catatkan apa yang diperhatikan dalam buku
catatan.
B.Rujukan
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang kesan-kesan sisa
domestik. Selain ini, saya juga telah merujuk kepada buku teks Geografi dan bahan
rujukan yang lain juga untuk mendapatkan maklumat tentang sisa domestik.

6

HASIL KAJIAN

Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Perumahan Tiara paka 23100
Paka,Dungun, Terengganu.

Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah bahan-bahan buangan yang dibuang
di kawasan Perumahan Tiara Paka seperti sisa makanan,botol plastik, kertas dan
bahan logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau ejen,
lebihan racun atau hampas organik.

Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Perumahan Tiara paka 23100 Paka,
Dungun.Terengganu

Menurut perhatian saya, sisa domestik yang terdapat di kawasan Perumahan Tiara
Paka terdiri daripada bahan organik seperti sisa makanan dan kertas. Sisa bukan
organik pula seperti tin, plastik,besi buruk dan kaca.Sisa domestik dikawasan ini
juga terdiri daripada sisa pepejal seperti sisa makanan, plastik,kertas,logam,perabot
dan lampin pakai buang. Manakala sisa cecair seperti minyak masak dan
kumbahan.

Kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Perumahan Tiara Paka
A.Pencemaran
Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, kesan pembuangan sisa domestik yang
dialami oleh penduduk disini ialah pencemaran. Jenis pemcemaran yang dialami
termasuk pencemaran air, bau dan udara. Sumber air tercemar berlaku apabila
sampah sarap dibuang kekawasan sumber air. Pencemaran bau berlaku disebabkan
timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik.Pencemaran udara pula
berlaku disebabkan pembakaran sisa domestik.

7

B.Wabak Penyakit

Berdasarkan kajian saya penduduk turut menghadapi masalah seperti wabak
penyakit dipersekitaran Perumahan Tiara Paka. Sisa pembuangan sampah secara
langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh
haiwan seperti tikus,lipas dan lalat. Sebagai contoh penyakit taun,demam
denggi,malaria,zika dan rotavirus.

C.Banjir kilat

Selain itu juga, penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya banjir kilat.
Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah kedalam
longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan
lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat
berlaku.

Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara
bijaksana

A.Amalan 3R

Amalan 3R iaitu (Recyle,Reuse,Reduce).Amalan ini dapat mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang serta dapat menjimatkan wang penduduk.

B.Gotong-royong

Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan,badan bukan kerajaan
(NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.Kempen-kempen
dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial. Jabatan alam sekitar
telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam
Sekitar,Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.

C.Penguatkuasaan undang-undang

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan
sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan
untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672) dan Akta Pengerusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan
baik dan sistematik.

8

RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan,saya telah menemui sisa domestik di kawasan
Perumahan Tiara paka ialah sisa pepejal dan sisa cecair. Saya juga mengetahui
kesan pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran, wabak penyakit dan banjir
kilat. Langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang bijaksana ialah membuang
sampah di dalam tong sampah kitar semula. Dengan itu saya berharap kesan
pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawasan Perumahan Tiara paka.

9

RUJUKAN

Buku teks
Hisyam Azman Bin Ibrahim Mohamad Khairun Fitri Bin Ahmad,2017,Geografi
tingkatan 3, ERA VISI SDN.BHD.
Internet
Pencemaran alam sekitar :
https://www.permohonan.my/pencemaran -alam- sekitar/.
Kepentingan Pengasingan Sisa-sisa Pepejal:
https://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-pepejal-kepada-
kesihatan-awam/.
Pentingnya Menjaga Alam Sekitar:
https://amirulazmi.weebly.com/kenapa-pentingnya-penjagaan-alam-sekitar.

10

LAMPIRAN
11


Click to View FlipBook Version