INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. EDUP3153 Nama : NUR IZZATUL AISYAH BINTI ROSDI No. K/P : 031022030334 Angka Giliran : 2021202340245 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.07 Nama Pensyarah : PUAN HALIZA BINTI HUSSEIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: aisyah Tarikh : 19 Mac 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:aisyah Tarikh: 21 Mac 2024
i BIODATA
ii INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR BIODATA SISWA GURU NAMA SISWA GURU NUR IZZATUL AISYAH BINTI ROSDI NOMBOR KAD PENGENALAN 031022-03-0334 ALAMAT SEMASA LOT 758, LORONG HAJI ALI, KAMPUNG TAPANG, 15200, KOTA BHARU, KELANTAN NOMBOR TELEFON 019-2545891 EMEL [email protected] AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH PUAN HALIZA BINTI HUSSEIN
iii PENGHARGAAN Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur ke atas Ilahi dengan limpah rahmat serta masa, nyawa dan tenaga dapat juga saya menyempurnakan pentaksiran berterusan EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan dalam waktu yang ditetapkan. Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff merangkap Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dihormati Puan Haliza binti Hussein, pensyarah Kursus EDUP3152 Pentaksiran dalam Pendidikan kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang baik sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya amat berterima kasih kepada perpustakaan Institut Pendidikan Guru Pendidikan Islam iaitu Pusat Sumber Al-Ghazali kerana banyak menyediakan sumber dan bahan- bahan maklumat bagi saya menyiapkan tugasan. Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Unit Pusat Sumber Puan Maryati binti Mohd Amin yang sentiasa memastikan perpustakaan dipenuhi dengan buku-buku yang dapat membantu saya menyiapkan tugasan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya Allahyarham Haji Rosdi bin Hamzah dan Roslilawati binti Ab Rahim kerana telah menjadi penguat semangat dan tulang belakang saya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang tidak lokek dalam berkongsi sumber rujukan dan nota. Mereka membantu saya dengan menerangkan setiap persoalan yang saya ajukan pada mereka dengan baik. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyempurnakan pentaksiran berterusan ini. Sekian terima kasih.
iv ISI KANDUNG PENGHARGAAN iii ISI KANDUNG iv 1.0 PENGENALAN 2 2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF 4 2.1 Pembentangan Lisan 4 2.1.1 Kelemahan Pembentangan Lisan 4 2.2 Pentaksiran Berterusan 5 2.2.1 Kelemahan Pentaksiran Berkumpulan 5 2.3 Rubrik 6 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN 8 3.1 Penilaian Rakan Sebaya 8 3.2 Senarai Semak 8 4.0 PENUTUP 9 RUJUKAN LAMPIRAN
1 1.0 PENGENALAN
2 1.0 PENGENALAN Pada tahun 2017, KSSR melalui fasa penambahbaikan secara berperingkat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan Surat Pekeliling Iktisas KPM Bil. 8 Tahun 2016. Hal ini bertujuan untuk memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025) bagi menyediakan murid yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21 selain membolehkan mereka menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Naza Idris (2016), antara perkara yang telah ditambahbaik ialah dari segi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran untuk memastikan murid dapat menguasai pengetahuan,kemahiran dan nilai yang sesuai dengan keperluan semasa dalam menghadapi cabaran pada dunia moden. Dalam penambahbaikan ini, KSSR mengangkat peranan pentaksiran untuk pendidikan. Guru memainkan peranan yang sama rata dalam pengajaran dan pentaksiran kerana kedua-dua proses ini bergerak seiring. Pemilihan instrumen pentaksiran yang sesuai sangat penting kerana guru perlu mendapatkan maklumat mengenai penguasaan murid, mengenalpasti tahap penguasaan mereka dan membuat pertimbangan dengan wajar agar prestasi murid yang direkod serta dilaporkan mewakili prestasi sebenar mereka. Antara instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Apabila guru membuat pentaksiran maka guru boleh gunakan maklumat tersebut untuk menambahbaik pengajaran guru dan pembelajaran murid (Black & Wiliam, 2010). Dalam pentaksiran bilik darjah(PBD) ini, ia dijalankan dalam dua bentuk iaitu bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif berlaku dalam dua keadaan iaitu secara spontan dan secara terancang(Cook, 2009). Pentaksiran formatif secara spontan berlaku secara lansung apabila guru menyedari gerakan badan yang menunjukkan bahawa murid itu tidak memahami sesuatu topik yang diajar, guru meminta murid memberi contoh mengenai pelajaran yang diajar atau berlaku sesi soal jawab semasa sesi PdP. Manakala sumatif pula dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Kesimpulannya, pentaksiran bilik darjah(PBD) berfungsi sebagai tiket yang memaklumkan kepada guru tahap penguasaan semasa murid dalam topik yang diajar. Ia turut memberi maklumat kepada guru sama ada pengajaran yang dijalankan berkesan atau tidak serta membolehkan murid mengesan tahap pemahaman mereka sendiri dalam topik yang diajar (Wylie et al., 2009). Pada bab seterusnya, penilaian terhadap instrumen PBD akan dilakukan secara terperinci.
3 2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF
4 2.0 JUSTIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran alternatif adalah satu pentaksiran yang dilakukan oleh guru secara terancang selain daripada peperiksaan berpusat. Pada bab ini, penilaian terhadap instrumen pentaksiran alternatif akan dilakukan secara terperinci berdasarkan rancangan pengajaran harian dan rubrik yang dilampirkan pada lampiran 1 dan lampiran 4. 2.1 Pembentangan Lisan Pentaksiran pembentangan lisan merupakan pentaksiran jenis lisan yang boleh berlaku sama ada secara rawak ketika proses PdP berlansung atau secara terancang. Pentaksiran ini boleh dilakukan dalam bentuk soal jawab mahupun kuiz yang diajukan oleh guru. Merujuk pada lampiran 1 iaitu pada langkah 1 guru merancang untuk melakukan proses pentaksiran pembentangan lisan di mana guru akan memilih beberapa orang yang dikehendaki untuk membaca sajak “Seruan Alam” di hadapan kelas. Di sini, pentaksiran sebegini amat penting kepada guru kerana guru dapat menilai murid yang telah terpilih untuk mendeklamasikan sajak. Melalui pentaksiran ini, guru boleh melihat sejauh mana murid yang mendeklamasikan sajak itu mahir untuk mendeklamasikannya. Hal ini demikian kerana, apabila murid itu mendeklamasikan sajak, guru boleh menilai kemahiran membaca murid itu adakah murid itu berada pada tahap yang lemah, sederhana atau cemerlang melalui kelancaran murid itu mendeklamasikan sajak. Bukan itu sahaja, guru juga boleh mengukur adakah cara murid itu mendeklamasikan sajak bertepatan dengan objektif yang harus dicapai di mana objektif tersebut menekankan bahawa murid harus mempersembahkan sajak “Seruan Alam” dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Jelaslah bahawa pada langkah 1 ini ia amat tepat dari segi kemahiran fokus iaitu kemahiran membaca serta langkah 1 ini juga mencapai objektif yang pertama. 2.1.1 Kelemahan Pembentangan Lisan Bagi menjalankan pentaksiran pembentangan lisan ini sudah tentu terdapat beberapa kelemahan yang didapati sepanjang pentaksiran ini dijalankan. Antara kelemahan yang didapati sepanjang pentaksiran ini berlansung adalah hanya guru sahaja yang terlibat dalam membetulkan sebutan intonasi dan nada murid yang mendeklamasikan sajak sebagaimana yang dinyatakan di dalam lampiran 1 pada langkah 1. Di situ, guru tersebut tidak menekankan penglibatan aktif semua murid di dalam kelas kerana murid hanya sekadar mendengar sajak yang telah dideklamasikan dan mendengar sahaja pembetulan daripada guru. Selain itu, ketidakterlibatan aktif semua murid ini juga dapat dilihat ketika guru memilih murid yang bertuah sahaja melalui kayu nama ajaib untuk mendeklamasikan sajak. Oleh itu, untuk menguji kemahiran membaca sajak bagi semua murid tidak
5 berlaku secara menyeluruh kerana murid yang bertuah sahaja yang akan terpilih. Kesannya, akan terdapat segelintir murid yang tidak terpilih akan bersifat seperti lepas tangan yang akhirnya membawa kepada guru tidak dapat untuk mengesan dengan baik murid yang manakah yang menguasai kemahiran membaca sajak secara terperinci. 2.2 Pentaksiran Berkumpulan Pentaksiran berkumpulan adalah pentaksiran jenis kaedah permehatian yang menekankan kolaboratif, kerjasama dan pertandingan antara kumpulan. Merujuk pada lampiran 1 langkah 2, guru merancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk melakukan pembentangan jawapan ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam secara berkumpulan. Di dalam pentaksiran ini, guru boleh mengukur dan meransang pemikiran kritis pelajar kerana setiap murid dalam kumpulan itu perlu berkolaboratif dan bekerjasama mendapatkan jawapan yang tepat dalam memanifestasi ilmu dan nilai yang terdapat di dalam sajak. Dalam mendapatkan jawapan untuk memanifestasi ilmu dan nilai sajak, mereka perlu melakukan komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan agar setiap jawapan yang dihasilkan adalah tepat dan eksplisit dengan rubrik. Melalui pentaksiran ini juga, guru mampu untuk mengesan sejauh mana murid mampu menggunakan daya pemikiran mereka dalam memanifestasi maksud sajak serta, adakah murid-murid ini sudah mencapai objektif yang kedua yang telah dinyatakan iaitu murid dapat mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul. Jelaslah bahawa, melalui pentaksiran berkumpulan ini ia amat tepat untuk dilaksanakan oleh guru ini dan ia juga mencapai objektif yang kedua iaitu mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul. 2.2.1 Kelemahan pentaksiran berkumpulan Kelemahan guru ketika melakukan pentaksiran berkumpulan ini adalah guru tidak menyediakan ruang untuk menulis evidens secara bertulis sebagai bukti sejauh mana murid berupaya untuk menguasai kemahiran membaca ketika murid membentang hasil kerja ahli kumpulan mengenai nilai dan ilmu yang terdapat dalam sajak. Guru hanya mendengarkan jawapan murid dan tidak menulis sebarang komen sebaliknya guru terus menetapkan tahap penguasaan(TP) murid. Kesannya, apabila tahap penguasaan(TP) diberikan , tahap itu boleh dipertikaikan kerana tidak mempunyai bahan bukti yang kukuh. Malahan, apabila guru tidak menyediakan evidens secara bertulis, guru tidak akan mengingati dengan jelas dan tepat kelancaran kemahiran membaca bagi setiap ahli kumpulan sekiranya tiada rekod secara bertulis. Kesannya, guru tidak akan berupaya untuk melakukan pembaharuan dalam proses PdP, melakukan alternatif yang sesuai dengan tahap penguasaan murid dan tidak boleh mencari aktiviti pengukuhan untuk mengukuhkan lagi murid terhadap sesuatu topik. Bahkan, dalam
6 pentaksiran berkumpulan ini juga, ia tidak menerapkan elemen berdaya saing dalam diri murid. Hal ini demikian kerana, dalam pentaksiran tersebut, guru tidak memberikan penghargaan kepada kumpulan yang dapat mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam itu. Kesannya, mereka tidak akan bekerjasama dengan baik, tidak tbersama-sama memberikan pendapat, tidak membantu rakan yang akan membentang kerana mereka memandang pentaksiran sebegini bukan sebagai bentuk berdaya saing. 2.3 Penggunaan Rubrik Rubrik digunakan oleh guru untuk memeriksa sejauhmanakah pelajar dapat mencapai kriteria yang ditetapkan dalam pentaksiran yang dijalankan (Reddy, 2011). Berdasarkan lampiran 4, rubrik telah digunakan dalam pengajaran ini untuk memeriksa sejauhmanakah pelajar mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Jika dilihat pada rubrik tersebut, rubrik yang digunakan adalah tepat dan eksplisit untuk mengukur Standard Pembelajaran iaitu membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. Guru yang membina rubrik tersebut mengukur Standard Pembelajaran dengan sangat tepat apabila rubrik itu mencerakinkan satu per satu standard pembelajaran itu di mana murid dapat mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai, mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul dan tepat serta gaya penyampaian. Penggunaan rubrik dalam pengajaran ini membantu guru untuk menilai tahap penguasaan murid itu dengan sangat terperinci dan tepat. Bahkan, apabila guru menggunakan rubrik juga, tidak akan timbul masalah berat sebelah kerana semua pemberian tahap kepada murid perlu mengikuti rubrik ini. Bukan itu sahaja, penggunaan rubrik juga membantu guru untuk nampak dengan mudah tahap penguasaan murid itu berada pada skala berapa kerana guru itu perlu rujuk pada rubrik sahaja. Kesannya, apabila guru boleh nampak dengan jelas tahap penguasaan bagi setiap murid berada pada tahap yang rendah atau cemerlang, maka guru itu boleh melakukan refleksi kendiri. Refleksi kendiri bermaksud guru itu melakukan relfeksi ke atas dirinya sendiri. Guru itu boleh menilai bahagian manakah dalam pengajarannya yang perlu dibaiki. Tambahan pula, penggunaan rubrik juga membantu guru untuk mengenali tahap-tahap murid agar mudah bagi guru itu memberikannya latihan pengukuhan.
7 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8 3.0 Cadangan Penambahbaikan Bagi mengatasi kelamahan yang terdapat pada 2.1.1 dan 2.2.1, terdapat beberapa cadangan untuk menambahbaik kelemahan ini. Hal ini bertujuan supaya guru dapat menghasilkan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) yang menunjukkan prestasi sebenar murid. 3.1 Instrumen Penilaian Rakan Sebaya Cadangan penambahbaikan bagi kelemahan yang telah dinyatakan dalam 2.2.1 ialah guru sepatutnya menggunakan instrumen penilaian rakan sebaya. Guru seharusnya meminta murid yang mendengarkan sajak ini turut bersama-sama melibatkan diri dalam proses pembelajaran tersebut dengan memberi maklum balas terhadap sajak yang telah dideklamasikan oleh rakan mereka. Dalam erti kata lain, guru menjadikan murid yang lain itu untuk menilai rakan mereka yang terpilih untuk mendeklamasikan sajak itu. Hal ini bertujuan supaya mereka beri perhatian sepenuhnya, cakna, fokus dan menghayati nilai dan ilmu yang terdapat dalam sajak tersebut. Bukan itu sahaja, apabila guru turut melibatkan semua murid untuk memberi maklum balas, maka secara tidak langsung guru juga boleh mengukur tahap penguasaan kefahaman murid yang lain itu terhadap kemahiran bersajak, bagaimana mereka menyusun kata dalam ayat ketika melontarkan pandangan dan idea. Akhir sekali, guru boleh melihat sama ada murid itu tahu atau tidak bahawa untuk mendeklamasikan sajak ini perlulah mendklamasikan dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul sebagaimana objektif pembelajaran yang pertama. 3.2 Instrumen senarai semak Untuk menambahbaik kelemahan yang terdapat pada 2.3.1 adalah dengan menggunakan instrumen senarai semak yang mengandungi item-item kemahiran membaca dan ruang untuk guru menulis evidens secara bertulis. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Dalam ruang evidens itu, guru perlu mencatat semua perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk pemberian tahap penguasaan (TP) dan mengulas kepada item yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Perkara sebegini akan membantu kepada guru untuk melihat kembali senarai semak tersebut dan melakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran. Bukan itu sahaja, bahan sokongan itu juga boleh membantu guru untuk membina jalan alternatif yang berbeza-beza mengikut keperluan bagi setiap murid. Tambahan lagi, apabila guru mencatat kesemua perkara yang diperhatikan ketika mentaksir kemahiran membaca murid, maka pemberian tahap penguasaan kepada murid akan berlaku secara telus dan tulus.Hal ini demikian kerana apabila bahan sokongan tertera di situ maka guru tidak boleh bersifat berat sebelah kepada mana-mana murid.
9 4.0 PENUTUP
10 4.0 PENUTUP Kesimpulannya, Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) memerlukan guru melalui proses pentaksiran berdasarkan langkah-langkah seperti mempunyai maklumat iaitu data atau bukti-bukti yang membantunya, membuat penafsiran, membuat pertimbangan dan membuat keputusan yang diingini. Guru perlu membuat keputusan dengan tepat dalam mengoptimumkan potensi murid. Secara jelasnya, PBD memperjelaskan bahawa pengetahuan serta kemahiran guru merupakan faktor utama dalam pelaksanaan PBD yang berkesan. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran guru adalah kompetensi yang perlu dikuasai oleh guru dalam pelaksanaan PBD. Seterusnya guru perlu berupaya mentafsir maklumat tersebut dan menyesuaikannya dengan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam DSKP sebelum membuat keputusan iaitu membina rancangan pengajaran dan pentaksiran berasaskan keperluan murid bagi kelas diajar. Bukan itu sahaja, instrumen yang digunakan di dalam pentaksiran ini adalah jelas untuk digunakan untuk kemahiran membaca serta kesemua pentaksiran yang digunakan dalam rancangan pengajaran ini mecapai kedua-dua objektif pembelajaran.
11 RUJUKAN Black, P., & Wiliam, D. (2010). Inside the black box: Raising standards through classroom assessment. Phi Delta Kappan. Cook, H. G. (2009). Formative assessment: Best practices part 1 [PowerPoint slides]. Retrieved from http://flareassessment.org/resources/PA_PD_ Form_%20Assess_Ppt_1_rev050709. pdf. Reddy, M. (2011). Design and development of rubrics to improve assessment outcomes: A pilot study in a Master's level business program in India. Quality Assurance in Education , 19 (1), 84-104. Wylie, E. C., Lyon, C. J., & Mavronikolas, E. (2008). Effective and scalable teacher professional development: A report of the formative research and development. ETS Research Report Series, 2008 (2), i–62. https://doi.org/10.1002/j.2333-8504.2008.tb02151.x Pentaksiran merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (KPM, 2013).
Lampiran 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6 BAHASA MELAYU SK 1. Mata pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 6 Hikmah 3. Bilangan murid : / 23 orang 4. Tarikh : 30 Januari 2024 5. Hari : Selasa 6. Masa : 11.40 pagi – 12.40 tengah hari (60 minit) 7. Tema : Integriti 8. Tajuk : Seruan Alam 9. Kemahiran Fokus : Kemahiran membaca 10. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat tong kitar semula. 11. Standard kandungan : 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. 12. Standard pembelajaran : 2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk 13. Objektif PdP : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. 2. Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul.
14. Kriteria Kejayaan (Selepas Induksi) : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. 2. Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul. 15. Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi 16. Kemahiran Berfikir KBAT : Menganalisis dan mengaplikasi 17. Elemen merentas kurikulum : • Ilmu: Kelestarian Alam • Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Nilai murni 18. Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, kasih sayang (alam sekitar) 19. Amalan Pedagogi Masa Kini : Kompetensi 6C – Pemikiran kritis, kreatif, komunikasi 20. Kemahiran Insaniah : Kemahiran komunikasi 21. Bahan Bantu Belajar (BBB) : Bil. Perkara 1. Petikan sajak Seruan Alam 2. Slaid Powerpoint 3. Video persembahan sajak Cikgu Natasya 4. Kotak kitar semula warna hijau, coklat dan jingga. 5. Bahan terpakai seperti botol plastik, kertas, buku terpakai dan botol kaca. 6. Kayu nama ajaib 7. Bingkai video TikTok 8. Kertas mahjong 22. Pentaksiran PdP : Bertutur dan bertulis
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan Pendahuluan (1 minit) Pengurusan Bilik Darjah Set induksi (4 minit) 1. Poster tentang pengkelasan bahan kitar semula mengikut warna jenis-jenis tong kitar semula. 2. Bahan terpakai seperti botol plastik, kertas, buku terpakai dan botol kaca. 3. Pengasingan bahan terpakai dalam kotak kitar semula mengikut warna yan ditetapkan. 4. Soal jawab. Soalan guru dan jangkaan murid: 1. Murid melihat poster tentang pengkelasan bahan kitar semula mengikut warna jenisjenis tong kitar semula. 2. Setiap kumpulan murid diberikan bahan terpakai seperti botol plastik, kertas, buku terpakai dan botol kaca. 3. Murid dikehendaki mengasingkan bahan terpakai tersebut dalam kotak kitar semula mengikut warna yang ditetapkan. 4. Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan. BBB: • Poster tentang pengkelasan bahan kitar semula mengikut warna jenisjenis tong kitar semula. • Bahan terpakai seperti botol plastik, kertas, buku terpakai dan botol kaca. • Kotak kitar semula warna hijau, coklat dan jingga. KBAT: Menganalisis
i. Guru: Siapakah yang pernah mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian? Murid: Saya/ saya tidak pernah. ii. Guru: Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian? Murid: dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar/ dapat menyelamatkan bumi. 5. Perkenalan isi kandungan pembelajaran. i. Guru: Pada pendapat murid, apakah tajuk pembelajaran 5. Murid diperkenalkan tajuk pembelajaran hari ini.
kita pada hari ini? Murid: Seruan Alam Langkah 1 (30 minit) 1. Tayangan video persembahan sajak Cikgu Natasya. 2. Penerangan guru. 3. Bacaan sajak Seruan Alam oleh beberapa orang murid yang dipilih secara rawak. 4. Persembahan sajak murid di dalam bingkai video TikTok. 1. Murid melihat tayangan video persembahan sajak Cikgu Natasya. 2. Murid mendengar penerangan guru tentang cara untuk mendeklamasikan sajak dengan betul. 3. Beberapa orang murid dipilih secara rawak menggunakan kayu nama ajaib untuk mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. 4. Murid yang dipilih dikehendaki mempersembahkan bacaan sajak Seruan Alam di dalam bingkai TikTok yang disediakan di hadapan kelas. OP1 KK1 - BBB: • Video persembahan sajak Cikgu Natasya. • Slaid Powerpoint. • Kayu nama ajaib. • Bingkai video TikTok. KBAT: Mengaplikasi EMK: Nilai murni – Bertanggungjawab, kasih sayang (alam sekitar) Kemahiran Insaniah:
5. Pembetulan sebutan, intonasi dan nada murid. 5. Sebutan, intonasi dan nada murid diperbetulkan oleh guru. Kemahiran komunikasi Amalan Pedagogi Masa Kini: Kompetensi 6C – Pemikiran kritis, kreatif, komunikasi Strategi: Berpusatkan murid. KP: Intrapersonal Pentaksiran: Bertutur Langkah 2 (20 minit) 1. Penerangan guru ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak menggunakan slaid Powerpoint. 2. Kenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam 1. Murid mendengar penerangan guru tentang ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak menggunakan slaid Powerpoint. 2. Secara berkumpulan, murid dikehendaki mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam. OP2 KK2 BBB: • Slaid Powerpoint. • Kertas mahjong. KBAT: Menganalisis EMK: Nilai murni – Bertanggungjawab
sajak Seruan Alam. 3. Jawapan murid. 4. Pembentangan jawapan murid. 5. Perbincangan jawapan. 3. Murid dikehendaki menulis jawapan mereka pada kertas mahjong yang diberikan. 4. Setiap kumpulan murid dikehendaki membentangkan jawapan mereka. 5. Murid dan guru melakukan perbincangan jawapan. Kemahiran Insaniah: Kemahiran komunikasi Amalan Pedagogi Masa Kini: Kompetensi 6C – Pemikiran kritis, kreatif, komunikasi Strategi: Berpusatkan murid KP: Intrapersonal Pentaksiran: Bertulis Penutup (5 minit) Penutup Kognitif 1. Rumusan isi pelajaran: i. Guru: Apakah yang kamu pelajari pada hari ini? Murid: Seruan Alam ii. Guru: 1. Murid mengingat kembali isi-isi penting pelajaran dengan bantuan guru. 2. Murid diterapkan dengan nilainilai yang positif. Teknik Soal jawab Strategi Berpusatkan murid EMK Nilai Murni - Bertanggungjawab
Apakah pengajaran pada pembelajaran hari ini? Murid: Kita mestilah menjaga kebersihan alam sekitar agar alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Penutup Sosial 2. Pujian sosial diberikan kepada murid. i. Ucapan Terima Kasih Guru: Terima kasih muridmurid kerana telah memberi kerjasama yang baik. ii. Ucapan Tahniah Guru: iii. Tahniah muridmurid kerana berjaya menyelesaikan PdP. 3. Guru memberikan pujian atas sikap murid dalam pembelajaran pada hari tersebut. 4. Murid diminta memberikan tepukan tangan untuk diri sendiri kerana berjaya menamatkan PdP.
Refleksi: Ulasan Guru Pembimbing: Ulasan Pensyarah Penyelia:
Lampiran 2 Sajak ‘Seruan Alam’ Ayuh kawanku kita saling membantu lestarikan alam kita agar alam kekal ceria. Ayuh ibu kita kitar semula buangan dapur kita olah menjadi kompos untuk bajai tanaman. Ayuh jiran tetangga bersama kita kumpulkan kertas, plastik juga logam boleh dikitar semula boleh juga digunakan semula. Ayuh masyarakat tunjukkan keazaman buktikan keupayaan mampu kita lakukan demi alam semesta.
Lampiran 3 Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 6 Hikmah Tarikh / Hari : 30 Januari 2024 (Selasa) Tajuk : Seruan Alam Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca Standard kandungan : 2.3 Standard pembelajaran : 2.3.2 BIL NAMA Tahap 1 2 3 4 5 6 1 AHMAD HAZRIL BIN SAHLAN 2 AIMI BALQIS BINTI NORHAFIZ 3 AMSYAR ARIFF BIN AWIS QURNI 4 AUNI BALQIS BINTI NORHAFIZ 5 AUNI NABILAH BINTI HAIRI 6 FATIN NUR NABIHA BINTI MUHAMAD ALHAFFIZ 7 HAMIM ZAFFRI BIN MOHD TAUFIQ 8 HANA DARWISYAH BINTI MOHAMMAD AMIRUDDIN 9 HARRIS IMAN BIN DZULKHAIRI 10 INAS ZARA SUFIYA BINTI MOHD TAUFIK 11 MUHAMMAD ZYAN HAZIQ BIN MOHD SHAFIQ 12 NUR ADENI SUFIA BINTI NORAZLISHAM 13 NUR AYRA ERRYNA BINTI MASHIRWAN 14 NUR DANIA QISTINA BINTI MOHAMAD FAIRUZ 15 NUR DAYANA BINTI JOHANIZAM 16 NUR QISTINA BATRISYIA BINTI FIRDAUS 17 NURIN SYAZANA BINTI FAZLI
18 NURKHAIRINA BINTI KHAIRULNIZAM 19 NURMYAZARA SOFIA BINTI MOHD SANUSI 20 QISYA ARISSA BINTI MOHD HELMI 21 SOFEA ZARRA BINTI SALMIZAN 22 WAFIQAH ALYA BINTI JAMAL YUSOF 23 WAN FATIN RAFIQAH IWANI BINTI WAN AHMAD ASMADY 24 WAN HAMIMI BINTI EDDRIN NIZAM
Lampiran 4 Tahap Kriteria 6 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang sangat jelas, intonasi yang sangat betul dan nada yang sangat sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan sangat betul dan sangat tepat. - Gaya penyampaian yang sangat baik. 5 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan nada yang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul dan tepat. - Gaya penyampaian yang baik. 4 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang jelas, intonasi dan nada yang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul dan tepat. - Gaya penyampaian sederhana. 3 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang sederhana jelas, intonasi dan nada yang sederhana sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan betul. - Gaya penyampaian kurang sesuai. 2 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang kurang jelas, intonasi dan nada yang kurang sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan kurang betul. - Tanpa gaya penyampaian.
1 - Mempersembahkan sajak Seruan Alam dengan sebutan yang tidak jelas, intonasi dan nada yang tidak sesuai. - Mengenal pasti ilmu dan nilai yang terdapat dalam sajak Seruan Alam dengan kurang betul. - Tanpa gaya penyampaian.