The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR AZIRAWATI BINTI DARUS Moe, 2020-05-07 21:02:38

Qanaah Hiasa Peribadi

Qanaah Hiasa Peribadi

Maksud

Redho : menerima dengan rasa senang
terhadap apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.,
baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada'
atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.



Maksud

Kata Kunci

1. Berasa Cukup
2. Redho
3. Nikmat Allah
● Segala kebaikan, keenakan, dan semua rasa kebahagiaan.
● Nikmat Allah terhadap umat manusia itu sangat banyak dan pelbagai jenis.
● Contohnya nikmat Iman, Islam, tubuh badan, akal, ilmu pengetahuan,

kesihatan, makanan minuman, keluarga dan lain-lain.
● Firman Allah SWT (QS Ibrahim : 34) ”Dan jika kamu menghitung nikmat

Allah, niscaya tidaklah dapat kamu menghitungnya”







Kisah Rasulullah

● Saidina Umar Al-Khattab pernah menemui Rasululullah ketika baginda sedang berbaring

di atas tikar daun tanpa beralaskan apa2 sehingga berbekas badan baginda.
● Saidina Umar menangis melihat keadaan Rasulullah.
● Nabi bertanya, “mengapa kamu menangis wahai Umar?
● Umar menjawab, “ Wahai Rasululullah, Raja Kisra dan Qaisor menetap di istana mereka

yang megah, adakah begini keadaanmu wahai Rasululullah?
● Lantas baginda menjawab, “Tidakkan engkau redha bagi mereka dunia dan bagi kita

akhirat!”
● Persoalannya, mengapa Rasululullah berfikiran demikian? Sedangkan Rasululullah itu

darjatnya lebih tinggi dari segala raja di dunia, Itulah contoh qonaah dan erti syukur

kepada nikmat Allah.
● Begitulah contoh yang wajar kita contohi iaitu bersifat qanaah, dan melihat nikmat di

akhirat itu lebih utama daripada nikmat dunia.
● Insya Allah kita akan jadi lebih qanaah.



Kisah Rasulullah

● Rasululullah sekeluarga tidak pernah makan makanan yang mewah atau
makan hingga kekenyangan.

● Pernah berbulan2 di rumah baginda tiada sesuatu pun untuk dimasak.
● Apabila saidatina Aisyah r.a ditanya, “Apakah yang menjadi makanan kalian?
● Lantas beliau menjawab, “dua benda hitam (al-aswadan) iaitu kurma dan air.
● Apakah makanan murid2 hari ini, mungkin KFC, Mc Donald, Ayam Goreng

atau mungkin ikan kering, nasi putih dan telur goreng!
● Apa pon makanan kita, cukuplah dengan menyebut Alhamdulillah, kerana

yang penting adalah nikmat kenyang.
● Contohilah kehidupan Rasulullah, pasti murid2 akan dapat menjiwai sifat

qanaah yang sebenar, Insya Allah.



Ciri Sifat Qanaah

● Jom kita muhasabah diri! Adakah kita sudah
memiliki ciri2 orang yang bersifat qanaah.

● Pertama, percaya tanpa ragu2 bahawa Allah
maha Pemberi rezeki (Allahlah yang
menjadikan rezeki dan mengurniakannya
kepada seluruh makhluk)



Ciri Sifat Qanaah

● Mensyukuri nikmat Allah SWT bermaksud berterima kasih
kepada-Nya dengan cara mengingati dan
mengagungkan-Nya.

● Seterusnya menggunakan segala nikmat Allah untuk
perkara2 yang diridhoi-Nya, iaitu melakukan segala usaha
agar memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.



Ciri Sifat Qanaah

● Allah menguji seseorang bukanlah kerana Allah
membenci, tetapi percayalah bahawa Allah
sangat mengasihi hambanya.

● Sebagai orang yang memiliki sifat qanaah, kita
perlu sabar dan redho...kerana setiap ketentuan
Allah mempunyai hikmah dan kebaikan kepada
manusia.



Ciri Sifat Qanaah

● Iaitu tidak boros
● Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa bersederhana dalam

segala aspek itu adalah baik seperti sabda Baginda bermaksud:
“Sebaik-baik perkara adalah ditengah-tengahnya (sederhana).”
(Hadith Riwayat Baihaqi)
● Kesederhanaan tidak terhad kepada perbelanjaan saja, tetapi perlu
dititikberatkan dalam semua aspek kehidupan termasuk dalam
percakapan, pergaulan, beribadat, berpakaian, menguruskan kerjaya
serta kehidupan peribadi.



Ciri Sifat Qanaah

● Kita hendaklah berusaha dengan sedaya
upaya untuk meningkatkan taraf kehidupan,
berusaha untuk memberi sumbangan kepada
negara dan banyak bersedekah walaupun
belum menjadi kaya.



Ciri Sifat Qanaah

● Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepada Allah
sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu
bertawakal (menyerah diri).” (Surah al-‘Imran, ayat 122)

● Tawakal adalah berserah diri kepada Allah setelah
berusaha dengan sedaya upaya.

● Orang yang bersifat qanaah akan menggantung segala
pengharapannya kepada Allah semata2 dan bukan
kepada makluk yang Allah ciptakan.












Click to View FlipBook Version