E-MAJALAH AN-NAIAH
NAFKAH TIDAK LUPUTKUMPULAN 2.
NAMA PENSYARAH: ROHANI ABD RAZAK
WALAUPUN ISTERI BEKERJA
ISI KANDUNGAN
01 Pengenalan
02 Pengertian Nafkah
03 Sebab Wajib Nafkah
04 Realiti Hidup Masyarakat Islam
05 Isteri dan Suami Bertukar Peranan
06 Hukum Isteri Bekerja
07 Nafkah Isteri Bekerja
08 Kesimpulan
NAMA AHLI KUMPULAN
NURAIN WARDINA BT MD ZULKIFLI
19DPM21F1013
NURFITRI AZWANA BT DIUS
19DPM21F1041
SOPHIA MAISARA BT ROSAFENDI
19DPM21F1041
SITI NUR AYUNIE BT MOHD SANI
19DPM21F1015
PENGENALAN
Penulisan ini dimulakan dengan menghuraikan hukum wanita atau isteri
bekerja di luar rumah mengikut perspektif islam. Diikuti selepas itu dengan
perbincangan mengenai sejauhmana nafkah wajib dilaksanakan oleh suami jika
isterinya bekerja sedangkan pendapatan suami sudah cukup untuk menyara
hidup mereka. Pandangan dan idea ulama dahulu dan semasa akan
diketengahkan dan dianalisis . Kajian lapangan ini dilakukan untuk meneliti
sejauhmana pelaksanaan nafkah terhadah isteri bekerja diterimapakai dalam
masyarakat islam.
PENGERTIAN NAFKAH
N afkah dari segi bahasa bermaksud mengeluar dan membelanjakan iaitu tiap-tiap sesuatu
yang dibelanjakan oleh seseorang kepada seorang yang lain.1 Menurut istilah ahli fekah nafkah
bererti belanja atau sara hidup yang dikeluarkan oleh seseorang kepada orang yang layak
menerima pembiayaan daripadanya seperti isteri dan anak- anak yang di bawah tanggungannya.
Memberi nafkah kepada isteri bermaksud memberi sesuatu yang diperlukan oleh isteri seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan pembantu rumah, perubatan dan seumpamanya
walaupun isteri tersebut seorang yang berada dan berkemampuan
Nafkah isteri yang diwajibkan ke atas suami berdasarkan nas
syarak hanya meliputi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Walau
bagaimanapun dalam perbincangan para ahli fekah (fuqaha’) nafkah
bukanlah terhad kepada tiga perkara asas di atas.
Termasuk juga dalam pengertian nafkah segala keperluan sampingan
isteri yang lain seperti pembantu rumah, perkakas rumah, alat
kebersihan dan rawatan kesihatan.Mamun demikian fuqaha’ tidak
sependapat dalam menentukan kewajipan suami menyediakan
nafkah sampingan tersebut.
Keperluan-keperluan isteri perlu disediakan oleh suami selama mana perkahwinan
berlangsung dan tidak berlaku sebab-sebab yang menggugurkan kewajipan tersebut. Nafkah
yang dikeluarkan hendaklah dalam perkara yang diharuskan oleh syarak serta dapat diterima
oleh adat kebiasaan sesuatu masyarakat. Ia hendaklah datang dari sumber yang halal dan hanya
dikeluarkan untuk perkara- perkara yang memberi manfaat dan berfaedah sahaja.
Nafkah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu nafkah seseorang terhadap dirinya,
nafkah usul terhadap furu‘, nafkah furu‘ terhadap usul dan nafkah suami terhadap isteri
(i) Nafkah Diri Sendiri: Seseorang itu wajib menanggung nafkah diri sendiri jika dia mampu. Dia
wajib menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan lain-lain untuk dirinya
menggunakan hartanya sendiri selama mana dia mempunyai harta.
(ii) Nafkah Usul Terhadap Furu‘: Usul bermaksud ayah, datuk dan ke atas yang wajib menanggung
nafkah furu‘iaitu anak atau cucunya dan ke bawah. Para ulama sependapat bahawa bapa atau
ayah diwajibkan menanggung nafkah anak- anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika bapa
tidak ada maka ia menjadi tanggungjawab datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa). Buktinya ialah
firman Allah
(al-Talaq ayat 6)() فإن أرضعن لكم فآتوهن أجورهن
iii) Nafkah Furu‘ Terhadap Usul: Nafkah bapa dan ibu serta datuk dan atas furu‘. Buktinya ialah
firman Allah (Luqman, ayat 15) ( )َوَص اِح ْبُه َم ا ِفى الُّدْنَيا َم ْع ُرْو ًفاdan (al-isra’ 23)( َوَقَض ٰى َرُّبَك َأاَّل َتْع ُبُدٓو۟ا ِإآَّل ِإَّياُه
)َوِبٱْلَٰو ِلَدْيِن ِإْحَس ٰـًنا, di mana kebaikan dan ihsan kepada dua ibu bapa termasuk menanggung
perbelanjaan mereka.
SEBAB WAJIB NAFKAH
M
enurut jumhur fuqaha' kewajipan nafkah isteri
bukan semata-mata disebabkan wujud keterikatan
dan penyerahan diri isteri terhadap suaminya dengan
sentiasa mentaati suami. Antara punca ketenangan
suami ialah keberadaan isteri di sampingnya.
Keberadaan isteri di samping suami
memudahkannya melaksanakan tanggungjawab
terhadap suami. Antara hak suami yang menjadi
tanggungjawab isteri ialah mentaati suami atau
menyerah diri kepada suami secara (ihtibas kamil) sama
ada pada waktu siang atau malam. Sebagai balasan
ihtibas kamil kepada suami, isteri berhak mendapat
nafkah. Jadi nafkah merupakan hak isteri yang
dipertanggungjawabkan ke atas suami.
Ada juga dikalangan suami yang pada peringkat permulaan membenarkan isteri
keluar bekerja , tidak berapa lama kemudian dia menarik balik keizinannya. Dalam hal ini
jika isteri berdegil dan tidak mahu berhenti kerja, dia dianggap derhaka (nusyuz) dan tidak
berhak mendapat nafkah dari suami menurut sebahagian ulama. Selain itu , dalam
memilih pekerjaan ada isteri yang terlibat dalam pekerjaan yang dilakukan di rumah
sendiri seperti menjahit pakaian, dan lain lain. Dalam hal ini para ulama berpendapat ,
suami tidak boleh menghalang isteri daripada melakukan pekerjaan itu. Isteri tidak
dianggap nusyuz jika meneruskan pekerjaan tersebut dan juga berhak mendapat nafkah
dari suaminya.
Mazhab Syafi‘i dan Hanbali sependapat dengan Mazhab Maliki dari segi sah syarat
isteri semasa akad untuk terus bekerja selepas kahwin. Jika syarat tersebut dilafazkan
semasa akad berlangsung, suami tidak berhak menghalang isteri untuk meneruskan
pekerjaannya. Isteri berhak mendapat nafkah dari suami selama pekerjaan yang diceburi
memenuhi kehendak kemaslahatan keluarga. Suami hanya berhak menghalang isteri jika
pekerjaannya tidak memenuhi kehendak tersebut.
Menurut sarjana perundangan kontemporari seperti Dr ‘Abd.al-Fattah ‘Amr mempunyai
pandangan berbeza dengan ulama terdahulu tentang pekerjaan wanita. Pekerjaan yang
memerlukan penglibtan wanita secara khusus seperti pengajar anak2 perempuan dan pegawai
perubatan sakit puan. Pada pendapatnya, isteri yang melakukan pekerjaan di atas tidak perlu
mendapat keizinan suaminya. Dalam hal ini dia tidak dianggap melakukan nusyuz yang
menghalangnya mendapat nafkah dari suami sekalipun pekerjaannya tidak direstui oleh suami.
REALITI HIDUP
MASYARAKAT ISLAM
Dalam dunia moden hari ini, lelaki yang mahu
berumahtangga seringkali memilih
bakal pasangan yang berkerja, agar mereka tidak terbeban
dengan pembiayaan rumah
tangga yang berat, apabila isteri dapat sama-sama
menanggung nafkah keluarga. Ada juga suami yang
memaksa isteri untuk bekerja setelah berkahwin dengan
pelbagai cara walaupun menduakan peranan
membebankan isteri. Ada juga suami yang bekerja sendiri
memaksa isteri terlibat dengan tugas ekonominya,
walaupun tugas domestik isteri yang sedia ada sudah tidak
tertanggung.
Ini terjadi kerana lelaki atau suami itu tidak sedar bahawa nafkah isteri adalah tanggungjawab
suami. Ada yang sedar tugas tersebut tetapi mencari isteri yang berada atau berpendapatan sendiri
kerana merasakan dia tidak mampu menanggung perbelanjaan rumahtangga, hingga akhirnya sehingga
ada yang terpaksa bertukar peranan.
Jika berlaku perceraian banyak kes suami atau ayah lari daripada tugas membayar nafkah idah
isteri atau nafkah anak. Di mahkamah banyak kes-kes tuntutan nafkah yang tertangguh disebabkan
penanggng nafkah tidak hadir perbicaraan.Mampukah mereka lari dari menghadiri mahkamah Allah
nanti?
SUAMI & ISTERI
BERTUKAR PERANAN
D ari perbincangan mengenai syarat yang membolehkan wanita keluar bekerja dapat difahami bahawa
pekerjaan isteri bukanlah bertujuan menanggung nafkah keluarga. Namun demikian pasangan yang berumah
tangga ada kalanya isteri lebih produktif daripada suami dari segi ekonomi. Contohnya jika isteri mempunyai
ijazah atau kelayakan yang lebih tinggi daripada suami. Hal ini mendorong mereka untuk bertukar peranan; suami
mengurus rumah dan isteri mencari nafkah.
Fenomena lelaki meninggalkan kerjaya dan menjadi ‘suri rumah’ manakala isteri keluar bekerja serta
menyara keluarga, semakin diterima di kalangan masyarakat khususnya di bandar-bandar besar di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya
menyedari fenomena tersebut tetapi yang paling mustahak ialah setiap pasangan membuat pilihan sendiri untuk
menjalani kehidupan sedemikian. Katanya, kementeriannya tidak mempunyai statistik mengenai trend tersebut
tetapi melalui
pemerhatian beliau sendiri, fenomena yang jarang berlaku pada masa dahulu, kini sudah semakin menular dalam
masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun dalam Utusan Malaysia 15 Mei 2006 Shahrizat berkata, isu suami menjadi suri rumah
manakala isteri keluar mencari rezeki bukanlah budaya kaum lelaki negara ini. Suami menjadi suri rumah adalah
kes terpencil malah kaum lelaki di Malaysia masih mengutamakan peranan sebagai imam di rumah dan
bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.
Shahrizat berkata sebagai seorang menteri yang membela nasib golongan wanita, seelok-eloknya suami
keluar bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak- anak. Tanggungjawab seorang lelaki selain menjadi pelindung
dan rakan kongsi seorang wanita ialah dia juga harus mencari nafkah untuk keluarga melainkan dia sakit dan tidak
berupaya bekerja. Tidak ada sebab untuk lelaki tidak bekerja kecuali malas. Ia adalah sesuatu yang memalukan.
Kebanyakan lelaki yang menjaga anak- anak, menurut pendapat Shahrizat, itu adalah pilihan terakhir. Menurutnya
lagi, di Malaysia sebab utama mendesak lelaki memilih menjadi suri rumah ialah kerana mereka jatuh sakit
sehingga tidak berupaya bekerja. Perkara kedua ialah isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada
suami.
Bagaimanapun kata beliau kementerian akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk
memutuskan sama ada fenomena tersebut bercanggah dari segi hukum syarak kerana ia berkaitan dengan
agama. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa
Muzakarah Fatwa Kebangsaan Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, dari segi hukum syarak tidak salah jika
suami mengurus rumah tangga. Tetapi peranan itu perlulah bersifat sementara kerana tanggungjawab hakiki
seorang suami untuk mencari nafkah keluarga. Dalam Islam tidak salah suami mengurus rumahtanga ketika isteri
keluar bekerja. Begitu juga ketika suami tidak ada pekerjaan. Tetapi peranan itu hanya bersifat sementara
sehingga dia mendapat pekerjaan. Islam dengan jelas telah menggariskan peranan suami dan juga isteri, justeru
itu fenomena suami menjadi suri rumah, manakala isteri keluar mencari rezeki tidak timbul.
Persoalan di atas disentuh oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut. Beliau menyifatkan fenomena suami
menjadi suri rumah, manakala isteri mencari nafkah sebagai fenomena songsang yang wajar dihentikan kerana ia
jelas melanggar hukum syarak. Menurut Noh keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan sesuatu
perkahwinan tidak beroleh keberkatan. Menurutnya tanggungjawab suami sebagai pemimpin dan pencari nafkah
keluarga jelas dinyatakan dalam al-Qur’an Surah al- Baqarah, ayat 233. Bagaimanapun katanya jika perkara ini
dalam keadaan darurat seperti suami berpenyakit, ia perlu diredai oleh isteri serta disertai tolak ansur. Beliau
berkata:
“Islam memandang serius fenomena lelaki menjadi pengurus rumah tangga kerana ia didapati lari daripada fungsi
sebenar suami. Tindakan ini tidak tepat kerana menyempang jauh daripada hukum Islam yang akhirnya dikhuatiri
menyebabkan rumah tangga tidak tenteram”
HUKUM ISTERI BEKERJA
P
erbincangan berkenaan dengan hukum isteri bekerja dapat dilihat dari
sudut hukum wanita bekerja di luar rumah. Berhubung dengan masalah ini,
terdapat dua pandangan dalam kalangan ulama.
1. Pandangan majoriti ulama terutama ulama kontemporeri.
Ini kerana mereka berpandukan kepada beberapa hujah dan dalil yang
menguatkan pandangan mereka. Di antaranya adalah sebagaimana berikut:
Berpandukan ayat daripada Surah Ali’ Imran (3):195, isteri termasuk dalam
kalangan kaum wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan sebagaimana
wanita-wanita lain. Wanita juga seperti kaum lelaki yang boleh berfikir, bekerja
dan bertindak mengikut kemahuannya kerana mereka tergolong di kalangan
manusia. Di samping itu juga, Allah S.W.T. telah menjelaskan bahawa fungsi
kaum wanita adalah untuk memenuhi keperluan hidup kaum lelaki. Mereka
saling memerlukan di antara satu sama lain.
2.Pandangan yang mengatakan wanita atau isteri tidak dibenarkan bekerja di luar
rumah.
Ini kerana tempat yang sesuai bagi kaum wanita adalah di rumah. Rumah adalah tempat
untuk mereka menguruskan hal-ehwal rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Sekiranya mereka ikut serta bersama-sama kaum lelaki keluar melibatkan diri dalam
pekerjaan, maka ia boleh.
Petikan ayat daripada Surah Al-Ahzab (33):33, menjelaskan bahawa Allah S.W.T.
memerintahkan kaum wanita agar berada di rumah dan menegah dari menonjolkan
perhiasan. Ini bermaksud wanita dilarang bercampur dengan kaum lelaki yang bukan
mahramnya dalam satu tempat sama ada dalam situasi urusan jual beli, pekerjaan,
musafir dan sebagainya. Justeru pekerjaan yang melibatkan wanita akan memberi kesan
percampuran antara lelaki dan wanita sedangkan ia adalah perkara yang dilarang oleh
Allah S.W.T.
Namun menurut kebanyakan ulama tafsir menyatakan ayat di atas secara khususnya
ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah S.A.W. Ini berdasarkan kepada ayat sebelum itu
Allah S.W.T. iaitu petikan ayat daripada surah al-Ahzab (33):30 menjelaskan perintah
agar wanita berada di rumah dan melarang mereka keluar rumah hanya dikhususkan
kepada para isteri Rasulullah S.A.W. Ia tidak melibatkan kesemua wanita yang lain.
Walaupun terdapat di kalangan ulama tafsir menjelaskan bahawa ayat 33 dalam surah
al-Ahzab tidak dikhususkan kepada para isteri Rasulullah S.A.W. sahaja, bahkan ia
meliputi wanita-wanita selain mereka. Namun sekiranya mereka keluar disebabkan
mempunyai keperluan dan hajat adalah dibenarkan tetapi perlu menjaga adab-adab
sebagai wanita muslimah tanpa menyerupai perhiasan dan tingkah laku orang-orang
jahiliyyah.
Berpandukan penjelasan di atas, jelaslah bahawa ayat-ayat yang dinyatakan oleh
mereka yang melarang wanita atau isteri bekerja dan memegang jawatan tinggi dalam
kerajaan tidak mempunyai dalil-dalil yang kukuh untuk mempertahankan pandangan
mereka. Ini kerana wanita berhak mengecapi kebebasan dan keistimewaan
sebagaimana yang terdapat pada kaum lelaki.
NAFKAH ISTERI BEKERJA
Nafkah merupakan hak isteri yang dipertanggunjawabkan ke atas suami, sama ada ia berbentuk wang
ringgit, makanan, tempat tinggal dan sebagainya yang dianggap sebagai keperluan bagi seorang isteri.
Pemberian nafkah seolah-olah sebagai pembalasan kepada isteri yang telah menjadi milik suami melalui
akad yang sah. Isteri tidak lagi mempunyai kebebasan untuk keluar rumah dengan sewenang-wenangnya
tanpa kebenaran suami kerana penahanan diri isteri yang sempurna terhadap suami dan terikat melalui
akad perkahwinan yang sah.
Realiti hari ini memaparkan bahawa wanita-wanita yang bergelar isteri kebanyakannya berkecimpung
dalam dunia pekerjaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesional
seperti kedoktoran, kejuruteraan, kehakiman dan sebagainya. Sehubungan itu, Islam mengharuskan wanita
keluar bekerja berpandukan pandangan ulama yang menegaskan bahwa harus bagi wanita yang tidak
mempunyai sumber pendapatan sama ada dari pihak suami, kaum kerabatnya atau pun Baitulmal mencari
pekerjaan untuk menyara kehidupan.
Dengan ini, isteri yang bekerja di luar rumah meyebabkan penyerahan dirinya terhadap suami terjejas.
Sedangkan penyerahan diri isteri yang sempurna terhadap suami adalah syarat bagi isteri mendapat hak
nafkah dari suami. Justeru adakah penyerahan diri isteri yang tidak sempurna kepada suami menyebabkan
suami masih diwajibkan menanggung nafkah isteri ataupun tidak. Adakah hak tersebut gugur sekiranya isteri
keluar bekerja tanpa keizinan suami kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai perbuatan nusyuz. Justeru
penentuan hukum diperlukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul di atas.
Mereka bersepakat menyatakan sekiranya pendapat suami sudah mencukupi untuk membiayai
perbelanjaan keluarga dan dia tidak membenarkan isteri keluar bekerja, maka haram kepada isteri
mengingkari larangan tersebut dan dia berhak mendapat nafkah dari suaminya. Ini kerana di antara hak
suami yang sewajarnya menjadi tanggungjawab isteri ialah mentaati suami dan penyerahan sempurna untuk
suami sama ada di waktu siang atau malam. Justeru penglibatan isteri dalam bidang kerjaya dan pekerjaan di
luar rumah akan menjejaskan ruang dan masanya yang sepatutnya diperuntukkan bersama suami terutama
pekerjaan yang boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan dan keterampilannya.
Manakala menurut al-Malikiyyah, syarat di atas
dianggap sah tetapi makruh melakukannya kerana
ia dapat memberi kesan sampingan terhadap
suami dalam pergaulan sesama mereka.
Sebagaimana juga sekiranya isteri mensyaratkan
agar suaminya tidak boleh berkahwin dengannya
atau dia tidak mahu berpindah dari rumah ayahnya
atau negerinya, maka tidak perlu ditunaikan syarat
tersebut. Justeru suami berhak menghalang isteri
dari melibatkan diri dalam bidang pekerjaan dan
jika isteri tidak mematuhi arahan tersebut, maka
dia telah melakukan nusyuz terhadap suaminya
dan suami tidak berhak memberi nafkah
kepadanya.
KESIMPULAN
alWaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, namun kebanyakan
suami mempunyai kefahaman tentang tanggungjawab sebagai suami kerana mereka
masih memberi nafkah kepada isterinya berdasarkan kepada kemampuan atau
pendapatan suami. Dalam pada itu, kebanyakan suami dilihat berfikiran positif dalam
membina rumah tangga bahagia apabila melepaskan tangan atau mengabaikan
tanggungjawab meskipun isteri mereka sudah mampu mneyara dirinya sendiri.
Tambahan pula kehidupan mereka jelas menampakkan sikap bekerjasama, saling
bantu membantu dan faham memahami antara satu sama lain bagi memastikan
rumah tangga yang di bina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Apabila wujudnya
bersefahaman dan persepakatan, maka sudah tentu tidak timbul masalah menuntut
ganti rugi dan sebagainya
RUJUKAN
http://conference.kuis.edu.my/mfifc/imag
es/e-proceeding/2016/18-27-mfifc-2016.pdf
https://ejournal.um.edu.my/index.php/fiq
h/article/download/4206/2054/10228