KOD/NAMA KURSUS:
BSS 3153 SASTERA ANTARABANGSA
TAJUK TUGASAN:
PERBANDINGAN ASPEK PEMIKIRAN DALAM KARYA TERHADAP DUA TOKOH
ANTARABANGSA MALAYSIA DAN INDONESIA.
AHLI KUMPULAN: NOM. MATRIK
NAMA D20181082331
MOHAMAD AMRIL ZAKRI BIN ISMAIL D20181082314
NIK HAFIZUDDIN BIN HARIF D20181081433
MUHAMMAD AZZAM BIN MAT D20181082322
NIK MUHAMMAD AIZAT BIN ANUAR D20181082324
MUHAMMAD WAI IRFAN BIN RAMZAN
PROGRAM:
AT01 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
KUMPULAN:
A
NAMA PENSYARAH:
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI
1
1.0 PENGENALAN
Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit “castra” yang membawa maksud
kitab suci. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah
bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran
semasa. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang
dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisa ndan pembacaan mahupun melalui lisan dan
pendengaran (Harun Mat Piah etal;2006 hlm 6). Kesusasteraan dalam bentuk ringkasnya
iaitu sastera atau persuratan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.
Makna kesusasteraan dalam konteks ini kelihatan menitikberatkan penggunaan kata-kata
secara indah dan cantik yakni seni. Dengan erti kata lain, kesusasteraan boleh dimaksudkan
sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Sastera juga
wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan.
Ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan
sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata samaada lisan atau bertulis. Bahkan
sastera juga merangkumi semua aspek yangmenggunakan bahasa yang bersifat kreatif,
menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13)
yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan
kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Ini menunjukan kesusasteraan merupakan sebahagian
daripada budaya manusia kerana melibakan ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik
manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri dan mempunyai unsur
tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata-katanya.
Menurut Hashim Awang (1988) pula kesusasteraan adalah sebagai ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa dan ia mungkin ditutur atau ditulis. Definisi yang diberikan
oleh Hashim mendekati definisi yang diberikan oleh Danziger dan Bressler. Kedua-duanya
menitik beratkan aspek seni. Bagi Ann Jefferson (1983) pula kesusasteraan itu bermakna
pengarang menghantar teks kesusasteraan tentang realiti kepada pembaca melalui bahasa.
Manakala menurut, Siti Hawa Hj. Salleh (1997), pula menyebut, kesusasteraan meliputi
segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai
alat penyampainya. Kesusasteraan atau sastera digunakan seiringan dengan maksud yang
sama, iaitu hasil-hasil penulisan walaupun asalnya kata dasar sastera dalam bahasa Sanskrit
merujuk pada tulisan-tulisan yang mengandungi pengajaran, arahan atau petunjuk cara
bagaimana sesuatu patut dilakukan. Ini juga menunjukkan kesusasteraan bermaksud hasil
2
karya bertulis yang menggunakan bahasa yang indah untuk memberi manfaat kepada
masyarakat.
Kesusasteraan antarabangsa bermaksud penulisan yang meluas di luar sempadan
negara asal. Kesusasteraan antarabangsa harus berbicara kepada orang yang mempunyai lebih
daripada satu kewarganegaraan. Malah buku-buku yang sangat dipengaruhi oleh negara asal
boleh meningkat menjadi kesusasteraan antarabangsa jika mengandungi wawasan tentang
sifat manusia yang melampaui sempadan. Sastera dunia kadang-kadang digunakan untuk
merujuk kepada jumlah keseluruhan literatur kebangsaan di dunia, tetapi biasanya ia merujuk
kepada yang lebih luas di luar negara asal dan sering digunakan untuk mengklasifikasikan
karya-karya seni Barat. Kesusasteraan antarabangsa hari ini semakin dilihat dalam konteks
global dimana ia mempunyai akses kepada pelbagai karya yang tidak pernah berlaku sebelum
ini dari seluruh dunia dalam terjemahan yang sangat baik. Istilah sastera dunia awalnya
dipakai oleh Johann Wolgang Von Goethe (1749-1832), iaitu seorang sasterawan dan pemikir
Jerman. Sastera dunia adalah sastera kanon yang membicarakan masalah universal. Goethe
menggunakan ungkapan "Kesusasteraan Dunia" untuk merujuk kepada apa yang kelihatan
sebagai fenomena baru muncul, khususnya fenomena moden seperti kemunculan pasaran
budaya antarabangsa.
Dengan kesemua tanggapan itu untuk perbandingan dalam kajian, kami telah memilih
dua orang tokoh kesusasteraan iaitu Shahnom Ahmad tokoh kesusteraan Malaysia
berdasarkan karyanya iaitu novel Shit dan novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Pramoedya
Ananta Toer, tokoh kesusasteraan Indonesia berdasarkan karyanya iaitu novel Satu Peristiwa
di Banten Selatan dan novel Bumi Manusia. Perbandingan di antara kedua-dua tokoh ini
adalah berdasarkan pemikiran politik, agama, ekonomi dan sosial dalam karya mereka iaitu
novel Shit dan novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnom Ahmad) dan novel Satu Peristiwa di
Banten Selatan dan novel Bumi Manusia (Pramoedya Ananta Toer). Menurut H. M Posnett
(1886), menggariskan prinsip-prinsip kesusasteraan bandingan, iaitu kesusasteraan bandingan
ialah satu kajian sumber dalam dan luaran seperti politik dan social yang memberi kesan
kepada perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Manakala, menurut Joseph Texte (1898)
kesusasteraan bandingan ialah kajian penyilangan-penyuburan dan konteks antara-antara
sastera daripada sesebuah negara sahaja.
Selain itu, menurut Mohd. Yusof Hasan (1990), Dato’ Haji Shahnon Ahmad
dilahirkan pada 13 Januari 1993, di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman
3
di daerah Sik, Kedah Darulaman. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.
Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran sehariannya Pak Mat adalah berasal
dari Medan, Sumatera dan telah meninggal dunia pada tahun 1981. Waktu muda, Haji Ahmad
telah mengembara dari tempat asalnya dan berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di
Sik. Shahnon Ahmad adalah seorang tokoh yang cukup istimewa. Ini disebabkan beliau
adalah seorang tokoh sastera Melayu yang dikagumi, dihormati dan disayangi. Beliau juga
turut dikenali sebagai seorang pengarang, penyelidik, pengkritik dan pengajar kesusasteraan
yang memperlihatkan pemikiran sebagai seorang Melayu yang penuh nasionalisme Melayu,
sebagai seorang Islam yang penuh ke-Islamannya, dan sebagai seorang pengarang yang amat
kental dengan teknik, inovasi dan kreativitinya.
Manakala, Pramoedya Ananta Toer (Prah-MOU-dia ah-NAHN-ta Tour) dilahirkan di
Blora, Jawa tengah, pada 6 Februari 1925, ketika Indonesia masih jajahan Belanda. Dia
adalah salah seorang daripada sembilan beranak. Bapa Pramoedya adalah seorang pendidik
dan ahli kumpulan pro-kemerdekaan bernama Budi Otomo. Dalam Soliloquy The Mute ,
Pramoedya menggambarkan bapanya sebagai "orang Jawa yang mempunyai perasaan hampir
mistik tentang kata-kata" dan menjelaskan bahawa nama Pramoedya dibina daripada suku
kata slogan revolusioner, "Yang Pertama di Medan," atau "Pertama pada Medan Perang."
Ungkapan itu bukan dalam bahasa ibunda Pramoedya iaitu bahasa Jawa tetapi dalam bahasa
Indonesia, bahasa yang digunakan untuk menyatukan pelbagai kumpulan etnik dan bahasa di
kepulauan besar Indonesia. Pramoedya menulis bukunya dalam bahasa Indonesia. Bapanya
adalah seorang pejuang kemerdekaan yang berkarisma, "singa di mimbar," tulis Pramoedya,
tetapi dia juga mengalami ketagihan judi Pramoedya lulus dari sekolah itu pada tahun 1941,
tepat ketika Perang Dunia II meletus.
2.0 DAPATAN
2.1 Pemikiran Politik
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan
kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa.
Pengetahuan tentang politik wujud sejak permulann tamadun manusia lagi seiringan dengan
4
dinamika kehidupan manusia sajak, zaman kuno berasakan konsep yang tidak dipraktikan
secara bersistem, Sebagaimana sistem-sister yang lain, poltik juga telah melali proses evolusi.
Perkatsan politik berasal daripada perkalsan Yunani "polis" yang bermaksud "bandar-bandar',
Terdapat kecenderungan yang luas untuk mengaitkan imu politik moden hari ini dengan
tradisi intelektual 'Yunnni. Malahan, sains politik moden boleh dikatakan sebagai satu cabang
ilmu yang dipelopori oleh ahil-ahii fikir Yurani seperti Plato (425-327 S.M) dan Aristotle
(334-322 S, M)'.
2.1.1 Pemikiran Politik (Shahnon Ahmad)
Tumpuan terhadap soal politik melalui karya Shahnon Ahmad agar dapat dihayati
oleh khalayak pembaca dengan status Shahnon Ahmad sebagai penulis novel politik tanah
air. Beliau yang juga merupakan novelis politik tanah air banyak menimbulkan gerakan
sastera politik yang begitu komited dengan menzahirkan setiap aturan politik yang
digambarkan secara zahir mahupun abstrak. Melalui karya-karyanya, beliau mengungkapkan
hal-hal yang berkaitan dengan isu politik secara satira yang berunsur humor, lucu, dan sinis
dalam mengungkapkan buah fikirannya. Pengkaji mengetengahkan tokoh tersohor ini dalam
pemikiran politik adalah disebabkan oleh nama Shahnon Ahmad sendiri yang begitu sinonim
dengan dunia politik berdasarkan latar belakangnya yang pernah bertanding dalam pilihan
raya umum dan secara tidak langsung melibatkan diri dalam dunia politik tanah air.
Oleh hal demikian, Shahnon Ahmad menyampaikan buah fikirannnya di dalam
bentuk penulisan itu berlandaskan pengalaman beliau sendiri. Hal ini menjadikan khalayak
atau pembaca dapat meneliti tentang realiti dunia politik tanah air melalui karyanya yang
diungkapkan dengan penuh keberanian dan kebenaran kerana beliau sendiri yang turut
terlibat dalam dunia politik tanah air. Pemimpin politik merupakan watak penting dalam
menggerakkan cerita berunsur politik mengikut kesesuaiannya. Pemimpin politik itu
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tertentu dalam menggerakkan sesebuah
organisasi. Mereka inilah penguasa negara yang akan menjadi ketua dalam perjuangan parti,
hala tuju masyarakat dan negara. Sekiranya pemimpin itu menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan, sesebuah perjuangan atau organisasi itu akan maju dan makmur tanpa sebarang
masalah. Begitulah sebaliknya sekiranya pemimpin politik itu bersikap negatif, pimpinan
yang dijalankan itu tidak akan berada pada kedudukan yang sepatutnya yakni berlaku
permainan politik yang berunsur negatif.
5
Melalui novel Shit, PukiMak atau pm merupakan pemimpin politik yang mempunyai
sikap negatif. pm tidak menunjukkan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam diri seorang
pemimpin. Dia digambarkan sebagai ketua yang mempunyai kuasa yang dominan tanpa
sesiapa yang berani bersuara. Hal ini dapat dilihat melalui pelukisan watak yang digambarkan
oleh pengarang Shahnon Ahmad (1999) dalam novel Shit.
“Nama ku sebenarnya bukan Shit. Juga bukan PukiMak. Kedua-duanya
adalah nama marga ku, entah dari mana marga ku itu, aku sendiri kurang
teliti sejarahnya. Tahu-tahu aku sudah wujud dan dipanggil Shit dan
mempunyai sejarah kewujudan yang agak panjang. Kewujudan entah
bagaimana, ahli sejarah menggelar ku sebagai PukiMak. Tentu saja
panggilan itu bernada jerkahan dalam perasaan panas baran tapi aku tidak
ambil kisah sangat. Dalam seruan kemarahan itulah aku terkenal dengan
nama julukan Shit! Aku terkenal dengan nama julukan PukiMak! Lebih
terkenal lagi dengan nama kependekan nama jilikan pm!”
(Shahnon Ahmad: m/s 31)
Jika diperhatikan, petikan di atas menunjukkan kepada pengenalan watak pemimpin
dalam novel Shit. Menerusi pengenalan ini telah dilihat bagaimana pengarang membuat
imbasan awal sikap pemimpin melalui pengenalan namanya. Nama yang diperkenalkan itu
sudah menggambarkan watak negatif yang dimainkan oleh pemimpin dalam novel tersebut.
Begitu juga yang dapat dilihat melalui novel Patriarch. Novel ini mengisahkan
tentang seorang pemimpin yang bernama Jasadiah yang diberi julukan nama Patriarch oleh
rakyat-rakyat dan wakil pemimpin yang menyokong pemilihan beliau sebagai ketua
pemimpin pada awal kemunculannya sebagai pemimpin di tampuk pemerintahan. Walau
bagaimanapun, Patriarch akhirnya melupakan janjinya kepada rakyat dan menjadi seorang
pemimpin yang kejam dan zalim demi melaksanakan agendanya yang tersendiri. Kebaikan
dan kemuliaan yang ditunjukkan pada awal pemilihannya adalah suatu kepura-puraan demi
memenangi hati rakyat.
“…Patriarch itu berkuku besi, darahnya berminyak dan boleh membakar
sesiapa saja. Mulutnya bisa seperti racun. Tangannya dibuat daripada besi
kursani yang boleh mematahkan tulang Wak Da. Kakinya juga daripada besi
kursani yang boleh memijak tubuh Wak Da sampai lumat. Patriarch itu bukan
manusia, Wak. Bukan. Patriarch itu besi. Patriarch itu benda yang diperbuat
daripada besi yang tak boleh patah. Tak boleh diliuk. Tak boleh dimakan dan
dimusnahkan oleh sesiapa kerana dia besi…”
(Shahnon Ahmad:m/s 141-142)
2.1.2 Pemikiran politik (Pram)
6
Pramoedya Ananta atau dikenali sebagai Pram mengatakan bahawa sastera saling
bertaut rapat dengan politik dan sastera tidak boleh lepas daripada politik. Beliau juga pernah
menulis lebih 50 buah karya yang berkisarkan politik, namun ada diantara karyanya itu
digapuskan dan dibakar oleh tentera darat mereka atau dikenali sebagai Jaksa Agung. Anatara
contoh novel karya beliau yang banyak mengetengahkan unsur politik ialah Novel Satu
Peristiwa di Banten Selatan menceritakan bagaimana konflik sosial dan politik yang dihadapi
oleh masyarakat yang disebabkan oleh pemberontakan DI (Darul Islam). DI adalah satu
sebuah parti politik yang hidup semasa perjuangan untuk negara Indonesia. Dalam hal ini, D1
merupakan salah satu parti politik yang turut serta dalam menghalau penceroboh
Konflik politik dalam novel Peristiwa Sekali di Banten Selatan merupakan konflik
yang dominan. Konflik meliputi hampir keseluruhan cerita. Konflik tercermin dalam tema,
plot, perwatakan, dan latar belakang. Dalam novel ini, terdapat dua pihak yang terlibat dalam
konflik tersebut Pihak pertama ialah Ranta sebagai rakan sejenayah kepada kerajaan dan parti
kedua ialah geng pengacau atau DI (Darul Islam) yang diketuai oleh oleh Guru Musa.
Kedua-dua parti mempunyai ideologi dan minat yang berbeza. Masing-masing cuba mencipta
minat supaya ia berlaku pertembungan. Antara pergaduhan minatnya ialah hasrat kedua-dua
pihak untuk mengekalkan atau mendapatkan kuasa rantai dan pengikut mempunyai keinginan
untuk mengekalkan sistem sosial dan struktur komuniti sedia ada, iaitu sistem kerajaan lama
dan sistem ekonomi yang bergantung pada pertanian. Sebagai warganegara yang mematuhi
undang-undang sudah ada, Ranta dan kumpulannya, cuba mengambil bahagian menegakkan
kemakmuran dan keamanan wilayah.
Ini terbukti dengan perjuangannya melawan Master Musa, yang dalam novel ini selalu
menggunakan kekerasan dan menindas orang miskin yang berbeza pemikiran. Pihak kedua
ialah geng perusuh atau Darul Islam. Kumpulan ini diketuai oleh Juragan Musa. Sebagai
pemegang kuasa tertinggi dalam gerombolan, ia mempunyai kuasa untuk menggunakan
paksaan fizikal dalam mengekalkan kuasanya dan meluaskan kawasan kuasanya. Gerakan
gerombolan ini adalah kumpulan yang bersimpati kepada pandangan politik atau doktrin
tertentu, yang aktualisasi diri yang bercanggah dengan bentuk paksaan dan huru-hara.
Gerakan ini mempunyai ideologi tertentu yang berfungsi sebagai alat untuk menyatukan
komuniti ahlinya dengan menggalakkan setiap ahli untuk menerima kuasa yang mentadbirnya
dan oleh mengembangkan rasa taat kepada mereka yang memerintah, ideologi ini juga
berfungsi sebagai matlamat perjuangan. Selain itu, ideologi ini adalah doktrin yang mampu
meningkatkan semangat dan komitmen terhadap menyokong aktiviti politik. Doktrin ini
7
menjanjikan bentuk alternatif masyarakat bar yang menjadikan setiap rakyat sebagai hamba
yang baik untuk menggantikan bentuk masyarakat lama.
Dalam novel tersebut juga diceritakan sudah banyak pembunuhan dan pembakaran
rumah orang oleh Darul Islam. Sifat keras dan radikal membuatkan sesetengah penduduk
berasa risau kalau dengar nama Darul Islam. suatu masa dahulu, Sangkaan Ranta terhadap
penglibatan Jurangan Musa dalam kumpulan itu begitu, hampir tiada. Pada mulanya, kapten
Musa berjaya memperdaya Ranta dan beberapa penduduk lain sepanjang penglibatan mereka
dalam Darul Islam.
"Pasar diobrak-abrik DI. Sudah tahu, Ta? Jadi binimu juga
gagal. Nah, waktu baik, musim baik." (hal 18)
"*Kalau ada apa-apa, jangan sebut-sebut namaku Mengerti?"
(Satu Peristiwa di Banten Selatan: m/s 18)
“...mereka takut-takuti kita dengan polisi, dangan tentara,
dengan DI...." (hal 28)
"Mengapa mesti ke hutan? Masuk DI?" (hal 48)
"Aku tidak percaya Allah bersama kita, Aku baru tahu engkau orang Darul Islam.”
(Satu Peristiwa di Banten Selatan: m/s 54)
2.2 Pemikiran Agama
Perkataan asal agama ialah daripada bahasa Sanskrit kemudian masuk ke dalam
perbendaharaan bahasa Melayu (Nusantara) di bawah agama Hindu dan Buddha sebagai
tanda kepercayaan, tatacara, cara hidup, kerohanian dan upacara agama. Dalam perbicaraan
sehari-harian selalu digunakan perkataan atau istilah ”agama” seperti agama islam, agama
kristian, kehidupan beragama, tolenrasi beragama, hubungan antara agama dan sebagainya.
Istilah agama seakan-akan sudah sebati dan tidak lepas daripada kehidupan sehari-hari
manusia secara umum. Selain itu, agama juga merupakan pegangan atau ikutan seseorang
yang berkaitan kepercayaan mengenai kewujudan Tuhan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
mengagungkan Tuhan. Clifford Geertz adalah salah satu nama besar dalam bidang antropolgi
agama telah mendefinisikan agama sebagai sistem simbol yang berfungsi untuk
menenteramkan suasana hati dan memberikan motivasi yang kuat dan tahan lama dalam
kehidupan manusia.
Hal ini dicapai dengan menetapkan konsep-konsep atau merumuskan kepercayaan-
kepercayaan tentang tatanan umum eksistensi manusia dan masyarakat serta membungkus
konsep konsep atau kepercayaan-kepercayaan itu seolah-olah sebagai sesuatu yang riil atau
merupakan fakta sehingga suasana batin dan motivasi tercipta menjadi riil. Agama juga
8
memberi isyarat kepada manusia dan alam bahawa perlu bersandar dan berserah kepada
Tuhan melalui agama kerana agama merupakan tempat mengadu dan berkomunikasi antara
manusia dengan Tuhan
2.2.1 Pemikiran Agama (Shahnon Ahmad)
Dalam karya shahnon ahmad, beliau banyak mengetengahkan pemikiran agama
dimana beliau sering membawa citra yang sangat dekat dengan kaum Melayu-Islam. Usaha
ini merupakan satu kebestarian dalam penulisan karya sastera dalam menyampaikan
pandangan semesta yang mewakili satu-satu adat, kaum dan budaya. Istilah pandangan
semesta atau world view secara sinonim disebut juga dengan pandangan alam atau tasawwur.
Dalam karya shahnon ahmad pemikiran berkaitan agama dapat dilihat dalam novel Ranjau
Sepanjang Jalan, karya ini membahas pengajaran tentang berpegang kuat pada ajaran agama
Islam. Ajaran Islam merupakan ajaran yang berlandaskan dalam Al-Quran. Sehubungan
dengan itu, dalam novel ini terdapat pandangan yang menunjukkan watak-watak dalam
novel ini yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Misalnya, Lahuma sentiasa
menunjukkan sifat patuhnya kepada pencipta dengan cara menunaikan solat secara berjemaah
dan berdoa bersama-sama dengan isterinya. Sifat Lahuma ini dapat dilihat dalam petikan ayat
berikut :
Malam merangkak dari senja ke maghrib dan terus masuk waktu isyak.
Lahuma sedang bertimpuh di atas tikar mengkuang sambil kedua-dua belah
tangannya tercantum menadah langit. Jeha yang berada di belakangnya dalam
keadaan serba putih bertimpuh dengan kemas sekali. Mukanya ditutup rapat
dengan kedua-dua belah tapak tangan. Maing-masing bermohon doa kepada
Allah S.W.T.
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 14)
Seterusnya pemikiran agama yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad adalah
percaya pada qadak dan qadar membawa maksud percaya pada ketentuan Allah S.W.T.
Sebagai hamba, manusia perlu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan memperlihatkan pandangan hidup yang dimiliki oleh
masyarakatnya yang percaya pada qadak dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Hal ini jelas
sekali dapat dilihat dalam diri Lahuma dan juga Jeha. Contohnya adalah seperti di bawah ini :
9
Lahuma dan Jeha cukup percaya bahawa mereka juga akan mempunyai
pegangan yang sama. Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T.
Kini, pegangan itu telah banyak memberi ketenangan hidup kepada mereka
sekeluarga.
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 2)
Berdasarkan contoh di atas, sifat redha dengan ketentuan qadak dan qadar dapat
dilihat dalam diri Lahuma dan Jeha kerana mereka percaya bahawa ajal maut serta rezeki
kesemuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Mereka tidak pernah kesal dengan kekurangan
yang mereka alami walaupun sekali. Mereka hanya redha dengan ketentuan-Nya agar hidup
lebih tenang dan harmoni.
2.2.2 Pemikiran Agama (Pram)
Pemikiran agama yang yang diketengahkan oleh karya Pramedya Ananta Toer dalam
karya Bumi manusia kurang ditekankan, hal ini kerana karya ini lebih menfokuskan kepada
konflik politik dalam peristiwa di Banten Selatan yang merupakan konflik yang dominan
yang berlaku antara dua pihak yang terlibat dalam konflik tersebut pihak pertama ialah Ranta
sebagai rakan sejenayah kepada kerajaan dan parti kedua ialah geng pengacau atau DI (Darul
Islam) yang diketuai oleh oleh Guru Musa. Dalam karya Bumi manusia pemikiran agama
dapat dilihat melalui pandangan hidup orang jawa yang berpegang teguh dalam ajaran agama
dan nilai-nilai kehidupan orang jawa. Selain itu, nilai agama dapat dilihat melalui watak ibu
Minke yang sangat berpegang teguh pada ajaran agamanya, iaitu Islam. Beliau juga tak luput
selalu mengingatkan Minke untuk solat di dalam suratnya. Agama bangsa kulit putih juga
sangat tergambar jelas iaitu mereka sangat berpegang teguh pada ajaran agama Kristian.
Berikutnya, contoh yang lain yang ditonjolkan berkaitan pemikiran agama dapat dilihat
dalam watak Minke yang mengucapkan kata “MasyaAllah” ini menunjukkan bahawa watak
Minke menganut kepercayaan islam, walaupun dalam novel tidak diceritakan secara jelas.
2.3 Pemikiran Ekonomi
Ekonomi didefinisikan sebagai segala sesuatu yang berkaitan dengan penghasilan,
pembahagian dan penggunaan barang-barang dan kekayaan (keuntungan). Menurut Abraham
Maslow (1970: 27), ekonomi adalah salah satu bidang pengkajian yang mencuba untuk
10
menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala
berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan
efisien. Menurut Paul A Samuelson, ekonomi merupakan yang dilakukan oleh manusia dan
cara-cara kelompoknya untuk memanfaatkan sumber-sumber yang terbatas untuk
memperoleh berbagai-bagai komoditi dan mendistribusikan untuk dikongsi oleh masyarakat
(Ab Aziz Yusof, 2010: 7). •
Dari pengertian-pengertian ekonomi yang telah dideskripsikan, dapat disimpulkan
cabang ilmu yang mempelajari keupayaan manusia dalam memenuhi keperluan hidupnya,
baik secara ekonomi mahupun kelompok dengan perseorangan menggunakan segala
peringkat kemudahan yang berhubung dengan usaha yang dilakukan dalam kegiatan
ekonomi, agar memperoleh kesejahteraan dan kesejahteraan hidup. Menurut Paul A
Samuelson, ekonomi merupakan yang dilakukan oleh manusia dan cara-cara kelompoknya
untuk memanfaatkan sumber-sumber yang terbatas untuk memperoleh berbagai-bagai
komoditi dan mendistribusikan untuk dikongsi oleh masyarakat (Ab Aziz Yusof, 2010: 7). •
Dari pengertian-pengertian ekonomi yang telah dideskripsikan, dapat disimpulkan cabang
ilmu yang mempelajari keupayaan manusia dalam memenuhi keperluan hidupnya, baik
secara ekonomi mahupun kelompok dengan perseorangan menggunakan segala peringkat
kemudahan yang berhubung dengan usaha yang dilakukan dalam kegiatan ekonomi, agar
memperoleh kesejahteraa hidup.
2.3.1 Pemikiran Ekonomi (Shahnon Ahmad)
Dalam membicarakan aspek pemikiran ekonomi ini pengarang akan memberikan
gambaran dalam aspek ekonomi menerusi isu seperti isu perniagaan, isu tentang kesibukan
dan kemewahan, isu perdagangan, isu kekayaan dan isu menyara diri dan keluarga.
Berdasarkan novel Ranjau Sepanjang Jalan, novel ini mengisahkan kehidupan sebuah
keluarga yang bergantung kepada hasil tanaman padi. Secara keseluruhannya novel ini
banyak menceritakan mengenai susah payah petani dari menebas semak sehingga menuai
padi menjadi beras. Walaupun banyak dugaan yang menimpa, petani perlu bekerja keras dan
memastikan padi dapat dituai pada masa yang telah ditetapkan. Dalam novel ini mengisahkan
keluarga petani iaitu Lahuma dan isteri dan tujuh anaknya berhempas pulas memastikan padi
mereka ditanam pada waktu yang ditetapkan agar mereka tidak ketinggalan oleh petani padi
yang lain. Walaupun mereka tidak mempunyai jentera untuk membajak bendang mereka,
tetapi dengan tulang empat kerat Lahuma dan sekeluarga, padi mereka tetap menghasilkan
11
padi mengikut jadual. Pada setiap tahun Lahuma dan Jeha menanam padi mereka dan
menghadapi pelbagai dugaan seperti kemarau, banjir, serangan haiwan seperti burung tiak,
ketam, tikus dan ular berbisa. Petikan di berikut menunjukkan betapa pentingnya sawah padi
kepada keluarga mereka,
Jeha teringat pesan Lahuma dulu, “Anak-anak kita perlu makan siang malam.
Tak ada nasi anak-anak kta akan mati. Makan kita bergantung pada sawah.
Pakaian bergantung pada sawah. Sakit atau sihat bergantung pada sawah. Mati
hidup bergantung pada sawah.
Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Ia mesti dipupuk dan
dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar siapa datang
mengacau, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan.
Itulah hidup kita.”
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 213)
Seterusnya pemikiran ekonomi yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad adalah
cabaran ketua keluarga dalam mencari rezeki. Menjadi seorang ketua keluarga sangat sukar
dan berat bebanan yang perlu dipikul. Tugas seorang suami tidak hanya menjaga isteri dan
anaknya sahaja tetapi suami perlu memastikan segala keperluan harian dan keperluan
pendidikan anak-anak lengkap. Oleh itu untuk memastikan isteri dan anak-anak berada dalam
keadaan yang selesa, suami perlu bekerja keras untuk mencari rezeki dan menampung
keluarganya. Dalam novel ini, Lahuma sebagai ketua keluarga perlu memikirkan cara untuk
menyuap sesuap nasi kepada semua ahli keluarganya dan memastikan mereka mendapat
makanan yang cukup dan tidak kebuluran. Oleh itu Lahuma bekerja siang malam tanpa lelah
menanam padi dan hasilnya boleh dijual kepada peraih dan untuk keperluan Lahuma
sekeluarga.
Lahuma juga sentiasa memikirkan masa depan mereka sekeluarga dan Lahuma juga
ada berangan untuk melihat cucu dan cicitnya menikmati beras yang telah dituai oleh hasil
titik peluh mereka sendiri. Lahuma juga sentiasa memikirkan kepentingan keluarga mereka
kerana dia adalah satu-satunya lelaki yang berada dalam keluarganya dan sekiranya Lahuma
mati siapa yang akan meneruskan perjuangannya dan adakah cucu cicitnya akan merempat
dijalanan dan meminta sedekah kelak. Perkara ini ada diceritakan di dalam bab 1,
Tetapi apa akan berlaku jika dia mati nanti? Bendang 14 relung itu akan dibahagi-
bahagikan. Dua relung seorang. Dan apabila anak-anaknya itu dikurniakan zuriat,
mereka sendiri membahagi-bahagikan bendang itu pula lagi sedikit cucu-cucunya
akan dapat. Dan boleh jadi cicit-cicitnya nanti tidak akan mendapat walau satu tapak
bendang sekalipun.
12
…”Cicit-cicit kita akan meminta sedekah. Cicit-cicit kita akan minta sedekah,”
rungutnya seorang diri. Kemudian dia mendengus kasar.
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 5)
2.4 Pemikiran Sosial
Pengertian sosial menurut KBBI (Kamus Besar Bahasa Indonesia) adalah segala
sesuatu yang berkenaan dengan masyarakat. Definisi sosial dapat ditakrifkan secara meluas.
Secara umum, definisi sosial bisa ditakrifkan sebagai sesuatu yang ada pada masyarakat atau
sikap kemasyarakatan secara umum. Ilmu sosial pun dipelajari sebagai salah satu cabang
ilmu pengetahuan, selain ilmu alam. Jika didefinisikan, ilmu sosial adalah ilmu yang
mempelajari mengenai tingkah laku manusia dan masyarakat dalam berinteraksi satu sama
lain. Menurut Lewis, sosial merupakan sesuatu yang dapat dicapai, dihasilkan serta
ditetapkan dalam proses interaksi antara masyarakat di dalam pemerintahannya. Manakala,
menurut Enda M.C. sosial dapat didefinisikan suatu cara tentang bagaimana individu saling
berhubungan satu sama lain.
Selain itu juga, sosial dimaksudkan adalah segala sesuatu yang dipakai sebagai acuan
dalam berinteraksi antara manusia dalam konteks masyarakat atau komuniti, sebagai acuan
bermaksud sosial yang bersifat abstrak berkaitan dengan pemahaman terhadap lingkungan,
dan berfungsi untuk mengatur tindakan secara individu sebagai anggota suatu masyarakat.
Oleh hal demikian, sosial juga haruslah mencakup lebih dari seorang individu yang terikat
pada satu kesatuan interaksi, karena lebih dari seorang individu bermaksud terdapat hak dan
kewajiban dari individu masing-masing yang saling berfungsi satu sama lain. Dalam konteks
ini, manusia mempunyai kewajibannya yang menunjukkan identiti diri dalam sebuah
masyarakat dalam pelbagai aspek.
2.4.1 Pemikiran sosial Shahnon Ahmad
Penulis juga mengemukakan isu sosial dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Isu
sosial merupakan gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual. Antara contoh isu
sosial yang ditunjukkan oleh penulis dalam novel ini adalah sifat kasih sayang masyarakat
terhadap keluarga masing-masing. Masyarakat dalam novel ini mengamalkan budaya kasih
sayang dalam dua aspek, iaitu kasih sayang seorang isteri terhadap suami dan kasih sayang
seorang ibu terhadap anak-anaknya.
13
Dalam konteks ini, watak utama yang merupakan pasangan suami isteri dalam novel
ini menunjukkan kasih sayang yang utuh antara satu sama lain. Sebagai contoh, setelah kaki
Lahuma menjadi semakin parah akibat tercucuk dek duri nibung, Jeha tetap setia di sisi
suaminya. Jeha sanggup mencuci luka dan nanah yang berbau busuk dan hanyir pada kaki
suaminya demi rasa kasih dan cintanya pada si suami. Walaupun Jeha sedar tuntutan untuk
mengerjakan bendang masih belum selesai, tetapi dia tetap menjaga suaminya dengan sebaik
mungkin. Berikut adalah contoh yang menunjukkan kasih sayang Jeha terhadap suaminya,
Lahuma:
“Petang itu, Jeha tidak turun ke sawah. Kaki suaminya dicelur dan dituam lagi.
Ubat ramuan dicari dan ditambah. Beberapa kali kain panas diusap-usap ke
atas kaki yang bengkak itu. Lahuma terbaring saja sepanjang petang itu. Jeha
menghembus-hembuskan kaki itu. Akhirnya, Lahuma terlena. Jeha menghembus
lagi perlahan-lahan hingga kelopak mata Lahuma benar-benar terkatup. Kaki
bengkak yang tersidai di atas ribanya itu perlahan-lahan diangkat dan diletak
pula ke atas bantal lasam. Dengan hati-hati dia meninggalkan suaminya.”
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 125)
Seterusnya, budaya kasih sayang dalam novel ini turut dipaparkan melalui watak Jeha
sebagai ibu yang amat menyayangi anak-anaknya. Anak-anak Jeha terdiri daripada tujuh
orang semuanya iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Selepas kematian
Lahuma, Jeha meneruskan kelangsungan hidup dengan bekerja kuat membanting tulang di
sawah untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya. Jeha terpaksa mengetepikan
kesedihan akibat daripada kematian suaminya, dia bertekad untuk mengerjakan sawah bagi
menyara kehidupan anak-anaknya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:
… Dan hilanglah wajah Lahuma daripada pandangannya.
Tetapi, pandangan itu Cuma pada mata Jeha saja. ‘Lahuma berada di mana-
mana,’ fikir Jeha. Lahuma menyuruhnya ke bendang esok. Sanah dan Milah dan
anak-anak yang lain mesti diberi makan. Dan makanan itu Jeha cukup faham.
Hanya nasi saja yang menjadi bahan selama ini. Hanya bendang itulah satu-
satunya pusaka Lahuma yang akan menyambung dia dan nyawa anak-anak tujuh
orang itu.
(Ranjau Sepanjang Jalan: m/s 159)
Berdasarkan contoh diatas, dapat dirumuskan bahawa pegangan hidup yang ingin
ditonjolkan oleh penulis adalah kasih sayang yang dipegang dalam kehidupan watak dalam
14
novel ini amat utuh terhadap keluarganya walaupun mereka diduga. Kasih sayang mereka
tidak terjejas dengan kesusahan yang dialami oleh mereka.
2.4.2 Pemikiran Sosial (Pram)
Isu sosial yang ditunjukkan oleh penulis dalam novel Bumi Manusia ialah sifat kasih
sayang yang ditunjukkan oleh ayah terhadap anak. Dalam konteks ini, watak ayah iaitu Nyai
yang merupakan ayah kepada Annelies sangat menyayangi anaknya sehingga sanggup
berkorban demi mempertahankan anaknya dalam sidang mahkamah. Contoh, kasih sayang
dapat dilihat yang mana Nyai Ontosoroh dengan berani membela Annelies dalam sidang yang
akan memisahkan antara ibu dan anak. Nyai Ontosoroh juga bersikap tegas mempertahankan
anaknya yang akan diambil oleh keluarga Mellema. Jelaslah bahawa, kasih sayang yang
ditunjukkan oleh Nyai iaitu ayah membuktikan sangup berkorban apa sahaja demi anaknya
Annelies.
Annelies anakku, Tuan, hanya seorang Indo, maka tidak boleh melakukan apa
yang dilakukan bapaknya ? Aku yang melahirkannya, membesarka dan
mendidik, tanpa bantuan satu sen pun dari Tuan-Tuan yang terhormat. Atau
bukan aku yang telah tanggungjawab atasnya selama ini ? Tuan-Tuan sama
sekali tidak pernah bersusah-payah untuknya. Mengapa usil ?
(Bumi Manusia: m/s 10)
Isu sosial seterusnya menolong orang lain yang sedang mengalami kesusahan.
Hubungan manusia dengan manusia lain selalu menimbulkan dampak yang baik mahupun
dampak yang buruk. Jika timbul hubungan yang baik, seperti adanya suasana kekeluargaan
maka akan ada rasa kebahagiaan. Namun sebaliknya, jika hubungannya buruk, maka akan
ada permasalahan dan rasa kesusahan. Di sinilah kesefahaman antara yang baik dan buruk
terjalin. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang sedang mengalami kesusahan karena
hubungan yang buruk, maka akan ada penolong dari mereka yang berhubungan baik. Hal ini
terlihat dari petikan berikut:
“ Memang patut aku minta maaf sebesar-besarnya tak dapat berbuat sesuatu untuk
meringankan penderitaan Nyai. Tak ada padaku teman-teman dekat orang besar,
karena memang tidak pernah punya keanggotaan sesuatu kamarbola”
“ Tapi Tuan merasa perlakuan terhadap kami ini tak adil, bukan ?” tanya Mama.
“Bukan hanya tak adil. Biadap!”
“ Itupun mencukupi, Tuan Dokter, kalau keluar dari hati tulus”
“ Maafkan, aku tak ada kemampuan…
15
(Bumi Manusia: m/s 10)
Petikan di atas merupakan dialog antara Nyai Ontosoroh dengan dokter Martinet yang
merupakan seorang dokter kepercayaan keluarga itu. Dokter Martinet sangat menyesal karena
tidak dapat membantu lebih atas perkara yang sedang dihadapi keluarga Nyai Ontosoroh.
Dokter Martinet hanya dapat menolong Annelies yang sakit keras dengan membiusnya agar
bisa tidur, namun tidak dapat menolongnya agar tidak dibawa oleh keluarga Ir. Maurist
Mellema ke Nederland. Walaupun dokter Martinet tidak dapat membantu, namun dia ada
keinginan untuk melakukannya. Bagi dokter Martinet, Annelies adalah anak dan dianggap
keluarganya. Sudah sepatutnya ia mempertahankan Annelies. Namun, dokter Martinet
terbatas dalam hal-hal yang membabitkan politik yang merupakan masalah hukumam di
Eropah yang menginginkan Annelies jauh dari Nyai Ontosoroh.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Shahnon Ahmad merupakan pengarang yang berani menulis tentang
apa-apa yang terasa dibenaknya tanpa mempedulikan sama ada karyanya nanti menjadi
kontroversi atau menyepi. Penulisannya berkembang menurut zaman hidupnya dan fesyen
sastera semasa. Sesungguhnya, sebagai pengarang kreatif, Shahnon telah banyak
menyumbangkan jasanya terhadap perkembangan sastera. Betapa sukarnya untuk mencari
penulis-penulis dalam kalangan jenerasi baru yang berjiwa kemiskinan atau memartabatkan
nilai kemiskinan untuk disanjung di mata pena. Hanya mata pena beliau yang mampu
menjerit dan memanggil meminta pertolongan bagi mengubah nasib golongan hamba Allah
yang kurang bernasib baik ini. Terpulanglah kepada kita untuk menilai dan meletakkannya
menurut ilmu dan selera masing-masing.
Manakala, Pramoedya Ananta Toer adalah seorang sasterawan yang sangat
berpengaruh di Indonesia. Karya yang dihasilkan baik dalam bentuk fiksyen mahupun bukan
fiksyen memberikan perspektif tersendiri dalam memahami politik yang berkembang di
Indonesia. Aspek sejarah yang menjadi latar dalam novel-novel yang dibangkitkannya bukan
sahaja menjadikan beliau seorang sasterawan, malah beliau juga dikenali sebagai sejarawan
dan intelektual yang disegani. Pramoedya terkenal sebagai tokoh yang konsisten dalam
mengangkat isu kemanusiaan sebagai asas untuk memahami sejarah Republik Indonesia.
Pramoedya berpegang kepada aliran realisme sosialis sebagai kaedah menghasilkan karya
sastera, kaedah yang memberikan sokongan penuh kepada orang yang terpinggir, tertindas,
16
dan membangkitkan kesedaran untuk bergerak revolusioner. Hasil karya yang diperoleh oleh
Pramoedya terbentuk daripada pembinaan pengalaman hidupnya. Penemuan lain ialah prinsip
politik Pramoedya mempunyai persamaan dengan prinsip politik dalam Islam, seperti
larangan pemimpin melakukan ketidakadilan, persamaan di hadapan undang-undang,
pembelaan golongan lemah, dan persamaan hak politik.
RUJUKAN
Harun Mat Piah. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kesusasteraan Bandingan. 2021. Kumpulan nota kuliah daripada portal myguru. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
NH. DiNi. (2003), Sasterawan Indonesia (Indonesian writer) Penerima Hadiah Sastra Asia
Tenggara S.E.A Write Awards, Jakarta: Pusat Bahasa Departemen Pendidikan
Nasional (The Language Center Ministry Of National Education Jakarta.
Prof.Dr.Hamka. (2010), Tuan Direktur, Selangor : Pustaka Dini.
Shahnon Ahmad. (2007). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Haji Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sumber diperoleh daripada laman web:-
https://citrawulani.wordpress.com/mata-pelajaran/ekonomi/pengertian-ekonomi-secara-
17