Z
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1:
LAPORAN BERTULIS
BUDAYA /AMALAN PEMAKANAN PRI BUMI DAN JAWA
DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
ALIF HAIKAL BIN SALIM B05SPT20F025
AYU MAISARAH BT MOHD RUDZI B05SPT20F027
DAIYANA WAFA BT MOHD ROSDI B05SPT20F018
PUTERI NURUL NASYIRAH BT AB B05SPT20F022
HALIM
TARIKH HANTAR:
6/5/2021
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
ISI KANDUNGAN 2
2
SENARAI GAMBARAJAH 3
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN Muka surat
4
1.0 PENGENALAN
5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
6
3.0 KAEDAH KAJIAN
7
4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN
7
4.1 Budaya Pri Bumi
7
4.1.1 8
4.1.2 9
4.1.3 10
4.1.4
11
4.2 Budaya Jawa
11
4.2.1 12
4.2.2 12
4.2.3 13
4.2.4 14
4.2.5
15
5.0 RUMUSAN
16
RUJUKAN 17-18
LAMPIRAN
SIJIL PASTRI SPT2B
1
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
SENARAI GAMBAR RAJAH 8
8
GAMBAR RAJAH 1 9
GAMBAR RAJAH 2 9
GAMBAR RAJAH 3 10
GAMBAR RAJAH 4 10
GAMBAR RAJAH 5 12
GAMBAR RAJAH 6 13
GAMBAR RAJAH 7 13
GAMBAR RAJAH 8 14
GAMBAR RAJAH 9
GAMBAR RAJAH 10 17
17
SENARAI LAMPIRAN 18
18
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
SIJIL PASTRI SPT2B
2
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
PENDAHULUAN
Kami merafak syukur kerana dapat menyiapkan tugasan kajian lapangan 1 dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Kami para pengkaji menjalankan kajian ini bagi
memenuhi kerja Kajian Lapagan 1, kajian yang saya jalankan ialah berkaitan budaya
atau amalan pemakanan Jawa dan Pri bumi. Kami para pengkaji telah membahagikan
tugas-tugas kepada setiap orang untuk mengkaji tentang budaya atau amalan
pemakanan etnik Jawa dan etnik Pri bumi. Kami dapat menyediakan bahan-bahan
seperti pemakanan Pri bumi dan Jawa.
Kami para pengkaji membuat kajian pemakanan Jawa dan Pri bumi untuk mengetahui
jenis-jenis makanan yang dimakan oleh warga Jawa dan Pri bumi, selain itu kami juga
membuat kajian tentang pemakanan yang di makan oleh warga Jawa dan Pri bumi
pada waktu ritual ataupun majlis.
Kami para pengkaji bekerja keras dan saling membantu dalam mencari data dan
maklumat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami para pengkaji menggunakan data
dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan lengkap secara berkumpulan.
SIJIL PASTRI SPT2B
3
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
1.0 PENGENALAN
Kursus ini tentang budaya atau amalan pemakanan, kajian yang merentasi
pelbagai disiplin ilmu ini bertujuan untuk mengkaji budaya pemakanan
masyarakat Malaysia daripada aspek budaya,dasar,sains,teknologi dan agama
islam. Selain itu, hubungan di antara budaya dan makanan,sains dan teknologi
dan makanan,kesihatan dan makanan, serta agama dan makanan dikaji
dengan lebih mendalam.
Kami memilih tajuk ini kerana ingin menyedarkan masyarakat di Malaysia ini,
terdapat banyak makanan etnik-etnik yang masyarakat Malaysia tidak tahu.
Selain itu, masyarakat di Malaysia ini tidak mengambil berat tentang
pemakanan etnik-etnik yang ada di negara seperti jawa tengah, jawa timur dan
sebagainya. Di samping itu contoh makanan etnik-etnik di jawa tengah ini
adalah timlo solo, ia sebuah sup daging lembu dan sebagainya. Selain itu,jawa
timur pula terdapat pemakanan pacel madiun ia suatu ulam-ulam sayur-
sayuran, dan dressed in a peanut-based spicy sauce,ia biasanya dihidangkan
sebagai suatu iringan dengan nasi, keropok, kacang atau ikan kering dan
sebagainya.
Kami membuat tugasan ini kerana ia amat menarik untuk kita mengkaji , tidak
semua orang peduli tentang pemakanan orang Jawa dan Pri bumi kerana bagi
mereka ia tidak menarik utnuk dipelajari bahkan mereka tidak tahu langsung
akan kewujudan makanan-makanan yang unik di Malaysia, jadi kami para
pengkaji mahu membuka minda orang luar untuk lebih mengenali tentang
pemakanan etnik-etnik di Malaysia.
Kami adalah para pengkaji dari Kolej Komuniti Selayang yang membuat
laporan tentang pemakanan orang Jawa dan Pri bumi, kami para pengkaji
mencari segala data dan maklumat untuk menyiapkan laporan yang diberi.
Terdapat pelbagai kaedah yang kami gunakan untuk menyiapkan tugasan ini
seperti contoh kami menggunakan kaedah pemerhatian, kami sekumpulan
telah melawat Muzium Negara untuk mengkaji bagaimana sejarah masyarakat
pribumi di Malaysia serta bagaimana cara hidup masyarakat tersebut.
SIJIL PASTRI SPT2B
4
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tentang budaya pemakanan masyarakat di Malaysia ini dijalankan untuk
mencapai beberapa objektif kajian.khususnya budaya pemakanan masyarakat
pribumi dan jawa.kajian ini akan dilakukan secara amnya adalah untuk
mengenal dan memahami dengan lebih lanjut lagi tentang budaya pemakanan
pribumi dan jawa.ini akan dapat membantu pengkaji membuat satu kajian
ilmiah dengan cara yang betul,jelas dan tepat.dengan adanya menguasai
kemahiran mencari,merekod dan menganalisis maklumat tentang asal usulnya
budaya pemakanan masayarakat di pribumi dan jawa.
Seterusnya,kajian ini dapat lagi menambahkan pengetahuan pengkaji tentang
jenis-jenis dan keunikan amalan pemakanan masyarakat Malaysia iaitu pribumi
dan jawa.ini juga dapat memberi beberapa pendedahan kepada pengkaji untuk
mengenali dan memahami keunikan amalan pemakanan ini.dengan ini dapat
berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan latar belakang
budaya pemakanan di Malaysia ini.
Di samping itu, kajian ini juga dapat dijadikan satu teladan dan iktibar malah
dapat menyedarkan masyarakat dengan ini bertapa pentingnya pengetahuan
tentang budaya pemakanan di kalangan masyarakat di negara ini.kerana ianya
adalah melambangkan setiap etnik-etnik dan adat yang tersendiri.selain itu,ia
mengajar bahawa masyarakat di Malaysia haruslah bertanggungjawab
memelihara dan memulihara warisan sejarah suapaya tidak pupusnya.
SIJIL PASTRI SPT2B
5
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Kaedah pemerhatian
Kami sekumpulan telah melawat Muzium Negara untuk mengkaji
bagaimana sejarah masyarakat pribumi di Malaysia serta bagaimana
cara hidup masyarakat tersebut. Banyak maklumat berguna dapat
diperolehi berdasarkan pemerhatian kami disini.
3.2 Kaedah penyelidikan perpustakaan
Kami sekumpulan juga turut mencari serba sedikit sumber daripada
Perpustakaan Kolej Komuniti Selayang untuk menjalankan penyelidikan
sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan tersebut. Dengan
penyelidikan pelbagai sumber seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan
sebagainya akan menguatkan lagi kajian kami sekumpulan.
3.3 Kaedah sumber internet
Kami turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat dalam Negara
kita dengan melayari laman sesawang tajuk yang dikaji malah turut
memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
SIJIL PASTRI SPT2B
6
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN
4.1 Masyarakat Pri Bumi
4.1.1 Latar Belakang Masyarakat Orang Asli
Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera di
negara ini dan jumlah mereka sehingga Disember 2010 ialah dianggarkan
171,193 orang. Mereka juga terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Asli.
Orang Asli memiliki karya seni, kraftangan, adat resam, pantang larang yang
masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini, biarpun Malaysia sudah 58
tahun merdeka dan pesat membangun dengan arus kemodenan.
Bagi memastikan sejarah masyarakat Orang Asli tidak hilang ditelan zaman,
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menubuhkan muzium dengan
bangunan asalnya adalah rumah kediaman rasmi bekas Ketua Pengarah
JHEOA pada tahun 1987.
Definisi
a) Bapanya Orang Asli
Mengamalkan cara hidup, budaya, adat dan bahasa orang asli
b) Anak Angkat Orang Asli
Mengamalkan cara hidup, budaya, adat dan bahasa orang asli
c) Ibunya Orang Asli
Mengamalkan cara hidup, budaya, adat dan bahasa orang asli
d) Kuasa Menteri
Apa-apa soalan sama ada mana-mana orang adalah Orang Asli atau bukan
Orang Asli hendaklah diputuskan Oleh menteri
SIJIL PASTRI SPT2B
7
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
Makanan Tradsional Pri Bumi
4.1.2 Burasak
Buras atau juga dikenali dengan nama burasak merupakan hidangan tradisi
suku kaum Bugis. Ia merupakan nasi yang dikukus bersama santan dan dibaluti
dengan daun pisang nipah seperti gambar rajah 1
Rajah 1
Bentuk burasak ini adalah leper seperti lepat pisang namun ia agak lebar dan
agak besar. Bungkusan burasak akan diikat menggunakan tali agar ia tidak
terbuka semasa mengukusnya seperti gambar rajah 2. Proses penyediaan
burasak yang agak lama mebolehkan burasak ini disimpan lebih lama.
Rajah 2
Makanan ini merupakan hidangan utama masyarakat Bugis menjelang hari
raya Aidilfitri dan juga Aidiladha. Biasanya ia disajikan bersama ayam masak
merah, ayam masak likku, asam pedas ikan parang dan sebagainya.
SIJIL PASTRI SPT2B
8
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
4.1.3 Sanggar Pappek
Sanggar pappek antara hidangan pencuci mulut yang ringkas serta enak
dimakan semasa minum petang atau pada bila – bila masa sahaja. Sanggar
membawa maksud pisang manakala pappek pula adalah penyek atau lenyek
atau ketuk atau juga penempek seperti gambar rajah 3 di bawah
Rajah 3
Hidangan ini juga turut dikenali dengan nama pisang janda kerana pisang
tersebut perlu digoreng sebanyak dua kali. Ia enak dimakan bersama sambal
tomato yang seakan sambal ayam penyet seperti gambar rajah 4 di bawah.
Malah, ia juga boleh dimakan bersama sebarang sambal yang pedas dan
mengikut citarasa masing – masing.
Rajah 4
Bagi menyediakan hidangan ini, biasanya pisang abu muda akan digunakan.
Selain pisang abu, pisang lain juga boleh dijadikan sanggar pappek ini asalkan
ia masih muda.
SIJIL PASTRI SPT2B
9
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
4.1.4 Barongko
Barongko merupakan kuih tradisional suku kaum Bugis yang menggunakan
pisang, nipah yang masak ranum, ia dibungkus menggunakan daun pisang
seperti gambar rajah 5. Biasanya ia disajikan sebagai hidangan penutup yang
mewah untuk raja-raja seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Namun,
kini barongko telah dijadikan hidangan pencuci mulut masyarakat bugis.
Rajah 5
Barongko boleh ditemui menjelang bulan Ramadhan dan ia begitu mendapat
sambutan ramai. Keenakan kuih ini tiada tandingannya. Pisang yang
merupakan bahan utama akan dikisar halus dan dicampurkan dengan gula,
telur serta santan, ia kemudiannya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus
sehingga masak seperti gambar rajah 6 di bawah.
Rajah 6
SIJIL PASTRI SPT2B
10
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
4.2 Masyarakat Jawa
4.2.1 Latar Belakang Masyarakat Orang Asli
Orang jawa dari segi luarannya berkulit sawo matang,berbadan sederhana
besar dan tegap.Etnik jawa merupakan sebahagian daripada kelompok melayu
yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.Pada masa
kini,penempatan orang jawa tertumpu di bahagian barat semenanjung
Malaysia terutama di barat Johor,Selangor dan Perak.
Seterusnya,orang jawa juga terkenal kerana kebudayaan mereka iaitu kuda
kepang.Orang jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang,khususnya
dalam perkidmatan awam dan tentera.Secara tradisinya,kebanyakan orang
jawa adalah petani.Ini adalah disebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur
di Jawa.Walaupun terdapat juga banyak usahawan berjaya yang berasal
daripada orang jawa namun orang jawa tidak begitu menonjol dalam bidang
perniagaan dan perindustrian.
Selain itu,orang jawa amat terkenal dengan kesopanan,adab dan lemah lembut
apabila bercakap dengan seseorang.Ini menjadi ciri khas ketika mereka
berbaur dengan suku lain dan menjadi sifat-sifat dasar yang diturunkan oleh
nenek moyang mereka.Mungkin anda pernah bertemu dengan orang jawa
yang hanya senyum-senyum dan menganggukkan kepalanya ketika
berpasangan.Pada dasarnya orang jawa adalah pemalu dan teragak-agak
apabila mereka berada dalam lingkungan yang muda.Masyarakat jawa
merupakan seorang yang peramah juga.Hal ini kerana,mereka suka menyapa
namun biasanya mereka jarang berani memulai perbualan Apabila ditinjau
dalam aspek perusahaan,orang jawa adalah pekerja-pekerja yang terbaik
kerana mereka mengerjakan apa yang seharusnya dilakukan oleh majikan
mereka dengan penuh dedikasi yang tinggi.
SIJIL PASTRI SPT2B
11
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
Makanan Tradisional Jawa
4.2.2 Nasi Ambeng
Maksud nasi ambeng ialah perpaduan, kebiasaannya nasi ambeng disajikan di
majlis-majlis kenduri sebagai tanda kesyukuran nasi ini dimakan menggunakan
dulang akan dipanggil nasi ambeng seperti rajah 7 di bawah dan jika dibungkus
untuk di bawa pulang oleh tetamu akan dinamakan ‘Berkat’.
Rajah 7
Antara lauk-pauk yang disajikan adalah sambal goreng, bergedil, ikan goreng,
telur rebus, urap, serunding, kelapa goreng dan opor ayam. Nasi ambeng
mungkin tidak semua antara kita bias menjamag menu istimewa tradisi orang
jawa ini, tapi bila dapat menikmatinya, memang enak dan menyelerak. Satu
hidangan ada ayam kicap, sayur, ikan masin, mee dan paling special adalah
menu serunding kepala yang mempunyai rasa yang tersendiri.
4.2.3 Pecal
Maksud pecal ialah tumbuk atau dihancurkan dengan cara menumbuk, pecal
merupakan makanan yang beraneka sayuran yang dimakan bersama kuah
kacang seperti contoh gambar rajah 8 di bawah. Bahan yang dimakan bersama
kuah kacang terdiri daripada kangkung, kacang panjang, tempe, tauhu, taugeh,
dan timun.
SIJIL PASTRI SPT2B
12
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
Rajah 8
Pecal ini diperbuat dari adunan kacang tanah serta campuran bahan bahan-
bahan lain termasuk udang kering, cekur serta hirisan daun limau purut bagi
menambahkan lagi aroma segar. Boleh disimpan dalam peti sejuk beku
sehingga 3 ke 4 bulan, hanya curah air panas dan siap untuk dimakan.
4.2.4 Ungkep
Ungkep tradisional masyarakat jawa yang begitu popular, perkataan ungkep
bermaksud tutup ketika memasak ayam seperti rajah 9 di bawah, ketika
memasak ungkep ianya perlu ditutup ketika mendidih. Rasa yang tedapat
dalam ungkep adalah lemak, manis, pedas serta wangi serai.
Rajah 9
Difahamkan, ia digelar masakan ungkep kerana membawa maksud tutup. Ini
kerana ketika dimasak, ayam ini perlu ditutup ketika ia menggelegak. Cara
memasaknya ringkas dan cepat, hanya seperti membuat ayam goreng biasa.
Namun yang membezakannya adalah rempah ratus digunakan bagi
menambah kenikmatan dan lazat ayam ungkep itu.
SIJIL PASTRI SPT2B
13
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
4.2.5 Punten Nasi Bersama Bilis
Punten ini begitu terkenal di sekitar daerah Sabak Bernam Selangor. Ia merupakan
makanan tradisi masyarakat Jawa di daerah tersebut. Punten seakan akan nasi impit
Cuma bezanya Punten ini Ia mengandungi santan dan juga garam da nada
setengahnya mencampurkan daun pandan semasa merebus beras bagi
membangkitkan aroma seperti gambar rajah 10 di bawah.
Rajah 10
Setelah beras siap dimasak , ia akan ditumbuk sehingga halus menggunakan lesung.
Kemudian, ia akan ditekan di dalam bekas Loyang sehingga padat sebelum dipotong
menjadi empat segi. Punten ini biasanya dimakan bersama sambal cili padi dan
bawang,sambal bilis dan enak dimakan pada waktu pagi dan petang.
SIJIL PASTRI SPT2B
14
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
5.0 Rumusan
Kami amat bersyukur kerana telah menyelesaikan laporan ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Ketika kami menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan yang telah kami mengetahui tentang budaya pemakanan Pri
Bumi dan Jawa. Tugasan ini membicarakan pemakanan etnik Jawa dan Pri
Bumi, contoh pemakanan pri bumi yang kami belajar ialah burasak dan sanggar
pappek.
Kami berasa bersyukur kerana dapat mengenali lebih dalam tentang
pemakanan budaya lain, ia mendekatkan kami dengan ilmu pengetahuan yang
lebih luas. Kami sebagai pelajar pasteri amat tertarik untuk belajar mengenai
pemakanan tradisi pribumi dan jawa. Terdapat pelbagai jenis makanan yang
kami telah pelajari ketika mengkaji pemakananan Pribumi dan Jawa seperti
contoh untuk Pribumi ialah burasak, sanggar pappek, barongko dan kapurung,
kami sudah memberi sedikit gambar untuk pemakanan Pribumi di bahagian
lampiran. Contoh pemakanan bagi masyarakat jawa pula nasi ambeng ungkep
dan punten nasi bersama bilis, kami juga telah letak contoh di bahagian
lampiran.
Cabaran-cabaran yang dihadapi kami para pengkaji adalah untuk mencari
maklumat untuk menyiapkan tugasan ini, contoh pertama cabaran yang kami
hadapi adalah perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan. Perkara ini menyukarkan kami untuk menemu ramah orang jawa dan
Pribumi lebih mendalam tentang pemakan mereka. Selain itu, cabaran yang
kami hadapi adalah sumber internet yang perlahan ia menyukarkan kami untuk
mencari informasi, ianya melambatkan dan menyusahkan kami untuk
menyiapkan tugasan ini.
Langkah yang di ambil untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi adalah
dengan mencari maklumat masyarakat Pribumi dan Jawa di dalam buku dan
carian di internet, ia memudahkan kami tanpa menemuramah. Seterusnya
masalah internet yang kami hadapi, kami pergi ke kawasan yang menyediakan
internet percuma seperti contoh di perpustakaan yang kami para pengkaji
pergi.
SIJIL PASTRI SPT2B
15
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
Rujukan
Google:
https://www.google.com/search?q=contoh+kaedah+kajian+budaya+pemakanan&oq
=&aqs=chrome.6.69i59i450l8.610814157j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masakan_Sarawak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masakan_Sabah
Pri bumi:
https://www.bharian.com.my/bhplus
old/2015/06/62540/mengenali-sejarah-budaya-orang-asli
https://saji.my/makanan-bugis/
https://www.ceritaita.com/2016/06/burasak-makanan-tradisi-masyarakat-bugis.html
Jawa:
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=436158
https://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Jawa
https://www.google.com/search?q=ciri+ciri+etnik+jawa&rlz=1C1GCEA_enMY843MY
843&oq=&aqs=chrome.0.69i59i450l8.698259579j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
http://rostamhamzah68.blogspot.com/2013/04/etnik-jawa.html
SIJIL PASTRI SPT2B
16
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1 KAJIAN LAPANGAN 1
Lampiran
Lampiran 1 (burasak)
Lampiran 2 (sanggar pappek)
SIJIL PASTRI SPT2B
17
MPU1152 – PENGAJIAN MALAYSIA 1
KAJIAN LAPANGAN 1
Lampiran 3 (Barongko)
Lampiran 4 (Nasi Ambeng)
SIJIL PASTRI SPT2B
18