The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitahtoyoman, 2020-12-09 05:27:57

SKEMA MODUL A BAHAGIAN SIRAH

SKEMA MODUL A BAHAGIAN SIRAH

MODUL LATIH TUBI ITEM OBJEKTIF BERFOKUS PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 4 BAHAGIAN SIRAH/TOKOH

1. Antara sumbangan khalifah Umar bin al-Khattab r.a. semasa menjadi khalifah ialah
A Membiayai aktiviti pengumpulan tulisan al-Quran
B Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
C Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
D Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran

2.
kekuatan ekonomi pada zaman
kerajaan Umaiyah

pertanian X

Tanda X merujuk kepada
A perikanan
B penternakan
C perdagangan
D perkapalan

3.
Imam Ahmad bin Hanbal r.a.seorang yang miskin. Bapanya
hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah yang kecil.

Beliau menyara hidupnya dengan bekerja mengambil upah
A Menjualkain dan membawa barang-barang di jalanan
B Menjahit pakaian dan menjual barang antik
C Mengembala kambing dan memerah susu
D Menjual barang-barang dagangan

4.
• Dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah
• Berketurunan Parsi
• Dibesarkan dengan kehidupan yang senang dan mewah
• Meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah

Siapakah tokoh di atas?
A Imam Malik
B Imam Syafie
C Imam Ahmad
D Imam Abu Hanifah

5. Antara yang berikut yang manakah paling tepat tentang usaha Khalifah Umar al-Khattab
r.a. untuk membangunkan tanah?
A Mengenakan cukai tanah yang tinggi

B Membeli tanah daripada pemilik bukan Islam
C Memperkenalkan undang-undang Tanah Negara
D Menghadiahkan tanah kepada penduduk yang baru memeluk Islam

6. Apakah cara penyebaran Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.?
A Membukukan al-Quran dalam satu naskhah
B Mendaulatkan kerajaan Islam daripada golongan riddah
C Memberi hadiah kepada penduduk tempatan yang memeluk Islam
D Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Turki dan perancis

7. Antara yang berikut yang manakah bukti yang menunjukkan Imam Malik rahimullah
sangat menghormati hadis Rasulullah SAW?
A Memberi fatwa berdasarkan hadis
B Mengajar hadis di masjid Nabawi sahaja
C Menghadiahkan al-Fatihah kepada perawi hadis
D Mandi dan memakai bau-bauan sebelum mengajar hadis

8.
• Berguru dengan Imam bin Anas
• Menghafaz keseluruhan al-Quran ketika berusia 9 tahun

Pernyataan di atas merujuk kepada
A Imam Syafie rahimullah
B Imam Ahmad rahimullah
C Imam Bukhari rahimullah
D Imam Abu Hanifah rahimullah

9. Berikut ialah faktor-faktor yang mendorong kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah kecuali
A Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab
B Segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian tuntutan Islam
C Penentangan rakyat terhadap pemerintah
D Serangan tentera Monggol

10.
Cukai ini dikenakan sebanyak 10% daripada hasil pertanian yang
diperoleh daripada tuan-tuan tanah

Pernyataan di atas merujuk kepada ……….
A Fai
B Usyur
C Jizyah
D Kharaj

11.
• Dilantik menjadi khalifah melalui wasiat khalifah sebelumnya
• Wasiat diumumkan kepada orang ramai
• Orang ramai menyatakan persetujuan mereka

Pernyataan di atas merujuk kepada perlantikan
A Khalifah Umar al-Khattab r.a

B Khalifah Uthman bin Affan r.a
C Khalifah Ali bin Abi Talib k.w
D Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

12. Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khulafa ar-Rasyidin
A Saidina Ali – menyusun pentadbiran Syura
B Saidina Umar – memerangi golongan murtad
C Saidina Abu Bakar – mengisytiharkan calendar mengikut hijrah
D Saidina Uthman bin Affan – mengumpul dan membukukan al-Qur’an dalam satu
naskhah

13. Antara faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ialah
I Penentangan rakyat kepada pemerintah
II Segelintir pemerintah cuai melaksanakan tuntutan Islam
III Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab
IV Campur tangan Negara luar dalam pemerintahan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14.
• Sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Madinah
• Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
• Menetapkan al-Qur’an dibaca menggunakan lahjah Qurraisy

Pernyataan di atas merujuk kepada polisi..
A Khalifah Umar al-Khattab r.a
B Khalifah Uthman bin Affan r.a
C Khalifah Ali bin Abi Talib k.w
D Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

15. Faktor kemerosotan kerajaan Bani Umaiyah adalah seperti berikut kecuali
A Khalifah mengabaikan ajaran Islam
B Tentangan dari golongan Abbasiyah
C Khalifah menentang golongan ulama
D Pemilihan khalifah melalui Majlis Syura

16. Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang fungsi Baitul Mal?
A Mengatasi masalah kemiskinan
B Mengurus pendapatan dan perbelanjaan Negara
C Mengumpul wang bagi membangunkan sektor pertanian
D Memperkembang harta orang Islam mengikut syariat Islam

17.
• Memerangi orang-orang murtad
• Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid ke Ghassan

Pernyataan di atas ialah polisi pentadbiran
A Saidina Umar al-Khattab r.a
B Saidina Usman bin Affan r.a
C Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a
D Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah

18. Apakah tujuan utama undang-undang tanah negara diperkenalkan pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab?
A Memastikan tiada tanah individu yang terbiar
B Memastikan tanah tidak dirampas oleh kerajaan
C Memastikan setiap individu membayar cukai
D Memastikan setiap individu memiliki tanah

19. Manakah antara berikut bukan sifat peribadi Imam al-Ghazali r.a.?
A Kuat ingatan
B Bijak berhujah
C Memiliki sifat mazmumah
D Berpegang teguh kepada syariat

20. Imam al-Ghazali r.a. mendalami dan menguasai ilmu usul mengikut aliran
A Qadyani
B Khawarij
C Al-Asya`irah
D Al-Maturidiyah

21. Antara berikut manakah yang tidak benar mengenai Imam al-Bukhari r.a. ?
A Menulis kitab pada waktu malam
B Tidak mahu makan makanan yang lazat
C Tidak menerima pandangan orang lain
D Sentiasa menutup aib orang lain

22. Berikut adalah keistimewaan kitab Sahih al-Bukhari kecuali
A Himpunan hadis nabi yang paling sistematik
B Hadis disusun mengikut feqah, muamalat dan jinayat
C Ia menjadi sumber rujukan umat Islam selepas Al Quran
D Sebuah kitab feqah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci

23. Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Imam Bukhari r.a. di kalangan ahli hadis?
A Amirul Mujtahidin
B Amirul Mukminin
C Amirul Faqihin
D Amirul Solihin

24.
• Pentadbiran yang cekap
• Mempunyai wawasan yang tinggi
• Menghindari daripada unsur-unsur khurafat

Pernyataan di atas merujuk kepada fakto rkecemerlangan kerajaan Bani Umaiyyah
dari aspek
A kestabilanpolitik
B kekuatanketenteraan
C kebijaksanaankhalifah
D hubunganbaikkerajaandenganrakyat

25. Pilih susunan yang betul tentang kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah
rahimahullah dalam menentukan hukum.
A Al-Sunnah, al-Ijmak, al-Quran dan al-Qias
B Al-Sunnah, al-Quran, al-Qiasdan al-Ijmak
C Al-Quran,al-Qias, al-Sunnah dan al-Ijmak
D Al-Quran,al-Sunnah,al-Ijmak dan al-Qias

26. Pilih padanan yang betul tentang sumber kewangan pada zaman kerajaan Umaiyyah
A Jizyah – Harta rampasan perang
B Kharaj – Cukai tanah yang dikenakan kepada orang bukan Islam
C Usyur – Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam
D Ghanimah – Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak
Musuh menyerah kalah

27. • Memecatpegawai yang kurangcekap
• BeliaudianggapkhalifahAr-Rasyidin yang kelima

Pernyataan di atas merujuk kepada kegemilangan pemerintahan
A Khalifah Muawiyyah bin AbiSufian
B Khalifah Yazid bin Muawiyyah
C Khalifah Marwan bin Al-Hakam
D Khalifah Umar bin Abd. Aziz

28. Antara yang berikut, manakah tokoh hadis dan perundangan pada zaman Umaiyyah?
A Abu Aswad ad- Duwali
B Imam Abu Hanifah
C Al- Farazdaq
D Sibawaih

29. Apakah cara penyebaran Islam pada zaman khalifah Umar b. Abd. Aziz?
A Menghapuskan golongan murtad
B Membukukan Al- Quran dalamsatunaskhah
C Membukukan hadis-hadis Rasulullah SAW
D Memberi hadiah kepada penduduk tempatan yang memeluk Islam

30. Antara yang berikut,manakah bukan pernyataan mengenai kitab al- Muwattak karya
Imam Malik Rahimullah?

A Mengandungi pelbagai permasalahan agama yang lengkap
B Mengandungi hadis hokum dan pendapat ulamak
C Menjadi sumber rasmi perundangan Negara
D Mengandungi semua hadis sahih

31. • Memakai bauan
• Mandi dan memakai pakaian bersih

Pernyataan di atas adalah sikap menghormati dan membesarkan hadis Rasulullah oleh
A Imam Syafii Rahimahullah
B Imam Malik Rahimahullah
C Imam Hanafi Rahimahullah
D Imam Ghazali Rahimahullah

32. Semasa pemerintahan KhulafaAr-Rasyidin, beberapa Jabatan telah ditubuhkan iaitu
I Diwan al- Ardh
II Diwan at-Tasnif
III Diwan al-Jund
IV Diwan al-Kharaj

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

33. Imam Syafie Rahimullah digelar Bapa Usul Fiqh kerana beliau orang yang pertama
A Memperkenalkan ilmu usul fiqh
B Menulis buku dalam bidang usul fiqh
C Mengasaskan kaedah dalam usul fiqh
D Memperjuangkan ilmu usul fiqh

34.
Kaedah menentukan hukum
mengikut Imam Abu Hanifah

Al-Quran Sunnah Ijmak x Uruf

X dalam rajah di atas ialah
A Qias
B Usul fiqh
C Kaedah Feqah
D Masalih Mursalah

35. Di antara berikut yang manakah karya al- Imam Ahmad bin Hambal dalam bidang hadis
dan al-Sunnah
A Al-Musnad
B Al-Manasikh al-Kabir
C Al-Nasih walmansuh
D Al-Manasik al-Saghir

36.
Beliau telah dapat menghapuskan golongan murtad dan enggan

Siapakah khalifah yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas?
A Abu Bakar al-Siddiq
B Umar bin al-Khattab
C Uthman bin Affan
D Ali bin Abi Talib

37. Di antara jasa dan sumbangan Umar bin al-Khattab r.a semasa menjadi khalifah ialah
A mengarahkan mengumpul tulisan al-Quran
B menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara
C membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
D menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran Negara

38.
Sumber ekonomi kerajaan Bani Umayyah

Kharaj X Zakat

Tanda X di atas merujuk kepada
A Ijarah
B Takaful
C Syarikah
D Ghanimah
39. Al-Imam al-Bukhari terkenal dalam kalangan ulama sebagai
A Ahli perundangan islam
B Pengarang kitab-kitab agama
C Mujtahid islam yang terkemuka
D Periwayat hadis yang termashyur

40. Apakah jawatan yabg pernah disandang oleh al-Imam al-Ghazali semasa berkhidmat di
Universti Nizamiah
A Dekan
B Kaunselor kanan
C Tenaga Pengajar kanan
D Penasihat undang-undang

41. Pembebasan Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir pada zaman Khulafa al-Rasyidin semasa
pemerintahan khalifah
A Abu Bakar al-Siddiq Radiallahuanhu
B Umar Bin al-Khattab Radiallahuanhu
C Uthman Bin Affan Radiallahuanhu
D Ali Bin Abi Talib Radiallahuanhu

42. Antara yang berikut yang manakah jasa Saiyidina Ali Bin Abi Talib Radiallahuanhu
semasa menjadi khalifah?
A Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara

B Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
C Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran negara
D Menerima jawatan khalifah ketika Negara berada dalam keadaan tidak tenteram

43.
“Orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu
yang datang mencarinya”

Ungkapan di atas merupakan prinsip yang dipegang oleh
A Imam Hanbali Rahimahullah
B Imam al-Syafie Rahimahullah
C Imam Hanafi Rahimahullah
D Imam Maliki Rahimahullah

44. Manakah yang tidak benar mengenai Imam Abu Hanifah Rahimahullah?
A Dipenjara dan disebat 100 kali
B Dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad
C Dipenjara kerana menentang pendapat gabenor di Madinah
D Dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis rasmi kerajaan

45. Ciri-ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah
I Golongan yang bijaksana
II Pemerintah bercorak warisan
III Bersedia menerima pandangan rakyat
IV Menggunakan harta Negara untuk kepentingan sendiri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

46. Antara berikut yang manakan usaha kerajaan Bani Umaiyah untuk mengukuhkan ekonomi
negara?
A Menubuhkan perpustakaan
B Mengemaskini angkatan tentera
C Melaksanakan penyelidikan pertanian
D Membina tempat beribadat seperti masjid

47. Kekuatan ekonomi kerajaan Bani Umaiyyah ialah
A Pertanian dan perdagangan
B Perlombongan dan pertanian
C Perlombongan dan perindustrian
D Perindustrian dan perdagangan

48. Faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah ialah
I Penentangan rakyat kepada pemerintahan
II Campur tangan negara luar dalam pemerintahan
III Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab

IV Segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian tuntutan Islam
A I,II dan III
B I, II, IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

49. Diwan al-Jund pada zaman kerajaan Bani Abbasiah dikaitkan dengan
A Pentadbiran
B ketenteraan
C Pentadbiran
D Kewangan

50. Berikut ialah faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Abbasiah kecuali
A Kestabilan politik
B Kekuatan ekonomi
C Kedudukan Baghdad yang strategik
D Sokongan padu daripada Negara-negara jiran

51. Gelaran al-Syafii kepada Imam Muhammad bin Idris rahimahullah adalah sempena nama
A Anaknya
B Datuknya
C Tempat kelahirannya
D Guru yang masyhur

52. Imam al-Bukhari rahimahullah terkenal sebagai ahli
A Fikah
B hadis
C tafsir
D tauhid

53. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bani Umaiyyah untuk memperkuatkan
ketenteraan ialah
A Melantik panglima tentera dari kalangan bukan Arab
B Menagadakan latihan ketenteraan secara Umum
C Membuka penyertaan secara sukarela
D Mengemaskini angkatan tentera

54. Gelaran kepada empat sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam dikenali
sebagai
A Khulafa’ ar-Rasyidin
B Wilayatul ahdi
C Khalifah
D Wazir

55. Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang tokoh terkemuka yang pernahberguru dengan
A Iman Hanafi
B Iman Syafie
C Iman Ghazali

D Iman Bukhari

56. Manakah antara berikut merupakan sebab Iman Ahmad bin Hanbal r.a digelar al-Hakam
A Menulis kitab al-Musnad
B Menghafal lebih daripada 700,000 hadis
C Menghafal al-Quran ketika berusia 14 tahun
D Pernah memegang jawatan Ketua Hakim di Baghdad

57. Pilih pernyataan yang benar mengenai gelaran tokoh berikut
A Imam as-Syafie sebagai al-Hakam
B Imam al-Ghazali sebagai al-Umm
C Imam Malik sebagai al-Hujjatul
D Imam al-Bukhari sebagai Amirul Mukminin

58.
• Panglima yang mengetuai tentera memerangi penduduk Ghassan yang
membunuh utusan Rasulullah SAW.

• Berlaku di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a

Penyataan di atas merujuk kepada
A Khalid al-Walid
B Saidina Hamzah
C Usamah bin Zaid
D Zaid bin Harithah

59. Pusat perkembangan ilmu zaman Kerajaan Umayyah ialah
A Basrah
B Baghdad
C Damsyik
D Cardova

60. Berikut adalah jawatan yang pernah disandang oleh Ibnu Khaldun.
I Anggota Majlis al-Maarif
II Ketua Hakim Negara di Mesir
III Hakim Mahkamah Rayuan Mesir
IV Anggota Majlis Ilmiah di Fez, Maghribi

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

61.
Beliau telah memperkenalkan tanda bunyi al-Fathah,al-Kasrah dan al-
Dhammah bagi membantu pembacaan al-Quran yang betul.

Pernyataan di atas merujuk kepada tokoh ilmuan...
A Sibawaih

B Khalil bin Ahmad
C Abu Aswad Ad-Duwali
D Jarir Amru bin Abi Rabithah

62. Kekuatan ekonomi kerajaan Bani Umaiyyah ialah
A Pertanian dan perdagangan
B Perlombongan dan pertanian
C Perlombongan dan perindustrian
D Perindustrian dan perdagangan

63. Faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah ialah

I Penentangan rakyat kepada pemerintahan
II Campur tangan negara luar dalam pemerintahan
III Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab
IV Segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian tuntutan Islam

A I,II dan III
B I, II, IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

64. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bani Umaiyyah untuk memperkuatkan
ketenteraan ialah
A Melantik panglima tentera dari kalangan bukan Arab
B Menagadakan latihan ketenteraan secara Umum
C Membuka penyertaan secara sukarela
D Mengemaskini angkatan tentera

65. Mazhab Maliki telah tersebar luas ke beberapa Negara antaranya

I Maghribi
II Indonesia
III Iran
IV Kuwait

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

66.
Beliau tidak pernah menunggang kuda di bumi Madinah kerana
menghormati bumi yang didalamnya terdapat jasad Rasulullah SAW

Siapakah tokoh di atas
A Imam Malik r.h.
B Imam Al-Ghazali r.h.

C Imam Abu Hanifah r.h.
D Imam Ahmad bin Hambal r.h

67. Berikut adalah bukti ketegasan Imam Malik r.h..
A Menerima pendapat gabenor Madinah bertentangan dengan fatwanya
B Bersetuju kitab al-Muwatta’ dijadikan sumber rasmi perundangan Negara
C Sanggup dipukul kerana mempertahankan fatwanya
D Berpegang dengan prinsip “guru mencari murid”.

68.
Jangan belajar ilmu dengan empat golongan manusia iaitu orang yang
buruk akhlaknya, menurut hawa nafsu, mendustakan hadis dan suka
beramal dengan fadail sedangkan tidak berilmu.

Siapakah tokoh yang mengeluarkan nasihat berkenaan.
A Imam Malik r.h.
B Imam al-Ghazali r.h
C Imam Abu Hanifah r.h
D Imam Ahmad bin Hambal r.h

69. Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kehebatan Imam Ahmad.
I Khatam seluruh al-Quran ketika berusia 9 tahun
II Menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika berusia 10 tahun
III Seorang yang sangat alim dan arif hukum fekah
IV Digelar al-Hakim kerana menghafaz lebih daripada 700,000 hadis

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

70. Antara sumbangan Khalifah Uthman al-Affan r.a dalam pentadbiran negara ialah
A Menyusun pentadbiran majlis syura
B Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut
C Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah
D Membebaskan negeri-negeri di bawah di bawah pengaruh Rom dan Parsi

71. Apakah tujuan Sayidina Umar al-Khattab r.a menyusun semula undang-undang tanah
Negara.
A Memudahkan golongan atasan untuk memiliki tanah Negara
B Mengelak berlakunya perbuatan negatif untuk memiliki tanah
C Memberi peluang kepada golongan miskin mendapatkan tanah Negara
D Agar tanah yang dirampas mudah diagih kepada pembesar dan golongan miskin

72. Polisi pentadbiran pemerintahan Saidina Ali adalah….
A Memerangi golongan murtad
B Menyusun semula pentadbiran tanah
C Menetapkan bacaan al-Quran dalam lahjah Quraish
D Menukarkan pegawai-pegawai yang berketurunan Umaiyah

73. • Ihya’ Ulumuddin
• Al- Munqiz minal Dhalal
• Al-Wajiz

Karya di atas ialah hasil nukilan
A Imam Abu Hanifah Rahimahullah
B Imam Syafie Rahimahullah
C Imam Bukhari Rahimahullah
D Imam Ghazali Rahimahullah

74. Kitab al-Musnad ditulis oleh
A Imam Malik Rahimahullah
B Imam al- Ghazali rahimahullah
C Imam Bukhari rahimahullah
D Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah

75. Negara Islam selepas Khulafa’ ar-Rasyidin diperintah oleh khalifah secara
A Warisan
B Undian
C Wasiat
D syura

76. Semua yang berikut ialah kenyataan yang benar tentang Saidina Abu Bakar al-Siddiq
kecuali..
A Orang yang memerangi golongan nabi palsu
B Orang yang mula-mula memeluk agama Islam
C Sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah SAW
D Orang yang terlibat dalam membukukan al-Quran

77. Antara berikut yang manakah sumbangan Imam al-Ghazali kepada tamadun Islam?
I Sebagai penasihat agung perdana Menteri Nizam Al-Mulk
II Pelopor kepada golongan sufi
III Memperjuangkan idea Islah
IV Menulis kitab ar-Risalah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

78.
Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 kali sebatan kerana menolak
jawatan jurutulis dan jawatan hakim di Baghdad dan meninggal dunia di
dalam penjara.

Tokoh yang dimaksudkan dalam penyertaan di atas ialah :
A Imam Malik bin Anas r.a.

B Imam Syafie bin Idris r.a
C Imam Ahmad bin Hanbal
D Imam Abu Hanifah bin Thabit r.a
79. Antara yang berikut yang manakah hasil karya Al-Imam Syafie
I Kitab al-Umm
II Kita ar- Risalah
III Kitab al-Muwatta’
IV Kitab Ihya Ulumuddin

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

80. Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khulafa’ ar-Rasyidin
A Saidina Uthman – mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah
B Saidina Umar – memerangi golongan murtad
C Saidina Abu Bakar – mengisytiharkan kalendar mengikut hijrah
D Saidina Ali – menyusun pentadbiran Syura

81. Antara yang berikut yang manakah gelaran bagi Imam Bukhari?
A Amirul mukminin
B Bapa Usul Fiqh
C Hujjatul Islam
D Al-Hakim

82. • Dilahirkan di Ghazlah
• Menjadi pelopor kepada golongan sufi
• Mendapat gelaran Abu Hamad

Pernyataan di atas merujuk
A Imam Abu Hanifah
B Imam al-Ghazali
C Imam Malik
D Imam Syafie

83. Antara berikut yang manakah kegiatan yang tidak termasuk dalam “at-Tadwin”.
A Kegiatan penulisan
B Kegiatan pembukuan
C Kegiatan perpustakaan
D Kegiatan penterjemahan

84. Pilih faktor utama kemorosotan kerajaan Bani Umaiyah
A Ekonomi Negara yang tidak stabil
B Tidak melaksanakan ajaran Islam
C Keadaan Negara yang tidak aman
D Berlaku rusuhan dalam negara

85. Pembaharuan dalam bidang ketenteraan telah diperbaharui oleh Khalifah Bani Umaiyah
dengan meniru organisasi angkatan tentera
A Eropah
B Arab
C Parsi
D Rom

86. Apakah tujuan utama undang-undang tanah Negara diperkenalkan pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab?
A Memastikan tiada tanah individu yang terbiar
B Memastikan tanah tidak dirampas oleh kerajaan
C Memastikan setiap individu membayar cukai
D Memastikan setiap individu memiliki tanah

87. Berikut ialah kaedah Imam Abu Hanifah dalam menetapkan hukum, kecuali
A Al-Qias
B Al-Sunnah
C Al-Istihsan
D Al-Masalih al-Mursalah

88. Mazhab Hanafi ialah mazhab rasmi kerajaan
A Uthmaniyah
B Abbasiyah
C Fatimiyyah
D Umaiyah

89. Antara berikut yang manakah tiada kaitan dengan Imam as-Syafie?
A Ibu bapanya berasal dari Makkah
B Ulama yang mengasas Mazhab Syafie
C Salah seorang gurunya ialah Imam Malik
D Dipenjara dan diseksa kerana menolak jawatan hakim

90. Pilih syarat perawi hadis mengikut Imam Al-Bukhari
I Seorang Islam
II Sanadnya bersambung
III Bersifat pemurah
IV Seorang lelaki yang merdeka

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

91. Dalam kalangan muhaddithin , Imam Bukhari dikenali sebagai
A Amirul Amilin
B Amirul Solihin
C Amirul Mukminin
D Amirul Mujtahidin

92. Pilih pernyataan yang menerangkan mengenai kitab Sahih al-Bukhari.
I Mengandungi hadis-hadis sahih yang dipercayai
II Dianggap kitab yang paling sahih selepas al-Quran
III Hadis-hadis yang dikumpul oleh beberapa ulama’
IV Di dalamnya terkumpul 7275 hadis

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
STRUKTUR DAN ISI TEMPAT KOSONG
1.

• Pencalonan dibuat oleh khalifah Abu Bakar r.a.
• Wasiat Abu Bakar r.a. ditulis oleh Uthman bin Affan r.a.
• Pencalonan dipersetujui oleh orang ramai

Pernyataan di atas ialah cara pelantikan _____Saidina Umar bin Al-Khattab____sebagai
khalifah umat Islam.

2. Golongan yang menentang pelantikan __________Saidina Ali bin Abi Talib___________
sebagai khalifah umat Islam ialah khawarij.

3. Ahli sejarah menyamakan pemerintahan Sayidina Umar bin Abdul Aziz r.a. dengan
pemerintahan __________Saidina Umar bin Al-Khattab_________.

4. Khalifah Umar Al-Khattab telah mengemaskini pengurusan Baitul Mal dengan
menubuhkan jabatan ________Diwan Al Kharaj______________.

5. Imam Al-Ghazali digelar __________Hujjatul Islam___________ kerana kecekapan,
kemasyhuran dan kehebatannya membela agama Islam.

6. Diwan al-Kharaj adalah jabatan yang ditubuhkan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin untuk
mengemaskini pengurusan ______Baitul Mal_____________.

7. Karya Imam Malik yang paling terkemuka ialah ___________al
Muwatta’______________.

8. Al-Imam Bukhari telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang
_________hadis_______.

9.
• Pencalonan dibuat oleh Khalifah Abu Bakar r.a
• Wasiat Abu Bakar r.a ditulis oleh Uthman bin Affan
• Pencalonan dipersetujui oleh orang ramai

Pernyataan di atas ialah cara pelantikan _________Saidina Umar bin Al
Khattab_________ sebagai khalifah umat Islam.

10. Golongan yang menentang Saidina Ali Karamallahuwajhah ialah
_________khawarij__________.

11. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq memerangi golongan
___________murtad_________ dan orang yang enggan bayar zakat.

12. Khalifah Umar al-Khattab r.a telah memperkenalkan ________undang-undang tanah
negara_______ yang bertujuan supaya pemilik-pemilik tanah mengerjakan tanah-tanah
berkenaan.

13. Imam Abu Hanifah r.a ialah ulama pertama yang menyusun kitab-kitab dalam bidang
_______fikah_____ mengikut bab dan fasal dengan baik dan tersusun.

14. __________Imam Malik_________ ialah seorang pemanah yang mahir dan penunggang
kuda yang handal.

15. Kitab _________sahih Bukhari________ ialah kitab yang disusun oleh Imam Al-Bukhari
setelah beliau benar-benar mendalami ilmu hadis.

16. Imam Syafie telah menghafal Kitab al-Muwattak ketika beliau berusia ______9
tahun_________.

17. Imam Ahmad bin Hanbal digelar ______al-Hakim_______ kerana kepandaian beliau
mentafsir al-Quran dan hadis.

18. X
Al-Umm
Kitab karangan Imam
Syafie yang terkemuka

X dalam rajah di atas ialah _______________ar-Risalah____________.

19. Kerajaan Khulafa’ ar-Rasyidin adalah kesinambungan daripada kerajaan Islam Madinah di
bawah pimpinan _______Nabi Muhammad S.A.W.________.

20. Gelaran khalifah digunakan untuk ketua Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW
hingga kerajaan _______Turki Uthmaniah____________.

21. Khalifah ________Uthman bin Affan__________ telah menetapkan bahawa al-Quran
dibaca menggunakan Lahjah Quraisy sahaja.

22. Ketika pemerintahan Khalifah ________Saidina Ali bin Abi Talib__________, gerakan
peluasan kuasa terhenti kerana Negara berada dalam keadaan kurang aman selepas
peristiwa pembunuhan Saidina Uthman bin Affan.

23. Antara dasar pentadbiran Negara termasukalah khalifah berkuasa membuat keputusan
berdasarkan pandangan ahli _______majlis syura_______ dan ijtihad.

24. Nama Umaiyah diambil bersempena nama ________moyang_______ khalifah pertama
Kerajaan Bani Umaiyah.

25. Pusat penyebaran ilmu yang terkenal masa pemerintahan Bani Umaiyah ialah _____kota
Basrah______.

26. _____________Kharaj________ ialah cukai melalui pajakan dan sewaan tanah yang
dikendalikan oleh tuan-tuan tanah.

27. Kemajuan yang tinggi dalam bidang pendidikan pada zaman Umaiyah di Sepanyol telah
membawa Eropah kepada Zaman _______Pembaharuan________.

28. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah berjaya mewujudkan
beberapa disiplin ilmu yang dikenal sebagai __________at-Tadwin_________.

29. Imam Malik tidak pernah menunggang kuda di _______Madinah_____ kerana
menghormati jasad Rasulullah SAW yang disemadikan di tanah suci tersebut.

30. Imam Malik mengambil masa selama _______40 tahun______ untuk menghimpunkan
hadis-hadis daripada beberapa ulama’ hadis.

31. Pada zaman pemerintahan khalifah ____Abu Jaafar al Mansur_______, Imam Malik
diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui khalifah.

32. Imam Syafie pernah difitnah menjadi pemimpin Syiah dan sebagai penentang Kerajaan
________Abbasiyyah____.

33. Imam Syafie turut melarang sahabat dan muridnya melakukan ________taklid
buta_______ iaitu mengikut sesuatu hukum tanpa memahami dan mendalaminya.

34. Imam Ahmad bin Hanbal adalah pendokong mazhab _____Hanbali__________.

35.
“Aku tidak tinggalkan seorang yang lebih baik, lebih alim dan lebih tahu hukum
fikah selain daripada Imam Ahmad bin Hanbal”

Keistimewaan mengenai Imam Ahmad bin Hanbal ini dipetik dari kata-kata ______Imam
Syafie.

36. Imam Bukhari digelar sebagai _____Amirul Mukminin________ dalam kalangan ahli
hadis.

37. Antara usaha gigih Imam Bukhari dalam mengumpul hadis termasuklah memohon
pertolongan Allah serta sanggup ______mengembara________ untuk mencari ilmu.

38. Karya agung hasil karya Imam Al-Ghazali yang terkenal ialah _______Ihya’
Ulumuddin________.

39. Imam al-Ghazali telah menolak fahaman ahli _______falsafah_________ yang meresap
dalam ilmu kalam.

40. Kepetahan dan kemasyhuran Imam al-Ghazali dalam ______berpidato________ telah
menarik minat orang ramai untuk menghadiri kelas pengajiannya.

41. Diwan Al-Jund bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan
_______ketenteraan____________.

42. Ekonomi kerajaan Umaiyah bergantung kepada bidang pertanian dan
_______perdagangan_________.

43. ___________Al-Kuttab_______ialah tempat pendidikan awal kanak-kanak.

44. Hasil karya Imam Abu Hanifah r.a ialah kitab Fiqh al-Akbar dan _______al-
Faraid__________.

45. Imam Al-Ghazali merupakan pelopor kepada gerakan sufi dan menolak fahaman ahli
falsafah yang meresap dalam _________ilmu kalam_______________.

BAHAGIAN SIRAH/TOKOH
SIRAH (TINGKATAN 5)

1.
• Menguruskan sumber pendapatan negara
• Mengawal perbelanjaan negara

Pernyataan di atas merupakan peranan
A Baitul Mal
B Diwan al-jund
C Baitul Hikmah
D Diwan al-Kharaj

2.
Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi

Globalisasi ilmu Galakan para khalifah X

X ialah
A aktiviti penterjemahan yang giat di jalankan
B usaha para pedagang menyebar ilmu
C kestabilan politik dan pentadbiran
D pembukaan wilayah-wilayah baru

3. Faktor-faktor berikut mempengaruhi kejayaan tentera Islam pada zaman kerajaan bani
Abbasiah kecuali
A Pemimpin tentera yang berkaliber
B Peralatan ketenteraan yang canggih
C Pelantikan panglima tentera berbangsa Arab

D Panglima tentera memiliki strategi berkesan

4. Antara yang berikut yang manakah langkah positif yang diambil oleh kerajaan bani
Abbasiah untuk menggiatkan aktiviti perdagangan?
I Membina rumah-rumah api
II Melebarkan sungai dan terusan
III Membina pusat-pusat perniagaan
IV Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
5. Antara faktor kemerosotan kerajaan Bani Abbasiah ialah
I Kelemahan pemerintahan
II Berlakunya perebutan kuasa
III Rakyat hidup dalam kemewahan
IV Sikap tentera yang lalai menjalankan tugas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6.
• Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
• Mempelajari ilmu naqliah dan aqliah
• Menolak taklid buta

Pernyataan di atas adalah saranan Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang
A Akidah
B Jasmani
C Pentadbiran
D Integrasi ilmu

7. Hasil karya HAMKA dalam bidang kesusasteraan ialah
A Falsafah ideologi Islam
B Pedoman Mubaligh Islam
C Pandangan Hidup Muslim
D Mandi Cahaya di Tanah Suci

8. Antara kesan pembaharuan atau islah yang dibawa oleh al-Sayid Jamaluddin al-Afghani
ialah
I Mengutamakan ilmu fardu kifayah
II Mendokong amalan budaya hidup barat
III Membangkitkan semangat jihad menentang penjajah
IV Mengembalikan fahaman umat terhadap ajaran Islam sebenar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9.
Polisi pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Memecat pegawai yang kurang cekap
Melaksanakan hukum dengan adil
Menghapuskan cukai jizyah golongan mawali

Berdasarkan rajah di atas apakah tujuan beliau memperkenalkan polisi tersebut?
A Mengukuhkan ekonomi negara
B Melicinkan sistem pentadbiran negara
C Melahirkan semangat jihad yang tinggi
D Mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain

10. Pilih pernyataan yang benar sebab Hamka tersohor di Nusantara.
A Sumbangannya dalam bidang agama, falsafah dan kesusasteraan
B Membangkitkan semangat menentang British di Indonesia
C Semua karyanya difilemkan
D Menentang Gerakan Islah

11.
• Beliau dilahirkan pada tahun 1254 Hijrah di Kabul
• Tokoh Islam terkemuka di Asia Barat
• Pengasas akhbar al-Urwatul Wusqa
• Meninggal dunia pada tahun 1314 Hijrah

Siapakah tokoh di atas?
A Ibnu Sina
B Ibnu Khaldun
C Syeikh Muhammad Abduh
D Syed Jamaluddin al-Afghani

12. Sumbangan Khalifah Abu Abbas Abdullah al Saffah antaranya ialah

A Mewujudkan jawatan Qadi al Qudat
B Mengasaskan kerajaan bani Abbassiyah
C Membina pasar di tempat-tempat strategik
D Memindahkan pusat pentadbiran ke Baghdad

13. * Menerima kitab sebagai tebusan tentera Rom yang ditawan.

Pernyataan di atas merupakan bukti kepada :
A Kecintaan khalifah kepada ilmu

B Kekuatan pasukan tentera Islam
C Galakan perluasan wilayah Islam
D Tebusan boleh dibayar dengan pelbagai cara

14. Siapakah panglima tentera Islam pada zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq yang
Berjaya mengalahkan Hurmuz pembesar Parsi di Iraq

A Khalid bin al-Walid
B Shaharbil bin Hasanah
C Muhammad bin al-Qasim
D Abu Ubaidah bin al-Jarrah

15. Sumber utama ekonomi kerajaan Bani
Abbasiah

Perdagangan Perindustrian Y

Apakah sektor yang diwakili Y di atas

A Pertanian
B Perkapalan
C Pelancongan
D Perlombongan

16. Muawiyah bin Abi Sufian ialah pengasas kerajaan
A Khulafa al-Rasyidin
B Bani Umaiyah
C Bani Abbasiah
D Uthmaniah

17. Kuttab yang didirikan pada zaman khulafa al-Rasyidin khusus sebagai tempat belajar
untuk golongan
A Kanak-kanak
B Bangsawan
C Buta huruf
D Kurang kemampuan

18. Faktor-faktor berikut mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan pada zaman
kerajaan bani Abbasiah kecuali
A penyelidikan dan penulisan
B perkembangan sains dan teknologi
C penggunaan peralatan yang canggih
D pengaruh keilmuan daripada negara Eropah

19. Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada
zaman kerajaan bani Abbasiah?

I Usaha dan galakan khalifah
II Pembukaan wilayah-wilayah baru
III Pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru
IV Aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
20. Peranan institusi pendidikan zaman kerajaan Bani Abbasiah

• Tempat ibadat
• Halaqah-halaqah ilmu
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Kuttab
B Masjid
C Darul Hikmah
D Baitul Hikmah

21. Formula baru matematik pada zaman Abbasiah
• Trigonometry
• Algebra
• Geometry
• Logarithm

Pernyataan di atas berkaitan dengan tokoh
A Al-Batani
B Ibnu Haitham
C Al-Khawarizmi
D Jabir bin Hayyan

22.
Sektor Ekonomi kerajaan
Abbasiah

Perdagangan X Pertanian

Apakah sektor yang diwakili oleh X di atas
A Pelancongan
B Perkapalan
C Perlombongan
D Perindustrian

23. Antara faktor kemajuan bidang pertanian kerajaan Bani Abbasiah ialah
A galakan khalifah
B membina saliran
C hubungan baik dengan negara jiran
D kedudukan kota Baghdad yang strategik

24. • Menerbitkan majalah al-Imam
• Dilantik mufti Perak dan Johor
• Seorang guru di madrasah al-Masyhoor Pulau Pinang

Keterangan di atas menerangkan tentang tokoh
A Sheikh Tahir Jalaluddin
B Sayid Jamaluddin al-Afghani
C Sheikh Muhammad Abduh
D Ibnu Khaldun
25. Kerajaan Abbasiyah Berjaya ditawan oleh tentera Monggol pada tahun 1258H di
bawah pimpinan
A Genghis Khan
B Kublai Khan
C Hulagu Khan
D Jabir Khan

26. Sheikh Muhammad Abduh dilahirkan di
A Madinah
B Mesir
C Iran
D Iraq

27. Antara berikut yang manakah karya Ibnu Khaldun?
A Al- Umm
B Al-Faraid
C Al-Muwata’
D Al-Muqadimah

28. Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khalifah Abu al-Abbas Abdullah al-
Saffah
A Membangunkan Kota Baghdad
B Mengasaskan kerajaan Bani Abbasiah
C Mewujudkan jawatan Qadi al- Qudat
D Membina pasar di tempat-tempat strategic

29. Antara karya Ibnu Khaldun ialah
A Al-Qanun Fi al- Tibb
B Al-Muqaddimah
C Al- Musnad
D Al- Umm

30. Antara berikut yang manakah tugas utama angkatan tentera pada Zaman
Abbasiyyah?
A Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan
B Membantu pihak berkuasa dalam bantuan malapetaka
C Membantu dalam operasi keganasan
D Memelihara ketenteraman awam

31. Antara berikut,faktor kemerosotan kerajaan bani Abbasiyyah ialah

I. Kelemahan pemerintahan
II. Berlakunya perebutan kuasa
III. Rakyat hidup dalam kemewahan
IV. Sikap tentera yang lalai menjalankan tugas
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

32. Pusat perkembangan ilmu pada zaman Kerajaan Abbasiyah ialah
A Kufah
B Basrah
C Madinah
D Baghdad

33.
-Mewujudkan jawatan Qadhi al Qudhah (ketua Hakim)
-Menubuhkan Baitul Hikmah
-Menjadikan Baghdad pusat perdagangan dan ilmu Pengetahuan

Pernyataan di atas adalah sumbangan
A Harun al-Rashid
B Umar Abdul Aziz
C Abu Jaafar al-Mansur
D Muawiyah bin Abi Sufian

34. Faktor-faktor berikut mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman
Kerajaan Abbasiyah kecuali
A Aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang ilmu
B Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
C Kestabilan politik dan kewangan kerajaan
D Pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru

35. Antara yang berikut,manakah faktor yang mempengaruhi ilmu perubatan pada zaman
Kerajaan Abbasiyah
I Penggunaan peralatan yang canggih
II Perkembangan sains dan teknologi
III Pengaruh keilmuan dari Eropah
IV Kemakmuran Negara

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

36. Kerajaan Abbasiyah dipimpin oleh seramai________________orang khalifah
A 35

B 36
C 37
D 38

37. Manakah antara yang berikut merupakan sumbangan Jabir bin Hayyan
A Mengasaskan teori penghasilan petroleum
B Menyukat kelajuan bunyi
C Mencipta cermin mata
D Membuat astrolabe

38. Antara yang berikut.kota-kota manakah yang menjadi tumpuan pencinta ilmu sains dan
teknologi pada zaman Kerajaaan Abbasiyah
I Syiraz
II Asfahan
III Andalus
IV Sicily

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

39. Orang yang ditugaskan sebagai penterjemah tetap di Baitul Hikmah ialah
A Al-Idrisi
B Ibnu Sina
C Ibnu Al-Haitham
D Yuhana bin Musawaih

40. Bilakah kebiasaannya diadakan seminar perubatan semasa zaman Kerajaan Abbasiyah
A Musim haji
B Musim sejuk
C Musim panas
D Selepas Hari Raya Aidilfitri

41. Berikut adalah senjata yang digunakan semasa zaman Abbasiyah kecuali
A Al-Iqra’
B Lembing
C Kayu pelantak
D Al-Barud

42. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah
A Abdul Rahman bin Muhammad
B Abdullah bin Muhammad
C Abdul Rahman bin Idris
D Muhammad bin Idris

43. Antara kesan pembaharuan atau islah yang dibawa oleh al-Sayid Jamaluddin al-Afghani
ialah
I Mengutamakan ilmu fardu kifayah

II Mendokong amalan budaya hidup barat
III Membangkitkan semangat jihad menentang penjajah
IV Mengembalikan fahaman umat terhadao ajaran Islam sebenar

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

44. Apakah nama gerakan yang diperjuangkan oleh Sheikh Tahir
A Al-Islah
B Al-Ikhwan al-Muslim
C Al-Tajdid wa al-Islah
D Al-Jamiah al-Islamiah

45. Fungsi penerbitan “majalah al-Imam” oleh Sheikh Tahir Jalaludin ialah
A Mengembangkan ajaran ilmu falak
B Menyalurkan idea-idea islah serta maklumat intelektual Islam
C Membebaskan masyarakat melayu dari penjajahan Jepun
D Menyeru umat Islam mengamalkan ajaran mengikut mazhab Hanafi

46. Pilih padanan yang betul tentang karya yang dihasikan oleh tokoh berikut

A Ilmu Falak : Ibnu Sina
B Ilmu Fizik : al-Batani
C Kimia : Jabir bin Hayyan
D Geografi : al-Khawarizmi

Fungsi Baitul Pusat Penterjemahan
Hikmah Pusat Penyelididikan

X

47. X ialah...............

A Pusat Pertemuan para sarjana
B Pusat Kebajikan masyarakat
C Pusat Pentadniran negara
D Pusat Pertemuan pedagang Pusat peterjemahan Pusat penyelidikan Fungsi Baitul

Hikmah

48. Pilih pernyataan yang benar mengenai gelaran tokoh berikut

A Imam as-Syafie sebagai al-Hakam
B Imam al-Ghazali sebagai al-Umm

C Imam Malik sebagai al-Hujjatul
D Imam al-Bukhari sebagai Amirul Mukminin
49. Kemajuan bidang pendidikan banyak bergantung kepada kematangan ekonomi,
KhalifahAbu Jaafar al-Mansur telah bertindak memindahkan pusat pemerintahan
Kerajaan Abasiyyah dari Damsyik ke.............

A Kufah
B Basrah
C Baghdad
D Madinah

50. Abu Abbas Abdullah Al-Saffah merupakan pengasas kerajaan ________
A Khulafa’ al rasyidin
B Bani Umayyah
C Bani Abbasiyyah
D Uthmaniah

51. Kerajaan Abasiyyah berjaya ditawan oleh tentera Monggol pada tahun 1258 M di bawah
pimpinan
A Genghiz Khan
B Holagu Khan
C Kublai Khan
D Jabir Khan

52. Manakah di antara berikut adalah fenomena yang melemahkan institusi khalifah kerajaan
Abasiyyah?

A Pemimpin yang cerdik tetapi lemah mentadbir
B Pemimpin yang akur dengan kemahuan rakyat
C Pemilihan pemimpin dari berbagai bangsa
D Perebutan kuasa

53. Khalifah al-Mutawakkil pernah melantik ketiga-tiga puteranya sebagai Putera Mahkota.
Antara mereka siapakah yang dilantik menjadi penggantinya?
A Al-Mu’taz
B Al-Muktafi
C Al-Muntasir
D Al-Mu’ayyid

54. Bilakah kerajaan Abasiyyah mengalami kegawatan ekonomi?
A Bermula penggal ketiga
B Bermula penggal kelima
C Bermula selepas kewafatan Khalifah al-Wasiq
D Bermula selepas kewafatan Khalifah al-Mutawakkil

55. Manakah antara berikut bukan faktor kegemilangan kerajaan Abasiyyah ?
A Kestabilan politik
B Kestabilan mazhab

C Perpaduan antara kaum
D Kedudukan Baghdad yang strategik

56. Strategi al-Karadis yang diamalkan dalam peperangan oleh tentera Islam zaman
Abasiyyah diwarisi dari zaman_____________

A Saidina Abu Bakar al-Siddiq
B Saidina Umar bin al-Khattab
C Saidina Usman bin Affan
D Saidina Ali bin Abi Talib

57. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah
A Abdul Rahman bin Muhammad
B Ahmad bin Muhammad
C Husain bin Abdullah
D Muhammad bin Idris

58. Di antara sebab-sebab penghijrahan Ibnu Khaldun dari tanah airnya pada tahun 749H
ialah
A persengketaan dengan umat Islam di Andalus
B Tunisia diserang wabak taun
C perbalahan dengan bapanya
D peperangan dengan tentera monggol

59. Manakah di antara negeri berikut adalah medan ilmu yang pertama bagi Ibnu Khaldun?
A Algeria
B Mesir
C Tunisia
D Granada

60. Berikut adalah kitab Ibnu Khaldun yang terkenal dalam bidang sejarah
A Tarikh al-Islam
B Kitab al-Najah
C Al-Adawiah Al-Qalbiah
D Muqaddimah Ibnu Khaldun

61. Berikut adalah garis panduan Ibnu Khaldun dalam pengkajian sejarah kecuali
A membandingkan peristiwa dengan menggunakan kaedah sebab dan musabab
B mengkaji peristiwa lalu sebagai iktibar peristiwa sedang berlaku
C menganalisis aspek budaya dan sastera Arab
D Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar

STRUKTUR: SIRAH (TINGKATAN 5)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Idea Sheikh Muhammad Abduh untuk membuat pengislahan dalam bidang pendidikan
1. telah memberi kesan mendalam terhadap perkembangan ilmu umat Islam .

Jawatan yang pernah disandang oleh sheikh Muhammad Abduh
2.

• Hakim
• Ahli Majlis Universiti al-Azhar
• Mufti kerajaan Mesir

Pernyataan di atas menunjukkan beliau mempunyai sifat berketerampilan .

3. Khalifah kerajaan Bani Abbasiah yang menubuhkan Baitul Hikmah ialah Harun al-
Rasyid .

4. Pada tahun 656 Hijrah, kerajaan Bani Abbasiyah telah ditawan oleh tentera Moghul dari
arah timur yang dipimpin oleh Hulagu Khan .

5. Khalifah al-Muktadid Billah telah menjadikan istana / sudut istana sebagai institusi
untuk para ulama bermuzakarah dan menyampaikan ilmu.

6. Syeikh Muhammad Abduh telah menyampaikan idea Islahnya melalui penerbitan
akhbar, jawatan yang disandang dan proses pengajaran / pengajaran / majlis ilmu .

7. Ibnu Khaldun merupakan tokoh dalam bidang Sejarawan / Negarawan/ Budayawan

8. Ibnu Khaldun pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam negara,antaranya
ialah _(a) Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan Abu Annam
(b) Anggota Majlis Ilmiah
(c) Setiausaha sulit Sultan Abu Suhim Bin abi Al-Hassan di Fez

9. Jamaluddin al-Afghani di gelar As-Sayyid kerana bersambung keturunannya dengan
Saidina Ali bin abi Talib / Rasulullah

10.
Faktor yang mendorong perkembangan sains dan teknologi pada
zaman kerajaan Bani Abbasiah

T Globalisasi ilmu Aktiviti penterjemahan

T dalam rajah di atas ialah _______galakan para khalifah___________.

11. Pengaruh luar yang mendorong kepada kemerosotan kerajaan Bani Abbasiah ialah kuasa
Turki dan __________Parsi/Iran__________.

12. Hasil karya pemikiran Ibnu Khaldun yang menjadi rujukan para sejarawan sehingga ke
hari ini ialah _______Al-Muqaddimah / Muqaddimah Ibnu Khaldun_______.

13. Hasil karya Ibnu Sina yang terkenal ialah ___ al-Qanun fi al-Tib______.

14. Sebuah institusi Pendidikan di Hungary dinamakan ____ Avicenna College
____sebagai menghargai jasa Ibnu Sina dalam bidang perubatan.

15. Setelah al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani meninggal dunia, idea islah yang dibawanya
diteruskan oleh murid kesayangannya yang bernama __Syeikh Muhammad Abduh__.

16. Al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh penting Islam yang telah
memperkenalkan idea ______islah________ .

17. Gelaran bagi Jamaluddin Al Afghani ialah “al-Sayid” kerana salasilah keturunannya
bersambung dengan ______Nabi Muhammad S.A.W._______ .

18. Kegiatan penterjemahan yang giat berlaku pada zaman kerajaan bani Abbasiyah
menyebabkan BAGHDAD menjadi pusat penterjemahan Negara.

19. Pada zaman kerajaan Abbasiah, khalifah al-Makmun memerintahkan supaya direka
peralatan-peralatan khusus untuk membantu penyelidikan dalam bidang astronomi

20. Pada tahun 1882 Sheikh Muhammad Abduh telah dibuang negeri kerana terlibat dengan
pemberontakan utabi

21. Sheikh Tahir Jalaluddin digelar al-falaki kerana mempunyai kemahiran dalam bidang
ilmu kaji bintang.

22.
Keistimewaan kota Baghdad sebagai pusat
perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiah

Terdapat pasar Suq Y
Baghdad yang menjadi
tumpuan pedagang Parsi

Y dalam rajah di atas ialah kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur
dan barat

23. Beliau telah mengasaskan Persatuan Hindi Timur pada tahun 1927 di Makkah bertujuan
untuk memberi pelajaran agama kepada Jemaah haji Indonesia.
Tokoh di atas ialah Hamka.

24. Beliau menolak konsep taklid buta serta mengajak umat Islam supaya mempelajari ilmu-
ilmu naqliah dan akliah.
Pernyataan di atas ialah aliran pemikiran tokoh yang bernama As-Syeikh Tahir Jalaluddin.

25. Sheikh Tahir Jalaluddin digelar al-falaki kerana kemahiran dalam bidang ilmu kaji
bintang.

26. Umat Islam pada zaman kerajaan Abbasiah berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi
daripada tangan Rom, Yunani dan Parsi

27. Syeikh Muhamad Abduh telah merealisasikan idea islahnya melalui kaedah pengajaran di
masjid, media massa dan karya ilmiah / jawatan yang disandang.

29. *** X dalam rajah di atas ialah Pusat pengajian

30. Hasil karya Ibn Sina dalam bidang perubatan yang masyhur ialah Qanun Fit Tibb

31. Ibnu Sina merupakan tokoh yang berjaya mencipta teknologi perubatan seperti x-ray /
ultrasound /benang khusus menjahit luka / picagari

32. Syeikh Tahir Jalaluddin menyampaikan mesej dakwah melalui majalah al-Imam

33. Andalus ialah merupakan tempat tumpuan masyarakat Eropah untuk menimba ilmu
pengetahuan pada zaman kerajaan Abbasiyyah.

34. Tentera Mongul telah membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh umat Islam
semasa menyerang kerajaan Bani Abbasiyyah.

35. Tokoh yang memberikan sumbangan dalam teori penghasilan petroleum ialah Jabir Bin
Hayyan.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Kharaj Usyur Jizyah Ghanimah Al-Fai

36. Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah sama ada milik orang Islam dan
bukan Islam dikenali sebagai Kharaj

37. Ghanimah ialah 80 peratus daripada harta rampasan perang yang diberikan kepada
pejuang Islam.

38. Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam ialah
Jizyah.

39. Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah
ialah Al-Fai.

40. Hasil karya ibnu Sina yang terkenal dalam bidang perubatan ialah Al- Qanun Fi-Tibb.

41. Darul Hikmah ialah perpustakaan yang ulung di Kaherah,Mesir semasa pemerintahan
Kerajaan Bani Abbasiyyah.

42. Jabatan-jabatan kerajaan yang terletak di bawah pengawasan al-kuttab dikenali
sebagai......Ad Dawawin.....

43. Sheikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dituduh
terlibat denganPemberontakan...Urabi...............

44. Perdana menteri yang dilantik pada zaman Kerajaan Abasiyyah dari kalangan bangsa
Parsi bernama.....Yahya Al-Barmaki............

45. Ibnu Khaldun merupakan tokoh dalam bidang Sejarawan / Negarawan/ Budayawan

46. Ibnu Khaldun pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam negara,antaranya
ialah _(a) Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan Abu Annam
(b) Anggota Majlis Ilmiah
(c) Setiausaha sulit Sultan Abu Suhim Bin abi Al-Hassan di Fez

47. Sejarawan telah mengiktiraf pencapaian umat Islam yang amat tinggi dalam bidang
pendidikan, sains, teknologi,ekonomi dan ketenteraan pada zaman Abbasiah sebagai
zaman keemasan /kegemilangan tamadun Islam

48. Para sejarawan dari pelbagai pelosok dunia telah menjadikan kerajaan Abbasiah sebagai
pusat ilmu yang seimbang antara ilmu yang berteraskan wahyu dan ilmu berteraskan
akal

49. Jamaluddin al-Afghani di gelar As-Sayyid kerana bersambung keturunannya dengan
Saidina Ali bin abi Talib / Rasulullah

50. Dewan Al-Jundi bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pertahanan negara semasa
pemerintahan kerajaan Abbasiah.

51. Kerajaan Abasiyyah merosot semasa pemerintahan _____Al-Wasik Billah_______ .

52. Kegawatan ekonomi di zaman Abasiyyah disebabkan oleh ___rusuhan_______ dan
pemberontakan.

53. Kerajaan Abasiyyah sering diganggu oleh pemberontakan daripada kalangan
_______syiah______ dan Khawarij.

54. Diwan al-Barid diperluaskan fungsinya sebagai __________Jabatan Penerangan_____.

55. Ekonomi zaman kerajaan Abasiyyah lebih menumpukan kepada sektor pertanian,
perdagangan dan ____________perindustrian____________.

56. Sistem kehakiman zaman Abasiyyah menjadi kukuh dengan terbinanya mahkamah al-
Hisbah dan _________al-Mazalim______________.

57. ______Kementerian Pertahanan/Dewan Al-Jundi______ bertanggungjawab untuk
menguruskan hal ehwal pertahanan negara.

58. ________________Universiti Ibnu Khaldun________________ ialah sebuah institusi di
Jakarta yang diabadikan sempena nama Ibnu Khaldun.

59. Ibnu Khaldun adalah pelopor moden dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, pendidikan
dan ________sosiologi________.

60. Ibnu Khaldun pernah menjawat jawatan ketua ______hakim negara_____ di Mesir.

61. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu mantiq, falsafah, sains dan ______matematik________
daripada Muhammad Bin Ibrahim.

62. Ibnu Khaldun terkenal sebagai penggiat budaya dan _________sastera__________ arab.


Click to View FlipBook Version