The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitahtoyoman, 2020-04-22 22:07:21

ADAB BERJIHAD ( oleh Ustazah Masitah)

pdpc pkp jihad pdf

ADAB BERJIHAD

JIHAD KERANA ALLAH

PENGERTIAN JIHAD

 •Jihad menurut bahasa ialah usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan
kemampuan yang ada.

 •Jihad dari segi istilah pula, usaha yang dilakukan seseorang muslim dengan
menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapatkan
keredhaan Allah.

 Jihad yang utama dalam Islam ialah perjuangan menegakkan agama Allah di atas
muka bumi dengan mengorbankan nyawa, masa dan harta kerana Allah

 Contoh jihad ialah

 Berjuang menentang musuh

 Jihad meningkatkan prestasi pendidikan

 Membangunkan negara dan

 Menggiatkan aktiviti ekonomi

KELEBIHAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH

- DIBERI PAHALA YANG AMAT
BESAR OLEH ALLAH

- AKAN DIKASIHI ALLAH SWT DAN
DIANGKAT DARJAT YANG TNGGI DI
AKHIRAT

-ALLAH MENYEDIAKAN SYURGA
YANG TERBENTANG LUAS DAN
PENUH NIKMAT YANG TIADA
TANDINGAN

- MENJADI CONTOH KEPADA
GENERASI KEMUDIAN ATAS
KEGIGIHAN YANG DITUNJUKKAN

PERINGKAT

PERINGKAT
JIHAD

BERJIHAD MEMBAIKI DIRI ATAU
MENDIDIK HAWA NAFSU

 - berusaha membaiki diri sebagai persediaan
menghadapi peringkat seterusnya. Imam Ibn al Qayyim al
Jauziyyah membahagikan jihad peringkat ini kepada empat
bahagian:

 - jihad mempelajari Islam

 -jihad mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan
seharian

 -jihad menyebarkan Ilmu

 - jihad dengan bersabar dan ikhlas dalam menyebarkan
Islam

BERJIHAD  - jihad peringkat ini terbahagi kepada dua
MELAWAN bahagian:
SYAITAN
 A) jihad melawan dan menghapuskan
keraguan serta was – was yang ada didalam
diri

 B ) jihad menjauhi diri daripada menurut
hawa nafsu dan perkara – perkara mungkar
dan maksiat

 BERJIHAD MELAWAN KAFIR HARBI DAN MUNAFIK:

 Boleh dilakukan melalui hati, lidah,harta dan nyawa.
Golongan kafir harbi dan munafik wajib diperangi kerana
berusaha menghapuskan Islam dengan pelbagai cara
dan tipu daya

 BERJIHAD MENGHAPUSKAN KEZALIMAN DAN
KEMUNGKARAN:

 - tergolong dalam konsep amar makruf dan nahi
mungkar yang berlaku dalam masyarakat

ADAB – ADAB BERJIHAD

1. Ikhlas – berjihad semata –
mata untuk mendapatkan
keredhaan Allah.

2. Sanggup berkorban apa
sahaja untuk perjuangan –
berjihad menegakkan agama
Islam yang akan memakan masa
yang panjang dan penuh
rintangan.

Para sahabat telah
mengorbankan nyawa dan harta
mereka demi Islam

ADAB – ADAB BERJIHAD

3. sentiasa beriltizam dan
istiqamah dalam perjuangan-

berjihad dengan disiplin yang
tinggi serta komitmen dalam
perjuangan dalam amalan yang
dilakukan.

4. Mematuhi arahan ketua dan
mempunyai semangat
berpasukan atau berjemaah -

Mematuhi arahan pemimpin
amat penting untuk memastikan
aktiviti jemaah berjalan dengan
lancar

CARA MELAHIRKAN SEMANGAT JIHAD

 -menambah ilmu pengetahuan mengenai kelebihan berjihad.
 - menceritakan kisah – kisah pejuang umat yang terdahulu

berkorban apa sahaja demi mempertahankan Islam
 - memberi motivasi dan semangat jihad kepada masyarakat
 - melakukan ibadat sunat dan membaca al Quran serta memahami

maksudnya.


Click to View FlipBook Version