KEKUATAN & KEKUASAAN
ALLAH SWT
BAB 11
UNIT 1 : AL-QADIR
BAHASA
Yang Maha M; enentukan
ISTILAH
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT
yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara
berdasarkan kehendak (iradat) dan ilmu-Nya
DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-QADIR
Surah Al-An’am ayat 65 :
ۗ
DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-QADIR
Surah Al-An’am ayat 65 yang BERMAKSUD :
Katakanlah Dialah yang Berkuasa untuk menghantarkan kepada
kamu azab seksa (bala bencana) dari sebelah atas kamu atau
bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu berselisih pendapat
dan berpecah belah, berpuak-puak dan Ia merasakan sebahagian
daripada kamu akan melakukan perbuatan ganas dan kejam
terhadap sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami
menjelaskan itu keterangan (yang menunjukkan Kebesaran Kami)
dengan pelbagai cara supaya kamu memahaminya.
Bukti Allah SWT Bersifat Al-Qadir
Allah SWT menguasai seluruh alam meliputi matahari,
bulan, bintang dan cakerawala
Allah SWT berkuasa menukarkan siang dan malam
;
Allah SWT berkuasa mencipta dan menghancurkan
segala di langit dan bumi
Allah SWT berkuasa mengurniakan mukjizat kepada
Nabi dan Rasul
Allah SWT berkuasa menghidupkan semula makhluk
yang telah mati
UNIT 2 : AL-QAWIY
BAHASA
Yang Maha K;uat & Gagah
ISTILAH
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT
yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang
sempurna
DALIL NAQLI ALLAH BERSIFAT AL-QAWIY
( Surah Ar-Ruum : 41 )
Maksudnya :
Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
akibat perbuatan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan balasan
buruk yang dilakukan supaya mereka kembali ( insaf dan taubat )
Bukti Allah SWT Bersifat Al-Qawiy
Allah SWT berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa
sahaja yang berusaha mencari nya dengan cara yang
betul ;
Allah SWT berkuasa mengazab sesiapa yang
melakukan dosa dengan azab yang sangat pedih
DALIL AQLI
Setiap sesuatu ada penciptanya.
Alam semesta yang luas ini sudah
tentu mempunyai penciptanya.
Pencipta itu mestilah yang
MAHA KUAT dan MAHA
BERKUASA kerana alam semesta
ini luas dan kompleks