The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN KHAS SKKT 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48164050, 2023-12-08 14:42:04

PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2023.

PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN KHAS SKKT 2023/2024

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 2023 - 2025 Disediakan oleh : PN. NORHAYATI BINTI MD YUNUS GURU PEMULIHAN KHAS SK (LKTP) KERATONG 3


PENGENALAN Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas. Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui keduadua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM). Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, Bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai Kesejahteraan diri serta memberi sumbangan Terhadap keharmonian dan kemakmuran Masyarakat dan Negara VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


VISI PEMULIHAN KHAS Semua murid Pemulihan Khas SKKT cerdik huruf setelah menamatkan persekolahan di sekolah rendah Selama 6 tahun. MISI PEMULIHAN KHAS Melahirkan generasi yang berilmu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dikalangan murid Pemulihan Khas. OBJEKTIF PROGRAM PEMULIHAN KHAS Membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahirankemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; Membantu murid mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dari P & P dalam kehidupan harian; Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; Menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan berasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.


ANALISA SWOT KEKUATAN KELEMAHAN 1. Kemudahan kelengkapan peralatan ICT (audio dan visual) 2. Sokongan dan komitmen dari pentadbir dan guru-guru 3. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa 4. Guru telah menghasilkan 2 Modul BM - Baca dan Tulis 1. Masalah kehadiran murid yang tidak memuaskan. 2. Tiada peruntukan khas untuk program pemulihan 3. Sebilangan ibu bapa tidak memberikan kerjasama dalam program pemulihan khas yang dirancang. 4. Mempunyai bahan bantu mengajar yang mencukupi. PELUANG ANCAMAN 1. Mendapatkan sokongan daripada ibu bapa. 2. Menarik perhatian PIBG dalam bantuan kewangan untuk keperluan kelas pemulihan khas. 3. Pihak JPNP & PPD sentiasa mengadakan kursus dan mesyuarat ringkas untuk mengetahui masalah guru dan murid serta membimbing perlaksanaan program pemulihan khas. 4. Perbincangan susun atur jadual dengan pihak pentadbir. 5. Kerjasama dengan guru subjek BM dan Matematik di arus perdana dalam menjalankan pemulihan dalam kelas. 1. Ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada guru pemulihan khas dalam pengajaran. 2. Terdapat murid yang tidak bersekolah selama setahun dalam tahun 2 dan terus masuk ke tahun 3. 3. Murid berkeperluan khas tidak dihantar ke PPKI. 4. Masalah ketidakhadiran murid.


ISU STRATEGIK BIL. ISU STRATEGIK MATLAMAT STRATEGIK OBJEKTIF KPI SASARAN 2023 2024 2025 1. Kebanyakan murid pemulihan khas mempunyai peratus kehadiran yang tidak memuaskan. Menjadikan peratus kehadiran murid pemulihan khas lebih baik. Menjadikan purata kehadiran murid pemulihan khas ke sekolah sekurangkurangnya 95%. 100% murid pemulihan khas mempunyai purata kehadiran sekurangkurangnya 95%. 95% 97% 100% 2 Mengenalpasti murid yang mengalami masalah kesihatan dan pembelajaran. Murid dapat didiagnos oleh doktor pakar untuk mengesahkan tahap kesihatan murid sama ada bermasalah pembelajaran atau bermasalah kesihatan yang lain sehingga menggangu pembelajaran seperti gagap, pelat dan sebagainya. Murid bekeperluan khas dan bermasalah kesihatan lain dapat dikenalpasti dan khidmat bantu kepada ibubapa dapat di beri dgn kerjasama pihak PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah. 95 % Murid – murid pemulihan khas adalah bukan terdiri daripada murid – murid bekeperluan khas tetapi yang memerlukan bimbingan intensif guru. 90% 93% 95%


3 Murid pemulihan kurang latihan membaca di rumah. Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan di rumah. Murid membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh guru di rumah. Murid pemulihan membaca sekurangkurangnya 3/5 bahan bacaan yang diberi guru di rumah dalam masa seminggu. 5/5 5/5 5/5 4 Murid masih belum dapat menguasai bacaan dengan lancar Murid boleh membaca buku cerita dengan baik dan lancar. Murid boleh membaca bahan bacaan bergred (petikan/ cerita pendek) Murid membaca buku cerita daripada suku kata yang berwarna. Seminggu 1/3 buah buku cerita. 2/3 3/3 3/3 5 Murid lemah dalam penguasaan operasi asas matematik. Murid menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi Murid menguasai operasi asas dan dapat menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas. 100% murid menguasai operasi tambah,tolak, darab dan bahagi. 90% 93% 95%


PELAN STRATEGIK BIL. MATLAMAT OBJEKTIF KPI STRATEGIK 1 Menjadikan peningkatan prestasi murid pemulihan satu target dalam kalangan ibu bapa. (Hari Temu Bincang Bersama Ibu Bapa) Meningkatkan prestasi murid pemulihan khas sekurangkurangnya 95%. Mengubah sikap murid secara positif dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran Mengadakan perjumpaan/berbincang dalam talian dengan keluarga murid yang bermasalah di sekolah. 2 Membolehkan murid – murid yang mengalami masalah pembelajaran di kenalpasti oleh doktor bertauliah. Seterusnya membantu muridmurid ini ditempatkan ke kelas pendidikan khas (Program Outreach) Murid bekeperluan khas dan bermasalah kesihatan lain dapat dikenalpasti dan khidmat bantu kepada ibubapa dapat di beri dgn kerjasama pihak PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah. Membantu murid-murid berkeperluan khas yang telah disahkan oleh doktor ditempatkan ke kelas pendidikan khas Prosedur penghantaran maklumat dan dokumen ke pejabat pelajaran. Mengikut tarikh temujanji yang diberikan oleh pejabat kesihatan daerah. 3 Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan di rumah. (Program Didik Anakku) Murid membaca / membina bahan bacaan yang dibekalkan oleh guru di rumah. Pertambahan bahan bacaan untuk murid pemulihan khas Guru membekalkan murid dengan bahan bacaan mudah setiap hari untuk dibaca di rumah. 4. Murid boleh membaca petikan/ cerita pendek/ buku cerita dengan baik dan lancar. Murid boleh membaca bahan bacaan bergred (petikan/ cerita pendek) Murid boleh menguasai suku kata dengan baik dan boleh membaca dengan lancar. Murid membaca petikan/ cerita pendek/ buku cerita yang dibekalkan oleh guru.


5. Murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas Matematik (tambah,menolok, darab dan bahagi) Murid menguasai operasi asas Matematik (tambah,menolok, darab dan bahagi) Murid menguasai operasi tambah,menolok, darab dan bahagi dan dapat dapat menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas Matematik Mengadakan latih tubi latihan operasi asas sekurang – kurangnya 20 soalan semasa waktu PdP. PELAN TAKTIKAL BIL. AKTIVITI TANGGUNG JAWAB TEMPOH (MULA/AKHIR) KOS (jika ada) INDIKATOR KEJAYAAN PELAN KONTIGENSI/CATATAN 1. Program Hari Temu Bincang -Perjumpaan/ perbincangan bersama ibu bapa/ penjaga murid pemulihan Guru Pemulihan khas, pentadbir Sekurangkurangnya 2 kali setahun 90% ibu bapa respon terhadap perbincangan yang dijalankan. Guru pemulihan akan mengadakan perjumpaan/perbincangan bersama ibu bapa ssecara dalam talian bagi membincangkan prestasi anak mereka. 2. Program Outreach - Membolehkan muridmurid yang mengalami masalah pembelajaran di kenalpasti oleh doktor bertauliah Guru Pemulihan, Guru mata Pelajaran JUN 100% dapat membantu Murid bekeperluan khas dan bermasalah kesihatan lain dapat dikenalpasti dan khidmat bantu kepada ibubapa dapat di beri dgn kerjasama pihak PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah. Prosedur penghantaran maklumat dan dokumen ke pejabat pelajaran. Mengikut tarikh temujanji yang diberikan oleh pejabat kesihatan daerah.


3. Program BaNTu Kawanku -Kelas Intensif Pemulihan Khas (program bersama Panitia BM) Guru Pemulihan Khas dan semua guru Mei - Oktober RM1000 100% kemahiran membaca dan menulis murid pemulihan meningkat Kelas intensif bacaan dan tulisan dijalan kan selepas Saringan 1 setiap pagi Isnin, Selasa dan Rabu. 4. Program Didik Anakku - Bahan tambahan bacaan di rumah - Kerja rumah waktu cuti sekolah Guru Pemulihan Khas 4 Kali setahun (April,Mei, Ogos, Disember) RM100 100% ibu bapa dan murid-murid mengambil bahagian dalam program ini Bahan disediakan secara berkala dan makluman pemberitahuan dimaklumkan kepada ibu bapa sebelum cuti. 5. Program Saya Pandai Suku kata ( Bacaan Bergred) - Murid boleh membaca petikan/ cerita pendek/ buku cerita dengan baik dan lancar. Guru Pemulihan Khas Mei – Disember RM200 100% murid dapat membaca dengan lancar. Murid membaca petikan/ cerita pendek/ buku cerita yang dibekalkan oleh guru. 6. Program Bijak Kira - Murid menguasai operasi asas dan dapat menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas. Guru Pemulihan Khas April - Disember RM 50 100% murid menguasai operasi tambah,menolok, darab dan bahagi. Mengadakan latih-tubi latihan operasi asas Matematik dan menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas. 7. Program Cakna Kasih Guru pemulihan khas Pentadbir Guru Kaunseling Ogos -Desember RM 500 90% ibu bapa respon terhadap perbincangan yang dijalankan. Guru pemulihan akan menziarahi murid di rumah perbincangan bersama ibu bapa bagi membincangkan prestasi anak mereka. 8. Minggu Kecemerlangan Potensi Guru pemulihan Khas Seminggu (Awal November) RM200 100% murid pemulihan menyertai pertandingan yang dijalankan Pertandingan akan diadakan secara dalaman di kelas pemulihan atau secara dalam talian.


PELAN OPERASI Nama Aktiviti :Perbincangan / Perjumpaan ibu bapa/ penjaga murid pemulihan (Program Hari Temu Bincang) Objektif : Mengadakan perbincangan/perjumpaan ibu bapa bagi membincangkan prestasi anak mereka Tempoh pelaksanaan : September - Disember (2 kali setahun) Sasaran : Keluarga dan penjaga Bilangan Murid : Murid pemulihan khas LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Pentadbir, guru kelas, guru bimbingan dan kaunseling Guru Pemulihan Khas September, Disember Senarai kehadiran Senarai peserta yang terlibat Pemberitahuan Mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa / melalui media sosial Whats app Guru Pemulihan Khas Sebelum program Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas AJK Terlibat 1 hari Senarai kehadiran Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Kelas Intensif Pemulihan Khas ( Program BaNTu Kawanku) Objektif : Menjalankan kelas intensif untuk murid pemulihan tahun 2 dan tahun 3 Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : Jun hingga Oktober Sasaran : Murid pemulihan khas yang tidak menguasai sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis. Bilangan Murid : 25 orang LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Pentadbir, guru kelas, guru matapelajaran yang terlibat Guru Pemulihan Khas, guru mata pelajaran Awal Jun Senarai nama murid Guru mata pelajaran BM murid pemulihan Pemberitahuan Mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga yang terlibat Guru Pemulihan Khas Guru Kelas Seminggu sebelum program Surat pemberitahuan Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Setiap pagi hari Selasa,Rabu dan Khamis bermula jam 7.30-8.00 pagi Guru Pemulihan Khas 5 bulan Senarai kehadiran Senarai nama Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa. Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Program Didik Anakku Objektif : Ibubapa dapat membantu anak-anak meningkatkan kemahiran membaca di rumah semasa cuti. Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : Semasa cuti sekolah 4 Kali setahun (April,Mei, Ogos, Disember) Sasaran : Murid Pemulihan Khas Bilangan Murid : Semua Pemulihan Khas BM LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Ibubapa - Murid-murid pemulihan khas Guru Pemulihan Khas 4 Kali setahun (April,Mei, Ogos, Disember) Senarai nama murid Senarai semak bacaan Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan dan ibu bapa yang terlibat melalui surat/ Whatsapp Guru Pemulihan Khas Seminggu sebelum program Surat pemberitahuan Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas Sepanjang cuti sekolah 4 Kali setahun (April,Mei, Ogos, Disember) Senarai kehadiran Senarai nama Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Program Saya Pandai Suku kata Objektif : Murid boleh membaca bahan bacaan bergred (petikan/ cerita pendek) Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : Mei - Disember Sasaran : Murid Pemulihan Khas Bilangan Murid : Semua Pemulihan Khas BM LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Ibubapa - Murid-murid pemulihan khas Guru Pemulihan Khas Mei - Disember Senarai nama murid Senarai semak bacaan Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan dan ibu bapa yang terlibat melalui surat/ Whatsapp Guru Pemulihan Khas Seminggu sebelum program Surat pemberitahuan Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas Mei - Disember Senarai kehadiran Senarai nama Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Program Outreach Objektif : Membolehkan murid- murid yang mengalami masalah pembelajaran di kenalpasti oleh doktor bertauliah Tempoh pelaksanaan : JUN Sasaran : Murid pemulihan khas Bilangan Murid : 2 orang LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Pentadbir, guru kelas, guru matapelajaran yang terlibat Guru Pemulihan Khas, guru mata pelajaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Jun Senarai nama murid Senarai semak dokumen yang diperlukan Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan dan ibu bapa yang terlibat melalui surat/ Whatsapp Guru Pemulihan Khas Sebulan sebelum program Senarai nama murid Senarai semak dokumen yang diperlukan Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas Ibubapa,JPN, PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah. 1 hari Senarai nama murid Senarai semak dokumen yang diperlukan Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Program Bijak Kira Objektif : Murid menguasai operasi asas dan dapat menyelesaikan masalah melibatkan operasi asas. Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : April - Desember Sasaran : Semua murid pemulihan Matematik Bilangan Murid : 16 0rang LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - guru matapelajaran yang terlibat Guru Pemulihan Khas April-Desember Senarai nama murid Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan dan ibu bapa yang terlibat melalui Whatsapp Guru Pemulihan Khas Seminggu sebelum program -Senarai nama murid -Senarai semak penguasaan kemahiran Matematik murid Pelaksanaan Latihan dijalankan semasa waktu matematik kelas terbabit Guru Pemulihan Khas Pentadbir April-Desember -Senarai nama murid -Senarai semak rekod penguasaan kemahiran Matematik murid Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Program Cakna Kasih Objektif : 1.Perbincangan bersama ibu bapa bagi membincangkan masalah / prestasi anak mereka. 2. Memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang di dalam kelas. Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : Ogos -Desember Sasaran : 1. Murid pemulihan khas yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis 2. Murid Pemulihan Khas yang cemerlang di dalam kelas. Bilangan Murid : Murid pemulihan Khas BM dan Matematik. LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Pentadbir, guru kelas, guru matapelajaran yang terlibat Guru Pemulihan Khas Ogos -Desember Senarai nama murid Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan dan ibu bapa yang terlibat melalui surat/ Whatsapp Guru Pemulihan Khas Seminggu sebelum program Surat pemberitahuan Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas Pentadbir Guru Bimbingan dan Kaunseling Senarai nama Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


PELAN OPERASI Nama Projek : Minggu Kecemerlangan Potensi Objektif : 100% murid pemulihan menyertai pertandingan yang dijalankan secara dalaman dan bersesuaian dengan potensi mereka. Tarikh dan Tempoh pelaksanaan : Seminggu (Awal November) Sasaran : Murid pemulihan khas Bilangan Murid : 25 murid LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/SENARAI SEMAK Taklimat Mengadakan taklimat kepada pihak yang terlibat - Memaklumkan tentang Minggu Kecemerlangan Potensi - Melantik AJK yang terlibat Guru Pemulihan Khas, guru mata pelajaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Seminggu (Awal November) Senarai nama murid Senarai nama AJK Senarai kehadiran Pemberitahuan Memaklumkan kepada murid-murid pemulihan yang terlibat mengenai pertandingan yang dijalankan Guru Pemulihan Khas Seminggu sebelum program Pelaksanaan Melaksanakan program mengikut ketetapan yang telah dirancang. Guru Pemulihan Khas 1 minggu Senarai kehadiran Senarai nama Penilaian Membuat laporan untuk rekod dan penambahbaikan Guru Pemulihan Khas Selepas program Laporan


TAKWIM TAHUNAN PEMULIHAN KHAS BIL. AKTIVITI MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DEC JAN FEB 1 Penyediaan jadual waktu 2 Mengemaskini fail Pemulihan Khas 3 Pengurusan kelas (Keceriaan dan penyedian BBM) 4 Ujian Diagnostik BM & MT 5 Mesyuarat bersama Panitia BM & MT 6 Ujian Saringan menggunakan Instrumen saringan Matematik & Bahasa Melayu Jom Bantu Latih Anak Cemerlang (JuL Ang) 7 Program Hari Temu Bincang Bersama Penjaga 8 Program Celik Huruf 9 program Celik Nombor 10 Program Didik Anakku (Program cuti sekolah) 11 Program BaNTu Kawanku (bersama Panitia BM) 12 Program Saya Pandai Suku kata (bacaan bergred) 13 Majlis Anugerah llmu Murid Pemulihan Khas 14 Program Bijak Kira


15 Ujian Pelepasan menggunakan Instrumen saringan Matematik & Bahasa Melayu Jom Bantu Latih Anak Cemerlang (JuL Ang) 16 Program Cakna Kasih 17 Minggu Kecemerlangan Potensi 18 DATA PENUTUP: Program Pemulihan Khas diharapkan dapat membantu mengurangkan bilangan murid Tahun 2 dan 3 yang masih belum menguasai asas 3M. Kejayaan program ini akan mudah dicapai jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari pelbagai pihak khususnya para pentadbir, guru-guru, ibu bapa, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan pegawai perubatan. Semoga setiap aktiviti yang dirancang akan dapat berjalan dengan baik demi masa depan anak didik kita. Disediakan oleh; ……………………………… (NORHAYATI BINTI MD YUNUS) Guru Pemulihan Khas. SK LKTP Keratong 3. Disahkan oleh; ……………..………….. (TENGKU NAZUEN BIN TENGKU IBRAHIM) GURU BESAR


Click to View FlipBook Version