The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

-KANAK-KANAK DAN KREATIVITI
-MEMUPUK KREATIVITI KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bllrna, 2024-02-11 02:28:06

Pembelajaran Bermakna 3

-KANAK-KANAK DAN KREATIVITI
-MEMUPUK KREATIVITI KANAK-KANAK

Kanak-kanak dan Kreativiti BELLERINA BORINUS PSV 1


DEFINISI KANAK-KANAK Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan Dasar perlindungan kanakkanak -Menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanakkanak sebagai tanggungjawab bersama.


BAHASA DAN DUNIA KANAK-KANAK Pertama, kanak-kanak akan mengingati kata-kata sederhana yang tidak bermakna. Perkembangan bahasa berkait rapat dengan aktiviti bermain terutamanya bagi pendidikan awal kanak kanak Perkembangan bahasa dan literasi kanak kanak dapat ditingkatkan melalui permainan bunyi bahasa,simbol-simbol dan konsep bahan bercetak. Melalui bermain, kanak-kanak belajar mengenali dunia dan persekitarannya Aktiviti bermain merangsangkan fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek. Bila kanak kanak membesar, mereka akan membentuk makna bagi perkataan perkataan yang tidak membawa maksud itu dan akhirnya pembentukkan ayat bermula dari penggabungan kata katadan membina satu ayat yang bermakna. Semasa bermain, pelbagai jaringan interaksi berlaku antara seseorang kanak-kanak dengan orang lain disekitarnya/interaksi ini dapat (Tingkatkan perkembangan bahasa) (Vygotsky,2011) Peringkat praoperasional -Kanak-kanak berusia 2-7 tahun, kemahiran bahasa berkembang dengan pesat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti. -Aktiviti bermain memupuk minat kanak-kanak untuk belajar konsep asas literasi persekitaran bermain yang diperkaya dengan kemahiran literasi mampu menambah pengetahuan kanakkanak tentang fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis dan keupayaan menggunakan strategi kefahaman perkataan bertulis tersebut


Seni dan Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak SENI -Suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri penilaian -Tentukan elemen-elemen yang diketengahkan di dalam hasil seni di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan kepercayaan di dalam bentukyang difikirkan paling efektif Dalam aktiviti seni dan kraf, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Aktiviti seni dan kraf kanak kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh. (Victor Lowenfeld) -Aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan perkembangan menyeluruh kanak kanak -Perkembangan dan pertumbuhan sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik.


Kanak-kanak dan kreativiti Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) -Kreativiti ialah kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya 01 02 03 MAKSUD KREATIVITI


Kanak-kanak dan kreativiti (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuanpenemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. 01 02 03 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (PAUL TORRANCE)


Kanak-kanak dan kreativiti (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. 04 05 06 07 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (PAUL TORRANCE) (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.


Kanak-kanak dan kreativiti (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal (b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan 01 02 03 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (FISHER)


Kanak-kanak dan kreativiti (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. 04 05 06 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (FISHER)


Kanak-kanak dan kreativiti (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. 01 02 03 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (Laura H. Chapman)


Kanak-kanak dan kreativiti (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. 01 02 03 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (Calvin W. Taylor)


Kanak-kanak dan kreativiti (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. 04 05 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI (Calvin W. Taylor)


MEMUPUK KREATIVITI KANAK-KANAK


01 02 03 AKTIVITI SENI VISUAL LUKISAN CATAN CETAKAN MENGGAMBAR


PENEROKAAN ALAT, BAHAN, MEDIA, ALAT BANTU, DAN ALAT DIGITAL PERCIKAN Daun Cat air Berus LUKISAN Pensel warna Pensel Kertas SENI DIGITAL Perisian grafik vektor, ilustrator, photoshop CETAKAN ALAT & BAHAN Cat Akrilik Kertas


Permainan doh mainan adalah sejenis permainan tanpa peraturan.Ia membantu mengembangkan kemampuan imaginasi dan kreativiti anak. Dengan bermain doh, ia dapat meningkatkan rasa ingin tahu si kecil, sekaligus mengajarnya tentang menyelesaikan masalah yang berguna untuk meningkatkan keyakinan dirinya Latihlah dia untuk memberikan contoh bagaimana bermain dan menciptakan sesuatu dengan menggunakan doh warna warni ini. Menguli, membuat bentuk bola, menggelek adalah beberapa patah perkataan yang akan kerap keluar dari mulut si kecil semasa bermain doh. Gunakan perkataan itu untuk menggambarkan kegiatannya semasa bermain, atau jika perlu berilah nama untuk setiap bentuk yang dia buat dari doh tersebut. Meningkatkan keyakinan diri KEMAMPUAN BERBAHASA KEMAMPUAN BERFIKIR Salah satu cara kanak-kanak untuk mengenal sesuatu objek iaitu melalui sentuhan. Dengan bermain doh, mereka belajar tentang tekstur dan bagaimana mencipta sesuatu bentuk. ia juga membantu perkembangan kemahiran motor halus. KEMAMPUAN SENSORIK AKTIVITI PERMAINAN BERMAIN TANAH LIAT/ ‘Playdough’


AKTIVITI BRAINSTORMING Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. 01 02 Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. 03 04


AKTIVITI LAKONAN Penggunaan topeng haiwan dalam pembelajaran seni bahasa ini dapat merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran dan seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid. Anak-anak yang suka berkhayal mempunyai khayalan yang tinggi, suka berlakon, suka memanfaatkan masa dengan fikiran-fikiran imaginatif, dan memiliki kecenderungan yang lebih kreatif. Buatkan cerita yang sederhana tetapi menarik dan cabar anak- anak bagi melakonkannya. Penghasilan topeng yang digunakan dapat menyatakan gambaran sebenar cerita dipelajari oleh murid. Jadi murid akan lebih kreatif dan seronok dan tidak bosan dengan pengajaran guru kerana terdapat sesuatu yang baharu setiap kali penyampaian pengajaran dan pembelajaran mereka (Tingkatkan nilai kreativiti)


AKTIVITI BERCERITA Task Name Task Name 01 02 03 04 Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikan bahan bercerita. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alat untuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semula setelah guru berbuat demikian Guru boleh bertanya kepada kanakkanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanakkanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan.


Click to View FlipBook Version