The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xxx0005788, 2021-09-28 07:54:14

Penguasaan British di Tanah Melayu

Penguasaan British di Tanah Melayu

SMJK YUK CHOY , IPOH

TUGASAN BAND 6
TINGKAT 3
TAJUK:

PENGUASAAN BRITISH
DI TANAH MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
LOH KIY YNG 3Y

GURU MATA PELAJARAN:
CIKGU B.TAMIL MARAN

ISI KANDUNGAN 1-2

1. Pengenalan 3-8
2. Latar Belakang
9-10
- Pulau Pinang 11
- Singapura 12
- Melaka 13
- Perak
- Selangor
- Negeri Sembilan

3. Kesan-kesan
4. Penutup
5. Lampiran
6. Rujukan

Pengenalan

Pengenalan

Pada tahun 1600,Syarikat Hindia Inggeris (SHTI)
ditubuhkan di England. Syarikat ini telah diberi hak
monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan
Melayu oleh Kerajaan British. Pada masa itu,kestabilan
dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa
Barat berminat untuk memiliki kekayaan tersebut.Pada
abad ke-17 pula menyaksikan kebangkitan kuasa-kuasa
Barat seperti British sebagai salah satu kuasa penjajah
untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di sebarang
laut.

Pada abad ke-18,British menggunakan pelbagai
strategi untuk menduduki Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka kerana persaingan dengan kuasa Barat lain.
Petempatan strategik ini penting bagi memenuhi
keperluan perdagangan dan keselamatan British di Alam
Melayu.

Di samping itu,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan
Pahang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan
emas.Oleh itu, kekayaan dan kemaknuran negeri-negeri
Melayu ini telah menarik kuasa British dan kuasa lain
untuk menguasai negeri tersebut.

Selain itu, pada abad ke-19,hubungan antara British
dengan Siam memberikan kesan besar kepada negeri-
negeri ini kerana negeri-negeri ini berhadapan dengan
pengaruh Siam. Kedudukan strategik dan kemakmuran
negeri-negeri menarik perhatian British. Namun begitu,
selagi negeri-negeri ini di bawah naungan Siam,maka
British tidak akan mampu untuk meluaskan kuasanya
tetapi penguasaan British terhadap Singgapura
menyebabkan kedudukan Johor terancam.

British mula campurtangan di NNMelayu secara
langsung dengan memperkenalkan sistem Residen.
Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu
NNS, NNMB dan NNMTB.Kedatangan British membawa
banyak kesan-kesan dalam pelbagai sektor.British
menyebabkan negara kita mempunyai banyak perubahan.
Contohnya, hubungan perdagangan antara negara lain.

Latar Belakang-Pulau Pinang

Pads tahun 1786,Siam menakluk Patani dan mengancam
Kesultan Kedah.Oleh itu,Sultan Kedah meminta bantuan
ketenteraan SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis dan
SHTI enggan kerana tiada perjanjian ditandatangani oleh
Sultan Kedah.

Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang untuk
mengambil semula Pulau Pinang.Selepas itu, angkatan perang
Kesultanan Kedah ditewaskan oleh Francis Light dengan
bantuan tentera SHTI.Oleh itu, pada tahun 1791,Sultan
Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan
British.Perjanjian ini mengiktiraf pendudukan British di Pulau
Pinang. Pada tahun 1800,Sultan Dhiauddin menandatangani
perjanjian dengan British. Perjanjian ini membolehkan British
menduduki Seberang Perai.

Mengapakah British perlu mendapat Pulau Pinang?Pulau
Pinang yang terletak di utara Selat Melaka mempunyai
keistimewa untuk memenuhi keperluan perdagangan dan
keselamatan British di Alam Melayu.Oleh itu,Pulau Pinang
sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang,pelabuhan
persinggahan dan pangkalan tentera.Contohnya, British
memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan di
antara India dan China.

Latar Belakang-Singapura

Setelah menguasai Pulau Pinang,British hendak meluaskan pengaruh
ke wilayah lain di Alam Melayu. Oleh itu, British menugaskan Stamford
Raffles dan William Farquhar mencari pelabuhan baharu untuk
memecahkan penguasaan Belanda, di samping berusaha mendududuki
Singapura selepas British memulangkan semula petempatan kepada
Belanda selapas perang tamat.

Pada bulan Januari 1819,Stamford Raffles dan William Farquhar
tiba di Singapura.Selepas mengadakan perjanjian awal dengan
pentadbiran Singapura tetapi mesti mendapat pengesahan daripada
Sultan Abdul Rahman(pemerintah Kesultanan Johor Riau).Oleh
itu,Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta
Kesultanan Johor Riau bagi mendapat pengesahan sultan setelah
menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai hubungan baik dengan
Belanda. Tindakan itu menyebabkan Kesultanan Johor Riau mempunyai
dua orang sultan.Kemudian menandatangani perjanjian.

Adalah beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Sultan
Abdul Rahman.Contohnya,Perjanjian 6 Februari 1918.Perjanjian ini
boleh mengiktiraf petempatan British di Singapura.Di samping itu
adalah Perjanjian 2 ogas 1824 ,perjanjian ini boleh menyedahkan
Singapura kepada British untuk selama-lamanya.

Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah
Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat
Sunda dan British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk
bersaing dengan Belanda.Itulah sebabnya British perlu menguasai
Singapura.

Latar belakang-Melaka

Selepas kejayaan menduduki Pulau Pinang dan Singapura,
British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan
dengan Belanda.Pendudukan British di Singapura menimbulkan
pertikaian dan menyebabkan hubungan antara British dengan
Belanda di Alam Melayu semakain tegang.

Walau bagaimana,Belanda mesti berbaik-baik dengan British
kerana kedudukan Britain berdekatan dengan Belanda dan
British boleh menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang
Napoleon dan tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan
yang semakin lemah selepas Perang Napoleon.British juga
mahu mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad
ke-17 dan ke-18.Oleh itu,penyelesaian mesti dilakukan melalui
rundingan kearah perdamaian.

Pakatan British dan Belanda menyebabkan Perjanjian
London 1824 atau Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Perjanjian ini menyebabkan British berundur dari Sumatera
dan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.Melalui
perjanjian ini,British dapat menguasai Melaka apabila berlaku
pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.

Melaka membolehkan British mengukuhkan kedudukannya di
Alam Melayu.Di samping itu, British juga mengawal
perdagangan antara negara lain dengan mudah.

Latar Belakang-Perak

Perak kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas.
Hasil bumi ini menjadikan Perak makmur.Oleh itu, British
hendak menguasai Perak.Perak terkenal menghasil bijih timah
sejak zaman Kesultanan Perak dan merupakan pelabuhan utama
yang menghasilkan bijih timah.

British menggunakan strategi manipulasi untuk menguasai
Perak.Apabila berlaku Perang Larut,British memperoleh
peluang untuk menguasai Perak.Pergaduhan pelombang Cina
antara kumpulan Ghee Hin an Hai San menyebabkan Perang
Larut.Perang ini menjejaskan perdagangan bijih timah di
Negeri-negeri Selat.Oleh itu, golongan pelabur Eropah dan
pedagang Negeri-negeri Selat meminta Britsh melindungi
pelaburan mereka.

Di samping itu,British memperoleh peluang yang lebih
banyak menguasai Perak apabila perebutan takhta Kesultanan
Perak.Kekacauan di Perak membuka ruang kepada British untuk
melakukan manipilasi politik.Andrew Clarke(Gabenor Negeri-
negeri Selat) menyokng Raja Abdullah dan Menyatakan
kesediaan British untuk membantu mengesahkan Raja Abdullah
sebagai Sultan Perak.

Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah
dengan pembesar Perak di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai
Perjanjian Pangkor 1874.Perjanjian ini menyebabkan British
berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.

Latar Belakang-Selangor

Kuala Selangor juga menghasil hasil bumi(bijih timah). Oleh
itu,British menggunakan strategi manipulasi untuk megeluaskan
pengaruh di Selangor apabila pemerintahan Sultan Abdul Samad(1857-
1898), tercetus pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja
Selangor menyebabkan Perang Klang.British membantu pihak yang
boleh membawa keuntungan di segi ekonomi terutamanya perdagangan
bijih timah.

Oleh itu, British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku
Kudin untuk menamatkan perang ini. Melalui perang itu British
mengharapkan Sultan Selangor menerima perlindungan British bagi
mewujudkan kestabilan di Selangor tetapi ditolakkan oleh Sultan
Selangor.

Selepas itu,British terus mencari alasan untuk menguasai
Selangor.Oleh itu, British menggunakan peristiwa ‘Rompakan Kapal
Dagang British’ dan ‘Serangan Rumah Api’ untuk mendesak Sultan
Selangor menerima perlindungan British dengan alasan Sultan gagal
mengawal dan mewujud keselamatan perairan Selangor untuk kegiatan
perdagangan.

British mengadakan perjanjian,iaitu Perjanjian British-Selangor
1875 denagn pemerintahan tempatan Selangor. Melalui perjanjian ini
British perlu membantu Sultan memerintah negeri dan menghantar
J.G Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di
Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.

Latar Belakang-Negeri Sembilan

Apabila berlaku perbalahan pembesar Melayu didaerah Sungai
Ujong yang kaya dengan bijih timah, British berpeluang melakukan
manipulasi politik di Negeri Sembilan. Antaranya, Sungai Linggi
merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai
Ujong.Oleh itu,menyebabkan persaingan pembesar
(Dato’Kelana,Dato’Syahbandar dan Dato’Muda Linggi) memungut cukai
di Sungai Linggi .

British memberi bantuan ketenteran kepada Dato’Kelana untuk
mengalahkan Dato’Syahbandar.Oleh itu,British memperolehkan hak
memungut cukai di Sungai Linggi.

Perbalahan pembesar di daerah di Sungai Ujong dan persaingan
untuk menguasai Sungai Linggi telah menjejaskan kegiatan
perdagangan di Negeri-negeri Selat.Selepas itu, British melalui
manipulasi dalam konflik ini berjaya meletakkan daerah Sungai Ujong
yang kaya dengan bijih timah di bawah kekuasaan British.

British menandatangani Perjanjian British-Negeri Sembilan
1895.Perjanjian ini lebih memihak kepada British berbanding dengan
manfaat diperoleh negeri Melayu.Perjanjian ini ada Undang Luak-luak
yang tersebut di atas,dengan ini bersetuju membentuki sebuah negeri
gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan pemerintah
Negeri Sembilan berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen
British dalam mentadbir kerajaan gabungan tersebut dan mereka
mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran
selain yang menyentuh agama Islam

Kesan-kesan penguasaan British di Tanah

Melayu

Antara kesan dalam ekonomi adalah binaan sistem pengangkutan.
Pengangkutan pertama ialah kereta api.Tujuan pada masa terawal
membina kereta api adalah untuk menghubungkan kawasan lombong
dengan pelabuhan bagi memudahkan bijih timah dieksport tetapi pada
tahun 1910-1931 penggunaan kereta api perlahan-lahan menjadi
kenderaan membawa penumpang.Contohnya,penduduk Alor Star
menaiki kereta api peegi ke Taiping untuk bekerja.

Pengangkutan kedua ialah pembinaan jalan raya.Tujuan British
membina jalan raya adalah untuk menghubungkan kawasan
perlombongan bijih timah dan kawasan pertanian denagn stesen kereta
api kerana kemajuan industri perlombongan bijih timah dan
getah.Contohnya,di Selangor Britsh membina jalan raya adalah untuk
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Perlabuhan Klang di Port
Swettenham dan jalan raya perlahan-lahan menjadi penggunaan
kenderan bermotor seperti lori,bas,kereta dan basikal penduduk.

Kumudahan pelabuhan ialah salah satu kesan.Kedatangan British
menyebabkan pelabuhan lama hilang dan muncul pelabuhan baharu yang
moden.Oleh itu,pelabuhan yang baharu meningkatkan kecekapan
pengangkutan eksport bijih timah dan getah.Contohnya,pelabuhan
Pulau Pinang,Kuala Sepetang,Port Dickson,Melaka,Singapura dan Klang
menjadi bandar pelabuhan yang penting di Tanah Melayu.

Di samping itu,adalah kemajuan sistem telekomunikasi.Kedatangan
British menyebabkan sistem telekomunikasi maju seperti sistem pos
dan telegraf,telefon dan radio.Kemajuan sistem telekomunikasi
menyebabkan perhubunagn antara negeri di Semenanjung dengan

negara lain dapat dibuat dengan pantas.Oleh itu, sistem perhubungan
mula dipernalkan di kawasan kegiatan ekonomi,pusat pentadbiran,
pelabuhan dan berkembang kekawasan petempatan. Contohnya,
pejabat pos dan telegraf di Batu Gajah(Perak) yang dibina pada tahun
1866 dan Bangunan Pejabat Pos Kuching yang dibina pada tahun 1933.

Antara kesan dalam sosial akibat perkembangan ekonomi adalah
perkemgangan bandar.Bandar-bandar ini dihubuangan antara satu
sama lain dengan rangkaian landasan kereta api dan jalan raya yang
dibina oleh British.Oleh itu,perniagaan dan perdagangan antara bandar
berkembang pesat.Contohnya,Kuala Lumpur.

Selain itu juga adalah pembetukan masyarakat berbilang kaum.
Apabila kepesatan perkembangan industry bijih timah dan getah
semasa pentadbiran British mengalakkan kedatangan buruh asing ke
negara kita.Kemasukan buruh-buruh asing melahirkan masyarakat
berbilang kaum di negara kita.Contohnya,orang Melayu,orang Cina dan
orang India.Kaum-kaum ini mempunyai bidang ekonomi yang kepakaran
mereka sendiri.

Kedatangan British juga membawa sistem pendidikan sekular
kepada masyarakat di negara kita tetapi British tidak memberi
perhatian kepada pendidikan dan British tidak mempunyai dasar
pelajaran yang tetap atau bermatlamat.Oleh itu, menyebabkan
sekolah-sekolah vernakular berkembang mengikut kumpulan etnik
masing-masing.Contohnya, sekolah vernacular Melayu,sekolah
vernacular Cina, sekolah vernacular Tamil dan sekolah Inggeris.

Akhirnya ialah perkhidmatan kesihatan.Kedatangan British
membangunkan perkhidmatan perubatan untuk mengawal wabak
penyakit berjangkit atau penyakit lain.Contohnya,hospital kerajaan
yang pertama dibina di Taiping,Perak pada tahun 1878.

Penutup

Kesimpulannya,kedatangan British membawa banyak
perubahan dalam bidang pentadbiran dan membawa
banyak kesan ekonomi dan kesan sosial.Britsh
membangunkan ekonomi negara kita menyebabkan
kemajuan pengangkutan,pelabuhan,telekomunikai dan
sebagainya tetapi pentadbiran British menyukarkan
proses perpaduan kaum melalui kesan pengenalan
pendidikan vernacular.Oleh itu,kita mesti menjadi lebih
bersatu panduan untuk menentang pencerobohan musuh
dan memajukan negara kita pada masa depan.

Lampiran

Pelabuhan Pulau Pinang
Pembinaan Landasan kereta api

Perlombongan bijih timah di Perak

Hospital Taiping, pada tahun 1880
Kawasan perlombongan emas di
negeri-negeri Melayu

Rujukan

Buku

Sejarah Buku Teks Tingatan 3

Internet

https://anyflip.com/iqnoa/rpzt/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayu_British
(Wikipedia)
https://penangmuseum.gov.my/bm/all-categories-bm/weld-
quay-penang-3/
https://www.orangperak.com/perlombongan-bijih-timah-di-
perak.html




Click to View FlipBook Version