The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PORTFOLIO ENILAM KEDAH 2021 NUR DAMIA INSYIRRAH SKDH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6499014, 2021-08-19 10:17:41

PORTFOLIO ENILAM KEDAH 2021 NUR DAMIA INSYIRRAH SKDH

PORTFOLIO ENILAM KEDAH 2021 NUR DAMIA INSYIRRAH SKDH

TAJUK BUKU
DAN ULASAN

BUKU

KEMBALI KE
LAMAN UTAMA
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TAJUK BUKU

“DOAUNTUKSYIKIN’’

DITULISOLEH:

NORHADANI

DITERBITKANOLEH:

ANA MUSLIM SDN BHD

ULASAN BUKU

Buku ini hasil nukilan Norhadani dan diterbitkan oleh Ana
Muslim Sdn Bhd. Buku ini mengandungi 124 muka surat dan
telah dicetak pada tahun 2014. Buku ini mengisahkan
tentang Ana Solehah bersama adiknya Ibrahim dan
Luqman. Mereka ialah anak yatim piatu. Kehidupan mereka
berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di
tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama
adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia
semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang,
baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan
pelbagai jati diri. Pengalaman hidup bersama kawan-
kawannya menjadikan beliau seorang yang berdikari di usia
yang muda. Di dalam buku ini terdapat banyak nilai murni
yang boleh kita pelajari. Contohnya, menghormati rakan,
amanah, baik hati, bertanggungjawab dan rajin belajar.

Ana mempunyai sahabat baik yang bernama
Syikin. Syikin juga senasib dengan Ana iaitu anak
yatim piatu selepas kedua ibubapa Syikin terlibat
dalam kemalangan jalan raya setahun yang lalu.
Ana sentiasa menasihati dan mendoakan Syikin
supaya berubah menjadi insan yang lebih baik
dengan tidak meninggalkan solat. Syikin sentiasa
mengeluh dengan nasibnya dan tidak dapat
menerima takdir daripada Allah. Berbeza pula
dengan Ana, Ana sentiasa berserah kepada takdir
Allah dan sentiasa mendoakan agar Syikin
mendapat hidayah dan berubah dengan tidak
meninggalkan solat.

Syikin juga adalah seorang yang pemarah dan
sering bercakap kasar dengan ibubapanya. Syikin
sering mengelak dan memberi pelbagai alasan
kepada ibu dan ayahnya apabila diminta
mendirikan solat. Puas ibu dan ayahnya
menasihati Syikin, namun Syikin tidak
menghiraukannya. Pada suatu hari, Syikin
terjumpa nota terakhir yang ditulis oleh ibunya
sebelum ibunya meninggal dunia. Nota tersebut
tertulis “Wahai anakku, dirikanlah solat kerana
solat itu tiang agama dan jika ibu dan ayah telah
meninggal amalan daripada anak yang soleh
akan menjadi bekalan untuk ibu dan ayah”. Syikin
membaca nota tersebut berulang kali dan amat
menyesal kerana tidak menunaikan solat. Dia
seakan tersedar dari lamunan dan akhirnya
meminta Ana untuk mengajarnya solat kerana
dengan bersolat,ibu bapanya akan lebih tenang
disana.

NILAI MURNI

Penceritaan yang banyak memberi
pengajaran dan nilai murni yang boleh
kita contohi.

Nilai murni:

1. Sentiasa mendekatkan diri dengan
Allah swt.

2. Menghormati kedua ibubapa selagi
mereka masih ada.

3. Berkawan dengan rakan- rakan yang
mempunyai peribadi yang boleh
dicontohi.

.

ISU SEMASA

Nilai murni yang pertama dapat dikaitkan dengan
isu semasa yang berlaku pada masa kini iaitu
mendekatkan diri dengan Allah. Kebanyakan
remaja mengalami masalah sosial seperti
penagihan dadah, pembuangan bayi dan
vandalisme kerana kurangnya didikan agama.
Selain itu, dengan berlakunya pandemik Covid-19
ini, kita juga hendaklah mendekatkan diri dengan
Allah sebagai usaha untuk melindungi diri kita dan
orang lain.

Akhir kata, walau seberat mana pun dugaan
dalam hidup kita, kita tidak boleh berputus asa
dan mengeluh, sebaliknya kita harus menerima
takdir dan tidak menjadikannya sebagai alasan
untuk melibatkan diri dalam pelbagai perkara
yang tidak berfaedah.

KULIT BUKU

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


Click to View FlipBook Version