The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by willie78, 2023-04-01 04:21:53

KETETAPAN DASAR KURIKULUM SKBUK 2023

KETETAPAN DASAR KURIKULUM SKBUK 2023

pg. 1 PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 SKPMG2 KETETAPAN DASAR KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, 98700 LIMBANG SARAWAK.


pg. 2 KETETAPAN DASAR KURIKULUM UNIT KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU LIMBANG SARAWAK 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah di susun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempura disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini digariskan atas tujuan berikut : 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkatsekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan PelajaranNegeri. 3.0 DASAR 3.1 Menyediakan program pendidikan dalam kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangkan potensi murid dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.


pg. 3 3.2 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa selari dengan arus perdana dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa. 3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna, laluan perlu diberikan kepada program akademik sekiranya ianya bertembung dengan program yang lain di satu masa yang sama. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kalisetahun mengikut piawaian JPN dan PPDbagimembincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum disekolah 4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018. 4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kalisetahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat. Minit boleh disediakan dalam bentuk digital atau bercetak. 4.4 Surat panggil mesyuarat mesti dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat dilaksanakan. 4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat panitia masing-masing mengikut kesesuaian panitia. Isi borang maklumbalas mesyuarat setiap kali mesyuarat selesai dan panjangkan maklumat maklumbalas kepada setiausaha kurikulum.


pg. 4 4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini. 5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 5.1 Pengurusan mata pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Iktisas Bil 4/1986 5.2 Pengurusan Mata pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 8 2016 berkaitan pelaksanaan KSSR secara berperingkat bermula 2017. 5.3 Dalam pengurusan matapelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran. Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanan PBD amat dititikberatkan. 5.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar. 5.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. Ketua Panitia dan ahli mesti menyusun program peningkatan dan program intervensi yang tersasar bagi memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat yang paling tinggi. 5.6 Semua Panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid dengan menggunakan inovasi dan pendekatan yangmenarik. Jadikan panduan PdPc PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.


pg. 5 5.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. Ketua Panitia mesti pastikan kehadiran mana-mana pentadbir di dalam mesyuarat tersebut sebagai pemudahcara dalam menyelesaikan sesuatu isu. 5.8 Fail panitia perlu diselenggara. Berdasarkan keputusan mesyuarat, fail panitia semua matapelajaran diuruskan dengan menggunakan medium sebuah fail putih keras dan bersama bahan yang boleh disimpan di dalam Google Drive. Ketua Panitia dan setiausaha bertanggungjawab penuh ke atas fail tersebut dan panjangkan maklumat kepada guru dengan menggunakan medium whatsup dan juga telegram. (Rujuk Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 2018) 6.0 SISTEM FAIL 6.1 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha Kurikulum. 6.2 Semua fail disimpan di rak Unit Kurikulum di bilik Penolong Kanan Pentadbiran yang boleh diakses oleh semua ahli jawatankuasakurikulum. 6.3 Semua Ketua Panitia dan Ahli Jawatankuasa Kurikulum boleh memuat naik dan memuat turun bahan yang diperlukan dari Google Drive ini dan dipanjangkan kepada ahli panitia dan ajk kecil yang lain. 6.4 Panitia Matapelajaran juga menyediakan sistem fail yang sama seperti yang diuruskan oleh unit kurikulum. Ketua Panitia dan Setiausaha Panitia yang menguruskan fail panitia masing-masing. Segala maklumat mengenai Guru Matapelajaran, Mesyuarat Matapelajaran, Analisa Matapelajaran dan sebagainya yang berkaitan perlu ada di dalam fail masing-masing.


pg. 6 6.5 Jika terdapat surat masuk untuk panitia dan jawatankuasa lain, sediakan 1 fail putih am untuk surat tersebut dan juga fotocopi surat tersebut untuk simpanan dalam fail keras Panitia. 6.6 Pastikan fail sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa untuk mudah dicapai maklumatnya oleh ahli panitia dan pentabir. 7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 7.1 Pakej mata pelajaran yang gunakan mengikut Peruntukan MasaMinimumJam Setahun KSSR ( Semakan 2017) bagi Tahun 1-6. 7.2 Rujuk SPI Bil 8 Tahun 2016 7.3 Rujuk SPI BIl 5 Tahun 2019 dan SPI lain berkaitan pelaksanaan KSSR dan peruntukan masa pembelajaran KSSR Semakan 2017. 8.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 8.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP Semakan 2017), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru setiap kali merancang pengajaran masing-masing. 8.2 DSKP Semakan 2017 mestilah dimuat turun oleh semua guru. Unit Kurikulum bertanggungjawab mengadakan semua DSKP Semakan ini supaya semua guru boleh mengaksesnya dengan mudah.


pg. 7 8.3 Semua guru wajib menyimpan DSKP mata pelajaran masing-masing di dalam Google Drive. Inisiatif guru mencetak DSKP dialu-alukan. Bawa sentiasa DSKP guru semasa PdPc berlangsung sebagai rujukan selain RPT dan RPH. 8.4 RPT dan RPT perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Ketua Panitia dan ahli panitia perlu membuat RPT panitia masing-masing sebagai panduan pengajaran tahunan supaya lebih terancang. Jangan lupa juga untuk mencetak RPT semua guru di dalam fail masing-masing. 8.5 RPH, bagi sekolah kita bagi tahun ini adalah secara cetakan. eRPH juga boleh digunakan oleh mana-mana guru yang berkemampuan dan berkemahiran ICT. eRPH ini perlu lengkap mempunyai semua perkara yang ada di dalam penulisan RPH mengikut kehendak KPM, JPN dan PPD. 8.6 Pilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian mengikut kebolehan murid di dalam kelas. Kebijaksanaan guru mengurus murid di dalam kelas dapat memastikan objektif tercapai. 8.7 RPH cetakan atau eRPH mesti dihantar setiap minggu. Isi borang pengesahan penghantaran setiap kali RPH dihantar sebagai rujukan pentadbir untuk menganalisa rekod penghantaran masing-masing. 8.8 Cetakan RPH atau eRPH perlu dihantar pada hari Jumaat untuk semakan pihak pentadbir sekolah bagi pengurusan penghantaran RPH guru. 8.9 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru wajib memastikan refleksi tulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat pengayaan kepada setiap murid.


pg. 8 8.10 Kandungan Pendidikan Sivik disampaikan dengan baik secara besepadu di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat Siaran KPM Bil 7 Tahun 2019. 9.0 JADUAL WAKTU 9.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan takwim yang dipilih oleh sekolah. 9.2 Dasar pengagihan mata pelajaran kepada guru, mengikut keutamaan opsyen dan kepakaran guru. 9.3 Jumlah waktu mengajar guru tidak melebihi 30 waktu seminggu. 9.4 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru Sakit, Cuti Rehat dan Bertugas Rasmi Diluarsekolah atas arahan, akan digantikan dengan guru lain yang bersesuaian masa dengan guru tersebut dengan mengira ianya tidak membebankan. 9.5 Guru ganti berhak menggunakan tugasan sendiri untuk kelas ganti dan juga boleh menggunakan tugasan yang ditinggalkan oleh guru sebenar. 9.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras MMI. 9.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perlaksanaan Nilam di PSS. 9.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang dasar MMI akan membuatkan pengurusanmasa secaraoptimumdan berkesan serta memberi hasil yang cemerlang.


pg. 9 10.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 10.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK) atau ICT. 10.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Guru yang berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-sama bersaing dalam kehidupan masakini. Maklumat di hujung jari perlu diterapkan di dalam PdPc agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. 10.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris. 10.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru, seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PdPc adalah sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam melahirkan murid yang cemerlang. 10.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang berjaya mencapai objektif dan pemulihan bagi yang belum menguasaiPdPc. 10.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan kaedah pengajaran dalam satu-satumasa.


pg. 10 10.7 Pastikan objektif PdPc guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan kemenjadianmurid. 10.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan. 10.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan bagi mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya saing dan pengetahuan. 10.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PdPc agar murid daya berfikir yang tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai kaedah. 11.0 GURU GANTI 11.1 Mana-mana guru yang berkursus, Cuti Rehat Khas, CutiSakit, CutiBersalin, Cuti Tanpa Rekod perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi urusan jadual ganti. 11.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut bilangan hari berkursus. 11.3 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut dan jalankan PdPc seperti biasa. Guru boleh menggunakan tugasan sendiri sekiranya guru bercuti kecemasan tidak sempat meninggalkan tugasan.


pg. 11 12.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 12.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan kehendak KPM (Rujuk panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS Edisi 2). 12.2 Jawatankuasa perlu dilantik di dalam jawatankuasa ini. Jawatankuasa terlibat merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Ko Kurikulum untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik. 12.3 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah mengikut takwim pelaksanaan yang telah disusun oleh jawatankuasa induk dan akan disebarluaskan melalui whatsup rasmi. 12.4 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru dengan syarat rekod perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. (Rujuk Takwim Pentaksiran) 12.5 Untuk semua guru, rujuk buku panduan pelaksanaan PBD jika masih kurang faham, pastikan data yang diisi adalah data yang releven dan boleh dipercayai dengan mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat pencapaian tertinggi adalah benar. 12.6 Semua guru perlu mencatat TOV TP semua murid bagi semua mata pelajaran yang diajar. 12.7 Tentukan juga sasaran ETR bagi setiap murid sehingga akhir tahun sejajar dengan ketetapan yang guru sudah tetapkan di dalam borang keberhasilan PBPPP 2023. 12.8 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount setiap murid, setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya.


pg. 12 Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PdPc guru bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP Semakan. 12.9 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu pencapaian TP1 dan TP2, bagi semua mata pelajaran perlu disenarai pendekkan dan cuba untuk bantu sehingga mencapai tahap minimum. (sekurang-kurangnya TP3) 12.10 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6. 12.11 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi panitia masing-masing. Setiap panitia mempunyai cara pentaksiran berbeza, oleh itu, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada panitia untuk memilih cara pentaksiran mereka tersendiri. 12.12 Analisa pentaksiran perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang sudah disiap akan dimuat naik ke dalam folder Kurikulum dan disimpan di dalam Shared Drive Kurikulum untuk mudah dicapai. 12.13 Pentaksiran Bertulis juga boleh dijalankan mengikut kesuaian mata pelajaran dan kelas masing-masing. 12.14 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN. 12.15 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik juga perlu dibuat dan dikongsi bersama semua guru untuk pengetahuan, dan penrekodan.


pg. 13 13.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PDPC 13.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2 dan Keberhasilan PBPPP. 13.2 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang Pemantuan Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang Keberhasilan PBPPP bagi memudahkan guru membuat persediaan pemantauan dan pencerapan. 13.3 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah pencapaian guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi jika markah tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan pemantau adalah dibenarkan. 13.4 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru bukannya bertujuan mencari kesalahan. Oleh yang demikian adalah penting bagi semua guru untuk bersedia dikritik untuk kebaikan bersama. 13.5 Selain pemantauan PdPc, pemantauan Buku Latihan dan Buku kerja murid juga akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Guru yang akan dipantau mesti menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku Latihan murid cemerlang, 5murid sederhana dan 5 murid lemah untuk dinilai oleh pentadbir yang telah ditetapkan. Isi borang pemantauan dan analisa dapatan daripada pemantauan sebagai usaha penambahbaikan dan motivasi. 13.6 Dalam pemantauan Buku Kerja, guru-guru diingatkan untuk meneliti dan mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja digunakan secara optimum.


pg. 14 14.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA 14.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran. 14.2 Penolon Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun. 14.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak. 14.4 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan Perancangan Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari masa ke semasa. 14.5 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari dengan kehendak KPI Kurikulum. 14.6 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan berhemah oleh setiap panitia. 15.0 PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS 15.1 Semuabilik khasmesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang telah dipertanggungjawabkan. 15.2 Rekod penggunaan bilik khas dan Peraturan Penggunaan perlu diwujudkan dan dikemaskini setiap masa. 15.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu diutamakan. Buku Stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini. 15.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di pejabat supaya dicapai jika perlu.


pg. 15 16.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN 16.1 Pengurusan Pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang diterima murid akan relevan tanpa pertikaian. 16.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid. 16.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa ujian dijalankan. 16.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan perlaksaan setiap item penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang betul. Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat pemantauan semasa guru menjalankan Ujian tersebut. 17.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 17.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Oleh itu Dasar Kurikulum akan sentiasa menyokong semua aktiviti panitia yang membawa kepada kecemerlangan murid. 17.2 Setiap program yang dirancang perlu melalui proses meneliti kepentingan. Think the first thing first. Beri kepentingan peruntukan yang besar bagi program peningkatan bagi panitia yang amat memerlukan berdasarkan Analisa pencapaian murid. Jika Matematik memerlukan peruntukan atau bilangan program yang lebih untuk meningkatkan kecemerlangan Panitia tersebut, maka beri keperluan itu kepada panitia tersebut.


pg. 16 17.3 Untuk itu, jawatankuasa peningkatan akademik sekolah perlu berperanan membuat Analisa ini bagi menyusun program peningkatan secara tersasardan mencapai objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga. 17.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan bagi menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepadamurid. 17.5 Kertas Cadangan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum ianya mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. 17.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kauseling amat penting setiap kali program dijalankan, maka diingatkan semua panitia untuk melantik Kaunselor sebagai salah seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun. 17.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan. 18.0 PERKEMBANGAN STAFF 18.1 Program Perkembangan Staf bagi meningkatkan professional guru wajib dilaksanakan. 18.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program perkembangan staf setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi dengan panitia yang lain. 18.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru. 19.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 19.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagiunit kurikulumakan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diurus.


pg. 17 19.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, perbentangan jumlah peruntukan akan dibentangkan oleh PT Kewangan. 19.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-masing. Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancangan pengunaannya dengan baik. 19.4 Buat nota pinta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerjabagi penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid. 20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 20.1 Sekolah amat mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Luar Akademik di kalangan murid. 20.2 Mohon semua panitia untuk terus meningkatkan penyertaan Pertandingan Luar Akademik bagi memberi peluang kepada murid kita untuk sentiasa bersaing dan menonjolkan diri mereka di luarsana. 20.3 Rekod penyertaan murid dan pencapaian murid bagi penambahbaikan dan sebagai ganjaran untuk murid yang cemerlang. 21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 21.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya boleh diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa. 21.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru bagi memastikan kita semua TEGUH BERSAMA melangkah menuju satu hala tuju dan objektif.


Click to View FlipBook Version