The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by althar11, 2022-11-16 08:06:37

DASAR KELANTANKU BERSIH

DASAR KELANTANKU BERSIH

DISEDIAKAN OLEH: TARIKH : 12 DISEMBER 2021

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

PENGENALAN DASAR KELANTANKU BERSIH

• Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ianya menjadi asas kepada keabsahan
sesuau ibadah. Kebersihan akan melahirkan individu yang sejahtera seterusnya
melahirkan masyarakat yang harmoni.

• Dasar ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menjadikan Kelantan sebuah negeri
yang bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi
menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar.

2 Dasar Kelantanku Bersih

ISU-ISU DAN CABARAN KEBERSIHAN

1Kurangan kesedaran masyarakat 4Penularan wabak penyakit bawaan
vektor
dalam menjaga kebersihan dan
alam sekitar.

2Persekitaran yang tidak bersih dan Kekurangan tindakan 5
kurang konduksif penguatkuasaan oleh agensi

berkenaan

3 6Pengurusan tapak pelupusan sampah
yang tidak sistematik
Pencemaran alam dan persekitaran

3 Dasar Kelantanku Bersih

CABARAN DALAM MENGEKALKAN KEMAMPANAN ALAM SEKITAR

Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 6: Clean Water and Sanitation

• Pada masa kini dunia menghadapi cabaran pertambahan Dasar Kelantanku Bersih
penduduk dan perubahan iklim. Oleh itu bagi menangani
cabaran ini, kesemua negara perlu bekerjasama dan
bertindak sehaluan.

• 193 Negara Bangsa-bangsa Bersatu termasuk Malaysia
menggunapakai set matlamat agenda bersama-sama
pembangunan mampan yang baharu iaitu inisiatif
Suatainable Development Goals (SDG 2030) dimana setiap
SDG ini mempunyai sasaran kursus untuk dicapai sehingga
Tahun 2030.

• Kemampanan Alam Sekitar yang berkait rapat dengan
matlamat SDG ialah Goals 6: Clean Water and Sanitation.

4

DASAR PERINGKAT PERSEKUTUAN

Dasar Kebersihan Negara oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

• Pada 3 November 2019, Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan telah melancarkan Dasar
Kebersihan Negara. Dasar ini merupakan inisiatif
pihak Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara bersih dan mewujudkan masyarakat
yang membudayakan amalan kebersihan bagi
menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian alam
sekitar.

• Pelaksanaan Dasar Kebersihan Negara ini memberi
fokus kepada lima (5) kluster.

• Sebanyak 14 strategi dan 91 pelan tindakan telah
dirangka untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan dalam Dasar Kebersihan Negara.

5 Dasar Kelantanku Bersih

DASAR PERINGKAT NEGERI

Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan – Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan 2016 - 2025

• Kelantan Melangkah Kehadapan merupakan merupakan satu program teras Kerajaan Negeri untuk memacu
Negeri Kelantan ke arah satu tahap yang lebih progresif, dinamik dengan kekuatan, peluang dan sumber yang
ada merangkumi semua aspek sosial dan ekonomi.

• Ianya dapat digerakkan dengan berpaksikan tiga tonggak utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan
Kebajikan yang saling berkaitan.

OBJEKTIF PELAN STRATEGIK KELANTAN MELANGKAH KE HADAPAN TONGGAK 1 TONGGAK 2
KEBERKATAN KEMAKMURAN
• Untuk menggerakkan secara sistematik, proaktif dan kompetatif jabatan dan
agensi-agensi negeri dalam mencapai wawasan negeri. TONGGAK 3
KEBAJIKAN
• Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju dan
perancangan negeri menjelang tahun 2025.

• Untuk meningkatkan kecekapan, kualiti kerja dan produktiviti di semua peringkat
jabatan, agensi dan institusi kerajaan.

6 Dasar Kelantanku Bersih

DASAR PERINGKAT NEGERI

Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan – Tonggak 3: Kebajikan (Kebersihan dan Kesihatan Rakyat)

• Sebanyak 3 Sasaran, 6 strategi dan 12 tindakan telah dirangka untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan di bawah Tonggak 3: Kebajikan yang

berkaitan dengan aspek Kebersihan dan Kesihatan Rakyat.

BIL SASARAN STRATEGI

1. Melahirkan masyarakat yang cakna dan bertanggjawab • Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kebersihan dan

dalam membudayakan alaman kebersihan dan kesihatan kesihatan

• Memperkasakan Ko-kurikulum Kebersihan & Kesihatan di sekolah-sekolah

dibawah kelolaan Kerajaan Negeri

2. Menigkatan leberkesanan pengurusan kebersihan dalam • Memperkasakan peranan PBT dalam aspek Kebersihan
kawasan perbandaran • Menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

(Akta 672)
• Merealisasikan Program Kelantanku Bersih

3 Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan Memperkasa kolaborasi antara Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi lain dalam
kesihatan di peringkat negeri aspek Kesihatan

7 Dasar Kelantanku Bersih

LAIN-LAIN PENYATAAN DASAR DI PERINGKAT PERSEKUTUAN/NEGERI

Pelan Induk Pembangunan Dasar Komuniti Negara Dasar Pengurusan Sisa Pepejal
Mampan Negeri Kelantan Negara – Peringkat Persekutuan

8 Dasar Kelantanku Bersih

TEMA FALSAFAH
“KELANTANKU BERSIH” KELANTANKU BERSIH

SLOGAN “Mempercayai Bahawa Kebersihan Adalah
“JUPO SAPOH KUTIP, Sebahagian Daripada Iman dengan
JANGE TOHOK KOKSE” Menjadikan Kelantan Sebagai Sebuah
Negeri Bersih Dengan Berlandaskan Ajaran
VISI Islam Melalui Amalan dan Budaya di
“KELANTANKU BERSIH, Kalangan Keluarga, Komuniti serta
Masyarakat Dalam Usaha Untuk Menjaga
INDAH DAN CERIA” Alam Sekitar”

MISI DASAR KELANTANKU BERSIH

• Menjadi sebuah dasar kebersihan yang berteraskan kepada islam yang berasaskan kepada panduan
Al-Quran dan Hadith.

• Ke arah memupuk amalan kebersihan sebagai budaya rakyat Kelantan.
• Menjadi panduan utama bagi memastikan agenda kebersihan Negeri Kelantan Berjaya dilaksanakan

secara holistik dan komprehensif.
• Menjadi asas kepada sesuatu undang-undang, peraturan dan garispanduan berkaitan kebersihan di

peringkat Negeri Kelantan.
• Sebagai panduan dalam menjalankan sesuatu program dan aktiviti berkaitan kebersihan di peringkat

Negeri Kelantan.

10 Dasar Kelantanku Bersih

OBJEKTIF DASAR KELANTANKU BERSIH Meningkatkatkan kesedaran, pengetahuan
dan amalan kebersihan dalam kalangan
KESEDARAN DAN SIKAP MASYARAKAT masyarakat ke arah budaya bersih dan sihat
selaras dengan Dasar Membangun Bersama
AMALAN KITAR SEMULA Islam

Meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan
komuniti dan masyarakat untuk kelestarian alam sekitar

KITARAN EKONOMI Menggalakkan inisiatif kitaran ekonomi (Circular Economy) dan
konsep sisa sebagai sumber (Waste to Welth)

AKTIVITI KEBERSIHAN Memantapkan kerjasama dan pelaksanaan aktiviti kebersihan bersama
agensi, masyarakat, penduduk dan NGO

PENGUATKUASAAN Memperkasakan tadbir urus pengurusan sisa pepejal, polisi,

11 pengawasan dan penguatkuasaan secara bersepadu supaya

lebih cekap dan berkesan Dasar Kelantanku Bersih

DASAR KELANTANKU BERSIH

62 PELAN • Sebanyak 5 dasar utama, 13 strategi
TINDAKAN dan 62 pelan tindakan telah dirangka
untuk mencapai objektif yang telah
13 ditetapkan dalam MEREALISASIKAN
STRATEGI MATLAMAT KELANTAN SEBAGAI NEGERI
BERSIH, INDAH DAN CERIA
5
DASAR Dasar Kelantanku Bersih

12

DASAR KELANTANKU BERSIH

1 MENERAPKAN AMALAN KEBERSIHAN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KELANTANKU BERSIH

2 MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN DALAM MEMELIHARA ALAM SEKITAR

3 MEMPERKEMAS SISTEM PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN BAGI MENGURANGKAN
ISU KEBERSIHAN

4 MEMPERKASA KEBAJIKAN DAN LATIHAN BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI,
EFEKTIF DAN BERKEMAHIRAN

5 MEWUJUDKAN EKONOMI KITARAN DAN SISA SEBAGAI SUMBER

13 Dasar Kelantanku Bersih

1 MENERAPKAN AMALAN KEBERSIHAN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KELANTANKU BERSIH

STRATEGI 1.1: Menyemai Budaya Kebersihan Melalui STRATEGI 1.2: Mengesyorkan Penerapan Amalan
Program dan Kempen Kebersihan

1.1.1 Membangkitkan kesedaran individu dan masyarakat serta 1.2.1Mengukuhkan modul berkaitan pembudayaan kebersihan secara
keperihatinan semua pihak mengenai kebersihan melalui program dan bersepadu selaras dengan Dasar Kelantanku Bersih.
kempen Kelantanku Bersih.
1.2.2 Mengadakan pertandingan kebersihan sabagai satu langkah untuk
1.1.2 Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kebersihan penerapan amalan kebersihan.
bagi membina keluarga yang berjaya di dunia dan akhirat.
1.2.3 Memantapkan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan
1.1.3 Membudayakan amalan membuang sampah dengan cara yang betul menjaga kebersihan, cabaran yang dihadapi dan langkah bagi mengatasi
melalui kempen Kelantanku Bersih “Jupo Sapo Kutip, Jange Tohok Kokse”. isu kebersihan.

1.1.4 Memupuk amalan kitar semula dalam masyarakat dengan kerjasama 1.2.4 Meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat kepada aspek
Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak swasta. kebersihan di tempat awam.

1.1.5 Menggunakan Media Sosial bagi mempromosikan amalan penjagaan 1.2.5 Memupuk sikap cakna kepada kebersihan di kawasan rumah dan
kebersihan. kejiranan.

1.1.6 Memberikan pengiktirafan kepada individu, masyarakat, NGO dan Dasar Kelantanku Bersih
mana-mana agensi yang membudayakan program kitar semula dan
program Kelantanku Bersih.

14

1 MENERAPKAN AMALAN KEBERSIHAN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KELANTANKU BERSIH

STRATEGI 1.3: Meningkatkan Jalinan Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi Dan Lapisan Masyarakat

1.3.1 Mewujudkan kolaborasi dan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan,
NGO mahupun pihak swasta dalam program kebersihan.

1.3.2 Menggalakkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam aktiviti kebersihan
oleh pihak swasta.

1.3.3 Memperkasakan perananan Jawatankuasa Penduduk bagi melaksanakan program
kebersihan.

1.3.4 Mengadakan program kesedaran dan kempen Kelantanku Bersih kepada setiap lapisan
masyarakat terutama di peringkat awal persekolahan.

1.3.5 Menjadikan kawasan-kawasan tumpuan awam sebagai “kawasan angkat” kebersihan oleh
NGO dan syarikat swasta.

1.3.6 Meluaskan program Kelantanku Bersih di peringkat kampung dan kawasan luar bandar. Dasar Kelantanku Bersih

15

2 MENINGKATKAN ASPEK KEBERSIHAN DALAM MEMELIHARA ALAM SEKITAR

STRATEGI 2.1: Memastikan Mekanisma Pengurusan Sisa STRATEGI 2.2: Meningkatkan Tahap Kebersihan Di Setiap Kawasan
Pepejal Negeri Kelantan Yang Lebih Efisyen
2.2.1 Mewujudkan Zon Bersih, Indah dan Ceria di setiap kawasan Pihak
2.1.1 Memulakan pelaksanaan dan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Berkuasa Tempatan.
Punca di setiap rumah dan premis.
2.2.2 Menguatkuasakan tindakan tegas terhadap individu atau mana-mana
2.1.2 Meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat pihak yang melakukan kesalahan.
dengan memperkasakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan
pengasingan sisa. 2.2.3 Memastikan kawasan tumpuan utama iaitu masjid, tandas, jalan utama
dan taman awam berada dalam keadaan bersih dan ceria.
2.1.3 Menambahbaik infrastruktur dan menambah jentera pengurusan sisa
pepejal di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. 2.2.4 Memastikan infrastuktur seperti jalan, longkang, parit dan saliran
diselenggara dengan baik serta mengikut jadual yang ditetapkan.
2.1.4 Meningkatkan kekerapan kutipan sampah domestik dan pukal oleh 2.2.5 Menerapkan amalan kebersihan yang lebih baik dalam kalangan
setiap agensi yang bertanggungjawab. masyarakat dan peniaga.

2.1.5 Memastikan keperluan infrastruktur pengurusan sisa pepejal Dasar Kelantanku Bersih
diambilkira dalam setiap perancangan pembangunan.

2.1.6 Memastikan tapak pelupusan sisa pepejal diuruskan dengan lebih
lestari dengan mewujudkan tapak pelupusan berpusat secara sanitari atau
menggunakan pembakar (Bunner) yang mesra alam.

16

3 MEMPERKEMAS SISTEM PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN BAGI MENINGKATKAN
TAHAP KEBERSIHAN

STRATEGI 3.1: Transformasi Sistem Penyampaian Dan STRATEGI 3.2: Memperkasakan Penguatkuasaan Dan
Keberkesanan Tadbir Urus Pemantauan Yang Lebih Berkesan

3.1.1 Memperluaskan skop dan kawasan perkhidmatan pengurusan sisa 3.2.1 Menggakkan penglibatan masyarakat dalam penyampaian aduan
pepejal dan pembersihan awam. dan pemantauan aspek kebersihan.

3.1.2 Meningkatkan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam 3.2.2 Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan sebagaimana
mengurangkan aduan awam. Undang-undang kecil yang telah diperuntukkan.

3.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan Kerajaan Negeri dan Pihak 3.2.3 Meningkatkan keanggotaan dan kecekapan penguatkuasaan PBT
Berkuasa Tempatan dalam memperkasakan perkhidmatan pengurusan sisa dengan lebih optimum dan berkesan.
pepejal.
3.2.4 Penggunaan aplikasi pintar seperti i-tegur, media sosial dan aplikasi
3.1.4 Menambahbaik penyampaian kempen Kelantanku Bersih kepada mudah alih sebagai medium penyampaian aduan.
masyarakat terutamanya melalui media sosial.
3.2.5 Penggunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) sebagai medium pemantau
3.1.5 Menambahbaik dan melaksanakan sistem penarafan bintang kebersihan tahap kebersihan di kawasan-kawasan Hotspot.
di tempat-tempat awam (tandas, masjid, premis makanan).
3.2.6 Mewujudkan pasukan taskforce penguatkuasaan bersama pelbagai
3.1.6 Mewujudkan sistem pemantauan dan kawalselia yang lebih berkesan agensi.
bagi meningkatkan kecekapan.
Dasar Kelantanku Bersih
17

4 MEMPERKASA KEBAJIKAN DAN LATIHAN BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI,
EFEKTIF DAN BERKEMAHIRAN

STRATEGI 4.1: Memastikan Kebajikan Kakitangan Lebih Terjamin STRATEGI 4.3: Meningkatkan Kebolehan Dan Keupayaan
Modal Insan

4.1.1 Menambahbaik dan menaiktaraf perjawatan bahagian Kesihatan Awam 4.3.1 Menerapkan Prinsip Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan dalam
dan Kebersihan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. melaksanakan tanggungjawab bagi melahirkan pekerja yang lebih
berintegriti, berkualiti dan cemerlang.
4.1.2 Membina dan meningkatkan imej pekerja kebersihan dengan
memberikan pengikitrafan dan imbuhan khusus kepada pekerjaan ini. 4.3.2 Menggalakkan kerjasama strategik dan bimbingan daripada
Kerajaan Persekutuan, NGO dan lain-lain agensi dalam meningkatkan
4.1.3 Meningkatkan profesionalisme dan menyediakan laluan kerjaya yang kepupayaan pekerja kebersihan di Negeri Kelantan.
lebih baik kepada kakitangan pengurusan sisa pepejal.
4.3.3 Mempertingkat operasi tenaga kerja bagi memaksimumkan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan sisa pepejal.

STRATEGI 4.2: Peningkatan Kemahiran Melalui Latihan 4.3.4 Meningkatkan produktiviti melalui peralihan kepada pekerjaan
berkemahiran tinggi melalui kompetensi perkerjaan.
4.2.1 Peningkatan kemahiran dan kualiti melalui latihan berkenaan kaedah
dan cara kerja yang lebih efektif secara berterusan. 4.2.3 Memberikan pendedahan dan pengalaman secara berterusan bagi
meningkatkan kemahiran kerja dan mutu perkhidmatan.
4.2.2 Mewujudkan modul kemahiran berkenaan pengurusan sisa pepejal di
Negeri Kelantan.

18 Dasar Kelantanku Bersih

5 MEWUJUDKAN EKONOMI KITARAN DAN SISA SEBAGAI SUMBER

STRATEGI 5.1: Menerapkan Amalan 3R Dalam Kalangan Masyarakat 5.1.4 Mengadakan kempen berkenaan amalan 3R dalam kalangan
masyarakat.
5.1.1 Menggalakkan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca di setiap premis
komersial, perumahan dan institusi. 5.1.5 Memastikan kesediaan Pihak Berkuasa Tempatan/kontraktor
kebersihan untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal.
5.1.2 Mewujudkan tempat pengumpulan barangan kitar semula di setiap
kawasan komuniti yang bersesuaian. STRATEGI 5.3: Penggunaan Semula Sisa Untuk Penjaan Ekonomi

5.1.3 Melaksanakan kempen dan program “Hari Tanpa Beg Plastik” di premis- 5.3.1 Mengitar dan menggunapakai semula sisa yang telah dibuang.
premis bersesuaian bagi meningkat kesedaran di kalangan pengguna.
5.3.2 Penghasilan produk daripada bahan kitar semula sebagai bahan
STRATEGI 5.2: Memacu Ekonomi Kitaran mentah.

5.2.1 Mewujudkan kerjasama bersama penggiat industri dan premis. 5.3.3 Menggalakkan penggunaan teknologi terkini bagi memproses atau
merawat sisa organik seperti Anaerobic Digester (AD) dan Black Soldier Fly
5.2.2 Menggalakkan amalan kitar semula oleh penggiat industri untuk (BSF).
melaksanakan Ekonomi Kitaran (Circular Ekonomi).
5.3.4 Menjadikan organisasi serta institusi sebagai agensi yang menerajui
5.2.3 Mewujudkan peraturan pembungkusan makanan yang lebih mesra alam dan menjadikan sisa sebagai sumber pendapatan.
bersama penggiat insustri.
Dasar Kelantanku Bersih
19

TAMAT


Click to View FlipBook Version