The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by koperasi.kemas, 2024-06-20 02:17:11

BUKU MESYUARAT AGUNG 2024

BUKU MESYUARAT AGUNG 2024

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-40 27 JUN 2024 (KHAMIS) MASA BUTIRAN 2.00-2.30 petang Pendaftaran 2.30 petang Ketibaan Tetamu Jemputan 2.30 petang Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Kedah Tayangan bingkisan Montaj Ucapan aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa Ucapan Tuan Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai KEMAS Negeri Kedah Berhad Ucapan Tuan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah Ucapan Perasmian oleh: Yang Berusaha Tuan Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan Pengarah KEMAS Negeri Kedah Penyampaian cenderahati Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-41 dimulakan Bersurai


ISI KANDUNGAN BUTIRAN MUKA SURAT Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-41 1-2 Etika Mesyuarat Agung 3-9 Maklumat Korporat Koperasi 10-13 Premis dan rekod koperasi 14-15 Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-40 16-32 Laporan Anggota Lembaga bagi Tahun 2023 dan Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalam Tahun 2023 33-52 Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 53-76 Akaun Pembahagian Keuntungan Berakhir 31 Disember 2023 77 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2025 78 Senarai Firma Audit Luar 79 Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi 80 Menimbang dan memutuskan usul-usul 81 Lampiran 82-89


1


2


ETIKA MESYUARAT AGUNG 1. PERHIMPUNAN Anggota-anggota koperasi hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti mana dalam notis mesyuarat. 2. BAHASA RASMI Bahasa Rasmi bagi mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian. 3. PENGERUSI MESYUARAT Pengerusi mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang kecil. 4. AGENDA Mesyuarat Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat. 5. KUORUM Kuorum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang kecil dan Peraturan-Peraturan Koperasi. 6. MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU Minit mesyuarat agung yang lalu akan diedarkan dan dibentang untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan ke atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat, anggota-anggota boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan. 7. SETIAUSAHA MESYUARAT Setiausaha atau orang yang diarahkannya hendaklah mencatat perjalanan mesyuarat. Minit Mesyuarat hendaklah disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat agung diadakan. 8. HAK-HAK ANGGOTA Anggota-anggota yang layak hadir dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam agenda mesyuarat. 3


9. LAPORAN TAHUNAN (a) Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan Teraudit akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah minit mesyuarat agung yang lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah di bawah syor ″Telah diterima dan diluluskan”. (b) Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan daripada perkara lain. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana-mana perkara dalam laporan tersebut dan ia hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi Mesyuarat. 10. TERTIB BERCAKAP (a) Anggota yang ingin bercakap hendaklah bangun dan apabila diberi keizinan oleh Pengerusi, beliau hendaklah berdiri dan mengajukan ucapannya kepada Pengerusi Mesyuarat. (b) Apabila lebih daripada seorang anggota bangun untuk bercakap, anggota yang terdahulu hendaklah diberi keutamaan untuk bercakap. Walau bagaimanapun, keputusan terletak kepada Pengerusi mesyuarat agung. (c) Anggota tidak boleh bercakap lebih daripada sekali di atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, anggota berkenaan boleh bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu. (d) Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota lain yang sedang bercakap, kecuali– (i) jika hendak membuat teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak disampaikan untuk pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi Mesyuarat untuk memutuskannya; atau (ii) jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang disampaikan oleh anggota yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang bercakap itu mahu memberi laluan dan anggota yang hendak mencelah itu diberi izin oleh Pengerusi Mesyuarat. 4


(e) Jika seseorang anggota mengganggu seorang anggota lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat sedang berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadab dan ingkar mematuhi arahan Pengerusi Mesyuarat apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi Mesyuarat. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi Mesyuarat. (f) Jika Pengerusi Mesyuarat memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan anggota lain tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi Mesyuarat memberi kebenaran untuk meneruskan perbincangan. 11. HAD MASA BERCAKAP Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga (3) minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua (2) minit. 12. ISI-ISI UCAPAN (a) Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu. (b) Perkara-perkara yang dalam pertimbangan atau perbicaraan mahkamah tidak boleh dibincang. (c) Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh dipertimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. (d) Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau biadab dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk terhadap orang lain. (e) Nama, kelakuan dan sifat Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atau nama DYMM Raja-Raja Melayu atau TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat. 5


(f) Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan— (i) perkatan-perkataan derhaka kepada negeri; (ii) perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan terhadap kerajaan yang memerintah, dan (iii) perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan antara kaum dan agama di Malaysia. (g) Jika pada pendapat Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan berkenaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan berkenaan itu tidak dibahaskan lagi. 13. MENUTUP UCAPAN/PERBAHASAN Setelah sesuatu usul dikemukakan kepada mesyuarat, seorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada pendapat Pengerusi, usul itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan, maka usul itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincang walaupun pembawa usul asal atau pindaan tidak berpeluang menjawab. 14. USUL (MOTION) (a) Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai usul asal dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai pindaan. (b) Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis. (c) Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha koperasi 7 sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung diadakan. (d) Seseorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isiisi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum tarikh mesyuarat agung. Walau bagaimanapun, disyaratkan pindaan itu pada pendapat Pengerusi tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu. 6


(e) Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung, Pengerusi, apabila tiba masanya, mengisytiharkan dalam mesyuarat agung bahawa usul tersebut telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi. 15. CADANGAN DAN SOKONGAN (a) Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan, usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya. (b) Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada sekali bagi sesuatu usul. Pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut. 16. PINDAAN Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal, yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada para 18 Etika ini. 17. HAK MENJAWAB (a) Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat dia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota-anggota yang hadir. (b) Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada orang yang membawa pindaan. 18. USUL TERGEMPAR Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat agung tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat untuk dibahas. 7


19. PENGUNDIAN (a) Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkaraperkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi pemutus. (b) Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya. 20. ADAB ANGGOTA TIDAK BERCAKAP Masa mesyuarat sedang berjalan — (i) Anggota hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa diri dalam dewan dengan tertib adab; (ii) Seseorang anggota tidak boleh melintas ruangan tengah dewan tanpa apa-apa urusan; (iii) Anggota-anggota tidak boleh membaca surat-surat khabar, bukubuku, surat-surat atau lain-lain kecuali dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dibahas; dan (iv) Masa seseorang anggota bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak mengganggu. 21. KUASA PENGERUSI MESYUARAT DAN TERTIB DALAM MESYUARAT (a) Bila anggota-anggota ditegur oleh pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu. (b) Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya etika mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa 10 perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula. (c) Pengerusi setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebutkan perkaraperkara yang tidak kena 8


mengena dengan perkara mesyuarat boleh memerintahkan dia berhenti bercakap. (d) Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana anggota yang berkelakuan tidak baik keluar dengan serta merta daripada mesyuarat. (e) Anggota yang diperintahkan keluar menurut perenggan 21(d), dengan serta merta hendaklah keluar dari dewan mesyuarat dan tidak dibenarkan masuk hingga habis mesyuarat. (f) Jika sesuatu perkara berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive) maka keputusan hendaklah dibuat secara pengundian. (g) Jika mesyuarat agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang yang lain sehingga keputusan telah dibuat. Dalam hal ini prinsip ″Natural Justice″ hendaklah terpakai. (h) Pengerusi hendaklah menasihatkan anggota yang hadir dalam mesyuarat supaya sentiasa berada di dalam dewan mesyuarat sepanjang mesyuarat diadakan bagi memastikan kuorum mesyuarat adalah mencukupi pada setiap masa. (i) Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangka dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya. 9


Maklumat Korporat Koperasi 2023/2024


ANGGOTA LEMBAGA 2023/2024 10


AHLI LEMBAGA KOPERASI 2023/2024 11


JURUAUDIT DALAM 2023/2024 12


KAKITANGAN KOPERASI 13


PREMIS KOPERASI 14


REKOD KOPERASI 2023 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEMAS NEGERI KEDAH BERHAD 15


AGENDA 2 Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-40


MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 40 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEMAS NEGERI KEDAH BERHAD BACAAN DOA Bacaan doa telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Nor bin Shafie. AGENDA 1 : MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Encik Mohamad Ambran bin Abu Hassan (3198) dari Parlimen Langkawi mencadangkan Tuan Haji Saaidin bin Awang sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke 40. 1.2 Cadangan ini disokong oleh Puan Nor Ainne binti Abdullah (2923) dari Parlimen Padang Serai. Majlis bersetuju terima. 16


AGENDA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 39 YANG DIADAKAN PADA 02 JULAI 2022 2.1 Tuan Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 39 dari muka surat 9 hingga 18 untuk disahkan. 2.2 Puan Russida binti Mohd Hanapiah (2471) dari Parlimen Kubang Pasu mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 39 ini disahkan. 2.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Roaini binti Ismail (2603) dari Parlimen Padang Terap Majlis bersetuju terima. AGENDA 3 : MENIMBANG LAPORAN-LAPORAN LEMBAGA DAN LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN BAGI TAHUN 2022 3.1 Tuan Setiausaha membentangkan Laporan Lembaga tahun 2022 dari muka surat 22 hingga 35 dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dari muka surat 36 hingga 37 untuk diterima. 3.2 Encik Shahril Azwan bin Jamaludin (2743) dari Parlimen Alor Setar mencadangkan supaya dimasukkan nama penyewa hartanah koperasi dalam buku Laporan Tahunan Anggota Lembaga. 3.3 Puan Noor Diyana binti Mohamed Kamil (3151) dari Parlimen Kuala Kedah mencadangkan kedua-dua laporan ini diterima. 3.4 Cadangan ini disokong oleh Puan Marzatie binti Mohd Isa (3331) dari Parlimen Kulim/Bandar Bharu. Majlis bersetuju terima. 17


AGENDA 4 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI SERTA LAPORAN JURUAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1 Tuan Bendahari membentangkan Penyata Akaun-Akaun Teraudit Koperasi berakhir 31 Disember 2022 dari muka surat 38 hingga 66 untuk diluluskan. 4.2 Encik Shahril Azwan bin Jamaludin (2743) dari Parlimen Alor Setar mohon penjelasan mengenai lebihan baki yang belum dibahagi-bahagikan dalam Akaun Pembahagian Keuntungan seperti di muka surat 44 sama ada baki keuntungan tersebut boleh dibelanjakan ataupun tidak. Beliau juga mencadangkan supaya elaun kehadiran Mesyuarat Perwakilan dinaikkan sebanyak RM 200.00 pada tahun 2024. 4.3 Tuan Bendahari menjelaskan bahawa baki keuntungan tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya dan hanya boleh dibelanjakan bagi perkara-perkara yang diperuntukan dalam subseksyen 57(5) Akta Koperasi. Kenaikan elaun kehadiran Mesyuarat Perwakilan pada tahun akan datang sebanyak RM 200.00 akan dipertimbangkan. 4.4 Puan Marzatie binti Mohd Isa (3331) dari Parlimen Kulim/Bandar Bharu mohon penjelasan mengenai perbelanjaan dalam akaun untung rugi dimana terdapat pertambahan dalam sesetengah perkara berbanding tahun 2021. 4.5 Tuan Bendahari menjelaskan bahawa pada tahun 2022 pertambahan perbelanjaan kepada pihak guaman dan selenggara bangunan agak ketara kerana koperasi terpaksa menggunakan khidmat guaman untuk perbicaraan tanah koperasi yang masih belum selesai, iaitu tanah di GM No. 3617, Lot 174, Mukim Alor Malai, Kota Setar dan pembelian hartanah baru. Begitu juga dengan selenggara bangunan dimana bangunan koperasi yang disewakan agak uzur dan memerlukan pembaikan dan banyak saluran paip yang terpaksa dibaiki semula. 4.6 Encik Md Rashid bin Bakar (2936) dari Parlimen Sungai Petani mencadangkan agar penyata akaun teraudit ini disahkan. 4.7 Cadangan ini disokong oleh Puan Nornazilah binti Md Noh (2978) dari Parlimen Merbok. Majlis bersetuju terima. 18


AGENDA 5 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 5.1 Tuan Bendahari membentangkan cadangan Lembaga untuk membahagikan keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 seperti di muka surat 67 untuk disahkan seperti berikut: 19


5.2 Puan Radziah binti Abd Halim (2442) dari Parlimen Sik mencadangkan agar Akaun Pembahagian Keuntungan ini diluluskan. 5.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Sajaratul Noor binti Kamal Hijaz (2883) dari Parlimen Sungai Petani. Majlis bersetuju terima. AGENDA 6 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUN KEWANGAN 2022 6.1 Tuan Bendahari membentangkan Belanjawan Tahunan bagi tahun kewangan 2024 seperti di muka surat 68 untuk diluluskan. 6.2 Encik Shahril Azwan bin Jamaluddin (2743) dari Parlimen Alor Setar merujuk muka surat 68 dalam Buku Mesyuarat Agung memberi cadangan: (i) Sekiranya di kawasan Parlimen mempunyai Anggota Lembaga tidak perlulah melantik wakil koperasi (ii) Sekiranya koperasi masih juga ingin melantik wakil, koperasi perlulah menilai prestasi mereka kerana perlantikan ini melibatkan implikasi kewangan. 6.3 Puan Siti Aishah binti Mohd Saad (2801) dari Parlimen Kuala Kedah mencadangkan belanjawan tahun kewangan 2024 diluluskan. 6.4 Cadangan ini disokong oleh Puan Nor Ainne binti Abdullah (2923) dari Parlimen Padang Serai. Majlis bersetuju terima. 20


AGENDA 7 : MEMILIH 4 ORANG ANGGOTA LEMBAGA 7.1 Tuan Pengerusi Mesyuarat mengumumkan 4 orang Anggota Lembaga yang gugur iaitu:- BIL. NO. ANGGOTA NAMA 1. 2621 Tn. Haji Saaidin bin Awang @ Abdul Rahman 2. 2619 En. Azlan bin Hashim 3. 2594 Pn. Anida binti Khalid 4. 3100 Pn. Zaitun binti Talib 7.2 Puan Russida binti Mohd Hanapiah (2471) dari Parlimen Kubang Pasu mencadangkan agar ke empat-empat Anggota Lembaga yang gugur dilantik semula. 1. Tuan Haji Saaidin bin Awang @ Abdul Rahman (2621) 2. Encik Azlan bin Hashim (2619) 3. Puan Anida binti Khalid (2592) 4. Puan Zaitun binti Talib (3100) 7.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Norhayati binti Abu Hassan (3244) dari Parlimen Langkawi. Majlis bersetuju terima. AGENDA 8 : MELANTIK 6 ORANG TERDIRI DARIPADA PERWAKILAN DAN 4 ORANG DARIPADA ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN 8.1 Tuan Pengerusi Mesyuarat meminta perwakilan untuk mencadangkan enam orang perwakilan dan empat orang Anggota Lembaga untuk Menentusahkan Draf Minit Agung Perwakilan Kali Ke 40. 21


8.2 Encik Mohamad Nor bin Shafie (2701) mencadangkan enam orang perwakilan iaitu:- 1. Encik Md Rashid bin Bakar (2936) 2. Encik Shahril Azwan bin Jamaludin (2743) 3. Encik Shaibatul Hamdi bin Abdullah (3420) 4. Puan Russida binti Mohd Hanapiah (2471) 5. Puan Nor Ainne binti Abdullah (2923) 6. Puan Radziah binti Abd Halim (2442) 8.3 Encik Mohammad Sukri bin Ahmad (2704) menyokong cadangan ke enam-enam perwakilan sebagai penentusah minit mesyuarat. Majlis bersetuju terima. 8.4 Puan Rohayou binti Ismail (2860) dari Parlimen Langkawi mencadangkan empat orang Anggota Lembaga iaitu:- Empat orang Anggota Lembaga: 1. Tuan Haji Saaidin bin Awang @ Abdul Rahman (2621) 2. Encik Mohammad Sukri bin Ahmad (2704) 3. Puan Anida binti Khalid (2592) 4. Puan Nor Zanariah binti Jamil (2429) 8.5 Puan Sharifah binti Abas (2852) dari Parlimen Sungai Petani menyokong dengan cadangan empat orang Lembaga tersebut. Majlis bersetuju terima. AGENDA 9 : MELULUSKAN PELANTIKAN SATU PANEL JURUAUDIT LUAR YANG TERDIRI DARIPADA DUA FIRMA AUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN 2023 DAN MEMBERI KUASA KEPADA LEMBAGA UNTUK MEMILIH SALAH SATU FIRMA BERKENAAN 9.1 Tuan Setiausaha membentangkan senarai firma Juruaudit Luar dan meminta perwakilan untuk memlilih 2 firma bagi mengaudit akaun koperasi tahun 2023 seperti di muka surat 69. 22


9.2 Puan Radziah binti Abd Halim (2442) dari Parlimen Sik mencadangkan supaya pemilihan Juruaudit Luar bagi mengaudit akaun tahun 2023 diserahkan kepada Anggota Lembaga. 9.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Sarina binti Mohd Sabri (2998) dari Parlimen Baling. Majlis bersetuju terima. AGENDA 10 : MEMBERI KUASA KEPADA LEMBAGA UNTUK MEMINJAM WANG DARI LUAR SEBANYAK RM 5 JUTA DAN MEMBERI KUASA KEPADA LEMBAGA UNTUK MEMBUAT PELABURAN TERTAKLUK KEPADA AKTA KOPERASI 1993 10.1 Tuan Bendahari membentangkan agenda ke sepuluh untuk kelulusan. 10.2 Puan Radziah binti Abd Halim (2442) dari Parlimen Sik mencadangkan supaya agenda ke sepuluh ini diterima. 10.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Siti Mariam binti Saad (2691) dari Parlimen Jerlun. Majlis bersetuju terima. AGENDA 11 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN WANG BERLEBIHAN KOPERASI TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN DALAM AKTA KOPERASI 1993 11.1 Tuan Bendahari membentangkan agenda ini untuk mendapatkan kelulusan. 11.2 Puan Noor Diyana binti Mohamed Kamil (3151) dari Parlimen Kuala Kedah mencadangkan supaya diserahkan kepada Anggota Lembaga untuk menentukan skop dan had pelaburan yang hendak dilaksanakan. 11.3 Cadangan ini disokong oleh Puan Rodziyah binti Hj. Mat Lin (1484) dari Parlimen Kulim/Bandar Bharu. Majlis bersetuju terima. 23


AGENDA 12 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PINDAAN UNDANGUNDANG KECIL DAN ATURAN-ATURAN KOPERASI 12.1 Tidak ada pindaan AGENDA 13 : MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN APA-APA USUL YANG SUATU NOTIS YANG TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH (7) HARI TELAH DIKEMUKAKAN KEPADA KOPERASI OLEH PERWAKILAN SEBELUM TARIKH MESYUARAT AGUNG 13.1 Tuan Setiausaha membentangkan usul-usul yang diterima daripada perwakilan seperti di muka surat 71 dalam buku mesyuarat. BIL USUL PENCADANG ULASAN 1 Projek kereta sewa perlu diperbanyakkan di tanah besar seperti tempat pengajian tinggi (UiTM, UUM, Hotel) dan lain-lain tempat yang bersesuaian MD RASHID BIN BAKAR (2936) Parlimen Sungai Petani Pihak ALK menerima usul ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang 2 Projek pelancongan – perlu pajak hotel di tempat peranginan seperti di Langkawi dan tempat peranginan yang top. Tidak diterima kerana sistem pajakan akan memberi risiko kerugian yang tinggi kepada koperasi 3 Setiap Anggota Lembaga perlu mencari dana sebanyak RM 100,000.00 seorang pada setiap tahun. Tidak di terima kerana koperasi kita berasaskan koperasi kredit yakni bukan badan kebajikan 4 Setiap Anggota Lembaga hanya perlu selama dua (2) penggal sahaja supaya anggota yang lain dapat memberi sumbangan kepada koperasi dan Anggota Lembaga boleh menjadi ALK setakat umur 55 tahun sahaja Tidak di terima kerana usul ini telah sediada dalam UUK koperasi ( Rujuk Per 36 dan 37 ) 24


agar memberi peluang kepada mereka yang lebih arif serta mempunyai asas perniagaan untuk menerajui koperasi. BIL USUL PENCADANG ULASAN 5 Mencadangkan agar membuka keahlian kepada pasangan anggota dengan syarat pasangan tersebut boleh membuat potongan melalui BIRO ANGKASA MOHAMAD AMBRAN BIN ABU HASSAN (3198) Parlimen Langkawi Tidak di terima kerana bersalahan dengan UUK koperasi. ( Rujuk Per 11) 6 Mencadangkan agar koperasi memberi saguhati kepada anggota yang bersara sama ada yang telah bersara ataupun yang akan bersara. Ini adalah sebagai satu tanda penghargaan dan keprihatinan pihak koperasi kepada mereka yang telah menjadi anggota semasa berkhidmat. NOR SEKINA BINTI OTHMAN (3015) Parlimen Jerai Tidak di terima kerana koperasi telah memberikan dividen setiap tahun. 7 Mencadangkan agar koperasi membuat baju uniform @ T. shirt koperasi dan dijual kepada semua anggota koperasi. Baju tersebut boleh dipakai setiap kali ada perjumpaan/mesyuarat koperasi di Kawasan. Tetapi koperasi perlu mengambil tempahan dahulu supaya tidak mengalami kerugian. Baju tersebut boleh ditempah setahun sekali atau 2 tahun sekali. NORSHAMSHOLNI BINTI HANAFI (2896) Parlimen Pokok Sena Tidak di terima kerana koperasi telah pernah menjalankan perniagaan seakan usul ini tetapi tidak menguntungkan. 25


BIL USUL PENCADANG ULASAN 8 Terbitan Syer Saham Pihak koperasi boleh memberikan dan menawarkan terbitan saham kepada bukan kakitangan KEMAS seperti menawarkan pembelian saham kepada PPMS @ Mystep KEMAS @ terbuka kepada semua orang awam di seluruh negeri kedah dan seluruh Malaysia. Ini akan meningkatkan pembelian saham koperasi KEMAS Kedah. MARZATIE BINTI MOHAMAD ISA (3331) Parlimen Kulim/Bandar Bharu Tidak di terima kerana bertentangan dengan UUK koperasi. (rujuk Per 6 dan 7) 9 Tambahan Perlindungan Insuran kepada Wanita Pihak koperasi boleh menawarkan perlindungan insuran kepada semua anggota koperasi dan bukan anggota. Ini akan meningkatkan keuntungan kepada koperasi. Tambahan perlindungan insuran insuran ini terhad kepada wanita dan dilindungi oleh semua jenis penyakit wanita. Telah sedia ada kerana koperasi menjadi ejen kepada Etiqa Insurans 10 Pelaburan Hartanah Pihak Koperasi boleh bekerjasama denga Maybank Berhad atau mana-mana bank di Malaysia dalam membuat pelaburan hartanah (AHB) Amanah Hartanah Bumiputra. Pihak ALK menerima usul ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang 26


BIL USUL PENCADANG ULASAN 11 Menambahkan Barangan Produk Koperasi Pihak koperasi boleh membuat dan menambahkan jualan produk barangan koperasi melalui media sosial seperti shopee/tiktok/Lazada dan media sosial yang lain. Koperasi juga boleh menjual produk kraftangan seperti keluaran barang koperasi (mug, alatulis, tshirt, keychain dan lain-lain). Barangan tersebut boleh dipromosi dan dijual melalui platform media sosial (shopee/tiktok dll) atau melalui Program Jabatan di seluruh Negeri Kedah dan Malaysia Tidak di terima kerana koperasi telah pernah menjalankan perniagaan seakan usul ini tetapi tidak menguntungkan. 12 Status Berdaftar Melalui enjin carian maklumat koperasi berdaftar (www.skm.gov.my) mendapati tiada nama “koperasi PegawaiPegawai KEMAS Negeri Kedah Berhad”. Adakah pihak koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia? Jika ya sejak bila didaftarkan, jika belum mohon pencerahan? Telah berdaftar pada tahun 1971 dengan No Daftar 4625 27


BIL USUL PENCADANG ULASAN 13 Pelaburan EMAS Pihak koperasi boleh bekerjasama dengan Bank-Bank di Malaysia dalam membuat Akaun Pelaburan Emas untuk anggota koperasi yang berminat dengan Gold. Akaun Pelaburan Emas yang dibuat oleh anggota boleh membawa keuntungan kepada koperasi. Pihak ALK menerima usul ini untuk dilaksanakan pada masa akan datang 14 Mencadangkan agar koperasi mewujudkan satu tabung untuk kebajikan anggota dan dibayar secara “one-off” kepada anggota seperti rawatan hospital, kelahiran anak pertama dan perkara-perkara lain yang difikirkan perlu untuk anggota yang layak. ABD JALIL BIN ABDULLAH Parlimen Kubang Pasu Tidak di terima kerana koperasi telah memberikan dividen setiap tahun dan menawarkan perkhidmatan insuran hayat (Insuran Mutiara Plus) untuk melindungi anggota. 28


PENUTUP Tuan Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya anggota-anggota yang telah memberi kerjasama serta sokongan secara tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ini. Semua keputusan yang telah dibuat akan dilaksanakan oleh Anggota Lembaga tertakluk peruntukan di dalam Akta dan Undang-Undang Koperasi serta Peraturan Jabatan. Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kesalahan atau kekurangan semasa mengendalikan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.55 pagi. Dicatatkan Oleh : Tn. Haji Saaidin bin Awang Setiausaha Koperasi Pegawai-Pegawai KEMAS Negeri Kedah Berhad 29


30


SENARAI PERWAKILAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN 2023/2024 31


32


AGENDA 3 Laporan Tahunan Anggota Lembaga & Laporan Jawatankuasa Audit Dalam Tahun 2023


LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA BAGI TAHUN 2023 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEMAS NEGERI KEDAH BERHAD 1. PENDAHULUAN Lembaga dengan ikhlasnya membentangkan Laporan Tahunan Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2023 yang mengandungi maklumat berkaitan dengan aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh Koperasi sepanjang tahun untuk makluman anggotaanggota. 2. LEMBAGA 2.1 Anggota Lembaga Koperasi Anggota Lembaga Koperasi terdiri daripada 12 orang yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan seperti berikut:- Bil. Nama Tarikh Lantikan 1. Harisfadzilah bin Hussain 02 Julai 2022 2. Zulfikri bin Md Din 02 Julai 2022 3. Saaidin bin Awang 24 Jun 2023 4. Azlan bin Hashim 24 Jun 2023 5. Mohammad Sukri bin Ahmad 4 November 2021 6. Yusoff Buqhary bin Amzah 4 November 2021 7. Abd Halim bin Man 02 Julai 2022 8. Mohamad Nor bin Shafie 02 Julai 2022 9. Badrul Amini bin Osman 4 November 2021 10. Anida binti Khalid 24 Jun 2023 11. Norzanariah binti Jamil 4 November 2021 12. Zaitun binti Talib 24 un 2023 2.2 Tamat Tempoh Perkhidmatan Anggota Lembaga Koperasi Bersesuaian dengan kehendak Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-Undang Kecil 36(1) empat (4) orang Anggota Lembaga akan tamat tempoh perkhidmatan pada Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Mereka ialah:- 33


1. Saaidin bin Awang 2. Azlan bin Hashim 3. Anida binti Khalid 4. Zaitun binti Talib 3. JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi pada 24 Jun 2023 seramai tiga orang Juruaudit Dalam telah dilantik iaitu:- Bil. Nama Jawatan 1. Abd Jalil bin Abdullah Pengerusi 2. Mohamad Sazali bin Shaari Anggota 3. Nor Husnida binti Hussin Anggota 4. KAKITANGAN KOPERASI 1. Nurraihan binti Muhamadan - Kerani Kewangan I 2. Nor Syuhada binti Idris - Kerani Kewangan II 3. Nurul Liyana binti Mohmad Noor - Kerani 5. MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI 5.1 Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi telah diadakan sebanyak 6 kali dalam tahun 2023. Prestasi kehadiran Anggota-Anggota Lembaga sepanjang tahun dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:- Bil. NAMA 9/2 11/5 19/6 3/8 12/10 7/12 JUMLAH 1. Harisfadzilah bin Hussain ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 2. Zulfikri bin Md Din ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 3. Saaidin bin Awang ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 4. Azlan bin Hashim ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 5/6 5. Mohamad Sukri bin Ahmad ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 6. Abdul Halim bin Man ✓ - - - ✓ - 2/6 7. Mohamad Nor bin Shafie ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 8. Yusoff Buqhary bin Amzah ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ - ✓ 6/6 9. Badrul Amini bin Osman ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 10. Anida binti Khalid ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 6/6 11. Norzanariah binti Jamil ✓ - ✓ - - - - 2/6 12. Zaitun binti Talib - ✓ ✓ - ✓ ✓ 4/6 34


6. JAWATANKUASA KECIL KOPERASI Semua Anggota Lembaga telah diberi tugas mengikut Biro untuk menggerakkan setiap aktiviti koperasi dengan lebih berkesan. Biro-Biro tersebut adalah seperti berikut:- Bil. Nama Anggota Lembaga Jawatankuasa 1. 2. 3. Harisfadzilah bin Hussain Muhammad Sukri bin Ahmad Abdul Halim bin Man Sewaan/ Pembaikan Bangunan/ Pelaburan dan Hartanah/ Perkhidmatan Pesanan Kerajaan (LO) 4. 5. 6. Zulfikri bin Md Din Zaitun binti Talib Norzanariah binti Jamil Pelancongan/ Umrah/ Kebajikan Anggota/ Yuran Anggota 7. 8. 9. Saaidin bin Awang Azlan bin Hashim Yusoff Buqhary bin Amzah Insuran Mutiara Plus/ Insuran Rumah Desa/ Insuran Kenderaan/ Insuran Perjalanan 10. 11. 12. Anida binti Khalid Mohamad Nor bin Shafie Badrul Amini bin Osman Keanggotaan/ Promosi Produk/ Pembiayaan Anggota LAPORAN AKTIVITI KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KEMAS NEGERI KEDAH BERHAD SEPANJANG TAHUN 2023 7. UMRAH DAN PELANCONGAN • Pada tahun 2023, antara pakej yang dikeluarkan oleh koperasi dengan usahasama syarikat Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd adalah pakej marhabah ziarah ke Maahad Tahfiz Manderin di Pulau Ketam, Shah Alam selama 3 hari 2 malam serta pakejpakej lain seperti melancong ke Lombok dan Bandung dimana perjalanan pada bulan Januari dan Mei 2024. 35


• Antara peserta yang menyertai adalah dari anggota koperasi sendiri dan warga luar. • Bagi meneruskan aktiviti ini, koperasi juga melakukan pengiklanan melalui Whatsapp Group perwakilan dan Facebook untuk diwar-warkan kepada anggota serta orang ramai. 8. INSURAN KENDERAAN • Koperasi menawarkan perkhidmatan perlindungan insuran kenderaan kepada anggota dan bukan anggota. Panel takaful yang disediakan adalah Etiqa Takaful Berhad di mana anggota atau bukan anggota boleh memperbaharui cukai jalan mereka dengan lebih mudah hanya dengan menyertakan salinan geran sahaja. • Selain daripada memperbaharui cukai jalan, koperasi juga menyediakan perkhidmatan ”runner” untuk pengambilan roadtax kenderaan serta pemberian rebet sebanyak 5% kepada anggota yang memperbaharui insuran melalui koperasi. • Pada tahun 2023 jumlah perlindungan insuran kenderaan yang dikeluarkan oleh koperasi adalah sebanyak 282 buah kenderaan milik anggota dan bukan anggota. Rekod menunjukkan peningkatan pengambilan insuran di koperasi berbanding pada tahun lepas yang hanya 258 buah kenderaan sahaja. • Keuntungan yang diperolehi sepanjang tahun 2023 adalah sebanyak RM 16,105.58. • Diharap pada tahun akan datang semua anggota dan bukan anggota akan memperbaharui insuran kenderaan mereka melalui koperasi. 9. SEWAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN • Koperasi mempunyai bangunan kedai sebanyak 3 pintu iaitu tingkat atas dan bawah. Kesemua bangunan kedai tersebut telah disewakan dan 1 unit bangunan dijadikan pejabat koperasi. • Selain bangunan kedai, koperasi telah membeli sebidang tanah dimana tanah tersebut telah didirikan sebuah unit banglo dan 2 unit rumah kediaman yang telahpun mempunyai penyewa. Koperasi bercadang untuk menjalankan perniagaan homestay dan roomstay di atas tanah tersebut dan telah melakukan penyelenggaraan untuk membaik pulih homestay tersebut dan perniagaan homestay ini telahpun mula beroperasi ini pada bulan Ogos 2023. 36


10. PEMBIAYAAN ANGGOTA • Pembiayaan adalah aktiviti utama Koperasi ini sejak ianya ditubuhkan. Jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh koperasi adalah Pembiayaan At Tawarruq Berjamin dengan kadar maksimum RM 100,000.00 kepada anggota yang layak dengan pembayaran balik selama 120 bulan, pembiayaan At Tawarruq Tanpa Penjamin (berdasarkan 90% yuran anggota) dan Pembiayaan Murabahah (Pembiayaan Insuran Kenderaan dan Selenggaraan Kenderaan). • Bagi tahun kewangan 2023, prestasi pembiayaan yang dikeluarkan adalah meningkat berbanding tahun 2022. Kedudukan akaun pembiayaan anggota dan keuntungan bagi 5 tahun adalah seperti berikut:- TAHUN 2019 2020 2021 2022 2023 Baki awal 11,407,197.00 11,250,503.00 10,768,295.80 10,848,579.65 11,869,089.31 Pinjaman diberi 4,632,685.00 4,115,400.00 4,334,785.00 5,334,902.00 6,364,394.00 16,039,882.00 15,365,902.44 15,103,080.80 16,183,481.65 18,233,483.31 Bayar balik 4,789,379.00 4,597,606.64 4,254,501.15 4,314,392.34 4,918,269.11 Baki akhir 11,250,503.00 10,768,295.80 10,848,579.65 11,869,089.31 13,315,214.20 TAHUN 2019 2020 2021 2022 2023 Keuntungan Pembiayaan 1,320,899.00 1,270,117.35 1,221,739.55 1,286,424.72 1,330,939.90 Kedudukan pembiayaan yang diberikan dalam tahun 2023 mengikut parlimen adalah seperti berikut:- Kawasan Parlimen Bilangan Pemohon Jumlah Pinjaman Merbok 45 1,022,413.00 Kuala Kedah 21 311,780.00 Sungai Petani 21 475,899.00 Pokok Sena 42 1,016,812.00 Jerai 30 484,221.00 Kubang Pasu 29 411,489.00 Baling 22 309,396.00 Sik 25 485,604.00 37


Langkawi 23 493,560.00 Pendang 16 286,000.00 Alor Setar 18 214,440.00 Jerlun 15 181,000.00 Padang Serai 15 277,000.00 Padang Terap 9 157,311.00 KEMAS Negeri 6 145,689.00 Koperasi 3 15,780.00 Bandar Bharu 6 76,000.00 JUMLAH 346 6,364,394.00 11. INSURAN PERJALANAN • Koperasi juga menawarkan skim perlindungan perjalanan kepada anggota-anggota dan bukan anggota yang ingin melancong sama ada di luar negara atau dalam negara. Perlindungan yang patuh syariah ini merangkumi kelewatan perjalanan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan dan kesulitan perjalanan. • Pada tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan seramai 135 orang telah mengambil insuran perjalanan melalui koperasi berbanding tahun 2022 yang hanya mencatat rekod sebanyak 10 orang sahaja. Keuntungan yang diperolehi sepanjang tahun 2023 adalah sebanyak RM 1,034.26. Pihak koperasi berharap agar lebih ramai lagi anggota dan bukan anggota mengambil insuran perjalanan pada masa hadapan. 38


12. PELABURAN DALAM SAHAM Saham Taksiar Harga 2023 RM Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 214,688.94 Bank Persatuan Malaysia Berhad 117,586.85 Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad 6,872.55 Asean Protein Berhad 1.00 JUMLAH ---------------- 339,149.34 Pelaburan Dalam Syer Siar Harga Damansara Realty Berhad KUB Malaysia Berhad ASM Public Fund JUMLAH 1.00 1.00 1.00 ---------------- 3.00 ========== 13. YURAN ANGGOTA • Sumber kewangan utama koperasi adalah melalui yuran yang dikutip daripada anggota sebanyak RM 80.00 sebulan secara potongan gaji bulanan dan bayaran secara tunai sebanyak RM 30.00 daripada anggota yang telah bersara yang masih meneruskan sebagai anggota koperasi. • Selain itu, anggota juga digalakkan untuk menambah yuran atau membuat bayaran melebihi yuran yang ditetapkan kerana yuran terkumpul akan dikembalikan apabila anggota berhenti menjadi anggota dan anggota bersara boleh membuat pengeluaran sebanyak 80% dari yuran. Kedudukan kutipan yuran bagi tempoh 5 tahun adalah seperti berikut:- 39


Tahun Baki Awal Masuk Berhenti Baki Akhir 2019 9,648,480.96 724,257.00 999,017.00 9,373,721.00 2020 9,373,721.00 821,432.00 663,221.00 9,531,932.00 2021 9,531,932.00 804,407.00 746,997.28 9,589,341.72 2022 9,589,341.72 836,932.96 768,035.67 9,658,238.18 2023 9,658,238.18 822,019.42 902,972.30 9,577,285.30 14. INSURAN MUTIARA PLUS • Insuran Mutiara Plus merupakan Skim Takaful yang berbentuk perlindungan beserta manfaat kematian, keilatan kekal menyeluruh, perbelanjaan pengkebumian, manfaat ehsan dan manfaat hospital. Bayaran sumbangan adalah dibuat melalui potongan gaji dan bayar tunai secara bulanan. Kadar caruman bulan serendah RM 10.00 dan maksimum RM 100 bagi setiap ahli, pasangan dan anak-anak. • Tuntutan sumbangan Insuran Mutiara Plus sepanjang tahun 2023 seramai 19 orang iaitu 4 orang membuat tuntutan kematian dan 15 orang membuat tuntutan kemasukan ke hospital seperti berikut:- ➢ Tuntutan kemasukan ke hospital Jumlah sumbangan a. Nur Hasyila binti Khar Aman (PPMS) RM 105.00 b. Wan Nur Azalia Dayana binti Wan (Anak anggota) Dalam proses c. Shamsul Bukhari bin Saad (Suami anggota) RM 150.00 d. Abdul Halim bin Man (Anggota) RM 90.00 e. Suriana binti Abdullah (PPMS) Dalam proses f. Norzalinda binti Ahmad Mukhtar (Anggota) RM 165.00 g. Muhammad Rafie bin Rohaizad (Anak anggota) RM 15.00 h. Norhashimah binti Abdul Rani (Anggota) RM 75.00 i. Jamilah binti Darus (PPMS) RM 30.00 j. Mohd Anuar binti Yahya (Suami anggota) RM 60.00 k. Roshayani binti Abdul Halim (Anggota) Dalam proses l. Nur Zunaidah binti Mat Junus (PPMS) Ditolak m. Syazwani binti Halim (PPMS) RM 30.00 n. Aszamilah binti Abdullah (PPMS) RM 30.00 40


➢ Tuntutan Kematian Jumlah sumbangan 1. Abdul Razak bin Zainon (Suami anggota) RM 19,178.17 2. Faridah binti Hussin (Anggota) RM 19,490.13 3. Shamsul Bukhari bin Saad (Suami anggota) Dalam proses 4. Mokhtar bin Ahmad (Suami anggota) Dalam proses • Jawatankuasa Biro mengharapkan agar penyertaan baru dalam insuran Mutiara Plus akan meningkat pada tahun 2024. Pihak koperasi juga turut membuat iklan di laman sosial media seperti Whatsapp Group untuk menarik minat anggota koperasi dan PPMS menyertaikan skim ini. 15. PERKHIDMATAN PROJEK (LO) • Koperasi menawarkan perkhidmatan projek (LO) kepada semua Parlimen dalam Negeri Kedah dan Jabatan Kerajaan lain juga boleh menggunakan perkhidmatan ini. Pada tahun 2023 beberapa Kawasan Parlimen dan Jabatan luar telah mengambil koperasi sebagai pembekal seperti dalam jadual berikut:- PARLIMEN JUMLAH (LO) KEMAS Negeri 2 Kubang Pasu 9 Jerlun 9 Alor Setar 11 Kuala Kedah 7 Langkawi 1 Pendang 1 Padang Terap 1 Baling 7 Sik 2 Jabatan Kesihatan Negeri 2 JUMLAH 52 41


16. HOMESTAY, ROOMSTAY & RUMAH SEWA • Pada bulan Jun 2023, koperasi telah membeli hartanah iaitu bertempat di Kg. Bohor, Hutan Kampung, Alor Setar. Tanah tersebut telah dirikan sebuah homestay, dua buah roomstay dan dua buah rumah sewa yang telah pun mempunyai penyewa. • Di pertengahan bulan Oktober, koperasi telah siap membuat pengubahsuaian homestay dan roomstay dengan kelengkapan yang baru serta mula beroperasi pada awal bulan November sehingga kini. • Permintaan terhadap homestay dan roomstay ini adalah dari warga luar pada musim cuti persekolahan Disember sehingga mendapat kutipan sebanyak RM 2,690.00 dimana pelanggan yang diperolehi adalah hasil pengiklanan di Facebook. • Diharap pada masa hadapan, koperasi dapat mengumpul kutipan yang lebih tinggi. 17. ANGGOTA BARU • Pada tahun 2023, jumlah anggota baru adalah seramai 38 orang manakala berhenti menjadi anggota adalah seramai 64 orang. • Kedudukan keanggotaan koperasi bagi 5 tahun adalah seperti di bawah. Keanggotaan koperasi semakin berkurangan yang kebanyakkannya adalah kerana bersara wajib dan lain-lain sebab. Baki keanggotaan adalah seperti berikut:- Tahun Baki Awal Masuk Berhenti Baki Akhir 2019 1098 56 104 1050 2020 1050 40 57 1033 2021 1033 25 53 1005 2022 1005 41 51 995 2023 995 38 64 969 42


KETERANGAN ANGGOTA BERHENTI SEHINGGA 31 DISEMBER 2023 BIL. SEBABNYA BIL. ANGGOTA 1. Meninggal dunia 6 2. Bersara wajib 52 3. Masalah Kesihatan 2 4. Tukar jabatan 1 5. Letak jawatan 3 JUMLAH 64 ORANG 18. HARTANAH Koperasi ini mempunyai hartanah seperti senarai di bawah:- Bil. Lokasi 1. No. 4046, Ting. Bawah, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Disewakan 2. No. 4046, Ting. 1, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Pejabat Koperasi 3. No. 4047, Ting. Bawah, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Disewakan 4. No. 4047, Ting. 1, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Disewakan 5. No. 4048, Ting. Bawah, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Disewakan 6. No. 4048, Ting. 1, Wisma Koperasi KEMAS, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Disewakan 7. GM No 3617, Lot 174, Mukim Alor Malai, Kota Setar (Keluasan enam relong) Akan Dijual 8. GM 357, Lot 96, Mukim Limbong, Daerah Kota Setar,Kedah Akan Dijual 9. No.395A, Kg. Bohor, Batu 5 ½, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor Setar, Kedah. Disewakan 43


19. KUMPULAN WANG KEBAJIKAN ANGGOTA (KHAIRAT KEMATIAN) • Kumpulan wang ini diwujudkan bertujuan untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada anggota atau waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas anggota atau waris anggota itu sendiri. Kumpulan wang ini dikumpulkan hasil potongan bulanan sebanyak RM 120.00 setahun mulai tahun 2020 yang disumbangkan oleh anggota-anggota dan peruntukan tahunan daripada keuntungan koperasi. • Manfaat kematian adalah seperti berikut:- TANGGUNGAN JUMLAH SUMBANGAN Anggota 8,000.00 Suami/Isteri Anggota 2,000.00 Anak Anggota 700.00 Ibu/Bapa Anggota 500.00 KUMPULAN WANG KEBAJIKAN ANGGOTA (KHAIRAT KEMATIAN) TAHUN 2023 Baki Awal Tahun 2023 RM 527,688.27 Campur : Kutipan Tahun 2023 119,880.00 Peruntukan Daripada Akaun Pembahagian Keuntungan 25,000.00 --------------- 672,568.27 Tolak : Bayaran Sumbangan Kematian: Anggota 6 x 8,000.00 Suami/Isteri 11 x 2,000.00 Anak 2 x 700.00 Ibu/Bapa 39 x 500.00 48,000.00 22,000.00 1,400.00 19,500.00 --------------- 90,900.00 Baki Pada 31 Disember 2023 --------------- 581,668.27 ========= 44


Click to View FlipBook Version