The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n.alisazulkifli, 2023-03-03 23:08:41

Koleksi Pantun

Koleksi Pantun

KOLEKSI PANTUN


NAMA: NUR ALISA BINTI ZULKIFLI KUMPULAN/UNIT: BMMB1 PPISMP JUN 2022 NAMA DAN KOD KURSUS: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH: MOHD IZAN BIN HJ. YUSOP


ISI KANDUNGAN 1.DEFINISI PANTUN 2.MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN -PANTUN NASIHAT -PANTUN PERIBAHASA -PANTUN PERPADUAN 3. RUJUKAN


Pantun merupakan jenis puisi tradisional yang berasal daripada Sumatera dan popular dalam kalangan kaum Melayu . Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara . Pantun sangat sesuai digunakan bagi menunjukkan kesenian serta kebudayaan orang Melayu . Pantun mempunyai peranan yang tersendiri iaitu seperti membicarakan mengenai budi bahasa, kasih sayang, perpaduan, adat istiadat dan sebagainya. Definisi Pantun


Tema : Usaha tangga kejayaan Bentuk : Nasihat Maksud : Seseorang yang sentiasa berusaha akan memperoleh kejayaan yang diingininya. Pokok tualang menjulang tinggi, Tempat lebah membuat sarang; Usaha berterusan tidak rugi, Kejayaan dicapai dengan cemerlang. Setiap kejayaan mestilah disertakan dengan usaha yang berterusan. Kejayaan akan diperolehi oleh mereka yang tidak berputus asa. Usaha tidak mengkhianati hasil. Persoalan: PANTUN NASIHAT


Imej alam : pokok Inversi : Pokok tualang menjulang tinggi Asonasi (Pengulangan vokal a) : Aliterasi (Pengulangan konsonan n) : Tempat lebah membuat sarang Kejayaan dicapai dengan cemerlang Empat kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 perkataan Jumlah suku kata : terdiri daripada 10-12 Rima akhir: a,b,a,b setiap baris Gaya Bahasa: Jenis Pantun:


Fungsi kesusasteraan pantun ini adalah aspek pendidikan. Pantun ini menyatakan bahawa seseorang itu perlu berusaha untuk memperolehi sesuatu. Pantun ini juga menunjukkan bahawa sikap seseorang yang suka berusaha tidak merugikan. Pengajaran: Kita mestilah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk mencapai sesuatu yang diingini. FUNGSI KESUSASTERAAN


Tema : Peribadi mulia Bentuk : Nasihat Maksud: Manusia yang mempunyai akhlak yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain. Luas terbentang sawah padi, Tuai padi hasil dijana; Budi baik hiasi peribadi, Kelak menjadi insan berguna. Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Berusaha untuk mendapatkan masa depan yang cerah. Buat baik dibalas baik. Persoalan: PANTUN NASIHAT


Imej alam-padi Asonasi ( Pengulangan vokal i ) : Aliterasi ( Pengulangan kosonan n ): Tuai padi hasil dijana Kelak menjadi insan berguna Empat kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4 perkataan Jumlah suku kata : terdiri daripada 10-12 Rima akhir: a,b,a,b setiap baris Gaya Bahasa: Jenis Pantun:


Pantun ini merupakan kritikan sosial. Menyeru masyarakat untuk berbuat baik kepada semua orang. Berdasarkan pantun, masyarakat perlu mempunyai nilai-nilai yang boleh dijadikan pedoman dalam hidup agar dapat memberi manfaat kepada orang lain Pengajaran:Kita mestilah mempunyai budi yang baik agar menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat FUNGSI KESUSASTERAAN


Tema : Permuafakatan Bentuk : Perpaduan Maksud: Masyarakat dapat bersatu dan hidup harmoni kerana mengamalkan muafakat. Bayam diisi ke dalam kantung, Risau dibiar tidak beriikat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Masyarakat perlulah hidup saling memahami. Sentiasa mengamalkan sikap tolak ansur dalam hidup bermasyarakat. Muafakat membawa berkat. Persoalan: PANTUN Peribahasa


Anafora- Bulat air kerana pembentung, Asonasi (Pengulangan vokal i ): Aliterasi (Pengulangan konsonan n ) : Bulat manusia kerana muafakat. (Pengulangan perkataan bulat pada awal baris) Risau dibiar tidak beriikat Bulat air kerana pembentung Empat kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4 perkataan Jumlah suku kata : terdiri daripada 10-12 Rima akhir: a,b,a,b setiap baris Gaya Bahasa: Jenis Pantun:


Pantun ini merupakan aspek kritikan sosial. Mengingatkan masyarakat bahawa setiap keputusan yang diambil adalah hasil daripada perbincangan bersama. Secara tidak langsung, dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk bersatu padu. Pengajaran: Kita haruslah mengamalkan muafakat antara masyarakat agar dapat melahirkan kehidupan yang aman dan harmoni. FUNGSI KESUSASTERAAN


Tema : Kemasyarakatan Bentuk : Perpaduan Maksud: Amalan bantu-membantu dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni. Burung gagak terbang di awan, Hinggap seekor di atas balkoni; Saling membantu jadikan amalan, Agar hidup aman dan harmoni. Saling bekerjasama melakukan sesuatu Menerapkan nilai bantu-membantu dalam diri setiap masyarakat Bantu membantu amalan mulia Persoalan: PANTUN perpaduan


Responsi: Burung gagak terbang di awan, Inversi : Hinggap seekor Asonasi(Pengulangan vokal a) : Aliterasi(Pengulangan konsonan n): Hinggap seekor di atas balkoni, (Pengulangan kata di pada tengah baris) Saling membantu jadikan amalan Saling membantu jadikan amalan Empat kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 perkataan Jumlah suku kata : terdiri daripada 10-12 Rima akhir: a,b,a,b setiap baris Gaya Bahasa: Jenis Pantun:


Pantun ini menunjukkan aspek kritikan sosial Pantun ini ingin menyampaikan mesej kepada pembaca bahawa amalan tolong-menolong amat penting untuk ditanam dalam diri . Melahirkan persekitaran yang aman dan harmoni jika amalan ini diterapkan dalam diri setiap masyarakat Pengajaran: Kita mestilah sentiasa meringankan tulang untuk saling membantu agar dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan bahagia. FUNGSI KESUSASTERAAN


Tema : Kemasyarakatan Bentuk : Perpaduan Maksud: Semangat patriotik haruslah ditanam dalam kehidupan masyarakat agar dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu . Salam dihulur disambut erat, Tanda perpaduan rakyat Malaysia; Semangat patriotik harus disemat, Rakyat bersatu hidup bahagia. Semangat patriotik amat penting untuk mengekalkan keamanan negara Rakyat akan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni apabila sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan Persoalan: PANTUN perpaduan


Asonasi (Pengulangan vokal a) : Aliterasi (Pengulangan konsonan t) : Tanda perpaduan rakyat Malaysia Semangat patriotik harus disemat Empat kerat Jumlah baris: 4 baris Jumlah kata: 4-5 perkataan Jumlah suku kata : terdiri daripada 10-12 Rima akhir: a,b,a,b setiap baris Gaya Bahasa: Jenis Pantun:


Pantun ini mengandungi aspek kritikan sosial. Pantun ini menerapkan semangat patriotik yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Setiap masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan kesejahteraan negara. Pengajaran: Kita mestilah menanam sikap sayang akan negara dalam setiap peringkat umur agar kemerdekaan negara dapat dikekalkan. FUNGSI KESUSASTERAAN


RUJUKAN Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan, Dr Hasnah bin Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al Ehsan. ms33-46. Nurul Idayu. (2009). Gaya Bahasa Dalam Komsas. http://cikgu-idayu.blogspot.com/2009/10/gayabahasa-dalam-komsas.html?m=1 Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan Selamanya. http://journalarticle.ukm.my/6395/1/IMAN1_6.pdf Zairul Fakhri Zainal Abidin. (2022). Rima Akhir Pantun Yang Sama Tinggi Kualitinya. https://dewansastera.jendeladbp.my/2022/08/08 /5049/ Zurinah Hassan. (tt). Bahasa Dalam Pantun dan Panduan Menulis Pantun. http://zurinah1306.blogspot.com/2017/12/bahasa -dalam-pantun-dan-panduan-menulis.html?m=1


Click to View FlipBook Version