Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN MENGAJAR (Muka depan laporan penuh program) JABATAN Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri NAMA PROGRAM/PROJEK Seminar Pembangunan Kertas Kerja bersama Pelajar STC Kolej Vokasional Sungai Buloh TARIKH 06 Januari 2023 LOKASI Dewan Seminar , Kolej Vokasional Sungai Buloh PENGARAH PROGRAM Afiq Fahmi Bin Masnawi NO. MATRIK DB180127 EMAIL [email protected] JUMLAH PESERTA (a) Bilangan Staf UTHM (b) Pelajar UTHM (c) Bilangan Komuniti Luar - orang 7 orang 33 orang INSTITUSI TERLIBAT Kolej Vokasional Sungai Buloh PENGANJUR UTAMA Guru Pelatih UTHM PENGANJUR BERSAMA (jika ada) - JUMLAH KOS TERLIBAT (a) Wang tunai (b) Kos Pengangkutan (c) Tempahan Ruang/Fasiliti (d) Lain-lain RM 210.00 RM - RM - RM - JUMLAH SUMBANGAN PIHAK LUAR RM -
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LAPORAN RINGKAS (MINIMUM 250 PATAH PERKATAAN) : Sebuah Program Seminar Pembangunan Kertas Kerja bersama pelajar Student Technology Chapter (STC), Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) yang telah dijalankan oleh guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar di KVSB atas anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini berlangsung pada 6 Januari 2023, bertempat di Bilik Seminar, KVSB. Seramai 33 orang pelajar STC dan juga penglibatan dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), KVSB dalam menyertai program seminar ini dan merupakan juga pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DKM). Tujuan dan objektif program seminar ini dijalankan bersama pelajar STC adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional (KV) untuk merangka sebuah kertas kerja bagi tujuan perlaksanaan sesuatu program yang berimpak tinggi yang boleh dilakukan di KV. Selain itu, program seminar ini dapat mengembangkan dan memberikan penambahan ilmu terhadap pelajar KV dalam kerja-kerja pengurusan pentadbiran untuk merangka sesuatu program. Di samping itu, mewujudkan semangat kerjasama antara guru-guru petaih dengan pelajar-pelajar STC, KVSB. Objektif yang digariskan dalam melaksanakan program ini tercapai dengan penglibatan pelajar STC yang memuaskan. Para pelajar memberikan tumpuan yang baik pada setiap slot yang dibentangkan oleh guru-guru pelatih serta memberikan tindak balas yang baik dengan bertanyakan soalan tentang kerangka membuat sesuatu kertas kerja. Slot 1 merupakan pengenalan kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh guru pelatih Nik Ahmed Kamil dan Mohd Nuqman. Manakala Slot 2 merupakan pengurusan bajet yang dibentangkan oleh guru pelatih Amirul Kamarudin dan Abdullah Aqili. Slot 3 merupakan pengurusan acara yang dibentangkan oleh guru pelatih Afiq Fahmi dan Slot yang terakhir iaitu Slot 4 merupakan penulisan kertas kerja yang dibentangkan oleh guru pelatih Nur Afiqah dan Nurul Fitrah. Pada akhir program seminar ini, para pelajar diberikan peluang untuk merangkakan satu kertas kerja dan dibincangkan bersama-sama bagi memastikan kertas kerja yang dihasilkan merupakan satu kertas kerja yang berkualiti dan mengikut format kertas kerja KVSB. Para pelajar juga memberikan maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan borang maklum balas yang diberikan pada penutup program seminar ini.
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LAPORAN PENUH (FORMAT HEP) LAMPIRAN: A- POSTER HEBAHAN PROGRAM B- GAMBAR AKTIVITI DISEDIAKAN OLEH: _______________________________________ MUHAMMAD AMIRUL BIN KAMARUDIN GURU PELATIH KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH DISAHKAN OLEH: ________________________________________ PUAN JASMIN BINTI MOKHTAR GURU PEMBIMBING KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR Bil Perkara Semakan (√) 1. Kertas kerja Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar (salinan yang telah diluluskan) 2. Borang Penilaian Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar (Lengkap diisi oleh SEORANG wakil komuniti dan dicop) 3. Laporan penuh pelaksanaan program 4. Lampiran A: Poster Hebahan Program 5. Lampiran B: Gambar Aktiviti (Format fail words 5 gambar SAHAJA) 6. Link berita surat khabar dalam talian/ news UTHM/ Facebook@ media sosial post (copy dan paste) Link:_____________________________________________ 7. Penghantaran laporan penuh program bagi tujuan pengesahan penyelia dan muatnaik laporan dalam Sistem Author. https://author.uthm.edu.my/ Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia Fakulti Nama : Nama : Tarikh : Cop Rasmi : Tarikh : MUHAMMAD AMIRUL BIN KAMARUDIN TS. DR. MARINA BINTI IBRAHIM MUKHTAR http://shorturl.at/dhijY 16 JANUARI 2023
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LAMPIRAN A Poster Hebahan Program Seminar
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LAMPIRAN B Slot 1: Pengenalan Kertas Kerja Slot 2 : Pengurusan Bajet
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Slot 3: Pengurusan Acara Kehadiran Pelajar STC dan MPP
Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Gambar bersama Guru Pelatih, Pelajar STC dan MPP
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN SEMINAR PEMBANGUNAN KERTAS KERJA BERSAMA PELAJAR STC KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH TEMPAT: BILIK SEMINAR, KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH ANJURAN: FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UTHM DENGAN KERJASAMA: KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH, SELANGOR TARIKH: 13 JANUARI 2023
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SEMINAR PEMBANGUNAN KERTAS KERJA BERSAMA PELAJAR STC KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH 1.0 TUJUAN Tujuan laporan ini adalah untuk makluman Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional bagi melaksanakan Program Seminar Pembangunan Kertas Kerja Bersama Pelajar STC Kolej Vokasional Sungai Buloh dengan kerjasama Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor. 2.0 LATAR BELAKANG z 2.1 Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih latihan mengajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari kepada STC Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor. 2.2 Program ini juga dapat memupuk kesedaran kepada pelatih bahawa peranan mereka bukan sekadar di sekitar ruang lingkup kuliah malahan sebagai penghubung antara pelajar dan pendedahan bersama institusi luar. 2.3 Selain daripada itu, melalui program ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya.
3.0 NAMA AKTIVITI DAN PENGANJUR 3.1 Nama Aktiviti Seminar Pembangunan Kertas Kerja Bersama Pelajar Stc Kv Sungai Buloh 3.2 Nama Penganjur Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dengan Kerjasama Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor 4.0 BUTIRAN PROGRAM 4.1 Tarikh: 06 JANUARI 2023 4.2 Hari: JUMAAT 4.3 Lokasi/Tempat Program: Bilik Seminar, Kolej Vokasional Sungai Buloh 4.4 Masa: 3 Petang Hingga 5 Petang 5.0 OBJEKTIF Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut: 5.1 Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional untuk merangka kertas kerja bagi tujuan perlaksanaan program di Kolej Vokasional. 5.2 Program ini dapat mengembangkan dan memberikan penambahan ilmu terhadap pelajar Kolej Vokasional dalam kerja-kerja pengurusan pentadbiran dalam merangka sesuatu program. 5.3 Mewujudkan semangat bekerjasama antara pelatih dengan pelajar STC di Kolej Vokasional Sungai Buloh.
6.0 PERNYATAAN MASALAH 6.1 Program lawatan pembangunan kertas kerja dapat meningkatkan pengetahuan serta pendedahan yang jelas kepada pelajar untuk mengetahui sesuatu perkara yang luar dari bilik darjah. Namun begitu disebabkan kekangan jadual waktu belajar yang agak padat, ia sedikit menyukarkan pendedahan ini dijalankan. Perlaksanaan program dibawah seliaan pelajar kurang dilaksanakan pada waktu ini. Melalui program ini, ia sedikit sebanyak mampu memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengadakan dan menguruskan program. 6.2 Implikasi tersebut menyebabkan pelajar tidak dapat menarik minat pelajar untuk berada di institusi pengajian tersebut. Justeru itu, satu program dijalankan bagi memberikan pendedahan dan menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut megenai institusi pengajian tersebut apabila dapat merasai pengalaman berada di sana. 6.3 Oleh yang demikian, program Seminar Pembangunan Kertas Kerja Bersama Pelajar STC KV Sungai Buloh dicadangkan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional untuk merangka dan menguruskan program dibawah seliaan mereka sendiri. 6.4 Berdasarkan program ini pelatih dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran membuat perancangan, mengurus dan menjalankan aktiviti kepada institusi pengajian. Program ini antara lainya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih untuk menjayakan program Seminar Pembangunan Kertas Kerja Bersama Pelajar STC KV Sungai Buloh 6.5 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dengan kerjasama guru pelatih dapat menyumbang pengetahuan dan kemahiran berkenaan kursus TVET yang dijalankan di UTHM untuk dikongsi kepada STC Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor.
7.0 SENARAI PENGENDALI DAN PESERTA PROGRAM 7.1 Pengendali Program BIL NAMA NO MATRIK 1 AFIQ FAHMI BIN MASNAWI DB180127 2 ABDULLAH AQILI BIN FOUZI DB180001 3 MUHAMMAD AMIRUL BIN KAMARUDIN DB180071 4 NURUL FITRAH BINTI KAMAROLZAMAN DB180185 5 NUR AFIQAH BINTI ABDULLAH DB180050 6 MUHAMMAD NUQMAN BIN MOHD NASIR DB180136 7 NIK AHMED KAMIL BIN NIK AHMED JAFNI DB180037 7.2 Peserta Program BIL NAMA NO KAD PENGENALAN 1 NUR AFIFAH BINTI FIRDAUS 040817-10-1014 2 ABU YAZED BIN ABDUL HALIM 031124-10-1607 3 ADAM NAFIS ZAHRAVI BIN MUZAMFAR IZNI 040321-14-0503 4 AHMAD HILMAN BIN MUSTAFFA 040315-14-1649 5 ALIF ADAM BIN APPANDI 030726-14-0027 6 AMMAR BIN ADZWAN SHKRI 040530-14-0657 7 AQMAL NASHRULLAH BIN MOHD JASRI 040830-14-0261 8 AZMIERA IZZANY BINTI AZMAN ARIF 040621-14-0724 9 DANISH HARITH BIN HASSAN 040312-14-0149 10 KHAIRUNNISA BT NORAZMI 030721-10-0042 11 MOHAMAD DZUL FAZRY B MOHD ZULKEFFLI 040804-08-0947 12 MOHAMAD NUR IRFAN BIN MOHD ALI 040102-10-0405 13 MOHAMMAD ARIF SYAHIRAN BIN HAIRI 030619-10-0791 14 MOHAMMAD SHAIRAZI RIEZMAN BIN MOHD SHARAN 041222-14-0035 15 MUHAMAD RAFIE BIN ABDUL HADI 040102-10-0341 16 MUHAMMAD AMIN BIN OTHMAN 041112-10-2011 17 MUHAMMAD DANIEL ADAM BIN MOHD YAZID 30223-10-0269
18 MUHAMMAD FARIZ DANIAL BIN MOHD FADZILAH 040916-14-1345 19 MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD FAUZAL 041112-14-0747 20 MUHAMMAD HUSAYNI BIN MUHAMAD SALLEH 040621-14-0185 21 MUHAMMAD IDHAM BIN MOHD KARIM 031004-10-0159 22 MUHAMMAD IDHAM IMAN BIN ROSLAN 041127-14-0707 23 MUHAMMAD ILYAS BIN MD AZMI 041024-14-1539 24 MUHAMMAD NABIL HAIKAL BIN ZAIDI 040103-10-0415 25 NORZAIDATUL NABILLAH HUDA BINTI MAT ZAABAR 030224-10-1618 26 NUR AISYAH NABILA BINTI FAIZUL 040628-10-0688 27 NUR ALIF FARHAN BIN MOHD ALI 040603-10-0745 28 NUR AMIRA FARAHIN BINTI ZAMRI 040822-14-0704 29 NUR MAIZAN BINTI MD BADRU 040303-03-0052 30 NURHIDAYATUL AKMAL BINTI ZAINAL ABIDIN 030912-14-0100 31 NURUL AUNI BINTI AZLI 040112-02-0898 32 NURUL QISTINA BINTI MOHAMAD YUSRE 40702-10-1882 33 SYAMEL ADAM BIN ALI 031018-10-1355 8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Sila rujuk Lampiran 1. 9.0 KEBERHASILAN PROGRAM / IMPAK 9.1 Kepada Individu 9.1.1 Dapat memberikan pendedahan pelajar Kolej Vokasional untuk merancang dan menguruskan program 9.1.2 Mewujudkan pelatih yang terampil dalam menjalankan program bersama institusi pengajian. 9.1.3 Semangat kerjasama antara pelatih dengan institusi pengajian.
9.2 Kepada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 9.2.1 Aktiviti kerjasama antara fakulti dengan kolej vokasional dapat dijalankan. 9.2.2 Hubungan yang erat antara fakulti dengan Kolej Vokasional untuk memudahkan pelatih latihan mengajar yang akan datang. 10.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran 2. 11.0 JAWATANKUASA PROGRAM Sila rujuk Lampiran 3. 12.0 BELANJAWAN SEBENAR Bil. Perkara Kuantiti RM / Unit Jumlah Sumber Peruntukan (RM) 1 Makanan : Petang 30 5.00 RM 150.00 Tabung PIBG KVSB Jumlah Keseluruhan (RM) RM 150.00 Luar UTHM 13.0 GAMBAR PROGRAM
Pelajar STC dan MPP dalam Program Seminar Slot 3: Pengurusan Acara
14.0 ULASAN PERJALANAN KESELURUHAN PROGRAM Program ini dilaksanakan pada hari Jumaat jam 2 petang pada akhir persekolahan dengan kehadiran seramai 30 orang pelajar bersama-sama dengan tujuh orang guru pelatih. Program yang berlangsung di Bilik Seminar telah mengumpulkan pelajar Student Technology Chapter (STC) bagi setiap kursus di Kolej Vokasional Sungai Buloh untuk didedahkan tentang kertas kerja. Pelaksanaan program terbahagi kepada empat slot iaitu pengenalan kepada kertas kerja dan kemudiannya pengurusan bajet, pengurusan acara dan terakhir penulisan kertas kerja. Setiap slot ini telah didedahkan secara terperinci tentang fungsi kertas kerja, kepentingan kertas kerja, cara menguruskan kewangan dan mendapatkan dana, penetapan aktiviti yang sesuai dengan masa dan tempat serta gaya penulisan yang tepat serta mengikut format yang ditetapkan. Para pelajar yang telah dibahagikan sebanyak 10 kumpulan dan telah diberikan tugasan untuk menyediakan draf kertas kerja. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk berbincang mengikut kumpulan tentang tajuk program yang ingin dilaksanakan. Seterusnya, kertas kerja tersebut akan dipilih oleh guru pelatih untuk dibentangkan dihadapan bersama-sama. Program seminar yang berlangsung selama 3 jam diakhiri dengan sesi soal jawab bersama guru pelatih berkenaan kertas kerja. Progam ini diakhiri dengan sesi penggambaran bersama peserta dan guru pelatih. Peserta juga diminta untuk melengkapkan borang maklum balas program sebagai panduan kepada guru pelatih untuk penambahbaikan dan rujukan untuk program yang akan datang. 15.0 RINGKASAN MAKLUMANBALAS PROGRAM Maklumbalas program ini dijalankan melalui borang soal selidik kepada semua peserta yang terlibat. Secara ringkasnya, hasil daripada maklum balas ini, peserta-peserta ini sangat bersetuju akan program ini dijalankan kerana ia mendedahkan pengenalan kertas kerja kepada mereka. Hal demikian, mereka dapat mempraktikkan pengetahuan yang mereka dapat ini di luar nanti. Setelah program ini berlangsung, peserta-peserta ini
mampu mengenali dengan lebih jelas tentang format kertas kerja. Perjalanan program berjalan dengan lancar akan tetapi peserta-peserta ini meminta untuk menambah lebih masa untuk mereka dapat menyiapkan draf kertas kerja dengan sempurna. Akhir sekali, pelajar akan lebih yakin untuk mengendalikan sesebuah program pada masa akan datang. 16.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 16.1 Kesimpulan Sepanjang pelaksanaan dan kelangsungan Program Seminar ini, banyak perkara yang telah diperolehi sama ada dari pihak guru pelatih sendiri mahupun kepada kelab pelajar tersebut. Dapat disimpulkan bahawa, objektif yang telah digariskan tercapai secara keseluruhannya. Objektif pertama adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional untuk merangka kertas kerja bagi tujuan perlaksanaan program di Kolej Vokasional. Sewaktu program dilaksanakan, guru pelatih telah menunjukkan contoh rangka kertas kerja bagi memberikan gambaran awal kepada peserta tentang proses pelaksanaannya. Seterusnya, objektif kedua program ini juga tercapai kerana dapat mengembangkan dan memberikan penambahan ilmu terhadap pelajar Kolej Vokasional dalam kerjakerja pengurusan pentadbiran dalam merangka sesuatu program. Penilaian telah dilakukan sepanjang program berlangsung dan semua peserta dapat menjawab dan memberikan respon yang baik. Akhir sekali, objektif ketiga juga tercapai yang mana guru pelatih telah dapat mewujudkan semangat bekerjasama antara pelatih dengan pelajar STC di Kolej Vokasional Sungai Buloh melalui aktiviti kumpulan tersebut. 16.2 Cadangan Antara cadangan yang boleh diketengahkan adalah memerlukan perancangan semula dari aspek masa untuk memastikan setiap slot dapat disampaikan mengikut tempoh masa yang dirancang. Cadangannya adalah dengan menambahkan lagi masa program agar setiap slot dapat diterangkan dengan lebih
terperinci dan lebih mudah difahami peserta. Bagi pelaksanaan yang akan datang, dapat juga melibatkan lagi ramai pelajar daripada pelbagai kelab bagi memastikan semua pelajar telah mempelajarinya sebelum meninggalkan alam persekolahan. Apabila melibatkan pertambahan peserta, ruang yang bersesuaian perlu diambil kira agar peserta akan berasa selesa dan mewujudkan suasana yang kondusif sepanjang program berlangsung. 17.0 PENUTUP Dengan segala hormatnya Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai Laporan Program Seminar Pembangunan Kertas Kerja Bersama Pelajar STC Kolej Vokasional Sungai Buloh dengan kerjasama Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor.
Disediakan Oleh: NURUL FITRAH BINTI KAMARULZAMAN NAIB SETIAUSAHA PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERTAS KERJA GURU PELATIH UTHM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH Disemak Oleh: AFIQ FAHMI BIN MASNAWI PENGARAH PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERTAS KERJA GURU PELATIH UTHM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH Disahkan Oleh: TS. DR. MARINA BINTI IBRAHIM MUKHTAR PENYELIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
LAMPIRAN 1 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KPM (Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan) Contoh: Nota 1: Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti 1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan 2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan 3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi 4 Keusahawanan 11 Penyelidikan 5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar) 6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti) 7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus Nota 2: DNA Kecemerlangan UTHM KARBON Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah karbon AMAL Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal MASA Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa ILMU Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu
LAMPIRAN 2 TENTATIF PROGRAM NAMA PROGRAM : SEMINAR PEMBANGUNAN KERTAS KERJA BERSAMA PELAJAR STC KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH TEMPAT : BILIK SEMINAR, KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH TARIKH : 06 JANUARI 2023 (JUMAAT) TARIKH MASA AKTIVITI 13 JANUARI 2023 (JUMAAT) 2:00 Petang Pendaftaran pelajar di Bilik Seminar 2:15 Petang Slot 1 : Pengenalan Kepada Kertas Kerja Penceramah : Nik Ahmed Kamil & Mohd Nuqman 2:30 Petang Slot 2 : Pengurusan Bajet Penceramah : Amirul Kamarudin & Abdullah Aqili 2:45 Petang Slot 3 : Pengurusan Acara Penceramah : Afiq Fahmi 3:00 Petang Slot 4: Penulisan Kertas Kerja Penceramah : Nur Afiqah & Nurul Fitrah 4:30 Petang Minum Petang 4:50 Petang Majlis Penutup 5:00 Petang Bersurai
LAMPIRAN 3 JAWATANKUASA PROGRAM JAWATANKUASATERTINGGI PENAUNG PROF. TS DR ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM PENASIHAT TS. DR. MARINA BINTI IBRAHIM MUKHTAR Dr. LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS @ AHMAD JAWATANKUASA PELAKSANA PENGARAH AFIQ FAHMI BIN MASNAWI TIMBALAN PENGARAH ABDULLAH AQILI BIN FOUZI SETIAUSAHA MUHAMMAD AMIRUL BIN KAMARUDIN NAIB SETIAUSAHA NURUL FITRAH BINTI KAMAROLZAMAN BENDAHARI NUR AFIQAH BINTI ABDULLAH AHLI JAWATANKUASA BIRO TEKNIKAL & MEDIA MUHAMMAD NUQMAN BIN MOHD NASIR NIK AHMED KAMIL BIN NIK AHMED JAFNI