The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14180932, 2022-05-13 08:28:30

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Tahun 2021
SJKC Yuh Hua, Ipoh.

Tarikh : 24 Julai 2021(Sabtu)

Tempat : Google meet.

Masa : 8.00 malam

Yang Turut Hadir : 1. Pn. Loh Mee Wan (Guru Besar)
(PK Pentadbiran)
2. Pn. Lip Chooi Peng (PK HEM)
(PK Koko)
3. Pn. Yee Voon Kuen

4. Pn. Chin Wan Soo

Kehadiran (Bilangan) : 1. Ibu bapa - 32 orang

2. Guru - 35 orang

Jumlah - 67 orang

1.0 Ucapan Guru Besar

1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi
menghadiri mesyuarat PIBG secara atas talian. Beliau mengatakan bahawa
pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan kita dan ibu bapa harus sabar
untuk menghadapi norma baharu ini dengan positif demi membantu anak-anak
mereka belajar. Guru besar juga berharap agar ibu bapa dapat mencurahkan
lebih banyak kasih sayang untuk membimbing dan membantu anak-anak
mereka untuk membina disiplin diri semasa PDPR ini. Guru besar mengalu-
alukan ibu bapa untuk menghubungi pihak sekolah sekiranya menghadapi
masalah pembelajaran anak-anak mereka. Pihak sekolah berjanji akan cuba
sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

1.2.1 Terdapat 19 kelas yang beroperasi pada tahun ini, iaitu Tahun 1, 2, 4 ,5
dan 6 mempunyai 3 kelas masing-masing manakala Tahun 3
mempunyai 4 kelas.

1.2.2 Persaraan Guru dan Pembantu Am Sekolah
Terdapat empat orang guru dan seorang pembantu am telah bersara pada
Tahun 2020.

1.3 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR)

Guru besar memaklumkan ada sebilangan kecil murid di sekolah ini
tidak dapat belajar dalam talian kerana mengalami masalah rangkaian internet.
Pihak sekolah telah mengatur pembelajaran secara luar talian dan telah
menghubungi ibu bapa mereka untuk memahami keadaan sebenar dan cuba
membantu murid-murid ini supaya mereka dapat belajar semasa PDPR.

1.4 Keputusan UPSR

UPSR telah dibatalkan pada tahun 2020 dan pada tahun yang akan datang.

1.5 Kokurikulum

Segala aktiviti kokurikulum ditangguhkan atas sebab pandemik Covid-19.

1.6 Kebajikan pelajar

1.6.1 Terdapat 42 orang murid telah mendapat tajaan sarapan pagi percuma
dan bayaran buku tambahan serta buku latihan.

1.6.2 Terdapat 13 orang murid terlibat dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) pada tahun ini. Seramai 210 orang murid terlibat
dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2021.

1.7 Sumbangan AJK PIBG

1.7.1 AJK PIBG menyumbangkan 20 kotak topeng muka, pembasmi kuman
penyembur,pembasmi kuman dan topeng muka plastik (satu unit untuk
setiap murid) pada permulaan persekolahan Tahun 2021.

1.7.2 YDP menaja tiga buah termometer automatik dan tiga khemah sewaan
bagi tujuan menunggu semasa waktu balik murid-murid. Selain itu,
YDP juga menaja 5 kotak teh herba “Tan Yan Luo” dan 40 bungkus teh
herba “Tan Yan Luo” kepada para guru. Sebagai tambahan, abang ipar
Puan Tang juga menaja termometer automatik untuk sekolah.

1.8 Program Peningkatan Infrastruktur Sekolah

1.8.1 NYDP telah menyumbangkan kos pembelian pasir untuk
menyelesaikan masalah ketidakrataan padang rumput sekolah.

1.8.2 Projek penambahan pintu belakang yang berdekatan dengan bangunan
tadika telah disiapkan bagi tujuan memudahkan ibu bapa mengangkut
anak-anak semasa waktu balik.

1.8.3 Sebanyak 103 buah mural sekitar dinding sekolah telah selesai.

1.9 Lain-lain

1.9.1 Water Tech Enterprise menyumbangkan10 kotak air mineral (250ml x
24 botol) kepada pihak sekolah.

1.9.2 Biolux Network (Asia) Sdn.Bhd telah menyumbangkan sebuah mesin
basuh tangan sistem pembasmian kuman kepada pihak sekolah.

1.9.3 Bi Sheng Sdn Bhd. telah menyumbangkan sebanyak 50 kotak air
mineral kepada sekolah dengan bantuan Encik Chen Lai Shun.

2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini.

2.2 Beliau berasa amat bersyukur kerana dapat kerjasama daripada semua
pihak semasa menganjurkan aktiviti PIBG walaupun menghadapi pelbagai
cabaran semasa pandemik Covid-19 ini. Beliau berharap agar ibu bapa dapat
berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan pada
masa yang akan datang.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Tahun 2021

3.1 Pencadang : En. Chee Hin Wing
Penyokong : Pn. Lau See Wan

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Tiada
4.2 Pencadang : Cik Chung Yee Ling

Penyokong : Pn. Ng So So

5.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2020

5.1 Penyata Kewangan PIBG 2020 (seperti yang dilampirkan) telah dibentang oleh
Bendahari PIBG, Pn. Khor Siew Kheng.

5.2 Pengesahan Laporan Kewangan

Pencadang : Pn. Lee Wen Kit

Penyokong : Pn. Fang Lai Sun

6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2020/2021

6.1 YDP meng um u mkan Jawat anku asa P I BG 20 20/ 2021 di b ubark an
dan perlantikan Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dijalankan dengan mematuhi
perlembagaan PIBG.

6.2 Pn. Lip Chooi Peng telah dilantik sebagai pengerusi sementara.

Pencadang : Pn. Lee Pei Chee

Penyokong : Pn. Woo Jing Wen

7.0 Perlantikan Jawatankuasa PIBG dan Juruaudit 2021/2022

7.1 Pn. Lip Chooi Peng selaku pengerusi sementara mengendalikan pemilihan
Jawatankuasa PIBG 2021/2022.

7.2 Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022.

AJK ibu bapa akan dikekalkan atas sebab pandemik Covid-19.

Pencadang : Pn. Kiang Yoke Mun

Penyokong : Pn. Lam See Yin (wakil guru) dan Pn. Ang Chuan

Ming (wakil ibu bapa)

7.3 Senarai Nama AJK PIBG 2021/2022

Yang Di Pertua : En. Foong Mun Kit

Naib Yang Di Pertua : En. Leow Yoke Chong

Setiausaha : Cik Ng Mun Pei

Naib Setiausaha : Pn. Loh Lei Tang

Bendahari : Cik Yuen Sook Ching

Naib Bendahari : Pn. Toh Lin Ching

AJK Ibu bapa : 1. En. Lee Kah Huan

2. En. Wong Guan Lee

3. En. Leong Kok Heng

4. En. Tan Kim Sun

5. Pn. Chong Phooi Fun

AJK Guru : 1.Pn. Teoh Lee Lin

2. Pn. Lee Wen Kit

3. Cik Gan Hui Fang

4. Pn. Ng So So

5. Pn. Lau See Wan

Juruaudit Ibu bapa : Pn. Ngoi Pik Lin

Juruaudit Guru : Pn. Kiang Yoke Mung

7.4 Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju menukar penandatanganan baharu

untuk akaun-akaun simpanan di CIMB dari Bendahari PIBG 2020 (Pn. Khor

Siew Kheng) dan Setiausaha PIBG 2020 (Pn. Chow Wan Khee) kepada

Bendahari PIBG 2021 (Cik Yuen Sook Ching ) dan Setiausaha PIBG 2021 (

Cik Ng Mun Pei)

Akaun-akaun di CIMB Bank, cawangan Menglembu adalah seperti berikut :

No. Nama Akaun No. Akaun

1. Akaun PIBG 8004939064

2. Akaun Simpanan Tetap PIBG 50025285970002 &
50025285970003 &
50025285970005

3. Akaun Tabung Komputer 8004939076

4. Akaun Simpanan Tetap Tabung 50025320050002 &
Komputer 50025320050003

Butir-butir pertukaran adalah seperti berikut:

1) Nama : Encik Foong Mun Kit

No.K/P : 680529-08-5991

Jawatan : Yang Di Pertua

2) Nama : Cik Yuen Sook Ching

No.K/P : 750218-08-5274

Jawatan : Bendahari

3) Nama : Cik Ng Mun Pei

No.K/P : 821111-08-5114

Jawatan : Setiausaha

Mesyuarat telah memutuskan urusan pengeluaran wang daripda akaun ini
dengan syarat tandatangan bahawa semua cek mesti ditandatangani oleh
mana-mana dua orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Bendahari atau
Pengerusi dan Setiausaha.

8.0 Perbahasan Usul

8.1 Ibu bapa mencadangkan bahawa guru perlu menekankan teknik penulisan
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semasa PDPR.
Cadangan Penyelesaian: Pihak sekolah dan guru-guru akan
mempertimbangkan cadangan ini dan mengkaji semula kekurangan pelbagai

aspek dalam PDPR. Pihak sekolah akan membincang dan meneliti semula
rancangan pengajaran semasa dengan guru-guru. Selain itu, pihak sekolah dan
guru-guru akan mengemas kini strategi pengajaran PDPR pada setiap masa
untuk mencapai hasil pembelajaran yang lebih baik.

8.2 Ibu bapa meminta agar pihak sekolah menyediakan versi elektronik dan CD-
ROM untuk gambar pelajar.
Cadangan Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyediakan versi elektronik
dan CD-ROM foto peribadi pada masa akan datang. Namun, atas sebab untuk
menjaga hak keperibadian, pihak sekolah tidak dapat menyediakan versi
elektronik dan CD-ROM untuk foto kelas.

8.3 Ibu bapa mengadu bahawa murid-murid kelas Tahun 3 tidak mendapat buku
teks yang lengkap.
Cadangan Penyelesaian: Pihak sekolah menjelaskan bahawa semua kelas
Tahun 3 memang menghadapi masalah bekalan buku teks yang tidak
mencukupi. Mulai tahun 2020, sekolah telah meminta pihak berkuasa yang
berkenaan (Bahagian SPBT) untuk menghantar 24 set buku teks lagi untuk
murid-murid yang berkenaan. Namun, pihak sekolah belum menerima buku
teks yang berkaitan dari pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, sekolah telah
menyediakan perisian buku teks (softcopy) dan edarkan salinan unit-unit yang
berkaitan kepada murid-murid sebagai penyelesaian sehingga buku teks sampai.
Pihak sekolah juga akan terus berurusan dengan pihak berkuasa dan berharap
ibu bapa akan bersabar sementara waktu ini.

9.0 Hal-hal lain

9.1 YDP PIBG bercadang agar kutipan sumbangan PIBG tahun ini adalah
sebanyak RM20.00 per keluarga dan yuran penyelenggaraan komputer adalah
RM25.00.
Cadangan ini telah diterima.
Pencadang : En. Tan Kim Sun
Penyokong : En. Ng Yen Lee

10.0 Penutup
10.1 Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ _____________________
(Ng Mun Pei) (Foong Mun Kit)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SJKC Yuh Hua, Ipoh. SJKC Yuh Hua, Ipoh


Click to View FlipBook Version
Previous Book
HIP 2022
Next Book
قصة حيايت اليت لن أنساها