The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by samsuh85, 2020-04-03 02:17:22

Novel Silir Daksina

Novel Silir Daksina

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 1

APA ITU SILIR DAKSINA ???

SILIR 2
Angin sayu / lembut
DAKSINA
Selatan (Johor)
SILIR DAKSINA
Angin sayu dari Johor

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

SINOPSIS BAB 1

 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan
setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip
itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan
untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan
akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu.
Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan
seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan.
Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu
sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang
dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah
Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad
untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 3

SINOPSIS BAB 2

 Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk
belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar
dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim
(Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti
itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke
Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).
Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah
Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-
mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan
datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah
menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari
itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang
rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun
ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat
disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih
hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling
seperti cucunya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 4

SINOPSIS BAB 2

 Pada suatu pagi Tauke Lim meminta
Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya
ke sekolah kerana bateri keretanya tidak
berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling
menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.
Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu
cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat
dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia
mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai
Ling.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 5

SINOPSIS BAB 3 (I)

 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai
milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin
berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa
mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang
berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan
itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya.
Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru
diterimanya itu mungkin dapat merungkai
persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang
yang mengirim manuskrip itu ialah seorang
berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang
tidak dikenalinya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 6

SINOPSIS BAB 3 (II)

 Setelah membantu Tauke Lim menggantikan
bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh
Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya
minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim
menyatakan persetujuannya untuk
membenarkan Ai Ling menumpangnya ke
sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang
dengan Tauke Lim yang dia kesunyiaan
semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia
terpisah dengan anaknya Aiman.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 7

SINOPSIS BAB 3 (III)

 Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua
Kumpulan Zapin DPurnama meminta Amirulnizam dan
beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan
bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua
minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga
ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari
rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan
atur cara persembahan nanti agar ramai yang
hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos
jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir
mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara
deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih peserta
melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali
zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 8

SINOPSIS BAB 3 (IV)

 Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan
salah seorang peserta yang menyertai pertandingan
deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai
Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara
mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju
dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai
Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu
bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di
rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai
Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia
dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.
Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba
sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 9

SINOPSIS BAB 3 (V)

 Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi
puisi murid-murid tahap satu telah menjadi
perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam
kerana mengajar anaknya sehingga menang.
Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta
supaya Amirulniizam aktif semula dalam bidang
penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak
perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia
telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya
kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling
menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah
pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai
tempat mencurahkan kasih sayang.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 10

SINOPSIS BAB 3 (VI)

 Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan
disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang
memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat
persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang
Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya
dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah
persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain
yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan
persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai
oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri
berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan
mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar
Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di
kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai
perkampungan sastera.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 11

SINOPSIS BAB 3 (VII)

 Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan
Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya
sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan
telah membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching
ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual
dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak
Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam
mmberitahu bahawa Aiman berada di
Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling
teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan
berkawan dengannya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 12

SINOPSIS BAB 3 (VIII)

 Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk
acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan
program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan
tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan
bergantung kepada ubat untuk mengurangkan
kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah
Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang
ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan mejadikan
Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila
siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang
menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih
bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang
kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa
dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya
tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk
menjawabnya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 13

SINOPSIS BAB 3 (IX)

 Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam
Sekampung Puisi dilangsungkan, segala
persiapan majlis itu berjalan dengan
rancak. Amirulnizam menggunakan masanya
hingga larut malam untuk menyiapkan puisi
yang akan dideklamasikannya dan sempat
menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit
kepalanya semakin kerap menyerang. Pada
malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan
terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya
mampu menatap gambar anaknya sambil
menangis teresak-esak.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 14

SINOPSIS BAB 4

 Setelah habis membaca naskhah manuskrip
yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa
terharu dan menitiskan air mata. Malam itu
Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia
meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat
dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang
ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan
Ratna untuk meluahkan masalah yang
dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik
Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 15

SINOPSIS BAB 5

 Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah
menimbulkan kerinduan dan pelbagai
persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum
dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat
hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa
memenuhi kehendak ibunya menguruskan
perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat
lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi
ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun
yang lalu kerana terpaksa menduduki
peperiksaan UPSR.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 16

SINOPSIS BAB 6

 Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung
halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai
menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh
Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal
bertekad untuuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya.
Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara dam-diam.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 17

SINOPSIS BAB 7

 Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres
menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara
menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak
tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya
ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi
mangsa kemarahan ibunya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 18

SINOPSIS BAB 8

 Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah
menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh
telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada
pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan
membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal
ke rumah arwah ayahnya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 19

SINOPSIS BAB 9

 Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta
Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal
terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar
ada seorang gadis di dalam kereta tersebut.
Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal
bahawa mereka akan ke pekan untuk
makan tengah hari.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 20

SINOPSIS BAB 10

 Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal
kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal
menggunakan motorsikal tersebut untuk ke
kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari
kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa
sebak mengenangkan arwah ayahnya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 21

SINOPSIS BAB 11

 Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal
tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit
kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap
mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang
berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal
kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula
mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak
kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan
pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama
dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya.
Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam
minggu.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 22

SINOPSIS BAB 12

 Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.
Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus
kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini,
balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak
buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat
dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah
ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan
di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang
menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah
ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya,
ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin Seri Purnama.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 23

SINOPSIS BAB 13

 Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan
zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan
kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh
Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan
perkara tersebut kepada See Hwa dan
Tauke Ong.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 24

SINOPSIS BAB 14

 Haiqal banyak menghabiskan masanya di
balai raya kampung tersebut untuk
bersama-sama dengan penduduk kampung
membuat latihan zapin.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 25

SINOPSIS BAB 15

 Balai raya yang sebelum ini sepi telah
kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat
persiapan untuk persembahan zapin

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 26

SINOPSIS BAB 16

 Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di
seuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi
berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.
Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna
telah bertunang dengan seorang usahawan
muda yang menjadi rakan kongsi dalam
perniagaannya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 27

TEMA

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik
keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca
daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia
dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya
iaiu Abdullah Kayan.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 28

PERSOALAN

PERSOALAN CONTOH

Persoalan kegigihan Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah
seorang remaja untuk kehidupan ayah kandungnya yang terpisah

merungkai misteri sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang
kehidupan sebenarnya dikirimkan oleh Ong See Hwa.

ayahnya.

Persoalan usaha untuk Abdullah Kayan dan penduduk Kampung

mengangkat kesenian Seri Purnama telah berusaha untuk

tarian zapin mengangkat kesenian tarian zapin di

kampung tersebut.

Persoalan kasih sayang Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya

seorang ayah kepada Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya

anaknya. sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan

menghasilkan manuskrip cerita tentang

perasaan rindNuOVEkLeSIpLIRaDdAKaSINaAna4k/3/n20y20a 29

PERSOALAN

PERSOALAN CONTOH
Persoalan sikap
kerjasama penduduk Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa
bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan
kampung. acara yang dijalankan di kampung tersebut
seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan
Persoalan hubungan peringka mukim di situ
baik antara dua
bangsa walaupun Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam
dan penduduk kampung begitu baik
berbeza kebudayaan. walaupun mereka berlainan bangsa.
Sastera dan budaya
yang kian dilupakan Tarian zapin semakin dilupakan dalam
oleh generasi hari ini. kalangan anak-anak muda Kampung Seri
Purnama sebaliknya mereka lebih gemar
berkumpul sesama mereka dan menaiki 30
motosikal mNaOsVinELgSI-LImR DaAKsSiInNAg. 4/3/2020

PERSOALAN

PERSOALAN CONTOH
Ikatan kasih sayang
Haiqal yang dipisahkan oleh uminya
dan hubungan daripada ayahnya sejak telah menghadapi
kekeluargaan tidak konflik untuk mengetahui sejarah hidup
boleh diputuskan. arwah ayahnya itu.

Sikap setiakawan Haiqal telah menenangkan Ratna yang menangis
dalam menjalinkan dan bersedih kerana mendapat keputusan SPM
yang tidak memuaskan
persahabatan
Umi Haiqal yang mempunyai sikap ego
Sikap ego dan terhadap suaminya sanggup memsisahkan
mementingkan diri Haiqal daripada ayahnya.

Perasaan simpati Datuk kepada Haiqal telah memberikan
terhadap orang lain. pertolongan kepada Tauke Lim yang berada
dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya
baru berpindah ke Kampung Seri Purnama 31

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

WATAK & PERWATAKAN

HAIWAL HAKIMI / AIMAN
Perwatakan Contoh

1. Seorang remaja Haiqal sering memenangi pertandingan

yang berbakat mendeklamasikan puisi dan menulis

dalam bidang seni sajak serta puisi.

sastera.

2. Seorang anak yang Dia sayang umi,walid,ayah

penyayang. kandungnya dan adik tiri.

3. Seorang yang baik Haiqal telah memujuk Ratna yang

hati menangis kerana mendapat keputusan

SPM yang kurang cemerlang.

4. Seorang yang bijak Dia berjaya melanjutkan pelajaran di

dalam pelajaran. university selepas tamat tingkatan 6.

5. Seorang yang taat Haiqal solat subuh apabila tiba di 32
pada perintah stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di
agama. kampung aNOyVaELhSInLIRyDaA.KSINA 4/3/2020

WATAK & PERWATAKAN

Perwatakan SEE HWA / AI LING Contoh

1. Seorang yang pandai Dia pernah memenangi

mendeklamasikan puisi. pertandingan mendeklamasi

sajak semasa di sekolah rendah.

2. Seorang yang fasih Dia boleh bercakap Bahasa

Bahasa Melayu. Melayu tanpa ada pelat Bahasa

Cina.

3. Seorang yang suka Dia suka membaca kisah-kisah

membaca nabi sewaktu di sekolah rendah.

4. Seorang yang suka Dia suka memasak makanan

memasak yang pedas-pedas.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 33

WATAK & PERWATAKAN

ABDULLAH BIN KAYAN / AMIRULNIZAM
Perwatakan Contoh

1. Seorang yang cintakan Dia sanggup berpisah
sastera. daripada isterinya

berbanding bidang sastera.
2. Seorang yang Dia sangat merindui dan

penyayang menyayangi Haiqal.

3. Seorang penari zapin. Dia juga seorang penari
zapin di Kampung Seri
Purnama.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 34

WATAK & PERWATAKAN

TAUKE ONG / TAUKE LIM
Perwatakan Contoh

1. Seorang yang Tauke Lim membuat dua pekerjaan

sangat rajin iaitu pada waktu pergi dia akan

menorah getah manakala pada waktu

petang menjual pisang dan pinang di

pekan.

2. Seorang yang Dia suka belanja kawan-kawannya di

murah hati. warung.

3. Seorang yang Dia melayan Haiqal sangat baik

tahu membalas sebagai membalas budi pertolongan

budi. datuk dan ayah Haiqal.

4. Seorang yang Dia menguruskan harta peninggalan

jujur dan ayah Haiqal dengan baik.

amanah. NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 35

WATAK & PERWATAKAN

Perwatakan RATNA
1. Seorang yang minat Contoh

dalam bidang Ratna telah mengambil alih
perniagaan. pengurusan gerai makan
2. Seorang yang suka daripada ibunya.
mengusik. Dia selalu mengusik Haiqal
semasa Haiqal sedang
3. Seorang pendengar berkhayal.
setia. Dia sentiasa sudi mendengar
masalah yang dihadapi oleh
4. Seorang yang baik Haiqal.
hati. Dia sanggup menghantar
Haiqal ke stesen bas semasa
Haiqal ingin pulang ke 36
kampung.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

WATAK & PERWATAKAN

Perwatakan UMI
1. Seorang usahawan Contoh

berjaya Umi mempunyai kedai batik di
2. Seorang yang Pasar Payang.
Dia sangat sayang Haikal
penyayang sehingga tidak membenarkan
ayah kandung Haiqal menjaga
3. Seorang yang ego. Haiqal.
Dia tidak suka dan menghargai
4. Seorang pemarah. bakat seni bekas suaminya.
Dia melarang Haqal untuk
pulang ke kampung ayah
kandungnya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 37

BINAAN PLOT

PENGENALAN / EKSPOSISI
 Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin

mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini
timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See
Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya.
Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah
memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah
kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal
tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi
jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa
peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan
bahawa memberi penghormatan yang paling akhir
kepada ayahnya juga penting.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 38

BINAAN PLOT

PERKEMBANGAN

 Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau
Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam
bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif
dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin
D'Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah
dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat
dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat
sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang
kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam
telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama
kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya.
Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman
tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan
sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang
istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi
penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam
sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk
disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah
dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 39

BINAAN PLOT

PERUMITAN
 Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin

menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama,
Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu
bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana.
Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan
kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai
makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal
bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya
untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin
Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya
Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu
kepada uminya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 40

BINAAN PLOT

PUNCAK / KLIMAKS
 Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia

selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu
hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di
Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak
membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya.
Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal
tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak
akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke
kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan
Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan
menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada
di Johor kelak.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 41

BINAAN PLOT

PELERAIAN

 Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan
bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki
bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan
zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru,
persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga
terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu,
Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu.

 Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa
kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan
rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal
dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful
Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian
zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul
Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai
tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk
memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 42

TEKNIK PLOT

TEKNIK CONTOH
PLOT
Penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah
Pemerian tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)
Imbas Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia
Kembali hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)
Saspens Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya
bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-
Kejutan 5)
Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan
Monolog adik tiri Haiqal datang pada malam
persembahan tarian zapin walaupun uminya
melarang Haiqal untuk menyertainya.(hlm.271) 43

Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu
Haiqal. (hlm.95)

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

LATAR TEMPAT

LATAR TEMPAT CONTOH
Kuala Terengganu (rumah
Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan
umi dan walid) umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah

Kampung Seri Purnama di Kuala Lumpur.
(rumah ayah kandung
Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri
Haiqal). Purnama selepas berpisah dengan umi
Balai Raya Kampung Seri
Haiwal.
Purnama
Tempat simpanan album,novel bahan sastera
Gerai makan milik Ratna. yang menunjukkan kegiatan ayah

Haiqal dalam bidang sastera dan budaya
adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.

Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai
makan milik Ratna sambil menikmati
makanan yang disediakan.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 44

LATAR TEMPAT

LATAR TEMPAT CONTOH
Restoran mamak.(See Hwa
dan Haiqal telah makan di See Hwa dan Haiqal makan di restoran
restoran mamak, Parit Raja mamak yang terletak di Parit Raja selepas

sewaktu perjalanan ke Haiqal tiba dari Terengganu.
kampung ayahnya.
Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh
Pusara Abdullah bin Kayan. arwah bapanya ditempatkan di sisi orang
yang baik-baik.
Rumah Tauke Ong.
Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk
Stesen Bas Batu Pahat. See Hwa supaya berpasangan dengannya
manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat
See Hwa menggosook baju zapin.

Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari 45
Terengganu untuk ke kampung arwah

bapanya.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

LATAR MASA

LATAR MASA CONTOH
Petang
Peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir
Usia enam tahun terlanggar seorang budak kecil.

Malam Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah
kandungnya.
Pagi
Lapan belas tahun Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di
Warung Pak Dolah.

Taukey Lim dan isteri menoreh getah.

Tauke Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18
tahun.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 46

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT CONTOH
Masyarakat peniaga.
Tauke Lim menjalankan perniagaan
Masyarakat yang cinta akan sastera dengan meraih pisang dan pinang di
dan seni budaya bangsa kampung lalu menjualnya di pekan.

Masyarakat yang berpendidikan Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu
Zam melibatkan diri dalam seni
tarian zapin bagi memperkasa seni
warisan Melayu.

See Hwa belajar di kolej manakala
Haiqal belajar di tingkatan
enam.Haiqal juga meninggalkan
Kampung Seri Purnama lalu sambung
belajar di menara gading.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 47

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT CONTOH
Masyarakat yang berpendidikan.
See Hwa belajar di kolej manakala
Masyarakat yang berbilang kaum. Haiqal belajar di tingkatan
Masyarakat penyayang. enam.Haiqal juga meninggalkan
Kampung Seri Purnama lalu sambung
belajar di menara gading.

Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim ,
Tauke Lim dan See Hwa tinggal di
Kampung Seri Purnama.

Cikgu Zam amat menyayangi dan
merindui anaknya Haiqal yang
tinggal berjauhan setelah bercerai
dengan isterinya. Cikgu Zam
meluahkan perasaan sayang akan
anaknya pada manuskrip.

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020 48

GAYA BAHASA

GAYA CONTOH
BAHASA
1. Diksi Badai apa yang telah melanda jiwaku
(hlm 65)
2. Bahasa
asing Bahasa inggeris Teori (hlm 36)
Persepsi (hlm 36)

Bahasa arab Ustazah (hlm 38)
Alhamdullillah (hlm73)

Bahasa indonesia Sore (hlm 1)
Omong kosong (hlm
92)

3. Peribahasa Alah bisa tegal biasa (hlm 191)

Lain lubuk lain ikannya (hlm 116) 49

NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA CONTOH
Simpulan bahasa Mereka berdua berdiri di gigi

pantai.(hlm 13)

Itulah pada kalau tahi judi. (hlm

26)

Simile Hatinya bagai ditarik-tarik (hlm

(membandingkan sesuatu 96)

dengan yang lain) Dianggap Ai Ling seperti cucunya

(seperti, bagai, sendiri (hlm 29)

umpama,macam dan ibarat)

Personifikasi Pantai Batu Buruk pastinya

(pemberian sifat manusia tersenyum (hlm.9)

terhadap benda mati) Batu Buruk masih belum tidur

(hlm. 105)

Sinkope Cikgu tak menari malam ini?

(singkatan perkataan) Tanya Tauke Lim 50
NOVEL SILIR DAKSINA 4/3/2020


Click to View FlipBook Version