9 FEBRUARI 2022 KHAMIS 9.00 PAGI DALAM TALIAN GOOGLE MEET/ YOUTUBE/ STREAMYARD
PENDAHULUAN Kolokium Amalan Baik Kajian Tindakan Daerah Hulu Selangor Tahun 2022(AMBIK 3.0) adalah satu wadah perkongsian pintar antara warga pendidik penulis kajian tindakan di daerah Hulu Selangor dengan seluruh pendidik di Malaysia. Selanjutnya, sasaran kolokium ini adalah guru-guru seluruh negara, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah, serta pemegang taruh yang lain. Kolokium ini anjuran Sektor Pembelajaran PPD Hulu Selangor . Tujuan kolokium ini diadakan adalah untuk menyampaikan perkongsian amalan baik kajian tindakan serta ilmu untuk mencetuskan pemahaman dan pemantapan pedagogi guru dalam konteks penggerak pembelajaran bermakna..Kolokium ini juga mengutarakan sumbangan dari peningkatan kompetensi guru, pedagogi dan pengurusan agar selaras dengan peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam PPPM 2013 - 2025. Amat jelas bahawa pendekatan pembelajaran profesional yang dipraktikkan menerusi pendekatan pembelajaran bermakna dengan melaksanakan transformasi yang akan mencetus kajian tindakan dan inovasi berupaya memberi kesan positif dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional seterusnya peluang menerusi gabungan sinergi perkongsian amalan baik kajian tindakan guru-guru Hulu Selangor ke seluruh negara dalam membangunkan kompetensi dan pedagogi yang berimpak kepada mempertingkat kualiti pemimpin pertengahan.
ATURCARA MAJLIS 8.30 PENDAFTARAN 9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor & Lagu Korporat PPDHS Bacaan Doa 9.10 pagi : PERASMIAN PUAN SARINA BINTI SHAARI Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor Gimik Perasmian (Montaj) AnyFlipp Jurnal Kajian Tindakan 9.45 pagi : PEMBENTANG UCAPTAMA: Tajuk: Membudayakan Amalan Kajian Tindakan Di Sekolah : Satu Keperluan Panel : Dr Nakoo bin Mustan, Pensyarah Kanan , Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, IAB Genting Highland 10.15 pagi REHAT 10.25 pagi : PEMBENTANGAN 1: (SK RASA) ➢ SHARINI BINTI SABUDDIN : PEMBENTANGAN 2: (SMK SUNGAI CHOH) ➢ HALEZZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM (TINGKATAN 6) : PEMBENTANGAN 3: (SMK BANDAR BARU BATANG KALI) ➢ SITI FATIHAH BINTI MOHAMED SALLEH : PEMBENTANGAN 4: (SK TUN ABDUL RAZAK) ➢ MOHAMED NAYAN BIN MOHAMED : PEMBENTANGAN 5: (SK SERENDAH) ➢ CHUTAMAR SUWANMANI A/P ASIAN : PEMBENTANGAN 6: (SJKC CHONG CHEE) ➢ LEE ANN THENG : PEMBENTANGAN 7: (SK RASA) ➢ NORASHIKIN BT MOHD YUSOFF ➢ NOR WAHIRA BINTI ALI : PEMBENTANGAN 8 (SMK KAMPUNG SOEHARTO) ➢ NORFATIMAH BINTI ABD GHANI : PEMBENTANGAN 9 (SK RASA) ➢ NURUL HUDA BINTI HASBOLLAH ➢ NURHASLIN BINTI HAMDAN : PEMBENTANGAN 10 ( SMK BUKIT SENTOSA) ➢ NORZAKIAH BINTI CHE HASSAN : PEMBENTANGAN 11 (SMK TAMAN BUNGA RAYA 1) ➢ SITI NUR FARIKHA BINTI MAT TOHER : PEMBENTANGAN 12 ( SK RASA ) ➢ AZIZAH BINTI ABDUL SHUKOR 1.50 petang : PENUTUP ❖ Rumusan Pembentangan ➢ Timbalan SPB PPDHS ❖ Rakaman Penghargaan – Video Penyampaian Sijil 2.00 petang : BERSURAI
AHLI JAWATAN KUASA INDUK Pengerusi Puan Hajah Sarina binti Shaari Pegawai Pendidikan Daerah PPD Hulu Selangor Selangor Timbalan Pengerusi : Encik Mahmud Pa’aid bin Yusoff Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PPD Hulu Selangor Penyelaras Program & Pengurus Aturcara : Azrinah binti Ali Miras @ Abd Shukor Penyelaras Kajian Tindakan SPB PPD Hulu Selangor Setiausaha & Bendahari : Nur Syahana binti Shaharuddin Penolong Penyelaras Kajian Tindakan SPB PPD Hulu Selangor Bacaan Doa : ➢ Ustaz Hishamudin bin Ahmad Teknikal/ Rakaman Pembentangan : ➢ Shahrul Riza bin Razali ➢ Saipul Azhar bin Idris ➢ Juru teknik ICT PPDHS Banner/ Youtube/ Streamyard : ➢ Che Muhamad bin Che Othman ➢ Zuhaidi bin Mukrim Publisiti/ Promosi : ➢ Juma’ayah binti Hj Md Yasin ➢ Faranina binti Saleh ➢ Azrul Hisyam bin Hamzah ➢ Rohaida binti Ismail ➢ Saemah binti Mat Sahir Dokumentasi & Jurufoto : ➢ Zuraida binti Shafiei ➢ Nor Hafizah binti Kamarulzaman Buku Aturcara : ➢ Mazlina binti Rosli ➢ Nooramali binti Ramli Teks Ucapan Perasmi & Teks Rumusan Pembentangan : ➢ Mohd Rodzi bin Selamat Kehadiran/ Maklum Balas/ Sijil Digital : ➢ Azura binti Janudin ➢ Mohd Rizal bin Mat Akhir Kamarol Idzham bin Abu Bakar Sijil Penghargaan : ➢ Che Norila binti Mohamad Zain Pemudahcara /Juruacara Pembukaan & Penutupan ➢ Mohd Faizal bin Abdul Razak ➢ Kamarol Idzham bin Abu Bakar Makanan & Cenderamata (Panel & Pembentang) ➢ Nur Syahana binti Shaharudin Tatarias ➢ Khairul Faridah binti Hasan AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
PEMBENTANG 1 : SHARINI BT SABUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN RASA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN MENGGUNAKAN PERMAINAN ‘PIRead ISLAND’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 KREATIF DI SK RASA. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar lancar membaca Bahasa Inggeris dan mendapat sekurang-kurangnya peningkatan satu TP dari TP yang asal. Kebanyakan muridmurid ini memperolehi TP 2 dan 3 sahaja untuk kemahiran membaca. Ia juga untuk membantu pelajar membaca ayat mudah Bahasa Inggeris dengan menggunakan sebutan yang betul menggunakan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar tahun 5 Kreatif dan seorang guru dari SK Rasa, Hulu Selangor. Melalui analisis pra ujian, didapati bahawa murid-murid menghadapi kesukaran untuk membaca dan menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Guru menggunakan buku Peter and Jane sebagai bahan bacaan Pra Ujian. Permainan PIRead ISLAND digunakan bertujuan untuk meningkatkan minat dan kemahiran murid-murid 5 Kreatif, SK Rasa membaca ayat mudah dengan sebutan yang betul dan telah diselesaikan dalam tempoh 3 bulan. Daripada analisis penilaian keputusan pasca ujian, murid didapati ada peningkatan TP iaitu 5 orang meningkat dari TP 2 kepada TP 3 dan 3 orang murid dari TP 3 ke TP 4. Dapatan daripada pemerhatian pula menunjukkan murid menyukai Permainan PIRead ISLAND kerana, ia sangat terbukti membantu murid meningkatkan keyakinan diri mereka membaca dan meningkatkan kefahaman disamping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan. Kata Kunci : PIRead ISLAND, boleh membaca cerita pendek, BI. PEMBENTANG 2 : HALEZZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI CHOH TEKNIK GiTKop BAGI MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN ESEI BAB KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan esei Bab 3 dan juga mempertingkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Bab 3. Kajian ini terdiri daripada 21 orang pelajar Tingkatan Enam Ekonomi Semester 2 di SMK Sungai Choh. Melalui analisis pra ujian, didapati bahawa pelajar penguasaan pelajar dalam melukis graf dan menghurai esei bab 3 adalah lemah. Teknik GiTKop ini digunakan bertujuan mempertingkatkan kemahiran menguasai kata kunci berdasarkan graf agar dapat menghuraikan bab keseimbangan pendapatan negara dengan baik. Selain itu juga, ia bertujuan mempertingkatkan minat pelajar melalui perubahan tingkah laku. Daripada analisis penilaian keputusan pasca ujian, pelajar didapati dapat menguasai penulisan esei dengan baik di man pelajar memperoleh markah melebihi 20 markah (70% pelajar) berbanding sebelum kajian ini dijalankan. Dapatan daripada pemerhatian pula menunjukkan pelajar berlumba-lumba menjawab latihan dan memberi jawapan tepat dan terdapat perubahan sikap yakin diri disamping menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih menyeronokkan dan bermakna..
PEMBENTANG 3 : SITI FATIHAH BINTI MOHAMED SALLEH SMK BANDAR BARU BATANG KALI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TAJUK UJIAN MAKANAN MENGGUNAKAN TEKNIK ‘MAGIC FLIP PAPER’ DALAM KALANGAN MURID 2 AKTIF DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 2 Aktif dalam subtopik ujian makanan. Seramai 22 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah ujian bertulis sebanyak 10 soalan di dalam kelas dan hasil tinjauan menunjukkan murid tidak boleh membezakan jenis-jenis ujian makanan serta hasil akhir ujian makanan.Perancangan Tindakan difokuskan kepada teknik ‘magic flip paper’ yang dihasilkan selepas murid membuat ekperimen ujian makanan . Hasil kajian saya, mereka dapat menjawab soalan yang sama dengan betul setelah menggunakan teknik ini di mana mereka menggunakan bahan yang dihasilkan sendiri melalui aktiviti hands-on untuk menghasilkan Magic Flip Paper tersebut. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid melalui keputusan pasca ujian yang semakin meningkat iaitu mencatatkan kelulusan 80% berbanding semasa pra ujian hanya mencatatkan kelulusan 30%. PEMBENTANG 4 : MOHAMED NAYAN BIN MOHAMED SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR BULAT DENGAN MENGUMPUL SEMULA MENGGUNAKAN KIT ‘A-WR’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 NILAM SK TUN ABDUL RAZAK ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menambah nombor bulat dengan mengumpul semula menggunakan Kit ‘A-W-R’ dalam kalangan murid Tahun 3 Nilam SK Tun Abdul Razak. Seramai 10 orang murid Tahun 3 Nilam terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian kepada hasil latihan murid dan ujian pra bagi kemahiran menambah nombor bulat dengan mengumpul semula. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid belum dapat menguasai kemahiran menambah nombor bulat dengan mengumpul semula dengan betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran menambah nombor bulat dengan mengumpul semula dengan betul. Pelaksanaan kajian dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sekurangkurangnya sekali dalam seminggu dan mengambil masa 2 bulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Ujian pos telah dijalankan sebanyak 2 kali yang menggunakan pendekatan yang berbeza bagi melihat kesannya kepada penguasaan kemahiran murid.
PEMBENTANG 5 : CHUTHAMAR SUWANMANI A/P ASIAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERENDAH PENGGUNAAN JIGSAW PUZZLE DAPAT MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN EMPAT DALAM MENGHAFAL KONSEP SEJARAH DI SK SERENDAH ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingati konsep sejarah dengan lebih mudah untuk menarik minat murid mempelajari mata pelajaran Sejarah. Kumpulan sasaran dalam kajian ini seramai 10 orang murid tahun 4 Purnama dari SK Serendah, Selangor yang mempunyai tahap penguasaan sederhana iaitu TP 3. Melalui analisis Ujian Pra, didapati muridmurid gagal memahami konsep sejarah, bersikap sambil lewa, malas dan bersikap malas membaca nota dan maklumat dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, saya telah menjalankan Ujian Pasca dengan memperkenalkan Jigsaw Puzzle untuk menarik minat dan memudahkan murid mengingati konsep sejarah dengan lebih baik. Daripada analisis Ujian pasca didapati murid mampu mengingati konsep sejarah dengan lebih baik berbanding ujian Pra iaitu murid mampu meningkat kepada Tahap Penguasaan 4 berbanding Tahap Penguasaan 3 sebelum ini. Dapatan kajian ini menjadi bukti kukuh bahawa penggunaan Jigsaw Puzzle dalam konsep sejarah perlu diperluaskan di sekolah rendah dalam mata pelajaran Sejarah demi meningkatkan pencapaian yang holistik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Jelaslah, kajian ini telah mengetengahkan teknik Jigsaw Puzzle memainkan peranan penting mewujudkan sausana pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan menyeronokkan minat murid belajar dalam mata pelajaran Sejarah yang terdiri daripada kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Kata Kunci : Gaya Pembelajaran, Jigsaw Puzzle, Sejarah, Fakta Sejarah, Tahap Penguasaan PEMBENTANG 6 : LEE ANN THENG SJKC CHOONG CHEE MENINGKATKAN PEMERIHALAN KONSEP TAKAL – DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI ALGODOO DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA DI SJKC CHOONG CHEE ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat adakah intervensi aplikasi “Algodoo” sebagai makmal maya dapat meningkatkan pencapaian dan minat terhadap tajuk Mesin dalam kalangan murid Tahun Tiga. Dua orang murid tahun Tiga yang menunjukkan kelemahan dalam memahami definisi dan prinsip kerja takal dipilih untuk menyertai kajian ini. Tiga kaedah dan analisis pengumpulan data telah dijalankan iaitu ujian kertas dan pensel, temu bual berstruktur dan nota lapangan. Hasil analisis dapatan yang diperoleh melalui tiga kaedah ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi “Algodoo” dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid tahun tiga dalam topik Takal. Implikasi kajian ini harap dapat membantu para warga pendidik menyelesaikan masalah murid tidak faham terhadap topik Takal. Bagi cadangan kajian akan datang, simulasi dalam makmal maya dapat direalisasikan dengan projek takal maujud. Penggunaan aplikasi seperti “Algodoo” diharapkan dapat digunakan untuk membantu pengajaran tajuk Mesin yang lain.
PEMBENTANG 8 : NORFATIMAH A.GHANI SMK KAMPONG SOEHARTO KAEDAH 2LKS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT AMALAN KEBERSIHAN DIRI DI RUANG KERJA DALAM KALANGAN MBPK KELAS BERLIAN DI SMK KAMPONG SOEHARTO ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat amalan kebersihan diri di ruang kerja. Seramai 5 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kelas Berlian terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lalu, didapati murid tidak dapat menjawab soalan lembaran kerja, tidak dapat menyatakan dan tidak mengaplikasikan amalan kebersihan diri di ruang kerja apabila melaksanakan amali masakan di bengkel. Perancangan tindakan dilaksanakan dengan menggabungjalinkan dua aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) iaitu kaedah 2LKS. Kaedah 2LKS ialah Lyrical Lesson, menulis lirik dan menyanyikan lagu serta Kinesthetic Symbol, membentuk simbol tangan atau badan untuk menerangkan isi pelajaran. Analisis dapatan kajian menunjukkan semua murid dapat mengingat amalan kebersihan diri di ruang kerja sekali gus membolehkan murid menjawab soalan ujian pos, menyatakan dan mempraktikkannya apabila berada di bengkel masakan. Kaedah 2LKS berkesan dan sangat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengingat amalan kebersihan diri di ruang kerja dengan baik. Kata kunci : Pembelajaran Abad Ke-21, Lyrical Lesson, Kinesthetic Symbol, Pengajaran dan Pemudahcaraan, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. PEMBENTANG 7 : NORASHIKIN BT MOHD YUSOF & NOR WAHIRA BT ALI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT BAM’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 INOVATIF DAN 3 DEDIKASI (PEMULIHAN KHAS) DI SK RASA ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar membina 5 ayat mudah yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dan mendapat markah lebih daripada 5, daripada markah keseluruhan 10. Ia juga untuk membantu pelajar menulis ayat mudah dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Kajian ini terdiri daripada 2 orang pelajar tahun 5 Inovatif dan 4 orang murid 3 Dedikasi dengan dibantu oleh dua orang guru dari SK Rasa, Hulu Selangor. Melalui analisis pra ujian, didapati bahawa murid-murid menghadapi kesukaran untuk membina ayat mudah dengan betul dan gramatis dan seterusnya sukar bagi mereka untuk membuat karangan lengkap dengan baik. KIT BAM digunakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 2 orang murid Tahun 5 Inovatif dan 4 orang murid 3 Dedikasi, SK Rasa untuk membina ayat mudah dengan baik dan telah diselesaikan dalam masa tempoh 3 bulan. Daripada analisis penilaian keputusan pasca ujian, murid didapati membuat kurang kesilapan terutama daripada segi struktur ayat dan ejaan sebelum kajian ini dijalankan. Keputusan Pentafsiran Bilik Darjah Fasa 1 juga telah menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30% berbanding semasa pelaksanaan CATCH-UP PLAN (CUP) fasa 1 dan 2. Dapatan daripada pemerhatian pula menunjukkan murid menyukai penggunaan KIT BAM kerana terbukti membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman disamping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan . KATA KUNCI : Bina ayat, inovasi, Pemulihan Khas, kata kerja dan gramatis
PEMBENTANG 9 : NURUL HUDA BT HASBOLLAH & NURHASLIN BT HAMDAN SEKOLAH KEBANGSAAN RASA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK M&M DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menulis huruf kecil yang dihadapi oleh murid prasekolah dalam subtopik Bahasa Melayu. Seramai 38 orang murid prasekolah berumur enam tahun terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian hasil kerja dan tingkah laku murid. Hasil tinjauan menunjukkan seramai 12 orang murid tidak boleh menulis huruf dengan betul dan kemas. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil mengikut ruang dan garisan pada buku garisan tiga dalam kalangan murid prasekolah dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Hasil pelaksanaan kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari rekod pentaksiran pula menunjukkan murid boleh menguasai kemahiran menulis huruf kecil menggunakan Teknik Menyanyi dan Menulis (M&M). Kami dapati teknik ini juga boleh diaplikasikan untuk tunjang lain seperti aktiviti menulis huruf jawi dalam Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu Pendidikan Islam. PEMBENTANG 10 : NORZAKIAH BINTI CHE HASSAN SMK BUKIT SENTOSA MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN NOMBOR NEGATIF 2 ANGKA MENGGUNAKAN KAEDAH BATERI DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1BGV SMK BUKIT SENTOSA ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan dan penolakan nombor negatif 2 angka. Kajian ini melibatkan 10 murid dari tingkatan 1 BGV SMK Bukit Sentosa. Melalui analisis pra ujian, didapati bahawa muridmurid menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor negatif. Oleh kerana itu, Kaedah Bateri diperkenalkan bagi memudahkan murid- murid untuk menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan. Hasil kajian mendapati bahawa murid dapat menjawab soalan dengan betul. Ini terbukti apabila 8 daripada 10 (80%) murid yang betul kedua dua soalan dalam ujian pos. Dapatan Kajian ini boleh diaplikasikan juga dalam bab seterusnya iaitu bab ungkapan algebra, persamaan linear dan ketaksamaan linear. Selain itu, ia juga dapat diaplikasikan dalam matematik tingkatan 2,3,4,5 sehinggalah ke peringkat universiti. Kata kunci: nombor negatif, penambahan, penolakan, 2 angka, kaedah bateri
PEMBENTANG 12 : AZIZAH BINTI ABDUL SHUKOR SEKOLAH KEBANGSAAN RASA MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH ISTIQ SELINGKAR BIMBINGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA, HULU SELANGOR, SELANGOR ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan bacaan al-Quran yang dihadapi oleh murid Tahun 6 SK Rasa bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Program j-QAF Khatam al-Quran. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran secara menyeluruh membaca dan menyemak bacaan al-Quran setiap murid Tahun 6. Hasil tinjauan menunjukkan seramai 7 orang murid Tahun 6 daripada 3 buah kelas Tahun 6 dalam keadaan tidak mengenal bunyi huruf-huruf Hijaiyyah yang terkandung dalam buku Iqra’ 1, manakala 88 orang murid Tahun 6 telah menguasai bacaan al-Quran. Oleh itu, seramai 7 orang murid Tahun 6 telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada murid yang sangat lemah dan mempunyai kekangan untuk menyertai pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran dengan memberi nama kaedah tersebut ”ISTIQ Selingkar Bimbingan” dan kajian ini telah diselesaikan selama 30 minit setiap hari dalam tempoh 2 minggu hingga 2 bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dapatan kajian pada peringkat Ujian Lisan Pasca menunjukkan terdapat peningkatan murid dalam menguasai bacaan al-Quran pada skala Menguasai iaitu 71.4% dan pada skala Tidak Menguasai 28.6%. Berdasarkan dapatan kajian ini, cadangan yang disarankan adalah, murid-murid hendaklah diajar untuk menguasai bacaan al-Quran supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna menggunakan teknik “ISTIQ Selingkar Bimbingan”. PEMBENTANG 11 : SITI NUR FARIKHA BINTI MAT TOHER SMK TAMAN BUNGA RAYA (1) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAHIT KELIM DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ʽMAGICAL SKILL’ DALAM KALANGAN 10 ORANG MURID SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 4 SAINS SUKAN 2 2022 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid menjahit kelim yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 Sains Sukan 2 SMK Taman Bunga Raya (1) dalam bab Pakaian dan Jahitan untuk subjek Sains Rumah Tangga. Seramai 10 orang murid Tingkatan 5 Sains Sukan dan seorang guru yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan mendapati murid masih lemah dalam menguasai kemahiran menjahit kelim. Ujian Pra yang dijalankan juga didapati murid masih lemah dan belum memahami proses jahitan kelim dengan baik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menjahit kelim dengan menggunakan teknik ʽMagical Skillʼ. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan daripada ujian pos, pemerhatian dan soal selidik menunjukkan murid lebih menguasai kemahiran menjahit kelim dengan menggunakan teknik ʽMagical Skillʼ.