The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92432209, 2021-12-09 19:37:17

PRKA2031 KAJIAN KES -2.03-2021202400143

PRKA2031 KAJIAN KES -2.03-2021202400143

LAMPIRAN 1-12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

BORANG KERJA KURSUS PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Nama FATIMAH HANUN BINTI ABDUL No. KP 920709085892
Pelajar KADIR

Program PDPP Kumpulan 2.03 Ambilan JUN 2021

Bidang : PENDIDIKAN ISLAM Tempoh 2 MINGGU
Teras PBS

Nama SK POLIS DEPOT
Sekolah

TAHAP PENCAPAIAN:

Item Aspek Wajaran Markah Catatan
30 /
1. Portfolio individu 40
30
2. Laporan Pemerhatian

3. Kajian Kes

JUMLAH MARKAH

Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS

Tandatangan Pemeriksa Kerja Kursus:
Nama:
Tarikh:

**Tanda jika berkenaan

1

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
10.0 Kajian Kes ( Lampiran 1-8) 3
3
1. Refleksi Pembelajaran & Pengajaran 3
Yang Lalu 4
4
2. Permasalahan Kajian 4-7
3. Objektif Kajian 7-8
4. Kumpulan Sasaran 9
5. Metodologi Kajian
6. Cadangan Kajian Seterusnya

7. Rujukan

2

LAMPIRAN 1-8

10. KAJIAN KES

Menangani Masalah Murid Tahap 2 dalam Tilawah Al-quran SK Polis Depot
FATIMAH HANUN BINTI ABDUL KADIR
[email protected]

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

SK Polis Depot merupakan sekolah yang terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.
Sekolah ini juga terletak berhampiran PULAPOL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pelajar
muslim merupakan pelajar majoriti di sekolah ini. Pendidikan Islam merupakan subjek teras
yang diwajibkan oleh pelajar muslim untuk dipelajari.

Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek yang terdiri daripada empat bidang
utama iaitu Ulum,Al-quran, Jawi dan Tasmik. Murid kurang berminat dengan subjek ini
disebabkan terlalu banyak kemahiran yang perlu dikuasai. Sebagai contoh dalam bidang Al-
quran itu sendiri memerlukan murid untuk menguasai tiga kemahiran utama iaitu tilawah,
hafazan dan tajwid. Fokus kajian ini terhadap peguasaan dan penghayatan Al-quran murid
tahap 2 khususnya .

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Sebagaimana yang dihasratkan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mencapai 100 peratus murid yang berjaya khatam Al-quran semasa murid
berada di tahun 6. Namun, amat membimbangkan murid tahap 2 kebanyakannya belum
menguasai dan membudayakan pengajian Al-quran di rumah. Hal ini dapat dilihat
apabila PdPR, ramai murid tidak menyertai kelas tasmik secara atas talian, dan setelah
kelas bersemuka didapati kualiti bacaan murid yang tidak pernah mengikuti kelas tasmik
atas talian juga semakin merosot dan perlu diperbaiki. Kebanyakan daripada mereka
juga terlalu bergantung bacaan tasmik di sekolah tanpa dipantau pembacaan Al-quran
di rumah. Punca utama disebabkan oleh kekangan masa di sekolah , ibu bapa yang
tidak mahir untuk mengajar dan memantau disebabkan sibuk bekerja. Sekiranya isu ini
tidak ditangani, peratus murid yang mampu khatam Al-quran tidak mampu dicapai serta
kualiti murid yang khatam juga boleh diragui kesahan dan kebolehpercayaan penilaian
tersebut. Isu ini boleh ditangani dengan mengadakan kelas tambahan khusus kepada

3

murid yang terlibat, memberikan motivasi dan kesedaran kepentingan bacaan Al-quran
serta perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk bekerjasama menambahbaik kualiti
penguasaan anak-anak.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif

I. Mengenal pasti kekurangan dan kelebihan aktiviti pemulihan bacaan Al-quran yang
telah dilaksanakan.

II. Menghasilkan tatacara atau panduan berkesan bagi pelaksanaan aktiviti pemulihan
pembacaan Al-quran.

III. Menilai perancangan ke arah penambahbaikan proses PdP Al-quran.

4. KUMPULAN SASARAN
Beberapa murid tahap 2 dijadikan sasaran bagi kajian kes ini.Pelajar yang terlibat ialah 35
orang dari kelas 5 Hamka. Kelas ini terdiri daripada 23 pelajar lelaki dan 12 perempuan.

5. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenal pasti dan menangani isu yang timbul
melalui pengumpulan data.

5.1 TINJAUAN MASALAH
Murid sukar untuk membaca Al-quran dengan lancar dan ia menyebabkan
kesukaran untuk murid menghabiskan bacaan seperti yang sepatutnya
dicapai pada setiap sesi tasmik.Cara data diperoleh berdasarkan
pemerhatian dan temu bual

5.1.1 Pemerhatian
a. Murid lemau, berbual dan tidak menumpukan perhatian
dalam kelas semasa sesi tasmik.
b. Murid tidak mampu menghabiskan bacaan Al-quran di
muka surat yang sepatutnya .

4

5.1.2 Temu Bual
Hasil daripada temu bual mendapati kebanyakan murid tidak meluangkan masa untuk
mengukuhkan kemahiran pembacaan Al-Quran di rumah, tidak berminat untuk belajar dan
tiada pantauan dari rumah.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian
• 2 orang murid tidur semasa sesi tasmik
di dalam kelas
• 8 orang murid berbual sambil menunggu giliran tasmik
• 6 orang murid tidak mampu menyelesaikan tahap
tasmik yang sepatutnya bagi setiap sesi tasmik

5.2.2 Temu Bual
• 30% bosan dengan sesi tasmik di dalam kelas
• 50 % tidak menguasai hukum tajwid
• 20% tidak minat dengan pembacaan Al-quran

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.3.1 Kelas Tambahan Secara Maya Pengukuhan Penguasaan Hukum Tajwid
I. Guru telah menyenarai pendek murid yang layak untuk digilap kemahiran tajwid
II. Murid yang berminat dan bersetuju untuk memberi komitmen sepanjang kelas
tambahan di atas talian dimaklumkan persetujuaanya kepada pihak ibu bapa
III. Guru mengadakan kelas tambahan khusus dengan menjalankan pemulihan bacaan
Al-quran bermula dari bacaan Iqra mengikut tahap penguasaan sebenar masing-
masing
IV. Murid diberi motivasi untuk memperbaiki kualiti bacaan serta bersungguh untuk
menjadikan Al-quran sebagai pembacaan harian tidak tertumpu bagi sesi tasmik di
sekolah sahaja

5

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN
UNTUK MENANGANI ISU

5.4.1 Penggunaan Kad Ayat dan Power Point Semasa PdPc Al-quran

i. Guru menyediakan bahan power point tentang surah yang dibaca dan
terdapat hiasan-hiasan menarik pada power point tersebut
ii. Murid diperdengarkan bacaan surah daripada beberapa qari melalui
tayangan video
iii. Murid memberi kad ayat berkaitan surah yang akan dibaca
iv. Guru memperkenalkan kalimah-kalimah yang sukar dan murid dilatih
menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang kali sehingga lancar
sebutan.

PEMERHATIAN

Hasil daripada pemerhatian , menerusi aktiviti mampu meningkatkan pembacaan
Iqra dan Al-quran. Ini mendorong mereka untuk membaca Al-quran dengan teratur
dan mahir.

REFLEKSI

Menerusi aktiviti ini, murid dapat menunjukkan minat untuk membaca Iqra’ dan Al-
quran. Ini memberikan kepuasan kepada guru setelah didapati bacaan murid
semakin meningkat dari semasa ke semasa.

.
5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

Analisis Data: Perbezaan Sebelum &
Selepas Kajian Antara Murid Lelaki

&Perempuan

2.4 2 4.4 3 5
2 1.8 2.8

LELAKI(SEBELUM) PEREMPUAN LELAKI (SELEPAS) PEREMPUAN
(SEBELUM) (SELEPAS)

Tahap Kesukaran Motivasi Murid

Rajah 1 (Analisis Data : Perbezaan Tahap Kesukaran & Motivasi Murid)

6

1. Impak kepada murid :
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada tahap
kesukaran dan motivasi murid lelaki dan perempauan menunjukkan
perubahan yang amat memberangsangkan (Rujuk Rajah 1). Murid juga dilihat
tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh guru.

2. Guru :
Guru menilai dan merekod data tasmik yang relevan untuk murid 5 Hamka
khususnya bersesuaian dengan tahap yang sepatutnya dicapai.

3. Proses PdP :
Proses PdP berjalan lancar semasa sesi tasmik dan Al-quran.Guru amat
yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada murid. Ini
juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya memberikan
kepuasan kepada guru setelah melihat murid berjaya

Rumusannya, walaupun peningkatan yang ditunjukkan masih sedikit, kajian ini masih boleh
ditambah baik. Ini kerana proses penambahbaikan ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
Bukan sekadar dalam tempoh masa tertentu sahaja.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA (BELUM SIAP)

Pada kajian seterusnya, saya mencadangkan kajian difokuskan terhadap tindakan-tindakan
serta cara-cara yang boleh digunakan untuk membantu murid untuk menguasai bacaan jawi.
Kerana, berdasarkan pemerhatian saya juga mendapati bahawa murid saya agak lemah
dalam membaca jawi. Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah
tersebut dan dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka
melangkah ke alam sekolah menengah.

a. Cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya bagi tajuk yang
hampir sama (BELUM SIAP)

a. Cadangan kajian seterusnya bagi topik lain (BELUM SIAP)

7.0 RUJUKAN (BELUM SIAP)

7


Click to View FlipBook Version