PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
PANDUAN
PENULISAN TESIS
Nor Wahiza Abdul Wahat
Nor Haniza Abdul Wahat
Mastura Mahamed
©Nor Wahiza Abdul Wahat, Nor Haniza Abdul Wahat, Mastura Mahamed 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar
dalam apa jua bentuk dengan apa jua cara sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perpustakaan
Negara Malaysia.
Diterbitkan oleh
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor
03-97698210
https://educ.upm.edu.my
https//www.facebook.com/FPPUPM
eISBN: e 978-967-2395-96-6
Kandungan Muka Surat
Prakata 1
Kesalahan Popular di Bab 1 bagi Kajian Kuantitatif 2
Pengenalan 3
Latar Belakang Kajian 4
Permasalahan Kajian 10
Persoalan, Objektif dan Hipotesis Kajian 14
Skop dan Batasan Kajian 15
Definisi Terma dan Definisi Operasi 16
Penulisan Bab 1 bagi Kajian Kualitatif 17
Latar Belakang Kajian 18
Pernyataan Masalah Kajian 19
Persoalan dan Objektif Kajian 20
Kepentingan Kajian 23
Skop dan Limitasi Kajian 24
Kata Kunci 25
Pencarian Maklumat untuk Sorotan Literatur di Bab 2 26
Kepentingan Kajian literatur 27
28
Dilema dalam Pencarian Maklumat Sorotan Literatur 29
Sumber Rujukan: Pangkalan Data Atas Talian 43
Rujukan
Prakata
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpahan rahmat dan keizinannya, book elektronik Panduan
Penulisan Tesis Siri 1 ini dapat disiapkan. Buku elektronik ini adalah merupakan hasil daripada perkongsian
ketiga-tiga orang penulis yang telah mengendalikanE-Bengkel Panduan Penulisan Tesis Untuk Pelajar OKU
yang menduduki sama ada program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah falsafah kedoktoran di
institut pengajian tinggi, Malaysia. E-Bengkel ini telah dilaksanakan atas talian sejak bermulanya Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Ia turut disokong oleh dua orang juru bahasa isyarat bagi tujuan
kefahaman pelajar OKU daripada kategori kurang pendengaran. E-Bengkel ini juga disertai oleh pelajar OKU
daripada pelbagai kategori yang lain.
Tujuan Panduan Penulisan Tesis Siri 1 ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang
penulisan kandungan tesis, khususnya bagi Bab 1 dan Bab 2. Bab 1 merujuk kepada penulisan tentang
pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian,
kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta kesimpulan. Bab 1 bagi penulisan tesis yang menggunakan
pendekatan kajian kualitatif juga dimuatkan di dalam buku elektronik ini. Manakala Bab 2 di dalam Siri 1 ini
memfokus kepada pencarian maklumat untuk sorotan literatur.
Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian di dalam buku elektronik Panduan
Penulisan Tesis Siri 1 ini. In shaa Allah, siri-siri yang seterusnya akan mengandungi panduan tentang bab-bab
lain pula di dalam menghasilkan sebuah tesis yang tinggi nilai kualiti dan kesarjanaanya.
Selamat Membaca!
Profesor Madya Dr.Nor Wahiza Abdul Wahat
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Kesalahan Popular
Bab 1
NOR WAHIZA ABDUL WAHAT
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pengenalan
• Bab ini memfokus kepada Bab 1 di dalam sebuah tesis.
• Ia mengulas tentang kesalahan-kesalahan popular yang sering
dilakukan oleh para pelajar di dalam penulisan bab ini.
• Kesalahan-kesalahan ini sering dikenalpasti semasa penyeliaan
ataupun pemeriksaan tesis.
• Semoga kandungan bab ini dapat membantu para pelajar mengelak
daripada melakukan kesalahan yang sama.
Latar Belakang Kajian?
• Latar belakang kajian adalah kunci utama yang membuka
pemahaman pembaca tentang topik kajian kita.
• Ia memperkenalkan pembaca tentang fenomena yang penyelidik kaji.
• Seharusnya bahagian latar belakang ini menyambut seruan ayat
pertama di dalam Surah Al-Alaq yang bermaksud, “Bacalah (wahai
Muhamad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian
makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah
dari Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui
pena dan tulisan” (96:1-5).
Apakah itu Latar Belakang Kajian?
• Surah ini memberi panduan kepada penyelidik untuk
memperkenalkan sebarang ilmu dengan begitu jelas dan tersusun
bagi memastikan pemahaman pembaca atau penerima ilmu.
• Dalam erti kata lain, penyelidik perlu menggarap bahagian latar
belakang kajian dengan teratur.
• Berikan tumpuan kepada fenomena (pemboleh ubah bersandar) yang
penyelidik kaji dalam konteks global, serantau, negara dan seterusnya
konteks kajian (organisasi, komuniti dan sebagainya).
• Contoh fenomena: kepuasan kerja, prestasi kerja, tingkah laku devian
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
• Pada kebiasaannya kesalahan ini berlaku kerana pelajar teruja untuk
mengkaji tentang salah satu atau beberapa pemboleh ubah tidak bersandar.
• Pelajar sangat berminat untuk mengetahui peranan ataupun pengaruh
pemboleh ubah tidak bersandar tersebut terhadap fenomena yang dikaji.
• Lantaran itu, kebanyakan penulisan di dalam latar belakang lebih memfokus
di dalam menerangkan pemboleh ubah tidak bersandar tersebut.
• Akhirnya, penulisan di dalam latar belakang kajian kurang memberi
perhatian kepada fenomena atau pemboleh ubah bersandar yang ingin
dikaji.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pengenalan pemboleh ubah tidak jelas
di dalam latar belakang kajian
• Satu lagi kesalahan popular yang sering berlaku adalah tidak ada
penerangan yang jelas tentang pemboleh ubah, baik pemboleh ubah
tidak bersandar mahupun pemboleh ubah bersandar.
• Dalam erti kata lain, latar belakang kajian ditulis dalam bentuk yang
terlalu umum dan tidak berfokus.
• Sebagai contoh di dalam mengkaji peranan faktor teknologi di dalam
media, pelajar tidak menerangkan secara lebih khusus apakah faktor-
faktor teknologi tersebut.
• Satu lagi contoh, pelajar menyatakan bahawa kajian adalah tentang
Revolusi 4.0. Namun pelajar tidak menerangkan secara khusus
apakah aspek Revolusi 4.0 yang akan dikaji.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Tiada konteks kajian di dalam latar belakang kajian
• Satu lagi kesalahan popular yang sering berlaku adalah tidak ada
penerangan tentang konteks kajian itu sendiri.
• Pelajar lebih banyak menerangkan tentang fenomena ataupun
senario yang berlaku di luar negara ataupun di peringkat global.
Mereka tidak memberi tumpuan langsung kepada yang sedang
berlaku di konteks ataupun lokasi kajian.
• Lantaran itu, wujudlah persoalan besar kenapa kajian ini harus
dilaksanakan di lokasi kajian yang dipilih.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Oleh itu, ingatlah piramid terbalik ini di dalam
menulis latar belakang kajian
Konteks global
Konteks serantau
Konteks lokal
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Tiada masalah dalam permasalahan kajian
• Ini adalah merupakan satu lagi kesalahan yang sangat popular di
dalam bab 1 tesis. Merujuk kepada Rajah 1, kita dapat melihat
bahawa pelajar tidak menampilkan jurang kajian yang jelas di dalam
permasalahan kajian. Rajah 1
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Rajah 2 pula menampilkan perkara yang sering terjadi, iaitu pelajar
tidak menampilkan secara sistematik dan padu sokongan literatur
yang menyatakan kurangnya kajian yang telah menyiasat sumbangan
pemboleh ubah tidak bersandar terhadap fenomena yang dikaji.
Rajah 2
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Adakalanya tiada keselarian di antara soalan yang diajukan dalam persoalan kajian dengan
Perbincangan di dalam permasalahan kajian. Soalan yang diajukan kelihatan begitu asing
dan tidak berkaitan langsung dengan penulisan dalam permasalahan kajian.
Rajah 3
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
1. Persoalan kajian harus diaju dalam bentuk soalan dan terzahir daripada
perbincangan jurang di dalam permasalahan kajian.
2. Objektif kajian menerangkan tentang tujuan kajian dilaksanakan dan ayatnya
berbentuk pernyataan.
3. Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang jangkaan hubungan antara pemboleh
ubah tidak bersandar atau moderator atau mediator dengan pemboleh ubah
bersandar. Ia terzahir daripada cadangan teori dan juga sokongan kajian lepas. Ia
akan diuji berdasarkan analisis tertentu.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
1. Skop kajian menyatakan responden kajian, lokasi kajian, reka bentuk
kajian dan pemboleh ubah yang dikaji.
2. Batasan kajian menerangkan limitasi kajian yang wujud lantaran
komponen-komponen di atas. Pada kebiasaannya, keterbatasan
dikaitkan dengan keputusan kajian yang tidak boleh digeneralisasikan
di luar konteks kajian.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
1. Definisi terma menerangkan definisi terma-terma penting di dalam penulisan tesis
supaya pembaca lebih jelas dengan terma-terma tersebut.
1. Definisi operasional pula hanya menerangkan definisi bagi pemboleh ubah kajian.
Penerangan definisi ini harus selari dengan pengukuran pemboleh ubah berkenaan.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
PENGENALAN BAB 1
BAGI KAJIAN KUALITATIF
MASTURA MAHAMED
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
(Berdasarkan kajian lepas topik yang di
kaji)
Senario terkini skala global
Senario Tempatan dan kaitan
dengan isu
Perhubungan isu dan
masalah yang dikaji
PENYATAAN PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Masalah Perkara-Perkara Yang Penting
Mengenal pasti Mesti memaparkan kekurangan, ketidak cekapan, penemuan 1
masalah yang ingin negatif berkaitan sesuatu isu berdasarkan dapatan kajian lepas 2
dMikaasjailah meliputi BUKAN semua isu ada masalah TAPI semua
masalah bermula daripada mengenal pasti isu
aspek praktikal, teori,
polisi , metodologi
Tips Mesti mempunyai sekurang-kurang nya dua aspek untuk 3
ditonjolkan sebagai masalah yang di temui untuk tujuan kajian
Persoalan-Persolan 4Berdasarkan dapatan kajian lepas, apa penambahbaikan yang kita 5
Penting Untuk
KPeapnednutainngan boleh lakukan lagi? (Permasalahan kajian)
pengamatan dan
pemahaman kajian Berdasarkan dapatan kajian lepas yang dilakukan tadi, pada pengamatan anda,
lepas. apa lagi yang perlu dilakukan, yang membolehkan kajian anda dilakukan?
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
PERSOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Lazim Fokus Perlu Persoalan
mempunyai kepada mempertimban dan objektif
2 atau 3 aspek gkan perlu selari
persoalan mengapa kesesuaian dan
dan objektif dan perihai ini konsisten
sahaja. bagaimana dengan reka denagn
(kualitatif) suatu bentuk kajian masalah
fenomena/ yang ingin di yang ingin di
kajian kaji
tersebut
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
CONTOH OBJEKTIF KAJIAN
▪ 1. Untuk mengenal pasti sikap yang dimiliki oleh audien belia
awal berlainan etnik terhadap iklan kemasyarakatan yang
berbentuk didik-hibur yang disiarkan di televisyen
▪ 2. Untuk memahami faktor yang menyumbang kepada berlakunya
keterlibatanaudien belia awal berlainan etnik dengan iklan
kemasyarakatan yang berbentuk didik-hibur yang disiarkan di
televisyen.
▪ 3. Untuk memahami penglibatan audien belia awal berlainan
etnik dengan iklan kemasyarakatan yang berbentuk didik-hibur
yang disiarkan di televisyen .
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
CONTOH PERSOALAN KAJIAN
▪ 1. Apakah sikap yang dimiliki oleh audien belia awal berlainan
etnik terhadap iklan kemasyarakatan yang berbentuk didik-hibur
yang disiarkan di televisyen
▪ 2. Mengapakah berlakunya keterlibatanaudien belia awal
berlainan etnik dengan iklan kemasyarakatan yang berbentuk
didik-hibur yang disiarkan di televisyen.
▪ 3. Bagaimanakah bentuk penglibatan audien belia awal berlainan
etnik dengan iklan kemasyarakatan yang berbentuk didik-hibur
yang disiarkan di televisyen .
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
KEPENTINGAN KAJIAN
Aspek Praktikal Aspek Polisi
Pembangunan dan
Perkembangan
Teori
Aspek Methodologi
KEPENTINGAN KAJIAN
❖ Utk menjelaskan pentingnya
permasalahan tersebut dikaji.
(Contoh: Utk mencari penyelesaian
terhadap permasalan yang disebut
sebelumnya.)
❖ Signifikan kajian menjawab soalan berikut:
1. Mengapa 2. Untuk siapa 3. Apakah manfaat
yang diperoleh
kajian anda kepentinga jika kajian ini
dilakukan?
penting n kajian ini?
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
SKOP DAN LIMITASI KAJIAN
❖ Skop adalah penerangan kepada pemilihan perkara
utama yang menjadi fokus kajian yang berada dalam
kawalan anda. Contoh: Pembaca tentu ingin tahu
mengapa, umpamanya anda mengambil kira faktor
jantina.
❖ Menjelaskan ruang lingkup dan pendekatan sebuah
penyelidikan saintifik yg ingin dilakukan.
❖ Meliputi setakat mana penyelidikan itu hendak
dilakukan
❖ Limitasi pula menyelaskan batasan dari segi pemilihan
sample, tempoh masa kajian di jalankan , peluang
generalisasi (transferability kajian untuk dilaksanakan di
lokasi / keadaan (setting) yang berbeza
❖ Aplikasi generalisasi adalah lebih terhad dengan kaedah
kualitatiif kerana pengkhususan dan perincian yang lebih
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
KATA KUNCI
1. KATA KUNCI
❖ Memberi makna perkataan atau konsep yang dikaji.
❖ Erti kata lain definisi secara bahasa berkaitan dengan
sesuatu kajian.
❖ Contoh :“memandu” membawa maksud memandu
kenderaan. Tidak kiralah kenderaan apa sekalipun.
2. DEFINISI OPERASIONAL
❖ Cuba menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan.
Definisi operasional adalah definisi tersendiri yang
dimaksudkan oleh penyelidik.
❖ Contoh : perkataan pemandu didefinisikan sebagai
pemandu yg mempunyai lesen yg sah ( dengan rujukan )
❖ Semasa menulis bahagian ini wajar mwnyatakan kata
kunci asas dan kata kunci berdasarkan konteks operasi
pengkaji
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
KATA KUNCI
1. KATA KUNCI
❖ Memberi makna perkataan atau konsep yang dikaji.
❖ Erti kata lain definisi secara bahasa berkaitan dengan
sesuatu kajian.
❖ Contoh :“memandu” membawa maksud memandu
kenderaan. Tidak kiralah kenderaan apa sekalipun.
2. DEFINISI OPERASIONAL
❖ Cuba menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan.
Definisi operasional adalah definisi tersendiri yang
dimaksudkan oleh penyelidik.
❖ Contoh : perkataan pemandu didefinisikan sebagai
pemandu yg mempunyai lesen yg sah ( dengan rujukan )
❖ Semasa menulis bahagian ini wajar mwnyatakan kata
kunci asas dan kata kunci berdasarkan konteks operasi
pengkaji
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pencarian Maklumat untuk
Sorotan Literatur di BAB 2
NOR HANIZA ABDUL WAHAT
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Kepentingan Kajian Literatur
Pembentukan persoalan, objektif dan
hipotesis kajian yang dijalankan.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Dilema dalam Pencarian Maklumat Sorotan Literatur
Bila perlu Mula? Akhir? 1
dimulakan?
Sumber? Sumber rujukan terbaik? Terkini? 2
Sesuai atau tidak? Sumber rujukan terbaik dan relevan 3
Pemikiran kritis Sesi brainstorming berkumpulan vs berseorangan 4
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Sumber Rujukan: Pangkalan Data Atas Talian
Google Scholar 1
Abstrak? Pubmed 2
Artikel penuh? Scopus 3
Percuma atau
berbayar?
Web of Science 4
EbscoHost 5
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Sentiasa kemas kini
rujukan dan bacaan
Proposal Akhir
penyelidikan
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Sumber Rujukan:
Contoh Pangkalan Data Atas Talian yang
dicapai melalui
http://www.ukm.my/ptsl/portal/menu
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Contoh Sesi Brainstorming dan Pencarian Maklumat
Contoh topik bagi brainstorming
sorotan literatur:
“Job seeking experience among
disabled in Asia”
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Contoh Sesi Brainstorming Difficulties
faced by
Employers “Job seeking working
experience experience disabled in
with disabled among disabled
Asia
in Asia in Asia”
Support for
disabled in
employment
in Asia
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Contoh Pencarian Maklumat dengan Enjin Carian
Berbeza
• Gunakan platform enjin carian yang pelbagai
• Gunakan kata kunci dengan maksud yang sama
• Sumber percuma vs berbayar
• Sumber rujukan dengan sitasi yang tinggi
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pencarian Google Scholar
Pencarian Pubmed PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pencarian Pubmed
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Pencarian Scopus
Pencarian Web of Science
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Sumber Rujukan
Sumber rujukan utama @ data kajian
vs
review paper:
Kedua-duanya adalah sama penting
mengikut konteks kajian yang dilakukan
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Wujudkan
perpustakaan anda!!!
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Contoh perpustakaan atau rujukan
peribadi (salinan lembut)
Date Author Findings
2011 Daudji, Anisa, et al. "Perceptions of
disability among south Asian
2003 immigrant mothers of children with
2012 disabilities in Canada: implications for
rehabilitation service
delivery." Disability and
rehabilitation 33.6 (2011): 511-521
Haq, Faridah Serajul. "Career and
employment opportunities for women with
disabilities in Malaysia." Asia Pacific
Disability Rehabilitation Journal 14.1
(2003): 71-78.
Ngo, Hong, et al. "Stigma and restriction on
the social life of families of children with
intellectual disabilities in
Vietnam." Singapore medical journal 53.7
(2012): 451-457.
PANDUAN PENULISAN TESIS SIRI 1
Contoh perpustakaan rujukan
peribadi (salinan lembut)
• Terus menambahbaik rujukan dari awal hingga akhir penyelidikan
• Sentiasa peka dengan sumber rujukan dan dapatan terkini
RUJUKAN
• Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2016). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. Sage
publications.
• Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (Eds.). (2011). The Sage handbook of qualitative research. Sage publications .
• Evans, D., Gruba, P. and Zobel, J. (2014). How to Write a Better Thesis (3rd ed.). Springer.
• Muda, M. (2007). Keterlibatan audien belia awal dengan genre didik-hibur di televisyen (Doctoral dissertation, Universiti
Putra Malaysia).
• Booth, A., Sutton, A. and Papaioannou, D. (2016). Systematic Approaches to a Successful Literature Review (2nd
ed.) Sage.
.• Ridley, D. (2012). The Literature Review: A Step-by-Step Guide for Students (2nd ed.). Sage
PROFESOR MADYA DR. NOR WAHIZA ABDUL WAHAT
JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DR. NOR HANIZA ABDUL WAHAT
PROGRAM AUDIOLOGI,
PUSAT KAJIAN REHABILITASI & KEPERLUAN KHAS
FAKULTI SAINS KESIHATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DR.MASTURA MAHAMED
JABATAN KOMUNIKASI
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA