Anjuran: Dengan kerjasama: JARINGAN PENYELIDIKAN AWAM-SWASTA (PPRN) PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 ....................................... PPRN 2.0 (ZON UTARA) Tarikh : 20 September 2023, Rabu Masa : 9:00 pagi - 1:00 petang Tempat : Dewan Cancelor, Universiti Teknologi PETRONAS PROGRAM TAKLIMAT DAN PAMERAN BUKU PROGRAM
Isi Kandungan Kata Alu-Aluan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.......................1 Sekapur Sireh, Seulas Pinang Naib Canselor.................................2 Atur Cara Program .......................................................................3 Maklumat PPRN 2.0 .....................................................................4 Peta Kampus ...............................................................................5 Senarai Penceramah ...................................................................6 Maklumat Projek ..........................................................................7 Sekalung Budi.............................................................................18 Senarai Ahli Jawatankuasa.........................................................19
YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Bismillahirrahmannirrahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur kita kepada Allah S.W.T yang telah memberi kesempatan dan peluang kepada kita untuk menganjurkan Program Taklimat dan Pameran Public – Private Research Network 2.0 (PPRN). PPRN merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara pihak industri dan akademia bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan iaitu demand driven. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Tinggi bertindak sebagai perantara serta pemudah cara strategik yang menyokong kepada pelaksanaan program atau inisiatif di bawah PPRN. PPRN juga seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi di bawah lonjakan ke 7- Ekosistem Inovasi yang bermatlamat untuk membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik, kritikal dan secara langsung menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pemerkasaan peranan Institusi Pengajian Tinggi sebagai penyelesaian masalah kepada pihak yang berkepentingan. Visi Malaysia yang dihasratkan melalui konsep negara MADANI meliputi pembudayaan daya cipta dalam kalangan masyarakat, dan menjadi penyumbang kepada revolusi digital dan teknologi yang berupaya untuk mengubah dunia. Ini selaras dengan agenda Research, Development, Commercialisation and Innovation (RDCI) di Malaysia yang disasarkan boleh meningkatkan sumbangan kepada kelestarian komuniti dan negara iaitu strategi keempat KPT bagi Key Performance Indicator (KPI) MADANI. Kesempatan program pada kali ini akan digunakan sebaiknya oleh pihak penganjur khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UTP untuk menghebahkan maklumat terkini kepada warga universiti awam dan swasta, industri serta komuniti. Selain itu, seluruh lapisan masyarakat dapat mengetahui mengenai inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dalam usaha mengetengah model kerjasama strategik antara pihak akademia dan industri melalui geran pemadanan iaitu PPRN 2.0. Suntikan dana yang diberikan oleh KPT kepada penyelidik bagi menghasilkan teknologi dan inovasi yang berkualiti tinggi diharap dapat membantu syarikat tempatan untuk meningkatkan produktiviti. Saya percaya dengan perancangan yang diatur rapi, program ini mampu mencapai matlamat seperti mana yang dikehendaki. Saya menjangkakan sambutan kepada PPRN 2.0 dan minat orang ramai untuk mengetahui perkembangan teknologi dan inovasi dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, bakal meletakkan negara sebagai sebuah negara yang berjaya membentuk jalinan kerjasama erat antara akademia dan industri seperti mana negara-negara maju yang lain. Akhir sekali saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa UTP dan KPT serta pempamer yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari ini. Program seumpama ini wajar diteruskan di masa akan datang dan saya amat berharap ianya boleh dilaksanakan pada skala yang lebih besar dengan keterlibatan lebih ramai akademia, pakar-pakar dari industri, agensi-agensi kerajaan dan swasta. Page 1 KETUA SETIAUSAHA Kata Alu-Aluan Kementerian Pendidikan Tinggi
Prof. Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS Page 2 NAIB CANCELOR Sekapur Sireh, Seulas Pinang Universiti Teknologi PETRONAS Bismillahirrahmannirrahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita menganjurkan Program Taklimat dan Pameran, PublicPrivate Research Network (PPRN) 2.0. Program PPRN ini amat signifikan dalam konteks pengintegrasian kepakaran dan keperluan teknikal dengan penyertaan semua pemegang taruh yang berkenaan iaitu pembuat dan pelaksana dasar dari sektor awam dan swasta, para akademia dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi dan juga para penggerak sektor perniagaan, industri dan keusahawanan. Semangat perkongsian pintar awam-swasta, yang kini telah menjangkau inisiatif penyelidikan dan inovasi bukanlah sesuatu yang baharu buat kita. Dalam konteks evolusi semangat tersebut pada hari ini, kini universiti dan institusi penyelidikan awam turut berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem perkongsian pintar dengan komuniti industri dan perniagaan secara lestari. Justeru, platform PPRN ini menyediakan ruang kepada universiti-universiti awam dan swasta untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam konteks rangsangan ekonomi melalui khidmat rundingcara teknikal dengan mengambilkira faktor dasar semasa kerajaan dan produktiviti industri serta perniagaan. Komitmen tinggi kerajaan dalam menggerakkan agenda ini tentu sekali menuntut penglibatan menyeluruh semua pihak, termasuklah Universiti Swasta seperti UTP. Penubuhan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri mencerminkan keseriusan kerajaan bagi memastikan agenda ini terkoordinasi dengan baik melibatkan semua pemegang taruh yang berkenaan. UTP sentiasa komited untuk mendukung agenda PPRN yang diterajui pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini dalam konteks pengwujudan ekosistem mesra pengetahuan (knowledge-friendly ecosystem) di mana pengetahuan dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam dan swasta dapat disebarkan bagi manfaat industri yang memerlukannya. Sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, UTP melihat PPRN sebagai platform pemadanan yang amat berkesan bagi memudahcara inisiatif kolaborasi dengan industri yang memberi pulangan manfaat kepada kedua-dua pihak. Sebelum mengakhiri kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana telah memilih UTP sebagai tuan rumah untuk edisi kali ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, sama ada dari dalam atau luar UTP yang telah menyumbangkan khidmat dan tenaga bagi menjayakan pelaksanaan Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 di UTP ini. Mudah mudahan usaha murni ini akan terhitung di sisi Allah Ta’ala sebagai amalan dan ilmu yang bermanfaat yang seterusnya dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak tindakan yang memberi faedah secara menyeluruh kepada rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.
0900 SESI PERKONGSIAN 0800 Pendaftaran Nyanyian Lagu Negaraku & Bacaan Doa 0910 Sesi 1 : Taklimat Inisiatif PPRN 2.0 YBr. Dr. Wan Nor Aishah Binti Wan Omar Pensyarah Utama, Jabatan Pengajian Am Politeknik Nilai, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2 : Benefits of Collaborations in R,D,C&I: Best Practices Encik Sariffuddin Mahmud Wakil Industri Halal Management Expert Sesi 3 : Tips On How Academia Can Solve Industry Problems Through Innovations YBrs. Prof. Ir. Dr. M Shahir Liew Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan) Universiti Teknologi PETRONAS Sesi 4 : Pengurangan Cukai - Kaedah Memohon Insentif Pengurangan Cukai YBrs. Ts Dr. Azlin Binti Abd Jamil Pegawai Pemasaran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia Sesi 5 : Perkongsian Success Stories Projek PPRN YBrs. Prof. Madya Dr. Mohamad Aizat Abas Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia 0940 1000 1020 1100 Page 3 PROGRAM Aturcara
Ucapan Alu-Aluan YBrs. Prof. Ir. Dr. Mohd Shahir Liew Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan) Universiti Teknologi PETRONAS Kementerian Pendidikan Tinggi Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar Ketua Setiausaha Tayangan Montaj Gimik Pelancaran PPRN 2.0 Pertukaran Memorandum Persefahaman antara UTP dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) Sesi Bergambar 1130 1140 1150 1155 1200 Page 3 ACARA PERASMIAN PROGRAM Aturcara 1100 Ketibaan Tetamu Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi 1115 Ketibaan Ybhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar Bacaan Doa Nyanyian Lagu Negaraku 1205 Lawatan Reruai Pameran PPRN 2.0 1300 Makan Tengahari
PPRN Apa Itu PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia Objektif Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyediaan penyelesaian (providing solution) daripada IPT dan PRI kepada industri; Meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian; dan Menggalakkan penyertaan penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri Skop Projek InovasI Produk Menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri terutama yang berasaskan teknologi atau ke arah pensijilan InovasI Proses Menambaik baik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan untuk menjadikannya lebih cekap dan efisien dengan teknologi selaras dengan Industri 4.0. Komitmen Dan Mekanisme Pembiayaan Projek PPRN menawarkan geran pemadanan sehingga RM350,000 untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz syarikat Syarat Dan Kriteria Permohonan Projek Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Nilai jualan tahunan melebihi RM100,000 (dengan bukti penyata bank syarikat 6 bulan terkini – Perniagaan atau penyata akaun yang diaudit untuk 3 tahun – Sdn Bhd); Syarikat hendaklah: Syarikat a. Berdaftar dengan manamana agensi atau platform yang menilai prestasi syarikat antara lain seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) atau agensi lain yang setaraf; atau b. Berada dalam kategori Syarikat yang berdaya saing dan berdaya maju (rujuk Lampiran C dalam Garis Panduan Pelaksanaan PPRN); Syarikat perlu ada premis perniagaan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pusat Inkubator yang berdaftar dengan agensi; Syarikat mesti beroperasi sekurang kurangnya 1 tahun; Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%); dan Produk/perkhidmatan yang hendak ditambah baik/ditambah nilai di bawah Inisiatif PPRN perlu berada dipasaran/ditawarkan sekurangkurangnya setahun. Penyelidik Permohonan terbuka kepada semua penyelidik IPT dan PRI; Ketua penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap manakala penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap atau kontrak di IPT dan PRI; Tempoh perkhidmatan ketua penyelidik dan penyelidik hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 24 bulan daripada tarikh projek bermula Ketua penyelidik mestilah warganegara Malaysia; Penyelidik perlu mempunyai kepakaran, kemahiran atau pengetahuan dalam projek yang dipohon; Ketua penyelidik bukan dalam tempoh cuti belajar/ sabatikal/menyambung pengajian/ latihan industri atau yang sama taraf dengannya; Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek atau menjadi ahli untuk satu (1) projek pada satu satu masa. Permohonan khas perlu dibuat kepada KPT untuk kelulusan Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN jika penyelidik ingin mengetuai atau menjadi ahli melebihi satu (1) projek pada satusatu masa; Penyelidik yang mengetuai atau menjadi ahli kepada satu satu projek yang masih dalam pelaksanaan, tidak dibenarkan memohon projek baru sehingga surat status projek dikeluarkan oleh KPT; dan Penyelidik yang telah disenarai hitam sebelum ini tidak boleh memohon projek PPRN sehingga tempoh penggantungan tamat. Page 4
KAMPUS Peta Page 5
PENCERAMAH Senarai DR. WAN NOR AISHAH WAN OMAR POLITEKNIK NILAI EN. SARIFFUDDIN MAHMUD PAKAR PENGURUSAN HALAL PROF. IR. DR. M SHAHIR LIEW UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS TS. DR. AZLIN BINTI ABD JAMIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PROF. MADYA DR. MOHAMAD AIZAT ABAS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Page 6
PROJEK Maklumat Troli Elektrik Pemandu Semua Roda Dengan Pek Bateri Boleh Tukar Untuk Operasi Kelapa Sawit Sistem Pemantauan Bateri Untuk Set Penjana Elektrik Campuran Komposit Alternatif Melibatkan Tps/Pla/Pbat/Ncc Untuk Menghasilkan Produk Acuan Bersifat Biodegradasi Dan Dapat Dikompos Sistem Probing Voltan Dan Impedans Automatik Untuk Penyelesaian Masalah Papan Litar Bercetak Pembersihan Panel Suria Mudah Alih Semi-Automatik Berasaskan Sistem Iot Pengoptimuman Kecekapan Bagi Penjana Gas Pengeluar Biojisim Pengoptimuman Kecekapan Penyental Air Untuk Pembakar Reka Bentuk Dan Pembangunan Pemutar Berkelajuan Tinggi Untuk Dinamometer Arus Putar Bersejuk Udara Vl Jejak: Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Pintar Sistem Automasi Pengurusan Pembuatan Berasaskan “Cloud” 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Page 7
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK SYARIKAT JIMAS GENERAL RESOURCES EN. MOHD SYAIFUDDIN BIN MOHD PENGENALAN PROJEK PERTANIAN TROLI ELEKTRIK PEMANDU SEMUA RODA DENGAN PEK BATERI BOLEH TUKAR UNTUK OPERASI KELAPA SAWIT Projek itu melibatkan pembangunan troli elektrik pacuan semua roda dengan belakang bateri boleh tukar dan 3 motor dalam roda. Prototaip ini direka bentuk, dibina dan dioptimumkan sebagai versi yang lebih baik daripada prototaip sebelumnya yang dibina dengan hanya sistem pacuan roda hadapan dan tanpa system penggantungan yang sesuai untuk penggunaan off-road. Pelan pembangunan selanjutnya projek itu akan merangkumi reka bentuk motor dalam roda dan pemasangan pek bateri tempatan untuk mengurangkan lagi kos pembuatan. Prototaip yang baru dipertingkat sedang dibangunkan lagi untuk pengeluaran, dengan model 4WD dalam pertimbangan. Pembangunan berterusan komponen gantian import: i. Motor dalam roda Sebelum Selepas Impak kepada industri: ii. Pemasangan pek bateri tempatan. Projek itu melibatkan pembangunan troli elektrik pacuan semua roda dengan belakang bateri boleh tukar dan 3 motor dalam roda. Prototaip ini direka bentuk, dibina dan dioptimumkan sebagai versi yang lebih baik daripada prototaip sebelumnya yang dibina dengan hanya sistem pacuan roda hadapan dan tanpa system penggantungan yang sesuai untuk penggunaan off-road. Pelan pembangunan selanjutnya projek itu akan merangkumi reka bentuk motor dalam roda dan pemasangan pek bateri tempatan untuk mengurangkan lagi kos pembuatan. Page 8
KATEGORI INDUSTRI SYARIKAT JAYALAX RESOURCES PENYELIDIK DR. SHAHNURRIMAN ABDUL RAHMAN PROF. MADYA IR. DR. MUHAMMAD MOKHZAINI AZIZAN IR. TS. DR. NORHIDAYU RAMELI IR. DR. NUR HAZIRAH ZAINI 1. 2. 3. 4. KEJAYAAN & IMPAK Sebelum Sebelum ini juruteknik perlu pergi ke setiap lokasi untuk pemeriksaan dan proses ini memerlukan masa, tenaga dan kos kewangan untuk sampai ke lokasi tersebut. Selain itu, kaedah pemeriksaan manual terdedah kepada kesilapan manusia, menyebabkan bacaan yang tidak tepat dan penafsiran prestasi bateri yang mungkin salah. Selain itu, sebelum pelaksanaan BMS, tiada kaedah proaktif untuk mengesan masalah bateri. Selepas Berlaku penjimatan hampir RM400 seminggu apabila proses pemantauan dilakukan secara atas talian. Selain itu, data yang diperoleh dapat memberi indikasi tepat kepada keadaan batteri secara langsung seterusnya membolehkan proses intervensi awal dilakukan sekiranya ada batteri yang dilihat bermasalah. PENGENALAN PROJEK Contoh Pemasangan BMS di lokasi Contoh dashboard yang memaparkan kondisi bateri Contoh email alert sekiranya bateri bermasalah Contoh bateri tanpa BMS Contoh pemeriksaan bateri manual SERVIS SISTEM PEMANTAUAN BATERI UNTUK SET PENJANA ELEKTRIK Matlamat utama projek adalah untuk mengoptimumkan proses pemeriksaan bateri mingguan bagi sistem set penjana elektrik Jayalax Resources. Kaedah pemeriksaan manual yang sedang digunakan bukan sahaja memerlukan masa dan tenaga yang besar, malah juga terdedah kepada potensi kesilapan manusia dalam merekod data. Kelemahan lain ialah tiada pemantauan berterusan terhadap keadaan sel bateri individu. Bagi mengatasi cabaran ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencadangkan pelaksanaan Sistem Pemantauan (BMS). BMS telah dipasang di lokasi terpilih dan secara berterusan memantau parameter bateri yang penting, termasuk jumlah voltan, keadaan cas (SOC), nilai rintangan dalaman, dan suhu bagi setiap sel bateri. Data tersebut boleh diakses secara sertamerta melalui papan pemuka atas talian, memudahkan Jayalax Resources untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas berdasarkan keadaan bateri. Lebih penting lagi, BMS akan memberi notifikasi secara proaktif melalui e-mel kepada Jayalax Resources mengenai sebarang ketidaknormalan atau perbezaan dari had yang telah ditetapkan. Ini membolehkan tindakan segera sekiranya terjadi sebarang masalah dan memastikan prestasi bateri yang optimum. Penjagaan dan pemantauan yang baik terhadap prestasi bateri ini juga akan mengurangkan risiko masalah untuk berlaku serta memberi manfaat dalam pengurusan masa kakitangan mekanikal dan elektrik (M&E) di lokasi. Pelaksanaan BMS di empat lokasi berbeza telah membebaskan keperluan untuk kunjungan fizikal dan pengukuran manual, menjimatkan kos sehingga sekitar RM400 seminggu. Kos-kos ini sebelum ini terpaksa ditanggung bagi tenaga manusia dan pengangkutan dalam menjalankan penyelenggaraan SEBELUM Proses Pemeriksaan Manual SELEPAS Pemasangan BMS di Lokasi Page 9
KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK SYARIKAT PROF. IR. DR. SRIMALA SREEKANTAN FRAGSTAR CORPORATION SDN. BHD. PENGENALAN PROJEK Penampilan makroskopik PBAT dan PBAT komposit dengan masa pengebumian yang berbeza. KATEGORI INDUSTRI MEDIUM Pembuatan plastik terbiodegradasi kekal sebagai isu mencabar bagi komuniti saintifik dan industri kerana sifat mekanikal dan kebolehbiodegradan bertambah baik dengan mengorbankan kos bahan yang tinggi. Oleh itu, kajian ini berkaitan dengan fabrikasi dan pencirian polimer terbiodegradasi dengan 40% pengisi sisa sekam padi dan 60% polimer yang mengandungi campuran polibutilen suksinat (PBS) dan polibutien adipate-cotereftalat (PBAT) untuk mencapai sifat mekanikal yang baik, biodegradasi 92 sebanyak 92% dalam enam bulan, dan harga yang kompetitif. Cabaran dalam memasukkan bahan pengisi sifat hidrofilik dalam jumlah yang tinggi ke dalam PBS/PBAT hidrofobik telah ditangani dengan menambahkan plasticizer seperti gliserol dan kalsium stearat. Kompatibilizer seperti anhidrida maleica (MA) dan dicumyl peroksida (DCP) telah digunakan untuk meningkatkan kebolehcampuran antara PBS/PBAT hidrofobik dan bahan pengisi hidrofilik. Komponen dengan rumusan khusus (PBS/PBAT/TPRH) mempunyai kekuatan tegangan 14.27 MPa, modulus Young 200.43 MPa, dan pemanjangan saat putus 12.99%, yang sesuai untuk penghasilan produk acuan seperti dulang, bekas makan tengah hari dan straw minuman. Polimer komposit yang diperolehi mencapai 92% kehilangan jisim selepas enam bulan ujian pengebumian tanah mengesahkan kebolehbiodegradannya. Syarikat itu menggunakan produk berasaskan poliolefin yang menyumbang kepada kesan buruk pencemaran beg plastik ke atas ekosistem, serta habitat semula jadi dan hidupan liar. Pelaksanaan kepakaran teknologi baru dalam industri untuk penciptaan produk terbiodegradasi. Pengurangan kesan buruk yang disebabkan oleh plastik tidak terbiodegradasi, sekali gus dapat membantu usaha nasional ke arah Matlamat Pembangunan Mampan SDG No. 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Sebelum Selepas CAMPURAN KOMPOSIT ALTERNATIF MELIBATKAN TPS/PLA/PBAT/NCC UNTUK MENGHASILKAN PRODUK ACUAN BERSIFAT BIODEGRADASI DAN DAPAT DIKOMPOS Sisa Sekam Padi Sekam padi yang dirawat dengan kimia Proses Pengkompaunan Penampilan akhir pelet pengkompaunan Prototaip acuan Page 10
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK SYARIKAT HITRONIK SDN BHD 6. PN. ROSLINA HUSSIN 1. PROF. IR. DR. MOHD FADZIL BIN AIN 2. PROF. IR. TS. DR. SHAHREL AZMIN SUNDI@SUANDI 3. DR. MOHD NAZRI MAHMUD 4. EN. MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMED OMAR 5. EN. SUARDI KAHARUDDIN Lebih banyak masa diperlukan untuk mengambil ukuran voltan dan impedans melalui pengukuran manual. Mengurangkan risiko bagi kerosakkan tambahan terhadap peralatan dengan menggunakan kemajuan teknologi dalam mesin kawalan berangka komputer (CNC) dan pengimejan digital yang dapat mengurangkan ralat manusia akibat pintasan. Mengurangkan masa dalam Penyelesaian Masalah Papan Litar Bercetak iaitu dengan hanya satu orang sahaja diperlukan untuk menjalankan setiap kerja, ia dapat dilakukan dengan lebih cepat, lebih tepat dan bacaan konsisten dapat diambil untuk proses penilaian. Data ukuran yang telah direkodkan disimpan secara sistematik yang mana boleh diperoleh dan digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Sebelum Selepas PENGENALAN PROJEK INDUSTRI MIKRO SISTEM PROBING VOLTAN DAN IMPEDANS AUTOMATIK UNTUK PENYELESAIAN MASALAH PAPAN LITAR BERCETAK Penyelesaian masalah bagi peralatan elektronik yang melibatkan banyak jenis pengukuran terutamanya impedans untuk ‘probing sejuk’ dan voltan untuk ‘probing panas’. Pengukuran voltan atau impedans yang dijalankan oleh seorang jurutera dengan menggunakan multimeter, dan voltan atau impedans akan diukur satu per satu pada pin litar bersepadu atau pada titik pengujian. Dalam proses mencari kesalahan, jurutera terlebih dahulu akan memeriksa impedans atau voltan (bergantung pada kemungkinan papan litar bercetak dihidupkan) pada papan yang baik sebagai rujukan jika papan tersebut ada. Nilai impedans atau voltan akan disimpan untuk dibandingkan dengan papan yang rosak. Proses yang sama akan dilakukan untuk papan yang rosak dan jurutera kemudian akan menganalisis bacaan impedans atau voltan. Sebarang perbezaan pada bacaan akan diselidik dengan lebih lanjut terhadap nod tersebut. Meneliti papan sederhana secara manual dengan sebilangan kecil nod tidak menjadi masalah, tetapi, untuk papan yang padat dengan banyak litar bersepadu, tugas pengukuran pada nod menjadi lebih rumit dan memakan masa. Setelah perbincangan dengan industri, disepakati bahawa teknik pengukuran automatik perlu diinovasikan. Dengan kemajuan teknologi dalam mesin kawalan berangka komputer (CNC) dan pengimejan digital, teknologi ini dapat digabungkan untuk digunakan dalam teknik probing automatik ini di mana gambar papan dapat disimpan dalam perisian ISOCAM untuk dijadikan sebagai penanda node dan diubah menjadi kod G yang akan digunakan oleh mesin CNC bagi memindahkan probe pengukuran ke nod pengukuran yang dikehendaki. Tip yang dimuatkan dengan pegas mengawal pengawal pengukuran semasa mengambil bacaan rintangan atau voltan pada ketika itu. Data pengukuran akan disimpan dalam perisian yang dibangunkan khas dan analisis lebih lanjut dapat dilakukan. Sistem Pemeriksaan Impedans dan Voltan Automatik untuk Penyelesaiaan Masalah Papan Litar Bercetak akan membantu jurutera dalam mengurangkan masa yang diambil (sekurangkurangnya 50% dibandingkan dengan probing manual) bagi memeriksa impedans atau voltan pada PCB untuk pencarian kesalahan. Dengan mesin ini, industri akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan kerja pembaikan dari banyak industri lain. Page 11
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT VOLTAKE ENERGY SERVICES SDN BHD PROF. MADYA DR. MOHAMAD AIZAT BIN ABAS KEJAYAAN & IMPAK Proses pembersihan perlahan – 20 hingga 120 saat setiap panel Kualiti pembersihan – rawak Kebolehaksesan yang sukar oleh pengendali – rupa bumi yang sukar dan ruang yang kecil Bilangan pekerja – 5 operator setiap kitaran Proses pembersihan yang lebih pantas – 3 saat setiap panel Kualiti pembersihan yang baik secara berterusan menggunakan berus – 30% penyingkiran kotoran setiap tindakan pembersihan Pergerakan automatik dengan tindakan pengapit untuk memudahkan pergerakan merentasi panel Operator nombor – Dua (2) operator untuk mengangkat dan mengawal Unit SCR. Sebelum (Proses Manual) Selepas (Robot Pembersihan Suria) Wiring diagram for the SCR system Charging modes on the solar panel case with the red button used to switch on or off the solar charging mode Technology Transfer to the Industry Android app to control the SCR Unit Solar Cleaning Robot (without casing) Solar Cleaning Robot (SCR) Ujian Lapangan SCR di Voltake Energy Services, Nibong Tebal, Pulau Pinang PENYELIDIK SEBELUM Proses Pembersihan Manual PERKHIDMATAN : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI PEMBERSIHAN PANEL SURIA MUDAH ALIH SEMI-AUTOMATIK BERASASKAN SISTEM IOT Robot pembersihan solar pintar ialah penyelesaian automatik yang direka untuk membersihkan panel solar dengan berkesan dan cekap, meningkatkan kecekapan dan prestasinya dengan penggunaan penderia dan algoritma untuk menavigasi panel dan mengoptimumkan corak pembersihan, serta memantau keadaan panel dan memudahkan penyelenggaraan oleh kakitangan jika perlu. Robot ini menggunakan kaedah pembersihan menggunakan berus sebagai penyelesaian pembersihan untuk mengeluarkan kotoran, habuk dan serpihan lain dari permukaan panel solar. Penggunaan robot pembersihan solar pintar boleh membawa kepada penjimatan kos yang ketara untuk sistem tenaga solar. Dengan mengekalkan kecekapan panel melalui peningkatan jumlah tenaga elektrik yang boleh dijana melalui robot ini akan membolehkan elektrik ini dijual kembali ke grid. Selain itu, robot ini juga boleh mengurangkan keperluan untuk pembersihan manual, yang selanjutnya boleh membawa kepada penjimatan kos dan meningkatkan keselamatan untuk kakitangan penyelenggaraan. Ini boleh memberi manfaat terutamanya untuk sistem tenaga suria berskala besar, di mana pembersihan manual boleh memakan tenaga buruh yang banyak dan juga memakan masa. Tambahan pula, robot pembersihan solar pintar menawarkan penyelesaian yang mampan untuk pembersihan panel solar, kerana ia boleh mengurangkan penggunaan air dan penggunaan bahan kimia berbanding kaedah pembersihan manual. Robot yang telah dibina dalam projek ini juga mempunyai keupayaan pemantauan dan kawalan jauh, yang boleh meningkatkan fleksibiliti dan kebolehskalaan proses pembersihan. Sasaran pengguna untuk produk ini ialah industri pengurusan tenaga suria di mana sistem reka bentuk kami akan membantu mereka membersihkan panel solar pada masa yang singkat. Projek yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu untuk mereka bentuk robot pembersihan solar pintar kos rendah yang boleh membersihkan dengan penggunaan masa yang minimum dan keperluan penyelenggaraan yang mudah. SELEPAS Robot Pembersihan Panel Suria Page 12
KEJAYAAN & IMPAK KATEGORI INDUSTRI PENYELIDIK PENGENALAN PROJEK System Setup PROF. MADYA DR. MOHAMAD YUSOF IDROAS (Ketua Projek) PROF. DR. ZAINAL ALIMUDDIN ZAINAL ALAUDDIN (Ahli projek) DR. MUHAMMAD IFTISHAH RAMDAN (Ahli projek) 1. 2. 3. SYARIKAT ENERGY AND LAB SOLUTIONS (002080570-V) Electrical power production as indicated by the power load bank from the converted 20 KWe Diesel engine to BPG engine Modification of Diesel Engine to Biomass Producer Gas Engine SYARIKAT KECIL / SEKTOR INDUSTRI PENGELUARAN Syarikat berkenaan menghasilkan sistem penjanaan kuasa pengegas biojisim 10kWe untuk pasaran tempatan dan global. Syarikat tersebut telah mengubah suai enjin petrol komersial untuk teknologi penjanaan kuasa menggunakan gas pengeluar biojisim sebagai sumber bahan api kerana enjin gas pengeluar biojisim (BPG) komersial masih tiada dalam pasaran. Dengan pengubahsuaian enjin petrol komersial ke enjin BPG, kecekapan penukaran didapati sangat rendah, iaitu lebih kurang 20%. Terdapat pasaran besar bagi sistem penjanaan kuasa menggunakan sumber boleh diperbaharui seperti biojisim dan pada masa ini, syarikat tersebut menerima permintaan yang tinggi untuk sistem penjanaan kuasa biojisim berskala kecil dalam sektor pendidikan, penyelidikan dan perindustrian tetapi kecekapan penukaran yang rendah pada sistem penjanaan kuasa menggunakan gas pengeluar biojisim mengundang kepada satu cabaran besar bagi syarikat tersebut untuk memenuhi permintaan dan meningkatkan jualan. Oleh itu, syarikat tersebut memerlukan teknologi yang ditambahbaik untuk merealisasikan kecekapan penukaran yang lebih tinggi bagi sistem penjanaan kuasa BPG (kecekapan penukaran 50%) dengan menggunakan biojisim sebagai sumber bahan api. Penjana enjin petrol 5 KWe ditukar kepada penjana enjin gas pengeluar biojisim menghasilkan hasilan kuasa sebanyak 1 KWe (kecekapan penukaran 20%). Hasil dari penyelesaian inovatif yang mana penjana enjin diesel 20 KWe telah ditukar ke penjana enjin gas pengeluar biojisim menghasilkan hasilan kuasa sebanyak 10 KWe (kecekapan penukaran 50%) PENGOPTIMUMAN KECEKAPAN BAGI PENJANA GAS PENGELUAR BIOJISIM Page 13
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK SYARIKAT GTS GLOBAL TRADE PENYELIDIK EN. MUHAMAD AZMAN BIN MISKAM PROF. MADYA DR. MOHAMAD YUSOF BIN IDROAS 1. 2. PENGENALAN PROJEK Penghilang kabus Pemisah gas-cecair (siklonik) Kecekapan sistem penyental air berkurangan dalam operasi yang panjang disebabkan pengumpulan tar daripada gas pembakaran yang melekat pada packed bed dan partikel terkumpul dalam rashing rings. Dengan penggunaan yang panjang, kecekapan sistem menurun, akhirnya membawa kepada halangan aliran gas di dalam packed bed. Selain itu, muncung semburan tersumbat oleh mendapan tar. Sifat degil tar menjadikan pembersihan berkesan sangat mencabar, jadi memerlukan packed bed. Isu ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sistem tetapi juga meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan dan pelaburan masa. Menangani pengumpulan tar adalah penting untuk mengekalkan kecekapan penyental air yang optimum dan meminimumkan gangguan dan kos operasi. Sistem penyental air menunjukkan kecekapan prestasi yang berterusan sepanjang tempoh operasi yang panjang. Pengoptimuman ini meningkatkan keberkesanan sambil pada masa yang sama mengekang perbelanjaan penyelenggaraan dan masa henti, kepada penyelesaian yang teguh dan kos efektif untuk penggunaan jangka panjang. Sebelum Selepas 2. Tanggalkan penghapus kabus dan gantikan dengan pemisah gascecair (siklonik) Penyental Venturi dipasang di salur masuk penyental air, yang boleh mengeluarkan dan mengurangkan tar dan partikel dan mengeluarkan bahagian pack bed (rashing rings) di mana tar melekat,partikel terkumpul dan menyekat aliran. Terdapat 3 penyelesaian yang diterima pakai dalam projek ini: 1. SME (PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN) PENGOPTIMUMAN KECEKAPAN PENYENTAL AIR UNTUK PEMBAKAR Untuk mengoptimumkan kecekapan penyental air dalam tempoh masa pengoperasian yang panjang Rekabentuk Semasa Penyental Air Rekabentuk Baru Penyental Air 3. Membangunkan venturi throat boleh laras, yang boleh mengawal aliran aliran gas serta mengawal pecutan partikel dalam venturi. Ia juga mengawal penurunan tekanan untuk prestasi berterusan. Penyental throat venturi tetap Penyental throat venturi boleh laras Rajah di bawah menunjukkan lukisan dan gambar penyental air venturi Sebelum Sebelum Sebelum Selepas Selepas Selepas Page 14
KATEGORI INDUSTRI SYARIKAT FOCUS APPLIED TECHNOLOGIES SDN BHD PENYELIDIK PROF. MADYA DR. TEOH YEW HENG KEJAYAAN & IMPAK PENGENALAN PROJEK Kelajuan maksimum Dinamometer: 4,500 rpm Keuniversalan Produk: Penggunaan tunggal Kelajuan maksimum Dinamometer: 7,000 rpm Keuniversalan Produk: Penggunaan berbilang (iaitu sambugan terus enjin atau sistem dinamometer casis) Sebelum (iaitu sistem dinamometer casis) Selepas SEBELUM Dinamometer penyejuk udara sedia ada hanya membenarkan penggunaan tunggal aplikasi dinamometer casis. Rig ujian penggunaan dwi telah direka untuk ujian kenderaan Rig ujian penggunaan dwi telah direka untuk ujian enjin Gambar pelaksanaan projek yang menunjukkan pencapaian (sebelum dan selepas) SELEPAS SME (PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN) REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PEMUTAR BERKELAJUAN TINGGI UNTUK DINAMOMETER ARUS PUTAR BERSEJUK UDARA Produk utama syarikat ini adalah dalam merekabentuk dan pembangunan peralatan ujian sistem dinamometer untuk makmal industri, pengajaran dan penyelidikan universiti. Syarikat ini menghadapi masalah dengan had operasi terhad dinamometer arus eddy sejukan udara untuk aplikasi dalam sambungan terus dengan enjin kerana penjanaan haba yang berlebihan. Sebagai alternatif, dinamometer jenis yang disejukkan dengan air dapat digunakan sebagai alat penyerap daya untuk ujian enjin secara sambungan terus. Namun, dinamometer yang disejukkan dengan air sering kali memerlukan kos modal yang lebih tinggi. Maka, penggunaan dinamometer yang disejukkan dengan air akan meningkatkan kos keseluruhan produk dan tidak sesuai untuk syarikat. Dinamometer arus eddy sejukan udara berkelajuan tinggi yang lebih cekap dan mampu beroperasi dengan kelajuan tinggi untuk aplikasi sambungan terus dengan enjin telah dibangunkan dan diuji melalui projek PPRN ini. Selain itu, produk yang ditambahbaikan dengan kemampuan penyejukan rotor yang lebih berkesan juga membantu menurunkan kos pemilikan dan penggunaan berbilang (ujian sambungan enjin terus dan casis) daripada dinamometer arus eddy penggunaan tunggal (ujian sambungan enjin terus atau casis). Selain itu, impak terhadap industri dari segi pengeluaran dan jualan, pihak syarikat amat puas hati dengan penurunan kos pengeluaran sebanyak 23% (iaitu, kos sebelum: RM 13,600 dan selepas: RM 10,500) dan juga penambahan jualan sebanyak 21% (iaitu, jumlah pendapatan sebelum: RM 515,000 dan selepas: RM 625,000). Page 15
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT BIOMETRIC ART SDN BHD PENYELIDIK KEJAYAAN & IMPAK Sistem yang dibangunkan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dengan mengautomasikan perkhidmatan pengesanan, pemantauan dan merekodkan perkhidmatan pembersihan kawasan. Di samping itu, sistem menyediakan kemas kini kemajuan masa nyata, dan pengendalian kerja menjadi cekap. Sistem yang dibangunkan mengurangkan masa untuk menjejak, memantau dan merekod kualiti perkhidmatan pembersihan kawasan. Di samping itu, sistem automatik yang dibangunkan mengurangkan beban kerja kakitangan pentadbir untuk menyediakan laporan bulanan. Sistem yang dibangunkan meningkatkan hasil kontraktor pengurusan sisa pepejal dengan menghapuskan denda oleh PBT kerana kualiti kerja yang rendah dan mengurangkan bilangan penyelia. Hasilnya, syarikat berjaya mencapai sifar penalti daripada pihak berkuasa tempatan. Sistem yang dibangunkan telah mengurangkan bilangan penyelia daripada empat orang kepada seorang sahaja. DR MUHAMMAD FIRDAUS AKBAR PROF MADYA DR KHAIRI ISHAK PROF MADYA DR BAKHTIAR AFFENDI ROSDI 1. 2. 3. PERKHIDMATAN : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI VL JEJAK: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL BERSEPADU PINTAR Penyediaan perkhidmatan pembersihan kawasan dan pengumpulan sisa di Malaysia diamanahkan kepada kontraktor sisa pepejal tempatan. Walau bagaimanapun, isu lazim yang dihadapi oleh kontraktor ini adalah berkaitan dengan prestasi suboptimum dan pengurangan produktiviti pekerja mereka tanpa adanya penyeliaan. Akibatnya, kualiti kerja yang terjejas gagal memenuhi piawaian minimum, menyebabkan orang ramai kehilangan persekitaran yang bersih dan selamat. Hasilnya, kontraktor tempatan dikenakan penalti, mengakibatkan reputasi majlis tempatan juga terjejas kerana pemantauan yang tidak berkesan. Sistem pemantauan sedia ada bergantung pada pelaporan manual melalui aplikasi WhatsApp, yang menghalang pelaporan masa nyata kemajuan pembersihan untuk orang ramai. Selain itu, kontraktor mengalami proses pelaporan yang manual, manakala majlis mengalami ketidakcekapan dalam operasi pemantauan. Untuk menangani cabaran ini, VL JEJAK dicadangkan, sistem pengurusan sisa pepejal pintar berasaskan “cloud” bersepadu yang merangkumi aplikasi mudah alih dan papan pemuka digital. VL JEJAK memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan untuk menawarkan keupayaan pemantauan dan pengurusan yang komprehensif, boleh dipercayai, teguh dan cekap untuk kontraktor sisa pepejal. Page 16
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT SPEN INDUSTRIES SDN BHD DR MOHD NADHIR AB WAHAB MADYA DR WAN MOHD NAZMEE WAN ZAINON DR MUHAMMAD FIRDAUS AKBAR 1. 2. 3. KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK PEMBUATAN SISTEM AUTOMASI PENGURUSAN PEMBUATAN BERASASKAN “CLOUD” Kebanyakan PKS Malaysia masih mengamalkan pengurusan pembuatan berasaskan kertas. Jadual, pesanan kerja, laporan kualiti dan senarai pembungkusan adalah arahan berasaskan kertas. Prestasi operator dan mesin, laporan kualiti, stor dan inventori gudang, tidak dipantau dalam masa nyata. Oleh itu, sistem digital bersepadu diperlukan untuk memaksimumkan output dan memenuhi keperluan PKS untuk menerima pakai Industri 4.0. Sistem automasi pengurusan pembuatan berasaskan “cloud” ialah satu sistem digital bersepadu yang mengguna pakai teknologi Industri 4.0 mendigitalkan keseluruhan perancangan dan pelaksanaan pengeluaran. Sistem ini meliputi pendigitalan aktiviti penerimaan bahan mentah sehingga penghantaran produk. Sistem ini terdiri daripada 5 modul, dan rangka kerja tersebut merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk menyediakan perancangan dan pelaksanaan pengeluaran automatik sepenuhnya. Sistem ini merangkumi penjadualan pintar dipacu kecerdasan buatan yang membantu secara automatik perancang untuk merancang pelaksanaan pengeluaran dan menawarkan kebolehkesanan penuh produk melalui ciri analisis data. Sistem ini memastikan syarikat menggunakan mesin dan tenaga kerja sedia ada kepada jumlah kapasiti mereka dan meningkatkan kecekapan pengeluaran. Mengautomasikan penjadualan pengeluaran dan pelaksanaan pembuatan telah meningkatkan kadar pengeluaran dan meningkatkan produktiviti sehingga 80 % (purata 20% masa mati mesin disebabkan ralat mesin) Sistem yang dibangunkan mencapai penggunaan bahan mentah yang cekap sehingga 90%. Sistem ini membantu mengekalkan maklumat tepat 100% tentang ketersediaan stok dan bahan mentah dalam masa nyata. Sistem yang dibangunkan menghapuskan perancangan pengeluaran manual yang membosankan dan memakan masa serta menjimatkan ribuan jam kerja. Ia membawa kepada minggu kerja yang lebih pendek untuk buruh dan mengurangkan masa utama kilang dengan perancangan pengeluaran yang dioptimumkan. Kualiti produk siap dipertingkatkan dengan kawalan kualiti masuk kebolehkesanan bahan mentah. Mengguna pakai penjadualan bersepadu dan automatik meminimumkan masa henti. Hasil syarikat meningkat sebanyak 20%. Bilangan penyelia akan dikurangkan daripada 2 orang kepada tiada di barisan pengeluaran dan stesen gudang. Paparan monitor pada mesin pengeluaran Pengurusan Pengeluaran Digital - Halaman Utama Aplikasi Mudah Alih Modul Pengurusan Pengeluaran dan Perancangan - Paparan pada Aplikasi Web Paparan Modul Bahan Mentah pada Aplikasi Mudah Alih Paparan Aktiviti Pemantauan Mesin pada Aplikasi Mudah Alih Page 17
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan (KPT) Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan UTP Technology Exploitation Delivery (TED) UTP Technology Research Excellence (TREx) Corporate Communications Department (CSD) Information Technology & Media Services (ITMS) Property Mgmt & Maintenance Department (PMMD) Security Services Rakan Universiti Rakan Industri Rakan Media Jawatankuasa Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 Zon Utara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu melaksanakan program ini berjalan dengan jayanya BUDI Sekalung Page 18
JAWATANKUASA KERJA Senarai Advisor : Prof Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib : Prof Ir Dr Mohd Shahir Liew : Puan Shamsina Shaharun Chairman : Dr Muslich Hartadi Sutanto (UTP) Deputy Chairman : Hasiah Kamarudin (UTP) : Jagdev Singh Kulbant Singh (MOHE) Secretary : Nurul Wahida Hood Treasurer : Sharizul Azlan M Azizi Technical Committee Head : Insyirah Hamid (UTP) : Khairil Anuar Shariff (MOHE) Co-head : M Ayyub M Syayuti Speakers & Moderator (Arrangement) : Yon Norasyikin Bt Samsudin : Azirasura Tajuddin Registration & UEvent : Sh Yasmin R W Sy Farid N W : Nur Farhana Ajua Mustafa : Nadzirah M Yosup : Hazriena Ad Razak Slides / Gimmick : Al-Hafzan Abdullah Halim Speech : Anis Nadilla Ahmad : Qurratuaini Syamimi Syam Termizi Exhibition / Souvenir : W Nabihan W Sulaiman : Intan Baizura Baharuddin Industry Relation : Khairul Azfar Zahri : Noor Ain A Kadir Event Management Head : Mohd Zulkarnain Zulkifli Floor & Stage Manager : Eemir Syhafiq Roslan IT/AV : Norkamar Faridatul Salwa Kamarudin : M Soharzry Salehudin Logistics : M Adlan Zulkafeli @ Zulkifle : M Ashraf Syazwan Jumraizan : Nur Syafiqah M Nasir F&B : Syukarnie Mansor (VIP) : Zulkarnain Jahidi : Muhaiyuddeen Shaik Allauddin Designer : M Hazrin Ismail Programme Book : Nadira Nordin : Norsuhada Abdul Karim : Hamidah Sulfan Syah Security : Rasidi Ramli : Adifazli Radzi Pradap Media & Press : Suhaila Sharaini Stakeholder : Shariza Shuhidan : Ahmad Azam Alias : Noor Atiqah Megal Ghazali Page 19
Through Get Connected platform, you can be in the know about our latest technologies, ongoing events, as well as a great deal of other opportunities. Please scan the QR code.
Terima Kasih & Jumpa Lagi © 2023 INSTITUTE OF TECHNOLOGY PETRONAS SDN BHD