Kata-kata Aluan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi......................1 Kata-kata Aluan Naib Canselor..............................................................................2 Atur Cara..............................................................................................................3 Maklumat PPRN 2.0 ............................................................................................5 Peta Kampus .......................................................................................................6 Senarai Penceramah ...........................................................................................7 Maklumat Projek ..................................................................................................8 Sekalung Budi....................................................................................................20 Senarai Ahli Jawatankuasa................................................................................21 Isi Kandungan 1 2 3 5 6 7 8 20 21
YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Bersyukur kita kepada Allah S.W.T yang telah memberi kesempatan dan peluang kepada kita untuk menganjurkan Program Taklimat dan Mini Showcase Public–Private Research Network 2.0 (PPRN). PPRN merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara pihak industri dan akademia bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan, iaitu demand driven. Dalam hal ini, KPT bertindak sebagai perantara serta pemudah cara strategik yang menyokong kepada pelaksanaan program atau inisiatif di bawah PPRN. Pelaksanaan inisiatif PPRN diliputi di bawah Lonjakan ke-7: Ekosistem Inovasi dalam Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi dan bermatlamat untuk membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik dan secara langsung menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pemerkasaan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penyelesai masalah kepada pihakpihak berkepentingan. Visi Malaysia yang dihasratkan melalui konsep negara MADANI meliputi pembudayaan daya cipta dalam kalangan masyarakat, dan menjadi penyumbang kepada revolusi digital dan teknologi yang berupaya untuk mengubah dunia. Ini selaras dengan agenda Research, Development, Commercialisation and Innovation (RDCI) di Malaysia yang disasarkan boleh meningkatkan sumbangan kepada kelestarian komuniti dan negara, iaitu strategi keempat KPT bagi Key Performance Indicator (KPI) MADANI. Kesempatan program pada kali ini akan digunakan sebaiknya oleh pihak penganjur khususnya KPT dan UTP untuk menghebahkan maklumat terkini kepada warga IPT awam dan swasta, industri serta komuniti. Selain itu, seluruh lapisan masyarakat dapat mengetahui mengenai inisiatif KPT untuk mengetengahkan model kerjasama strategik antara pihak akademia dan industri melalui geran pemadanan PPRN 2.0. Suntikan dana yang diberikan oleh KPT kepada penyelidik bagi menghasilkan teknologi dan inovasi yang berkualiti tinggi diharap dapat membantu syarikat tempatan untuk meningkatkan produktiviti. Saya percaya dengan perancangan yang diatur rapi, program ini mampu mencapai matlamat seperti mana yang dikehendaki. Saya menjangkakan sambutan kepada PPRN 2.0 dan minat orang ramai untuk mengetahui perkembangan teknologi dan inovasi daripada IPT Malaysia, bakal meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya membentuk jalinan kerjasama erat antara akademia dan industri seperti mana negara-negara maju yang lain. Akhir sekali saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KPT dan UTP serta pempamer yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari ini. Program seumpama ini wajar diteruskan di masa akan datang dan saya amat berharap ia boleh dilaksanakan pada skala yang lebih besar dengan keterlibatan lebih ramai IPT, pakar-pakar daripada industri dan agensi kerajaan. 1 KETUA SETIAUSAHA Kementerian Pendidikan Tinggi Kata-kata Aluan
Profesor Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS 2 NAIB CANSELOR Selamat datang ke Program Taklimat dan Mini Showcase, PublicPrivate Research Network (PPRN) 2.0, peringkat wilayah utara. Program PPRN ini amat signifikan dalam konteks pengintegrasian kepakaran dan keperluan teknikal dengan penyertaan semua pemegang taruh yang berkenaan iaitu pembuat dan pelaksana dasar dari sektor awam dan swasta, para akademia dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi dan juga para penggerak sektor perniagaan, industri dan keusahawanan. Semangat perkongsian pintar awam-swasta, yang kini telah menjangkau inisiatif penyelidikan dan inovasi bukanlah baharu buat kita. Dalam konteks evolusi semangat tersebut pada hari ini, kini universiti dan institusi penyelidikan awam turut berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem perkongsian pintar dengan komuniti industri dan perniagaan secara lestari. Justeru, platform PPRN ini menyediakan ruang kepada universitiuniversiti awam dan swasta untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam konteks rangsangan ekonomi melalui khidmat rundingcara teknikal dengan mengambil kira faktor dasar semasa kerajaan dan produktiviti industri serta perniagaan. Komitmen tinggi kerajaan dalam menggerakkan agenda ini tentu sekali menuntut penglibatan menyeluruh semua pihak, termasuklah universiti-universiti swasta seperti UTP. Penubuhan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri mencerminkan keseriusan kerajaan bagi memastikan agenda ini dikoordinasi dengan baik melibatkan semua pemegang taruh yang berkenaan. UTP sentiasa komited untuk mendukung agenda PPRN yang diterajui pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini dalam konteks pengwujudan ekosistem mesra pengetahuan (knowledge-friendly ecosystem) di mana pengetahuan dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam dan swasta dapat disebarkan bagi manfaat industri yang memerlukannya. Sebagai sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, UTP melihat PPRN sebagai platform pemadanan yang amat berkesan bagi memudahcara inisiatif kolaborasi dengan industri yang memberi pulangan manfaat kepada kedua-dua pihak. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi kerana telah memilih UTP sebagai tuan rumah untuk edisi kali ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak, sama ada dari dalam atau luar UTP yang telah menyumbangkan khidmat dan tenaga bagi menjayakan pelaksanaan Program Taklimat dan Mini Showcase Public-Private Research Network 2.0 di UTP ini. Sekian dan selamat maju jaya. Universiti Teknologi PETRONAS Kata-kata Aluan
SESI PERKONGSIAN 10.40 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 9.10 pagi 9.40 pagi 10.00 pagi 10.20 pagi Universiti Sains Malaysia Pendaftaran Taklimat Keselamatan & Pengenalan Sesi 1 : Taklimat Inisiatif PPRN 2.0 Dr Wan Nor Aishah Binti Wan Omar Pensyarah Utama, Jabatan Pengajian Am Politeknik Nilai, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2 : Benefits of Collaborations in R,D,C&I: Best Practices Encik Sariffuddin Mahmud Wakil Industri Halal Management Expert Sesi 3 : Tips on How Academia Can Solve Industry Problems Through Innovations Profesor Ir Dr Mohd Shahir Liew Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan Universiti Teknologi PETRONAS Sesi 4 : Pengurangan Cukai - Kaedah Memohon Insentif Pengurangan Cukai Ts. Dr Azlin Binti Abd Jamil Pegawai Pemasaran Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia Sesi 5 : Perkongsian Success Stories Projek PPRN Profesor Madya Dr Mohamad Aizat Abas Kampus Kejuruteraan 3 Atur Cara
4 Ketibaan YBhg Dato' Seri Abdul Razak Jaafar Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa Ucapan Alu-Aluan oleh Profesor Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib Naib Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi Gimik Pelancaran PPRN 2.0 Tayangan Montaj Sesi Penyampaian Sijil Pengiktirafan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) Sesi Bergambar Lawatan ke Reruai Pameran PPRN 2.0 Bersurai Pertukaran Memorandum Persetujuan antara Universiti Teknologi PETRONAS dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) MAJLIS PERASMIAN Atur Cara 11.00 pagi 11.05 pagi 12.15 tengahari 12.30 tengahari
Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Nilai jualan tahunan melebihi RM100,000 (dengan bukti penyata bank syarikat 6 bulan terkini – Perniagaan atau penyata akaun yang diaudit untuk 3 tahun – Sdn Bhd); Syarikat hendaklah: Syarikat perlu ada premis perniagaan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pusat Inkubator yang berdaftar dengan agensi; Syarikat mesti beroperasi sekurang kurangnya 1 tahun; Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%); dan Produk/perkhidmatan yang hendak ditambah baik/ditambah nilai di bawah Inisiatif PPRN perlu berada dipasaran/ditawarkan sekurang-kurangnya setahun. Syarikat a) b) Berdaftar dengan mana-mana agensi atau platform yang menilai prestasi syarikat antara lain seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Industry- Government Group for High Technology (MIGHT) atau agensi lain yang setaraf; atau Berada dalam kategori Syarikat yang berdaya saing dan berdaya maju (rujuk Lampiran C dalam Garis Panduan Pelaksanaan PPRN); APA ITU PPRN PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia OBJEKTIF Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyediaan penyelesaian (providing solution) daripada IPT dan PRI kepada industri; Meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian; dan Menggalakkan penyertaan penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri SKOP PROJEK Inovasi Produk Menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri terutama yang berasaskan teknologi atau ke arah pensijilan KOMITMEN DAN MEKANISME PEMBIAYAAN PROJEK PPRN menawarkan geran pemadanan sehingga RM350,000 untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz syarikat. SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN PROJEK Permohonan terbuka kepada semua penyelidik IPT dan PRI; Ketua penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap manakala penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap atau kontrak di IPT dan PRI; Tempoh perkhidmatan ketua penyelidik dan penyelidik hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 24 bulan daripada tarikh projek bermula Ketua penyelidik mestilah warganegara Malaysia; Penyelidik perlu mempunyai kepakaran, kemahiran atau pengetahuan dalam projek yang dipohon; Ketua penyelidik bukan dalam tempoh cuti belajar/ sabatikal/menyambung pengajian/ latihan industri atau yang sama taraf dengannya; Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek atau menjadi ahli untuk satu (1) projek pada satu satu masa. Permohonan khas perlu dibuat kepada KPT untuk kelulusan Jawatankuasa Penilaian Teknikal PPRN jika penyelidik ingin mengetuai atau menjadi ahli melebihi satu (1) projek pada satusatu masa; Penyelidik yang mengetuai atau menjadi ahli kepada satu satu projek yang masih dalam pelaksanaan, tidak dibenarkan memohon projek baru sehingga surat status projek dikeluarkan oleh KPT; dan Penyelidik yang telah disenarai hitam sebelum ini tidak boleh memohon projek PPRN sehingga tempoh penggantungan tamat. Penyelidik 5 Pengenalan Inovasi Proses Menambaik baik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan untuk menjadikannya lebih cekap dan efisien dengan teknologi selaras dengan Industri 4.0.
6 Peta Kampus UTP *Petunjuk peta dalam Bahasa Inggeris
OLIVIA WILSON Dr Wan Nor Aishah Wan Omar Pensyarah Utama, Jabatan Pengajian Am Politeknik Nilai, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Encik Sariffuddin Mahmud Wakil Industri Halal Management Expert Profesor Madya Dr Mohamad Aizat Abas Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia Ts. Dr Azlin Abd Jamil Pegawai Pemasaran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia Professor Ir Dr Mohd Shahir Liew Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan 7 SPEAKER Senarai Penceramah Sesi 1 : Taklimat Inisiatif PPRN 2.0 Sesi 2 : Benefits of Collaborations in R,D,C&I: Best Practices Sesi 3 : Tips on How Academia Can Solve Industry Problems Through Innovations Sesi 4 : Pengurangan Cukai - Kaedah Memohon Insentif Pengurangan Cukai Sesi 5 : Perkongsian Success Stories Projek PPRN
Troli Elektrik Pemandu Semua Roda Dengan Pek Bateri Boleh Tukar untuk Operasi Kelapa Sawit Sistem Pemantauan Bateri untuk Set Penjana Elektrik BIOMER: Polimer Boleh Terbiodegradasi Berasaskan Tani Generasi Baru untuk Memerangi Pencemaran Putih Sistem Probing Voltan dan Impedans Automatik untuk Penyelesaian Masalah Papan Litar Bercetak Pembersihan Panel Suria Mudah Alih Semi-Automatik Berasaskan Sistem Iot Pengoptimuman Kecekapan Bagi Penjana Gas Pengeluar Biojisim Pengoptimuman Kecekapan Penyental Air untuk Pembakar Reka Bentuk dan Pembangunan Pemutar Berkelajuan Tinggi untuk Dinamometer Arus Putar Bersejuk Udara Vl Jejak: Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Pintar Sistem Automasi Pengurusan Pembuatan Berasaskan “Cloud” Rekabentuk dan Fabrikasi Mesin Pemotong Lubang untuk Pembuatan Kompang 8 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Maklumat Projek
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK SYARIKAT JIMAS GENERAL RESOURCES EN MOHD SYAIFUDDIN BIN MOHD PENGENALAN PROJEK PERTANIAN TROLI ELEKTRIK PEMANDU SEMUA RODA DENGAN PEK BATERI BOLEH TUKAR UNTUK OPERASI KELAPA SAWIT Projek itu melibatkan pembangunan troli elektrik pacuan semua roda dengan belakang bateri boleh tukar dan 3 motor dalam roda. Prototaip ini direka bentuk, dibina dan dioptimumkan sebagai versi yang lebih baik daripada prototaip sebelumnya yang dibina dengan hanya sistem pacuan roda hadapan dan tanpa system penggantungan yang sesuai untuk penggunaan off-road. Pelan pembangunan selanjutnya projek itu akan merangkumi reka bentuk motor dalam roda dan pemasangan pek bateri tempatan untuk mengurangkan lagi kos pembuatan. Prototaip yang baru dipertingkat sedang dibangunkan lagi untuk pengeluaran, dengan model 4WD dalam pertimbangan. Pembangunan berterusan komponen gantian import: i. Motor dalam roda Sebelum Selepas Impak kepada industri: ii. Pemasangan pek bateri tempatan. Projek itu melibatkan pembangunan troli elektrik pacuan semua roda dengan belakang bateri boleh tukar dan 3 motor dalam roda. Prototaip ini direka bentuk, dibina dan dioptimumkan sebagai versi yang lebih baik daripada prototaip sebelumnya yang dibina dengan hanya sistem pacuan roda hadapan dan tanpa system penggantungan yang sesuai untuk penggunaan off-road. Pelan pembangunan selanjutnya projek itu akan merangkumi reka bentuk motor dalam roda dan pemasangan pek bateri tempatan untuk mengurangkan lagi kos pembuatan. 9
KATEGORI INDUSTRI SYARIKAT JAYALAX RESOURCES PENYELIDIK DR SHAHNURRIMAN ABDUL RAHMAN PROF MADYA IR DR MUHAMMAD MOKHZAINI AZIZAN IR TS. DR NORHIDAYU RAMELI IR DR NUR HAZIRAH ZAINI 1. 2. 3. 4. KEJAYAAN & IMPAK Sebelum Sebelum ini juruteknik perlu pergi ke setiap lokasi untuk pemeriksaan dan proses ini memerlukan masa, tenaga dan kos kewangan untuk sampai ke lokasi tersebut. Selain itu, kaedah pemeriksaan manual terdedah kepada kesilapan manusia, menyebabkan bacaan yang tidak tepat dan penafsiran prestasi bateri yang mungkin salah. Selain itu, sebelum pelaksanaan BMS, tiada kaedah proaktif untuk mengesan masalah bateri. Selepas Berlaku penjimatan hampir RM400 seminggu apabila proses pemantauan dilakukan secara atas talian. Selain itu, data yang diperoleh dapat memberi indikasi tepat kepada keadaan batteri secara langsung seterusnya membolehkan proses intervensi awal dilakukan sekiranya ada batteri yang dilihat bermasalah. PENGENALAN PROJEK Contoh Pemasangan BMS di lokasi Contoh dashboard yang memaparkan kondisi bateri Contoh email alert sekiranya bateri bermasalah Contoh bateri tanpa BMS Contoh pemeriksaan bateri manual SERVIS SISTEM PEMANTAUAN BATERI UNTUK SET PENJANA ELEKTRIK Matlamat utama projek adalah untuk mengoptimumkan proses pemeriksaan bateri mingguan bagi sistem set penjana elektrik Jayalax Resources. Kaedah pemeriksaan manual yang sedang digunakan bukan sahaja memerlukan masa dan tenaga yang besar, malah juga terdedah kepada potensi kesilapan manusia dalam merekod data. Kelemahan lain ialah tiada pemantauan berterusan terhadap keadaan sel bateri individu. Bagi mengatasi cabaran ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencadangkan pelaksanaan Sistem Pemantauan (BMS). BMS telah dipasang di lokasi terpilih dan secara berterusan memantau parameter bateri yang penting, termasuk jumlah voltan, keadaan cas (SOC), nilai rintangan dalaman, dan suhu bagi setiap sel bateri. Data tersebut boleh diakses secara sertamerta melalui papan pemuka atas talian, memudahkan Jayalax Resources untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas berdasarkan keadaan bateri. Lebih penting lagi, BMS akan memberi notifikasi secara proaktif melalui e-mel kepada Jayalax Resources mengenai sebarang ketidaknormalan atau perbezaan dari had yang telah ditetapkan. Ini membolehkan tindakan segera sekiranya terjadi sebarang masalah dan memastikan prestasi bateri yang optimum. Penjagaan dan pemantauan yang baik terhadap prestasi bateri ini juga akan mengurangkan risiko masalah untuk berlaku serta memberi manfaat dalam pengurusan masa kakitangan mekanikal dan elektrik (M&E) di lokasi. Pelaksanaan BMS di empat lokasi berbeza telah membebaskan keperluan untuk kunjungan fizikal dan pengukuran manual, menjimatkan kos sehingga sekitar RM400 seminggu. Kos-kos ini sebelum ini terpaksa ditanggung bagi tenaga manusia dan pengangkutan dalam menjalankan penyelenggaraan SEBELUM Proses Pemeriksaan Manual SELEPAS Pemasangan BMS di Lokasi 10
KEJAYAAN & IMPAK PENGENALAN PROJEK KATEGORI INDUSTRI Penggunaan produk berasaskan polyolefin yang menyumbang kepada kesan buruk pencemaran beg plastic ke atas ekosistem, serta habitat semula jadi dan hidupan liar. Pelaksanaan kepakaran teknologi baru dalam industri untuk penciptaan produk terbiodegradasi. Pengurangan kesan buruk yang disebabkan oleh plastik tidak terbiodegradasi, sekali gus dapat membantu usaha nasional ke arah Matlamat Pembangunan Mampan SDG No. 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Sebelum Selepas PROFESOR IR DR SRIMALA SREEKANTAN FRAGSTAR CORPORATION SDN. BHD. MEDIUM BIOMER ialah komposit polimer yang dibangunkan dengan sisa agro sekam padi (RH) dan PBAT/PBS untuk menyelesaikan isu pencemaran putih dan sisa pertanian. Kami telah membuktikan potensi menggunakan 50% sisa agro RH dalam adunan PBAT/PBS untuk mencapai sifat mekanikal yang baik, 92% biodegradasi dalam tempoh enam bulan, dengan harga yang kompetitif. Prototaip BIOMER yang disediakan dengan industri telah terbukti memenuhi keperluan EU. BIOMER: POLIMER BOLEH TERBIODEGRADASI BERASASKAN TANI GENERASI BARU UNTUK MEMERANGI PENCEMARAN PUTIH PENYELIDIK SYARIKAT 11
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK SYARIKAT HITRONIK SDN BHD 6. PN ROSLINA HUSSIN 1. PROF IR DR MOHD FADZIL AIN 2. PROF IR TS. DR SHAHREL AZMIN SUNDI@SUANDI 3. DR MOHD NAZRI MAHMUD 4. EN MOHAMAD FAIZ MOHAMED OMAR 5. EN SUARDI KAHARUDDIN Lebih banyak masa diperlukan untuk mengambil ukuran voltan dan impedans melalui pengukuran manual. Mengurangkan risiko bagi kerosakkan tambahan terhadap peralatan dengan menggunakan kemajuan teknologi dalam mesin kawalan berangka komputer (CNC) dan pengimejan digital yang dapat mengurangkan ralat manusia akibat pintasan. Mengurangkan masa dalam Penyelesaian Masalah Papan Litar Bercetak iaitu dengan hanya satu orang sahaja diperlukan untuk menjalankan setiap kerja, ia dapat dilakukan dengan lebih cepat, lebih tepat dan bacaan konsisten dapat diambil untuk proses penilaian. Data ukuran yang telah direkodkan disimpan secara sistematik yang mana boleh diperoleh dan digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Sebelum Selepas PENGENALAN PROJEK INDUSTRI MIKRO SISTEM PROBING VOLTAN DAN IMPEDANS AUTOMATIK UNTUK PENYELESAIAN MASALAH PAPAN LITAR BERCETAK Penyelesaian masalah bagi peralatan elektronik yang melibatkan banyak jenis pengukuran terutamanya impedans untuk ‘probing sejuk’ dan voltan untuk ‘probing panas’. Pengukuran voltan atau impedans yang dijalankan oleh seorang jurutera dengan menggunakan multimeter, dan voltan atau impedans akan diukur satu per satu pada pin litar bersepadu atau pada titik pengujian. Dalam proses mencari kesalahan, jurutera terlebih dahulu akan memeriksa impedans atau voltan (bergantung pada kemungkinan papan litar bercetak dihidupkan) pada papan yang baik sebagai rujukan jika papan tersebut ada. Nilai impedans atau voltan akan disimpan untuk dibandingkan dengan papan yang rosak. Proses yang sama akan dilakukan untuk papan yang rosak dan jurutera kemudian akan menganalisis bacaan impedans atau voltan. Sebarang perbezaan pada bacaan akan diselidik dengan lebih lanjut terhadap nod tersebut. Meneliti papan sederhana secara manual dengan sebilangan kecil nod tidak menjadi masalah, tetapi, untuk papan yang padat dengan banyak litar bersepadu, tugas pengukuran pada nod menjadi lebih rumit dan memakan masa. Setelah perbincangan dengan industri, disepakati bahawa teknik pengukuran automatik perlu diinovasikan. Dengan kemajuan teknologi dalam mesin kawalan berangka komputer (CNC) dan pengimejan digital, teknologi ini dapat digabungkan untuk digunakan dalam teknik probing automatik ini di mana gambar papan dapat disimpan dalam perisian ISOCAM untuk dijadikan sebagai penanda node dan diubah menjadi kod G yang akan digunakan oleh mesin CNC bagi memindahkan probe pengukuran ke nod pengukuran yang dikehendaki. Tip yang dimuatkan dengan pegas mengawal pengawal pengukuran semasa mengambil bacaan rintangan atau voltan pada ketika itu. Data pengukuran akan disimpan dalam perisian yang dibangunkan khas dan analisis lebih lanjut dapat dilakukan. Sistem Pemeriksaan Impedans dan Voltan Automatik untuk Penyelesaiaan Masalah Papan Litar Bercetak akan membantu jurutera dalam mengurangkan masa yang diambil (sekurangkurangnya 50% dibandingkan dengan probing manual) bagi memeriksa impedans atau voltan pada PCB untuk pencarian kesalahan. Dengan mesin ini, industri akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan kerja pembaikan dari banyak industri lain. 12
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT VOLTAKE ENERGY SERVICES SDN BHD PROF MADYA DR MOHAMAD AIZAT ABAS KEJAYAAN & IMPAK Proses pembersihan perlahan – 20 hingga 120 saat setiap panel Kualiti pembersihan – rawak Kebolehaksesan yang sukar oleh pengendali – rupa bumi yang sukar dan ruang yang kecil Bilangan pekerja – 5 operator setiap kitaran Proses pembersihan yang lebih pantas – 3 saat setiap panel Kualiti pembersihan yang baik secara berterusan menggunakan berus – 30% penyingkiran kotoran setiap tindakan pembersihan Pergerakan automatik dengan tindakan pengapit untuk memudahkan pergerakan merentasi panel Operator nombor – Dua (2) operator untuk mengangkat dan mengawal Unit SCR. Sebelum (Proses Manual) Selepas (Robot Pembersihan Suria) Wiring diagram for the SCR system Charging modes on the solar panel case with the red button used to switch on or off the solar charging mode Technology Transfer to the Industry Android app to control the SCR Unit Solar Cleaning Robot (without casing) Solar Cleaning Robot (SCR) Ujian Lapangan SCR di Voltake Energy Services, Nibong Tebal, Pulau Pinang PENYELIDIK SEBELUM Proses Pembersihan Manual PERKHIDMATAN : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI PEMBERSIHAN PANEL SURIA MUDAH ALIH SEMI-AUTOMATIK BERASASKAN SISTEM IOT Robot pembersihan solar pintar ialah penyelesaian automatik yang direka untuk membersihkan panel solar dengan berkesan dan cekap, meningkatkan kecekapan dan prestasinya dengan penggunaan penderia dan algoritma untuk menavigasi panel dan mengoptimumkan corak pembersihan, serta memantau keadaan panel dan memudahkan penyelenggaraan oleh kakitangan jika perlu. Robot ini menggunakan kaedah pembersihan menggunakan berus sebagai penyelesaian pembersihan untuk mengeluarkan kotoran, habuk dan serpihan lain dari permukaan panel solar. Penggunaan robot pembersihan solar pintar boleh membawa kepada penjimatan kos yang ketara untuk sistem tenaga solar. Dengan mengekalkan kecekapan panel melalui peningkatan jumlah tenaga elektrik yang boleh dijana melalui robot ini akan membolehkan elektrik ini dijual kembali ke grid. Selain itu, robot ini juga boleh mengurangkan keperluan untuk pembersihan manual, yang selanjutnya boleh membawa kepada penjimatan kos dan meningkatkan keselamatan untuk kakitangan penyelenggaraan. Ini boleh memberi manfaat terutamanya untuk sistem tenaga suria berskala besar, di mana pembersihan manual boleh memakan tenaga buruh yang banyak dan juga memakan masa. Tambahan pula, robot pembersihan solar pintar menawarkan penyelesaian yang mampan untuk pembersihan panel solar, kerana ia boleh mengurangkan penggunaan air dan penggunaan bahan kimia berbanding kaedah pembersihan manual. Robot yang telah dibina dalam projek ini juga mempunyai keupayaan pemantauan dan kawalan jauh, yang boleh meningkatkan fleksibiliti dan kebolehskalaan proses pembersihan. Sasaran pengguna untuk produk ini ialah industri pengurusan tenaga suria di mana sistem reka bentuk kami akan membantu mereka membersihkan panel solar pada masa yang singkat. Projek yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu untuk mereka bentuk robot pembersihan solar pintar kos rendah yang boleh membersihkan dengan penggunaan masa yang minimum dan keperluan penyelenggaraan yang mudah. SELEPAS Robot Pembersihan Panel Suria 13
KEJAYAAN & IMPAK KATEGORI INDUSTRI PENYELIDIK PENGENALAN PROJEK System Setup PROF MADYA DR MOHAMAD YUSOF IDROAS (Ketua Projek) PROF DR ZAINAL ALIMUDDIN ZAINAL ALAUDDIN (Ahli Projek) DR MUHAMMAD IFTISHAH RAMDAN (Ahli Projek) 1. 2. 3. SYARIKAT ENERGY AND LAB SOLUTIONS (002080570-V) Electrical power production as indicated by the power load bank from the converted 20 KWe Diesel engine to BPG engine Modification of Diesel Engine to Biomass Producer Gas Engine SYARIKAT KECIL / SEKTOR INDUSTRI PENGELUARAN Syarikat berkenaan menghasilkan sistem penjanaan kuasa pengegas biojisim 10kWe untuk pasaran tempatan dan global. Syarikat tersebut telah mengubah suai enjin petrol komersial untuk teknologi penjanaan kuasa menggunakan gas pengeluar biojisim sebagai sumber bahan api kerana enjin gas pengeluar biojisim (BPG) komersial masih tiada dalam pasaran. Dengan pengubahsuaian enjin petrol komersial ke enjin BPG, kecekapan penukaran didapati sangat rendah, iaitu lebih kurang 20%. Terdapat pasaran besar bagi sistem penjanaan kuasa menggunakan sumber boleh diperbaharui seperti biojisim dan pada masa ini, syarikat tersebut menerima permintaan yang tinggi untuk sistem penjanaan kuasa biojisim berskala kecil dalam sektor pendidikan, penyelidikan dan perindustrian tetapi kecekapan penukaran yang rendah pada sistem penjanaan kuasa menggunakan gas pengeluar biojisim mengundang kepada satu cabaran besar bagi syarikat tersebut untuk memenuhi permintaan dan meningkatkan jualan. Oleh itu, syarikat tersebut memerlukan teknologi yang ditambahbaik untuk merealisasikan kecekapan penukaran yang lebih tinggi bagi sistem penjanaan kuasa BPG (kecekapan penukaran 50%) dengan menggunakan biojisim sebagai sumber bahan api. Penjana enjin petrol 5 KWe ditukar kepada penjana enjin gas pengeluar biojisim menghasilkan hasilan kuasa sebanyak 1 KWe (kecekapan penukaran 20%). Hasil dari penyelesaian inovatif yang mana penjana enjin diesel 20 KWe telah ditukar ke penjana enjin gas pengeluar biojisim menghasilkan hasilan kuasa sebanyak 10 KWe (kecekapan penukaran 50%) PENGOPTIMUMAN KECEKAPAN BAGI PENJANA GAS PENGELUAR BIOJISIM 14
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK SYARIKAT GTS GLOBAL TRADE PENYELIDIK EN MUHAMAD AZMAN BIN MISKAM PROF MADYA DR MOHAMAD YUSOF IDROAS 1. 2. PENGENALAN PROJEK Penghilang kabus Pemisah gas-cecair (siklonik) Kecekapan sistem penyental air berkurangan dalam operasi yang panjang disebabkan pengumpulan tar daripada gas pembakaran yang melekat pada packed bed dan partikel terkumpul dalam rashing rings. Dengan penggunaan yang panjang, kecekapan sistem menurun, akhirnya membawa kepada halangan aliran gas di dalam packed bed. Selain itu, muncung semburan tersumbat oleh mendapan tar. Sifat degil tar menjadikan pembersihan berkesan sangat mencabar, jadi memerlukan packed bed. Isu ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sistem tetapi juga meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan dan pelaburan masa. Menangani pengumpulan tar adalah penting untuk mengekalkan kecekapan penyental air yang optimum dan meminimumkan gangguan dan kos operasi. Sistem penyental air menunjukkan kecekapan prestasi yang berterusan sepanjang tempoh operasi yang panjang. Pengoptimuman ini meningkatkan keberkesanan sambil pada masa yang sama mengekang perbelanjaan penyelenggaraan dan masa henti, kepada penyelesaian yang teguh dan kos efektif untuk penggunaan jangka panjang. Sebelum Selepas 2. Tanggalkan penghapus kabus dan gantikan dengan pemisah gascecair (siklonik) Penyental Venturi dipasang di salur masuk penyental air, yang boleh mengeluarkan dan mengurangkan tar dan partikel dan mengeluarkan bahagian pack bed (rashing rings) di mana tar melekat,partikel terkumpul dan menyekat aliran. Terdapat 3 penyelesaian yang diterima pakai dalam projek ini: 1. SME (PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN) PENGOPTIMUMAN KECEKAPAN PENYENTAL AIR UNTUK PEMBAKAR Untuk mengoptimumkan kecekapan penyental air dalam tempoh masa pengoperasian yang panjang Rekabentuk Semasa Penyental Air Rekabentuk Baru Penyental Air 3. Membangunkan venturi throat boleh laras, yang boleh mengawal aliran aliran gas serta mengawal pecutan partikel dalam venturi. Ia juga mengawal penurunan tekanan untuk prestasi berterusan. Penyental throat venturi tetap Penyental throat venturi boleh laras Rajah di bawah menunjukkan lukisan dan gambar penyental air venturi Sebelum Sebelum Sebelum Selepas Selepas Selepas 15
KATEGORI INDUSTRI SYARIKAT FOCUS APPLIED TECHNOLOGIES SDN BHD PENYELIDIK PROF MADYA DR TEOH YEW HENG KEJAYAAN & IMPAK PENGENALAN PROJEK Kelajuan maksimum Dinamometer: 4,500 rpm Keuniversalan Produk: Penggunaan tunggal (iaitu sistem dinamometer casis) Kelajuan maksimum Dinamometer: 7,000 rpm Keuniversalan Produk: Penggunaan berbilang (iaitu sambugan terus enjin atau sistem dinamometer casis) Sebelum Selepas SEBELUM Dinamometer penyejuk udara sedia ada hanya membenarkan penggunaan tunggal aplikasi dinamometer casis. Rig ujian penggunaan dwi telah direka untuk ujian kenderaan Rig ujian penggunaan dwi telah direka untuk ujian enjin Gambar pelaksanaan projek yang menunjukkan pencapaian (sebelum dan selepas) SELEPAS SME (PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN) REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PEMUTAR BERKELAJUAN TINGGI UNTUK DINAMOMETER ARUS PUTAR BERSEJUK UDARA Produk utama syarikat ini adalah dalam merekabentuk dan pembangunan peralatan ujian sistem dinamometer untuk makmal industri, pengajaran dan penyelidikan universiti. Syarikat ini menghadapi masalah dengan had operasi terhad dinamometer arus eddy sejukan udara untuk aplikasi dalam sambungan terus dengan enjin kerana penjanaan haba yang berlebihan. Sebagai alternatif, dinamometer jenis yang disejukkan dengan air dapat digunakan sebagai alat penyerap daya untuk ujian enjin secara sambungan terus. Namun, dinamometer yang disejukkan dengan air sering kali memerlukan kos modal yang lebih tinggi. Maka, penggunaan dinamometer yang disejukkan dengan air akan meningkatkan kos keseluruhan produk dan tidak sesuai untuk syarikat. Dinamometer arus eddy sejukan udara berkelajuan tinggi yang lebih cekap dan mampu beroperasi dengan kelajuan tinggi untuk aplikasi sambungan terus dengan enjin telah dibangunkan dan diuji melalui projek PPRN ini. Selain itu, produk yang ditambahbaikan dengan kemampuan penyejukan rotor yang lebih berkesan juga membantu menurunkan kos pemilikan dan penggunaan berbilang (ujian sambungan enjin terus dan casis) daripada dinamometer arus eddy penggunaan tunggal (ujian sambungan enjin terus atau casis). Selain itu, impak terhadap industri dari segi pengeluaran dan jualan, pihak syarikat amat puas hati dengan penurunan kos pengeluaran sebanyak 23% (iaitu, kos sebelum: RM 13,600 dan selepas: RM 10,500) dan juga penambahan jualan sebanyak 21% (iaitu, jumlah pendapatan sebelum: RM 515,000 dan selepas: RM 625,000). 16
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT BIOMETRIC ART SDN BHD PENYELIDIK KEJAYAAN & IMPAK Sistem yang dibangunkan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dengan mengautomasikan perkhidmatan pengesanan, pemantauan dan merekodkan perkhidmatan pembersihan kawasan. Di samping itu, sistem menyediakan kemas kini kemajuan masa nyata, dan pengendalian kerja menjadi cekap. Sistem yang dibangunkan mengurangkan masa untuk menjejak, memantau dan merekod kualiti perkhidmatan pembersihan kawasan. Di samping itu, sistem automatik yang dibangunkan mengurangkan beban kerja kakitangan pentadbir untuk menyediakan laporan bulanan. Sistem yang dibangunkan meningkatkan hasil kontraktor pengurusan sisa pepejal dengan menghapuskan denda oleh PBT kerana kualiti kerja yang rendah dan mengurangkan bilangan penyelia. Hasilnya, syarikat berjaya mencapai sifar penalti daripada pihak berkuasa tempatan. Sistem yang dibangunkan telah mengurangkan bilangan penyelia daripada empat orang kepada seorang sahaja. DR MUHAMMAD FIRDAUS AKBAR PROF MADYA DR KHAIRI ISHAK PROF MADYA DR BAKHTIAR AFFENDI ROSDI 1. 2. 3. PERKHIDMATAN : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI VL JEJAK: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL BERSEPADU PINTAR Penyediaan perkhidmatan pembersihan kawasan dan pengumpulan sisa di Malaysia diamanahkan kepada kontraktor sisa pepejal tempatan. Walau bagaimanapun, isu lazim yang dihadapi oleh kontraktor ini adalah berkaitan dengan prestasi suboptimum dan pengurangan produktiviti pekerja mereka tanpa adanya penyeliaan. Akibatnya, kualiti kerja yang terjejas gagal memenuhi piawaian minimum, menyebabkan orang ramai kehilangan persekitaran yang bersih dan selamat. Hasilnya, kontraktor tempatan dikenakan penalti, mengakibatkan reputasi majlis tempatan juga terjejas kerana pemantauan yang tidak berkesan. Sistem pemantauan sedia ada bergantung pada pelaporan manual melalui aplikasi WhatsApp, yang menghalang pelaporan masa nyata kemajuan pembersihan untuk orang ramai. Selain itu, kontraktor mengalami proses pelaporan yang manual, manakala majlis mengalami ketidakcekapan dalam operasi pemantauan. Untuk menangani cabaran ini, VL JEJAK dicadangkan, sistem pengurusan sisa pepejal pintar berasaskan “cloud” bersepadu yang merangkumi aplikasi mudah alih dan papan pemuka digital. VL JEJAK memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan untuk menawarkan keupayaan pemantauan dan pengurusan yang komprehensif, boleh dipercayai, teguh dan cekap untuk kontraktor sisa pepejal. 17
KATEGORI INDUSTRI PENGENALAN PROJEK SYARIKAT SPEN INDUSTRIES SDN BHD DR MOHD NADHIR AB WAHAB MADYA DR WAN MOHD NAZMEE WAN ZAINON DR MUHAMMAD FIRDAUS AKBAR 1. 2. 3. KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK PEMBUATAN SISTEM AUTOMASI PENGURUSAN PEMBUATAN BERASASKAN “CLOUD” Kebanyakan PKS Malaysia masih mengamalkan pengurusan pembuatan berasaskan kertas. Jadual, pesanan kerja, laporan kualiti dan senarai pembungkusan adalah arahan berasaskan kertas. Prestasi operator dan mesin, laporan kualiti, stor dan inventori gudang, tidak dipantau dalam masa nyata. Oleh itu, sistem digital bersepadu diperlukan untuk memaksimumkan output dan memenuhi keperluan PKS untuk menerima pakai Industri 4.0. Sistem automasi pengurusan pembuatan berasaskan “cloud” ialah satu sistem digital bersepadu yang mengguna pakai teknologi Industri 4.0 mendigitalkan keseluruhan perancangan dan pelaksanaan pengeluaran. Sistem ini meliputi pendigitalan aktiviti penerimaan bahan mentah sehingga penghantaran produk. Sistem ini terdiri daripada 5 modul, dan rangka kerja tersebut merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk menyediakan perancangan dan pelaksanaan pengeluaran automatik sepenuhnya. Sistem ini merangkumi penjadualan pintar dipacu kecerdasan buatan yang membantu secara automatik perancang untuk merancang pelaksanaan pengeluaran dan menawarkan kebolehkesanan penuh produk melalui ciri analisis data. Sistem ini memastikan syarikat menggunakan mesin dan tenaga kerja sedia ada kepada jumlah kapasiti mereka dan meningkatkan kecekapan pengeluaran. Mengautomasikan penjadualan pengeluaran dan pelaksanaan pembuatan telah meningkatkan kadar pengeluaran dan meningkatkan produktiviti sehingga 80 % (purata 20% masa mati mesin disebabkan ralat mesin) Sistem yang dibangunkan mencapai penggunaan bahan mentah yang cekap sehingga 90%. Sistem ini membantu mengekalkan maklumat tepat 100% tentang ketersediaan stok dan bahan mentah dalam masa nyata. Sistem yang dibangunkan menghapuskan perancangan pengeluaran manual yang membosankan dan memakan masa serta menjimatkan ribuan jam kerja. Ia membawa kepada minggu kerja yang lebih pendek untuk buruh dan mengurangkan masa utama kilang dengan perancangan pengeluaran yang dioptimumkan. Kualiti produk siap dipertingkatkan dengan kawalan kualiti masuk kebolehkesanan bahan mentah. Mengguna pakai penjadualan bersepadu dan automatik meminimumkan masa henti. Hasil syarikat meningkat sebanyak 20%. Bilangan penyelia akan dikurangkan daripada 2 orang kepada tiada di barisan pengeluaran dan stesen gudang. Paparan monitor pada mesin pengeluaran Pengurusan Pengeluaran Digital - Halaman Utama Aplikasi Mudah Alih Modul Pengurusan Pengeluaran dan Perancangan - Paparan pada Aplikasi Web Paparan Modul Bahan Mentah pada Aplikasi Mudah Alih Paparan Aktiviti Pemantauan Mesin pada Aplikasi Mudah Alih 18
KATEGORI INDUSTRI KEJAYAAN & IMPAK PENYELIDIK TS. ABDULLAH WAGIMAN TS. INV. DR MOHD SHAHIR YAHYA TS. INV. MAHMOD ABD HAKIM MOHAMAD EN MOHD NAJIB JANON PROF MADYA DR MOHAMMAD SUKRI MUSTAPA PROF MADYA TS. DR ZAMRI NORANAI 1. 2. 3. 4. 5. 6. PENGENALAN PROJEK PERUSAHAAN KOMPANG & JIDOR PARIT SUMARTO (JR0059588-A) SYARIKAT REKABENTUK DAN FABRIKASI MESIN PEMBUATAN PEMOTONG LUBANG UNTUK PEMBUATAN KOMPANG Perusahaan Kompang & Jidor Parit Sumarto (JR 0059588-A) merupakan pengeluar terkemuka alat Kompang dan Jidor, dikenali kerana kualiti dan harga yang berdaya saing. Walau bagaimanapun, syarikat ini menghadapi cabaran: pesanan bulanan melebihi kapasiti pengeluaran mereka sebanyak 200 unit, menyebabkan kelewatan dan pembatalan pesanan. Bagi mengatasi ini, syarikat telah memohon projek PPRN untuk mencipta mesin yang boleh memotong blok kayu segi empat menjadi bentuk bulat sepenuhnya, langkah penting dalam proses pembuatan alat muzik mereka. Beberapa pilihan reka bentuk telah dikaji, termasuk mesin pengeboran dengan pemotongan mata gergaji lubang, mesin router dengan meja berputar, dan mesin bandsaw vertikal dengan meja berputar. Setelah menilai faktor-faktor seperti masa pemotongan, kemudahan penyelenggaraan, ketersediaan alat ganti, dan kos, penyelidik dan Syarikat telah memilih konsep bandsaw vertikal yang digabungkan dengan meja berputar. Mesin inovatif ini kini boleh menukar blok kayu segi empat menjadi bentuk yang sepenuhnya bulat dalam masa kurang dari satu minit, peningkatan yang ketara dari proses sebelum ini yang mengambil masa 10 minit. Selain kelajuan, blok kayu bulat juga meningkatkan keselamatan dan kecekapan proses ukiran seterusnya, kerana ia menghilangkan getaran yang disebabkan oleh ketidakseimbangan semasa pemusingan. Kejayaan ini tidak hanya meningkatkan kecekapan pengeluaran malah meningkatkan keselamatan dan kualiti produk syarikat. 19 Kompang Papan Pemotong Produk yang dikeluarkan dengan menggunakan mesin yang dihasilkan SEBELUM Masa mengukir per unit baluh 30 minit/unit SELEPAS Masa mengukir per unit baluh 12 minit/unit Perbandingan hasil keluran Perbandingan antara teknik sedia ada dan teknik baru
Kementerian Pendidikan Tinggi Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi Universiti Teknologi PETRONAS Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, Universiti Teknologi PETRONAS Technology Exploitation Delivery (TED), Universiti Teknologi PETRONAS Technology Research Excellence (TREx), Universiti Teknologi PETRONAS Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Rakan-Rakan Industri Rakan-Rakan Media Cetak dan Elektronik Jawatankuasa Program Taklimat dan Mini Showcase Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) Zon Utara merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu memastikan program ini berjalan dengan jayanya. 20 Sekalung Budi
Penasihat Prof Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib Prof Ir Dr Mohd Shahir Liew Shamsina Shaharun Pengarah Dr Muslich Hartadi Sutanto (UTP) Timbalan Pengarah Hasiah Kamarudin (UTP) Jagdev Singh Kulbant Singh (MoHE) Setiausaha Nurul Wahida Hood Bendahari Sharizul Azlan Mohd Azizi JAWATANKUASA TEKNIKAL Ketua Insyirah Hamid (UTP) Khairil Anuar Shariff (MoHE) Timbalan Ketua Mohd Ayyub M Syayuti Penceramah Yon Norasyikin Samsudin Azirasura Tajuddin Logistik Mohd Adlan Zulkafeli @ Zulkifle Mohd Ashraf Syazwan Jumraizan Nur Syafiqah Mohamad Nasir Pengurusan Jamuan Syukarnie Mansor Zulkarnain Jahidi Muhaiyuddeen Shaik Allauddin Media, Promosi dan Penerbitan Mohd Hazrin Ismail Suhaila Sharaini Buku Program Nadira Nordin Norsuhada Abdul Karim Hamidah Sulfan Syah Keselamatan Rasidi Ramli Adifazli Radzi Pradap Jemputan Tetamu Luar dan Protokol Shariza Mohamed Shuhidan Ahmad Azam Alias Noor Atiqah Megat Ghazali Pengacara Majlis Nur Faseeha Mohd Sujangi 21 Senarai Jawatankuasa Kerja Jemputan dan Pendaftaran Sh Yasmin Rafidah Wafa Syed Farid Nasir Wafa Nur Farhana Ajua Mustafa Nadzirah M Yosup Hazriena Ad Razak Gimik Al-Hafzan Abdullah Halim Ucapan Anis Nadilla Ahmad Qurratuaini Syamimi Syam Termizi Pameran dan Cenderamata Wan Nabihan Wan Sulaiman Intan Baizura Baharuddin Hubungan Jaringan Industri Khairul Azfar Zahri PENGURUSAN ACARA Ketua Mohd Zulkarnain Zulkifli Pengurusan Majlis Eemir Syhafiq Roslan Audio Visual dan Teknologi Maklumat Norkamar Faridatul Salwa Kamarudin Mohd Soharzry Salehudin