ANUGERAH KECEMERLANGAN DURIAN BURUNG 2019
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
1
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
ISI KANDUNGAN
1. SEKAPUR SIREH 3
2. RINGKASAN EKSEKUTIF 4
3. CARTA ORGANISASI AJK PERUMAHAN 5
4. CARTA ORGANISASI AJK
6
ANUGERAH KECEMERLANGAN PERUMAHAN 7
5. CARTA PERBATUAN 8
6. PENDAHULUAN
LAPORAN PROJEK INOVASI
A) PERUMAHAN
1. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN 11
2. KERJASAMA DAN KESEPAKATAN KOMUNITI 17
3. KEBERSIHAN PERSEKITARAN 19
4. KESELAMATAN 20
B) LANSKAP 23
24
S1.EKKEACPERUIARANSIREH 26
27
2. KEINDAHAN
3. KREATIVITI 28
4. PENGURUSAN
2
KONKLUSI
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
SEKAPUR SIREH
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Laporan Anugerah
Kecemerlangan Perumahan Kastam Durian Burung, telahdapat disiapkan. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pasukan kerja anugerah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan buku laporan
ini.
Kejayaan menyediakan laporan ini adalah merupakan lambang komitmen dan
usaha gigih setiap warga JKDM Terengganu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi.
JKDM Terengganu juga sangat menitiberatkan semua aspek kecemerlangan
melalui tiga platform utama iaitu Pengurusan Pintar, Inovasi Proses dan Keupayaan
Sinergi yang menjadikan pengurusan JKDM Terengganu berkeupayaan untuk
menguruskan kejayaan dan maju ke hadapan, bukan lagi mengurus kegagalan. Akhir
kata, dasar kcemerlangan inovasi ini juga merupakan satu keutamaan kepada
pengurusan JKDM Terengganu dan akan sentiasa berterusan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Radzi Bin Muhammad
Pengarah Kastam Negeri Terengga3nu
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perumahan Kastam Durian Burung Kuala Terengganu merupakan
sebuah perumahan pegawai kanan yang terletak di alamat Lorong Punai,
Durian Burung , Kuala Terengganu . Lokasinya kira-kira 200 meter dari
jalan besar dan agak terlindung dari hiruk-pikuk kenderaan . Suasana di
sini agak tenang dan mendamaikan.
Lanskap perumahan di susun-atur sebegitu rupa dalam keadaan
kemas , bersih dan indah mata memandang dengan pelbagai pokok dan
fauna. Aktiviti perumahan seperti gotong royong , mesyuarat dan
hubungan mesra penghuni merupakan antara kunci perumahan ini
dikenali di kalangan warga dan komuniti setempat. Penyediaan peralatan
permainan kanak-kanak , meja pingpong , kerusi batu dan wakaf adalah
antara kemudahan yang berfungsi sebagai alat yang bukan sahaja untuk
kesihatan tetapi juga pencetus semangat keakraban sesama warga dan
keluarga . Wujudnya pepohon buah-buahan seperti mangga, kelapa ,
pisang , betek , jambu , durian belanda ,belimbing buluh dalam kawasan
perumahan merupakan antara keistimewaan yang dikongsi bersama
penghuni kuarters.
Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa perumahan sentiasa
mempastikan keceriaan warga , keindahan lanskap , kebersihan sekitar
dan keselamatan berada pada tahap yang membanggakan.
4
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
CARTA ORGANISASI AJK PERUMAHAN
CARTA ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
KUALA TERENGGANU , TERENGGANU
PENGERUSI BENDAHARI
MOHD RAFIEE BIN LAZIN WANORAFIDAH BT ABD WAHID
TIMBALAN PENGERUSI
WAHID BIN MOHAMAD
SETIAUSAHA
NOOR ALIZA BT JALALUDDIN
BIRO BIRO BIRO BIRO
KEBAJIKAN /PROGRAM KECERIAAN/LANSKAP KEROHANIAN KESELAMATAN
Khazaiddi Bin N Muhamad Hazly Mohd Khairul
Mohd Nor Bin Abd Hadi Bin Mat
Wahid Bin
Suhaliza Bt Mohamad Zainal Bin Mohd Hasnan
Mohamad Masri Bin Ismail
Ismail
Mohd Firdaus Bin Hasan Khalidahanim Azlan Bin
Bin Hussain Bt Zainol Che Hamid
Nur Nadia Bt
Muzafar
5
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
CARTA ORGANISASI AJK ANUGERAH KECEMERLANGAN
AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
KUALA TERENGGANU , TERENGGANU
SETIAUSAHA FASILATATOR
NOOR ALIZA BT JALALUDDIN MOHD RAFIEE BIN LAZIN
F
KETUA KUMPULAN
Muhamad Hazly Faizal
Bin Abd Hadi
PENGARANG PENGARANG PENGARANG
Muhamad Firdaus Bin Zainal Bin Masri NorKhalidahanim
Hussain PEREKA GRAFIK Bt Zainol
Khazaiddi Bin
Md Nor
6
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
CARTA PERBATUAN
7
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
PENGENALAN
Perumahan Kastam Durian Burung telah dibina pada tahun 2000 di
atas tanah yang ditambak . Tapak asalnya adalah bendang padi dengan
keluasan 1.5 hektar. Dahulunya tapak perumahan ini merupakan tempat
berkumpulnya anak-anak kampong mencari ikan, memancing , mengail
dan menanam padi . Bila tibanya musim tengkujuh kawasan ini akan
dilimpahi air dan penduduk sekitar akan menghadapi banjir . Oleh itu ,
perumahan dibangunkan untuk mengatasi masalah banjir . Jabatan
kastam telah mengambil kesempatan ini dan seterusnya membeli
daripada pemaju untuk dijadikan perumahan pegawai kanan kastam.
Perumahan Kastam Durian Burung terdiri dari 3 buah rumah kelas
C dan 14 buah rumah kelas D . Rumah kelas C di peruntukan kepada
pegawai Gred WK48 dan ke atas termasuk rumah yang diperuntukan
kepada Pengarah Kastam Negeri manakala rumah kelas D
8
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
diperuntukkan kepada pegawai gred WK29 hingga WK44 .
Rumah Kelas C
Rumah Kelas D
9
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
10
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
a. Pengurusan Dan Penyelenggaraan
i. Penglibatan Pengurusan Atasan
Perumahan ini diurus dan di tadbir oleh Ahli JawatanKuasa
Perumahan yang di lantik oleh Jabatan dan dipantau oleh Pegawai
Perumahan Jabatan . Ianya mempunyai carta organisasi tersendiri
yang diketuai oleh Penghulu, Naib Penghulu , Setiausaha dan
Bendahari . Istimewanya semua ketua rumah dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Perumahan yang mempunyai peranan masing-
masing.
Pengurusan perumahan jabatan akan memantau semua program
dan penyelenggaraan melalui mesyuarat perumahan negeri yang
diadakan setiap tiga bulan sekali . Mesyuarat tersebut di
pengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri . Pengerusi dan
Setiausaha diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Lawatan
secara mengejut oleh pihak pengurusan juga merupakan antara
langkah pemantauan yang dilakukan oleh pihak pengurusan
atasan.
Penyelenggaraan kuarters seperti pembangunan , pembaikan
kerosakan , kebersihan adalah di buat secara tawaran kontrak yang
telus dan sah. Proses tender dan pembayaran adalah di bawah
PusatTanggungjawab Kuala Terengganu. Ahli Jawatan kuasa
Perumahan yang dilantik akan hanya membuat pemantauan setiap
kerja yang dilakukan oleh kontraktor bagi mempastikan kawasan
sentiasa dalam keadaan bersih , indah dan selamat. Sebelum
11
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
rumah tersebut diperbaiki , ketua penghuni perlu mengisi
menghantar borang aduan kerosakan untuk di pertimbangkan oleh
pihak pengurusan . Sebaik sahaja kerosakan di perbaiki , ketua
penghuni perlu membuat pengesahan pembaikian telah dilakukan
dan ianya berada dalam keadaan baik dan memuaskan sebelum
pembayaran dibuat oleh pihak kewangan jabatan.
ii. Rumah Berpenghuni
Terdapat 15 buah rumah daripada 17 buah rumah yang
diduduki . Daripada jumlah tersebut , 1 buah rumah kelas C
dan 14 buah rumah kelas D diduduki. Kesemua rumah yang
diduduki ini sentiasa di jaga dan dipantau oleh tuan rumah
sendiri . Sebagai tuan rumah mereka dibekalkan dengan
borang aduan kerosakan bagi tujuan untuk membuat laporan
kerosakan kepada pihak pengurusan.
iii. Rumah Tidak Berpenghuni
Terdapat 2 buah rumah kelas C yang tidak diduduki iaitu
rumah no,1 dan no. 13. Rumah ini telah dikosongkan sejak
setahun yang lalu. Walaupun tidak diduduki rumah ini
sentiasa bersih dan dijaga . Arahan kepada kontraktor untuk
menyapu bersih setiap dua bulan sekali Perkarangan rumah
PKN telah dijadikan lokasi program untuk mengadakan Majlis
Yasin , Tahlil dan solat bejemaah , majlis berbuka puasa dan
majlis sambutan hari raya.
12
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
iv. Kawasan persekitaran
Persekitaran perumahan sentiasa bersih dan ceria . Ceria
dengan pokok-pokok bunga dan pokok hijau . Rumput
dipotong secara rutin oleh kontraktor setiap 15 hari sekali.
Gotong royong oleh penduduk di adakan setiap tiga bulan
sekali . Tong sampah disediakan disetiap rumah dan di
tempatkan di hadapan rumah masing-masing .
13
Aktiviti Gotong Royong
13
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
Adanya pokok-pokok buah buahan yang ditanam oleh
penghuni seperti pokok mempelam, kelapa , Durian
Belanda, pokok pisang , Belimbing Buluh , Jambu Hijau
menceriakan lagi kawasan perumahan seperti kebun dalam
taman
Pokok Mempelam Pokok Jambu Batu
14
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
Pokok Belimbing Buluh Pokok Durian Belanda
Bermula dari pintu utama , jajaran sebelah kiri di barisi pokok
pokok berdoa bagi meneduhi kawasan dan nampak sejuk
mata memandang.
Tanaman sayur-sayuran juga ada ditanam oleh penduduk
sekadar untuk kegunaan sendiri. Sayuran sepeti pokok
kacang panjang, peria , lada, kangkong , sawi sentiasa
menghiasi laman belakang dapur rumah masing masing.
Tanaman sayur-sayuran di belakang rumah
v. Perparitan
Parit dan longkang sentiasa dalam keadaan baik dan tidak
tersumbat . Keseluruhan longkang-longkang di sekeliling
rumah dalam keadaan baik dan bersih. Longkang –longkang
ini bukan sahaja di bersihkan oleh kontraktor pembersih tetapi
sentiasa di pantau rapi oleh penghuni masing-masing .
Longkang dan peparitan yang tersumbat akan menyebabkan
pembiakan aedes dan akan mengganggu keselamatan
penduduk. Rutin gotong royong yang diadakan dua bulan
sekali bersama penduduk menjanjikan keadaan parit dan
15
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
longkang sentiasa bersih.
Aktiviti Gotong Royong
vi. Ruang parkir
Setiap rumah mempunyai ruang parkir tersendiri . Tiada
kawasan parkir disediakan di luar kawasan kediaman. Tempat
parkir tidak menjadi masalah kepada penghuni.
vii. Kemudahan ICT
Tiada kemudahan ICT di sediakan di kawasan perumahan ini.
Kesemua talian internet adalah di bawah tanggungan masing-
masing. Kecapaian talian internet dan penerimaan ICT lain
adalah dalam keadaan baik di kawasan ini.
16
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
b. Kerjasama Dan Kesepakatan Komuniti
i. Pengisian Program
Setiap tahun perumahan kastam Durian Burung sentiasa
mengadakan program dan aktiviti untuk warganya .
Antaranya adalah majlis berbuka puasa , Majlis sambutan
hari raya , program Yasin , Tahlil dari rumah ke rumah dan
gotong royong dan program sukan .
Majlis Yassin & Solat Berjemaah
17
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
Majlis Berbuka Puasa Bersama PKN Majlis Sambutan Hariraya
Ini merupakan program tetap perumahan setiap tahun.
Kejayaan mengadakan semua program adalah hasil
kerjasama semua warga kuarter di mana makanan dan
minuman yang adakan adalah dibuat secara “port luck”
Kaedah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos tetapi kita
dapat merasai pelbagai juadah dan ianya sentiasa
mencukupi.
Rutin mesyuarat AJK perumahan bulanan merupakan kunci
kepada pelaksanaan program di perumahan ini. Semua
program yang hendak diadakan perlu mendapat persetujuan
daripada penghuni . Ini penting kerana setiap program yang
hendak di adakan memerlukan pengorbanan tenaga , idea
18
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
dan wang ringgit semua penghuni kuarters.
Program sukan seperti pingpong di adakan secara berterusan
dikalangan warga dan anak-anak . Ianya dapat memenuhi
masa lapang dan mempereratkan ikatan silaturahim sesama
warga kuarters.
Program sukan ping pong
ii. Aktiviti Kemasyarakatan
Secara khususnya tiada aktiviti kemasyarakatan tetapi
umumya ada kalangan ahli kuarters menyertai program surau
yang dianjurkan oleh surau yang berhampiran. Kadang-
kadang AJK perumahan menjemput masyarakat luar seperti
Imam, bilal dan kariah surau yang berhampiran menyertai
majlis tahlil di perumahan.
19
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
c. Kebersihan Persekitaran
i. Kawasan Persekitaran
Persekitaran perumahan sentiasa bersih dan ceria . Ceria
dengan pokok-pokok bunga dan pokok hijau . Rumput
dipotong secara rutin oleh kontraktor setiap 15 hari sekali.
Gotong royong oleh penduduk di adakan setiap tiga bulan
sekali . Tong sampah disediakan disetiap rumah dan di
tempatkan di hadapan rumah masing-masing
ii. Perparitan
Parit dan longkang sentiasa dalam keadaan baik dan tidak
tersumbat . Keseluruhan longkang-longkang di sekeliling
rumah dalam keadaan baik dan bersih. Longkang –longkang
ini bukan sahaja di bersihkan oleh kontraktor pembersih tetapi
sentiasa di pantau rapi oleh penghuni masing-masing .
Longkang dan peparitan yang tersumbat akan menyebabkan
pembiakan aedes dan akan mengganggu keselamatan
penduduk. Rutin gotong royong yang diadakan dua bulan
sekali bersama penduduk menjanjikan keadaan parit dan
longkang sentiasa bersih.
20
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
d. Keselamatan
i. Kebakaran
Setiap rumah di bekalkan dengan alat pemadam api. Bagi
mempastikan lat tersebut berfungsi , pihak pengurusan akan
menukar peralatan tersebut apabila sampai tempoh matang.
Bagi mencegah kebakaran , semua ketua rumah di dedahkan
dengan ilmu mencegah dan menggunakan alat pemadam api
oleh pihak bomba. Pihak pengurusan dan AJK perumahan
melalui mesyuarat sentiasa membuat pesanan supaya warga
menjaga dan sensitif kepada penggunaan api dan
menasihati anak masing-masing .
ii. Kecurian
Kes-kes kecurian tidak pernah berlaku di perumahan ini.
Diwaktu malam terdapat seorang anggota keselamatan di
tempatkan di pondok keselamatan di perumahan ini.
Manakala waktu siang , pagar di pintu utama ditutup . Ini bagi
mengelakan pencerobohan atau kemasukan mereka yang
tidak diundang ke kawasan perumahan bagi tujuan khianat.
Wujudnya lampu limpah di perumahan pada waktu malam
membantu mengelakan sebarang kecurian berlaku di
samping menerangi dan mengindahkan kawasan.
21
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
Pondok Pengawal Keselamatan
22
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
2. LANSKAP
Lanskap Perumahan Kastam Durian Burung berada pada tahap
memuaskan di mana susunaturnya di buat sebegitu rupa tanpa
mengorbankan keaslian keindahannya.
a. Keceriaan
Keceriaan sesuatu lanskap itu akan terhasil apabila
susunatur dan gabungan w21arna pada setiap kelompok
lanskap dibentuk secara kreatif dan menarik.
i. Susun-atur
Pelbagai cara dan susunatur pepohonan dedaun dan
bunga ditanam bagi membentuk corak yang menawan
, indah dan selesa mata memandang . Gabungan
pepohonan dedaun dan pokok-pokok bunga yang
diselang seli menambahkan lagi kekemasan lanskap
dalam taman . Bukan itu sahaja , ujudnya pohon-pohon
buah-buahan seperti durian belanda , pisang , mangga
dan kelapa tidak mengganggu susunatur lanskap
di kawasan perumahan malahan ianya nampak lebih
lapang dan selesa.
ii. Kepelbagaian Warna Dan Kesegaran
Kehijauan pepohonan yang di tanam di samping
kepelbagaian warna yang bertemakan merah - putih
yang bersaiz kecil di kawasan sekitarnya menambah lagi
seri dan ianya mampu menampilkan kesegaran yang
23
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
sudah tentu akan menggamit kenangan kepada setiap
pengunjung .
b. Keindahan
Keindahan sesuatu lanskap itu akan terhasil apabila adanya
gabungan dua unsur penting iaitu kebersihan dan lanskap
yang bertema serta berkonsep di gabung secara bijak.
i. Kebersihan
Tidak dapat dinafikan , kebersihan di perumahan ini
adalah diberi keutamaan bukan sahaja dari aspek
lanskap malah pembuangan sampah dan daun-daun
yang gugur diurus dengan baik oleh kontraktor
pembersih dan pungutan oleh lori Majlis Bandaran
secara rutin. Suasana bersih dan segar secara
berterusan di perumahan tanpa bauan kekotoran
terhasil hasil pemantauan ini.
24
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
ii. Tema Dan Konsep
Tema lanskap yang dilaksanakan di perumahan ini
adalah bertemakan kepelbagaian bentuk dedaunan dan
warna bungaan yang pelbagai pada setiap kelompok
lanskap berkonsepkan santai selesa mata memandang
.
Tersedianya peralatan mainan kanak-kanak seperti
buaian , menyerlahkan lagi tema lanskap . Warna hijau
yang sama dengan warna daun pada peralatan juga
memainkan peranan menyegarkan lanskap perumahan
Peralatan permainan kanak-kanak
25
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
c. Kreativiti
Kreativiti bukan sahaja dari segi idea tetapi dari sudut
pemilihan pokok-pokok yang sesuai yang kemudiannya
dibentuk melalui seni kreatif akan menghasilkan lanskap
yang indah dan menarik .
i. Kesesuaian
Pemilihan pepohonan bentuk dedaunan hijau dan
merah hati , putih dan kuning dari spesis yang sama
disamping mempunyai saiz daunnya yang sama
kemudiannya disusunatur pada satu kelompok
lanskap berupaya menjana kreativiti yang agak
menarik untuk dikongsi.
ii. Kesenian
Ujudnya kesenian pada lanskap di perumahan
adalah hasil kerja kreatif warga . Antaranya mereka
bentuk pokok pokok renek yang berdaun hijau
membentuk mangkuk . Nukilan kreatif pada
sesetengah sudut kawasan perumahan juga
membantu pembangunan lanskap perumahan .
26
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
d. Pengurusan
Tidak dapat di nafikan , menanam dan memantau itu mudah
tetapi untuk memelihara dan mengekalkan lanskap yang
menarik itu bukan sesuatu yang senang . Ianya memerlukan
penglibatan semua pihak termasuklah pihak pengurusan
sendiri (PTJ) dan penyelenggraan yang baik dan berterusan
i. Penglibatan warga
Penglibatan warga khususnya Ahli Jawatankuasa
Perumahan samada melalui mesyuarat atau kertas
cadangan kepada pihak pengurusan kerap menjadikan
lanskap sebagai satu agenda utama. Ujudnya
folio pembangunan kawasan dalam AJK perumahan
menunjukan lanskap adalah menjadi fokus
pembangunan di perumahan ini.
ii. Penyelenggaraan
Penyelenggaraan seperti pembajaan , penyiraman dan
penggantian pokok-pokok yang mati bagi mengekalkan
keindahan lanskap adalah penting . Pihak pengurusan
telah melantik syarikat kontraktor bagi membuat
penyelenggaraan ke atas pokok-pokok bagi
memastikan ianya kekal dalam jangka masa yang
panjang . Di samping itu penglibatan warga dan
pengurusan dalam aktiviti gotong-royong juga
membantu dalam menyelenggarakan lanskap dan
27
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
memelihara kebersihan kawasan perumahan .
KONKLUSI
Perumahan yang bersih ,tersusun , indah dan selamat merupakan
sesuatu yang diidamkan oleh penghuninya . Lanskap yang cantik dan
indah adalah melambangkan kesantunan dan keharmonian kehidupan
warganya.
Kemeriahan aktiviti adalah sesuatu penting dalam memartabatkan
nilai dan gambaran keceriaan kehidupan warganya.
Kebertanggungjawaban warga perumahan bukan sahaja terhad kepada
kaumnya tetapi ianya melangkaui masyarakat sekitar yang dahagakan
hubungan yang baik dengan warga perumahan ini.
Harapan untuk menjadikan Perumahan Kastam Durian Burung
sebagai model yang perlu di contohi boleh direalisasikan andaikata
dilengkapkan dengan sebuah surau sebagai pusat silaturrahim tradisional
yang unggul sehingga kini dan penambahbaikan lanskap perumahan
yang sedia ada disamping kemeriahan aktiviti di perumahan mampu
meletakan Perumahan Kastam Durian Burung searas dengan
perumahan –perumahan kastam yang lain. Sebagai sebuah perumahan
pegawai kanan , kekayaan dari sudut idea kreatif, pengorbanan dari segi
kewangan dan tenaga , kesantunan jiwa dan kesopanan budi warganya
sering di jadikan model dan kayu pengukur sebagai sebuah perumahan
yang cemerlang .
28
ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERUMAHAN KASTAM DURIAN BURUNG
29