KONSEP
TAKAFUL DALAM
ISLAM
PENGERTIAN
Takaful juga adalah satu perkataan yang
berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin)
iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'.Dari
segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu
kumpulan untuk saling jamin menjamin dan
bantu membantu antara satu sama lain ketika
para peserta kumpulan tersebut ditimpa
sesuatu musibah . Dari sejarah daripada
syarikat takaful pertama di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1985 selepas
penggubalan Akta Takaful 1984. Takaful
secara umumnya mempunya persamaan
dengan insurans konvensional di mana kedua
dua hanya merupakan instrument untuk
membantu kepada golongan yang tidak
bernasib baik kerana ditimpa musibah .
Selain itu juga Takaful juga ditubuhkan di
Malaysia sebagai satu alternatif untuk
seseorang beralih daripada syarikat insurans
konvensional yang dipercayai membawa
unsur riba’, maisir, dan al-gharar kepada
syarikat perkhidmatan perlindungan
kewangan berlandaskan Syariah dan Agama
Islam.
PRINSIP TAKAFUL
Tabarru’at.
Tabarru’at ialah Bermaksud menderma
secara ikhlas. Di dalam konteks takaful,
konsep tabarru’at ini bersyarat iaitu
setiap peserta yang ingin menyertai
takaful mestilah menderma sesuai
dengan risiko yang dibawanya. Setiap
peserta yang menyertai pelan takaful
ini, oleh sebab itu , mereka perlu
bersedia menderma sebahagian wang
keahlian mereka kepada ahli-ahli lain
jika ditimpa kemalangan atau musibah.
Begitu juga saat mereka ditimpa
musibah, duit daripada ahli-ahli lain
juga turut digunakan untuk membantu
mereka sendiri.
Wakalah.
Dari segi bahasa wakalah bermaksud
iaitu perwakilan. Dari segi istilah,
wakalah bermaksud memelihara,
menjamin, menjaga, menyerahkan
dan mengganti. Dari segi syarak, ia
merujuk kepada “Satu pihak
menyerahkan sesuatu urusan yang
boleh diwakilkan mengikut syarak
kepada pihak yang lain ketika pihak
yang pertama itu masih hidup”. Jika
di dalam konteks takaful ini, peserta
mewakilkan agen takaful untuk
menggunakan wang mereka sebaik
mungkin samada untuk membantu
peserta lain yang memerlukan
atau melabur wang untuk
mendapat keuntungan yang
patuh syariah.
Al-Mudharabah.
Membawa erti perjanjian berkontrak
antara pemberi modal dan pengusaha
untuk tujuan menjalankan perniagaan
dengan kedua-dua pihak bersetuju
atas peratusan pembahagian
keuntungan. Di dalam takaful,
pemberi modal adalah peserta dan
pengusaha modal adalah agen takaful.
Agen takaful akan melaburkan
sebahagian wang yang dicarum
peserta, seterusnya keuntungan
daripada pelaburan akan dibahagikan
kepada nisbah yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak.
APLIKASI TAKAFUL
Permohonan Takaful pakar undang-
undang telah membuat kesimpulan
bahawa sistem insurans berdasarkan etika
Islam harus diwujudkan dengan
mengambil kira polisi berikut:
ta’awun
yang bermaksud saling membantu. Peserta
komited menyumbang kepada dana
bersama untuk membantu antara satu
sama lain dari segi kewangan jika perlu
(seperti dalam kontrak).
Pemilikan
faedah sijil adalah pemilikan sempurna
(milkiyah) oleh peserta mengikuti konsep
milkiyah. Faedah akan diserahkan kepada
penama apabila peserta meninggal dunia.
Jaminan bersama dan tanggungjawab
bersama
para peserta saling komited untuk
menawarkan pampasan sekiranya berlaku
kejadian yang tidak menyenangkan, selaras
dengan disiplin Syariah Takaful
(tanggungjawab bersama dan jaminan
bersama).
Perlindungan d
an tanggungjawab
bersama
peserta dalam program Takaful bersetuju
untuk berkongsi atau memikul liabiliti
bersama.
Pampasan untuk kedua-dua pihak
kewujudan konsep Takaful disahkan oleh
Arab ('urf) yang dikenali sebagai Aqila. Ia
adalah jenis insurans awal yang berdasarkan
sekumpulan orang yang mengumpulkan
sumber mereka untuk menampung
kerosakan. Peserta dalam Skim Takaful kini
mengamalkan prinsip bekerjasama dan
membantu antara satu sama lain.
Masalih al-Mursalah (Kepentingan
Awam)
Matlamat utama adalah untuk
menyokong orang ramai yang telah
ditimpa musibah dan mengalami
kerugian.
Kontrak
Pihak yang bersetuju dengan tawaran dan
penerimaan berdasarkan prinsip kontrak
adalah terikat dengan Sijil Takaful.
Kontrak khas, yang dikenali sebagai
kontrak wakalah atau kontrak
mudharabah, mengawal perhubungan
antara pengendali Takaful dan peserta
KEBAIKAN TAKAFUL
Memenuhi kewajipan sosial kepada
masyarakat dan keluarga.
Memberi bantuan kewangan kepada
individu yang kurang bernasib baik.
Elakkan riba (faedah), maisir (judi),
dan gharar (ketidakpastian) serta aspek
terlarang yang lain.
Dalam semua aktiviti, menggalakkan
cita-cita moral, etika dan keterbukaan.
Peserta takaful boleh mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t. dan
memperoleh ketenangan jiwa dengan
memanjangkan amal (tabarru').
Memupuk semangat persaudaraan,
gotong-royong, dan perpaduan.
HADIS DAN DALIL
"Tinggalkan anak dan isteri dengan
kesenangan itu lebih baik dari tinggalkan
mereka dalam keadaan meminta-minta"
[Riwayat Bukhari].
"barat hubungan dan perasaan orang-orang
beriman sesama mereka adalah seperti
jasad apabila salah satu daripadanya
ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota
yang lain juga akan merasainya".
[Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan
Imam Muslim]
ۖ ُكِتَب َع َلْيُكْم ِاَذا َحَض َر َاَحَدُكُم اْلَم ْو ُت ِاْن َتَرَك َخْيًرا
ۨاْلَوِص َّيُة ِلْلَواِلَدْيِن َواَاْلْق َرِبْيَن ِباْلَم ْع ُرْو ِۚف َحًّق ا َع ىَل
ۗ اْلُم َّتِق ْيَن
"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang
dari kamu hampir mati, hendaklah
membuat wasiat untuk ibubapa & kaum
keluarga sebagai satu kewajiban atas
orang-orang bertakwa." [Surah Al
Baqarah: 180]
َواَّلِذْيَن ُيَتَوَّفْو َن ِم ْنُكْم َوَيَذُرْو َن َاْزَواًجۖا َّوِص َّيًة َاِّلْزَواِج ِه ْم
َع َلْيُكْم ۚ َف ِاْن َخَرْجَن َف اَل ُجَناَح َاَْغنُْيف َرِسِا ِْهخََرّناٍجِم َّم َتاًع ا ِاىَل اْلَحْو ِل
َحِك ْي ٌم ْن َّم ْع ُرْو ٍۗف َوُهّٰللا َع ِزْيٌز ِفْي َم ا َف َع ْلَن ِفْٓي
"Dan orang-orang yang akan mati di antara
kamu dan meninggalkan istri-istri,
hendaklah membuat wasiat untuk istri-
istrinya, (yaitu) nafkah sampai setahun
tanpa mengeluarkannya (dari rumah).
Tetapi jika mereka keluar (sendiri), maka
tidak ada dosa bagimu (mengenai apa)
yang mereka lakukan terhadap diri mereka
sendiri dalam hal-hal yang baik. Allah
Maha Perkasa, Maha Bijaksana." [Surah Al-
Baqarah: 240]
CIRI-CIRI
1) Sistem Islam
Golongan ramai yang bernasib baik
membantu golongan yang tidak
bernasib baik (konsep yang diiktiraf
Islam)
2) Sumbangan At-Tabarru'at
Setiap peserta yang ingin
mendapatkan perlindungan Takaful
mestilah ikhlas ketika menyumbang.
3) Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan di
kaunter-kaunter pelaburan yang halal
dan diluluskan oleh Majlis
Pengawasan Syariah.
4) Ada Majlis Pengawasan Syariah
Penubuhan Majlis Pengawasan
Syariah bertujuan menasihati
pengendali Takaful untuk
memastikan tidak terlibat dalam apa-
apa unsur yang tidak diluluskan
5) Tiada Unsur Riba
Apabila peserta mengeluarkan akaun
pesertanya tiada bunga dikenakan
6) Tiada Unsur Judi
Apabila peserta menyertai Takaful
beliau menyumbang ke akaun
pesertanya pada masa yang sama
berkongsi risiko bersama peserta-
peserta lain. Bayaran pampasan yang
diterima oleh peserta yang ditimpa
musibah adalah bantuan ikhlas dari
peserta-peserta yang lain.
7) Perkongsian Untung (Al-
Mudharabah)
Keuntungan dibahagi mengikut
nisbah yang telah ditetapkan dahulu
diantara peserta dan pengendali
takaful.
JENIS TAKAFUL
- TAKAFUL AM
Takaful am biasanya merupakan kontrak
takaful berjangka pendek. Ia merangkumi
prospek perniagaan motor serta meliputi
harta benda dan perkakasan atau dikenali
dengan harta boleh insurans serta
mempunyai mempunyai beberapa
bahagian yang berbeza seperti Takaful
Rumah, Takaful kenderaan, dan Takaful
kemalangan diri.
1. Takaful Rumah
Takaful rumah akan melindungi rumah
peserta takaful daripada kerosakan dan
kerugian sekiranya berlaku kebakaran,
kerugian yang disebabkan banjir atau
disebabkan bencana lain.
2. Takaful kenderaan
Takaful kenderaan adalah menyeluruh
takaful yang direka untuk melindungi
peserta takaful terhadap kerosakan
kenderaan sendiri daripada kemalangan,
kebakaran, kecurian, kecederaan tubuh
badan.
3. Takaful kemalangan diri
Takaful Kemalangan Diri adalah pelan
takaful tahunan yang memberikan
pampasan sekiranya berlaku kematian,
hilang upaya atau kecederaan yang
disebabkan oleh kemalangan.
-TAKAFULKELUARGA
Takaful Keluarga menyediakan perlindungan,
peluang simpanan, dan pelaburan jangka
panjang. Terdapat tiga jenis takaful keluarga iaitu
takaful keluarga invidividu, takaful keluarga
berkumpulan, dan pelan tambahan (rider).
1. Takaful keluarga individu
a) Pelan perlindungan individu
menyediakan pampasan kewangan jika
berlaku kematian/ hilang upaya
sebelum tempoh matang sijil.
b) Pelan takaful pendidikan Kanak-
Kanak memberikan pelan perlindungan
& simpanan jangka panjang untuk
membiayai perbelanjaan pendidikan
kanak-kanak.
c) Pelan takaful gadai Janji membantu
melangsaikan baki pinjaman gadai janji
berdasarkan jadual jumlah perlindungan
yang menyusut, ditambah dengan
manfaat sampingan akan dibayar jika
berlaku kematian atau hilang upaya.
2. Pelan Takaful Keluarga
Berkumpulan
a) Takaful kredit berkumpulan
menyediakan perlindungan untuk
membayar pembiayaan
kemudahan pembiayaan/ hutang dari
mana-mana institusi kewangan,
sekiranya
peserta meninggal dunia.
b) Takaful manfaat pekerja adalah pelan
pembaharuan tahunan yang ditawarkan
kepada kumpulan individu di bawah
satu sijil induk seperti kumpulan
majikan, persatuan, dan kumpulan-
kumpulan lain.
c) Takaful perbelanjaan kematian ialah
majikan, organisasi atau persatuan
adalah pemegang kontrak induk yang
akan memberikan perlindungan selama
setahun kepada sekumpulan peserta
yang kematian akibat kemalangan atau
sakit.
d) Takaful kumpulan komprehensif
membantu minimumkan pemilihan
risiko & sediakan asas takaful yang sama
untuk melindungi kumpulan pekerja
(peserta).
3. Pelan Tambahan (Rider)
a) Pelan tambahan takaful penyakit kritikal
menyediakan perlindungan dari sebarang
penyakit kritikal yang dinyatakan dalam
sijil.
b) Pelan tambahan takaful kematian
disebabkan kemalangan memberikan
pampasan kewangan sekiranya berlaku
kematian atau hilang upaya kekal.
c) Pelan tambahan pengecualian bayaran
sumbangan penyakit kritikal kepada
peserta
didiagnosa menghidap/mengalami mana-
mana penyakit kritikal seperti yang
ditakrifkan dalam kontrak.
d) Pelan tambahan manfaat pembayar iaitu
jika pembayar meninggal dunia, hilang
upaya kekal dan menyeluruh dan/atau
didiagnosa penyakit kritikal sebelum sijil
mencapai tempoh matang.
e) Pelan tambahan takaful bertempoh
disediakan bagi perlindungan asas
mengikut kepada polisi pengendali takaful.
f) Pelan tambahan takaful manfaat hospital
iaitu takaful ini memberikan manfaat tunai
harian serendah sepuluh ringgit sehari
sekiranya peserta dimasukkan ke hospital
akibat kemalangan atau penyakit
g) Pelan tambahan takaful perbelanjaan
kematian iaitu menyediakan bantuan
kewangan dengan serta-merta kepada
waris tanpa sebarang kerumitan untuk
memudahkan waris menguruskan
pengebumian peserta takaful.
h) Pelan tambahan pendapatan keluarga
memberikan menjamin peserta takaful dan
keluarga suatu jaminan ketenangan
sekiranya peserta mengalami hilang upaya
kekal.
KESIMPULAN
Dalam takaful, pemahaman dari
konsep takaful merupakan satu
agenda yang penting. Ia diterapkan
kepada semua peserta yang
mengambil perlindungan takaful
untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-
menjamin dikalangan mereka ketika
ditimpa musibah. Industri takaful
sangatlah penting dalam menyokong
pekembangan sistem kewangan
Malaysia.
Secara keseluruhannya Islam sangat
mengiktiraf inovasi yang hebat seperti
ini dimana dapat mendatangkan
banyak manfaat yang besar lebih-
lebih lagi apabila hakikat kehidupan
kini yang terdedah dengan pelbagai
musibah dan bencana.
RUJUKAN
YAKOB, Y. & HAMIZAH, N. (2017).
ANALISIS PEMILIKAN TAKAFUL
KELUARGA ATAU INSURANS HAYAT
DALAM KALANGAN B40. Jurnal
Pengukuran Kualiti dan Analisis, 13(2), 29-38
Ahmad, M. K. (2018). Penentuan Benefisiari
bagi Manfaat Takaful Berasaskan Konsep
Umrü dan Rugbā. Penelitian dari Sudut
Figh. International Online Journal of
Language, Communication, and Humanities
1(1), 14-30
nadhir zamziba, 2018, konsep takaful dalam
islam, researchgate
universiti teknologi mara, 2022, kesimpulan
takaful, course hero
Life Takaful, Takaful Bukan insurans Dan
Konsep Takaful Dalam Islam, Kuala
Lumpur
nama ahli kumpulan
MUHAMMAD AFIQ YUZZAIRI BIN
NOR AZLEE
DPH202024708
SIDDIQQ MUZZAMMIL BIN SAZMI
DPH202025130
MOHAMAD AIMAN AMZANI BIN
MOHD NAZRI
DPH202025132
NURSHUHADA BT MOHD KAZMI
DPH202024667
NURUL HAYATUN FITTRI BT
SHARUDIN
DPH202025286