Arnab dan
Kura-Kura
Buku ini kepunyaan:
Pada zaman dahulu di sebuah rimba, tinggal
beberapa jenis haiwan termasuk arnab dan kura-
kura. Si arnab sering berlari ke sana-sini dengan
laju dan mengejek kura-kura kerana terlalu
lambat.
Laamwbaakt!nya
laMmmeebmnacatan!bbgeTaarbrlpeukitmauaubkl auau!kniuntguikn
Si arnab setelah mendengar cabaran kura-kura itu
mula ketawa terbahak-bahak dengan kuat.
Haiwan-haiwan lain terdengar ketawa si arnab itu
dan bertanyakan kenapa dan si arnab pun
menerangkan kepada mereka. Mereka bersetuju
untuk melihat perlumbaan tersebut dan menjadi
saksi kepada pemenangnya.
Pada keesokan harinya,mereka pun berlumba
dengan Sang kancil menjadi pengadilnya.Wisel
pun dibunyikan. Mereka berdua bergegas untuk
berlari. Setelah beberapa minit kemudian,Si arnab
berlari jauh di depan manakala kura-kura
ketinggalan di belakang.
Dengan rasa mengantuknya,Si arnab pun tertidur di
bawah sebatang pokok yang rendang. Tanpa
disedari, kura-kura sudah berlari di depan. Selepas
beberapa ketika, Si arnab pun terjaga dari
tidurnya. Dia pun terus melanjutkan perjalanannya.
Sesampainya Si arnab ke garisan penamat,
kelihatan kura-kura sedang menerima hadiah dan
ucapan daripada haiwan-haiwan yang tinggal di
rimba itu. Dengan perasaan malu, Si arnab beredar
pantas dari situ kerana tewas kepada kura-kura
sambil diketawakan oleh para penghuni rimba.
Pengajaran
Jangan bersikap sombong dan memandang rendah terhadap orang
yang lemah. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan
masing-masing.
Pantun
Air cuka penambah rasa,
Sayap kalong lebar rupanya.
Siapa suka meremehkan manusia,
Sifat sombong diapun punya.
Sawah padi tanahnya subur,
Langit senja warna jingga.
Jauhkan diri dari takabur,
Jika ingin masuk ke surga.
Senang main jungkat jungkit,
Lari-lari takut dicubit.
Kalau memberi jangan mengungkit,
Yang menerima merasa sakit.
TAMAT~~