The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sainstb, 2021-10-29 03:31:31

eBook Kajian Tindakan SMKS7

eBook kajian tindakan-converted

1

ATUR CARA

8.00– 8.30 pagi
• Pendaftaran dalam talian
• Kehadiran para jemputan, pentadbir dan guru-guru

8.30 – 9.00 pagi
• Lagu Negaraku
• Bacaan Doa
• Ucapan alu-aluan dan perasmian Pn. Siti Suaibah binti S.Said
(Pengetua Cemerlang SMK Seksyen 7, Shah Alam)
• Tayangan Montaj

9.00– 10.30 pagi
• Sesi pembentangan (Slot 1)
Video 1-6

10.30 – 10.45 pagi
• REHAT

10.45 – 12.00 tengah hari
• Sesi pembentangan (Slot 2)
Video 7-10

12.00– 12.30 tengah hari
• Rumusan pembentangan Kajian Tindakan

12.30 – 1.00 tengah hari
• Tayangan Montaj
• Pengumuman pemenang

1.00 tengah hari
Majlis penutupan

2

Sekapur Sirih Seulas Pinang

PN. SITI SUAIBAH BINTI S.SAID

PENGETUA CEMERLANG DG54
SMK SKESYEN 7

AlhamduliIlah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-
sama menjayakan Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa
Pelaksana Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi ini bagi tahun 2021 kerana berjaya menganjurkan program ini
buat julung-julung kalinya pada tahun ini. Kajian Tindakan yang dihasilkan oleh para guru akan memberikan lebih
manfaat bukan sahaja kepada guru-guru tetapi pada masa yang sama dapat memberi impak yang besar terhadap
proses pembelajaran murid khususnya dalam usaha Kementerian Pendidikan mentransformasikan sistem
pendidikan negara.

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang kini lebih didominasi kemahiran dan sumber
berteknologi ICT perlu dipandang serius oleh pendidik. Suasana pendidikan yang kian mencabar memerlukan
pendidik menyerap setiap tekanan dan cabaran tersebut. Situasi pengajaran dan pembelajaran juga semakin
berbeza dan memerlukan cara pendidik menyelidik satu kaedah baharu atau menambah baik kaedah yang sedia
ada agar petunjuk prestasi KPI terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat dibaiki dari semasa ke
semasa. Oleh itu, pembangunan pendidikan akan menjadi lebih berfokus dan bermatlamat. Sehubungan dengan
itu, Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi pada tahun ini telah memilih tema Kajian Tindakan Wahana
Transformasi Hebat agar kajian yang dilaksanakan tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi akan mengubah
landskap pengajaran dan pembelajaran warga D’SEVENS.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah
berjaya menghasilkan kajian tindakan pada tahun ini. Saya penuh yakin, komitmen dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh cikgu semua akan memberi manfaat yang besar dan kesan yang positif kepada warga
D’SEVENS. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada PIBG SMK Seksyen 7 Shah Alam yang sentiasa
memberikan sokongan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kepada pihak sekolah dalam
merealisasikan program-program sekolah berjaya dilaksanakan. Hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG, PPD
Petaling Perdana dan JPN Selangor serta agensi-agensi kerajaan mahupun swasta juga merupakan salah satu
faktor kejayaan sesebuah sekolah. Saya berharap agar hubungan baik yang terjalin ini akan terus berkekalan dan
membawa SMK Seksyen 7 Shah Alam ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3

PENDAHULUAN

Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi 2021 merupakan
kemuncak kepada program pelaksanaan kajian tindakan
berasaskan KBAT yang dilaksanakan sepanjang tahun
ini. Seminar ini kali pertama diadakan di SMK Seksyen 7,
Shah Alam. Secara umumnya fungsi kajian tindakan
berasaskan KBAT dalam pendidikan adalah untuk
mengembangkan ilmu pendidikan. Melalui
penyelesaian masalah pendidikan berasaskan
penyelidikan dan data, guru selaku pengamal pendidikan
dapat menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan prestasi akademik
sekolah, serta memacu profesionalisme keguruan.

RASIONAL

Selari dengan usaha SMK Seksyen 7 Shah Alam sebagai
salah sebuah Sekolah Penarafan KBAT, seminar ini dapat
menyokong peningkatan mutu dan keberkesanan
pedagogi guru bagi mencapai matlamat sekolah berkualiti
dan kemenjadian murid. Sehubungan dengan itu, tema
seminar pada tahun ini ialah ‘Kajian KBAT Wahana
Transformasi Hebat’. Pengaplikasian amalan terbaik yang
dihasilkan melalui kajian tindakan dan inovasi ini dapat
melonjakkan prestasi akademik murid khususnya, serta
pencapaian sekolah amnya. Seminar ini juga amat sejajar
dengan keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2) bagi kecemerlangan guru dan
menggalakkan pembangunan profesionalisme berterusan
(CPD).

4

MATLAMAT

Matlamat Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi 2021
bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah
dengan menggalakkan penyelidikan dan inovasi
pengajaran dan pemudahcaraan (PdP) dalam kalangan
guru SMK Seksyen 7, Shah Alam selaras dengan arah
menjadi Sekolah Penarafan KBAT.

OBJEKTIF
❖ Menggalakkan penerokaan amalan terbaik, serta

meningkatkan kepekaan guru terhadap isu dan
permasalahan kurikulum dan pedagogi di sekolah.
❖ Menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan dengan menggalakkan pemikiran
KBAT dalam kalangan murid.
❖ Meningkatkan prestasi akademik murid dalam
pencapaian peperiksaan dan Pentaksiran Bilik
Darjah.

5

TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
PROGRAM

Seminar Kajian Tindakan dan Inovasi 2021
diadakan pada 30 Oktober 2021 ( Sabtu ), secara
dalam talian menggunakan pelantar Google Meet.

KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada semua guru
dengan memfokuskan amalan terbaik dalam mata
pelajaran teras dan elektif agar dapat mencapai
objektif ke arah kecemerlangan pencapaian murid.

6

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Siti Suaibah binti S.Said (Pengetua Cemerlang)

Timb Pengerusi : Nor Asmah binti Omar (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Ismail bin Marni (PK HEM)

Naib Pengerusi II : Norlin binti Abd Ghafar (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi III : Mohamad Khamidon bin Sadi (PK Petang)

Penyelaras : Nor Azemah binti Azeman (GKMP Bahasa)

Habibah binti Rakiman (GKMP Sains dan Matematik)

Tan Shw Shing (GKMP Kemanusiaan)

Siti Rozilah binti Yahya (GKMP Teknik dan Vokasional)

Setiausaha : Ngai Siew Lian

Pen Setiausaha : Nurul Adawiyah binti Abdul Satar

7

JAWATANKUASA INDUK SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI 2021

AHLI JAWATANKUASA SEMINAR SECARA DALAM TALIAN

PENYELARAS : PN NOR AZEMAH BINTI AZEMAN

JAWATANKUASA NAMA TUGAS

1. Penyelaras • Ngai Siew Lian • Menyediakan pautan bagi tujuan
Majlis pendaftaran peserta secara atas talian

• Menyediakan pautan bagi tujuan
penghantaran pelaporan kajian
tindakan secara atas talian

• Mengumpulkan maklumat pelaksana
kajian tindakan.

• Menyediakan atur cara majlis
• Menyediakan susun atur cara

pembentangan seminar

2. Penolong • Nurul Adawiyah • Memastikan nama peserta didaftar
Penyelaras binti Abdul Satar dan disahkan di dalam splkpm
Majlis
• Mengurus dan memastikan Seminar
KajianTindakan dan Inovasi berjalan
dengan lancar

3. Penjurian • Madihah binti Shuib • Menyediakan dokumen penjurian
(K) • Menguruskan penghantaran laporan

• Nor Sarah binti penulisan peserta kajian tindakan
Muhaiyiddin dan inovasi untuk penjurian awal
• Mengumpulkan video pembentangan
• Zaharina binti Abd kajian tindakan (10 kumpulan)
Ghani

4. Juru acara Majlis • Suzarina binti • Menyediakan teks pengacara
Samsudin(K) • Mengacarakan program dari mula

• Hana binti Zaaba hingga akhir
• Azlin binti Ahmad • Mendapatkan maklumat tetamu yang

Kamaruzzam akan hadir
• Mendapatkan biodata juri sebelum

acara dimulakan
• Mengelolakan seminar dari mula

hingga akhir



5. Teks ucapan • Hasbi binti • Menyediakan teks ucapan pengetua
Muhamad (K)

• Noraini binti Ariffin

8

PENYELARAS : SITI ROZILAH BINTI YAHYA

6. Montaj • Nor Azita binti • Menyediakan maklumat yang diperlukan
7. Teknikal Mokhtar(K) dalam montaj

• Tahirul Azwan bin • Menyediakan montaj perasmian seminar
Tahirul Arifin • Tempoh masa: 2-3 minit

• Nurul Adawiyah binti
Abdul Satar

• Nurfaezah binti Dol • Menyediakan link seminar dan
Basir (K) memaklumkankepada Setiausaha dan
warga sekolah
• Wan Sakinah binti
Wan Ibrahim • Menyelaraskan sesi pembentangan bagi
setiap slot (10 video pembentangan)
• Suhanim binti Abdul supaya berjalan lancar
Jalil

• Fatimatuz Zaharah
Binti Mohd Khalid

8. Bacaan Doa • Shahril Anuar bin • Mengendalikan bacaan doa di awal majlis
Ismail (K)
9. Poster
dan Buku • Azmeer bin Ahmad
Program

10. Sijil
PENYELARAS : PN HABIBAH BINTI RAKIMAN

• Zaida binti • Menyediakan poster dan buku
Tahiruddin(K) program bagi tujuan makluman
kepada jemputandan peserta
• Hannah Maisarah
binti Nor Hisham • Menghebahkan poster dan buku
program seminar kepada warga
• Nurul Syazwani binti sekolah
Abdul Hamid
• Poster akan digunakan sebagai
• Al-Rusamiah binti background Seminar
Ismail

• Nor Mizan binti
Ramly

• Rohani binti Mohd

• Khaizuri binti • Mendapatkan maklumat daripada SU
Khalifah (K) Kajian Tindakan

• K. Punithevathani • Menyediakan sijil untuk hakim dan peserta
A/P Kandas
• Membuat contoh salinan sijil dan
menyerahkan pada SU Kajian Tindakan

11. Cenderahati dan • Asfalaila binti • Menyediakan cenderahati untuk juri
Hadiah Ahmad (K) • Menyediakan hadiah untuk pemenang

• Manisah binti
Batri@Badri

9

PENYELARAS: TAN SHW SHING

12 Fotografi • Marina binti • Mengambil gambar sekurang-kurangnya
. Kamaruddin (K) 10 keping yang berkaitan dengan program

• Noorazah binti Azis • Menghantar softcopy gambar kepada SU
• Nor Safura binti Kajian Tindakan bagi tujuan
dokumentasi.
Muhammad
• Mengambil video ringkas dan bersesuaian

13 Dokumentasi • Norlita binti • Mengumpulkan maklum balas dari setiap
. Seminar Kajian bidang AJK
Ishak(K)
tindakan • Mendapatkan gambar dari AJK Fotografi
• Nur Shartina binti • Menyediakan laporan dokumentasi
14 Dokumentasi
. Kajian Tindakan Ramli selepas seminar selesai dijalankan

• Noor Alfisyahr binti • Mengumpulkan softcopy kajian tindakan
dari setiap kumpulan
Jaafar
• Menyediakan buku kajian tindakan tahun
• Che Faridah binti 2021 dengan hard cover

Maina

• Rodziah binti

Idris(K)

• Noor Izzati binti Mohd

Zawawi

• Nur Farah Loh bt

Abdullah

10

PANEL JURI

NORMAH BINTI KARMANI (KETUA)
Pensyarah Kanan IAB Cawangan Genting Highlands

NOR AZEMAH BINTI AZEMAN
GKMP Bidang Bahasa
TAN SHW SHING

GKMP Bidang Kemanusiaan

11

SENARAI KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI 2021

BIL NAMA PESERTA TAJUK KAJIAN
1 Nurul Adawiyah binti Meningkatkan penguasaan KBAT
dan komunikasi menggunakan
Abd. Satar Tampi A3 di kalangan murid
Tingkatan 1 Titanium.

2 Noor Hazzamila binti Meningkatkan penguasaan murid

Noordin dalam topik Penormalan dengan

menggunakan Teknik pemilihan
kunci ‘THE BEST ONE’ di

kalangan pelajar 4 Nikel.
3 Noor Najwa binti Zainal Teknik Cat – Meningkatkan

Abidin penguasaan murid dalam

menentukan jenis pandangan

hadapan.

4 Wan Nor Azlinda binti Meningkatkan kemahiran murid

Wan Hassan yang lemah memahami dan

mengingati system pencernaan
dengan kaedah ‘KELAWAR’.

5 1. Nik Nor Rozlin binti Meningkatkan kemahiran

Nik Ariffin membina formula Kimia sebatian

2. Ngai Siew Lian ion menggunakan kaedah
3. Mazliyana binti ‘GAFION’.

Makhtar

6 1. Nor Syahida binti Seronoknya Mewarna.

Zainuddin

2. Monazida Eza binti

Ahmad Hasmi

3. Syazana binti

Samsudin

4. Mohamad Khamidon

bin Sadi

12

BIL NAMA PESERTA TAJUK KAJIAN
7 1. Sayyidah Nashitah binti Program Tertee
menggunakan fungsi Br-
M.Ramli Room Meet bagi
2. Nor Laila binti Redzuan meningkatkan penguasaan
3. Nurul Adawiyah binti hafazan murid 4 Plutonium,
SMK Seksyen 7.
Abd. Satar

8 1. Mastura binti Hanipah Penggunaan Kaedah

2. Lina binti Mat Junoh Pembelajaran Koperatif
(Model Rakan Pemikir) dalam

matapelajaran Sejarah.

9 1. Azwana binti Omar @ Kaedah mencari fokus

Samad rumusan menggunakan
2. Rohana binti Salim Teknik ‘PULAKESAMAS’.

3. Noraini binti Ariffin

4. Normawati binti Subhan

10 1. Wan Khadijah binti Keberkesanan Kaedah
Omar Pembelajaran Koperatif-
Students Team Achievement
2. Noor Liza binti Ishak Divisions (STAD) terhadap
3. Siti Sabaya binti Mohd Pembelajaran Kosa Kata
Bahasa Inggeris dalam
Saad kalangan murid Tingkatan 1.
4. Manimegalai a/p

Krishnasamy

13

JAWATANKUASA PELAKSANA

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN DAN
INOVASI 2021

DENGAN TULUS IKHLAS

MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN

DAN TERIMA KASIH KEPADA :

PANEL JURI JEMPUTAN
……………………………………………………………………

NORMAH BINTI KARMANI
Pensyarah Kanan IAB Cawangan Genting Highlands

NOR AZEMAH BINTI AZEMAN
GKMP Bidang Bahasa
TAN SHW SHING

GKMP Bidang Kemanusiaan
…………………………………………………………………………

PUAN SITI SUAIBAH BINTI S.SAID
Pengetua Cemerlang DG54 SMK Seksyen 7

……………………………………………………………………………

AJK PELAKSANA KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI 2021, PARA GURU
SMK SEKYEN 7 YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

14

15

16


Click to View FlipBook Version