The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myvision2u, 2018-12-28 11:07:36

BUKU PERATURAN MURID SPSM

BUKU PERATURAN MURID SPSM

BUKU PERATURAN MURID
SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN INTEGRASI (KAFAI)
SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI)
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII)

NEGERI SELANGOR
DARUL EHSAN

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid i

Cetakan Pertama, 2018
Hak Cipta Jabatan Agama Islam Selangor, 2018

http://pendidikan.jais.gov.my
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada sebarang bentuk lain yang boleh
diperoleh semula, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan
sebagainya tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Agama Islam
Selangor.

Disediakan Oleh :
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5, Bukit SUK,
40676 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Diterbit Dan Diedar Oleh :
Giga Wise Network Sdn Bhd
No. 74, Jalan Kapar 27/89,
Megah Industrial Park, Seksyen 27,
40400 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03- 5191 1115
Faks: 03- 5191 1004
Email: [email protected]

ii Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

BIODATA MURID

Sila Lekatkan
Gambar Berukuran

Kad Pengenalan

NAMA PENUH : ………………………………………………………………………....

…………………………………………………………………………..

NO. DIKENAL : ………………………………………………………..………………..

SEKOLAH : ……………………………………………………..…………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

NAMA IBU BAPA : ………………………............…………………………………..……
/ PENJAGA

ALAMAT : ………………………………………..………………………………..

…………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………..

TELEFON (R) : …………………………………..……………………………………..

(P) : …………………………..……………………………………………..

(H.P) : ………………………..………………………………………………..

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid iii

WARIS-WARIS MURID

BIL NAMA HUBUNGAN NO. TELEFON
1
2
3
4

BIL NAMA GURU KELAS TAHUN NO. TELEFON
1
2
3
4
5
6

iv Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PENGAKUAN MURID

Bahawa saya

murid sekolah

memahami dan mengaku akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang
termaktub dalam Buku Peraturan Murid. Saya bersedia menerima tindakan
daripada Lembaga Disiplin Sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan ini.

Tandatangan murid : ....................................................................................

No. kad pengenalan : ....................................................................................

Tarikh : ....................................................................................

Disahkan oleh : ....................................................................................

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid v

PENGAKUAN IBU BAPA/ PENJAGA

Bahawa saya
ibu bapa/ penjaga kepada murid bernama

yang belajar di sekolah

telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah. Saya sedia bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk menentukan anak jagaan saya mematuhi peraturan-
peraturan tersebut.

Saya juga sedia menerima tindakan oleh lembaga disiplin sekolah jika anak jagaan
saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa/ penjaga : ......................................................................

No. kad pengenalan : ......................................................................

Tarikh : ......................................................................

Disahkan oleh : .....………………………………………………

vi Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA HALAMAN

1 Prakata 1

2 Kata Aluan 2
- Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor 3
- Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan
Islam, JAIS

3 Falsafah Pendidikan Negara 4

4 Falsafah Pendidikan JAIS 4

5 Visi 4

6 Misi 4

7 Moto 4

8 Maksud Disiplin 5

9 Kepentingan Disiplin 5

10 Matlamat Disiplin 6

11 Tatasusila Hubungan 6

12 Bab 1 - PERATURAN MURID (SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII)

Perkara 1 : Waktu Persekolahan 8

Perkara 2 : Pakaian Seragam Sekolah 10

Perkara 3 : Kekemasan 23

Perkara 4 : Keselamatan 25

Perkara 5 : Perhimpunan 26

Perkara 6 : Sesi Pengajaran Dan Pemudahcaraan 27
(PdPc)

Perkara 7 : Bilik Darjah/ Kelas 27

Perkara 8 : Waktu Rehat 28

Perkara 9 : Harta Sekolah 28

Perkara 10 : Bilik Air/ Tandas 29

Perkara 11 : Kantin Sekolah 29

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid vii

NO PERKARA HALAMAN

Perkara 12 : Surau/ Musolla 30

Perkara 13 : Pusat Sumber Sekolah 30

Perkara 14 : Papan Kenyataan 31

Perkara 15 : Kedai/ Koperasi Sekolah 31

Perkara 16 : Kebenaran Keluar Semasa 31
Persekolahan

Perkara 17 : Pertukaran Sekolah 32

Perkara 18 : Buku Teks/ Buku Tulis/ Buku Kerja 32

Perkara 19 : Kerja Rumah/ Tugasan 32

Perkara 20 : Kelas Tambahan 32

Perkara 21 : Ujian/ Peperiksaan 33

Perkara 22 : Bayaran Persekolahan 33

Perkara 23 : Kegiatan Kokurikulum 34

Perkara 24 : Kebersihan 34

Perkara 25 : Perkara-Perkara Yang Dilarang 35

Perkara 26 : Tingkah Laku 36

13 Bab 2 - SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS- 38
TUGAS DI BAWAH LEMBAGA DISIPLIN
SEKOLAH

14 Bab 3 - SISTEM PEMBENTUKAN SAHSIAH MURID (SPSM)
SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII

Carta Alir Tindakan Disiplin Murid 42

Sistem Pembentukan Sahsiah Murid (SPSM) 43

Jenis-Jenis Salahlaku Yang Boleh Dikenakan Tindakan 44

Lampiran 52

• Borang Aduan Salahlaku Murid (B 01) 53

• Borang Laporan Siasatan (B 02) 54

• Aduan Kad Peringatan (B 03) 55

• Buku Rekod Disiplin (B 04) 56

viii Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

NO PERKARA HALAMAN

• Kad SPSM (LAM/DIS/002-1) 57
• Borang Pengakuan Murid (B 05) 59
• Surat Pemberitahuan/ Amaran (B 06) 60
• Surat Barang Rampasan (B 07) 61
• Surat Akujanji (B 08) 62
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM 63

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid ix

x Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PRAKATA

Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa komited dan prihatin terhadap sahsiah
serta disiplin murid di sekolah. Usaha ke arah pembentukan akhlak dan kemenjadian
murid secara holistik dan seimbang amat bertepatan dengan falsafah pendidikan
Islam (JAIS).

Bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dalam sesebuah
negara. Pembangunan pendidikan adalah seiring dengan pembangunan murid
itu sendiri kerana mereka merupakan subjek utama pendidikan itu. Dalam hal ini
murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila
mereka meningkat dewasa.

Bagi merialisasikan pengurusan disiplin yang cekap dan efisien, maka
buku peraturan murid ini diterbitkan sebagai panduan kepada murid, guru-guru, ibu
bapa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua pihak mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat yang telah digariskan.

Sistem pendidikan yang terbaik akan menghasilkan pelajar yang
cemerlang dan membentuk modal insan yang berahlak mulia. Guru sememangnya
membentuk modal insan yang terbilang, cemerlang dan gemilang.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 1

KATA ALUAN
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
Buku Peraturan SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII Negeri Selangor dapat dikemaskini
dan diterbitkan semula oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS).
Buku peraturan ini merupakan panduan yang komprehensif kepada
semua murid, guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan di bawah
pentadbiran JAIS. Buku ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
bagi melestarikan kemenjadian murid.
Peraturan ini dibentuk bertujuan untuk mendidik murid agar sentiasa
mengawal diri dan melakukan sesuatu perkara yang betul. Hal ini selaras dengan
matlamat pendidikan JAIS bagi melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan
kukuh dengan nilai-nilai Islam untuk melahirkan muslim bertaqwa serta mendapat
keredhaan Allah SWT Rasulullah SAW pernah bersabda, “Orang mukmin yang
paling sempurna keimanannya adalah yang memiliki akhlak yang terbaik.” (Hadis
riwayat Tirmidzi)
Adalah menjadi harapan jabatan ini agar segala peraturan dapat
dilaksanakan dengan penuh hikmah dan mencapai matlamatnya bertepatan
dengan maksud firman Allah Ta’ala; “Serulah olehmu ke jalan TuhanMu dengan
penuh kebijaksanaan dan nasihat yang baik’’. (An-Nahl:125)
Jabatan Agama Islam Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengemaskini dan menerbitkan semula
Buku Peraturan Sekolah ini. Semoga Allah memberi sebaik baik balasan.
Wassalam.

S.S. DATO’ HARIS BIN KASIM DPMS, SIS, ASA, PPT
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

2 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

KATA ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH

Setiap anak adalah anugerah Allah yang wajib diberikan asuhan, bimbingan dan
pendidikan. Ibu bapa dan guru semestinya mengharapkan anak-anak ini membesar
sebagai individu yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia, boleh
mengawal diri, bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

Di sekolah, peraturan dan kawalan sosial perlu ada untuk mewujudkan
suasana yang tenteram dan teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, tingkah laku
anak-anak juga akan sentiasa terarah kepada pembentukan disiplin yang baik.

Ibu bapa dan guru merupakan Qudwah Hasanah bagi anak-anak. Adalah
diharapkan tidak wujud konflik nilai dalam usaha melaksanakan segala peraturan
sekolah. Permuafakatan dan kerjasama Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan
semua pihak adalah perlu untuk memastikan matlamat pendidikan kita tercapai.

Adalah diharapkan agar buku peraturan murid ini dapat dijadikan panduan
dalam pengurusan disiplin secara lebih berkesan bagi mencapai pembentukan
modal insan kamil.

Wassalam.

TUAN ANAS BIN AYOB
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS

Pendidikan Islam JAIS adalah satu usaha berterusan ke arah membina potensi
individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara
seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu Allah SWT dan sunnah Rasulullah
SAW bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing
untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

VISI

Terbaik, Bertaraf Dunia dan Diredhai Allah SWT Sepanjang Masa.

MISI

Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam dengan
ikhlas, amanah, hikmah, ukhuwwah dan berkesan.

MOTO

Hikmah, Amanah dan Efisien

4 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

MAKSUD DISIPLIN DAN PERATURAN

Disiplin ialah peraturan yang ditetapkan supaya seseorang berkelakuan baik
(Kamus Dewan). Manakala, The Chambers Dictionary menyatakan disiplin ialah
pengawalan diri yang diperolehi melalui pendidikan, latihan dan arahan-arahan.
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Murid
dan Disiplin ialah:

1. Kesediaan individu menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT.
2. Kesediaan individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada

disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
3. Kesediaan menghormati hak individu lain.
4. Kesediaan mengamalkan kepentingan orang lain.
5. Kesediaan menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat

tolong menolong.
6. Kesediaan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina

serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

KEPENTINGAN DISIPLIN

Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid-
murid. Peraturan itu diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya
berkelakuan baik, menghormati anggota masyarakat dan mempunyai disiplin diri
yang naik dan utuh.

Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan atau dispilin disebabkan tidak
diadakan penerangan kepada murid-murid. Oleh itu, peraturan perlu diterangkan
kepada semua murid supaya mereka benar faham dan penuh tanggungjawab.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 5

MATLAMAT DISIPLIN

1. Melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri
kepada Allah SWT.

2. Melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat, agama dan Negara.

3. Melahirkan individu yang tahu dan hormat akan hak dirinya dan hak orang lain.
4. Mewujudkan masyarakat berakhlak mulia, bersefahaman, adil, aman, harmoni

dan progresif.

TATASUSILA PEMBENTUKAN AKHLAK

1. Hubungan dengan Allah SWT
- Murid hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah iaitu dengan mengerjakan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Murid hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan berusaha
mengamalkannya.
- Murid hendaklah sentiasa istiqamah dengan hafazan Al-Quran dan berusaha
mengamalkannya.


2. Hubungan dengan Ibu bapa

- Murid hendaklah mentaati dan menghormati ibu bapa.
- Murid hendaklah jujur, amanah, ikhlas dan taat kepada kedua-duanya selagi

tidak bercanggah dengan syariat Islam.
- Murid hendaklah sentiasa menolong ibu bapa.

3. Hubungan dengan Guru dan Kakitangan
- Murid hendaklah mentaati dan menghormati guru-guru.
- Murid hendaklah menghormati kakitangan sekolah.

4. Hubungan dengan Rakan dan Masyarakat
- Murid hendaklah sentiasa memlihara dan meningkatkan ukhuwah dengan
rakan dan masyarakat.
- Murid hendaklah bersopan santun, menjaga tingkah laku dan tutur kata serta
bersifat peramah terhadap rakan dan masyarakat.

6 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

BAB 1

PERATURAN MURID

SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN INTEGRASI (KAFAI)

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI)
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII)

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

RUJUKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI)

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 7

SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
KELAS AL-QURAN & FARDU AIN INTEGRASI (KAFAI)

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI)
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI (SRII)

PERKARA 1
WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 Sekolah Rendah Agama (SRA)/
Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI)
Sekolah Rendah Agama Islam Integrasi (SRAI)

WAKTU PERSEKOLAHAN

DARJAH/ WAKTU PdPc BERMULA CATATAN
TAHUN KEHADIRAN Sesi Persekolahan
SRA/
KAFAI 7.20 pagi 7.30 pagi - 10.45 pagi (sesi pagi)
Tahun (Isnin - Jumaat)
1-6 7.30 pagi 7.40 pagi - 10.55 pagi Sesi Persekolahan

7.50 pagi 8.00 pagi - 11.15 pagi (sesi petang)
(Isnin - Jumaat)
2.20 pagi 2.30 ptg - 5.45 ptg

2.35 petang 2.45 ptg - 6.00 ptg

SRAI 7.20 pagi 7.30 pagi - 3.30 ptg Isnin - Khamis
Tahun 7.30 pagi 7.40 pagi - 3.40 ptg Jumaat
1-6 7.20 pagi 7.30 pagi - 12.00 t/hari
7.30 pagi 7.40 pagi - 12.10 t/hari

* Waktu persekolahan bagi SRI/ SRII adalah tertakluk kepada Jemaah Pengurusan
Sekolah masing-masing.

8 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

1.1.1 Murid dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bermula.

1.1.2 Murid hendaklah berbaris di luar bilik darjah sebelum waktu
pertama dan masuk ke kelas bersama-sama guru.

1.1.3 Kehadiran murid adalah diwajibkan kecuali mengemukakan surat
daripada ibu bapa/ penjaga atau sijil cuti sakit sekiranya tidak hadir.

1.1.4 Pada waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah.

1.1.5 Murid hanya dibenarkan keluar sekiranya telah mendapat
kebenaran bertulis daripada Guru Besar dan dijemput oleh ibu
bapa, waris atau penjaga.

1.1.6 Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu PdPc kecuali pada
waktu rehat.

1.1.7 Murid yang keluar kelas mestilah mendapat kebenaran daripada
guru yang sedang mengajar.

1.1.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu
mestilah mengemukakan surat akuan daripada ibu bapa penjaga/
doktor kepada guru kelas.

1.1.9 Murid yang tidak memaklumkan ketidakhadirannya kepada pihak
sekolah boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan.

1.1.10 Murid yang pulang lewat (selepas waktu persekolahan) hendaklah
menunggu ibu bapa di kawasan menunggu yang ditetapkan.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 9

PERKARA 2
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

2.1 Sekolah Rendah Agama (SRA)/
Kelas Al-Quran & Fardhu Ain Integrasi (KAFAI)

2.1.1 PAKAIAN SERAGAM

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih.

Bersamping hijau tua Berkain hijau tua.

Bersongkok hitam Memakai anak tudung putih dan
bertudung putih.

Berstoking dan berkasut putih/ hitam Berstoking dan berkasut putih/ hitam.

Berlencana dan tanda nama Berlencana dan tanda nama

Digalakkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak/
memakai baju kurung putih lengan
berkancing.

Nota : Pemakaian seragam sekolah tertakluk kepada perubahan pekeliling semasa
Jabatan/ Kementerian Pendidikan Malaysia.

Contoh Pakaian Seragam
10 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

2.1.2 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih.
Bersamping merah hati
Berkain merah hati
Bersongkok hitam
Memakai anak tudung putih dan
Berstoking dan berkasut hitam bertudung putih.
Berlencana dan tanda nama
Berstoking dan berkasut hitam
Dibenarkan memakai baju melayu
merah jambu. Berlencana dan tanda nama

Dibenarkan memakai baju kurung
merah jambu dan bertudung merah
jambu

Digalakkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak/
memakai baju kurung putih lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 11

2.1.3 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih.
Bersamping coklat
Bersongkok hitam Berkain coklat.
Berstoking dan berkasut hitam
Berlencana dan tanda nama Memakai anak tudung putih dan
Dibenarkan memakai baju melayu bertudung putih.
kuning air.
Berstoking dan berkasut hitam
-
Berlencana dan tanda nama

Dibenarkan memakai kurung
kuning air dan bertudung kuning
air

Digalakkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak/
memakai baju kurung putih lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber
12 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

2.1.4 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Memakai pakaian sukan berlogo Memakai pakaian sukan (berlengan
sekolah panjang) berlogo sekolah
Seluar sukan panjang berwarna biru
tua atau hitam Seluar sukan panjang berwarna biru
tua atau hitam
Bersongkok hitam
Memakai anak tudung putih dan
Berstoking dan berkasut. bertudung putih atau hitam

Berstoking dan berkasut.

Dibenarkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak

Contoh Pakaian Aktiviti Kokurikulum
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 13

2.2 Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

2.2.1 PAKAIAN SERAGAM (ISNIN-KHAMIS)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berkemeja berwarna putih, berkolar Berbaju kurung putih.
dan berlengan pendek
Berseluar panjang biru tua dan bertali Berkain biru tua
pinggang hitam
Memakai anak tudung hitam dan
Bersongkok hitam bertudung putih.
Berstoking dan berkasut hitam
Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama
Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak/
memakai baju kurung putih lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Seragam (Isnin-Khamis)
14 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

2.2.2 PAKAIAN SERAGAM (JUMAAT)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna putih. Berbaju kurung putih.
Bersamping hijau tua
Berkain hijau tua.
Bersongkok hitam
Memakai anak tudung putih dan
Berstoking dan berkasut hitam bertudung putih.
Berlencana dan tanda nama
Berstoking dan berkasut hitam

Berlencana dan tanda nama

Digalakkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak/
memakai baju kurung putih lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Seragam (Jumaat)
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 15

2.2.3 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Memakai pakaian sukan berlogo Memakai pakaian sukan (berlengan
sekolah panjang) berlogo sekolah
Seluar sukan panjang berwarna biru
tua atau hitam Seluar sukan panjang berwarna biru
tua atau hitam
Bersongkok hitam
Memakai anak tudung hitam dan
Berstoking dan berkasut. bertudung putih atau hitam

Berstoking dan berkasut.

Dibenarkan memakai sarung
lengan warna hitam tanpa corak

Contoh Pakaian Aktiviti Kokurikulum
16 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

2.2.4 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH (ISNIN-KHAMIS)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berkemeja berwarna merah jambu, Berbaju kurung merah jambu
berkolar dan berlengan panjang
Berseluar panjang biru tua dan bertali Berkain merah hati
pinggang hitam
Memakai anak tudung hitam dan
Bersongkok hitam bertudung merah jambu
Berstoking dan berkasut hitam
Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama
Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan
warna hitam tanpa corak/ memakai
Bertali leher merah hati baju kurung merah jambu lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas Sekolah (Isnin-Khamis)
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 17

2.2.5 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH (JUMAAT)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna merah jambu Berbaju kurung warna merah jambu
Bersamping merah hati
Bersongkok hitam Berkain merah hati
Berstoking dan berkasut hitam
Berlencana dan tanda nama Memakai anak tudung hitam dan
bertudung merah jambu
-
Berstoking dan berkasut hitam

Berlencana dan tanda nama

Digalakkan memakai sarung lengan
warna hitam tanpa corak/ memakai
baju kurung merah jambu lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas Sekolah (Jumaat)
18 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

2.2.6 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (ISNIN-KHAMIS)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berkemeja berwarna kuning air, Berbaju kurung kuning air
berkolar dan berlengan panjang
Berseluar panjang coklat tua dan Berkain coklat tua
bertali pinggang hitam
Memakai anak tudung hitam dan
Bersongkok hitam bertudung kuning air
Berstoking dan berkasut hitam
Berstoking dan berkasut hitam Berlencana dan tanda nama
Berlencana dan tanda nama Digalakkan memakai sarung lengan
warna hitam tanpa corak/ memakai
Bertali leher coklat tua. baju kurung kuning air lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Isnin-Khamis)
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 19

2.2.7 PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER (JUMAAT)

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

Berbaju melayu warna kuning air Berbaju kurung kuning air
Bersamping coklat
Berkain coklat.
Bersongkok hitam
Memakai anak tudung hitam dan
Berstoking dan berkasut hitam bertudung kuning air
Berlencana dan tanda nama
Berstoking dan berkasut hitam

Berlencana dan tanda nama

Digalakkan memakai sarung lengan
warna hitam tanpa corak/ memakai
baju kurung kuning air lengan
berkancing.

Contoh Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Jumaat)
20 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

CONTOH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM

Contoh Pakaian Unit Beruniform
Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 21

CONTOH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM

Contoh Pakaian Unit Beruniform
22 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 3
KEKEMASAN

3.1 Murid lelaki hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak berfesyen.
3.2 Dilarang mewarnakan rambut.
3.2.1 Ukuran rambut Murid lelaki mestilah: (SPI Bil.2/1976)

 Tidak menyentuh kolar baju
 Bahagian belakang tidak tebal
 Sideburn tidak melebihi cuping telinga
 Rambut atas tidak melebihi bulu kening

Ukuran Rambut Ukuran Rambut Ukuran Rambut
Dari Hadapan Dari Sisi Dari Belakang

Rambut hadapan Rambut tidak Rambut belakang
tidak boleh boleh menutup tidak melebihi
kedua-dua telinga garisan bawah
melebihi garisan atau sebahagian cuping 2 telinga
tengah dahi. daripadanya atau
sideburn tidak
Rambut atas melebihi garisan
tidak boleh lebih tengah muka

7 cm.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 23

3.3 Dilarang menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya,
3.4 Dilarang memakai inai dengan tujuan hiasan dan kecantikan melainkan

atas sebab rawatan dan perubatan. (SPI Bil.2/1996)

Contoh kuku pendek jari kiri Contoh kuku pendek jari kanan

3.5 Pakaian sekolah mesti dalam keadaan kemas dan bersih.
3.6 Setiap murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
3.7 Gigi hendaklah sentiasa bersih.
3.8 Tatacara pemakaian lencana dan tanda nama hendaklah seperti berikut:

24 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

LENCANA LENCANA
NAMA NAMA

LENCANA
NAMA

Lencana sekolah hendaklah
dijahit di atas tanda nama
murid.

Tanda nama murid hendaklah
dijahit pada poket bahagian

atas.

Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid pada bahagian kiri tudung.
Tanda nama murid hendaklah dijahit pada bawah lencana pada bahagian kiri tudung.

PERKARA 4
KESELAMATAN

(SPI Bil.8/2011)
4.1 Mengutamakan keselamatan diri semasa dalam perjalanan pergi dan balik

sekolah.
4.2 Mematuhi arahan keselamatan ketika mengikuti aktiviti-aktiviti persatuan,

kelab, sukan permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah, makmal serta
bengkel.
4.3 Ibu bapa/ penjaga/ tetamu yang berurusan pada waktu persekolahan
hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar/ Ketua Guru.
4.4 Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah kecuali dengan
kebenaran Guru Besar.
4.5 Penunggang basikal mestilah memastikan basikal dalam keadaan
sempurna. Dilengkapi dengan kunci, brek, loceng dan alat-alat keselamatan
yang lain.
4.6 Basikal hendaklah disusun rapi di tempat yang disediakan.
4.7 Dilarang menunggang basikal di kawasan sekolah.
4.8 Murid yang menaiki kenderaan hendaklah turun di luar pagar sekolah.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 25

PERKARA 5
PERHIMPUNAN

5.1 Murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah.
5.2 Murid dikehendaki segera berbaris dengan teratur dan senyap.
5.3 Murid mestilah berjalan mengikut barisan kelas dengan arahan pengawas

setelah perhimpunan selesai.
5.4 Murid tidak dibenarkan bercakap atau mengganggu semasa perhimpunan.
5.5 Aturcara perhimpunan:

a. Semua guru dan pengawas mengambil tempat.
b. Bacaan al-Fatihah/ Doa/ Selawat/ Asmaul Husna
c. Menyanyi lagu:

• Lagu Kebangsaan - Negaraku
• Lagu Negeri Selangor - Duli Yang Maha Mulia
• Lagu Sekolah (jika ada)
d. Ikrar rukun negara.
e. Ucapan:
• Guru bertugas
• Wakil pentadbiran (Guru Besar/ Penolong Kanan Pentadbiran &

Akademik/ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid/ Penolong Kanan
Kokurikulum/ Penyelia)
f. Pengumuman (jika ada)
g. Bersurai

26 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 6
SESI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

6.1 Murid hendaklah berdiri sambil memberi/ menjawab salam ketika guru
masuk ke kelas dan mengucapkan terima kasih apabila selesai PdPc.

6.2 Bacaan doa di awal dan di akhir PdPc.
6.3 Murid diwajibkan membawa buku teks dan buku tulis/ aktiviti mengikut

jadual waktu.
6.4 Murid dilarang membuat bising dan mengganggu murid lain semasa PdPc.
6.5 Hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar kelas pada satu-satu

masa dengan kebenaran guru dengan menggunakan Pas Kebenaran
Keluar Kelas.
6.6 Murid hendaklah menyiapkan setiap aktiviti dan latihan yang diberikan.
6.7 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas membantu kawalan kelas semasa
ketiadaan guru.

PERKARA 7
BILIK DARJAH/ KELAS

7.1 Murid hendaklah membaca, memahami dan mematuhi peraturan di dalam
bilik darjah/ kelas seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah.

7.2 Memastikan kerusi dan meja dalam keadaan teratur sepanjang masa.
7.3 Menjaga kebersihan bilik darjah dan persekitarannya setiap masa.
7.4 Murid-murid hendaklah mematuhi jadual bertugas harian di kelas masing-

masing.
7.5 Murid bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah di dalam kelas

dan memastikan suis eletrik, pintu dan tingkap kelas ditutup sebelum
meninggalkan kelas.
7.6 Murid perlu hormat dan patuh kepada semua guru dan rakan sekelas.
7.7 Murid hendaklah menjaga keharmonian kelas sendiri dan kelas orang lain
dengan tidak mengganggu kelas yang lain.
7.8 Murid sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan,
tolong menolong/ bekerjasama, sedia menerima teguran, perubahan, dan
bersedia untuk belajar.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 27

7.9 Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas (sama ada pada waktu
rehat atau PdPc).

7.10 Murid hendaklah membersihkan papan tulis setiap kali selepas sesi
pembelajaran/ kelas intensif/ tambahan berakhir.

7.11 Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan ketidakpatuhan peraturan
kepada guru.

7.12 Murid tidak dibenarkan membawa pemadam cecair (liquid paper)
7.13 Murid dilarang membawa majalah hiburan/ komik dan barang larangan lain

yang tidak berkaitan dengan PdPc.

PERKARA 8
WAKTU REHAT

8.1 Murid dilarang berkeliaran atau berkumpul di kawasan larangan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

8.2 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah.
8.3 Murid dilarang membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman.
8.4 Apabila tamat waktu rehat, murid hendaklah segera masuk ke bilik darjah/

kelas dalam keadaan terkawal.
8.5 Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan diri ketika waktu

rehat.

PERKARA 9
HARTA SEKOLAH

Rujukan: (SPI Bil.8/1983), (SPI Bil.18/1998)
9.1 Sentiasa menjaga harta sekolah dan kebersihannya pada setiap masa.
9.2 Dilarang mengalih/ membawa keluar sebarang harta benda sekolah tanpa

kebenaran.
9.3 Perbuatan vandalisme adalah dilarang seperti menconteng, merosak dan

mengotorkan harta benda sekolah.

28 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 10
BILIK AIR/ TANDAS

10.1 Mendapat kebenaran guru ketika waktu pembelajaran kecuali waktu rehat.
10.2 Murid hendaklah membawa Pas Kebenaran Keluar Kelas semasa ke

tandas.
10.3 Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar ke tandas dalam satu-satu masa

dengan kebenaran guru.
10.4 Menggunakan tandas dan bilik air yang ditetapkan.
10.5 Menjaga dan mengekalkan kebersihan serta keceriaan tandas.
10.6 Membuang sisa makanan, tisu, tuala wanita dan sampah sarap ke dalam

tong sampah yang telah disediakan.
10.7 Mematikan suis lampu, menutup paip air serta flush tandas setelah

digunakan.
10.8 Sentiasa menjaga adab ketika di dalam tandas.
10.9 Segera beredar setelah menggunakan tandas.
10.10 Elakkan pembaziran air dan elektrik.
10.11 Murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.
10.12 Menconteng tandas adalah dilarang.

PERKARA 11
KANTIN SEKOLAH

11.1 Beratur dan berbudi bahasa semasa membeli makanan.
11.2 Dilarang memasuki kawasan dapur kantin sekolah.
11.3 Beradab ketika makan dan minum.
11.4 Membuang sampah, sisa makanan dan meletakkan bekas makanan di

tempat yang disediakan.
11.5 Dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu

persekolahan.
11.6 Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan kantin pada setiap

masa.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 29

PERKARA 12
SURAU/ MUSOLLA

12.1 Digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh pihak sekolah sahaja.
12.2 Kasut dan selipar hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan serta

disusun rapi.
12.3 Dilarang membuat bising, bermain atau merosakkan alatan yang terdapat di

surau/ musolla.
12.4 Elakkan pembaziran air dan elektrik.
12.5 Mematikan suis elektrik dan menutup paip air sebelum meninggalkan surau/

musolla.
12.6 Mematuhi jadual tugasan/ giliran yang disediakan.
12.7 Menjaga kebersihan dan keceriaan surau/ musolla.
12.8 Menyusun dan meletakkan semula alatan yang digunakan seperti sejadah/

rehal/ telekung/ kain pelekat/ Al-Quran ditempat yang disediakan.

PERKARA 13
PUSAT SUMBER SEKOLAH

13.1 Beratur semasa pergi dan balik dari pusat sumber.
13.2 Mematuhi arahan dan adab di dalam pusat sumber.
13.3 Memulangkan buku atau bahan yang dipinjam pada tempat yang ditetapkan.
13.4 Tidak dibenarkan membawa masuk/ keluar bahan bacaan tanpa kebenaran.
13.5 Mengganti buku/ bahan yang dipinjam jika hilang atau rosak.
13.6 Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber.
13.7 Mematuhi segala peraturan dan jadual penggunaan yang telah ditetapkan.

30 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 14
PAPAN KENYATAAN

14.1 Sebarang maklumat yang hendak ditampal mesti mendapat pengesahan
Guru Besar.

14.2 Murid hendaklah sentiasa membaca maklumat yang dipaparkan di papan
kenyataan.

14.3 Dilarang mengoyak, menconteng, mengotorkan dan merosakkan maklumat-
maklumat yang dipaparkan.

PERKARA 15
KEDAI/ KOPERASI SEKOLAH

15.1 Digalakkan membeli alat tulis dan keperluan di kedai/ koperasi sekolah.
15.2 Urusan membeli alat tulis dan keperluan mengikut waktu yang ditetapkan.
15.3 Murid tidak dibenarkan membeli ketika waktu PdPc berjalan melainkan

dengan kebenaran dari guru.

PERKARA 16
KEBENARAN KELUAR SEMASA PERSEKOLAHAN

16.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari sekolah kecuali mendapat kebenaran
Guru Besar.

16.2 Hanya ibu bapa/ penjaga atau waris dibenarkan mengambil murid semasa
sesi persekolahan.

16.3 Sebarang urusan keluar hendaklah dibuat di pejabat sekolah dan
direkodkan.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 31

PERKARA 17
PERTUKARAN SEKOLAH

17.1 Hanya ibu bapa/ penjaga sahaja boleh membuat permohonan untuk
pertukaran murid ke sekolah lain.

17.2 Urusan pertukaran murid hendaklah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan oleh Jabatan.

PERKARA 18
BUKU TEKS/ BUKU TULIS/ BUKU KERJA

18.1 Melengkapkan butiran peribadi dengan jelas.
18.2 Membalut buku teks dengan menggunakan plastik lut sinar.
18.3 Dilarang menconteng, mengoyak dan merosakkan buku teks.
18.4 Dilarang meninggalkan buku di bilik darjah dan kawasan sekolah kecuali di
tempat yang dikhaskan.
18.5 Sentiasa menjaga keadaan buku dengan baik dan cermat.

PERKARA 19
KERJA RUMAH/ TUGASAN

19.1 Murid hendaklah menyiapkan semua kerja rumah atau tugasan yang
diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

PERKARA 20
KELAS TAMBAHAN

20.1 Hendaklah mengikuti kelas-kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.

20.2 Memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian yang dibenarkan.

32 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 21
UJIAN/ PEPERIKSAAN
21.1 Murid wajib menduduki ujian/ peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.
21.2 Murid yang tidak hadir mesti melampirkan surat sijil sakit atau surat tunjuk
sebab daripada ibu bapa/ penjaga.
21.3 Sentiasa menjaga dan membawa alat tulis sendiri.
21.4 Menggunakan alat tulis sendiri sepanjang peperiksaan dijalankan.
21.5 Dilarang menggunakan pen dakwat merah, pemadam cecair dan
seumpamanya semasa peperiksaan berlangsung.
21.6 Dilarang membawa sebarang bahan bacaan dan nota ke dalam bilik
peperiksaan.
21.7 Murid mesti mematuhi peraturan semasa peperiksaan.

PERKARA 22
BAYARAN PERSEKOLAHAN
22.1 Menjelaskan bayaran persekolahan mengikut waktu yang ditetapkan.
22.2 Pastikan menerima resit setelah pembayaran.
22.3 Menyelesaikan segala bayaran sebelum berpindah/ berhenti atau tamat
persekolahan.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 33

PERKARA 23
KEGIATAN KOKURIKULUM
23.1 Setiap murid hendaklah menyertai aktiviti berikut sebagaimana yang
ditetapkan oleh pihak sekolah, antaranya:
• Kemahiran Amal Islami (KAMIL)
• Persatuan dan Kelab
• Sukan dan Permainan
• Unit Beruniform
23.2 Wakil sekolah dalam aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan menarik diri
kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
23.3 Penglibatan sebarang kegiatan yang dianjurkan oleh pihak luar sewaktu
persekolahan mestilah mendapat keizinan daripada Guru Besar.

PERKARA 24
KEBERSIHAN
24.1 Murid mestilah membuang sampah di tempat yang disediakan.
24.2 Murid hendaklah mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong
sampah tanpa menunggu arahan.
24.3 Mematuhi jadual bertugas harian yang ditetapkan.
24.4 Murid mengikuti aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

34 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

PERKARA 25
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

25.1 Kawasan Larangan
25.1.1 Kecuali dengan kebenaran: Pejabat sekolah, bilik Guru Besar,

bilik Penolong Kanan, bilik guru, pusat sumber, tandas guru, bilik
mesyuarat, bilik SPBT, bilik rawatan dan kawasan larangan yang
telah ditetapkan.
25.1.2 Kawasan larangan berbahaya: Rumah sampah, rumah elektrik,
tangki air, tangki septik, rumah pam air, cerun, garaj kereta,
stor, dapur kantin, kawasan belakang bangunan, longkang dan
kawasan-kawasan yang dilarang oleh pihak sekolah.

25.2 Barang Larangan Sekolah
25.2.1 Dilarang membawa perkara-perkara berikut:

a. Dadah, rokok, bahan mudah terbakar dan seumpamanya.
b. Alat permainan yang tiada kaitan PdPc.
c. Permainan berunsur judi (contoh: kad poker).
d. Alatan gajet: Telefon/ kamera/ radio/ teropong/ jam pintar.
e. Gambar/ majalah berunsur humor, lucah dan lain-lain.
f. Alat perakam: Videocam/ vcd/ dvd/ mp3/ mp4.
g. Alat tajam seperti pisau/ gunting dan sebarang alat yang

membahayakan (kecuali digunakan untuk subjek Pendidikan
Seni).
h. Pemadam cecair, pemetik api, alat solek dan barang kemas.
i. Membawa jumlah wang ringgit yang banyak.
j. Cermin mata berfesyen.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 35

PERKARA 26
TINGKAH LAKU
26.1 Bertingkah laku baik, bersopan santun, beradab dan berakhlak mulia.
26.2 Mengamalkan ucapan salam, senyum, sapa apabila berjumpa guru,
kakitangan, ibu bapa, rakan dan tetamu.
26.3 Mentaati dan mematuhi arahan guru dan kakitangan sekolah.
26.4 Membantu dan bekerjasama dalam perkara kebaikan.
26.5 Sentiasa mendorong, memberi nasihat kepada kawan dan memberi
maklumat salahlaku disiplin kepada pihak sekolah.

36 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

BAB 2
SENARAI JAWATANKUASA

DAN TUGAS-TUGAS DI
BAWAH LEMBAGA DISIPLIN

SEKOLAH

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 37

Lembaga Disiplin Sekolah

Pengerusi : Guru Besar/ Ketua Guru

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Ketua Guru Disiplin

AJK : 1. Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik

2. Penolong Kanan Kokurikulum

3. Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling

4. Guru Disiplin

5. Penyelia Pagi/ Petang

Jawatan • Ketua Kelas
• Ketua Murid • Penolong Ketua Kelas
• Penolong Ketua Murid • Ketua Kebersihan
• Pengawas • Penolong Ketua Kebersihan
• Tunas Pengawas

Tugas-Tugas Ketua Murid
• Memastikan murid mematuhi peraturan sekolah.
• Membantu Guru Disiplin menjalankan tugas yang ditetapkan di dalam/ luar

sekolah.
• Mengetuai murid-murid dalam perhimpunan sekolah/ mingguan.

Tugas-Tugas Penolong Ketua Murid
• Membantu Ketua Murid.
• Menjalankan tugas-tugas Ketua Murid semasa ketiadaannya.
• Mengetuai murid-murid dalam perhimpunan sekolah/ mingguan.

38 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor

Tugas-Tugas Pengawas dan Tunas Pengawas
• Menyediakan kerusi guru semasa perhimpunan.
• Memastikan murid-murid berbaris dengan teratur.
• Mengawasi murid-murid agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan

sekolah yang telah ditetapkan.
• Mencatat dan melapor kesalahan murid kepada Guru Disiplin.
• Mengawasi kebersihan sekolah dari masa ke semasa.
• Menaikkan bendera setiap pagi dan menurunkannya semula sebelum balik.
• Membantu guru dalam kes-kes kecemasan.

Tugas-Tugas Ketua Kelas
• Memastikan jadual tugas harian dilaksanakan.
• Melaporkan murid yang keluar kelas tanpa kebenaran.
• Mencatat/ melaporkan kes disiplin yang berlaku dalam kelas, seperti mencuri

atau meniru.
• Mengawal kelas semasa ketiadaan guru.
• Mengetuai murid mengucapkan salam/ terima kasih semasa guru masuk dan

keluar.

Tugas-Tugas Penolong Ketua Kelas
• Memastikan jadual tugas harian dilaksanakan.
• Menggantikan tugas Ketua Kelas semasa ketiadaannya.
• Melaporkan murid yang keluar kelas tanpa kebenaran.
• Mencatat/ melaporkan kes disiplin yang berlaku dalam kelas, seperti mencuri

atau meniru.
• Mengawal kelas semasa ketiadaan guru.
• Mengetuai murid mengucapkan salam/ terima kasih semasa guru masuk dan

keluar.

Sistem Pembangunan Sahsiah Murid 39

Tugas-Tugas Ketua Kebersihan
• Membantu Ketua Kelas menjalankan tugas kebersihan.
• Memastikan jadual tugasan harian dilaksanakan mengikut giliran.
• Menjalankan tugas-tugas Ketua Kebersihan.

Tugas-Tugas Penolong Ketua Kebersihan
• Membantu Ketua Kebersihan menjalankan tugas.
• Menjalankan tugas-tugas Ketua Kebersihan semasa ketiadaannya.
• Memastikan jadual tugasan harian dilaksanakan mengikut giliran.

Tanda Nama Jawatan (warna)

• Ketua Murid - Biru Tua.

• Penolong Ketua Murid - Biru Tua.

• Pengawas & Tunas Pengawas - Merah

• Ketua Kelas - Hijau

• Penolong Ketua Kelas. - Hijau

• Ketua Kebersihan - Kuning

• Penolong Ketua Kebersihan - Kuning

• Pengawas Pusat Sumber - Coklat

40 Buku Peraturan Murid Sekolah Agama Negeri Selangor


Click to View FlipBook Version