SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:
TAMAN BUKIT INDAH 2
DISEDIAKAN OLEH:
THEN YEE TZE ADEN
TINGKATAN:
2 SAPPHIRE
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
24/ 12/ 2022
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKASURAT
1. PENGHARGAAN 1
2
2. PENDAHULUAN 4
6-7
3. OBJEKTIF KAJIAN 8
9 - 11
KAJIAN KES
12
4. KAWASAN KAJIAN 13
14 - 19
5. KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN
i. Menjelaskan Konsep dan Definisi Teknologi Hijau
ii. Mengenal pasti 3 Jenis dan Contoh Teknologi Hijau
yang terdapat di Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru,
Johor.
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang
boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai
7. RUMUSAN
8. RUJUKAN
9. LAMPIRAN
1.0 .PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN atas segala bimbangan, tunjuk ajar, teguran dan
nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas
saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan
masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang
amalan teknologi hijau di kawasan kajian yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya
kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
Sekian, terima kasih.
1
2.0 PENDAHULUAN
Saya, Then Yee Tze Aden merupakan pelajar Tingkatan 2 Sapphire di SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL Johor Bahru. Saya telah tajuk teknologi
hijau sebab tajuk ini memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan
serta membuat rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-buku yang
berkaitan.
Kawasan kajian ialah di Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor kerana ianya
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja lapangan saya iaitu:
2.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor.
2.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
2.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
2.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
Saya menggunakan empat (4) kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik,
kaedah rujukan dan temubual. Saya mengambil masa selama dua (2) minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.
2
Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:
Bil. Tarikh Perkara
1. 05/ 12/ 2022 i. Menerima taklimat dan tugasan dan tugasan kerja
lapangan Geografi daripada guru mata pelajaran.
ii. Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang
hendak dilakukan.
2. 06/ 12/ 2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan – Penggunaan Teknologi Hijau
i. Merangka perancangan dan jadual kerja mengenai
aktiviti yang hendak dilakukan.
ii. Membuat catatan untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan dengan betul.
3. 8/ 12/ 2022 Pergi ke tempat kajian
i. Mencari maklumat berkenaan penggunaan teknologi
hijau dalam akhbar, buku-buku rujukan Geografi dan
buku teks.
ii. Melayari Internet untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat.
4. 10/ 12/ 2022 Merekodkan kajian
i. Menyenaraikan maklumat yang diperolehi semasa
membuat pemerhatian di kawasan kajian.
5. 14/ 12/ 2022 Menulis pendahuluan dan penghargaan
6. 15/ 12/ 2022 Membuat soal selidik
i. Mereka bentuk soal selidik dengan menggunakan
aplikasi “Google Form”
7. 16/ 12/ 2022 Memberikan soalan selidik kepada penduduk kawasan kajian dan
melakukan temu bual dengan jiran.
8. 22/ 12/ 2022 Mengumpul dan membuat penulisan berdasarkan kepada semua
jawapan daripada soalan selidik.
i. Membuat Analisasi daripada data yang diperolehi
daripada “Google Form” yang telah diberikan kepada
penduduk kawasan kajian.
ii. Menghasilkan bahan grafik yang sesuai sama ada graf/
carta berdasarkan data yang diperolehi.
iii. Menulis hasil kajian yang diperolehi.
iv. Membuat penambahbaikan.
9. 24/ 12/ 2022 Penghantaran kerja lapangan setelah aktiviti menyemak hasil kerja
dilakukan.
3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, saya akan dapat:
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor.
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
4) Menghuraikan 4 puna amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
4
KAJIAN KES:
TAMAN BUKIT INDAH 2,
JOHOR BAHRU, JOHOR
5
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Bukit Indah 2 merupakan sebuah perbandaran di Iskandar Puteri,
Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini mempunyai penduduk kira-kira
60,000. Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah yang dibina untuk menampung
bilangan penduduk yang banyak. Taman Bukit Indah telah dilancarkan pada tahun
1997. Pengasas SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin telah merancang dan membeli 900
ekar tanah daripada UEM Land pada tahun 1997 sebelum dimajukan menjadi sebuah
taman perumahan terancang.
Menjelang tahun 2000, SP Setia telah membeli lagi tanah sebesar 300 ekar untuk
tujuan pemajuan. Tanah tersebut dimajukan menjadi Taman Bukit Indah 2 yang
dikenali kini.
Ia memenangi Anugerah Landscape Negeri Johor 2001, Pertandingan Landskap
Negara pada tahun 2001 dan Best Anugerah Landskap Negara Terbaik 2005.
Taman Bukit Indah 2 berdekatan dengan Taman Perling dan pusat beli-belah seperti
Hipermarket Lotus’s, Hipermarket Giant. Selain itu, Pusat beli-belah AEON Jusco
Wilayah Bukit Indah juga terletak di sini.
6
Peta 1: Peta Daerah Negeri Johor
Peta 2: Peta Lokasi Kawasan Kajian
7
5.0 KAEDAH KAJIAN
Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan
kajian yang lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat suatu
maklumat berkaitan tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah dan lengkap. Antara
kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah:
5.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah dan
cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya
untuk mengenal pasti jenis-jenis amalan dan contoh Teknologi Hijau di
kawasan kajian.
5.2 Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan mengedarkan
borang soal selidik menggunakan ‘Google Form’ kepada penduduk setempat.
Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan borang soal
selidik atas talian sahaja. Saya terlebih dahulu menyediakan borang yang
mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.
5.3 Rujukan
Kaedah merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah, jurnal, keratan akhbar dan bahan
multimedia yang lain. Kaedah ini kaedah yang paling sesuai bagi orang yang
baru seperti saya dalam menjalankan kajian lapangan ini.
5.4 Temu Bual
Kaedah ini memerlukan saya berjumpa dan bersoal jawab dengan jiran-jiran
saya untuk mendapatkan data dan maklumat. Borang temu bual diperlukan
dalam kaedah ini.
8
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep dan Definisi Teknologi Hijau
6.1.1 Buku Teks
Teknologi Hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula
jadi.
6.1.2 Wikipedia
Teknologi Hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal
kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan
manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam
sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek
sosial, ekonomi dan alam sekitar.
6.2 Jenis dan Contoh Teknologi Hijau yang Terdapat di Taman Bukit Indah
2, Johor Bahru, Johor
Berdasarkan kepada pemerhatian dan temu bual yang telah saya lakukan,
jenis-jenis teknologi hijau yang terdapat di taman saya ialah:
a) Menggunakan panel solar
Beberapa orang jiran saya telah menggunakan panel solar sebagai
sumber tenaga. Hal ini kerana tenaga solar ialah sumber tenaga
yang bersih dan boleh diperbaharuhi. Tenaga solar adalah cara
terbaik untuk mengurangkan jejak karbon dan tidak
mendatangkan pencemaran alam sekitar. Tenaga solar juga tidak
melepaskan sebarang gas rumah hijau.
b) Menggunakan kereta hibrid
1/6 jiran saya menggunakan kereta hibrid sebagai pengangkutan
utama mereka. Kereta hibrid boleh mengurangkan pelepasan CO2.
Berbanding dengan pelepasan 148 gram CO2 per kilometer yang
dilalui kenderaan tradisional, manakala kereta hibrid hanya
mengeluarkan 70 gram CO2 per kilometer.
9
c) Tanam pokok-pokok di sekelilingi rumah atau halaman rumah
Menanam pokok boleh mengurangkan kesan rumah hijau
kerana pokok menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara
semasa melakukan proses fotosintesis. Selain itu,
menanam pokok juga boleh mengisi masa lapang kita.
6.3 Kepentingan Teknologi Hijau
6.3 Buku Teks
Teknologi Hijau penting untuk:
Meningkatkan kualiti udara dan air
Meningkatkan kualiti udara
Mengurangkan kualiti hidup
Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
6.4 Punca Amalan Teknologi Hijau Tidak Diterapkan Dalam Kehidupan
Seharian
Berdasarkan temu bual dan soal selidik yang saya lakukan, saya telah
mengusun tentang punca-punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian serta langkah-langkah yang
boleh diambil:
6.1 Punca:
• Rakyat tidak mempunyai kesedaran untuk melindungi alam sekitar
Langkah-langkah yang boleh diambil:
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen amalan Teknologi
Hijau di sekolah dan memberikan anugerah kepada penduduk
yang mengamalkan amalan Teknologi Hijau.
10
6.2 Punca:
• Untuk mengurangkan kos pengeluaran
Langkah-langkah yang boleh diambil:
Pihak kerajaan boleh merendahkan harga bahan mentah yang
digunakan untuk menghasilkan produk Teknologi Hijau.
6.3 Punca:
• Sumber yang terhad
Langkah-langkah yang boleh diambil:
Pihak kerajaan boleh mengimport sumber dari negara lain
6.4 Punca:
• Undang-undang yang tidak ketat
Langkah-langkah yang boleh diambil:
Pihak kerajaan boleh membuat undang-undang yang ketat dan
memberikan denda kepeda orang yang tidak mematuhi undang-
undang.
11
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya telah
memahami dengan lebih banyak tentang Teknologi Hijau.
Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang akan membawa kemudaratan
kepada alam sekitar. Jika sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, kualiti
hidup manusia dan alam sekitar akan turut terjejas. Justeru, pendekatan yang kritis
dan holistik seperti teknologi hijau amatlah penting bagi menjamin kualiti hidup dan
pengekalan sumber yang berterusan.
12
8.0 RUJUKAN
8.1 Internet
https://ms.wikipedia.org/
https://www.scribd.com/
http://dusunbandar.com/pertanian/menanam-pokok-di-sekeliling-rumah/
8.2 Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Pengarang & Penerbit: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ISBN: 978-967-0463-47-6
FT282001
13
LAMPIRAN A
GAMBAR TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Beg Plastik Biodegradasi
Panel Solar di Kawasan Kajian
14
TEMU BUAL
Saya: Hai, selamat pagi Encik Zikri. Bolehkah saya tanya kamu beberapa soalan?
Encik: Selamat pagi, silakan.
Saya: Apakah produk Teknologi Hijau yang terdapat dalam rumah kamu?
Encik: Produk Teknologi Hijau yang terdapat dalam rumah saya ialah panel solar, beg beli-
belah, beg plastik biodegradasi dan kereta elektrik.
Saya: Adakah kamu melakukan amalan berkonsep Teknologi Hijau dalam
kehidupan? Kalau ada, apakah contohnya?
Encik: Ya, saya mengamalkan amalan 5R, menggunakan pembungkus makanan
yang mesra alam, membawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan
minuman serta menutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak
digunakan.
Saya: Oh, kalau begitu, adakah kamu sokongkan supaya orang lain melakukan
aktiviti berkonsep Teknologi Hijau?
Encik: Mestilah!
Saya: Baiklah, Encik Zikri. Terima kasih atas kerjasama anda untuk menjawabkan
soalan-soalan ini.
Encik: Sama-sama.
15
LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
https://forms.gle/qy31hNbXVZsScpBb7
16
ANALISASI YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
YANG DIEDARKAN KEPADA 15 RESPONDEN
BAHAGIAN A
LATAR BELAKANG RESPONDEN
17
18
BAHAGIAN B:
19
20