1 Jalan Dato Abd Hamid 7, Taman Sentosa, Klang 8 Disember 2023 Jumaat 24 Jamadilawal 1445 Dewan Solat, Masjid Al Barakah Jalan Dato Abd Hamid 7, Taman Sentosa Masjid Al Barakah No Pendaftaran : JAI.SEL.BPM/01/024/42
2 Muka surat 1 Kata-kata aluan Nazir 2 2 Notis jemputan Mesyuarat Agung 3 3 Aturcara & agenda mesyuarat 4 4 Senarai Pegawai & AJK Sesi 2023-2025 5 5 Senarai Pegawai & AJK Sesi 2019-2022 6 6 Minit Mesyuarat Agung Tahun 2022 7-12 7 Ringkasan Laporan Aktiviti Masjid Al Barakah 2022 13-18 8 Laporan Kewangan 2022 19-24 Assalamualaikum wbt , dimulakan dengan bicara Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Terlebih dahulu saya merafakkan rasa syukur di atas izinnya dapat kita bertemu kembali untuk Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Al Barakah Taman Sentosa Klang pada tahun 2023. Peranan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi ianya juga berfungsi sebagai pelantar meningkatkan kesejahteraan, perpaduan dan taraf kehidupan ummah. Di dalam skop pengurusan kewangan, pihak pentadbiran Masjid Al Barakah akan sentiasa menguruskan kewangan dengan berhemah untuk dikembalikan manfaatnya kepada masyarakat, dihabiskan dan dikembalikan kepada masyarakat. Peranan masjid kepada komuniti kami dahulukan. Masjid Al Barakah sentiasa memfokuskan majlis-majlis ilmu dan pengisian agama dan pelbagai inovasi untuk menarik masyarakat agar terus dekat dan mengimarahkan masjid khususnya golongan remaja. Justeru menjadikan masjid ini sebagai hub ilmu, kebajikan dan ekonomi. Sama-sama kita doakan agar sebuah kompleks masjid yang merangkumi ruang masjid dan kawasan letak kereta yang lebih bersesuaian, sebuah sekolah KAFA lengkap dengan pelbagai kemudahan dan sebuah dewan serbaguna dapat dibina di sini kelak. Walaupun proses perancangan dan pembinaan akan memgambil masa, teruslah memberi sokongan dan sumbangan demi manfaat berterusan buat komuniti setempat terutama anak-anak kita nanti. Lupakanlah pakaian politik kita jika ada untuk sementara dan teruslah mengeratkan silaturrahim di bawah satu kalimah LailahaillalAllah Muhammadarrasulullah , Semoga Masjid Al Barakah Taman Sentosa terus menjadi masjid yang aman makmur dan kekal barokah . Terima kasih AHMAD BASORI BIN DIN Nazir, Masjid Al Barakah Tmn Sentosa
3 Masjid Al Barakah Jalan Dato Abdul Hamid 7,Taman Sentosa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. No Pendaftaran : JAI.SEL.BPM/01/024/42 [email protected] ______________________________________________________________________________ SEMUA AHLI KARIAH & JEMAAH. Tarikh : 17 November 2023 MASJID AL BARAKAH TAMAN SENTOSA KLANG . Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID AL BARAKAH 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Al Barakah 2023 akan diadakan pada : Tarikh : 8 DISEMBER 2023 - JUMAAT Masa : Selepas Isyak - 9.00 Malam Tempat : Dewan solat, Masjid Al Barakah 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1.1 Ucapan aluan nazir 2.1.2 Ucapan wakil Pejabat Agama Islam Daerah Klang 2.1.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2022 2.1.4 Membentang laporan aktiviti tahunan 2022 2.1.5 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2022 2.1.6 Perkara berbangkit 2.1.7 Ucapan penangguhan 3. Sebarang usul hendaklan dihantar secara bertulis kepada setiausaha Masjid Al Barakah sebelum tarikh 1 Disember 2023 JUMAAT. 4. Tuan/Puan dijemput hadir ke mesyuarat agung ini. Kehadiran anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ……………………………….. (SHAHRILL BIN SAHEDAN) Setiausaha Masjid Al Barakah Taman Sentosa. s.k.: Nazir Masjid Al Barakah
4 8 Disember 2023 6.45 Mlm : Kehadiran jemaah dan hadirin 7.05 Mlm : Solat Maghrib berjemaah 7.30 Mlm : Pendaftaran mesyuarat agung dimulakan 8.15 Mlm : Solat Isyak berjemaah 8.45 Mlm : Ahli mesyuarat mengambil tempat 9.00 Mlm : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Bacaan doa : Ucapan Nazir Masjid Al Barakah : Ucapan wakil PAID Klang 9.30 Mlm : Mesyuarat Agung dimulakan 11.00 Mlm : Mesyuarat Agung dijangka tamat : Mesyuarat bersurai & jamuan 1) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2022 2) Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti tahunan 2022 3) Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2022 4) Pembentangan usul jika ada. 5) Perkara berbangkit dan hal hal lain. 6) Ucapan penangguhan
5 BIL NAMA JAWATAN 1 AHMAD BASORI BIN DIN NAZIR 2 AHMAD KHAIRI BIN ABD WAHID TIMBALAN NAZIR 3 SHAHRILL BIN SAHEDAN SETIAUSAHA (Bermula Nov 2023) 4 MAHADIR BIN MOHD SAMUD PEN SETIAUSAHA 5 JASMI BIN MOHAYA BENDAHARI 6 ABDUL RIZAN BIN YUNOS PEN BENDAHARI (Bermula Nov 2023) 7 MUHAMMAD ZUBEIR NASUTION BIN KOHARUDDIN IMAM 1 8 MOHD NASIR BIN SAMSURI IMAM 2 9 AZMY BIN HUSSIN BILAL 1 10 MOHD SAAT BIN ABDULLAH BILAL 2 11 NONDZARI BIN KOSOT SIAK 1 12 ANDNAN BIN AKASAH SIAK 2 13 ABU IKKRIMAH BIN IDRIS WAKIL PEMUDA 14 NORMADIAH BT JAMIL WAKIL MUSLIMAT 15 NORAINI BT ABD RANI PENGURUS JENAZAH MUSLIMAT 16 MOHD FADZLI BIN ADENAN AJK 17 MOHD FAIRUZ BIN ISHAK AJK 18 MOHAMAD NOOR BIN SALLEH AJK 19 HAFIZAH BT YUNOS AJK 20 ROJIAH BINTI AHMAD AJK 21 ZAKARIA BIN ISMAIL AJK (Bermula Nov 2023) 22 NOR AZLINA BT MOHD ARIFFIN PEMERIKSA KIRA-KIRA 23 MOHD RIDZWAN BIN HARUN PEMERIKSA KIRA-KIRA
6 SENARAI PEGAWAI & AHLI JAWATANKUASA MASJID AL BARAKAH, TAMAN SENTOSA KLANG SESI 2019-2021 (2022) Bil. Nama Jawatan 1 DATO RAHIM BIN BUANG NAZIR 2 AHMAD KHAIRI BIN ABD WAHID TIMBALAN NAZIR 3 SHAHRILL BIN SAHEDAN SETIAUSAHA 4 NOR AZLINA BT MOHD ARIFFIN PEN SETIAUSAHA 5 ABDUL RASIP JAAFAR BENDAHARI 6 HAFIZAH BT YUNOS PEN BENDAHARI 7 CHE YAHAYA BIN SHAMSUDIN IMAM 1 8 MOHD NASIR BIN SAMSURI IMAM 2 9 MOHD SAAT BIN ABDULLAH BILAL 1 10 AZMY BIN HUSSIN BILAL 2 11 ANDNAN BIN AKASAH SIAK 1 12 MOHD JALIL BIN KIMIN SIAK 2 13 ABU IKKRIMAH IDRIS WAKIL PEMUDA 14 NORMADIAH BT JAMIL WAKIL MUSLIMAT 15 NORAINI BT ABD RANI PENGURUS JENAZAH MUSLIMAT 16 NASIR BIN OTHMAN AJK 17 NONDZARI BIN KOSOT AJK 18 SAHAR BIN SAMSUDIN AJK 19 OMAR BIN SHAHLAN AJK 20 ROJIAH BINTI AHMAD AJK 21 MOHD NOOR BIN SALLEH AJK 22 MOHD HASHIM BIN ABDULLAH PEMERIKSA KIRA-KIRA 23 NORRITA BINTI HJ ZAHARI PEMERIKSA KIRA-KIRA
7 Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Al Barakah 2022 (Laporan aktiviti & kewangan tahun 2021) Tarikh : 26 Ogos 2022 , Jumaat Masa : 9.00 Malam Tempat : Dewan Solat Masjid Al Barakah, Taman Sentosa Klang. SENARAI KEHADIRAN : 1. ABDUL JALAL BIN IBRAHIM 2. ABDUL RASIP BIN JAAFAR 3. ABU IKKRIMAH BIN IDRIS 4. ALIAS BIN MAT SAM 5. ANDNAN BIN AKASAH 6. AZIZ BIN MURID 7. CHE YAHAYA BIN SHAMSUDDIN 8. EIZZUWAN BIN MOHAMMAD YUSOF 9. ESAH BINTI IBRAHIM 10. FARIDAH BINTI REJAB 11. FAUZIAH BINTI OMAR 12. HAFIZAH BINTI YUNOS 13. HAMIDAH BINTI HASSAN 14. HAMSAH BIN HAMID 15. HANIFAH BTE AHMAD 16. HASSAN BIN MAT ISA 17. JAMALUDIN BIN WEK 18. JASMI BIN MOHAYA 19. MAHANI BINTI AHMAD 20. MAISARAH AHMAD 21. MAT ABAS BIN ASARI 22. MAT SHAH BIN HUSSIN 23. MOHD HASHIM BIN ABDULLAH 24. MOHD JALIL BIN KIMIN 25. MOHD NASIR BIN SAMSURI 26. MOHD SAAT BIN ABDULLAH 27. MOHD SAFUAN BIN MOHD SABARUDIN 28. MOHD TAYAZI BIN ABDUL KADIR 29. MUHAMAD BASRI BIN MUSIRAN 30. MUHAMAD FAHMI BIN ADENAN 31. NASIR BIN OTHMAN 32. NAZAHAR BIN KININ 33. NONDZARI BIN KOSOT 34. NOR AZLINA BINTI MOHD ARIFFIN 35. NORAINI BINTI ABDUL RANI 36. NORMADIAH BINTI JAMIL 37. RAHIM BIN BUANG 38. ROJIAH BINTI HJ AHMAD 39. ROPIAH BINTI MD TAIB 40. ROSENAH BINTI HAMZAH 41. RUHINAH BTE LAGU 42. SAHAR BIN SAMSUDIN 43. SAHEDAN BIN MD AMIN 44. SHAHRILL BIN SAHEDAN 45. SHAIRUL ANUAR BIN SHAMSUDDIN 46. SITI FADZILAH BT MAHET 47. TAHSIAH BINTI JAMIAN 48. WAN HANAFI BIN KADRI 49. YAACOB BIN MAN 50. ZAINAL BIN ISAHAK 51. ZAWIAH BINTI ALI SHAM 52. ZULKARNAEN BIN KAMBAS 53. ZAINI BIN ITHNIN 54. HUSSAIN AHMAD 55. ZAKARIA ISMAIL 56. SAMSUDIN BAHTAN 57. ZAINAL ABIDIN BIN SIDEK 58. MOHAMAD NAZLI ZULKIFLI 59. AZMY HUSSIN 60. ISMADI HUSIN 61. NORDIN AHMAD 62. ARMAN SAHARUDIN 63. ABD RAHIM HAMID 64. MUHAMMAD RASHID AHMAD 65. NORRISMAWATI MOHD JENAL 66. MOHD JEFRI 67. SITI FARIDA
8 AGENDA 1. Ucapan Aluan Nazir. 2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2021. 3. Membentangkan laporan aktiviti tahunan 2021 4. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan 2021 5. Pembentangan usul 6. Hal –hal lain 7. Ucapan penangguhan Bil Agenda Tindakan 1 Ucapan Aluan Nazir Nazir mengalu-alukan kedatangan pegawai & AJK Masjid yang dapat hadir, Nazir nyatakan syukur dan tahniah kepada En Zainal Abidin & Bilal Azmy selaku wakil khairat Masjid Al Barakah yg membantu pihak JAIS telah terpilih menerima pingat PJK dari Sultan Selangor. Untuk pembangunan , nazir maklumkan lebih RM114 ribu telah dikumpulkan. Begitu jg dgn van jenazah , dalam proses modified akan siap dalam masa sebulan lagi. Nazir menyerahkan kepada SU unuk teruskan agenda mesyuarat agung. 2 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahun 2021 Setiausaha menerangkan tentang pendaftaran ahli kariah masjid yang berdaftar shj boleh masuk ke mesyuarat agung. Beliau nyatakan lebih 350 orang ahli kariah telah berdaftar secara online. Setiausaha maklumkan semua laporan boleh juga dibaca secara virtual melalui QR code pada setiap buku laporan mesyuarat. Beliau membentangkan minit mesyuarat agung 2021 dari mukasurat 5 hingga 11. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Tn Hj Yaakob Man & disokong oleh En Zainal Abidin.
9 Setiausaha membuka ruang soalan dan hal berbangkit. En Mat Shah Bin Hussin bertanyakan status surau Laman Impian di bandar botanic, adakah di bawah kelolaan masjid al barakah kerana bukan di bawah DUN Sentosa. Nazir nyatakan pelan kariah terbaru laman impian akan berada di Masjid Cina yg sedang dibuat di Bandar Botanik, buat masa ini masih di Masjid Al Barakah. 3 Membentangkan laporan Aktiviti Masjid Al Barakah tahun 2021 Setiausaha nyatakan banyak aktiviti tidak dapat dibuat kerana isu covid19 (PKP tahun 2021) kebanyakan aktiviti dibuat secara online. Laporan aktiviti masjid dan semua lajnah dibentangkan di muka surat 12-18. Tn Hj Yaacob Man menyatakan penghargaan dan syabas kpd ketiga-tiga wakil khairat yang membantu pengurusan jenazah ketika covid19. Pn Intan bertanyakan penggunaan bilik mesyuarat utk kelas pengajian muslimah. Beliau cadangkan agar dpt disediakan ruangan yang lebih selesa. Nazir nyatakan akan usahakan ruang kelas muslimah. Beliau jg mencadangkan utk buat kelas pengajian quran tanpa bayaran jika bersesuaian. 4. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan tahunan 2021 Laporan kewangan tahun 2021 di muka surat 19-23 dokumen mesyuarat dibentangkan oleh Tn Hj Rasip. Laporan kewangan ini dnyatakan oleh beliau telah diperiksa oleh pemeriksa kira2. Penyata penerimaan , pengeluaran dan perincian nota akaun dijelaskan oleh Bendahari , Tn Hj Rasip Jaafar. En Mohd Safuan bertanyakan berkaitan bil air yang tidak dinyatakan, beliau cadangkan untuk buat secara e-billing kerana ia penting untuk audit atau pergi ke Syabas untuk maklumat. Bendahari nyatakan bil air telah dibayar oleh orang tidak diketahui. Surat amaran juga tidak pernah diterima jika ianya tidak dibayar, Beliau mohon jika ada yg tahu mengenai penyumbang, maklumkan. Imam Zainal Ishak mencadangkan laporan kewangan 2021 ini disahkan dan disokong oleh En Mohd Safuan Sabarudin.
10 5. Pembentangan usul Setiausaha membentangkan 11 usul dari En Mohd Safuan Sabarudin di mukasurat 24, buku mesyuarat agung. a) Melantik semua amil kariah ke dalam lajnah kebajikan secara automatik b) Sumbangan sebulan RM200 kepada semua surau. c) Melantik semua pengerusi surau dalam AJK masjid secara automatik. d) Memperkasakan kedudukan lajnah dengan membenarkan setiap lajnah menguruskan kewangan sendiri. e) Semua badan khairat surau2 dicentralizekan di dalam satu pengurusan. f) Menaikkan sumbangan hari raya dari RM150 ke RM200. g) Menaikkan sumbangan khairat kematian dari RM800 ke RM1200. h) Memperbanyakkan program untuk anak-anak muda. i) Mempererat kerjasama dengan NGO islam & bukan islam. j) Lantikan amil kariah mestilah dari kalangan orang yang bukan bekerja tetap. k) Mengekalkan jawatankuasa lepas untuk terus menerajui kepimpinan masjid. JAWAPAN USUL- USUL a) Nazir menjelaskan ia tertakluk kepada kepimpinan baru masjid sesi depan. b) Nazir jelaskan sumbangan perlu keputusan dari mesyuarat pegawai & jawatankuasa. c) SU jelaskan AJK Masjid adalah terdiri dari pegawai & AJK Masjid sahaja, tidak boleh termasuk pengerusi & AJK Surau. Nazir nyatakan pengerusi boleh bermesyuarat dengan nazir secara berasingan. En Safuan menyatakan agar pihak pengerusi ada platform untuk menyuarakan masalah ke dalam mesyuarat masjid. d) Nazir nyatakan kewangan tetap tertakhluk kepada bendahari sahaja. En Safuan jelaskan jika ada sumbangan diusahakan oleh lajnah, beliau minta dana tersebut dibenarkan untuk diguna untuk lajnah semula. e) Nazir nyatakan JAIS pada bila2 masa, akan mula tetapkan masjid sahaja akan dibenarkan mengoperasikan badan khairat.
11 f) Nazir nyatakan kepimpinan baru akan membincangkan hal ini, nazir mengetahui keadaan kewangan surau yang terjejas kerana pendapatan pencawang telah tiada. En Safuan jg cadangkan jika boleh untuk tetapkan beberapa peratus dari tabung jumaat untuk dibahagikan kepada surau-surau dalam kariah. g) Nazir nyatakan ianya bergantung kepada dana khairat kematian yang ada. Beliau minta ketua lajnah lebih peka terhadap hal ini. En Safuan tegaskan waris jgn dibebankan dengan pelbagai kenaikan pengurusan jenazah dan nyatakan ada surau dalam kariah boleh tambah bayar sehingga RM1200. h) Nazir nyatakan dan menggalakkan ketua pemuda boleh tingkatkan program pemuda . i) Nazir setuju di atas cadangan ini. Spt beliau setuju untuk beri tandatangan kepada org bukan islam juga. j) Nazir nyatakan lantikan amil adalah dari kalangan ahli kariah setempat. k) Nazir ucapkan terima kasih atas kepercayaan. Beliau nyatakan ramai jg ahli kariah yang ada & kepimpinan baru yang lebih baik akan dilantik. 6 Hal-hal lain. Haji Tayazi, Pengerusi Surau Al Haq nyatakan beliau berharap semua surausurau dapat duduk bersama pihak nazir/masjid setiap 6 bulan bagi membincangkan pelbagai isu2 dalam kariah termasuk cadangan atau persetujuan bersama termasuklah menghantar memo kepada pihak PAID/JAIS bagi isu menara telekomunikasi yang kini dananya diambil pihak Tijari/JAIS. Beliau tegaskan dana yang telah diambil itu amat diperlukan oleh surau2 dan menjadikan contoh Surau Al Haqq yg dapat menggunakan dana tersebut dengan pelbagai inisiatif sehingga menjadi seperti sekarang. Hj Tayazi mencadangkan ada wakil amil kariah setiap surau. Hj Tayazi cadangkan penyata bank terkini amat perlu diletakkan dalam laporan kewangan buku mesyuarat untuk rujukan ahli kariah. Bendahari nyatakan pandangan, penyata biasanya ditunjukkan di dalam mesyuarat AJK & ditunjukkan kpd pemeriksa kira-kira. Beliau maklumkan ianya tidak perlu & beliau sedia tunjukkan jika ada yang nak melihatnya.
12 Hj Tayazi cadangkan buletin maklumat terkini dibuat sekurangnya 6 bulan sekali. En Zainal Abidin nyatakan syukur kerana terpilih untuk penerimaan pingat. Beliau terangkan proses pencalonan penerimaan tersebut yang bukan hanya dari pengurusan jenazah sahaja, ianya dari pebagai sektor. Nazir ucapkan terima kasih juga buat En Sahar sebagai ketua lajnah kebajikan yang amat banyak membantu di dalam pengurusan badan khairat. 7. Penutup Tn Nazir ucapkan terima kasih kerana selesai menjalankan mesyuarat agung secara baik. Beliau menjemput semua untuk hadir ke mesyuarat pencalonan & pemilihan jawatankuasa sesi 2023-2025. Beliau menangguhkan mesyuarat pada pukul 11.05 malam dengan ucapan salam. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ..................... .................... Shahrill Bin Sahedan Dato Rahim Bin Buang Setiausaha, Nazir, Masjid Al Barakah Masjid Al Barakah Tarikh: 5 Sept 2022 Tarikh:
13 Bil Aktiviti & Program Tarikh Anjuran 1 Ceramah Khas Israk Mikraj oleh Ustaz Naim Sadoon 28 Feb 2022 Dakwah 2 Program Back To School & Gunting Rambut 13 Mac 2022 Pemuda 3 Ihya Ramadhan Apr 2022 Masjid 4 Majlis Berbuka Puasa Perdana & Sumbangan Aidilfitri 2022 23 April 2022 Masjid 5 Solat sunat Aidiladha & Gotong Royong Korban 10 Julai 2022 Masjid 6 Program memasak bubur lambuk edaran kepada kariah Ogos 2022 Muslimah 7 Mesyuarat Agung Tahunan 2022 26 Ogos 2022 Masjid 8 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan & Pemilihan Peg & AJK Sesi 2023-2025 18 Sept 2022 Masjid 9 Rehlah Muslimah 2.0 di Hulu Langat 1-2 Okt 2022 Muslimah 10 Ceramah Perdana Ustaz Azman Abd Halim 8 Okt 2022 Dakwah 11 Kursus Asas Pengurusan Jenazah oleh Bilal jenazah muslimah Al Barakah 15 Okt 2022 Muslimah 12 Sambutan Maulidurrasul 1444H 9 Okt 2022 Masjid 13 Majlis Penyerahan Van Jenazah baru 4 Nov 2022 Khairat 14 Kem Jati Diri Anak Barakah 10-11 Dis 2022 Muslimah
14 Laporan Bergambar Lajnah Muslimah
15
16
17
18
19 8. LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2022
20
21
22
23 PENYATA BANK
24
25