Kisah Nabi Muhammad SAW, peristiwa
kenabian dan turunnya wahyu.
Pada usia 40 tahun, Baginda sering
mengalami peristiwa – peristiwa ganjil
dalam hidupnya. Baginda tidak tahu
bahawa setiap kejadian yang berlaku
adalah sebagai tanda Kenabian seorang
Nabi.
Contohnya ketika baginda
berjalan ada sebiji batu
memberi salam kepada baginda
dan ketika waktu baginda tidur,
Baginda sering bermimpi
melihat cahaya berwarna
merah seperti cahaya fajar
diwaktu subuh. Mimpi ini
berlarutan selama enam bulan.
Setelah berlaku perkara-perkara aneh
dalam hidup, Baginda mula
menyendiri di Gua Hiraq untuk
mencari ketenangan .Baginda
memohon kepada Allah SWT agar
dijauhi dari kesesatan dalam kalangan
masyarakat sekelilingnya.
Di samping itu Baginda juga
suka melihat keindahan alam
semester serta kagum dengan
kebesaran Allah yang Maha
Berkuasa
Baginda memutuskan untuk
bermunajat di Gua Hirak. Gua
Hirak terletak di kawasan agak
tersembunyi di puncak Bukit
Nur.
Baginda ke situ bagi
menghindari masyarakat Arab
Jahiliyah yang ketika itu masih
belum beriman kepada Allah
SWT . Mereka sering melakukan
maksiat serta dosa-dosa besar.
Gua Hirak menjadi tempat
Rasulullah SAW menerima
wahyu yang pertama. Malaikat
Jibril a.s. mengajar baginda
membaca lima ayat pertama
dalam surah al-Alaq yang
bermaksud seperti berikut:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan. Dia
telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan
Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan
perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahui.”
Nabi Muhammad SAW yang ummi,
tidak dapat membaca dan menulis,
dipaksa membaca oleh Malaikat
Jibril.
Malaikat Jibril berkata, “Bacalah!”
Jawab Baginda, “Aku tidak tahu
membaca.
Lalu Malaikat Jibril menarik dan
memeluk baginda dengan erat
sehingga Baginda seakan-akan
lemas. Kemudian barulah Malaikat
Jibril melepaskan Baginda.
Lalu berkata lagi
“Iqra”( Bacalah)
Nabi menjawab “Ma Iqra” (aku tidak
tahu membaca)
Peristiwa ini berulang sebanyak tiga
kali
Setelah Malaikat Jibril membaca
ayat 1-5 dari surah Al-Alaq dan
diikuti oleh Nabi membacanya,
Malaikat Jibril pun berlalu dan
diikuti Nabi keluar dari Gua
Hirak.
Nabi Muhammad SAW pulang ke
rumah isterinya, Khadijah binti
Khuwailid dengan hati gementar
dan ketakutan.
Baginda meminta Khadijah untuk
menyelimuti dirinya sehingga
hilang rasa ketakutannya.
Setelah itu barulah baginda
menceritakan peristiwa yang
berlaku terhadap dirinya kepada
isterinya Khadijah.
Apabila Khadijah mendengarnya
lalu dibawa baginda bertemu
dengan sepupunya, Waraqah bin
Naufal. Rasulullah SAW
menceritakan peristiwa yang
belaku ke atas dirinya di Gua
Hirak.
Waraqah mendengar cerita
Nabi Muhammad SAW
dengan teliti. Waraqah
menyatakan Pertemuan
Baginda dengan Malaikat
Jibril itu membuktikan
bahawa baginda adalah
utusan Allah.
Demikianlah kisah tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu yang pertama di Gua Hirak melalui
malaikat Jibril.