Memori kita bersama
Di
Sk padang pekan
PUAN SAHRINA BINTI MOHD ARIFF
4 OGOS 2022
Khamis
E-Kad Ucapan Guru SKPP 2022
E-Kad Ucapan Guru SKPP 2022
tAMPAK DARI TANJUNG AGAS
MENGGAMIT RINDU DATANG KE MARI
RINDUAN KAMI TETAP BERBEKAS
KENANGAN BERSAMA MEMAHAT MEMORI
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN DI ATAS
PENGORBANAN, SUMBANGAN DAN JASA
YANG TELAH DICURAHKAN
PUAN SARINA BINTI ZAINUDIN
GURU BESAR
Selamat Hari Lahir dan Selamat
Bersara cikgu Sahrina.
Mohon maaf zahir dan batin.
Budi dan jasamu dalam dunia
pendidikan akan sentiasa disanjung
dan dikenang.
Semoga sentiasa sihat, diberkati dan
dirahmati Allah swt. Aamiin
~ GB Sarina
EN AZMI BIN MOHAMAD
PK HEM Selamat bersara Cikgu Sahrina.
Baktimu sebagai
PENDIDIK
di SKPP tetap dikenang
selama-lamanya.
EN KAMAROZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
PK PENTADBIRAN
PERPISAHAN MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH PERTEMUAN.
PERPISAHAN MENGIGATKAN KITA AKAN SAAT-SAAT KEBERSAMAAN.
PERPISAHAN AKAN ADA TANGISAN,ADA TAWA RIA,ADA SEMANGAT DAN
PERJUANGAN , ADA LUKA YANG TERHIRIS,ADA DAMAI DALAM
BERSAMA, ADA RINDU YANG TERUS DIBAWA.
BIAR APAPUN SAHABAT
SEMOGA REDHA ALLAH MENGAKHIRI PERTEMUAN INI…
SELAMAT BERSARA SAHABAT
IKHLAS DARI SAHABATMU
KZdanKeluarga
PUAN MASYITAH BINTI MD TARMIZI
PK KOKU
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendaklah membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
“Selamat Bersara Cikgu Sahrina”...
EN RAMLI BIN ISHAK
PK PENDIDIKAN KHAS
Assalamualaikum
Selamat bersara….
Semoga dirahmati Allah selalu…
””JADIKAN DUNIA INI SEBAGAI LADANG AKHIRAT**
SELAMAT MAJU JAYA….. senyum sok mo
EN ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyanyang, Solawat dan Salam ke atas Junjungan
Nabi Muhammad S. A. W.
Semua kita maklum bahawa setiap yang bermula
pasti ada pengakhirannya, ada titik nokhtanya.
Setiap dari kita akan menempuhi situasi ini. Maka
hadapilah ia dengan rasa syukur kerana berjaya
sampai garis penamat sebagai guru, pendidik,
pembimbing dan sebagai ibu juga kepada
anak-anak murid. Tahniah dan setinggi-tinggi
tahniah.
ABDul FATTAH BIN HARUN
SELAMAT BERSARA
PUAN SAHRINA BINTI MOHD ARIFF
SEMOGA
SENTIASA DALAM REDHA ALLAH
ADAM BIN IDRIS
Mat Kilau pahlawan sejati,
Pejuang hebat tuntut merdeka,
Menjunjung kasih setiap budi,
Budi puan takkan dilupa.
SELAMAT BERSARA KAK INA
ASMAWI BIN HASHIM
SELAMAT BERSARA
SEMOGA SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH S.W.T
SAYA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT PN SAHRINA DAN
KELUARGA.
AZAITI BT HUSIN
SELAMAT BERSARA PUAN SAHRINA.
MOGA BAHAGIA BERSAMA KELUARGA.
JASAMU TETAP DIKENANG SEBAGAI
SEORANG PENDIDIK.
FARAWAHIDA BINTI MOHAMED ZAHIRUDDIN
Selamat bersara Pn. Sahrina.
Semoga sentiasa di bawah lindungan dan
rahmat Allah.
Terima kasih di atas segala perkongsian
ilmu dan pengalaman sebagai seorang
Pendidik.
FATIMAH BINTI SAMSURI
Selamat bersara,
semoga dipermudahkn segala urusan
FARAH NABILAH BINTI ABD MAJID
Selamat bersara buat Kak Sahrina, semoga berbahagia selalu di
samping keluarga.
Semoga dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagiaan yang
berpanjangan hendakNya, in syaa Allah.
Jasa & pengorbanan tetap segar dalam ingatan warga SKPP.
Selamat bersara
HAMIMAH ZAMNAH BINTI MUSLAN
SELAMAT HARI ULANGTAHUN & HARI PERSARAAN BUAT
PUAN SAHRINA…
Perwatakan seorang IBU & PENGHIBUR kami di bilik guru. Tidak
kekok dengan ilmu dan bantuan segera dihulur tanpa alasan.
Semoga Pn Sahrina diberi kesihatan yang baik dan
dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan rezeki yang
terhebat.Terima Kasih Terima Kasih Terima Kasih Terima
Kasih.
HANIZA BINTI HARUN
Selamat bersara kak Ina.
Selamat mjd Yb
Maaf salah silap sy sepanjang kita kenal sejak 2004 lg.
JAWAHIR BINTI SOFFIAN
WALAU HANYA SEKETIKA BERSAMA…NAMUN KENANGAN BERSAMA TERPATRI
SELAMANYA….
SELAMAT BERSARA KAK SAHRINA…SEMOGA BERADA DALAM RAHMAT ALLAH
SELALU
JUNAIDAH BINTI ABD MALEK
Kak Ina,
Mengenalimu adalah peluang yang indah,
Biar berpisah kita hanya disini,
Moga ukhuwah terjalin sampai ke Syurga.
“SELAMAT BERSARA DUHAI KEKANDA”
KHALILATUSYAHIDAH BINTI IBRAHIM
Selamat Hari Lahir & Selamat Bersara buat kak Ina
yang disayangi…
13 tahun berkongsi kenangan pahit manis bersama
merupakan satu kenangan yang tidak mungkin dapat
dilupakan.
Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk ajar,
nasihat, kasih seorang kakak,rakan sekerja serta guru
kepada anak-anak Syidah. Syidah pasti merindui celoteh
dan gurau senda kak Ina.
Jasamu di kenang
Akhir sekali didoakan semoga kak Ina sentiasa sihat,
bahagia dan ceria bersama keluarga serta tercapai apa
yang diimpikan dalam hidup.
Selamat Bersara Kak Sahrina Mohd Ariff
MARIA BINTI DIN
Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara kak ina…
Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah…
Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara…
Salam sayang utk kak ina……
MOHD JAIS ANUAR BIN HASHIM
9 Tahun saya di SK Padang Pekan,kini seorang lagi sahabat dan kakak yang penuh dengan pengalaman
akan pergi meninggalkan alam pendidikan.Sesungguhnya bicaramu,tawamu mempengaruhi fikiran saya
kerana selalu berfikiran positif dan menatap ke hadapan dengan penuh optimisme.
Di mana ada pertemuan,di sana ada perpisahan.Semoga pertemuan dan perpisahan yang terjadi ini
kerana Allah SWT
Doa saya,semoga Allah SWT,dengan Rahmatnya melindungi kita serta mencurahkan Taufiq dan
HidayahNya serta dikurniakan kesihatan yang terbaik.Ameeen…
SELAMAT BERSARA KAK SAHRINA
MOHD JEFRI BIN MD SHARIF
Salam sejahtera, kepada
Cikgu Sahrina..
Selamat bersara dari dunia pendidikan,
berehatlah lepaskan segala penat lelah
selama ini.
.Semoga Allah membalas dengan kebaikan
di dunia dan akhirat..
Amiin.
MOHD NABIL BIN ABDULLAH
Selamat Bersara Cikgu Sahrina……
Semoga terus berada dalam keberkatan dan rahmat dari ALLAH…
NOOR ATIFAH BINTI ISMAIL
Selamat bersara dan berehat dari dunia pendidikan Kak Ina.
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik
dan bahagia bersama keluarga.
NOR AZALIDAH BTE GHAZALI
Saya dan keluarga mengucapkan
tahniah kepada Puan Sahrina..
Semoga Puan Sahrina berbahagia di
dunia dan di akhirat.
NORAIZA HOSNI BINTI MOHD IDRIS
SELAMAT BERSARA KAK SAHRINA
Semoga silaturrahim yang terjalin
kekal selamanya.
Kenang daku dalam doamu
-Terima kasih-
NORAINI BINTI AHMAD
Assalamualaikum
Selamat bersara K.Ina
Semoga K.Ina sekeluarga diberikan kesihatan yang
baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala
urusan.
NOR ASHEKEN BINTI ABDULLAH
SELAMAT BERSARA KAK INA……
Semoga sentiasa diberi kesihatan, dilimpahi rezeki
dan berbahagia bersama keluarga tersayang…
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanya kenangan..
Budi dan jasa sentiasa di ingatan..
TERIMA KASIH KAK INA…….
NORAZNA BINTI YUSUH
Assalamualaikum...
Selamat bersara k.Ina ...
Semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah
rahmat Allah.Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang
telah dicurahkan selama ini.
NORHANNAH BINTI HASHIM
Assalamualaikum...
Selamat bersara k. Ina.
Semoga diberi kesihatan dan ketenangan dalam menjalani
hari-hari mendatang. Terima kasih atas segala tunjuk ajar
dan jalinan persahabatan selama 12 tahun Kita bersama.
NORZIMA BINTI ABD HAMID
Selamat bersara kak ina…
Semoga Bahagia dunia akhirat bersama
orang tersayang…
jangan lupa kan kami disini.
NURMAYULIS @ MALINA BINTI NOORDIN
ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT BERSARA KAK INA..SEMOGA SENTIASA SIHAT DAN
BERBAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA. KENANG KAMI DALAM
DOAMU KAK..❤❤❤
KENANGAN BERSAMA TETAP TERPAHAT DALAM LIPATAN SEJARAH KAK
INA WALAUPUN SEBENTAR CUMA..AMPUN DAN MAAF DIPINTA KIRA ADA
SALAH TUTUR KATA DAN PERLAKUAN YANG MENGGURIS RASA..
SELAMAT BERSARA..
NUR AMEERA NABILA BINTI AZMI
Walaupun baru 8 bulan kenal,
semangat dan celoteh Kak Ina
sangat menceriakan hari-hari
Meera di sini. Terima kasih , kak…
semoga kak sentiasa sihat dan
ceria.
selamat bersara,kak !
NURUL ADILA BINTI ISMAIL
SELAMAT ULANG TAHUN DAN SELAMAT BERSARA PUAN
SAHRINA KERANA BERJAYA MENAMATKAN PERKHIDMATAN
HINGGA KE PENGHUJUNG DENGAN CEMERLANG.
DIDOAKAN SEMOGA :
SENTIASA SIHAT, CERIA DAN BERBAHAGIA SELALU.
TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN BUDI BAIK YANG
DICURAHKAN BUAT DILA DAN SELURUH WARGA SKPP.
NURUL AKMAR BINTI AHMAD
Selamat Hari Lahir yang ke-56 buat Kak Ina yang dihormati & disayangi.
“Selamat Bersara dari Dunia Pendidikan”
Mengenali Kak Ina selama hampir 13 tahun seiring lahirnya SK
Padang Pekan (2010) adalah di antara memori terindah saya.
Syukur kepada Allah dikurniakan sahabat seperti Kak Ina.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala ilmu yang dicurahkan,
nasihat, tunjuk ajar & budi baik Kak Ina terhadap saya.
Hanya Allah jua yang membalasnya.
Terima kasih mendidik serta mengajar Rasyiqah & Amjad.
Mohon maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Kak Ina dipanjangkan usia, sentiasa dilimpahi dengan nikmat
kesihatan yang baik dan berpanjangan, dilimpahkan rezeki seluas
lautan dan dipermudahkan segala urusan.
Amiin..
RIDZUAN BIN HASHIM
Semoga cikgu Sahrina Dalam lindungan
Allah Dan bahagia bersama keluarga.
Selamat Bersara…
ROSELINA BINTI HASHIM
Selamat Hari Lahir & Selamat Bersara
Kak Sahrina…..
BAK AIR YANG MENGALIR…….
TIBA JUA KIRANYA PADA MUARA WAKTU……….
PERPISAHAN
*Diiringi doa moga hidup sentiasa dirahmati dan bahagia selalu .
*Dirimu pasti diingati dan dirindui selalu
*Jasa dan budi akan sentiasa dalam ingatan
*SALAM PERPISAHAN DRP*
ROSE
ROSHITA BINTI OTHMAN
Sampai masa kita berpisah,
Mengikut rentak perjalanan berbeza,
Terima kasih bakti dicurah,
Semoga berjumpa dilain masa.
ROZAINI BINTI ABU AZIZ
⭐Assalamualaikum….
⭐Selamat bersara kak Ina.
⭐Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
⭐Semoga sentiasa dibawah RahmatNya.
RUSFAWANGI BINTI BIDIN
Assalamualaikum.
Selamat bersara Kak Ina.
Semoga sentiasa sihat dan
bahagia dalam rahmat Allah
dunia akhirat.
RUZAINI BINTI MOHAMAD ALI Selamat Bersara Ina
Assalamualaikum ….Ina
Selamat bersara dari profesion perguruan secara
rasmi…dan selamat menjalani “ME TIME” dengan tenang
& harmoni.
Moga Allah senantiasa merezekikan kesihatan yg berkualiti
buat adinda serta keluarga.Mohon maaf andai ada silap &
salah ketika bersama.
Didoakan adinda dapat menggapai destinasi HUSNUL
KHOTIMAH.AMEEN….
SAMSIAH BINTI RAMLI
Anak tanjung anak mami,
Pandai memasak pandai menjahit,
Kasih dijunjung sekalung budi,
Kekal diingatan sepanjang hayat.
Selamat Bersara Kak Ina
SHAFINI BINTI HASHIM
Assalamualaikum K.Ina
Selamat Bersara K.Ina..Terima kasih di atas segala
pengorbanan,nasihat,sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan..Semoga
dimurahkan rezeki dengan limpahan kebahagiaan yang berpanjangan hendakNya
..Inshaallah.
Mohon maaf atas segalanya K.Ina..Kenang daku dalam doa mu K.ina..
Jasa dan pengorbanan K.Ina tetap segar diingatan..
SITI AISYAH BINTI SAAD
Selamat bersara k.ina..
moga diberi kesihatan yg baik,
dimudahkan urusan dunia&akhirat
SITI FARHANA BINTI MOHD RADZI
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar
sepanjang perkenalan kita
Selamat bersara & Selamat Hari Lahir Kak Ina
Salam sayang ❤
SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF
Selamat bersara Kak Ina.
Budi dan jasa baik kak ina sentiasa dalam ingatan.
Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.
Jutaan terima kasih kerana berkongsi ilmu
dan mencipta memori indah sepanjang kita bersama.
SUHAIDA BINTI MANSOR
SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT HARI LAHIR KAK INA.. SEMOGA
UKHWAH YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN..
SEMOGA KAK INA SENTIASA DALAM LINDUNGAN DAN
RAHMAT ALLAH
SALAM KASIH SAYANG..