Kata Kerja SITI NORWAHIDA
Kandungan 1.0 Kata Kerja 2.0 Kata Kerja Aktif 3.0 Kata Kerja Pasif 4.0 Latih Tubi
1.0 Kata Kerja Perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Kata kerja berfungsi sebagai predikat di dalam sesebuah ayat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.
CONTOH KATA KERJA membaca memasak berlari
Kata Kerja 1 Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif. 2 3 Kata kerja aktif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Aktif Kata Kerja Pasif Kata Kerja Aktif Transitif Kata Kerja Aktif Tak Transitif Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap
2.0 Kata Kerja Aktif Kata kerja aktif Aktif Transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Aktif Tak Transitif Kata kerja aktif tak transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Kata Kerja Aktif Transitif menjahit baju membersihkan kawasan menendang bola memukul gendang
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap Tanpa Pelengkap Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap mandi Kami mandi di sungai. beransur Air sungai beransur surut. makan Mereka makan di dapur.
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap Kata Adjektif sebagai Pelengkap Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap Kata Nama sebagai Pelengkap
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap Kata adjektif tak transitif boleh diikuti oleh kata adjektif seperti baik, lemah, miskin, kukuh dan sebagainya sebagai pelengkap. Kata Adjektif Kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa erti tempat yang berfungsi sebagai pelengkap. Frasa Sendi Nama Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja aktif tak transitif yang boleh menerima imbuhan ber-...-kan dan kata kerja menjadi ada. Kata Nama
Kata Adjektif Lukanya beransur baik. Badannya menjadi lemah. 1. 2. Kata Sendi Nama Kereta itu membelok ke kiri. Keluarga Puan Aminah berasal dari Kelantan. 1. 2. Kata Nama Kami tidur berbantalkan lengan. Mereka ada hadiah yang istimewa. 1. 2. Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap Boleh berdiri sendiri tanpa pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat. 01 Terdiri daripada subjek dan kata kerja. 02
Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap Contoh Dia sedang makan. Rumahnya roboh. Radio itu rosak.
Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh ayat pasif ialah " surat itu telah saya jawab" . 3.0 Kata Kerja Pasif
MEMBACA Kata Kerja Pasif MENJAHIT DIBACA OLEH KUJAHIT
Ibu sedang ................... baju. Adik suka .................. aiskrim. Nenek ................ bunga pada waktu pagi. Kakak suka .................... buku. Adik ..................... bola sepak. 1. 2. 3. 4. 5. BERMAIN Latih Tubi Isi tempat kosong MAKAN MENCUCI MEMBACA MENYIRAM
Latih Tubi Arahan: Tukarkan kata kerja tersebut kepada kata kerja pasif. membaca memasak membeli membawa merasa
Latih Tubi Gariskan kata kerja yang sesuai mengikut ayat. Datuk ( mengasah, menganyam) kapak itu sehingga tajam. Ibu (menjemur , menjerang) air dengan cerek elektrik. Mak Milah (mengerat, menghiris) bawang besar itu nipisnipis. Ayah (menebas, memetik) lalang yang tumbuh di tepi rumah. Pak Mariam ( menambat, memegang) lembunya pada sebatang pokok. Mei Yen (mengupas, mengutip) sampah yang bertaburan di dalam kelas. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Rujukan Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Awang Sariyan. (2002). Ceritera Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield L. (1992). Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Terima Kasih