The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shestres, 2022-07-22 02:15:54

KAJIAN KES SEJARAH T3

SITI MAS SYAFIQAH

NAMA PENULIS : SITI MAS SYAFIQAH

KELAS : 3 ALAMANDA

PERNYATAAN MASALAH
Sejarah Penentangan Tokoh Pejuang Mat Salleh Terhadap British.

PERSOALAN KAJIAN
a) Apakah latar belakang Mat Salleh?
b) Apakah sejarah perjuangan Mat Salleh terhadap British?
c) Apakah kesan penentangan masyarakat tempatan?
d) Apakah langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara?

OBJEKTIF KAJIAN
a) Menyatakan latar belakang Mat Salleh.
b) Menghuraikan sejarah perjuangan Mat Salleh terhadap British.
c) Menjelaskan kesan penentangan masyarakat tempatan.
d) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara.

1

KAEDAH KAJIAN

a) Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
Saya bersama rakan telah mengunjungi perpustakaan di SMK Bandaraya Kota
Kinabalu untuk merujuk koleksi buku ilmiah, kamus dan sebagainya, untuk
menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya.

b) Kaedah Melayari Internet
Saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang
berauthoriti dan rasmi berkaitan perkara yang dikaji. Saya turut memuat turun bahan
tugasan yang diperolehi sebagai rujukan. Portal rasmi yang di rujuk seperti berikut:

 https://pejuangsabah.wordpress.com/
 https://padukamatsalleh.wordpress.com/2013/11/16/biodata-mat-salleh/
 http://anyflip.com/dvum/ymlf

c) Kaedah Temubual
Saya telah menemubual penduduk tempatan di tempat tinggal dan penduduk sekitar
kawasan dalam mendapatkan maklumat kajian. Saya telah menemubual Puan
Mastiyah Binti Yusof dan Encik Hafiz Banah Abdullah.

d) Kaedah Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan daripada guru matapelajaran Sejarah, Puan Theresa
Au.

e) Kaedah Audio Visual
Saya menonton tayangan dokumentari tokoh perjuangan tokoh tempatan menentang
British yang bertajuk Paduka Mat Salleh - Pahlawan Terhandal Sabah Yang Diakui
British untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjuangan mereka.

2

JADUAL PERANCANGAN KERJA TUGASAN SEJARAH TST3

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. 28 Mei 2021 Taklimat mengenai tugasan tugasan Sejarah Kelas 3A

TST3

2. Merangka pelaksanaan kajian kes Kelas 3A

Membina pernyataan masalah

28 Mei 2021 Membina kajian literatur

Menentukan objektif kajian

Menentukan kaedah kajian

3. Mengenalpasti sumber rujukan, Perpustakaan,

28 Mei 2021 Menganalisis data Internet

rumah

4. 29 Mei 2021 Menulis objektif kajian dan kaedah kajian Kelas 3A

5. 29 Mei 2021 Menulis pengenalan latar belakang tokoh Kelas 3 A
6. 29 Mei 2021 tempatan. Kelas 3A
7. 31 Mei 2021 Kelas 3A
8. 31 Mei 2021 Menulis sejarah perjuangan tokoh tempatan Kelas 3A
9. 31 Mei 2021 terhadap British Kelas 3A

Menulis kesan penentangan masyarakat
tempatan.

Mencadangan langkah untuk mengekalkan
kedaulatan negara.
Membuat rumusan

10. 22 Julai 2021 Semakan dengan guru Kelas 3A

11. 22 Julai 2021 Hantar laporan kajian Kelas 3A

12. 20 Julai 2021 Pembentangan Kelas 3A

3

KERANGKA KASAR TUGASAN

NO. TUGASAN BUTIRAN SUMBER RUJUKAN

1 Latar Belakang Pengenalan

Tokoh  Nama penuh: Datu Paduka Wordpress, Buku teks

Tempatan Mohammad Salleh bin Datu Sejarah Tingkatan 3,

Balu Success Sejarah SPM

 Gelaran: Mat Salleh

 Tempat dilahirkan: Inanam,

Sabah

 Berketurunan: suku Sulu

Paitan

 Tarikh kematian: 31 Januari

1900

2 Sejarah i. Sebab menentang Buku Teks Sejarah

Perjuangan  Tindakan SBUB yang Tingkatan 3, Success

Tokoh mengambil alih hak Sejarah SPM, Wordpress,

Tempatan memungut cukai Anyflip, Paduka Mat Salleh

Terhadap  Menyebabkan pembesar - Pahlawan Terhandal
British tempatan kehilangan kuasa Sabah Yang Diakui British

 Mat Salleh cuba

mengadakan rundingan

dengan SBUB, namun

gagal. Sebaliknya, Gabenor

Beaufort menganggap Mat

Salleh mengancam

kepentingan SBUB

 Menentang pentadbiran

dan peraturan baharu yang

menyusahkan hidup rakyat

tempatan

ii. Peristiwa penentangan

 Pada bulan Julai 1897, Mat

4

Salleh menyerang pusat

pentadbiran British di Pulau

Gaya. Beliau membina kubu di

Ranau.

 Pada bulan November 1897,

Mat Salleh menyerang

Ambong

 Pada tahun 1898, Cowie

mengadakan rundingan dengan

Mat Salleh di Menggatal. Mat

Salleh dibenarkan mentadbir

daerah Tambunan

 Walau bagaimanapun, SBUB

tidak menepati janji dan

mengambil alih pentadbiran

Tambunan pada tahun 1899

 Pasukan tentera SBUB

menyerang kubu Mat Salleh di

Teboh, Tambunan secara

besar-besaran.

 Pada tahun 1900, Mat Salleh

gugur dalam pertempuran di

Tambunan.

3 Menulis Kesan i. Kesan kepada pemerintah Buku teks Sejarah
Tingkatan 3
Penentangan  Kehilangan nyawa.

Masyarakat  Kehilangan jawatan dan
Tempatan. kedudukan

ii. Pejuang kemerdekaan

 Keberanian beliau menjadi

sumber inspirasi kepada

pejuang bangsa

 Memberikan semangat kepada

pejuang kemerdekaan yang

5

lain

3 Mencadangkan i. Mengamalkan konsep rukun negara

Langkah Untuk sekali gus menerapkan nilai-nilainya

Mengekalkan ke dalam diri

Kedaulatan ii. Melengkapkan diri dengan ilmu

Negara. pengetahuan dengan memperoleh

pendidikan yang luas

iii. Menanamkan semangat cinta akan

negara sejak kecil lagi

iv. Mengukuhkan sistem pertahanan

dan angkatan tentera apabila

berhadapan dengan musuh

v. Memantapkan perpaduan rakyat

6 Cadangan/ Pengetahuan yang diperolehi

Kesimpulan/ i. Sejarah penentangan Mat Salleh

Penutup ii. Sejarah tokoh perjuangan dan sejarah silam

Ikhtibar yang diperolehi

i. Semangat juang yang tinggi dan kekal merupakan contoh nilai

terbaik ditunjukkan oleh para pejuang yang bangkit menentang

kuasa Barat

ii. Sikap keberanian dan tidak gentar dengan musuh merupakan

kemuncak semangat yang ditunjukkan oleh para pejuang terdahulu

Harapan saya

i. Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan yang damai dan

harmoni

ii. Malaysia akan menjadi lebih maju dan membangun pada masa

hadapan

6

LAPORAN KAJIAN KES
A. LATAR BELAKANG TOKOH TEMPATAN

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, atau lebih dikenali dengan mudah
sebagai Mat Salleh, merupakan seorang pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan
terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu
dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan suku Sulu Paitan. Beliau memang terkenal
dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik
menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan merupakan
sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya. Sebelum kedatangan British, beliau
ialah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan
terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan.

7

B. SEJARAH PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN
i. Sebab Menentang
Mat Salleh bertindak menyerang SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai daripada
kalangan pembesar tempatan menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa. Selain itu,
beliau juga menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan kehidupan
rakyat tempatan. SBUB telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan
rakyat terutamanya ke atas orang Murut. Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan
SBUB, namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam
kepentingan SBUB.

ii. Peristiwa Penentangan

Terdapat beberapa siri penentangan oleh pemimpin-pemimpin tempatan terhadap Syarikat
British Utara Borneo (SBUB) di Sabah. Namun, penentangan yang terbesar dilakukan oleh
Mat Salleh.
Kedudukan Mat Salleh di kawasan tersebut sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai
Sugut tidak dihiraukan oleh SBUB. Sebaliknya, SBUB telah menduduki kawasan pengaruh

8

Mat Salleh. Mat Salleh telah berlembut dan pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan
SBUB pada tahun 1895.
Walau bagaimanapun, niat baik beliau tidak dilayan oleh Gabenor Beaufort, dan sebaliknya
SBUB telah mengambil keputusan menyerang dan membakar kampung beliau. Mat Salleh
dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri daripada kekejaman SBUB.
Setelah mengumpul kekuatan, pada tahun 1897 bulan Julai, Mat Salleh dan para pengikutnya
telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Beliau juga telah
membina kubu di Ranau. Pada bulan November 1897, Mat Salleh telah menyerang Ambong.
Apabila melihat keupayaan Mat Salleh dalam melakukan serangan, SBUB mula berasa
bimbang dan menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan
kepadanya. Pada tahun 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal
dan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan.
Walau bagaimanapun, SBUB telah memungkiri janji yang telah ditawarkan kepada Mat
Salleh dan mengambil alih pentadbiran pada tahun 1899. Hal ini menyebabkan Mat Salleh
bertindak menyerang kubu SBUB. Serangan Mat Salleh dibalas balik oleh pasukan SBUB
dengan menyerang kubu Mat Salleh di Teboh, Tambunan secara besar-besaran.
Mat Salleh akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900 dalam pertempuran di
Tambunan.

9

C. KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

i. Kesan kepada pemerintah

Terdapat ramai pembesar tempatan di negeri Sabah yang kehilangan kedudukan dan jawatan
dalam hak memungut cukai apabila SBUB mengambil alih sistem pentadbiran di Sabah.
Kesan kepada pemerintah yang seterusnya ialah kehilangan nyawa. Perjuangan pembesar
tempatan telah mengakibatkan ramai di antara mereka tercedera dan terkorban semasa
peperangan melawan penjajahan British, salah satunya ialah Mat Salleh yang tewas dalam
pertempuran di Tambunan pada tahun 1900.

ii. Pejuang Kemerdekaan

Kesan penentangan masyarakat tempatan telah menjadi sumber inspirasi dan semangat
berjuang kepada pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan demi tanah air tercinta.
Kegagahan Mat Salleh sewaktu bertempur dalam menentang kejahilan dan ketidakadilan
SBUB telah membakar semangat ramai penduduk peribumi di Sabah untuk berjuang demi
mempertahankan hak masing-masing. Perjuangan Mat Salleh selepas kematiannya kemudian
diteruskan oleh Mat Sator yang merupakan pemimpin Kadazandusun di Tambunan dan juga
merupakan orang kanan serta Ketua Leftenan Mat Salleh. Beliau telah berusaha bersungguh-
sungguh dan berkorban tenaga dalam memperjuangkan kedaulatan tanah air sehinggalah
akhirnya terkorban dalam suatu serangan yang dilancarkan oleh pihak British. Semangat
perjuangan mereka wajarlah dikagumi dan menjadi inspirasi kepada generasi muda agar
bersiap sedia mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa dan negara tercinta.

10

D. LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara ini perlu dilakukan kerana kalau
sudah terhantuk baru nak tengadah akan merugikan kita sendiri. Oleh sebab itu, terdapat
beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencapai hasrat tersebut.

Antaranya ialah, kita hendaklah mengamalkan konsep rukun negara dan sekali gus
menerapkan nilai-nilainya ke dalam diri. Contohnya, kita hendaklah percaya kepada Tuhan
dan mematuhi undang-undang negara. Oleh itu, kita akan menjaga keamanan negara dan taat
setia kepada pemerintah.

Selanjutnya, kita wajarlah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan memperoleh
pendidikan yang luas. Hal ini penting agar kita tidak mudah tertipu dengan helah musuh dan
hanya dengan berilmu pengetahuan sahaja yang dapat mengelakkan kita daripada masuk
perangkap musuh.
Seterusnya, kita mestilah menanamkan semangat cinta akan negara sejak kecil lagi. Dengan
begitu, barulah kita akan bersedia mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan maruah
dan kemerdekaan negara.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan wajiblah mengukuhkan sistem pertahanan dan angkatan
tentera apabila berhadapan dengan musuh. Hal ini penting apabila negara diceroboh oleh
anasir-anasir luar agar kita dapat mempertahankan negara kita.
Di samping itu, kita mestilah berusaha memantapkan perpaduan rakyat. Disebabkan itu, kita
haruslah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum.
Contohnya, kita hendaklah tidak sesekali menyentuh soal sensitiviti kaum seperti isu
perkauman dan budaya atau agama sesuatu kaum.

11

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menjalankan kajian kes ini ialah saya dapat
mengetahui sebab-sebab musabab penentangan Mat Salleh yang membawa kepada
perjuangannya dalam membebaskan Sabah daripada dijajah oleh SBUB. Selain itu, saya juga
dapat mengetahui sejarah perjuangan Mat Salleh dan tokohnya dengan lebih mendalam
berkat daripada hasil-hasil kajian yang dicari. Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui
peristiwa-peristiwa yang berlaku di negeri di bawah bayu ini pada zaman silam.

Iktibar atau pengajaran yang saya pelajari melalui kebangkitan masyarakat tempatan
menentang British ialah semangat juang yang tinggi dan kekal merupakan contoh nilai
terbaik ditunjukkan oleh para pejuang yang bangkit menentang kuasa Barat. Hal ini
dibuktikan oleh kegigihan Mat Salleh yang berjuang dan rela berkorban nyawa demi
mempertahankan haknya agar tidak mudah dicabuli oleh pihak British. Iktibar yang
seterusnya ialah sikap keberanian dan tidak gentar dengan musuh merupakan kemuncak
semangat yang ditunjukkan oleh para pejuang terdahulu. Contohnya, Mat Salleh lebih rela
berputih tulang daripada berputih mata untuk menyerahkan Sabah kepada pihak SBUB.

Harapan saya ialah semoga rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang damai dan
harmoni selama-lamanya tanpa timbulnya pergaduhan antara kaum yang dapat menjejaskan
imej dan maruah negara sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Di
samping itu, saya juga menaruh harapan agar Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
lebih maju dan membangun pada masa hadapan. Terus-terang dikatakan, perkara ini tidak
mustahil akan menjadi kenyataan apabila semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama untuk
memajukan negara supaya Malaysia dapat duduk sama tinggi dan duduk sama rendah
bersama negara-negara hebat yang lain.

Kesimpulannya, kita haruslah menghargai jasa pemimpin negara. Sesungguhnya, pada zaman
dahulu, ramai pejuang negara telah berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan negara
daripada dijajah oleh negara luar seperti Inggeris. Selain itu, kemerdekaan negara yang kita
miliki sekarang perlu dijaga dan dipelihara. Negara akan terjajah lagi jika rakyat Malaysia
hidup dalam keadaan tidak tenteram dan sering berbalah antara satu sama lain. Oleh itu,
setiap rakyat mestilah mementingkan negara melebihi kepentingan diri sendiri dan kaum.

12

SUMBER RUJUKAN
Buku
1. Dr. Azharudin Bin Mohamed Dali, Ridzuan Bin Hasan, Muslimin Bin Fadzil, 2018, Buku
Teks Sejarah Tingkatan 3, Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Lew Hee Men, Wan Napsiah Wan Mohd. Yusof, Ridzuan, 2017, Success Sejarah SPM,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Orang Sumber
Encik Hafiz Banah Abdullah, 46 tahun, Jalan YS-UiTM, Kampung Lokub Menggatal 88997,
Kota Kinabalu, Sabah
Puan Mastiyah Binti Yussof, 48 tahun, Jalan YS-UiTM, Kampung Lokub Menggatal 88997,
Kota Kinabalu, Sabah
Internet

 https://pejuangsabah.wordpress.com/
 https://padukamatsalleh.wordpress.com/2013/11/16/biodata-mat-salleh/
 http://anyflip.com/dvum/ymlf

13

LAMPIRAN

1. Borang Temubual

Nama: Puan Mastiyah Binti Yussof
Umur: 48 Tahun
Alamat: Kampung Lokub Menggatal, Jalan YS-UiTM 88997, Kota Kinabalu Sabah

1. Adakah anda mengenali Mat Salleh?

Ya, saya mengenalinya.

2. Apakah pendapat anda tentang Mat Salleh?

Pada pendapat saya, Mat Salleh merupakan seorang yang berani dan gagah perkasa.
Selain itu, beliau juga seorang yang sanggup berkorban demi bangsa dan negara.

3. Adakah tindakan Mat Salleh menentang SBUB merupakan suatu tindakan yang
wajar?

Tindakan Mat Salleh menentang SBUB merupakan suatu tindakan yang wajar kerana
beliau membela nasib rakyat tempatan yang ditindas oleh SBUB. Tanpa
perjuangannya, kemungkinan rakyat peribumi waktu itu masih lagi ditindas dan tidak
dapat menyuarakan ketidakadilan yang dirasai oleh mereka. Demi mengembalikan
maruah bangsa dan kedaulatan negara, masyarakat tempatan bangkit berjuang
menentang British.

4. Apakah perasaan anda ketika berbicara tentang Mat Salleh?

Sejujurnya, saya amat mengagumi Mat Salleh sebagai seorang pejuang Sabah yang
rela berkorban dalam mermpertahankan maruah negara. Selain itu, saya berasa sangat
bersyukur sekali kepada Mat Salleh kerana telah bersusah payah untuk menentang
ancaman kuasa luar.

5. Pada pendapat anda, apakah Mat Salleh layak dijadikan sebagai idola kepada generasi
muda?

Pada pendapat saya, Mat Salleh layak dijadikan sebagai idola kepada generasi muda
kerana beliau rela berputih tulang daripada berputih mata dalam perjuangannya
membebaskan tanah air kita. Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk peribumi Sabah,

14

kita haruslah menghargai jasa pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang terdahulu
yang bersusah payah untuk membebaskan negara kita.
___________________________________________________________________________

Nama: Encik Hafiz Banah Abdullah
Umur: 46 Tahun
Alamat: Kampung Lokub Menggatal, Jalan YS-UiTM 88997, Kota Kinabalu Sabah

1. Adakah anda mengenali Mat Salleh?

Tentu sahaja saya mengenalinya.

2. Apakah pendapat anda tentang Mat Salleh?

Pada pendapat saya, beliau merupakan seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah
berputus asa.

3. Adakah tindakan Mat Salleh menentang SBUB merupakan suatu tindakan yang
wajar?

Tindakan Mat Salleh menentang SBUB merupakan suatu tindakan yang wajar kerana
beliau telah memperjuangkan keadilan dan menentang kuasa luar yang ingin
mengambil alih pentadbiran Sabah.

4. Apakah perasaan anda ketika berbicara tentang Mat Salleh?

Saya sangat menjunjung tinggi beliau kerana telah berjuang untuk mempertahankan
Sabah daripada pentadbiran SBUB. Selanjutnya, saya sanga menghargai jasa beliau
dan mengenang jasanya selama-lamanya.

5. Pada pendapat anda, apakah Mat Salleh layak dijadikan sebagai idola kepada generasi
muda?

Pada pendapat saya, Mat Salleh merupakan seorang pemimpin yang hebat,
berpandangan jauh dan berwawasan. Beliau layak dijadikan sebagai idola kepada
generasi muda dengan harapan mereka dapat mencontohi sifatnya yang tidak gentar
akan musuh dan mempertahankan hak daripada diambil oleh pihak musuh. Semangat
perjuangan beliau wajar dikagumi dan menjadi inspirsi kepada generasi muda agar
bersiap sedia mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa dan negara tercinta.

15

2. Buku Teks, Buku, Majalah, buku rujukan
16

17

18

19

20

21

22

23

24

3. Internet
 https://pejuangsabah.wordpress.com/

25

26

27

28

29

30

31

32

 https://padukamatsalleh.wordpress.com/2013/11/16/biodata-mat-salleh/
33

34

 http://anyflip.com/dvum/ymlf

4. Video yotube/ siaran TV-Radio (tulis website, tajuk, masa disiarkan, penerbit)
Youtube
Paduka Mat Salleh - Pahlawan Terhandal Sabah Yang Diakui British
11 April 2021
Ubaidah TV

35

36


Click to View FlipBook Version