The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DMA 1132 - Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psskvkluang, 2021-07-03 00:20:07

DMA 1132 - Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

DMA 1132 - Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

Keywords: bengkel,vokasional,safety,keselamatan

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH

SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

KOD/KURSUS DMA 1132 WORKSHOP SAFETY AND MANAGEMENT

HASIL CLO 1 : Comprehend the workshop safety and procedures
PEMBELAJARAN in their practical activities. (C2, PLO1)

ISI KANDUNGAN CLO 2 : Display the practical activities related to the
NO KOD knowledge of workshop safety and procedure in
machine shop. (P3, PLO2)

CLO 3 : Practice the knowledge of the workshop safety and
management in managing machine shop. (A2,
PLO9)

CHAPTER 1 : KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
CHAPTER 2 : PENGENDALIAN BAHAN
CHAPTER 3 : KAWALAN IVENTORI
CHAPTER 4 : KESELAMATAN SEMASA PENGUNAAN MESIN
CHAPTER 5 : REKABENTUK DAN PENGENDALIAN BENGKEL
CHAPTER 6 : ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
CHAPTER 7 : PENGURUSAN DAN KAWALAN ALATAN

DMA 1132/K 01/NK 01

MUKA : 01 DARIPADA 09

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

CHAPTER 1 : KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

1.1 Pengenalan NIOSH
• NIOSH di tubuhkan di Malaysia pada 1 Disember 1992.
• NIOSH pada awalnya bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar padatahun 1965.
• Lembaga Pengarah NIOSH terdiri daripada 15 ahli Dewan, 10 yang dilantik oleh
kerajaan, selebihnya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Mesyuarat Tahunan.

1.2 Misi NIOSH
• Untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam meningkatkan keselamatan & kesihatan.

1.3 Peranan NIOSH
1. Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja,
peserta kursus, kontraktor dan pelawat.
2. Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan kepada
pekerja
3. Memastikan setiap pengurusan dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan
kesihatan yang didirikan.

1.4 Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Pihak NIOSH
1. Keselamatan di tapak pembinaan
2. Keselamatan dalam penggunaan bahan
3. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja
4. Latihan dan bimbingan berterusan

1.5 Tugas-Tugas NIOSH
1. Membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan serta penyakit
pekerjaan.
2. Mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan
berulangnya kejadian yang serupa/sama.
3. Membuat pemeriksaan di tempat kerja serta peralatan.
4. Menjalankan kajian statistik kemalangan, syor bagi mempertingkatkan tahap
keselamatan dan menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan.
5. Menjalinkan hubungan serta kerjasama yang lebih erat dengan pekerja di dalam
pencegahan kemalangan
6. Memupuk minat pekerja-pekerja di dalam perkara-perkara yang bersangkutan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
7. Menyertai majikan di dalam merangka sistem kerja selamat

CHAPTER 2 : PENGENDALIAN BAHAN

2.1 Objektif Pengendalian Bahan
Objektif pengendalian bahan telah dibahagikan kepada 5 bahagian :-
1. Meningkatkan keupayaan pengeluaran.
2. memperbaiki keadaan kerja
3. Memperbaiki servis terhadap pengguna
4. Meningkatkan penggunaan peralatan & ruang loji
5. Mengurangkan kos

2.2 Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Alat & Kelengkapan
1. Elakkan pengendalian mesin atau peralatan tanpa mendapat tunjuk ajar dan
keizinan daripada guru.
2. Pastikan bahagian mesin yang berputar dilengkapi dengan pelindung keselamatan.

2|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

3. Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
4. Pastikan mesin atau alat yang menggunakan kuasa eletrik mempunyai pendawaian

yang sempurna.
5. Laporkan dengan kadar segera sekiranya terdapat peralatan yang telah rosak.

2.3 Bahaya Kebakaran

Kebakaran boleh mengakibatkan kehilangan harta benda dan wang ringgit. Oleh itu langkah-
langkah keselamatan haruslah dititik beratkan.

Punca kebakaran Cara Mengelakan Kebakaran

❑ Litar pintas Pemeriksaan pendawaian berkala oleh pihak

yang bertauliah

❑ Kerosakan pada sistem penebatan Membaik pulih sistem penebatan

kabel

❑ Bahan mudah terbakar hampir dengan Jauhkan bahan mudah terbakar dari bahan

bahan api api dan letakan

di tempat yang selamat.

2.4 Bahaya Eletrik
Pengunaan kuasa elektrik tanpa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan boleh
mengakibatkan kemalangan yang serius dan kematian.

2.4.1 Pendawaian pembumian
❖ Pembumian ialah penyambungan antara pendawaian eletrik dengan bumi pada
alat eletrik
❖ Tujuan adalah untuk mengalirkan arus eletrik yang bocor daripada alat eletrik
❖ Ini untuk mengelakkan berlakunya renjatan eletrik

2.4.2 Penebat
❖ Pelindung untuk mengawal kebocoran pengaliran arus eletrik

2.4.3 Alat pelindung
❖ Salah satu alat pelindungan ialah Pemutus Litar Bocor ke Bumi ( ELCB )
❖ Berfungsi memutuskan aliran eletrik jika berlaku kebocoran atau pengaliran
tenaga eletrik secara berlebihan

Elektrik sebagai salah satu punca kebakaran. Antara faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya kebakaran daripada punca eletrik ialah :-

❖ Litar pintas akibat sistem penebatan kabel rosak
❖ Penggunaan punca tenaga eletrik secara berlebihan kerana penyambungan

yang tidak sesuai
❖ Sambungan litar yang longgar pada peranti.

2.5 Renjatan Elektrik

❑ Punca ✓ Penebat pecah,sambungan yang rosak dan tiada pembumian
❑ Kesan ✓ Pendawaian eletrik tidak betul semasa membuat

pengubahsuaian @

membaikpulih
✓ Persekitaran tempat kerja basah
✓ Berlaku renjatan yang serius yang boleh memyebabkan

kematian

3|P a g e

❑ Tindakan DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

✓ Mangsa melecur
✓ Mangsa pengsan
✓ Boleh menyebabkan kematian
✓ Bekalan utama eletrik hendaklah diputuskan
✓ Jangan sentuh badan mangsa sehingga bekalan eletrik

diputuskan
✓ Mangsa renjatan hendaklah dialihkan ke tempat yang selamat
✓ Berikan bantuan pernafasan sekiranya perlu
✓ Dapatkan bantuan perubatan dengan segera
✓ Hantar mangsa ke hospital

CHAPTER 3 : KAWALAN IVENTORI

3.1 Takrif :
Iventori merupakan apa sahaja bentuk harta kepada sesebuah industri yang dicatat
sebagai nilai ringgit di dalam buku simpan kira.

3.2 Jenis-jenis Iventori
3.2.1. Bahan Mentah

Merupakan bahan-bahan keperluan asas sesebuah keperluan industri untuk dijadikan
sebahagian daripada keseluruhan hasil keluaran itu nanti. Sebagai contoh dalam
industri membuat belacan, bahan mentahnya mungkin terdiri daripada udang, bawang,
garam, asam dan lain-lain.

3.2.2 Bahan dalam proses
Jenis ini meliputi semua bahan yang masih lagi diproses dan belum menjadi sesuatu
hasil yang telah siap. Ia juga meliputi komponen-komponen siap yang disimpan untuk
digunakan sebagai backup apabila mesin yang membuat komponen yang serupa rosak.
Misalnya rangka kereta yang telah siap, disimpan dalam kuantiti yang agak kecil untuk
digunakan ketika mesin membuat rangka tadi rosak dan tidak dapat mengeluarkan
rangka buat sementara waktu.

3.2.3 Komponen siap
Secara kasar ia merupakan bahan dalam proses. Perbezaannya ialah bahan-bahan ini
tidak disimpan sebagai back-up tetapi terus digunakan sebagai sebahagian dari hasil
ataupun terus dijual sebagai alat ganti. Contohnya adalah seperti tayar, pintu kereta,
bumper dan cermin tingkap dalam industri automotif

3.2.4 Hasil keluaran
Merupakan hasil-hasil yang telah siap dan disimpan sebelum dihantar kepada pengedar
/ pengguna.

3.3 Kaedah-Kaedah Kawalan Iventori
1. Iventori fizikal
Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri-industri kecil yang mana inventorinya
begitu banyak. Secara ringkas kaedah ini hanya memerlukan penjaga stor untuk
mengira setiap item yang terdapat dalam stor itu. Kerja-kerja mengira ini boleh
melakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau jangka masa yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan. Barang-barang akan hanya dipesan sekiranya kuantiti tidak
mencukupi.

4|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

2. Untuk rekod
Sebelum kerja-kerja mengira dijalankan perlulah satu sistem pengenalan kepada
barang-barang diwujudkan. Biasanya bagi barang-barang yang serupa akan diberikan
satu kod bernombor. Begitu seterusnya. Kod-kod inilah yang akan memberitahu jenis,
kelas dan sub kelas untuk setiap item. Kemudian kod-kod ini disenaraikan bersama-
sama dengan kuantiti setiap barang dalam satu rekod. Rekod kemudian disimpan untuk
kegunaan-kegunaan lain.

3. Untuk barang
Barang-barang yang tersimpan dalam stor juga memerlukan satu sistem
pengenalan.Bagi barang-barang yang dibungkus itu, bolehlah menulis kod barang tadi
di atas kotak bungkusan itu. Bagi yang tidak berbungkus pula perlulah dimasukkan ke
dalam bekas dan kemudian menuliskan kod barang pada tanda yang di gantung kepada
bekas tersebut. Satu perkara penting ialah agar kod-kod yang ditanda pada barang-
barang ini mestilah sama dengan kod-kod yang dicatat dalam rekod iventori di atas.

CHAPTER 4 : KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN MESIN

4.1 Pengelolaan Bengkel
Pengelolaan dan pengurusan dalam sesebuah organisasi bengkel adalah amat
penting.Ini untuk memastikan perjalan pengurusan dan aktiviti dapat dilaksanakan
dengan bersistem.

4.2 Keselamatan Semasa Penggunaan Mesin
1. Mesin larik
▪ Pelindung mata hendaklah sentiasa digunakan
▪ Pastikan penghadang tali sawat atau gear telah dipasang dengan kemas
▪ Mesin pelarik hendaklah dimatikan semasa kerja penyelenggaraan
▪ Pastikan cuk,benda kerja,matalat dan plat permukaan telah dipasang dengan kemas
semasa memulakan kerja melarik
▪ Pengunci bindu hendaklah ditanggalkan dari cuk
▪ Gunakan berud untuk menanggalkan tatal dan serpihan logam terlarik

2. Mesin Kisar
▪ Pelindung mata hendaklah sentiasa digunakan
▪ Elak daripada mengendalikan mesin kisar lebih dari seorang
▪ Jangan pakai sarung tangan
▪ Jangan tinggalkan mesin sekiranya proses mengisar sedang dijalankan

3. Mesin Canai
▪ Pelindung mata hendaklah sentiasa digunakan
▪ Matalat pemotong atau benda kerja hendaklah dipegang dengan kemas
▪ Semasa menghidupkan mesin pencanai,pastikan roda pencanai atau bahagian mesin

tidak melanggar matalat atau benda kerja
▪ Pastikan cuk,benda kerja,matalat dan plat permukaan telah dipasangdengan kemas

semasa memulakan kerja melarik
▪ Matikan mesin pencanai dan gunakan sarung tangan semasa menanggalkan atau

menukar roda pencanai

4. Mesin Gerudi
▪ Pelindung mata hendaklah sentiasa digunakan
▪ Elak daripada mengendalikan mesin gerudi lebih dari seorang
▪ Pakai gogal untuk melindungi mata dari terkena serpihan logam
▪ Gunakan bahan penyejuk semasa menggerudi
▪ Pastikan benda kerja diikat dengan kemas pada ragum

5|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

CHAPTER 5 : REKABENTUK,PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

5.1 Jenis ruang di dalam bengkel

Ruang bengkel yang diperlukan Ciri-ciri Ruang
❑ Ruang tempat duduk untuk kelas teori
❑ Stor bahan dan bahan • Sebaiknya berasingan dari tempat kerja
• Berdekatan dengan tempat kerja guru –
❑ Stor untuk menyimpan projek pelajar
❑ Ruang kerja tujuan untuk kawalan
1.Ruang tunjuk cara • Berdekatan dengan tempat kerja
2.Ruang kerja individu • Keluasan : 18 ka x 34 ka
3.Ruang kerja kemasan dan penyudah • Berdekatan dengan tempat kerja
• Dihadapan ruang kerja pelajar
❑ Ruang pintu masuk • Bergantung kepada jenis bengkel,aktiviti
❑ Tempat simpanan barang pelajar
❑ Ruang di antara mesin dan tempat kerja dan bilangan pelajar
• Disediakan secara berasingan dari ruang

kerja
• Penempatan mesin perlu mengikut proses

kerja

• 1 ½ kali ganda dari keluasan pintu biasa
• Disediakan di luar bengkel
• Yang mencukupi

5.2 Prinsip Pengendalian Dan Pengurusan Bengkel
1. Menghasilkan sebuah bengkel yang efiszx0yen
2. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk bekerja
3. Memenuhi keperluan psikologi pelajar
4. Memudahkan kawalan guru di sepanjang masa
5. Mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua alatan, mesin dan bahan yang
penting di dalam bengkel

5.3 Proses Pengurusan Bengkel Mengikut Fasa
Terdapat beberapa fasa,proses dan aktiviti yang perlu dilakukan bagi melahirkan
sebuah bengkel yang berkualiti dan pengajaran yang berkesan iaitu :
1. Fasa pertama
2. Fasa kedua

5.4 Keluasan Ruang Di Dalam Bengkel Berdasarkan Jenis Aktiviti

6|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

CHAPTER 6 : ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL

Organisasi mengikut kamus dewan merupakan kesatuan atau gabungan yang merangkumi
manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang diselaras secara sistematik.
Organisasi secara umumnya terbahagi kepada 2 bentuk iaitu :-

❑ Organisasi Formal
Organisasi formal umumnya memberi faedah kepada semua. Dalam organisasi yang formal
terdapat aliran penurunan kuasa untuk mencapai matlamat atau objektif yang ditetapkan
bersama oleh ahli organisasi itu. Aliran penurunan kuasa adalah penting untuk menentukan
peranan setiap anggota dalam organisasi tersebut. Selain itu ia juga menyediakan agihan
tugas setiap jawatankuasa kecil dalam organisasi.

❑ Organisasi Tidak Formal
Organisasi tidak formal pula merupakan satu agensi yang mempercepatkan tindakan untuk
mencapai sesuatu tujuan yang dihasratkan. Sebagai contoh dalam struktur carta organisasi
sekolah di mana pengetua menjadi ketua pentadbir sekaligus selaku penasihat di dalam
PIBG sekolah. Pada masa tertentu dan dengan persetujuan daripada pihak pengetua, PIBG
akan mewujudkan jawatankuasa perlaksanaan bagi sesuatu aktiviti tertentu yang dirancang.
Jawatan kuasa ad hoc ini akan dibubar setelah aktiviti tersebut dilaksanakan.

6.1 Tujuan organisasi Bengkel
▪ Untuk mewujudkan suasana pengurusan bengkel yang lebih teratur dan tersusun.
▪ Kerjasama di antara guru-guru akan menjamin kesempurnaan pengurusan bengkel.
Menyusun pembahagian dan agihan tugas dalam bengkel kerana fungsi sesebuah
▪ bengkel di sekolah juga seperti sebuah kilang pengeluaran yang melibatkan pelbagai
kerja dan tugas. Tujuan ini adalah penting kerana tugas-tugas dalam bengkel seperti
▪ penyelenggaraan, stor, inventori dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam
bengkel. Melalui struktur organisasi bengkel, ketua bengkel dapat menyediakan senarai
penyelenggaraan mesin dan alat,bilangan peralatan dalam bengkel. Kesemua ini boleh
membantu dalam pengajaran dan pengajaran.
Organisasi bengkel yang berkesan boleh menghasilkan produk yang lebih bermutu,
menjimatkan bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti
mana yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancang.

6.2 Senarai Tugas Untuk Setiap Jawatan Di Bengkel

Jawatan Contoh tugas dan Tanggungjawab
❑ Pengurus bengkel ❖ Menetapkan pengeluaran harian atau bulanan
❖ Melakukan kerja-kerja pengurusan yang berkaitan
❑ Fomen
❑ Penyelia dengan bengkel
❖ Mengamalkan polisi yang ditetapkan oleh pihak

pengurusan
❖ Menjaga kebajikan pekerja
❖ Memimpin pekerja agar mengamalkan sikap

amanah,jujur dan bertanggungjawab
❖ Menyelesaikan masalahyang berkait di dalam bengkel
❖ Bertanggungjawab mengendalikan sekumpulan pekerja

agar dapat menghasilkan kerja yang bermutu
❖ Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang wujud

dalam sekumpulan pekerja di bawah jagaanya
❖ Bertanggung jawab sebagai pembantu kepada formen

7|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

❑ Penjaga Stor ❖ Mengeluarkan barang-barang yang dikeluarkan dari stor

❑ Penyelia ❖ Memastikan barang-barang dan peralatan di
Keselamatan
kembalikan dalam keadaan baik
❑ Operator Mesin ❖ Membuat pemeriksaan iventori dan pemeriksaan stok

❖ Bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan

,mesin dan bengkel
❖ Bertanggungjawab terhadap semua bentuk kemalangan

di dalam bentuk

❖ Mengendalikan semua mesin yang

dipertanggungjawabkan

❖ Menghasilkan bilangan produk atau komponen

mengikut jumlah yang telah ditetapkan
❖ Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan

CHAPTER 7 : PENGURUSAN DAN KAWALAN ALATAN

7.1 Prinsip Pengurusan Alatan
▪ Merancang sistem pengurusan alatan terdapat beberapa prinsip yang perlu
dipertimbangkan iaitu :-
▪ Kesemua alatan yang diperlukan dalam kursus boleh digunakan oleh pelajar
▪ Alatan yang selalu digunakan oleh pelajar perlu diletak berdekatan dengan kawasan
kerja
▪ Alatan perlu diurus dan disusun supaya senang dicari dan dikenal pasti oleh pelajar
▪ Alatan yang datang mengikut set, warna dan saiz disusun mengikut kumpulan supaya
senang untuk dikenal pasti.
▪ Alatan perlu disusun supaya mudah diperiksa diawal dan di akhir pelajaran
▪ Kaedah penyimpanan alatan yang digunakan perlulah dapat mencegah alatan daripada
cepat mengalami kerosakan
▪ Alatan yang rosak perlu di baik pulih atau diganti dengan segera.

7.2 Perancangan Pembelian Alat

7.3 Kaedah penyusunan/ Penyimpanan Alat
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk penyusunan atau penyimpanan
▪ alatan di bengkel antaranya :-
▪ Panel umum / Terbuka
▪ Panel tertutup
Panel kumpulan

8|P a g e

DMA 1132 – PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

▪ Kotak alat individu
▪ Panel bergerak
▪ Stor umum / utama
▪ Stor agihan

7.4 Kepentingan Kawalan Alatan
Kawalan alatan di bengkel adalah salah satu tanggungjawab penting yang perlu dipikul
▪ oleh guru bengkel. Sebab-sebab perlunya kawalan alatan antaranya :-
▪ Supaya alatan mudah dididapati dan mengelakkan pembaziran masa kerjadi dalam
▪ bengkel untuk mewujudkan sebuah bengkel yang efisien
▪ Supaya alatan sentiasa berada didalam keadaan baik dan selamat digunakan
Mengawal susunatur alatan di dalam bengkel supaya keadaan alatan kelihatan tersusun
dengan kemas dan teratur.
Mengawal kehilangan alatan kesan kecuaian,kecurian atau salah guna oleh pelajar dan
guru.Oleh itu alatan hendaklah sentiasa di periksa.

9|P a g e


Click to View FlipBook Version