Karangan Bahagian A
Karangan Respond Terhad
Kertas 1
Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan
Mesti huraikan semua bahan yang diberi
Panjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan
30 markah (SPM – sem 4 )
40 markah (Peperikaan Akhir Sem 1 – 3)
Perenggan
Perlu ditulis dalam 5 perenggan
Pendahuluan ( perenggan 1)
Isi ( perenggan 2-4)
Penutup ( perenggan 5)
Pendahuluan
Idea utama : berkaitan tajuk soalan secara umum
Huraian
Contoh
Arahan soalan
Isi
Idea utama
Huraian
Contoh/ungkapan menarik/ peribahasa
Kesimpulan kecil
Penutup
Ulang arahan soalan
Cadangan
Harapan/kesan
Ungkapan menarik/peribahasa
Contoh Pendahuluan
Kantin sekolah merupakan tempat murid-murid mendapatkan
makanan dan menjamu selera semasa waktu persekolahan ( idea
utama). Bagi yang tidak membawa bekalan makanan dari rumah,
mereka akan membeli makanan dan minuman yang dijual di kantin.
(huraian) Oleh itu, makanan yang dijual hendaklah bersih, berkhasiat
dan mengenyangkan.(contoh) Persoalannya, apakah ciri-ciri kantin
yang selamat dan selesa bagi murid-murid? ( arahan soalan)
Contoh isi 1
Pada pendapat saya, kantin yang selamat ialah kantin yang sentiasa
dalam keadaan bersih. (idea utama) Kantin sentiasa dalam keadaan
bersih jika lantai sentiasa disapu dan tidak dibiarkan dalam keadaan
licin.(huraian) Pengendali kantin hendaklah menyediakan tong sampah
supaya sampah tidak dibuang di merata-rata tempat.(contoh) Jelaslah
apabila kantin dalam keadaan bersih, murid akan berasa selamat dan
tidak bimbang akan terjatuh akibat lantai licin dan sebagainya.
(kesimpulan kecil)
Contoh isi 2
Selain itu, ciri-ciri kantin yang selamat dan selesa ialah pengusaha
kantin hendaklah mematuhi etika semasa menyediakan makanan.(idea
utama) Etika semasa menyediakan makanan adalah sangat penting
diamalkan oleh pengusaha kantin kerana akan memberi kesan yang besar
kepada keseluruhan perjalanan operasi kantin.(huraian) Sebagai
contohnya, pekerja-pekerja di kantin mesti berpakaian bersih,kemas dan
menutup kepala. Di samping itu, penggunaan penyepit makanan, sudu
dan garpu untuk mengambil makanan adalah suatu kemestian. (contoh)
Hal ini bertepatan dengan peribahasa iaitu beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis.(peribahasa) Tegaslah bahawa apabila pengusaha
kantin mematuhi etika semasa menyediakan makanan akan mewujudkan
kantin yang selamat dan selesa.(kesimpulan kecil)
Contoh isi 3
Akhir sekali, ciri-ciri kantin selamat dan selesa bagi murid-murid
ialah kantin sekolah yang kelihatan seperti sebuah kafe yang
mahal.(idea utama) Kantin yang selesa seperti yang ditularkan di
media sosial ialah wajah kantin di Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Wang, Sungai Petani, Kedah. (huraian) Kantin sekolah ini kelihatan
begitu berbeza daripada sekolah-sekolah lain kerana mempunyai
dekorasi yang cantik dan kemas.(contoh) Sudah terang lagi bersuluh,
kantin yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal akan
membuatkan murid-murid berasa selesa dan selamat semasa sedang
menjamu selera di situ.(Kesimpulan kecil)
Contoh Penutup
Kesimpulannya, ciri-ciri kantin sekolah yang selamat dan selesa amat
penting bagi murid-murid.(ulangan arahan soalan) Semua pihak hendaklah
memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kantin sekolah dalam
keadaan selamat dan selesa.(cadangan) Hal ini dikatakan demikian kerana murid
akan berasa selesa dan yakin dengan persekitaran kantin yang bersih dan
selamat.(harapan/kesan) Akhir sekali, slogan ‘kantin bersih, murid sihat’
haruslah diamalkan di semua kantin sekolah di negara kita.(ungkapan
menarik/peribahasa)
Karangan lengkap
Kantin sekolah merupakan tempat murid-murid mendapatkan makanan dan menjamu
selera semasa waktu persekolahan.Bagi yang tidak membawa bekalan makanan dari rumah,
mereka akan membeli makanan dan minuman yang dijual di kantin. Oleh itu, makanan yang
dijual hendaklah bersih, berkhasiat dan mengenyangkan. Persoalannya, apakah ciri-ciri
kantin yang selamat dan selesa bagi murid-murid?
Pada pendapat saya, kantin yang selamat ialah kantin yang sentiasa dalam keadaan
bersih.Kantin sentiasa dalam keadaan bersih jika lantai sentiasa disapu dan tidak dibiarkan
dalam keadaan licin.Pengendali kantin hedaklah menyediakan tong sampah supaya sampah
tidak dibuang di merata-rata tempat.Jelaslah apabila kantin dalam keadaan bersih, murid
akan berasa selamat dan tidak bimbang akan terjatuh akibat lantai licin dan sebagainya.
Selain itu, ciri kantin yang selamat dan selesa ialah pengusaha kantin hendaklah
mematuhi etika semasa menyediakan makanan.Etika semasa menyediakan makanan adalah
sangat penting diamalkan oleh pengusaha kantin kerana akan memberi kesan yang besar
kepada keseluruhan perjalanan operasi kantin.Sebagai contohnya, pekerja-pekerja di kantin
mesti berpakaian bersih,kemas dan menutup kepala. Di samping itu, penggunaan penyepit
makanan, sudu dan garpu untuk mengambil makanan adalah suatu kemestian.Hal ini
bertepatan dengan peribahasa iaitu beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis.Tegaslah bahawa apabila pengusaha kantin mematuhi etika semasa menyediakan
makanan akan mewujudkan kantin yang selamat dan selesa.
Akhir sekali, ciri-ciri kantin selamat dan selesa bagi murid-murid ialah kantin
sekolah yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal. Kantin yang selesa seperti
yang ditularkan di media sosial ialah wajah kantin di Sekolah Kebangsaan Taman Seri
Wang, Sungai Petani, Kedah. Kantin sekolah ini kelihatan begitu berbeza daripada
sekolah-sekolah lain kerana mempunyai dekorasi yang cantik dan kemas. Sudah terang
lagi bersuluh, kantin yang kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal akan membuatkan
murid-murid berasa selesa dan selamat semasa sedang menjamu selera di situ.
Kesimpulannya, ciri-ciri kantin sekolah yang selamat dan selesa amat penting
bagi murid-murid. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan kantin sekolah dalam keadaan selamat dan selesa. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid akan berasa selesa dan yakin dengan persekitaran kantin yang
bersih dan selamat. Akhir sekali, slogan ‘kantin bersih, murid sihat’ haruslah
diamalkan di semua kantin sekolah di negara kita.