Disempurnakan oleh : Dr. Japran bin Haji Kusin Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud 23 MAC 2024 | SABTU | 1.00 PETANG DEWAN MAWADDAH S M K A T U N S A I D K A L I K E - 2 1
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan kepada hadirin semua. Izinkan saya membuka kalam bicara dengan serangkap pantun ; Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Terima kasih pengacara majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berusaha Dr. Japran Bin Hj. Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Yang Dihormati Encik Jamrus bin Iman, Yang Dipertua PIBG SMK Agama Tun Said, Yang Dihormati, Puan Rohana binti Midan, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Dayang Lainah binti Makmud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Dr. Jessel bin Ginturun, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Umran bin Adeni, Penolong Kanan Tingkatan 6 Barisan Ketua-ketua Bidang, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Agama Tun Said Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada petang yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 bagi SMK Agama Tun Said. Saya bagi pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini walaupun kita sedia maklum semua umat islam sedang berpuasa. Alhamdulillah, ibu bapa yang hadir ke mesyuarat hari ini boleh berbuka puasa bersama anak-anak tersayang kerana program Iftar Huwaini peringkat sekolah akan berlangsung sejurus sahaja Mesyuarat Agung PIBG ini selesai. Hadirin dan hadirat sekalian, Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta membantu pihak sekolah dalam penyelenggraan dan infrastruktur sekolah. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa dan penjaga agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita bersama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita. In shaa Allah. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pencapaian anak-anak SMK Agama Tun Said dengan ibu bapa dan penjaga sekalian. GP SPM bagi tahun 2022 ialah 3.62 dan 100% murid layak mendapat sijil. Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan penjaga, KPI SPM bagi tahun 2023 ialah 3.33. Saya amat berharap calon SPM 2023 mampu memcapai KPI yang telah ditetapkan dan sekali lagi bakal mengharumkan nama sekolah apabila keputusan SPM 2023 yang akan diumumkan pada pertengahan tahun 2024 nanti. Di sini saya ingin nyatakan segala sumbangan ibu bapa dalam dalam program peningkatan akademik terutamanya SPM sedikit sebanyak membantu ke arah peningkatan ini. Beberapa subjek menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) SPM Tahun 2022 iaitu: Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan ,Fizik ,Kimia ,Biologi dan Pendidikan Seni Visual P E N G E T U A Puan Norimah binti Sadih PENGETUA SMK AGAMA TUN SAID 1
P E N G E T U A Puan Norimah binti Sadih PENGETUA SMK AGAMA TUN SAID 2 Selain itu, PIBG juga banyak menyumbang dalam aktiviti kokurikulum sehingga murid berjaya ke peringkat negeri dan kebangsaan. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Kadet Bomba dan penyelamat berjaya mewakili Negeri Sabah ke Peringkat kebangsaan dalam pertandingan Aspec Challenge. Pasukan nasyid sekolah, Persada Murni juga berjaya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan. Kejayaan-kejayaan seperti ini mungkin sukar dicapai tanpa sokongan dan sumbangan dari ibu bapa. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Saya pasti ibu bapa dan penjaga tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah ketika cuaca panas yang melanda negara kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu risau kerana sekolah sentiasa mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami yakin dengan Kerjasama ibu bapa, penjaga, guru- guru dan anak-anak yang mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan terhindar dari perkara yang tidak diingini berlaku. Hadirin dan hadirat sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Demi keharmonian dan kesepakatan untuk kepentingan kita bersama dalam merealisasikan kejayaan anak-anak kita. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan kali ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa dan penjaga menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Sekian. Wabilahitaufiq walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Berbahagia Tuan Dr Japran Hj Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Yang Berusaha Puan Norimah bt Sadih, Pengetua SMKA Tun Said, Barisan Pentadbir, Guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke21 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Hal ini bukan omong kosong sahaja untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir pada hari ini tetapi SMKA TUN SAID sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan. Untuk Pengetahuan ibu bapa, SMKA TUN SAID telah berada dalam kedudukansekolah yang terbaik di Kota Belud, Sabah. Syabas juga kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak-anak yang belajar disekolah ini. Harapan saya juga agar keputusan peperiksaan SPM 2023 yang akan diumumkan nanti akan melonjakkan lagi nama SMKA TUN SAID. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang-kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan olehtuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak. Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa bermotivasi di sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Pihak PIBG juga berharap agar lebih ramai penglibatan ibu bapa dalam memberikan sumbangan kepada sekolah. Oleh itu ingin saya tekankan bahawa tanpa sokongan ibu bapa SMKA TUN SAID tidak akan dapat mencapai kejayaan-kejayaan seperti sebelum ini. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibubapa agar sentiasa menyokong dan memberikankerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMKA TUN SAID terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sekian Terima kasih 3 Y D P P I B G Encik Jamrus bin Iman YDP PIBG SMKA TUN SAID
BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI MAJLIS 1.ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA SAYA UCAPKAN KEPADA a.YANG BERUSAHA USTAZAH PUAN NORIMAH BINTI SAID, PENGETUA SMKA TUN SAID b.YANG BERBAHAGIA, ENCIK JAMRUS BIN IMAN, YANG DIPERTUA PIBG SMKA TUN SAID c.BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU, IBU-BAPA SERTA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIKASIHI SEKALIAN. 2.PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH SUDI MENJEMPUT SAYA BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA TUN SAID KALI KE-21 BAGI TAHUN 2024 3. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PIHAK PENGURUSAN DAN JAWATANKUASA PIBG YANG TELAH BERJAYA MERANCANG, MENGELOLA DAN MELAKSANAKAN PROGRAM PADA HARI INI. 4.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN INAYAH-NYA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS MEYUARAT PIBG KALI KE – 21 PADA TAHUN INI BERSAMAAN DENGAN 12 RAMADHAN 1445 H. 5.TAHNIAH KEPADA YANG BERUSAHA USTAZAH PUAN NORIMAH BINTI SADIH, PENGETUA SMKA TUN SAID, ENCIK JAMRUS BIN IMAN, YDP PIBG SEKOLAH DAN JAWATANKUASANYA YANG BEGITU KOMITED UNTUK MEMASTIKAN MESYUARAT YANG BAKAL DIADAKAN SELEPAS INI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA, DITAMBAH PULA DENGAN CUACA PANAS DAN BULAN PUASA SEMESTINYA MEMBERIKAN CABARAN BERGANDA DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT KALI INI. SESUNGGUHNYA MESYUARAT SEPERTI INI AMATLAH DIALU-ALUKAN KERANA DAPAT MERAPATKAN LAGI SILATURRAHIM DAN BERTUKAR TUKAR PENDAPAT SESAMA KITA. 6.SECARA PERIBADI, SAYA BERASA AMAT BANGGA DENGAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN KE MESYUARAT PADA HARI INI, DI MANA JELAS MEMBUKTIKAN KOMITMEN DAN ILTIZAM YANG TINGGI TERHADAP TANGGUNGJAWAB SERTA PERANAN KITA DALAM ORGANISASI YANG DIANGGOTAI. MUDAH-MUDAHAN MENERUSI MESYUARAT INI, IDEA - IDEA BAHARU AKAN DIPEROLEHI BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN ILMU MELALUI SEKOLAH INI. HADIRIN YANG DIHORMATI, 7.SEBAGAIMANA KITA SEDIA MAKLUM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) ADALAH SEBUAH ORGANISASI YANG CUKUP SIGNIFIKAN DAN PENTING TERHADAP PERKEMBANGAN SESEBUAH SEKOLAH. TIDAK DAPAT DINAFIKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIBG DI SESEBUAH SEKOLAH MEMBERI KESAN KEPADA KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN SEKOLAH KERANA PIBG MENJADI MEDIUM ATAU WAHANA UNTUK MENCETUSK HALATUJU DAN MATLAMAT SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. PENGURUSAN PIBG YANG CEMERLANG AKAN MELAHIRKAN SEKOLAH YANG TERBILANG DAN IA BUKANLAH HANYA ANGAN-ANGAN KOSONG SEMATA-MATA MALAH DIHARAPKAN DAPAT DIAPLIKASIKAN SEPENUHNYA BAGI MENCAPAI HASRAT YANG SAMA-SAMA KITA INGINKAN. 4 P E R A S M I Dr. Japran bin Haji Kusin PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD
5 P E R A S M I Dr. Japran bin Haji Kusin PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD 8.KITA PERCAYA BAHAWA PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIRANCANG DENGAN TELITI AKAN DAPAT DIJAYAKAN SEKIRANYA KITA MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG MENCUKUPI. SUMBER-SUMBER KEWANGAN PERLU DIPEROLEH DAN DIURUS SECARA BIJAKSANA AGAR PROGRAM YANG HENDAK DILAKSANAKAN AKAN MENDAPAT NATIJAHNYA KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA. OLEH ITU, SEGALA PELUANG YANG BOLEH MENAMBAHKAN DANA PERSATUAN INI HARUS DICARI DAN DITAMBAH DENGAN INISIATIF DAN KERJASAMA PUCUK PIMPINAN DAN SEMUA AHLI PERSATUAN. HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, 9.PERMASALAHAN SOSIAL SEJAK KEBELAKANGAN INI JUGA CUKUP MEMBIMBANGKAN KITA SEMUA TERUTAMANYA KES CURI MELIBATKAN PELAJAR DI ASRAMA. GEJALA SOSIAL DAN KERUNTUHAN MORAL YANG MELIBATKAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH SANGAT MENCEMASKAN HATI KITA. BANYAK FAKTOR YANG MENYUMBANG BERLAKUNYA GEJALA TIDAK SIHAT INI. JUSTERU, KITA TIDAK SEHARUSNYA SALING MENUDING JARI MENCARI KESALAHAN MANA-MANA PIHAK, SEBALIKNYA PERMASALAHAN INI PERLULAH DIPANDANG SERIUS OLEH SEMUA PIHAK. DI SINILAH TERLETAKNYA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIBG UNTUK SAMA-SAMA BERGANDING BAHU DENGAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH. SELAIN ITU DIDIKAN AGAMA DAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI, KASIH SAYANG DAN JATI DIRI SERTA NILAI MODAL INSAN JUGA HARUS DIBERIKAN SECUKUPNYA KEPADA ANAK-ANAK AGAR GEJALA-GEJALA NEGATIF DAPAT DIHINDARKAN LEBIH AWAL. 10. DI MAJLIS INI SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN SEKALI LAGI MENYERU AGAR PIBG DI SEKOLAH INI DAPAT BERGERAK SECARA AKTIF DAN TERANCANG AGAR KEWUJUDANNYA DAPAT MEMBERI SUMBANGAN BERMAKNA LAGI BERKESAN KE ARAH KECEMERLANGAN YANG DIHARAPKAN. BUDAYA ILMU DAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PERLULAH DIPUPUK DAN DISEMAI AGAR PERSATUAN PIBG INI TERUS RELEVAN DAN MENJADI PENYUMBANG KEPADA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ANAKANAK 11. SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA WARGA PENDIDIK YANG TELAH BERUSAHA GIGIH MENDIDIK PARA PELAJAR SEHINGGA MENJADI INSAN YANG BERPENDIDIKAN DAN CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN PEMANTAPAN SAHSIAH. 12. UCAPAN PENGHARGAAN TURUT DIBERIKAN KEPADA PIHAK PIBG SEKOLAH YANG TURUT MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP KEMENJADIAN ANAK-ANAK DI SMKA TUN SAID INI. TUAN-TUAN/ PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN 13. DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA DENGAN SUKACITAANYA MERASMIKAN MESYUARAT PIBG SMKA TUN SAID KALI KE-21 BAGI TAHUN 2024. SEKIAN. WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Ketibaan Ibu Bapa, Guru dan tetamu jemputan Ketibaan Perasmi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dimulakan * Ucapan Pengerusi Majlis * Bacaaan Doa * Ucapan Yang DiPertua PIBG: En. Jamrus bin Iman *Ucapan Pengetua SMKA Tun Said Pn.Norimah binti Sadih Persembahan Multimedia * Ucapan Perasmian Tuan Pegawai Pendidikan Daerah: Dr. Japran bin Haji Kusin Penyampaian cenderamata kepada Perasmi Slot Cabutan Bertuah Sesi bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Penyampaian cenderamata kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Slot Cabutan Bertuah 6
Mesyuarat Agung PIBG dimulakan Agenda 1 Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) Makluman kehadiran ahli mesyuarat Agenda 2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA Tun Said kali ke-20 Agenda 3 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 Agenda 4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG SMKA Tun Said Yang Berakhir 31 Dis. 2023 Agenda 5 Pembubaran Jawatankuasa 2023/2024 - Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Sementara Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2024/2025 Agenda 6 Pembahasan usul dan cadangan Agenda 7 Ucapan penangguhan Slot Cabutan Bertuah : 3x GRAND PRIZE Ibubapa membuat persiapan untuk berbuka puasa bersama anak-anak secara santai 7
BIL N A M A P R O G R A M 1 Program Peer Group Study 2.0 Kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat 2 Pembelian CCTV untuk Asrama Lelaki 3 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2023 4 Program FITS SMATS 2023 5 Program Motivasi SPM 2023 6 Dialog Prestasi & Program Motivasi SPM 2023 7 Program Pemantapan Sains SPM 1.0 & 2.0 8 Program Kerana Anda Hebat 2.0 9 Program Kunjungan Hormat kepada Pejabat YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy. 10 Pondok Intergrasi PIBG SMKA Tun Said 11 Tangki Air tambahan PIBG 12 Penganjuran Kejohanan Olahraga MSSD Kota Belud , SMKA Tun Said 13 Karnival Imtiyaz SMKA/SABK Sandakan 2023 14 Majlis Restu Ilmu dan Motivasi Kecemerlangan SPM & STPM 2023/2024 15 Iftar Huwainie (Berbuka puasa santai piknik SMATS ) 2024 16 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023/2024 8
Puan Norimah binti Sadih : Penasihat En. Jamrus Bin Iman : Yang Dipertua En. Muhammad Safir bin Muhamad Saad : Naib Yang Dipertua Cik Hertiah binti Herman : Setiausaha Cik Nur Syairen Syakilla binti Badelisah : Pen. Setiausaha En.Asmawi bin Ghani : Bendahari Pn.Rozleyza binti Yabat : Pen. Bendahari En. Samri bin Garam : AJK Ibu Bapa En. Jainudin bin Ebisal : AJK Ibu Bapa Pn. Suhana binti Siban : AJK Ibu Bapa Pn. Junaiti @ Lili bt Mohmmud : AJK Ibu Bapa Cik NorAzirah binti Said : AJK Guru Pn.Nurul Fariha binti Mokdin : AJK Guru Cik Nur Zahidah binti Mohamad Zaini: AJK Guru En.Ahmad Daudda bin Jalali: AJK Guru En.Ahmad Husaini bin Bidin : AJK Guru Pn. Emmyline binti Rotop : Pemeriksa Kira-kira J A W A T A N K U A S A P I B G S M K A G A M A T U N S A I D T A H U N 2 0 2 3 – 2 0 2 4 9
Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) Makluman kehadiran ahli mesyuarat Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA Tun Said kali ke-20 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG SMKA Tun Said Yang Berakhir 31 Dis. 2023 Pembubaran Jawatankuasa 2023/2024 Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Sementara Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2024/2025 Pembahasan usul dan cadangan Ucapan penangguhan 10
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA TUN SAID KALI KE 20 TARIKH : 15 APRIL 2023 HARI : SABTU MASA : 1.00 PETANG TEMPAT : DEWAN MAWADDAH, SMKA TUN SAID NO. PENDAFTARAN PIBG : JPNS-PIBG/12X050XRA5301 1.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran 1.1 YBrs. Puan Hajah Rohana, Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran perasmi YBrs Dr.Japran bin Hj.Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah, ibu bapa dan guru -guru SMKA Tun Said. 1.2 Beliau amat berterima kasih dan ucapan tahniah kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG dalam merancang, mengelola dan pelaksaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. 1.3 Beliau amat berterima kasih dengan kerjasama ibu bapa dan guru dalam mengadakan aktiviti Gotong-royong Perdana sebagai persediaan sekolah untuk pemantauan 3K Peringkat Kebangsaan pada 12 April 2023 yang lalu. 1.4 Beliau juga menyatakan pihak sekolah telah banyak mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum hasil kerjasama yang terjalin kukuh antara ibu bapa dan guru-guru. 1.5 Hal ini kerana Pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah termasuklah dalam usaha memberikan sumbangan dalam bentukkewangan untuk pelbagai aktivitiserta memberikan hadiah untuk kecemerlangan anak-anak yang berjaya. 1.6 Sumbangan itu juga merupakan hasil daripada sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG bagi membantu menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.Diharapkan agar ibu bapa terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak – anak. 1.7 Beliau juga berharap komitment ibu bapa dalam membantu mendidik anak-anak terutamanya dari segi penjagaan harta sekolah dan bersama- sama berganding bahu dengan guru-guru untuk mendidik anak-anak daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar 1.8 Beliau juga amat berharap agar masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak seperti ketidakhadiran murid tanpa sebab ke sekolah dapat dibendung bersama -sama dengan guru dan juga para ibu bapa. 1.9 1.1Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini ianya mengambarkan kesungguhan dan komitment ibu bapa dalam membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa akan datang. 11
2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG. 2.1 Yang Dipertua PIBG Tuan Jamrus bin Iman mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat kali ini dengan kehadiran ibu bapa dapat membantu menyemarakkan lagi semangat ibu bapa yang lain dalam melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan yang telah dirancang oleh pihak sekolah. 2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini dalam bulan puasa, walaupun pada waktu ini sekolah masih sibuk dengan persiapan 3K Peringkat Kebangsaan, SMKA Tun Said sebagai wakil Negeri Sabah. 2.3 Beliau memaklumkan penilaian 3K sudah dibuat pada 12 April 2023 yang lalu, Gotong -royong Perdana telah diadakan bagi persiapan tersebut yang melibatkan kerjasama murid- murid, ibu bapa dan juga guru termasuklah mengecat dinding, membaik pulih kemudahan sekolah.Hal ini menunjukkan semangat kekitaan dan kerjasama yang tinggi daripada ibu bapa, guru-guru dan juga murid. 2.4 Beliau memaklumkan juga mesyuarat agung merupakan medan terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas demi melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah. Beliau juga menyeru sokongan daripada ibu bapa dalam pemangkin kejayaan anak- anak. 2.5 PIBG memainkan peranan penting dalam menjalinkan pemuafakatan dengan pihak sekolah dalam mencapai visi sekolah. Dan perlu seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kejayaan sekolah. 2.6 Beliau juga menyeru agar ibu bapa tidak bertindak melulu apabila terdapat masalah yang wujud terutamanya melibatkan masalah disiplin anak-anak di sekolah.Sebaliknya menyerahkan kepada pihak sekolah dalam menangani masalah mengikut prosedur dan proses siasatan yang telah ditetapkan. 2.7 Beliau mengharapkan agar ibu bapa dapat memberikan sokongan terhadap program -program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.Kerjasama daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat anak-anak terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi. 2.8 Beliau sebagai wakil ibu bapa mengucapkan tahniah kepada Warga Pendidik SMATS dan murid-murid atas kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini. 12
3.0 Ucapan Perasmi YBrs Tuan Dr.Japran bin Hj.Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud 3.1 YBrs Tuan Dr.Japran bin Hj.Kusin, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud mengucapkan ucapan terima kasih atas jemputan sebagai perasmi mesyuarat pada kali ini. Dan ucapan tahniah dan syabas kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah merancang , mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada kali ini. 3.2 Beliau memaklumkan mesyuarat PIBG adalah salah satu pemuafakatan antara warga sekolah dan ibu bapa.Diharapkan pemuafakatan ini dapat membina persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah. 3.3 Beliau menyatakan PIBG mempunyai peranan “saling melengkapi” terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana , kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid dan guru sekolah berkenaan. Selaras dengan anjakan ke – 9 dalam 11 anjakan trasformasi pendidikan negara iaitu “ berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas” 3.4 Beliau berharap ibu bapa menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak termasuk juga dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dan PIBG.Penglibatan semua pihak berkepentingan ini dapat mewujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan kepentingan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid di sekolah. 3.5 Beliau juga amat mengharapkan agar mesyuarat kali ini pihak sekolah dan ibu bapa dapat berbincang dan mencari kata sepakat serta permuafakatan secara bersama. 3.6 Beliau juga turut mengingatkan ibu bapa bahawa kecemerlangan anakanak bermula di rumah.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian anak-anak dalam memupuk nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. 3.7 3Beliau turut menyatakan PIBG sekolah perlulah bersifat proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan murid, guru dan juga pembangunan sekolah. 3.8 Dengan lafaz “sukacitanya “ beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 20 SMKA Tun Said. 13
4.0 Sesi bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) 4.1 Ceramah Anti – Dadah (Bahaya Dadah & Kesan Penggunaan Dadah ) - yang disampaikan oleh Pn.Helmy Freddy ,Ketua Pegawai AADK Daerah Tuaran 5.0 Ucapan Pengerusi (YDP PIBG). 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawakehadiran ahli mesyuarat seramai 153 orang ibu bapa dan guru. 6.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Yang Lalu. 6.1 Cik Nurul Aini binti Shafie selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat. Atas Cadangan En.Rashid bin Midan dan sokongan oleh En.Hasad bin Ibrahim Ahli mesyuarat dengan sebulat suara minit tersebut diterima dan diluluskan 7.0 Laporan Bendahari 7.1 Cik Nurul Aini binti Shafie sebagai wakil bendahari membentangkan laporan laporan kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2023. Laporan ini disahkan oleh Encik Jamrus bin Iman selaku YDP dan telah disemak oleh Encik Azram bin AB.Aziz selaku Juruaudit Dalaman. 8.0 8.1 Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Sementara – Puan Hajah Rohana binti Midan 8.2 Jawatankuasa PIBG yang lama dikekalkan. Ahli mesyuarat dengan sebulat suara mengekalkan Jawatankuasa PIBG yang lama dikekalkan dan akan membuat lantikan dalaman untuk AJK baharu melalui Mesyuarat JK PIBG Bil 1, 2023 /2024. 14 Pembubaran Jawatankuasa 2022/2023
9.0 9.1 Usul 1, 3 dan 4 – Isu Air Asrama di SMKA Tun Said En.Samri bin Garam mengusulkan isu air di SMKA Tun Said perlu diatasi Dengan menambahkan bilangan tangki air di sekolah.Perbincangan teperinci akan dibawa ke Mesyuarat JK PIBG. 9.2 Usul 2 – Program Kecemerlangan Murid SPM / STPM En.Jamrus bin Iman menyatakan program tersebut dilaksanakan setiap tahun sesi persekolahan 10.0 10.1 Sesi Potret AJK PIBG bersama Perasmi dan Santai Bersama Pemimpin. 10.2 Sesi bergambar bersama AJK PIBG. 11.0 10.3 Cabutan tiket bertuah. 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. 15 Pembahasan Usul dan Cadangan oleh Jawatankuasa Baharu Penangguhan Mesyuarat Penangguhan Mesyuarat
Baki pada 31 Mei 2023 RM 21089.37 PENERIMAAN Sumbangan PIBG RM 5100.00 Bendahari Negeri Sabah ABM RM 800.00 Bendahari Negeri Sabah ABM (BAGUS) RM 2000.00 Yayasan Bank Rakyat (YBR) RM 10000.00 Akaun Sub Perbendaharaan ABM (Gotong Royong Madani) RM 5800.00 Jumlah RM 51989.37 __________________ Jumlah Perbelanjaan RM 38632.25 # sila rujuk lampiran Baki pada 31 Disember 2023 RM 13357.12 P I B G 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK AGAMA TUN SAID 89159 KOTA BELUD Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 16
P E N A S I H A T Y A N G D I P E R T U A N A I B Y A N G D I P E R T U A T I M B A L A N P E N A S I H A T I T I M B A L A N P E N A S I H A T I I T I M B A L A N P E N A S I H A T I I I T I M B A L A N P E N A S I H A T I V S E T I A U S A H A P E N O L O N G S E T I A U S A H A B E N D A H A R I P E N O L O N G B E N D A H A R I : P n . N o r i m a h b i n t i S a d i h P e n g e t u a S M K A T u n S a i d : E n c i k J a m r u s b i n I m a n E n . M u h a m a d S a f i r b i n M o h a m a d S a a d : P n . H a j a h R o h a n a b i n t i M i d a n P e n o l o n g K a n a n P e n t a d b i r a n : P u a n D a y a n g L a i n a h b i n t i M a k m u d P e n o l o n g K a n a n H a l E h w a l M u r i d : D r . J e s s e l b i n G i n t u r u n P e n o l o n g K a n a n K o k u r i k u l u m : E n . U m r a n b i n A d e n i P e n o l o n g K a n a n T i n g k a t a n 6 : C i k H e r t i a h b i n t i H e r m a n : C i k N u r S y a i r e n S y a k i l l a b i n t i B a d e l i s a h : E n . A s m a w i b i n G h a n i : P n . R o z l e y z a b i n t i Y a b a t 17
J A W A T A N K U A S A T E K S U C A P A N C i k F a r i d a h B i n t i R o n i C i k S i t t i A y s a b i n t i I b n u H a j a l P n . S h u k r i y a h b i n t i S h a f f i e P E N D A F T A R A N C i k N u r Z a h i d a h b i n t i M o h a m a d Z a i n i P n . S i t i R a f i d a h b i n t i H j B i l i n P n . N o o r L e l a b i n t i L a m s u n P E N G A C A R A M A J L I S E n . M o h a m m a d A f h a m b i n M o h d N a z m i E n . M o h d H a n a f i b i n M o h d A s d i P E R S I A P A N T E M P A T / K E B E R S I H A N E n . A s m a w i b i n G h a n i E n . M a d r u m b i n M a m u n E n . A b d u l A z i z b i n A b d G h a f a r E n . M a s t a r B i n S o h o d B U K U P R O G R A M E n . A h m a d H u s a i n i b i n B i d i n P n . J a i n e h b i n t i B e d u l P n . J a i n a s b i n t i H j . K a s s i m P n . H a l i m a t u S y u h a d a h b i n t i S u l a i m a n C i k N u r u l A i n i b i n t i S h a f i e P R O T O K O L D A N S A M B U T A N E n . J u n a i d e y b i n R u b i n M P P S I J I L D A N H A D I A H P n . R o z l e y z a b i n t i Y a b a t C i k N o r a z i r a h b i n t i S a i d B A C A A N D O A E n . M o h d Z a w a w i b i n I s m a i l S E R A N T A E n . Y a t i n b i n B u d a n P E N C A T A T M I N I T P n W i n n o n a S i m o n C i k N u r S y a b i r a h b i n t i M a t P i a s i m C i k N o r A i s y a h A f i q a h b i n t i N o r R a h i m P E R S I A P A N B A C K D R O P & P E N T A S P n . F a u z e l a h b t A b d R a h m a n P n . R a t n a S e r i D e w i B i n t i L a i m a n C i k H a s n i e b i n t i N i s i P n . E m m y l i n e b i n t i R o t o p C i k A z l i n a w a t i b i n t i A b d u l K a d i r C i k Z a i d a h b i n t i N a w a w i T E K N I K A L & S I A R A Y A E n . R u s l e e b i n M a k s u d J E M P U T A N C i k H e r t i a h b i n t i H e r m a n C E N D E R A H A T I P A C K I N G K U R M A D A N A I R M I N E R A L P n . A j i j a h S a d i k i r C i k N u r S y a i r e n S y a k i l l a b i n t i B a d e l i s a h E n . T e n a i m b i n S u b e h E n . A b d u l J a b a r b i n A h m a d Z a h i d E n . M o h d K h a l i s a m b i n A b d u l l a h E n . A z r a m b i n A b d . A z i z K E B E R S I H A N E n . A h m a d D a u d d a b i n J a l a l i P e k e r j a P e m b e r s i h a n F O T O G R A F I C i k N o r A s f a r i n a h b i n t i M a n s o r B r i g e d B e s t a r i L C D P r o j e c t o r P n . N u r u l F a r i h a B i n t i M o k d i n C i k N u r A n i s N a b i l a b i n t i B a h a r o m B r i g e d B e s t a r i 18
Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 21 SMKA Tun Said dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.