The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdaus.c19a0302, 2023-01-19 12:13:42

TOKOH WARISAN DALAM PEMBUATAN DODOL

DODOL PASIR MAS KELANTAN

Istana dodol TOKOH WARISAN DALAM PEMBUATAN DODOL BY GROUP PASIR MAS


1.BIODATA 3.JENIS-JENIS DODOL 6.SUMBANGAN KANDUNGAN 2.LATARBELAKANG DODOL 5.PERALATAN DAN KAWASAN MEMASAK 7.LAMPIRAN 4.JENIS-JENIS SERUNDING


BIODATA PASIR MAS: Melihat sebuah banglo tiga tingkat di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang yang kelihatan seperti kediaman agam filem Bollywood, tentu ramai terfikir yang pemiliknya pasti terbabit dalam perniagaan yang besar.Bagaimanapun, kediaman agam itu dimiliki pasangan taukeh dodol dan serunding, Sulaiman Ismail, 80, dan isteri, Wan Sabariah Wan Ali, 67.Kediaman itu dibina pasangan itu pada 1987, selepas hampir 40 tahun mereka bertungkus-lumus menjual dodol dan serunding. Terletak di Kuala Lemal, di sini, iaitu laluan utama Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, pandangan sesiapa sahaja yang melalui jalan berkenaan tidak akan terlepas daripada rumah berwarna hijau dengan ukiran keemasan.Keunikan rumah itu menyebabkan orang ramai terutama pelancong mengambil kesempatan bergambar di hadapan rumah, selain menjadi tarikan pasangan pengantin. Kediaman itu didiami sembilan beranak mempunyai tujuh ruang tamu dan tujuh bilik tidur,tujuh bilik air dan dua ruang dapur dengan hampir keseluruhan ruang dihias dengan ukiran keemasan. Bermula dengan pintu pagar, tiang rumah, kerusi, dinding serta bumbung, semua diukir dengan corak tersendiri yang berwarna emas menjadikan kediaman itu seolaholah sebuah istana yang mewah.Sesiapa sahaja yang berpeluang menjejakkan kaki ke dalam rumah berkenaan akan berasa kagum dengan keunikan rumah hasil sentuhan wanita. Setiap sudut pula dihias kemas dengan barangan berbentuk kristal.Sulaiman berkata, rumah itu mula dibina pada 1987 dan mengambil masa tiga tahun untuk siap sepenuhnya sebelum diduduki.Katanya segala hiasan dalaman dan luaran rumah berkenaan adalah idea isterinya yang memiliki kelebihan dalam bidang berkenaan. Ketika mula, mereka membuat dodol sekitar dua hingga lima kilogram sehari, tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mengusahakan perniagaan itu sebelum menghantar produk ke pasar Kota Bharu. Resipi dodol itu diwarisi daripada ibu Wan Sabariah, Wan Aminah Wan Salleh, di Kampung Laut, dan hanya dijual kepada penduduk secara menjaja.Ternyata, usaha pasangan suami isteri yang dikurniakan lima cahaya mata itu tidak sia-sia, apabila produk dodol dan serunding yang diberi nama Hajjah Wan Sabariah & Keluarga kini popular."Saya bermula dengan kecil-kecilan hasil dorongan ibu mentua dan mengerah tenaga setiap hari memproses dodol secara tradisional yang mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan jam."Ketika itu saya tidak mempunyai pekerja dan hanya membanting tulang dengan isteri sebelum dibantu anak-anak, " katanya.Beliau berkata, sebelum ini beliau hanya mengusahakan sepenuhnya produk dodol berperisa gula melaka, durian dan telur yang dijual dengan harga RM5 hingga RM7 untuk 600 gram, namun mula mengembangkan perniagaan dengan mengusahakan serunding sejak 10 tahun lalu. Menceritakan mengenai rekaan unik rumah banglo milik mereka itu, bapa kepada lima anak itu berkata, semua itu mempunyai kaitan dengan minat isterinya."Isteri saya terlalu meminati emas sejak muda menyebabkan keseluruhan ukiran yang digunakan di rumah ini berwarna emas. Warna emas itu digabungkan dengan dinding rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran isteri."Segala-galanya saya serahkan kepada isteri untuk menghias rumah kami. Selain minat terhadap barang kemas, isteri juga banyak melihat majalah dan televisyen yang mempunyai kaitan dengan menghias rumah sebelum mengaplikasikan kepada kediaman kami, " katanya yang isterinya kini keuzuran kerana faktor kesihatan. 1


Dodol ialah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, nisan/gula Melaka dan garam. Dodol berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Sejarah produksi dodol berkaitan erat dengan salah satu bahan utamanya, gula melaka dan juga tepung beras. Ini adalah suguhan manis yang populer dan salah satu manisan asli tertua yang dikembangkan di Maritim Asia Tenggara. Asal tepat dodol tidak jelas, namun, dodol menunjukkan keanekaragamannya yang luar biasa di pulau Jawa dan Sumatra. Dalam bahasa Jawa disebut "jenang" , sedangkan dalam bahasa Sunda disebut "dodol". Kini, dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat terkenal dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya dodol ini terkenal adalah di wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa. Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula Melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa dodol akan berubah menjadi melekit, pekat dan manis. Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan sama ada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning ataupun dari segi lain. Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa durian, kelapa dan pisang. Perkataan "Dodol" ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul "A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary." , Jilid 2 oleh John Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi erti "manisan" atau "dodol". 2 LATAR BELAKANG DODOL


JENIS-JENIS DODOL 1.DODOL HIJAU PANDAN 2.DODOL HITAM GULA MELAKA 3.DODOL DURIAN 4.DODOL PANDAN TELUR 5.GELEMBUNG BUAYA 3


JENIS-JENIS SERUNDING 1.SERUNDING DAGING TEMPATAN 2.SERUNDING DAGING IMPORT 3.SERUNDING AYAM 4.SERUNDING IKAN 4


PERALATAN DAN KAWASAN MEMASAK MEMASAK DODOL MENGGUNAKAN DAPUR GAS MEMASAK DODOL MENGGUNAKAN KAYU API 5


T E M P A T M E M A S A K D O D O L 6


CARA MEMBUNGKUS DODOL 7


SUMBANGAN 8 ANTARA SUMBANGAN SERTA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI


LAMPIRAN 9 KAWASAN MEMBELI DODOL


1 0 SENI BINA RUMAH


11 KAWASAN MEMBELI DODOL SERTA BARANGAN LAIN


RUJUKAN Sumber Sekunder: Rahim, A. (2016, March 2). Mahligai hasil dodol dan serunding. Retrieved January 18, 2023, from Berita Harian website:https://www.bharian.com.my/bhplusold/2016/03/130133/mahligai-hasil-dodol-danserunding Hartini Mohd Nawi. (2021, January 6). Rambang mata dibuatnya! Retrieved January 18, 2023, from Harian Metrowebsite: https://www.hmetro.com.my/santai/2021/01/661174/ rambang-mata-dibuatnya Sumber Lisan: Temu ramah dengan tokoh: 1.Encik Sulaiman Ismail pada 7 Januari 2023. 12


PENULIS 1.HARITH MURSHIDI BIN MUHAMMAD NAJIB C19A0137 2.MOHD SHAFIEQ BIN MOHD NORAZMAN C19A0237 3.MOHD SYAFIQ BIN RAZALI C19B0239 4.MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAILANI C19A0302 13


DODOL Kelantan memang terkenal denganpelbagai jenis makanan tradisional terutama dodol dan serunding.Banyak makanan terdapat di negeri ini yang jarang dijumpai.Pelbagai contoh kuih muih tradisional ialah dodol,serunding dan sebagainya . RM 25.00 1


Click to View FlipBook Version