The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kamus ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus aneka bahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angela Lee, 2023-02-14 22:44:47

Jenis-jenis Kamus

Kamus ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus aneka bahasa

jenis-jenis kamus IPG KAMPUS GAYA D I S E D I A K A N KUMPULAN 3


ISI KANDUNG 0 1 D e f i n i s i 0 2 e ka b a h a s a 0 3 d w i b a h a s a 0 4 An e ka b a h a s a


Definisi Bahasa merupakan alat penting untuk mengolah sesuatu kata masukan dalam kamus. Penggunaan bahasa yang digunakan bergantung kepada sasaran pengguna sama ada penutur asli atau bukan penutur asli. Dalam hal ini, pemilihan bahasa amatlah penting dalam mencorakkan sesuatu kamus. Kamus dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ekabahasa, dwibahasa dan aneka bahasa. 01


ekabahasa Kamus ekabahasa yang juga dikenali sebagai kamus monolingual menggunakan satu bahasa sahaja. Etos kebangsaan dan nasionalisme dikaitkan dalam penyusunan kamus bagi tujuan perkembangan intelek dan kehidupan sosial. kamus ini terdiri daripada dua unsur iaitu umum dan khusus namun masih menggunakan satu bahasa sebagai bahasa objek dan wahana pemerian. Struktur Kamus ekabahasa terbahagi kepada dua struktur iaitu struktur mikro dan makro. Entri, bentuk seperti ejaan, sebutan, tatabahasa, makna seperti definisi, etimologi dan label penggunaan merupakan kandungan yang terdapat dalam struktur mikro. struktur makro pula terdiri daripada bahan awal seperti prakata, bahan tengah seperti teks, abjad A-Z dan bahan akhir seperti lampiran dan indeks. Definisi


Susur galur kamus dwibahasa


ekabahasa


dwibahasa Dinyatakan dalam dua Bahasa atau lebih dikenali sebagai kamus bilingual yang bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan dari satu Bahasa ke satu Bahasa. Kamus dwibahasa ialah kamus yang menghubungkan kosa kata dua bahasa melalui terjemahan padanan untuk membolehkan para pengguna membaca atau menghasilkan teks dalam bahasa asing. Dengan kata lain kamus dwibahasa bermaksud kamus yang menggunakan satu bahasa sumber dan satu bahasa sasaran yang tidak sama. Hal ini bermakna, bahasa yang digunakan untuk memberikan batasan pemerian dan penyajian mana ialah bahasa yang berbeza dengan bahasa entri yang diberikan pemerian dan penyajian makna (Ibrahim, 2002). Definisi


c i ri - c i ri d w i b a h a s a Disusun untuk membantu menyebarluaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang yang kurang fasih berbahasa Melayu. Suatu usaha pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu amat penting. Membantu para penterjemah menghasilkan aktiviti terjemahan dengan betul. 1. 2. 3.


Susur galur kamus dwibahasa Para sarjana berpendapat bahawa, sejarah perkamusan Melayu adalah berbentuk dwibahasa hal ini kerana penyusunan kamus dwibahasa pada awalnya diperlukan untuk memudahkan komunikasi dengan orang luar. Sebagai contohnya, kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris telah merancakkan aktiviti penyusunan daftar kata Melayu – Bahasa asing. (Ibrahim Ahmad, 2010).


Susur galur kamus dwibahasa


Aneka bahasa Kamus multibahasa yang mendukung sekurang-kurangnya satu bahasa sumber dan dua atau tiga bahasa sasaran sebagai padanan. (Ibrahim, 2015) kamus yang menggunakan tiga atau lebih bahasa yang berbeza daripada objek yang dijadikan kata entri. (Hartmann & James, 1998) kamus pelbagai bahasa merupakan jenis karya rujukan apabila kosa kata daripada beberapa bahasa berkaitan antara satu sama lain melalui padanan terjemahan. Definisi


Susur galur kamus


Sifat kamus aneka bahasa yang disusun dipengaruhi oleh latar belakang bahasa golongan sasarannya. Golongan sasaran boleh melibatkan penutur bahasa asli, malahan juga melampaui bahasa nasional, bahasa serantau dan bahasa antarabangsa. Oleh itu, kamus aneka bahasa dilahirkan supaya pengguna kamus boleh memilih kamus yang sesuai dengan tahap pengetahuan dan kegunaan mereka. Sifat Kamus Aneka Bahasa


Click to View FlipBook Version