FOLIO SUKAN
BOLA TAMPAR
Nama murid : Putri Firuz Adriana Binti Mohd Azhar
Kelas : 5 Arif
ISI KANDUNGAN
1. LATAR BELAKANG SUKAN BOLA TAMPAR
2. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
3. PERALATAN DAN PAKAIAN
4. PERSEDIAAN SEBELUM PERMAINAN
5. POSISI PEMAIN
6. KEMAHIRAN ASAS
7. TOKOH BOLA TAMPAR MALAYSIA
ASAL USUL BOLA TAMPAR
Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 –
1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainan
tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru
ini sebagai ”Mintonette”.
Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball”
setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima
oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun1952, Jawatankuasa
Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah
memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan,
“Volleyball”. William G. Morgan
Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball –
FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.
Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di
Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama
untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan
Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik
yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki
manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.
Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan
antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang
menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari
NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan,
telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PERMAINAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
KAWASAN PERMAINAN
Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang
permainan adalah satu segi empat yang berukuran 18m x 9m dikelilingi oleh satu zon
bebas yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m
tinggi dari permukaan permainan.
GARISAN GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan
oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran
gelanggang permainan.
Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan serangan. Garisan tengah berukuran
9m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala garisan serangan dilukis 3m
dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.
ZON-ZON DAN KAWASAN
Zon Depan
Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan. Zon depan
dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.
Zon Belakang
Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan
serangan) hingga ke belakang garisan hujung.
Zon Servis
Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan
oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan
hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.
Zon Penggantian
Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.
Kawasan Memanaskan Badan
Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon
bebas.
Kawasan Penalti
Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan
hujung.
Gambar gelaggang permainan
PETIKAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN
Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta
mematikan bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh
pihak lawan. Setiap pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola itu
(tidak termasuk sentuhan menghadang).
a. Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak
lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu
rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan
berdasarkan 3 set terbaik daripada 5 set (Best of 5) dengan kiraan mata rali 25
mata bagi set pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata
jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set kelima, ia
dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata
jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar gelanggang
apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.
b.Putaran
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,
semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di
posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke
posisi 6 dan seterusnya.
PEMAIN LIBERO (BAB 6 PERATURAN FIVB)
• Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang
memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
• Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan
digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
• Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan
bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon
depan untuk serangan.
RALI
Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang berikut berlaku :
• Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.
• Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
• Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
• Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.
• Seorang pemain menyentuhi simpai /pita putih atas jaring
• Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang
pihak lawan.
• Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling
bola.
• Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam
kawasan serangan 3m.
• Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di
jaring.
• Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.
PERALATAN DAN PAKAIAN
PERALATAN DAN PAKAIAN
JARING
Ketinggian Jaring • Perempuan bawah 18 :2.24m
• Lelaki bawah 18 :2.43m • Perempuan bawah 15 :2.20m
• Lelaki bawah 15 :2.35m
•Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjangyang diletakkan di atas
paksi garisan tengah.
•Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepidan diletakkan
bertentangan jaring
•Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan
ruang lintasan.
•Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagiwanita. Ia diukur dri
tengah gelanggang bermain dengansebatang pengukur.
•Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripadapermukaan bermain dan
tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.
BOLA
•Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit
yangmudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di
dalamnya.
•Warna : Seragam dan cerah
•Ukur lilit : 65-67 cm
•Berat : 260-280 gram
•Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
ANTENA
•Merupakan berukuran 4.8m panjang,dan berdiameter 10mm
•Diperbuat daripada kaca gentian atau bahan yangserupa dengannya yang
mudah lentur
•Diletakkan/diikat pada pinggir luar sebagai penanda tepi
PAKAIAN
•Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan
•Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna
untuksatu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna
kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi jenamanya boleh
berbeza
•Kasut mestilah ringan dan mudah lentuk dengan tapak getah atau kulit
tanpa tumit
•Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum
•Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan
belakang
•Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi
danmempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di
belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut
hendaklah sekurang-kurangnya 2cm
PERSEDIAAN SEBELUM PERMAINAN
CONTOH AKTIVITI PEMANASAN BADAN
i. Senaman Regangan Statik
ii. Senaman Regangan Dinamik
CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR
i. Aktiviti secara berpasangan
POSISI PEMAIN
POSISI PEMAIN
Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelanggang adalah mengikut
strategi sesebuah pasukan.
Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang
permainan.
Arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut
arah jam.
Ketika servis dilaksanakan, setiap pemain perlu berada pada posisi giliran
yang betul.
KEMAHIRAN ASAS
KEMAHIRAN ASAS
Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran
asas dalam permainan bola tampar.
Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola
tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.
A. TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)
1) Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
2) Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
3) Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
4) Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
5) Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
6) Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
7 )Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
8) Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
9) Kendurkan bahagian atas tubuh.
10) Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
B. TEKNIK SERVIS
i. Servis Bawah
1) Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki
membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan.
2) Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan
yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam
keadaan mengepal atau menggenggam.
3) Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul
di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.
ii. Servis Atas
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang
bola.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat
sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk
atau beralun.
C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
1)Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar
2)Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang
kuat
3)Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat
membuat rejaman
D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1) Sama ada run-up atau berdiri setempat
2) Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.
4) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu
untuk merejam bola.
5) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.
6) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7) Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan
mengambil tiga langkah.
8) Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua
belah kaki akan hampir bersama.
E.TEKNIK MENGADANG (BLOCK)
o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
o Jarakkan jari-jari tangan.
o Mata pandang arah pergerakan bola.
o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.
TOKOH BOLA TAMPAR MALAYSIA
Khairol Shazrime Shamsaimon