The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.Indeks Harga Pengguna
2.Inflasi
3.Pengangguran
4.Keluaran Dalam Negara Kasar
5.Pertumbuhan Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sying, 2021-03-23 02:54:34

1.2 Penunjuk Ekonomi

1.Indeks Harga Pengguna
2.Inflasi
3.Pengangguran
4.Keluaran Dalam Negara Kasar
5.Pertumbuhan Ekonomi

1.2 Penunjuk Ekonomi

Penunjuk ekonomi merupakan data-data makroekonomi yang digunakan oleh
penganalisis untuk mentafsir prestasi sesebuah ekonomi secara keseluruhan untuk
mengkaji peluang pelaburan semasa dan akan datang.

Indeks Harga Pengguna (IHP)

• IHP mengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan
yang terpilih dalam ekonomi bagi suatu tahun berbanding dengan suatu tahun
dasar

• Jadual wajaran 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan utama dalam indeks
harga pengguna

Kategori Wajaran (%)
Makanan dan minuman bukan alkohol 30.2
Pengangkutan 13.7
Komunikasi 5.2
Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 23.8
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 4.9
Minuman alkohol dan tembakau 2.9
Restoran dan hotel 2.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan 6.5
Pendidikan 1.1
Hiasan, perkakasan, dan penyelenggaraan isi rumah 3.8
Pakaian dan kasut 3.3
Kesihatan 1.7
Jumlah 100.0

Inflasi

• Inflasi menunjuk kepada ternaik tingkat harga umum barang dan perkhidmatan
secara berterusan dalam sesebuah ekonomi

• Kadar inflasi
1. Inflasi sederhana (2% - 3%)
2. Inflasi merangkak / merayap (4% - 5%)
3. Inflasi hiperinflasi / melampau – kadar inflasi terlampau tinggi sehingga

mencapai beberapa peratus

• Jenis inflasi
1. Inflasi Tarikan Permintaan (DD > SS)
2. Inflasi Tolakan Kos (kenaikan harga faktor pengeluaran)
3. Inflasi diimport (kejatuhan RM & Kadar inflasi di negara pengimport)

• Kesan inflasi
1. Kenaikan harga umum
2. Tabungan berkurang
3. Pendapatan benar berkurangan

Pengangguran

• Pengangguran merupakan satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh yang
sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan

• Jenis pengangguran

1. Pengangguran kitaran (berpunca daripada kemelesetan ekonomi global)

2. Pengangguran berstruktur (perubahan struktur ekonomi negara)

3. Pengangguran geseran (perpindahan pekerjaan)

• Faktor penyebab pengangguran geseran

1. Sikap penganggur yang terlalu memilih pekerjaan sehingga sanggup
menganggur bagi menunggu peluang pekerjaan yang terbaik

2. Penganggur tidak bersungguh-sungguh atau kurang berminat untuk
mencari pekerjaan

3. Penganggur kekurangan maklumat tentang pekerjaan yang ditawarkan
dan pekerja yang kurang mobiliti

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
• KDNK ialah jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam
tempoh setahun
• Jenis pendekatan KDNK
1. Pendekatan keluaran
- mengambil kira nilai ditambah dengan menjumlahkan nilai ditambah

yang dihasilkan oleh setiap sektor ekonomi dalam negara
2. Pendekatan Perbelanjaan
- mengambil kira nilai barang akhir dengan menjumlahkan semua

perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan dalam ekonomi
3. Pendekatan pendapatan
- nilai pendapatan yang diterima oleh pendapatan faktor pengeluaran

produktif sahaja

Pertumbuhan Ekonomi
• Pertumbuhan ekonomi merupakan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa
yang menyebabkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
• Kepentingan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi :
1. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
2. Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat
3. Mengurangkan kadar kemiskinan
4. Merapatkan jurang pendapatan
5. Mempercepatkan penyediaan kemudahan perumahan dan perkhidmatan

kesihatan dan kemudahan

Sebab pertumbuhan ekonomi

• Sumber alam semula jadi
• Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh
• Kemajuan teknologi
• Pelaburan dalam aktiviti ekonomi
• Sistem sosial dan sikap masyarakat

Akibat pertumbuhan ekonomi

• Penyediaan infrastruktur fizikal
• Peningkatan taraf pendidikan pendudukan
• Peningkatan sifat keusahawanan
• Kestabilan politik dan sosial


Click to View FlipBook Version