SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI
TAMAN DAMANSARA ALIFF
DISEDIAKAN OLEH:
ADREANNA KEISYA BINTI KHUMASI @
MUHAMAD ROZAIDI
TINGKATAN:
2 AMBER
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
24/12/2022
1
SENARAI KANDUNGAN
Bil. KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN 3
3. JADUAL KERJA 3
4. OBJERKTIF KAJIAN 4-5
5. KAWASAN KAJIAN 6
6. KAEDAH KAJIAN 6-8
7. HASIL KAJIAN 8
9-12
i. Definisi dan takrifan teknologi hijau 13
13
ii. Menerangkan jenis dan ciri-ciri produk 14-18
teknologi hijau yang terdapat di Taman
Damansara Aliff
iii. Menghuraikan kepentingan amalan teknologi
hijau
iv. Menjelaskan punca atau halangan amalan
teknologi hijau tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian
v. Mencadangkan usaha-usaha yang boleh
meningkatkan penggunaan teknologi hijau
yang bersesuaian
8. RUMUSAN
9. RUJUKAN
10. LAMPIRAN
2
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja lapangan Geografi Tingkatan 2 tentang
KAJIAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN DAMANSARA ALIFF.
Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK SULTAN
ISMAIL, Tuan Razali bin Tamadi kerana membenarkan saya untuk manjalankan kerja
lapangan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada cikgu geografi tersayang saya iaitu
Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana tunjuk ajar beliau yang jitu menjadi panduan dalam
menjayakan kerja lapangan saya.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada ibu bapa saya yang memberi
sokongan sepenuhnya kepada saya dengan proses menyiapkan kerja lapangan ini. Akhir
sekali, saya ingin berterima kasih kepada para responden iaitu penduduk Taman Damansara
Aliff dalam menjayakan penyiapan kerja lapangan saya.
PENDAHULUAN
Saya, Adreanna Keisya binti Khumasi @ Muhamad Rozaidi di SMK Sultan Ismail telah
menjalankan kerja lapangan tentang AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
PERUMAHAN dengan membuat pemerhatian dan marujuk daripada Internet dan
buku-buku yang berkaitan. Saya telah membuat pelbagai kajian berkaitan contoh
dan jenis amalan teknologi hijau yang dilaksanakn oleh warga taman perumahan,
kepentingan mengamalkan penggunaan teknologi hijau serta beberapa faktor
halangan daripada mangamalkannya. Selain itu, saya juga mengkaji tentang
cadangan Langkah-langkah atau usaha yang boleh meningkatkan penggunaan
teknologi hijau yang bersesuaian. Saya telah menjalankan kerja lapangan ini selama
dua minggu dan menggunakan tiga kaedah iaitu kaeah pemerhatian, kaedah soal
selidik dan kaedah rujukan dalam melengkapkan kerja lapangan saya.
3
JADUAL KERJA
BIL. TARIKH PERKARA CATATAN
1. 5 Disember i. Menerima taklimat tentang kerja ➢ Penyampaian taklimat
2022 lapangan daripada cikgu geografi, Puan di makmal komputer
(KHAMIS) Hanifah binti Jamaluddin
ii. Mencatat informasi penting do testpad
2. 9/12/2022 i. Membuat pelan tentang penyiapan ➢ Menyiapkan kerja di
(ISNIN) kerja lapangan Microsot Word
ii. Menyiapkan penghargaan dan
pendahuluan kerja lapangan
3. 11/12/2022 i. Menyiapkan Google Form sebagai soal ➢ Menyediakan Google
(RABU) selidik Form di laman
sesawang Google
4. 14/12/2022 ii. Menghantar link dan qr code google Form Creator
(SABTU) form tersebut ke dalam grup Whatsapp
Taman Damansara Aliff
5. 17/12/2022
(SELASA) i. Menangkap gambar di sekitar kawasan ➢ Buat sendiri
Taman Damansara Aliff sebagai ➢ Menangkap gambar
dapatan kajian
menggunakan kamera
ii. Menyiapkan isi kandungan, objektif Iphone di kawasan
kajian dan kaedah kajian dalam kerja kajian pada waktu
lapangan petang
➢ Memuat turun gambar
yang diberikan oleh
responden dalam
google form
i. Melayari internet bagi mendapatkan ➢ Melayari laman sesawang
maklumat berkaitan kawasan kajian Taman Damansara Aliff
iaitu Taman Damansara Aliff dan ➢ Menggunakan Microsoft
konsep teknologi hijau Word
ii. Menyiapkan dapatan kajian tersebut
dalam kerja lapangan:
a) Konsep dan takrifan tekonologi
hijau
b) Latar belakang kawasan kajian
4
6. 19/12/2022- i. Menyiapkan dapatan kajian berikut ➢ Merujuk hasil data
23/22/2022 dalam kerja lapangan: balasan responden di
(KHAMIS) – a) Dapatan tentang penggunaan soal selidik Google
(ISNIN) teknologi hijau di kawasan kajian Form dan hasil data
b) Cadangan usaha meningkatkan daripada kajian di
7. 24/12/2022 penggunaan teknologi hijau yang Notes
(SELASA) bersesuaian
➢ Memuat turun hasil
ii. Menyiapkan rumusan kerja lapangan, analisis responden di
sumber rujukan dan lampiran dalam Goodle Form
kerja lapangan
➢ Mengggunakan
i. Menyemak kerja lapangan sebelum laman sesawang
dihantar https://www.flipb
ookpdf.net/ untuk
ii. Convert fail dokumen kerja lapangan convert dokumen
kepada PDF lalu Flipbook fail
iii. Menghantar tugasan kerja lapangan ➢ Menggunakan
kepada guru geografi aplikasi Telegram
bagi menghantar
kerja lapangan
5
OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
a) Menyatakan konsep dan takrifan teknologi hijau
b) Menerangkan jenis dan ciri-ciri produk teknologi hijau yang terdapat di Taman
Damansara Aliff
c) Menghuraikan kepentingan amalan teknologi hijau
d) Menjelaskan punca atau halangan amalan teknologi hijau tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian
e) Mencadangkan usaha-usaha yang boleh meningkatkan penggunaan teknologi hijau
yang bersesuaian
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Damansara Aliff. Kawasan ini merupakan sebuah taman
perumahan yang terletak di Tampoi, Johor Bahru dan dibangunkan oleh sebuah syarikat
hartanah Johor Land Bhd atau dikenali sebagai JCORP pada 2006. Tampoi terdiri daripada
Aliff Avenue, Aliff Square, Capital City, Central Park, Danga Boulevard, Jentayu Residency
dan The Aliff Residences. Antara binaan yang terdapat pada projek ini ialah 1,650 kps hingga
4,037 kps untuk rumah, 12,926 kps untuk pejabat dan 4,160 kps hingga 4,814 kps untuk
pejabat kedai. Di samping itu, kawasan taman perumahan ini mempunyai pelbagai
kemudahan infrastruktur seperti hospital, sekolah, taman permainan dan klinik. Contohnya,
Hospital Permai, Primer Cherang Klinik, Central Park JB dan Sekolah Kebangsaan serta
Sekolah Menengah Taman Damansara Aliff. Antara contoh pandang darat fizikal yang
terdapat di kawasan ini ialah tanah pamah yang rata, bukit dan sungai. Bukan itu sahaja,
antara pandang darat budaya yang terdapat di kawasan kajian ini adalah seperti taman
perumahan, masjid, sekolah, klinik dan sebagainya.
6
Peta 1 : Peta Johor Bahru, Johor
Peta 2 : Peta Lokasi Kawasan Kajian
(Taman Damansara Aliff )
7
Gambar 1 : Kawasan kajian
KAEDAH KAJIAN
Penggunaan kaedah yang bersesuaian dapat membantu dengan memperoleh maklumat
dengan lebih mudah dan tepat. Antara kaedah yang saya gunakan adalah seperti:
1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian dengan melawat sekitar kawasan Taman Damansara Aliff
dan memerhati amalan teknologi hijau yang dilakukan oleh penduduk Taman Damansara
Aliff. Melalui pemerhatian tersebut, saya mengumpul data yang diperolehi dengan
mengambil gambar dan mencatat maklumat penting dalam Notes.
2. Soal selidik
Kaedah ini berguna bagi mengumpulkan maklumat dengan memberi borang soal selidik.
Oleh itu, saya telah berkongsi sebuah ‘google form’ untuk diisi oleh responden iaitu
penduduk Taman Damansara Aliff tentang usaha mereka dalam mengamalkan amalan
teknologi hijau dalam kehidupan seharian dan lain-lain.
3. Rujukan
Saya telah melayari Internet seperti Google Map dan beberapa laman sesawang serta
merujuk buku-buku geografi bagi mendapat maklumat yang berkaitan dengan topik kerja
lapangan ini seperti tentang maklumat kawasan kajian ini dan informasi berguna berkaitan
amalan teknologi hijau.
8
HASIL KAJIAN
a) Definisi dan takrifan teknologi hijau
i. Internet
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam semulajadi bagi menangani impak negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi
hijau, kita menggunakan sumber-sumber tenaga seperti air, ombak dan
sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Teknologi hijau
juga merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
ii. Buku Geografi
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, aplikasi
produk, peralatan serta sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
dan alam semula jadi bagi meminimumkan kesan negative daripada aktiviti
manusia. Selain itu, teknologi hijau merupakan teknologi yang selamat
digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan selaras dengan konsep pembangunan lestari.
b) Jenis dan ciri-ciri produk teknologi hijau yang terdapat di kawasan kajian
Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati beberapa contoh produk teknologi hijau
yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan penduduk Taman Damansara Aliff. Antara
contoh berikutnya:
i. Lampu LED
Lampu LED melindungi alam sekitar dengan tidak mengandungi unsur berbahaya
seperti merkuri dan xenon, yang kondusif untuk kitar semula manakala lampu
biasa mengandungi unsur berbahaya seperti merkuri dan plumbum. Kajian kerja
lapangan ini menunjukkan bahawa residen Taman Damansara Aliff
menggunakan lampu LED sebagai lampu utama di rumah mereka buka sahaja
kerana tahan lama, malah kerana penggunaan lampu LED sangat efisien dan
9
menjimatkan tenaga berbanding lampu biasa. Bukan itu sahaja, lampu jalan di
persekitaran taman juga menggunakan lampu LED.
ii. Kereta Hybrid
Kereta hibrid merupakan kereta mesra alam kerana ia menggunakan tenaga
elektrik bukan menggunakan tenaga bahan api fosil. Oleh itu, kereta hibrid dapat
mengurangkan pencemaran udara kerana tidak melepaskan asap toksik daripada
ekzos. Hanya seorang penduduk Taman Damansara Aliff menggunakan kereta
hibird iaitu kereta Toyota Prius.
iii. Baja kompos
Warga Taman Damansara Aliff kerap menanam pokok di persekitaran rumah.
Majoriti penduduk memilih untuk menggunakan baja kompos sebagai medium
tanaman mereka kerana lebih murah berbanding baja kimia dan mempunyai
banyak manfaat berbanding baja kimia. Baja kompos atau baja 10organik yang
kaya dengan nutrient membantu mengekalkan air untuk kegunaan tumbuhan
dan lebih sihat untuk alam sekitar. Mereka mengkitar semula sisa dapur sebagai
bahan baja kompos dan tidak perlu membeli banyak beg sampah atau
membuang sampah sekerap.
c) Kepentingan amalan teknologi hijau
i. Menjana Tenaga
➢ Dapat menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos yang murah,
selamat dan mesra pengguna
➢ Merangkumi tenaga yang boleh diperbaharui dan alternatif seperti angin,
ombak, suria dan lain-lain
➢ Menjimatkan tenaga dan sumber asli
➢ Mempromosikan pembuatan produk pembuatan peralatan atau mesin
yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam
➢ Mempromosikan kecekapan tenaga negara
10
ii. Sosial
➢ Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran
➢ Menjaga dan meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
➢ Mencegahkan pencemaran udara, air dan bunyi
➢ Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan
➢ Meningkatkan kualiti hidup
iii. Ekonomi
➢ Mengurangkan kos operasi
➢ Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
➢ Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
➢ Industri yang membangunkan produk teknologi hijau menyediakan
banyak peluang pekerjaan
➢ Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan
iv. Memelihara dan memulihara alam sekitar
➢ Mengurangkan pembuangan bahan tercemar
➢ Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
➢ Menjamin kelestarian alam semula jadi
➢ Meningkatkan kualiti udara dan air
d) Punca atau halangan amalan teknologi hijau tidak diamalkan dalam kehidupan
seharian
Berdasarkan kajian yang saya lakukan, terdapat beberapa faktor yang menghalang
perlaksanaan amalan teknologi hijau :
i. Akibat daripada kesibukan bekerja dalam kehidupan seharian, sesetengah
induvidu mempunyai tiada masa untuk melakukan amalan teknologi hijau seperti
membuat baja kompos dan mengasingkan sisa pepejal di rumah kerana ia
memerlukan masa untuk dilaksanakan.
ii. Sesetengah amalan atau produk teknologi hijau memerlukan kos modal yang
tinggi menyebabkan induvidu yang mempunyai kekurangan kewangan tidak
11
mampu untuk melaksanakan amalan teknologi hijau. Contohnya, kereta hibrid
memerlukan kos lebih tinggi berbanding kereta biasa.
iii. Kurang kesedaran wujud di kalangan masyarakat tentang kepentingan amalan
teknologi hijau kerana perkara ini tidak dijadikan kebiasaan masyarakat dalam
rutin harian.
e) Usaha-usaha yang boleh meningkatkan penggunaan teknologi hijau
Antara usaha atau Langkah-langkah untuk menerapkan penggunaan teknologi
hijau ialah :
i. Individu yang kesibukan boleh hanya mempraktikkan amalan teknologi hijau
yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan
seperti meletakkan tadahan air hujan di persekitaran rumah, membuang
sampah secara betul dan menutup suis elektrik ketika tidak digunakan. Usaha
kecil seperti ini masih menyumbang kepada pencapaian matlamat
meningkatkan kualiti alam semula jadi dan kehidupan.
ii. Para masyarakat boleh memikirkan amalan teknologi hijau lain yang boleh
mengikut bajet masing-masing tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.
Contohnya, mengambil pengangkutan awam atau berjalan ke suatu destinasi
serta menggunakan beg sendiri bagi membeli-belah juga dikira sebagai
amalan teknologi hijau.
iii. Pihak kerajaan seharusnya mengadakan program kesedaran amalan hijau
bersama masyarakat setempat secara besaran agar ramai orang dididik dan
diberi kesedaran tentang kepentingan amalan teknologi hijau dan
meningkatkan buadya hijau di kalangan masyarakat.
12
RUMUSAN
Secara konklusinya, berdasarkan kajian yang saya laksanakan, majoriti residen kawasan
kajian saya menerapkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan masing-masing
kerana teknologi hijau memberi variasi manfaat kepada hidupan dalam pelbagai aspek.
Contohnya, dalam aspek kesihatan fizikal, amalan teknologi hijau membantu menghasilkan
kualiti persekitaran alam semula jadi yang bersih dan bebas daripada pencemaran
membentuk masyarakat bebas daripada penyakit berjangkit seperti penyakit demam
denggi, malaria dan sebagainya. Dengan ini, jumlah pesakit akan berkurangan dan pihak
kerajaan tidak perlu menjana dan menabur wang dalam isu-isu kesihatan. Malahan, pihak
kerajaan boleh menabur wang tersebut bagi membina dan meproduksi lebih banyak
teknologi hijau yang canggih dan mesra alam bagi meningkatkan kualiti kehidupan
masyarakat dan alam semula jadi serta dapat memajukan negara dari segi ekonomi negara.
Oleh itu, saya berharap amalan teknologi hijau dapat dijadikan sebagai budaya hidup dalam
semua kehidupan induvidu tidak kira bangsa, umur dan status supaya generasi akan datang
dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan sihat dengan tiadanya wujud isu
pencemaran toksik, penyakit kronik dan sebagainya.
RUJUKAN
a) Buku Teks Geografi Tingkatan 2
b) https://www.google.com/maps/place/Taman+Damansara+Aliff,+81200+Johor+Bahru,+Johor
/@1.5075696,103.7158595,17z/data=!4m5!3m4!1s0x31da728e6cdfe299:0x4a2753cd6f31af
61!8m2!3d1.50884!4d103.7139502
c) https://www.land.plus/tampoi/damansara-aliff
d) http://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/
13
LAMPIRAN
a) GOOGLE FORM – SOAL SELIDIK
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeE81j9iwEOq8duZKeXp8LS2WH1uUx1pp8GeMfKllNzg
ByQzw/viewform?usp=sf_link
14
b) ANALISIS RESPONDEN SOAL SELIDIK
15
16
c) GAMBAR AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Gambar 1 : Lampu jalan LED di kawasan kajian
Gambar 2: Kereta Toyota Prius
17
Gambar 3: Baja kompos
Gambar 4: Penanaman pokok
18