The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibuayahiloveu, 2021-01-27 07:40:23

TAKLIMAT PANDUAN RINGKAS DISIPLIN MURID

TAKLIMAT PANDUAN RINGKAS DISIPLIN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN
MUHIBBAHRAYA, TAWAU

TAKLIMAT PANDUAN RINGKAS DISIPLIN MURID
BUKU PANDUAN DISIPLIN MURID
KEHADIRAN DI SEKOLAH
TATALAKU DI SEKOLAH
PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI
KEBERSIHAN
PENJAGAAN HARTA BENDA SEKOLAH
KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

BUKU PANDUAN DISIPLIN MURID

KEHADIRAN DI SEKOLAH

1. Murid WAJIB ke sekolah. Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu,
hendaklah mengemukakan surat dari doktor, atau ibu bapa / penjaga dan memberikannya kepada guru
kelas.

2. Murid yang datang lewat ke sekolah hendaklah merekodkan nama dalam Buku Rekod Kedatangan Lewat
di kelas dan memaklumkan kepada guru kelas.

3. Murid dilarang keluar dari kelas atau kawasan sekolah semasa pembelajaran berlangsung dan tanpa
kebenaran guru atau Guru Besar.

TATALAKU DI SEKOLAH

1. Murid hendaklah sentiasa bersikap baik di sekolah. Murid hendaklah bangun dan mengucap salam
kepada guru, Guru Besar atau orang yang lebih tua apabila mereka masuk dan keluar kelas.

2. Murid hendaklah mematuhi peraturan sekolah setiap masa dan menghormati orang yang lebih tua.

3. Murid hendaklah patuh arahan Guru Besar, guru-guru, Ketua pengawas, Pengawas-pengawas, Ketua
Kelas, dan Penolong Ketua Kelas.

4. Murid digalakkan menulis nama pada setiap alat tulis dan barangan mereka. Ini untuk mengelakkan
kehilangan atau tertukar dengan rakan lain. Murid bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan harta
benda sendiri pada setiap masa.

PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI

1. Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai setiap masa ketika waktu persekolahan.
2. Pakaian hendaklah sentiasa bersih, kemas dan sopan.

KEBERSIHAN

1. Murid mesti menjaga kebersihan diri terutamanya rambut, kuku, gigi dan seluruh anggota tubuh badan.

2. Murid mesti menjaga kebersihan kelas, bilik-bilik khas, kantin, bangunan sekolah, padang permainan dan
tandas sekolah sepanjang masa.

3. Semua sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

PENJAGAAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Murid hendaklah menjaga keselamatan harta benda sekolah setiap masa.
2. Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran Guru Besar atau guru-guru berkenaan.
3. Lampu dan kipas hendaklah dimatikan apabila tidak diperlukan. Pili air ditutup selepas digunakan.
4. Segera laporkan kepada guru apabila terdapat harta benda sekolah yang rosak dan hilang.
5. Murid yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan harta benda sekolah dikehendaki
membayar ganti rugi yang setimpal dengan harta / barang yang rosak atau hilang.

KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

1. Murid hendaklah berbaris dengan tertib apabila menuju ke arah kantin dan bilik-bilik khas. Elakkan
menolak, bergaduh dengan rakan atau berbuat bising.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1. Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Murid yang sakit, perlu
melaporkan kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk diberi pengecualian daripada mengikuti
aktiviti.

2. Murid mesti memakai pakaian rasmi sukan sekolah semasa mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Sekiranya tiada, murid dibenarkan memakai baju T berwarna putih dan seluar track berwarna
hitam atau biru tua sahaja.

Disediakan Oleh:
Badan Disiplin SK Muhibbahraya, Tawau

Cikgu Harijah Usman Ustazah Dayang Ezreny Ali Yussof
Guru Disiplin Pagi Guru Disiplin Petang


Click to View FlipBook Version