Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya Buletin Cawangan Jalan Tahun 2022 ini terhasil. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah Kanan Cawangan Jalan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan pasukan dalam menghasilkan naskah ini. Tanpa sistem sokongan yang utuh dan padu, tidak mungkin Buletin ini dapat disiapkan pada masa yang sangat terhad. Di sini, ingin saya memanjangkan ucapan terima kasih terutama kepada Penolong Ketua Editor dan ahli Sidang Redaksi atas kerjasama yang diberikan di samping maklumat-maklumat yang dikemukakan. Dengan adanya pasukan yang komited serta bertungkus lumus dalam menjayakan naskah ini, maka terhasillah Buletin ini untuk dikongsikan kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 Penaung: Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman Menjalankan Tugas Pengarah Kanan Cawangan Jalan Ketua Editor: Wan Norisa Wan Yusoff Penolong Ketua Editor: Aedia Juhana Abdul Rahim S I D A N G R E D A K S I Ir. Ts. Mohd Aznan Shukri Mohamed Safian (UPKZT 1) Rosmaliza Mat Ali (UPKZTimur 3) Aqilah Sazali (UPKZS 2) Nurul Jannah Baharuddin (UPKZT 1) Mohd Sanusi Ismail (UPK ECER 1) Ir. Ts. Budi Iskandar Ibrahim (UPK ECER 2) Amzafriah Ayob (BPPZU) Siti Norjiha Emamali (BPPZS) Mohamad Syakhawi Ramli (BPPZTimur) Mohamad Hashim Ishak (BPPZT) Nur Fatihah Muhamad Noor (BPPZLB) Mohammad Arif Fadzly Ishak (UPK ECER) Nurul Aishah Mohd Taib (UPKZU 1) Viknesh John Vincent (UPKZU 2) Ir. Ts. Mohd Mawardi Hassim (UPKZU 3) Nurul Wahida Mohamed (UPKZTimur 1) Mohamad Nor Hazwan Zaini (UPKZT 2) Shariman Daud (UPKZTimur 2) Ahli Sidang Redaksi: Mohd Najmi Abd Razak (BPIS) Puteri Zaharah Abdul Jalil (BPIS) Mohamad Wan Rashidin Shahron (BPIS) Siti Noor Adibah Ramlan (PPKCJ) Mohd Hawari Muhamad Ali (PPPKJJ) Norazlina Umar (PIPC & PPKJ) Arif Haikal Isa (BPKS) Nurul Haziemah Razali (PMO) Muhamad Huzaifah Wan Rosli (BKUB) Muhammad Azrain Azahari (BPTU) Muhammad Ali Joten (BRJZLB) Alif Zuwairi Baharuddin (BRJambatan) Muhd Faiz Shukor (BAPKJ) Nur Afira Md. Darham (BKT) Norliza Othman (BKF) Ahmad Amer Izzudin Abdul Halim (BIM) Nur Azrien Abd Aziz (UDA) Akhir kata, saya menyahut seruan Tuan Pengarah Kanan Cawangan Jalan sebagaimana perutusan beliau, supaya memastikan penerbitan Buletin Cawangan Jalan akan diteruskan secara konsisten pada tahun-tahun akan datang. Diharapkan Buletin ini akan menjadi wadah perkongsian ilmu secara teknikal mahupun bukan teknikal dari Cawangan Jalan kepada seluruh warga Jabatan supaya segala perkongsian ilmu dan maklumat ini tidak berakhir di kalangan warga Cawangan Jalan sahaja. Sekian, terima kasih. Wan Norisa Wan Yusoff Ketua Editor Noor Julieana Mohamed (UPK ECER 3) Tuan Surlina Tuan Yeh (UPK ECER 4) Muhammad Asyraf Roslan (BRJZU) Mohd Azlan Nobiran (BRJZS) Mohd Fauzie Ismail (BRJZTimur) Siti Hawarulain Mohd Iba (BRJZTimur) Mohd Shukri Zakaria (BRJZT)
Tahniah daripada warga Cawangan Jalan di atas pelantikan sebagai PENGARAH KANAN PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI (CREATE) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA kepada Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Alhamdulillah, dengan izinNya saya bersyukur kerana diberi kesempatan terlibat dalam penghasilan Buletin Cawangan Jalan Tahun 2022. Walaupun dihasilkan dalam tempoh masa yang terhad, diharapkan ‘buah tangan’ ini dapat memberi informasi berkenaan Cawangan Jalan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022 secara ringkas dan padat. Sebagai pengetahuan semua, Cawangan Jalan merupakan cawangan yang terbesar di Jabatan ini yang terdiri daripada Head of Project Team, Head of Design Team, Unit Projek Khas dan Bahagian Sokongan Teknikal. Dan seperti juga yang kita tahu bahawa pasukan inilah yang menjadi tunggak utama untuk menggerakkan kerja atau core business Jabatan. Maka, besar harapan saya agar warga Cawangan Jalan terus meningkatkan usaha dalam menyampaikan hasil kerja yang bermutu agar terus berdaya saing seiring dengan peredaran zaman. Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi di atas penghasilan Buletin Cawangan Jalan Tahun 2022 ini. Semoga dengan terhasilnya buletin ini menjadi titik tolak kepada Ketua Editor, Penolong Ketua Editor dan ahli Sidang Redaksi untuk menghasilkan buletin secara konsisten pada tahun-tahun mendatang dengan kandungan yang lebih menarik dan berinformasi. Sekian, terima kasih.
YBrs. Ir. MOHAMED AMIN BIN KASIM, Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 18 Oktober 1984 di Jabatan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Perak. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam Perkhidmatan Awam di pelbagai gred jawatan dan telah menamatkan perkhidmatan akhir sebagai Pengarah Kanan Cawangan Jalan pada 19 APRIL 2022. Di atas khidmat bakti sepanjang dalam Perkhidmatan Awam, beliau telah mendapat pengiktirafan seperti Jurutera Professional dan ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE). Beliau juga telah dikurniakan Pingat Ahli Setia Mahkota (A.S.K) Negeri Kelantan. Di sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Audit Teknikal Projek MRT, Ketua Pasukan Audit Penasihat Teknikal Perbadanan Aset Keretapi, Penasihat Projek Rapid Transit System (RTS), Ketua Penilai Anugerah Pengurusan JKR Terbaik dan Ketua Pasukan Audit ISO 9001. Beliau juga pernah mengetuai penyediaan kertas kerja untuk Kelulusan Khas Pelantikan Perunding Ukur Tanah Secara Penggiliran kepada Kementerian Kewangan dan Ketua Penemuduga untuk pentauliahan Kompetensi Land Transport Engineering JKR. Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. MOHAMED AMIN BIN KASIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah S.W.T. YBrs. Ir. HASMI BIN AHMAD, Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 1 Mac 1985 di Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam Perkhidmatan Awam di pelbagai gred jawatan dan telah menamatkan perkhidmatan akhir sebagai Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) pada 1 OKTOBER 2022. Di atas khidmat bakti sepanjang dalam Perkhidmatan Awam, beliau telah mendapat pengiktirafan seperti Jurutera Profesional (PEPC), Professional Engineer (MIEM) dan Registered Program Director. Di sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah dilantik sebagai Panel Pakar Penyelia Bersama (Industri) Final Year Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Pahang (2016-2020), Ahli Jawatankuasa Pengajian Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Pahang (2019-2021). Beliau juga telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir HASMI BIN AHMAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah S.W.T. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2
di atas pelantikan sebagai PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA di atas pelantikan YBRS. Ir. MOHAMAD SHARIP BIN WAHIJAN sebagai PENGARAH PAKAR KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN CAWANGAN JALAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA YBRS. Ir. ROZITA BINTI MAT SENAPI sebagai PENGARAH PEMBINAAN PENGURUSAN PROJEK KHAS JALAN CAWANGAN JALAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA dan
O B J E K T I F V I S I M I S I C A W A N G A N J A L A N VISI Melaksanakan pembangunan mampan dalam pelaksanaan projek-projek jalan untuk kepentingan generasi sekarang dan yang akan datang 2 MISI Menjadi pusat kecermelangan di dalam pembangunan infrastruktur jalan melalui pendekatan modal insan yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini OBJEKTIF ▪ Untuk menyediakan Jalan Persekutuan dan Infrastruktur Jambatan sebagaimana skim tanah kebangsaan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan negara ▪ Untuk menyelaras pembinaan dan membaiki jalan-jalan kampung untuk memastikan KawasanKawasan membangun berhubung dengan baik ▪ Untuk memastikan jalan-jalan persekutuan dan jambatan-jambatan sedia ada disenggara dengan baik, diperbaiki dan dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih selamat B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2
OBJEKTIF Sempena 11th Malaysian Road Conference & Exhibition and International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress, Cawangan Jalan melalui Bahagian Rekabentuk Jambatan telah dianugerahkan Road Engineering Excellence Award 2022 bagi Projek Jambatan Menghubungkan Kg Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan (Merentasi Sungai Perak). Anugerah telah di sampaikan oleh YB Menteri Kanan Kerja Raya kepada Ir. Tuan Khusairry Tuan Abdul Manaf selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jambatan. Penganugerahan Road Engineering Excellence Award 2022 - Projek Jambatan Menghubungkan Kg Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan (Merentasi Sungai Perak) Slot Dimensi Teknologi di Saluran Berita RTM 25 Jun 2022 Saluran Berita RTM telah menyiarkan slot Dimensi Teknologi di mana memaparkan projek-projek Building Information Modelling (BIM) JKR yang melibatkan projek-projek BIM Infrastruktur Jalan dan Jambatan. Paparan projek-projek BIM di Cawangan Jalan yang diketengahkan ialah projek rintis di bawah pelaksanaan kontrak Reka & Bina, Konvensional Dalaman dan Konvensional Perunding. Pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan merangkumi semua proses kitar hayat projek bermula daripada Perancangan, Reka Bentuk, Pembinaan sehingga Serahan. Model BIM terdiri daripada dimensi 3D dan 4D yang melibatkan koordinasi pelbagai disiplin telah dipaparkan sewaktu siaran ini. 3 P E N C A PA I A N C A W A N G A N J A L A N
4 PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI Seramai 21 pegawai Cawangan Jalan telah dianugerahkan Sijil Kompetensi JKR dalam pelbagai bidang iaitu: i. Kejuruteraan Jalan ii. Kejuruteraan Keselamatan Jalan iii. Building Information Modelling (BIM) KEJURUTERAAN JALAN KEJURUTERAAN KESELAMATAN JALAN BIM 8 pegawai 10 pegawai 3 pegawai KOMPETENSI KEJURUTERAAN JALAN TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 KOMPETENSI KEJURUTERAAN KESELAMATAN JALAN TAHAP 2 TAHAP 3 KOMPETENSI BIM MODELLER (JAMBATAN) MODELLER (JALAN) COORDINATOR MANAGER Petunjuk: Seorang Pegawai P E N C A PA I A N C A W A N G A N J A L A N B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2
Bil. 1/2022 Pengurusan Risiko Projek Cawangan Jalan Bil. 2/2022 Impacts of Biodiversity In Road & Transportation Projects Bil. 3/2022 Kepentingan Sistem Saliran di Lorong Motosikal Bil. 4/2022 Integrity & Performance of Bridge Structure DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT PAKAR KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN CAWANGAN JALAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA Tingkat 21, Menara PJD No. 50, Jalan Tun Razak 5 50400 Kuala Lumpur
B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 6
Infografik BIM for Roads and Bridges menerangkan apakah LOD300 bagi projek-projek infrastruktur jalan. LOD300 merupakan model reka bentuk terperinci bagi infrastruktur jalan secara informatif 3D yang dibangunkan daripada model reka bentuk awalan. LOD300 mengandungi maklumat seperti skop kerja, keperluan reka bentuk, spesifikasi dan sebagainya. TAHUKAH ANDA? 7 Disiarkan pada 10 November 2022
TAHUKAH ANDA? Infografik Garis Panduan Utiliti RMKe-12 ini menjelaskan skop pematuhan, kaedah pembiayaan dan pelaksanaan terkini bagi kerja-kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti bagi semua tanah milik dan rizab kerajaan. Garis Panduan Utiliti RMKe-12 ini menggantikan Garis Panduan Utiliti RMKe-11 berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. 10 Disiarkan pada 10 November 2022 B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 68
LAWATAN TAPAK 9 Projek Membina Laluan Kuala Terengganu Bypass 24 Januari 2022 Kuala Terengganu, Terengganu Lawatan tapak oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik bersama Menteri Kerja Raya bagi melihat kemajuan kerja di tapak bagi Projek Membina Laluan Kuala Terengganu Bypass. Kerosakan Jambatan Sungai Semenyih, Seksyen 349.50, Jalan Kuala Lumpur-Seremban (FT001), Hulu Langat, Selangor 25 Januari 2022 Hulu Langat, Selangor Bahagian Kejuruteraan Forensik membuat pemeriksaan apabila terdapat aduan kerosakan di Jambatan Sungai Semenyih, Seksyen 349.50, Jalan Kuala Lumpur – Seremban (FT001), Daerah Hulu Langat, Selangor. Aduan diterima pada 24 Januari 2022 darimCawangan Senggara Fasiliti Jalan. Kerosakan yang dilaporkan berlaku pada struktur pier head jambatan. Kerosakan tersebut berlaku akibat kejadian banjir pada 18 Disember 2020 dan dimaklumkan oleh penduduk berdekatan bahawa air sungai adalah sangat deras dan mencecah paras soffit rasuk sewaktu kejadian. Pemeriksaan forensik dilaksanakan bagi memberikan laporan maklumat siasatan dari aspek kejuruteraan terhadap kerosakan jambatan bagi penambahbaikan kebolehkhidmatan dan integriti struktur jambatan.
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 10 Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Marang, Terengganu 25 Januari 2022 Tapak Projek Jambatan Sungai Marang, Terengganu Majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya bersama Menteri Besar Terengganu sebagai simbolik permulaan sesebuah projek pembinaan. Majlis diselaraskan oleh Unit Projek Khas Timur 1. Bahagian Kejuruteraan Forensik telah menerima aduan kerosakan Jambatan Kampung Belukar Bukit dari JKR Negeri Terengganu pada 6 Mac 2022. Kerosakan yang dilaporkan berlaku pada salah satu abutment jambatan yang telah mengalami scouring dan hakisan tebing (erosion) di jalan tuju jambatan sehingga berlaku runtuhan akibat bencana banjir. Pemeriksaan dilaksanakan bagi memberikan laporan maklumat siasatan dari aspek kejuruteraan terhadap kerosakan jambatan yang dialami bagi penambahbaikan kebolehkhidmatan dan integriti struktur jambatan. 10 Mac 2022 Jambatan Kampung Belukar Bukit, Laluan T115 Kuala Berang – Belukar Bukit – Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu Kerosakan Jambatan Kampung Belukar Bukit, Laluan T115 Kuala Berang – Belukar Bukit – Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu
LAWATAN TAPAK 11 Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Jalan Persekutuan FT3208 ke Jalan 132 Kaki, Serendah, Selangor 14 Mac 2022 Masjid Perodua Serendah, Selangor Taklimat tender dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada kontraktor berkenaan projek yang akan dilaksanakan. Lawatan tapak adalah wajib bagi kontraktor sewaktu taklimat untuk mengenalpasti keadaan sebenar di tapak. Aktiviti dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah. Lawatan ke Tapak Percubaan Produk Perabot Jalan 17 Mac 2022 Jalan Persekutuan Daerah Hulu Selangor, Selangor Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard bersama Cawangan Senggara Fasiliti Jalan melawat tapak percubaan penggunaan produk Plastiroute Rumble Strip, Aquaroute Waterborne Roadmarking Paint dan Premark Preformed Thermoplastic oleh Syarikat Geveko Sdn. Bhd. di Hulu Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk menentusah prestasi produk melalui ujian yang dijalankan di tapak seperti Retroreflectivity Test dan Skid Resistance Test. Hasil keputusan ujian yang dijalankan dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JKR-LLM) Kelulusan Produk Bagi Kerja-Kerja Jalan.
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 12 Lawatan Tapak Projek Membina Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan 12 April 2022 Kampung Sejagop, Perak Tengah, Perak Unit Projek Khas Zon Utara menerima kunjungan hormat Pengarah Kanan Cawangan Jalan iaitu YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim sebelum persaraan beliau. Kajian Penambahbaikan Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan FT002, Selangor 15 Jun 2022 Lorong Motorsikal Lebuhraya Persekutuan FT002, Selangor Lawatan tapak oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik bagi Kajian Penambahbaikan Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan FT002, Selangor bersama JKR Petaling Jaya, JKR Daerah Klang, JKR Negeri Selangor, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dan Head of Design Team Cawangan Jalan.
LAWATAN TAPAK 13 Program Champion Pelaksanaan Kajian Keberkesanan Silt Trap di Tapak Bina 15 Jun 2022 - 1 November 2022 Perasing, Terengganu Pasir Era, Kelantan Setiu, Terengganu Felda Air Tawar, Johor Lawatan ke tapak projek bagi membuat kajian keberkesanan Silt Trap di tapak bina oleh Bahagian Reka Bentuk Zon Luar Bandar. Bahagian Pengurusan Zon Utara menerima lawatan kerja dari Menteri Kanan Kerja Raya bersama Ketua Pengarah Kerja Raya ke projek ini. Lawatan Kerja Menteri Kanan Kerja Raya ke Projek Membina Jalan Tuju ke Jambatan Kuala Kurau, Perak 20 Jun 2022 Daerah Kerian, Perak Verifikasi dan Semakan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor 19 Julai 2022 & 24 Ogos 2022 Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor Verifikasi dan semakan terhadap cadangan kontraktor bagi kerja pembaikan jalan laluan lori keluar Malaysia (outbound) oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Selatan.
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 14 Lawatan Teknikal Sepanjang Jajaran 16 Jun 2022 Sepanjang Jajaran Projek Pakej 1 Unit Projek Khas Zon Utara 2 telah membuat lawatan teknikal ke tapak projek bagi memastikan keadaan tapak siap sepenuhnya mengikut skop yang ditetapkan di dalam kontrak sebelum Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kunjungan Hormat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) Wilayah Persekutuan 28 Jun 2022 Bilik Mesyuarat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Sesi kunjungan hormat antara Head of Project Team, Superintendent Officer Unit Projek Khas Zon Tengah 1 dan JKPTG bagi membincangkan isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi mempercepatkan melancarkan proses PBT tersebut. Lawatan tapak oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan bersama Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik bagi memantau kualiti kerja di tapak mengikut masa dan kos yang ditetapkan. Lawatan bagi tujuan audit di tapak melibatkan Head of Project Team dan Head of Design Team bagi setiap disiplin untuk memantau status pengambilan balik tanah, kewangan, kerja-kerja pembinaan di tapak, kekangan dan solusi kepada masalah di tapak, perancangan kerja berkala dan reka bentuk yang dilaksanakan secara Building Information Modelling (BIM). Model Level of Development 200 (LOD 200) peringkat reka bentuk awalan telah dibentangkan oleh pihak perunding BIM Kontraktor. Pasukan BIM memberi ulasan berkaitan prestasi, kecukupan dan persembahan model tersebut. Projek Sarawak - Sabah Link Road, Lawas, Sarawak 25 Ogos 2022 Tapak Projek Sarawak-Sabah Link Road
LAWATAN TAPAK 15 Lawatan Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Projek di Bawah Seliaan Perbadanan Putrajaya Unit Projek Khas Zon Tengah 2 turut menghadiri Lawatan Turun Padang (TUPA) Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Projek di Bawah Seliaan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Lawatan ini bertujuan untuk melihat status pelaksanaan projek dan membicangkan dengan lebih terperinci isu-isu berbangkit berkenaan projek tersebut. Pihak yang terlibat terdiri daripada pihak JKR, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan 25 Ogos 2022 Pembinaan Fly Over Jalan P15H ke Persiaran Timur, W.P. Putrajaya Projek Membina Jambatan Bagan Datok Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Lawatan ke tapak projek pembinaan jalan dan jambatan oleh Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Luar Bandar yang diselia oleh Unit Projek Khas Zon Utara 1, Cawangan Jalan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan pembinaan jalan dan jambatan serta kerja perlindungan alam sekitar. 1 September 2022 Kampung Sejagop, Perak
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 16 Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001 dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 11 September 2022 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001 dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang oleh YBhg. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya yang telah siap dan dibuka kepada orang awam. Lawatan tapak yang dijalankan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara ke Kampung Cheh, Perak pada 20 September 2022 bagi tujuan verifikasi dan semakan data ukur dalam pelan berbanding tapak. Lawatan tapak telah dihadiri wakil JKR Negeri Perak, JKR Daerah Kuala Kangsar, Juruukur dan wakil penduduk kampung. Verifikasi dan Semakan Data Ukur di Kampung Cheh, Perak 20 September 2022 Kampung Cheh Hilir, Perak
LAWATAN TAPAK 17 Projek ICQS di Jalan Persekutuan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah dan CIQ Sadao, Thailand 26 September 2022 Bukit Kayu Hitam, Kedah Lawatan teknikal bagi Projek ICQS di Jalan Persekutuan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao yang baharu oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara. Lawatan teknikal ini diadakan bagi memulakan kerja-kerja reka bentuk awalan projek. Semoga dengan adanya projek ini dapat meningkatkan rangkaian infrastruktur antara Malaysia dan Thailand serta mengekalkan hubungan baik antara dua negara. Lawatan ke Kilang API Precast Marketing Sdn. Bhd. 26 September 2022 Rawang, Selangor Unit Projek Khas Zon Tengah 1 mengadakan lawatan ke Kilang API Precast Marketing Sdn. Bhd. bagi menjalankan Bending Test untuk RC Pile. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat proses ujian lenturan cerucuk tersebut dijalankan sama ada mencapai spesifikasi piawai atau tidak sebelum digunakan di tapak.
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 18 Lawatan Kerja YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed ke Projek Central Spine Road 1 Oktober 2022 Pejabat Tapak JKR Seksyen 2B : Paloh 2 Ke Bukit Sejuk Unit Projek Khas ECER 1 menerima lawatan kerja YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Ekonomi) ke Projek Central Spine Road (CSR). Lawatan bertujuan memantau kemajuan fizikal di tapak pembinaan. Menaiktaraf Jalan Pelabuhan Utara dari Klang Container Terminal (KCT) ke Northport, Pelabuhan Klang, Selangor 4 November 2022 Tapak Projek Lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur diadakan bagi memantau kerja-kerja resurface di atas Jambatan Parang. Lawatan melibatkan pihak JKR dan kontraktor bertujuan memastikan kerja-kerja yang dijalankan ditapak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Projek Menggantikan Jambatan FT008/004/70 Bentong, Pahang 7 November 2022 Bentong, Pahang Lawatan tapak untuk melihat lokasi cerucuk dan memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity) oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur. Aktiviti yang dijalankan adalah memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam dan mengkaji hubungan di antara bebanan dan penurunan cerucuk. Lawatan melibatkan wakil JKR dan pihak kontraktor.
LAWATAN TAPAK 19 Lawatan ke Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Putrajaya 14 November 2022 Wisma Sumber Asli, KeTSA, W.P. Putrajaya Unit Building Information Modelling (BIM) Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB), Pasukan Building Information Modelling (BIM) Cawangan Jalan (CJ) & Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) berkongsi pelaksanaan BIM melalui projek-projek jalan dan jambatan di bawah Cawangan Jalan dan teknologi terkini yang digunakan semasa pelaksanaan dalam integrasi fungsi GIS pada perisian Autodesk. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ulasan PGN dalam pengemaskinian data seperti MS1759:2015 dan manual lain yang berkaitan. Pembentangan pegawai-pegawai di PGN secara terperinci mengenai pengemaskinian Malaysia Standard (MS) 1759:2015 yang memerlukan maklumat dan data BIM di JKR bagi melengkapkan dokumen piawaian tertentu. Lawatan ini bertujuan mengkaji potensi integrasi model BIM dan Geographic Information System (GIS) dalam melaksanakan reka bentuk projek bangunan dan infrastruktur JKR. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 Teluk Intan - Kampung Lekir, Perak 16 November 2022 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: Teluk Intan - Kg. Lekir, Perak Unit Projek Khas Zon Utara 2 menerima lawatan dari Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya bagi melihat kemajuan projek sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat ini.
LAWATAN TAPAK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 20 Factory Acceptant Test (FAT) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Tunggal 2 Lorong 2 Hala Kepada Jalan Berkembar 4 Lorong 2 Hala Di Seksyen 8.50 di Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT51), Daerah Seremban, Negeri Sembilan 30 November 2022 OKA Concrete Industries Sdn. Bhd. Unit Projek Khas Zon Selatan 2 membuat lawatan tapak untuk melihat Factory Acceptant Test (FAT) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Tunggal 2 Lorong 2 Hala Kepada Jalan Berkembar 4 Lorong 2 Hala Di Seksyen 8.50 di Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT51), Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan teknikal ini dijalankan bagi melihat sendiri proses pengujian bahan sebelum pengunaan di tapak. Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) ke Projek Membina Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak 1 Disember 2022 Kampung Sejagop, Perak Tengah, Perak Unit Projek Khas Zon Utara menerima lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bagi melihat kemajuan kerja dan mengenalpasti permasalahan di tapak bagi projek tersebut.
21 Audit Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) Level of Development LOD400 dan LOD500 bagi Projek Flyover Wakaf Bharu , Kelantan dan Projek Jalan Pasir Hor, Kelantan adalah untuk memantau keberkesanan dan kualiti model BIM LOD400 yang dihasilkan semasa pembinaan mengikut jadual perancangan dan kos yang ditetapkan. Audit Pelaksanaan BIM Bagi Projek Flyover Wakaf Bharu , Kelantan dan Projek Jalan Pasir Hor, Kelantan 2 November 2022 Pejabat Tapak Projek Fly Over Wakaf Bharu, Kelantan Pembentangan simulasi 4D pembinaan yang di integrasikan bersama program jadual kerja Critical Path Method (CPM) telah dibentangkan bertujuan mendapat pengesahan dan kelulusan oleh pihak berkuasa melulus. Audit Pematuhan Perolehan Kerja oleh Kementerian Kewangan 3-5 Oktober 2022 Ibu Pejabat JKR Malaysia Bahagian Pengurusan Portfolio (PMO) merupakan Penyelaras sesi pengauditan di antara Auditor dan Auditee yang terlibat. Objektif pengauditan ini bertujuan membuat penyemakan terhadap pematuhan perolehan dan dokumentasi pelaksanaan perolehan kerja di Cawangan Jalan. Seramai lima orang Auditor dari Kementerian Kewangan terlibat dalam sesi pengauditan ini. Audit Silang Traffic Management Plan 2022 9 Disember 2022 Bilik Mesyuarat dan Tapak Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang Unit Projek Khas ECER 2 telah ditugaskan sebagai auditor bagi projek CSR Pakej 4:Kg. Relong ke Raub, Pahang (Seksyen 4D-Kuala Dong ke Tanah Bercangkul) Aktiviti yang dijalankan adalah membuat semakan dan penilaian bagi pematuhan terhadap pelaksanaan pengurusan trafik di tapak PROGRAM AUDIT
B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 22 Kursus Koordinasi Model Siri I 24-26 Januari 2022 MyBIM Centre Pasukan Building Information Modeling (BIM) telah menganjurkan kursus bagi memberi kefahaman berhubung proses kerja yang komprehensif bagi membangunkan model berinfomasi untuk projek jalan dan jambatan menggunakan prinsip BIM khususnya. Dengan menggabungkan features, commands, dan teknik untuk merekabentuk, mengedit, dan menghasilkan maklumat penting untuk penghasilan BIM dengan perisian Naviswork. Pendekatan hands-on exercise sepanjang kursus ini membantu kerja – kerja penghasilan model 3D. Latihan akan disediakan dalam format bercetak serta format pada skrin yang terpapar pada interface perisian Naviswork Manage. Kursus ini dicadangkan supaya peserta dapat: i. Membangunkan kompetensi dan kemahiran untuk menggunakan perisian BIM (BIM Software) iaitu Autodesk Naviswork Manage; ii. Memahami prosedur untuk melaksanakan koordinasi bagi model jalan dan jambatan bagi projek jalan yang mengadaptasikan BIM di Cawangan Jalan. Kursus Koordinasi Model Siri II 21-23 Mac 2022 MyBIM Centre Kursus Siri II yang dianjurkan oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) ini adalah sambungan daripada Siri I untuk membangunkan kompetensi dan kemahiran pegawai Cawangan Jalan untuk menggunakan perisian BIM . Kursus ini dicadangkan supaya peserta dapat: i. Membangunkan kompetensi dan kemahiran untuk menggunakan perisian BIM iaitu Autodesk Naviswork Manage lanjutan daripada kursus Siri I; ii. Memahami prosedur untuk melaksanakan koordinasi bagi model jalan dan jambatan bagi projek-projek di Cawangan Jalan. KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU
23 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Sesi Town Hall Penilaian Impak Sosial 26 Februari 2022 Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Saujana Impian, Kajang, Selangor Persediaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya Tahun 2022 - Projek Menaiktaraf Persimpangan FT29/ FT31 Daerah Sepang, Selangor 27-29 September 2022 Bilik Latihan Mawar 3, Blok B, Kementerian Kerja Raya Pembentangan maklumat projek kepada pihak KKR bagi penyediaan KPO Program/ Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya bagi projek-projek yang terpilih. Sesi Knowledge Sharing - Microsoft Excel - Apa Yang Ada Perlu Tahu dan Kesejahteraan Psikologi 14 Oktober 2022 Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar Perkongsian ilmu berkenaan Microsoft Excel & kesejahteraan psikologi ini dianjukan oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar bagi memberi lebih kefahaman di kalangan peserta. Sesi Town Hall Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 Dari Persimpangan Batu 9, Ke Persimpangan Jalan Dato' Alias termasuk Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor ini bertujuan untuk memaklumkan gambaran tentang pelaksanaan projek dan memerlukan responden sosial yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat/ Institusi Kerajaan dan Awam, kedai-kedai dan penduduk/ pemilik tanah di kawasan sekitar cadangan tapak untuk dinilai bagi membentuk langkah-langkah pengurangan impak sosial yang selaras dengan projek ini.
Sharing Knowledge - Left Turn Lanes on Intersection 1 Julai 2022 Bilik Mesyuarat BKT, Menara PJD Bahagian Kejuruteraan Trafik mengadakan sesi sharing knowledge bagi memberi pendedahan kepada pegawai secara dalaman berkaitan Left Turn Lanes on Intersection. Bahagian Kejuruteraan Trafik menerima jemputan sebagai penceramah bagi Kursus Pengenalan Penilaian Kesan Trafik. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Head of Design Team, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai CKAS dalam menjalankan kajian Traffic Impact Assesment (TIA) dan menyemak laporan TIA. Kursus Pengenalan Penilaian Kesan Trafik 7-9 Jun 2022 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Bengkel Infrastruktur Hijau untuk Jalan dan Lebuhraya Peringkat Kementerian Kerja Raya 1 Jun 2022 Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Luar Bandar telah menerima jemputan sebagai penceramah bagi Bengkel Infrastruktur Hijau Jalan dan Lebuhraya peringkat Kementerian Kerja Raya dengan tajuk pembentangan 'Perancangan Dan Reka Bentuk Jalan Ke Arah Pemuliharaan Alam Sekitar' 24 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2
Bengkel Sistem JKR E-Tender (JET) 25 Julai 2022 Ruang Pejabat BKUB Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kejuruteraan Ukur Bahan. Objektif pengajuran bengkel adalah pengenalan kepada pegawai mengenai Sistem JKR ETender. agar dapat memberi kefahaman kepada para peserta. Bengkel Pemurnian dan Semakan Kecukupan Dokumen Permohonan bagi Penyediaan Permohonan Projek/ Program Pembangunan Baharu di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP3, RMKe-12) Kementerian Kerja Raya Malaysia 25-28 Januari 2022 Tingkat 9, Blok F, Kuala Lumpur Objektif bengkel ini diadakan bertujuan bagi memastikan dokumen permohonan bagi RMKE-12 RP3 dalam keadaan lengkap dan teratur sebelum dikemukakan kepada Bahagian Perancang Jalan, KKR untuk diangkat seterusnya ke agensi bagi tujuan kelulusan. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Portfolio. 25 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Persediaan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2022 2 September 2022 Bilik Berlian, Tingkat 2, Blok G, Kuala Lumpur Objektif Program ini adalah untuk: i. Memberi panduan dan pendedahan kepada pegawai JKR untuk memiliki kelayakan profesional bertauliah Profesional Engineer (PE) untuk kemajuan kerjaya. ii. Memberi panduan untuk memahami prosedur permohonan pendaftaran Jurutera Profesional melalui Board of Engineers Malaysia (BEM). iii. Memberi panduan dan kaedah penyediaan laporan teknikal dan pengalaman kerja untuk persediaan menghadapi Professional Assesment Examination (PAE) dan Professional Competency Examination (PCE).
Kursus Koordinasi Model Siri I oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) 22 Jun 2022 Tingkat 18, Menara PJD Sistem J-CLOUD merupakan sistem penyimpanan data yang telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Malaysia (BTM) bertujuan sebagai Common Data Environment (CDE) bagi platform perkongsian data yang akan digunapakai bagi pelaksanaan projek BIM di JKR. Sistem J-CLOUD ini hanya dapat diakses dan ditadbir oleh pegawai JKR sahaja dan semua aturan perkongsian data di dalam J-CLOUD kepada perunding/ kontraktor adalah tertakluk kepada pentadbir J-CLOUD tersebut. Justeru, bagi setiap kakitangan JKR yang terlibat dengan projek BIM adalah diwajibkan untuk mengetahui tatacara penggunaan J-CLOUD Sistem ini berfungsi sebagai medium perkongsian fail BIM di antara pihak JKR, kontraktor dan perunding sepanjang tempoh pelaksanaan projek bermula peringkat fasa reka bentuk, pembinaan sehingga fasa penyerahan. Objektif utama permohonan mengadakan taklimat ini adalah bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua pegawai JKR yang terlibat dengan pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan mengendalikan sistem J-CLOUD. Program Building Information Modelling (BIM): reVIEW bagi Projek Membina Jalan dari Semadong ke Bukit Chabang, Beseri, Perlis 16 Jun 2022 Tingkat 2, Blok F, IP JKR Malaysia Program BIM: reVIEW ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan potensi pelaksanaan BIM di JKR selaras dengan arahan KPKR menerusi Pelan Strategik 2020-2025. Projek Membina Jalan dari Semadong ke Bukit Chabang, Beseri, Perlis yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman telah terpilih untuk diaudit untuk dibentangkan markah dan keputusan kepada Y.Bhg. Dato' KPKR. Personel yang dinilai kebolehfungsian dan prestasi adalah terdiri daripada BIM Manager, BIM Coordinator dan BIM Modeller di dalam pasukan Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT). Pelan Pelaksanaan BIM sepanjang kitar hayat projek telah dinilai dan penilaian ini mengkhususkan kepada peringkat perancangan dan reka bentuk. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 26 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU
Bengkel Road Safety Officer (RSO) 23-24 Jun 2022 Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Bengkel Road Safety Officer (RSO) anjuran Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan JKR yang dilantik menjadi Road Safety Officer. Dihadiri oleh 30 orang peserta dari JKR Cawangan/ Negeri/ Daerah dan KADER. Kursus Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan 19-21 Julai 2022 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang Kursus Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan oleh Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan. Objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan asas tentang Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan yang meliputi pelbagai aspek keselamatan. Dihadiri oleh peserta JPS Ampang. Kursus Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) 16 - 17 Ogos 2022 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Kursus Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) oleh Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ). Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan JKR tentang skop permasalahan lokasi Blackspot dan cadangan rawatan di lokasi berkenaan. Dihadiri oleh 30 orang peserta dari JKR Cawangan/ Negeri/ Daerah dan KADER. 27 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU
Kursus Siasatan Forensik Kemalangan 29-30 November 2022 Kuching, Sarawak Bahagian Kejuruteraan Forensik telah dijemput oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menyampaikan Kursus Siasatan Kemalangan Jalanraya yang dihadiri oleh 120 orang dari seluruh Majlis Perbandaran Negeri Sarawak. Kursus in disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen A Rani dan Ir. Hidra Hasbee Jamil Kursus Siasatan Forensik Kemalangan 24-25 Mei 2022 Cyberjaya Bahagian Kejuruteraan Forensik telah dijemput untuk menyampaikan ceramah & hands on bagi Kursus Siasatan Forensik & Keselamatan Jalan Raya kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kursus ini disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen A Rani & Ir Hidra Hasbee Jamil dan dibantu oleh Cik Nur Atikah Fauzi. Kursus Road Safety Inspection 12-13 November 2022 Melaka Bahagian Kejuruteraan Forensik telah dijemput untuk menyampaikan Kursus Road Safety Inspection kepada Perbadanan Putrajaya. Kursus ini disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen A. Rani Kursus Audit Keselamatan Jalan (Peringkat 1-5) bagi Pembangunan Tepi Jalan (PTJ) 4-6 Oktober 2022 JKR Sarawak Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan telah dijemput untuk menyampaikan kursus pengetahuan asas Audit Keselamatan Jalan daripada Peringkat 1 sehingga 5 untuk Pembangunan Tepi Jalan (PTJ). Kursus ini telah dihadiri oleh peserta dari negeri Sarawak. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 28 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU
KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Kursus Semakan Reka Bentuk Jalan Negeri Peringkat Negeri Selangor 28-29 September 2022 JKR Negeri Selangor Kursus Semakan Reka Bentuk Jalan Negeri yang dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah telah dihadiri seramai 25 orang peserta. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan sintesis dalam bidangbidang utama Geometrik Jalan. Kursus ini juga memberi pengetahuan dalam merekabentuk geometri penjajaran, persimpangan, rekabentuk turapan dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem jalan raya di Malaysia. Peserta didedahkan kepada prosedur reka bentuk jalan. Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah reka bentuk geometri, penjajaran datar dan tegak, keratan rentas, reka bentuk pavemen dan persimpangan. Bengkel Bayaran Penyeliaan Tapak Perunding Bagi ProjekProjek Zon Timur 19 Oktober 2022 Pejabat Tapak Central Spine Road (CSR) Pakej 4C, Raub, Pahang Bengkel ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan berkaitan proses bayaran kepada pihak perunding bagi semua projek seliaan Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Timur. 29 Technical Sharing Bahagian Rekabentuk Jambatan Sepanjang 2022 Menara PJD Bahagian Rekabentuk Jambatan telah berjaya menganjurkan sesi Technical Sharing bersama pihak industri terutamanya yang melibatkan reka bentuk jambatan. Sesi ini memberi peluang kepada semua perekabentuk menambah pengetahuan mengenai produk serta teknologi terkini sekaligus berkongsi idea bersama pihak industri. Kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) 14001:2015, Environmental Management Plan (EMP) & Environmental Protection Works (EPW) Bagi Projek Jalan 11-12 Mei 2022 Bilik Mawar 1, KKR Program di bawah JKK Jalan Hijau memberi kesedaran dan pendedahan SPAS, EMP dan EPW kepada warga Cawangan Jalan. Kursus ini dihadiri dan dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar
B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 30 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Kursus Pengurusan SKALA Bagi Projek Sabah dan Sarawak 7-9 Jun 2022 Bilik Komputer, Tingkat 14, Blok F, Kuala Lumpur Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Portfolio dan dilaksanakan secara kaedah penyampaian syarahan dan praktikal (hands-on). Objektif kursus ini untuk melatih pegawai-pegawai Head of Project Team Cawangan Jalan untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam SKALA bagi projek pembinaan yang telah diserahkan ke JKR Sabah dan Sarawak sebagai SO. Seramai 12 orang peserta daripada empat (4) Bahagian Pengurusan Projek Cawangan Jalan terlibat dan penceramah daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Bengkel Pengurusan Risiko Bil. 1 Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas dari Seksyen 23.10 - Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman 3-5 Oktober 2022 Hompton Beach Hotel, Pulau Pinang Objektif penganjuran bengkel adalah pengenalan kepada pegawai mengenai Sistem JKR E-Tender.
31 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Bengkel Basic Occupational First Aid, CPR And AED 26 & 27 September 2022 Pejabat Tapak JKR Seksyen 2C Bengkel anjuran Unit Projek Khas ECER 1 ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai pentingnya tatacara dan pertolongan cemas dan menentukan tindakan yang betul dalam memberi rawatan. Kursus Critical Path Method (CPM) 4 & 5 Oktober 2022 Pejabat Tapak JKR Seksyen 4a, Kuala Lipis, Pahang Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Projek Khas ECER 4. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk : i. Memahami akan pentingnya perancangan, menganggar sumber, budget, penjadualan kerja dalam memperbaiki prestasi pelaksanaan projek; ii. Memastikan peserta faham elemen-elemen penting dalam menyediakan program kerja; iii. Mengetahui kaedah-kaedah pengurusan projek dalam software seperti menentukan tempoh kerja eds: (dq/pr), fast tracking, crashing, anggaran kos dan kaedah CPM untuk menjana jadual kerja yang tepat iv. Mengetahui data-data projek yang diperlukan berdasarkan Jadual Kerja S-curve kewangan dan fizikal.
B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 32 KURSUS / BENGKEL / PERKONGSIAN ILMU Bengkel Project Lesson Learned (PLL) Cawangan Jalan Tahun 2022 13 Jun 2022 Tingkat 18, Menara PJD, Kuala Lumpur Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) ini adalah bertujuan untuk: i. Memberi pendedahan dalam tatacara penyediaan Laporan PLL mengikut format CPAB yang terkini. ii. Laporan PLL untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada warga Cawangan Jalan. iii. Tajuk PLL yang terpilih ialah Projek Naiktaraf Laluan FT60 Dari Damar Laut ke Changkat Jering, Perak (Pakej 1: CH0 – CH 10400) dan Projek Menyiapkan Jalanraya Simpang Pulai–Lojing–Gua Musang–Kuala Berang, Pakej 6A: Dari Aring ke Sempadan Kelantan/ Terengganu. iv. Peserta yang terlibat terdiri daripada UPK Zon Utara 2, UPK ECER 3, BPP Utara dan BPP Timur. Mesyuarat Penyelarasan dan Pemurnian Need Statement bagi Projek Reka & Bina Cawangan Jalan 3 & 4 Ogos 2022 Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard menyelaras mesyuarat ini bagi mengemaskini dan memurnikan dokumen Master Copy Need Statement Projek Reka & Bina Cawangan Jalan.
MESYUARAT 33 Mesyuarat HRMIS Cawangan Jalan 2022 20 - 22 Julai 2022 Kings Green Hotel, Melaka Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik. Antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah: i. Memantapkan pengetahuan dan pemahaman di kalangan pentadbir HRMIS Cawangan Jalan berkaitan penambahan kriteria dan kompenan KPI HRMIS. ii. Memastikan KPI mencapai tahap peratus yang telah ditetapkan. Mesyuarat Program Penjimatan Tenaga Menara PJD 11 Mac 2022 & 14 Oktober 2022 Menara PJD, Kuala Lumpur Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Luar Bandar menghadiri mesyuarat ini mewakili Cawangan Jalan di Menara PJD dalam melaporkan pencapaian penggunaan tenaga dan memantau serta memastikan bahagian-bahagian Cawangan Jalan sentiasa mengamalkan langkah-langkah penjimatan tenaga.
MESYUARAT B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 34 Mesyuarat Pemantauan Projek Cawangan Jalan Setiap Bulan Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia Mesyuarat yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Portfolio ini diadakan setiap bulan yang dipengerusikan oleh Dato' TKPKR atau PKCJ dan dihadiri Jurutera Awam Penguasa Kanan atau wakil setiap bahagian yang terlibat. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah bagi memantau prestasi fizikal projek dan kewangan di peringkat perancangan dan pembinaan. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menyemak & Mengemaskini Arahan Teknik Jalan (ATJ) 16/03 (Pindaan 2015) – A Practical Guide for Environmental Protection & Enhancement Works 22 Februari 2022, 31 Mac 2022 & 20 April 2022 Menara PJD, Kuala Lumpur Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menyemak & Mengemaskini Arahan Teknik Jalan (ATJ) 16/03 (Pindaan 2015) yang diadakan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar bertujuan untuk menyemak dan mengemaskini ATJ 16/03 dan lukisan standard berkaitan perlindungan alam sekitar agar mematuhi Akta/ Undang-Undang agensi berkaitan yang terkini dan rekabentuk semasa.
MESYUARAT 35 Mesyuarat Unit Projek Khas Zon Selatan 2 9 Ogos 2022 Pejabat Tapak Tangkak Antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah: i. Perbincangan berkenaan pentadbiran UPK Zon Selatan 2 ii. Perbincangan berkenaan status kemajuan projek iii. Perbincangan berkenaan isu dan masalah projek - projek di UPK Zon Selatan 2 Mesyuarat Champion Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Utara, Cawangan Jalan 2021/ 2022 15 September 2022 Bilik Perbincangan Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara Antara aktiviti Champion Pavement ialah Bengkel Persediaan Professional Engineer (PE) BRJ Zon Utara yang diadakan pada 15 September 2022 bertempat di BRJ Zon Utara. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada calon PE 2023. Calon PE akan diberi tunjuk ajar berkaitan format penyediaan Laporan Pengalaman dan Teknikal, serta Surat Ringkasan Pengalaman. Carta Perbatuan Perlaksanaan Program juga dibincangkan.
MESYUARAT B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 36 Mesyuarat Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAA), Universiti Tun Husein Malaysia (UTHM) bersama Pasukan Building Information Modeliing (BIM), Cawangan Jalan, JKR Malaysia 27 September 2022 Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor Mesyuarat Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina UTHM Bersama Pasukan Building Information Modeling (BIM), Cawangan Jalan, JKR Malaysia ini melalui lawatan dan pembentangan oleh kedua-dua pihak bagi menerangkan hala tuju organisasi masing-masing dalam pelaksanaan BIM secara dalaman mahupun manfaat industri. Pasukan BIM JKR telah membentangkan pelan pelaksanaan BIM bagi projek-projek jalan dan jambatan di Cawangan Jalan JKR. Di samping itu, juga menerangkan hala tuju dan harapan JKR melalui sektor di bawah Kementerain Pengajian Tinggi dalam meluaskan kajian berkaitan potensi BIM di dalam bidang-bidang yang berkaitan. Pihak UTHM telah membentangkan hala tuju BIM dalam sektor pendidikan dan manfaat kepada tenaga pengajar, pelajar dan penggiat industri melalui penubuhan BIM satelit bagi infrastruktur jalan, lebuhraya dan metro. Objektif utama ialah saling bertukar solusi dan cadangan pelan pelaksanaan secara holistik bagi manjayakan pelaksanaan BIM pada masa kini dan akan datang. Mesyuarat Penyediaan Garis Piawaian Building Information Modelling (BIM) Infrastruktur Jalan 4 Oktober 2022 Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur Mesyuarat oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) ini bertujuan untuk menyediakan Pelan Pelaksanaan Penyediaan Garis Piawaian dan Manual BIM Infrastruktur Jalan pada tahun 2022 dan 2023. Selain itu, turut membincangkan secara terperinci mengenai kandungan yang harus dimasukkan di dalam garis panduan tersebut. Pembentangan oleh ahli pasukan BIM telah dilaksanakan untuk tujuan pengesahan Ketua Bahagian Pasukan BIM, CJ sebelum diangkat kepada kelulusan pegawai atasan.
MESYUARAT 37 Road Engineering Association Asia & Australasia (REAAA) Governing Council Members For The 118th Council Meeting 17 Oktober 2022 Christchurch, New Zealand Delegasi JKR Malaysia yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman, Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman, YBhg. Dato’ Ibrahim Esa dan Ir. Hamzah Hashim sebagai REAAA Governing Council Members for the 118th Council Meeting yang diadakan di Christchurch, New Zealand. Antara objektif mesyuarat ini ialah: i. Untuk meningkatkan kepakaran teknikal dalam kejuruteraan jalan raya. ii. Untuk menyediakan peluang perkongsian pengetahuan dan rangkaian di seluruh industri iii. Untuk memupuk, menyokong dan membangunkan golongan muda profesional Sesi Pengesahan Penemuan Kajian Semakan Separuh Penggal Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 29 November 2022 Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) Mewakili JKR ke Sesi Pengesahan Penemuan Kajian Semakan Separuh Penggal Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 bersama pihak berkepentingan bagi Sektor Pengangkutan.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 38 Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan Dari Kuala Temoyong Ke Teluk Baru Dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah 2 November 2022 Langkawi, Kedah Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pengarah Projek bagi projek FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas kepada Unit Projek Khas Zon Utara 1 iaitu YBrs. Ir. N Naelah Mat Kasa. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu K.I Engineering Sdn. Bhd. Skop utama projek FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas adalah melibatkan naiktaraf jalan sedia ada daripada jalan tunggal 2 lorong kepada 4 lorong 2 hala sepanjang 12.6 km dengan kos projek RM299 juta. Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT004, Gerik/Kupang/Lunas Dari Seksyen 23.10 – Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman 9 Ogos 2022 Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Majlis Penyerahan Projek Siap telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Sesi pembukaan Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia bersama YBrs. Tuan Ir. Mohd Sharom bin Ahmad, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team. Pasukan Head of Design Team terdiri daripada Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional Perunding dengan harga kontrak asal sebanyak RM66,261,660.00 (termasuk GST) oleh kontraktor Potensi Cekal Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 24 Januari 2018 dan siap pada 25 September 2022.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK Majlis Penyerahan Projek Jambatan FT001/319/50, Seremban, Negeri Sembilan 27 Januari 2022 Hotel Royal Chulan Seremban dan Tapak Projek Lawatan ini diadakan bagi tujuan penyerahan projek kepada pelanggan. Majlis ini dihadiri oleh pihak JKR, pelanggan dan kontraktor Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan Sungai Tanjung Pagar FT003/466/70 Dungun, Terengganu 14 September 2022 JKR Dungun, Terengganu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pihak pelanggan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Che Zabidi bin Che Ani, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya selaku Pegawai Penguasa dan YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sesi pembukaan Jalan FT001, Dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, bersama Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team. Pasukan Head of Design Team terdiri daripada Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Utara, Bahagian Reka Bentuk Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional perunding dengan harga kontrak asal sebanyak RM 340,390,000.00 oleh kontraktor Sinar Mec Holdings Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 19 Disember 2017 dan siap pada 20 April 2022 iaitu 15 hari lebih awal daripada tarikh siap sebenar. Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001 dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 11 September 2022 Lokasi tapak di Kampung Pantai Merdeka, Pulau Pinang Majlis penyerahan projek siap kepada Kementerian Kerja Raya. Majlis ini dihadiri oleh pihak KKR, JKR, Kontraktor dan beberapa agensi lain. Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan Sg. Rawan FT003/372/40 Kuantan, Pahang 29 Mac 2022 JKR Kuantan, Pahang Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah mengadakan sesi lawatan bagi tujuan penyerahan projek. Majlis ini dihadiri oleh pihak JKR, Pelanggan dan kontraktor. 39
SEMINAR B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 40 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasific Regional Congress 11-13 Oktober 2022 World Trade Centre, Kuala Lumpur Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Utara telah mengambil bahagian dalam 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasific Regional Congress. Wakil Bahagian, Ir. Fatimah Nuri binti Mohd Yusof, Jurutera Awam Penguasa Kanan telah membentangkan manuskrip bertajuk Comparative Study of Thickness And Cost For Road Structure Layer Design Based on Catalogue And Nomograph Method pada hari pertama seminar. Manakala, pegawai lain telah telah turut menjayakan seminar sebagai jawatankuasa bagi Pendaftaran dan Technical Visit Committee bagi membantu dalam proses pendaftaran peserta juga aktiviti lawatan teknikal ke tapak pembinaan. 11th Malaysia Road Conference & Exhibition 2022 and 4th International Road Federation Asia-Pasifik Regional Congress 12 Oktober 2022 World Trade Centre, Kuala Lumpur Ir. Hj. Mohamad Sharip Wahijan dari Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Luar Bandar telah membentangkan kertas bertajuk Challenge towards Sustainable Road Development in Malaysia Perspective. 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasifik Regional Congress 11-13 Oktober 2022 World Trade Centre, KL Pembentangan kertas teknikal oleh Pn. Fifie Haniezah binti Hamdan bersama Ir. Rohana binti Yaakub di 11th Malaysian Road Conceference & Exhibition 2022 bertajuk Relationship Between Time Headway And Speed In Malaysia Urban Arterial Road - Mengkaji hubungan antara headway dan halaju dalam konteks jarak antara kenderaan yang bergerak dalam arah yang sama serta faktor yang mempengaruhi kesesakan dan isipadu trafik di waktu puncak dan bukan puncak yang dipengaruhi oleh headway. Mengekalkan laluan yang selamat antara kenderaan adalah penting untuk pemanduan yang selamat, kerana ia membolehkan pemandu bertindak balas terhadap perubahan trafik dan mengelakkan perlanggaran.
SEMINAR 41 11th Malaysian Road Conference & Exhibition And 4th International Road Federation Asia-pacific Regional Congress 11-13 Oktober 2022 World Trade Centre, Kuala Lumpur Dua pegawai dari Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan telah dipilih menjadi peserta bagi ahli jawatankuasa program dan pembentang. Tema program pada tahun ini ialah “Towards Resilient Road Infrastructure” dan tajuk pembentangan ialah Mobile Origin-Destination (O-D) Data Using OD Apps. 4th JKR Research Colloquium (JKRRC 2022) 9-10 Ogos 2022 CREaTE JKR, Melaka Pembentangan Poster Kertas Kerja Teknikal daripada Bahagian Kejuruteraan Forensik bertajuk: 1. Road Accident Forensic And Reconstruction: Statistics & Findings oleh Ir. Eliyani Yazreen A Rani 2. An Analysis On The Effect Of Geometric Elements On Traffic Accidents At Curves oleh Ir. Hidra Hasbee Jamil
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM Gotong Royong Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur 25 Januari 2022 Ruang Pejabat BRJ Zon Timur Aktiviti keceriaan pejabat termasuk program EKSA dan program kitar semula. Program Mengecat Ruang Masuk Ke Pejabat Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur 30 Disember 2022 Ruang Legar BRJ Zon Timur Aktiviti keceriaan pejabat termasuk program EKSA dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Gotong Royong Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard 8-9 Disember 2022 Ruang Kerja BPIS Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah: i. Menyisihkan atau mengasingkan dokumen yang masih boleh dipakai atau untuk dilupuskan ii. Menyusun semula turutan fail, bahan rujukan dan lainlain mengikut kategori dan kegunaan iii. Melupuskan sisa buangan dokumen/ bahan rujukan dengan mengikut prosedur yang betul iv. Menyeragamkan dan menyusun semula ruangan pejabat mengikut tatacara EKSA B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 42
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM Gotong Royong EKSA Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara 30 Mei 2022 Ruang Kerja BPP Zon Utara Aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan bilik Cempaka dan mengemas ruang kerja. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk: i. Meningkatkan kebersihan di ruang kerja pegawai ii. Menambah baik sistem pengudaran pejabat Aktiviti Mengecat Ruang Masuk Ke Pejabat 2 Disember 2022 Ruang Legar BPP Luar Bandar Pegawai Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar mengecat ruang masuk ke pejabat. Objektif aktiviti ini agar dapat meningkatkan keceriaan ruang pejabat di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. 43
Sebagai penghargaan serta ucapan terima kasih atas khidmat dan kerjasama yang telah dicurahkan kepada BPP Zon Tengah dalam memastikan projek-projek jalan dan jambatan sentiasa berada dalam keadaan sistematik, ekonomi dan efisien. Pertandingan Bowling Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) 2022 19 Mac 2022 Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, Selangor Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Utara tidak ketinggalan menyertai pertandingan bowling anjuran KESUJA dan telah berjaya merangkul trofi Juara Berkumpulan, Juara Individu Wanita & Tempat Ketiga Individu Wanita. Majlis Perpisahan Ir. Ts. Muhammad Syahreen Saa'don dan En. Mohd Faizal Hamzah 22 September 2022 Ideas Hotel, Kuala Lumpur Majlis telah diadakan bagi meraikan dua (2) orang pegawai daripada pejabat ini yang mendapat kenaikan pangkat dan kelulusan cuti belajar sepenuh masa. Pegawai berikut ialah Ir. Ts. Muhammad Syahreen bin Saa'don yang telah naik pangkat sebagai Jurutera Awam Kanan (J48) dan ditempatkan di Bahagian Audit Integriti dan En. Mohd Faizal bin Hamzah yang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana secara sepenuh masa. Majlis Jasamu Dikenang Kepada Kakitangan Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah Sepanjang Tahun 2022 Sekitar pejabat AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 44
AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN 45 Program Tugu Trail Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar 4 November 2022 Bukit Tugu, Kuala Lumpur Beriadah bersama dan merapatkan ukhwah semua pegawai di bahagian termasuk pemandu kenderaan projek. Bowling Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar 4 Mac 2022 Gurney Bowl UTM , Kuala Lumpur Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan. Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil 1 April 2022 Bilik Perbincangan Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik Majlis bertujuan membuat persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan. Majlis Perpisahan Pegawai BPKS 29 September 2022 Restoren Sri Kunyit Majlis ini bertujuan memberi penghargaan bagi mengenang jasa Ir. Hasmi Ahmad yang besara wajib pada 30 September 2023.