The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN CAWANGAN JALAN BILANGAN 1 TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Najmi, 2023-09-04 04:34:29

BULETIN CAWANGAN JALAN BIL. 1/2023

BULETIN CAWANGAN JALAN BILANGAN 1 TAHUN 2023

JKR20400-0272-23


PERUTUSAN PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Buletin Cawangan Jalan Bil. 1/2023 telah berjaya diterbitkan. Tahniah dan syabas saya ucapkan atas usaha dan komitmen Sidang Redaksi Buletin dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada kali ini. Penerbitan kali ini merangkumkan pencapaian dan segala aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang Januari hingga Jun 2023. Selain itu, pelbagai maklumat berkaitan perkongsian ilmu seperti taklimat produk dan Lessons Learned projek-projek Cawangan Jalan. Dengan perancangan yang berkesan, pencapaian program dapat dilaksanakan bagi memastikan pencapaian prestasi Cawangan Jalan selari dengan Pelan Bisnes Cawangan Jalan sekaligus pencapaian kepada Pelan Strategik JKR Malaysia. Amat besar harapan saya agar semangat kerjasama dan berpasukan antara semua Warga Cawangan Jalan dapat diperkukuhkan bagi mencapai hasrat dan matlamat yang telah ditetapkan. Saya juga berharap kerjasama yang telah terjalin ini menjadi pemangkin kepada kejayaan Cawangan Jalan ke tahap yang lebih tinggi. Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga Cawangan Jalan di atas segala usaha dan komitmen yang berterusan. Semoga Cawangan Jalan sentiasa dalam rahmatNya dan akan mencapai banyak lagi kejayaan yang mendatang. Sekian, terima kasih. Dato’ Ir. Haji Ibrahim Bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia


Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Bismillahirrahmanirrahim. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Buletin Cawangan Jalan Bil. 1/2023 ini. Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi di atas penerbitan buletin ini. Diharapkan penerbitan kali ini dapat menjadi salah satu wadah dalam mempelbagaikan informasi terkini dari semasa ke semasa mengenai program kerja dan aktiviti-aktiviti Cawangan Jalan kepada semua pembaca. Akhir kata, bersamasamalah kita memanjatkan doa dan berusaha agar Cawangan Jalan terus kukuh dan cemerlang dalam merealisasikan pelaksanaan projek-projek infrastruktur Jalan Raya di seluruh negara. Sekian, terima kasih. Ir. Rozita binti Mat Senapi (PMP) Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan Khas Jalan (PPKJ) Cawangan Jalan Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Pertama, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, Cawangan Jalan telah berjaya menerbitkan Buletin Cawangan Jalan Bil. 1/2023. Saya juga mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi dan semua penyumbang artikel yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan buletin yang terbaik. Dengan adanya Buletin ini sudah pasti akan menjadi bahan pembacaan dan rujukan yang berguna kepada seluruh warga Cawangan Jalan khususnya dan warga JKR amnya. Saya berdoa semoga pembaca dari pelbagai lapisan gred dan jawatan dapat menjadikan buletin ini rujukan untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Sekian, terima kasih. Ir. Haji Mohamad Sharip bin Wahijan Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan Cawangan Jalan PERUTUSAN PENGARAH PAKAR KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN PERUTUSAN PENGARAH PEMBINAAN PENGURUSAN PROJEK KHAS JALAN


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya maka terhasilnya Buletin Cawangan Jalan Bil 1/2023 (Edisi Januari – Jun 2023). Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Pengarah Kanan Cawangan Jalan di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan pasukan sidang redaksi dalam menghasilkan naskah ini. Sistem sokongan yang padu dan utuh, pastinya menjadi tonggak kepada penghasilan buletin ini. Di sini, ingin saya memanjangkan ucapan terima kasih terutama kepada Penolong Ketua Editor dan ahli Sidang Redaksi Bahagian di atas kerjasama dalam memberi maklumat, data dan pelbagai informasi kepada kami. Dengan adanya pasukan yang komited serta bertungkus lumus dalam menjayakan naskah ini, maka terhasillah Buletin ini untuk dikongsikan kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya. Sekian, terima kasih Wan Norisa binti Wan Yusoff Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard DARI PENA KETUA EDITOR SIDANG REDAKSI Mohamad Anuar Padeli (UPKZS2) Muhammad Asyraf Roslan (BRJZU) Syed Najib Syed Mohd Zulkarnain (BRJZS) Muhamad Noorzaki Hashim (BRJZTimur) Ahli Sidang Redaksi: Mahathir Darus (BPIS) Mohd Najmi Abd Razak (BPIS) Mohamad Wan Rashidin Shahron (BPIS) Siti Noor Adibah Ramlan (PPKCJ) Mohd Hawari Muhamad Ali (PPPKJJ) Norhidayah Kamarudin (PIPC & PPKJ) Arif Haikal Isa (BPKS) Nurul Haziemah Razali (PMO) Muhamad Huzaifah Wan Rosli (BKUB) Ts. Syamimi Tahar (BPTU) Amzafriah Ayob (BPPZU) Azhar Abu Bakar (BPPZS) Ir. Khairul Faizi Saim (BPPZTimur) Mohamad Hashim Ishak (BPPZT) Penaung: Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan Ketua Editor: Wan Norisa Wan Yusoff Penolong Ketua Editor: Basariah Saidin (BPIS) Nurul Wahida Mohamed (UPKZTimur 1) Ir. Ts. Mohd Khairoul Zainon Kamaruddin (UPKZTimur 2) Nurazwa Amyra Baharudin (UPKZTimur 3) Abd Halim Sinidi (UPKZT 1) Latifahida Mohd Kmari (UPKZT 2) Mohd Sanusi Ismail (UPK ECER 1) Zairul Riza Abdul Manan (UPK ECER 2) Noor Julieana Mohamed (UPK ECER 3) Tuan Surlina Tuan Yeh (UPK ECER 4) Nur Fatihah Muhamad Noor (BPPZLB) Nurul Atiqah Ali Rahman (UPKZU 1) Viknesh John Vincent (UPKZU 2) Norazuaniza Mohd Yunus (UPKZU 3) Mohd Shukri Zakaria (BRJZT) Ts. Nurul Saffrena Musa (BRJZLB) Mohd Firdhauz Harun (BRJambatan) Muhd Faiz Shukor (BAPKJ) Nur Afira Md. Darham (BKT) Norliza Othman (BKF) Ahmad Amer Izzudin Abdul Halim (BIM) Nur Azrien Abd Aziz (UDA)


1 1B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3


2B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3


3B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Pencapaian


RMK 11 RP4 RMK 12 RP1 RMK 12 RP2 RMK 12 RP3 56 projek 53 projek 38 projek 62 projek Jumlah Kesuluruhan Projek 10 Juta Ke Atas Data dan Statistik disediakan oleh Unit BIM STATISTIK PROJEK CAWANGAN JALAN YANG MELAKSANAKAN BIM Petunjuk: RMK : RANCANGAN MALAYSIA KE RP : ROLLING PLAN RMK 11 RP4 9 projek RMK 12 RP1 RMK 12 RP2 RMK 12 RP3 40 projek 26 projek 32 projek Jumlah Projek Yang Melaksanakan BIM 9 47 RMK 11 RP4 Projek BIM Projek Bukan BIM 32 30 RMK 12 RP1 Projek BIM Projek Bukan BIM Jumlah Projek BIM vs Projek Bukan BIM 26 12 RMK 12 RP2 Projek BIM Projek Bukan BIM 40 13 RMK 12 RP3 Projek BIM Projek Bukan BIM 4B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Pencapaian


Technical Updates 1 Technical Updates 2 5B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Pencapaian


Disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik 6B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Infografik


Disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik Level of Services (LOS) atau dikenali sebagai tahap perkhidmatan jalan merupakan hasil daripada perbandingan antara had laju reka bentuk dengan nisbah kadar aliran trafik dengan kapasiti jalan raya. *v/h/l = vehicle/hour/lane LOS A Trafik Aliran Bebas (700 v/h/l) Aliran bebas dengan isipadu dan kepadatan trafik yang rendah serta kelajuan yang tinggi. Tahap keselesaan adalah yang terbaik dengan tiada kelewatan trafik atau tahap kelewatan yang minima dan pemandu memerlukan pemerhatian minima untuk memandu. LOS B Trafik Stabil (1000 v/h/l) Aliran trafik stabil tetapi memberi kesan kepada kelajuan apabila jumlah kenderaan bertambah. Tahap keselesaan masih baik tetapi tahap kawalan pemanduan menurun kerana pemandu perlu memberi perhatian kepada kenderaan berhampiran. LOS C Trafik Stabil Tetapi Terbatas (1500 v/h/l) Aliran trafik stabil tetapi jumlah kenderaan sedia ada memberi kesan kepada pemandu dengan tahap keselesaan yang menurun. Kelajuan berkurangan dan tahap kawalan pemanduan memerlukan perhatian yang lebih tetapi kelewatan trafik masih boleh diterima LOS D Trafik Stabil Tetapi Terbatas (1800 v/h/l) Aliran trafik menghampiri tidak stabil dengan kelajuan dan tahap kawalan pemanduan yang merosot. Tahap keselesaan pemandu juga menurun disebabkan risiko berlaku kemalangan mula meningkat. Keadaan ini membawa kepada punca masalah operasi dan rangkaian jalan raya mula menjadi tepu. LOS E Trafik di Tahap Tepu (2000 v/h/l) Aliran trafik tidak stabil dengan halaju yang menurun secara mendadak dan menyebabkan pemberhentian sementara. Isipadu trafik menghampiri tahap kesesakan dan kelewatan yang amat teruk. Tahap kawalan pemanduan yang amat rendah dan di luar kawalan pemandu. LOS F Kesesakan Teruk (>2000 v/h/l) Aliran tepu dengan kelajuan yang sangat tidak stabil dan menghampiri kosong. Kenderaan tidak bergerak atau bergerak dengan kadar yang amat perlahan disebabkan kesesakan yang berlaku. Perhatian dan konsentrasi pemandu yang tinggi amat diperlukan disamping tahap keselesaan yang amat rendah. APA ITU 7 LEVEL OF SERVICE (LOS)? B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Infografik


Project Lessons Learned 8B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3


• • • • • •• • • • • • • 9 MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN JALAN LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 5B: KG ORANG ASLI SG. CHANDAN KE KG. SG. ASAP DAN SEBAHAGIAN SEKSYEN 5A: PERSIMPANGAN KRAU, RAUB 24 Jun 2023 (Sabtu) Raub, Pahang 24 Jun 2023 (Sabtu) - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyempurnakan penyerahan projek Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 5B: Kg Orang Asli Sg. Chandan Ke Kg. Sg. Asap dan Sebahagian Seksyen 5A: Persimpangan Krau, Raub untuk perasmian dan pembukaan jalan. Majlis perasmian dan pembukaan jalan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bersama-sama YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohammad, Timbalan Menteri Kerja Raya. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah (Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pengurusan, Kementerian Kerja Raya), YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool (Ketua Pengarah Kerja Raya), YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa (Pengarah Kanan Cawangan Jalan) serta pegawai-pegawai kanan dari Kerajaan Negeri Pahang dan JKR Malaysia. B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Majlis Perasmian Projek


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • 10Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek ECER, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT). Pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga. Projek ini dilaksanakan secara Konvensional Perunding dengan harga kontrak asal sebanyak RM270,798,136.53 oleh Kontraktor Majulia Sdn. Bhd. Pembinaan projek bermula pada 14 Mac 2018 dan telah siap sepenuhnya pada 6 Mac 2023. B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Majlis Perasmian Projek


TUMPAT, Kelantan - 26 Jun 2023 (Isnin), JKR Malaysia telah menyiapkan satu lagi projek jalan raya untuk diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya selaku kementerian pelanggan iaitu Projek Pembinaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Kelantan. YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama-sama YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Kelantan. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool (Ketua Pengarah Kerja Raya) dan YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa (Pengarah Kanan Cawangan Jalan). Selain itu, Ir. Rozita binti Mat Senapi (Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan Khas Jalan (PPKJ)), Ir. Mohd Suhaili bin Ismail (Pengarah JKR Negeri Kelantan), Encik Nik Badlihisham bin Nik Ismail, (JAPK CJ), Ir. Mazlan bin Haji Mustapha selaku Pegawai Penguasa Projek dan pegawai-pegawai lain turut hadir bersama mengiringi tetamu-tetamu kehormat dan memeriahkan majlis. Matlamat utama projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini adalah bagi menyuraikan trafik di Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor dari Level of Service (LOS) F kepada LOS C terutamanya di sekitar Bulatan Wakaf Bharu yang mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak serta sewaktu musim perayaan. • • • • • •• • • • • • • 26 Jun 2023 Wakaf Bharu, Tumpat , Kelantan MAJLIS PERASMIAN PROJEK MEMBINA FLYOVER DARI ARAH KOTA BHARU MERENTANGI BULATAN WAKAF BHARU KE PENGKALAN KUBOR, KELANTAN 11B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Majlis Perasmian Projek


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • Projek ini juga merupakan projek rintis penggunaan Building Information Modelling (BIM) dalam pembinaan projek jalan dan jambatan. Kaedah penggunaan BIM berupaya meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan kerana keseragaman reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan. Projek yang bermula pada 19 Februari 2018 dan siap pada 15 Jun 2023 melibatkan skop utama seperti berikut: i. Membina jejambat jalan berkembar 4 lorong melintasi Bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu - Pengkalan Kubor) sepanjang 470 meter; ii. Pelebaran dua (2) jambatan sedia ada iaitu Jambatan Atas Rel sepanjang 26.2 meter dan Jambatan Alor Kedemit sepanjang 25 meter; dan iii. Menaik taraf Bulatan Wakaf Bharu sedia ada kepada persimpangan berlampu isyarat; Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), Cawangan Jalan, pihak kontraktor dan semua agensi yang terlibat dalam menyiapkan projek ini. Projek ini membuktikan komitmen KKR dan JKR Malaysia dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara memberi manfaat kepada rakyat, disamping menyokong perkembangan ekonomi serta pembangunan yang holistik dan mampan kepada negara. 12B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Majlis Perasmian Projek


Majlis Pelancaran Route Bas Mara Liner di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Pelancaran laluan baru ini dapat menjimatkan masa perjalanan dari 1 jam kepada 15 minit. MAJLIS PELANCARAN ROUTE BAS MARA LINER DI JAMBATAN BAGAN DATUK – KG. SEJAGOP OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 Jun 2023 (Khamis) Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan 13B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Majlis Pelancaran • • • • • •• • • • • • •


PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN FT001/724/5 MERENTASI SUNGAI KERIAN DAN PEMBINAAN JEJAMBAT MERENTASI PERSIMPANGAN JALAN PERSEKUTUAN KE JALAN TRANSKRIAN FT001/FT283 SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG 12 Januari 2023 (Khamis) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Menaiktaraf Jambatan FT001/724/5 Merentasi Sungai Kerian dan Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian FT001/FT283 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Turut hadir sama adalah YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman (Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya), YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool (KPKR), TKSU (Sektor Dasar & Pembangunan) KKR, Pengarah JKR Pulau Pinang, Pengarah PIPC, Unit Projek Khas, HOPT, pihak Perunding dan kontraktor yang dilantik. 15 Mac 2023 (Rabu) Kota Setar, Kedah LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN Lawatan kerja oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim Bin Esa, PKCJ telah diadakan ke Projek Menggantikan Jambatan Sedia Ada FT 001/7/30 Kota Setar, Kedah (Jambatan Manjalara). Turut hadir bersama Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas, Wakil Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara, Wakil Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara dan & Wakil Unit Projek Khas Zon Utara 3 LAWATAN KERJA MENTERI KERJA RAYA PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN SEDIA ADA FT 001/7/30 KOTA SETAR, KEDAH (JAMBATAN MANJALARA) 14B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Lawatan Tapak • • • • • • • • • • • • • • • • • • •


LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK MEMBINAN LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU): SEKSYEN 3B & 3C, GUA MUSANG, KELANTAN 14 April 2023 (Jumaat) Gua Musang, Kelantan Pada 14 April 2023 (Jumaat), YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool telah melawat tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3B & 3C, Gua Musang, Kelantan. Turut hadir bersama mengiringi beliau di tapak ialah YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan. Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk memantau kemajuan kerja di tapak bina serta meninjau keadaan jalan Persekutuan sedia ada FT2747 yang ditutup susulan daripada pembinaan Projek LTU berkenaan. 15B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Lawatan Tapak • • • • • •• • • • • • •


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • LAWATAN TAPAK PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN FT001/724/5 DAN FT001/FT283 Lawatan tapak bersama YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa (PKCJ) ke Projek Menaiktaraf Jambatan FT001/724/5 Merentasi Sungai Kerian dan Membina Jejambat Merentasi Persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan TransKrian FT001/FT283, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah diadakan pada 16 Mac 2023. Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk memantau kemajuan kerja di tapak bina dan penyelesaian isu teknikal berkaitan. Antara perkara yang dibincangkan adalah isu pengambilan balik tanah dan isuisu teknikal lain. Lawatan ini turut dihadiri oleh wakil Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Perak dan JKR Daerah Kuala Kangsar. 16 Mac 2023 (Khamis) Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang 16B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Lawatan Tapak


LAWATAN KERJA PENGARAH PAKAR KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN KE PROJEK MALAYSIA VISION VALLEY (MVV) 2 Mei 2023 (Selasa) Tapak Projek Membina Jalan Baru Dari Nilai-Labu ke Bandar Enstek, Daerah Seremban, Negeri Sembilan (Menyiapkan Baki Kerja) Lawatan kerja oleh YBrs. Ir. Haji Mohamad Sharip bin Wahijan (PKJJ) ini diadakan bagi melihat keadaan semasa tapak projek MVV setelah kontrak asal ditamatkan dan bagi mengenalpasti baki kerja-kerja yang perlu dimasukkan ke dalam skop kontrak baharu kelak. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah JAPK Bahagian Pengurusan Projek Zon Selatan, JAPK Unit Projek Khas Zon Selatan 2, JAPK Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Selatan, JUBPK Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, wakil Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, serta wakil perunding yang dilantik iaitu Khairi Consult Sdn. Bhd. LAWATAN PANEL PENILAI KATEGORI ANUGERAH PENGURUSAN TRAFIK DI TAPAK BINA 2-3 Mei 2023 (Selasa – Rabu) Projek Lingkaran Tengah Utama Lawatan Panel Penilaian bagi Anugerah Pengurusan Trafik ini bersempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia. Seksyen 4C, 4D dan 5A telah terpilih ke peringkat penilaian akhir bagi Anugerah Pengurusan Trafik ini. Penilaian ini diketuai oleh Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor, JAPK Bahagian Audit dan Program Keselamatan Jalan. 17B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Lawatan Tapak • • • • • •• • • • • • •


Lawatan tapak untuk penyediaan Anggaran Kos Awalan (AKA) bagi projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan (RP4) telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Zaidi bin Mat Said, JAPK Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah, Cawangan Jalan. Bengkel tersebut bertujuan sebagai langkah penyediaan Brif Projek dan Anggaran Kos Awalan (AKA) bagi projek-projek RMK 12 RP4 diangkat ke EPU. Lawatan tapak melibatkan 6 lokasi di negeri Selangor iaitu 2 lokasi di Daerah Klang dan 4 lokasi di Daerah Petaling. 12 Mei 2023 (Jumaat) Enam (6) Lokasi di Sekitar Negeri Selangor LAWATAN TAPAK PROJEK RMK12 RP4 Turut hadir bersama adalah Ir. Mohd Asri bin Md Isa, JAP Jalan, JKR Selangor serta wakil dari Cawangan Jalan (Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah, Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Tengah, Bahagian Rekabentuk Jambatan, Bahagian Audit & Program Keselamatan Jalan, Bahagian Kejuruteraan Trafik, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga, Bahagian Jalan JKR Negeri Selangor, JKR Daerah Petaling dan JKR Daerah Klang. 17 Mei 2023 (Rabu) Projek Lingkaran Tengah Utama Pakej 4 : Kg. Relong Ke Raub, Pahang Seksyen 4C : Sega Lama Ke Kuala Dong, Pahang Penilaian Anugerah Inovasi ini adalah bersempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia. Seksyen 4C telah terpilih ke peringkat penilaian akhir bagi Anugerah KKP ini. Hanya 3 projek terbaik di JKR Malaysia terpilih bagi penilaian akhir ini. Seksyen 4C adalah satu-satunya projek daripada Cawangan Jalan yang terpilih bagi penilaian akhir ini. Penilaian ini diketuai oleh Ir. Haji Abdul Rani bin Harun Ketua Panel Penilai Anugerah Inovasi Pengurusan Projek KKP Terbaik yang telah diadakan pada 17 Mei 2023. PENILAIAN DAN LAWATAN TAPAK ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PROJEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 18B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3• • • • • • • • • • • • • • • • • • • Lawatan Tapak


LAWATAN TAPAK TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR INFRA) MALAYSIA PROJEK LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 5A Pada 18 Mei 2023 (Khamis), YBhg. Dato' Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri telah melawat Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 5A: Turut hadir bersama mengiringi beliau di tapak ialah YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan. Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah untuk memantau kemajuan kerja di tapak bina dan membincangkan isu-isu teknikal berkaitan projek tersebut. 18 Mei 2023 (Khamis) Raub, Pahang Lawatan Tapak 19B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 • • • • • •• • • • • • •


LAWATAN TAPAK BAGI KAJIAN SCOURING PADA STRUKTUR JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA, KELANTAN DARUL NAIM 7 Jun 2023 (Rabu) Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan Darul Naim Lawatan Tapak bagi Kajian Kesan ‘Scouring’ pada Struktur Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan Darul Naim telah diadakan pada 7 Jun 2023. Turut hadir dalam lawatan tapak kajian ini iaitu wakil Bahagian Pengurusan Projek Zon Tengah, Bahagian Rekabentuk Jambatan Cawangan Jalan, Bahagian Kejuruteraan Forensik dan wakil daripada JKR Kelantan Jambatan Sultan Yahya Petra telah dibina pada tahun 1965 dan siap sepenuhnya pada tahun 1967. Lokasi jambatan ini menghubungkan daerah Tumpat dengan Kota Bharu sepanjang 840m merentangi Sungai Kelantan. Manakala jambatan kedua telah dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2013. Sungai Kelantan merupakan sungai utama dengan jumlah catchment area seluas 11,900 km2 . Semasa musim hujan atau monsun ia boleh menyebabkan air sungai melimpahi tebing dan aliran air turut menjadi deras. Aliran air yang deras ini turut menyebabkan kesan scour yang tinggi pada struktur jambatan terutamanya struktur asas (foundation) dan abutment. Sekiranya, tiada pemantauan dan perlindungan pada struktur jambatan untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kelemahan pada integriti struktur dan boleh memendekkan jangka hayat struktur jambatan. Sehubungan itu, satu (1) kajian menyeluruh perlu dilaksanakan ke atas kesan scour dengan melaksanakan cerapan di lapangan, membuat analisis dan penilaian, perancangan perlindungan dan pembaikan struktur untuk jangka masa pendek dan panjang, serta penyediaan anggaran kos berdasarkan kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan. Pelaksanaan kajian ini akan dibuat bersama-sama pihak yang berkepakaran tinggi seperti Perunding atau pihak universiti tempatan. Lawatan Tapak 20B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3• • • • • • • • • • • • • • • • • • •


7 April 2023 Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH & SANTAI ANTI RASUAH DENGAN TEMA: MENCEGAH KETIRISAN DALAM PENGURUSAN PROJEK Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk kita menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya rasuah. Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa bersama-sama warga Cawangan Jalan yang di saksikan oleh Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya. Santai Anti Rasuah yang bertemakan Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Projek telah disampaikan oleh pegawai-pegawai SPRM iaitu KPKPs Effezul Azran bin Abd Maulop, PKPj Samsul bin Salip dan PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir. Program ini telah menarik minat warga Cawangan Jalan yang hadir secara fizikal dan atas talian dengan pendekatan soal jawab silang kata. Dengan adanya program sebegini ianya diharapkan dapat meningkatkan kesedaran berkaitan rasuah khususnya kepada warga CJ. 21B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Sesi Libat Urus • • • • • •• • • • • • •


10hb Februari 2023 (Jumaat) Bilik Tanjung, Kompleks Kementerian Kerja Raya. Sesi memeterai Memorandum of Agreement (MoA) antara Kerajaan dan Syarikat Utiliti Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini untuk julung kalinya telah berlangsung di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya. Memorandum of Agreement (MoA) ini bertujuan untuk mewujudkan suatu hubungan perundangan bersama dan punca kuasa bagi menyalurkan dana pembiayaan kepada syarikat utiliti. Dana pembiayaan yang didahulukan oleh Kerajaan ini akan dituntut semula setelah kerja pengalihan utiliti siap dilaksanakan. Ini merupakan satu catatan sejarah dan merupakan sesi pertama bagi menandatangani MoA diperingkat Kementerian Kerja Raya Malaysia di mana ianya melibatkan syarikat Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, PETRONAS Gas Berhad dan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd. MoA ini merupakan templat dan hendaklah digunapakai sepenuhnya oleh agensi kerajaan lain dan sekiranya terdapat sebarang pindaan perlu dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Agensi masing-masing bagi sebarang kelulusan. SESI MEMETERAI MEMORANDUM OF AGREEMENT (MOA) ANTARA KERAJAAN DAN SYARIKAT UTILITI BAGI KERJA PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMKE-12) 22B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Sesi Libat Urus • • • • • • • • • • • • • • • • • • •


13hb Februari 2023 Pejabat Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kunjungan hormat YBhg. Dato‘ Ir. Hj. Zulkipli Bin Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) ke Pejabat Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Menara PJD pada 13hb Februari 2023. KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR INFRA) KE CAWANGAN JALAN, MENARA PJD JERAYAWARA GARIS PANDUAN BAGI KERJA PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN RMKE-12 (GP UTILITI RMK-12) 25 Mei 2023 dan 5 Julai 2023 Raiaa Hotel, Kedah dan Perbadanan Labuan Jerayawara Garis Panduan Bagi Kerja Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12(GP Utiliti RMK-12) telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Bahagian Pengambilan Tanah & Utiliti, Cawangan Jalan. Jerayawara ini telah diadakan mengikut zon; Zon Tengah di Perbadanan Labuan pada 25 Mei 2023 manakala bagi Zon Utara telah diadakan di Raiaa Hotel, Kedah pada 5 Julai 2023. Bagi Zon Timur dan Zon Selatan , Jerayawara tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2023. 23B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Sesi Libat Urus • • • • • •• • • • • • •


. PROGRAM COLLABORATIVE TEACHING 21 Jun 2023 (Rabu) UiTM Shah Alam, Selangor 21 Jun 2023 - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam telah menjemput Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor, JAPK Bahagian Audit & Program Keselamatan Jalan untuk memberikan taklimat kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam. Program ini dinamakan Collaborative Teaching at UiTM. Tajuk taklimat yang disampaikan berkenaan Audit Keselamatan Jalan (Peringkat 1 hingga 5). Matlamat program ini adalah untuk menjadi medan perkongsian ilmu serta sebagai pendedahan awal kepada pelajar UiTM berkaitan bidang yang dipelajari. Program ini turut disertai oleh pensyarah UiTM serta pegawai daripada Cawangan Jalan. 24B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Sesi Libat Urus • • • • • • • • • • • • • • • • • • •


. MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK DAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) SECARA 2 DALAM 1 1 Januari hingga 30 Jun 2023 Ibu Pejabat JKR Malaysia Bermula daripada 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023, Cawangan Jalan telah menyerahkan Dokumen Kontrak dan Surat Setuju Terima (SST) secara 2 dalam 1 kepada kontraktor yang berjaya bagi projek seperti berikut: Penyerahan Dokumen Kontrak dan Surat Setuju Terima (SST) 25B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 1. Membina Jambatan Konkrit Kg. Chenulang ke Kg. Kebun, Kuala Krai, Kelantan 2. Menggantikan Jambatan FT001/562/00, Sungai Kinchap, Perak. 3. Membina Jambatan FT175//037/72, Sik, Kedah 4. Menggantikan Jambatan FT067/045/90, Baling, Kedah 5. Menggantikan Jambatan FT003/667/20 Sungai Alor Baung, Pasir Puteh, Kelantan. 6. Menaiktaraf Infrastruktur Jalan Masuk Di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 7. Mengganti Jambatan Gantung Di Kampung Mambang Berulang, Temerloh, Pahang. 8. Menggantikan Jambatan FT003/675/40, Sungai Kelong, Pasir Puteh, Kelantan (Tender Semula). 9. Menggantikan Jambatan FT071/17/30, Manjung Perak 10. Pembinaan Baharu Jalan Masuk Ke SK Taman Awana 11. Menaiktaraf Jalan Dari Bulatan McDonald ke Persimpangan Brinchang/ Time Tunner da Membina One Way Loop ke Kea Farm, Caemeron Highland, Pahang 12. Menyiapkan Baki Kerja Bagi Projek Menggantikan Jambatan FT136/042/43 Daerah Kulim, Kedah 13. UMK-Pembinaan Jalan Utama, Jaringan Jalan Dalam Kampus Dan Kerja-Kerja Infrastruktur Kampus Bachok (Fasa II)


. PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PAVEMENT SEMINAR (KLIPS) 8 Mac 2023 (Rabu) Connexion Conference & Event Centre, Nexus Bangsar South 8 Mac 2023 : Dua (2) orang pegawai dari Cawangan Jalan telah membentangkan kertas penyelidikan mereka di Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023. Berikut merupakan pegawai yang membentangkan kertas kajian di KLIPS Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 26B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Ir. Hamzah bin Hashim Formulating Cold Mix Standard For Potholes Patching Works In Malaysia Dr. Hanani binti Mohamed Radzi Effectiveness Of Asphalt Mixture Designs Using A Newly Developed Automatic Slab Compactor


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • 16 Mac 2023 Metropolitan Batu Park, Sentul, KL Pada 16 Mac 2023 (Khamis), satu sesi latihan penggunaan drone telah diadakan kawasan lapang Metropolitan Batu Park, Sentul, Kuala Lumpur. Latihan ini dikendalikan oleh Encik Asyraf bin Aziz. Pegawai Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara dilatih untuk mengendalikan drone. Teknologi drone ini dapat merakam imej dan video lokasi tapak kerja dari atas ruang udara. Tinjauan dalam peringkat awalan Proses Reka Bentuk Jalan akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan teknologi drone kerana ianya mampu mengambil gambar serta rakaman video dari sudut yang sukar dicapai secara konvensional. SESI LATIHAN PENGGUNAAN DRONE SESI KNOWLEDGE SHARING SECARA ATAS TALIAN GOOGLE MEET Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS) telah mengadakan Sesi Knowledge Sharing bermula 9 Jun 2023 dan dicadangkan penganjuran sesi Knowledge Sharing ini diadakan dua (2) kali sebulan. Seramai tujuh (7) orang pegawai yang mempunyai Pensijilan Tahap 4 dari kompetensi Kejuruteraan Jalan, Keselamatan Jalan dan Kejuruteraan Jambatan. Berikut merupakan senarai Sesi Knowledge Sharing yang telah diadakan pada bulan Jun 2023 iaitu: 9 Jun 2023 Tips Dalam Rekabentuk oleh Ir. Rohana Binti Yaakub 23 Jun 2023 Isu Rekabentuk Jalan Dari Perspektif Keselamatan Jalan oleh Ir. Rohaida Binti Rashid 27B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 Perkongsian Ilmu


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • 15 Jun 2023 Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Satu Seminar Isu-Isu Kontrak: Lanjutan Masa Dan Penamatan Kontrak Kerja telah dianjurkan oleh Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, Cawangan Jalan pada 15 Jun 2023 bertempat di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Seminar yang dihadiri seramai lebih 90 orang pegawai Cawangan Jalan dari pelbagai bahagian seperti Unit Projek Khas, Bahagian Pengurusan Projek, Bahagian Pengurusan Portfolio dan lain-lain itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan. Seminar disampaikan oleh Puan Chandra Devi A/P Letchumanan, mantan Ketua Unit, Unit Timbangtara & ADR, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara. Diharap dengan penganjuran seminar seperti ini dapat memberikan ilmu baru serta nilai tambah kepada pegawai-pegawai Cawangan Jalan untuk diadaptasikan dalam tugas hakiki apabila pulang ke tempat bertugas masing-masing kelak. SEMINAR ISU – ISU KONTRAK : LANJUTAN MASA DAN PENAMATAN KONTRAK KERJA 28B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I . 1 / 2 0 2 3Perkongsian Ilmu


. PEMBENTANGAN TAKLIMAT PRODUK Cawangan Jalan telah mengadakan beberapa siri taklimat produk/ bahan yang bertujuan memberi pendedahan kepada warga Cawangan Jalan terutama produk/ bahan yang berteknologi baru dan berinovasi disamping sebagai persediaan bagi produk/ bahan tersenarai dalam Road Material Approved List (RMAL). Produk-produk yang dibentangkan seperti: Produk Terrestrial Laser Oleh Syarikat Jurukur Mahabob & Co. Sdn. Bhd. 5 April 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan, Menara PJD Produk Super Fiber Mix Oleh Syarikat AHN Vertex Sdn. Bhd. 24 Mei 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan, Menara PJD Produk Airborne LiDAR Technology Oleh Syarikat Global Solution Sdn. Bhd. 24 Mei 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan, Menara PJD Taklimat Produk 29B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • Pada 14 Mac 2023 (Selasa), Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan YBhg, Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa selaku Yang Dipertua KESUJA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh kakitangan Cawangan Jalan yang berdaftar sebagai ahli KESUJA. Antara agenda Mesyuarat KESUJA kali ini adalah seperti berikut: i. Pembentangan Laporan Aktiviti KESUJA tahun 2022/2023 ii. Pembubaran Ahli Jawatankuasa KESUJA tahun 2022/2023 iii. Pelantikan Ahli Jawatankuasa KESUJA tahun 2023/2024 iv. Pembentangan usul dan cadangan Mesyuarat ini turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada warga Cawangan Jalan. MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN CAWANGAN JALAN (KESUJA) BIL.1/ 2023 14 Mac 2023 Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. 30B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA)


• • • • • • • • • • • • • • • • • • • Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) telah menganjurkan Bazar Ramadhan di Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Tujuan penganjuran Bazar Ramadhan ini adalah untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadhan disamping memberi peluang kepada peniaga kecil untuk berniaga. Bazar Ramadhan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Bazar Ramadhan ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua KESUJA, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa, YBrs. Ir Haji Sharip bin Wahijan Pengarah Pakar Kejuruteraan Cawangan Jalan dan Setiausaha KESUJA Ir. Rohana binti Yaakub. BAZAR RAMADHAN KESUJA 6 & 7 April 2023 Ruang Legar Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) 31B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3 MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KESUJA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN Pada 29 Mac 2023, Yang Dipertua KESUJA, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Esa telah menyampaikan sumbangan kain sarung kepada ahli-ahli KESUJA sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, YBrs. Ir. Haji Mohamad Sharip bin Wahijan dan ahli-ahli KESUJA yang lain. 29 Mac 2023 Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia


SENARAI PEGAWAI BARU 32B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3BIL NAMA PEGAWAI GRED TARIKH PENEMPATAN BAHAGIAN PENEMPATAN TERDAHULU 1 Noraini binti Zainol JA38 3.1.2023 Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik CKAS 2 Haniza binti Sanusi JA29 3.1.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara CSFJ 3 Wan Ahmad Faizfaizal bin Wan Fikri JA29 3.1.2023 Bahagian Kejuruteraan Forensik CKIP 4 Norihan binti Mohammed JA29 3.1.2023 Unit Projek Khas Zon Tengah 2 JKR WPKL 5 Nur Ain Syahirah binti Mazlan JA19 19.1.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur Lantikan Baharu 6 Nur Syuhaini binti Kamarudin J44 2.2.2023 BKUB CKUB 7 Ir. Farrid bin Jamaludin J54 2.2.2023 Unit Projek Khas Ecer 3 JKR Daerah Larut Matang dan Selama 8 Ir. Nasrollah bin Mohamad J52 7.2.2023 Unit Projek Khas Zon Timur 2 JKR Hilir Perak 9 Ir. Rizalman bin Darus J52 7.2.2023 Unit Projek Khas Zon Tengah 1 PPK 1 10 Ir. Andy Surin a/l Khoo Ah Chai J52 7.2.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara CKP 11 Ir. Zainuddin bin Sulaiman J48 7.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan CREaTE 12 Ir. Taufikur Rahman bin Adnan J48 7.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara PPK 2 13 Norfazilah binti Abd Manan J48 7.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan KeTSA 14 Dato' Ir. Ibrahim bin Esa JUSA B 7.2.2023 PKCJ CSFJ 15 Mohd Harizam bin Ibau Nui J54 13.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar KKR 16 Khazani bin Abdul Wahab J54 13.2.2023 Unit Projek Khas Zon Timur 2 Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kelantan 17 Mohamad Anuar bin Padeli J44 13.2.2023 Unit Projek Khas Zon Selatan JKR Daerah Tangkak 18 Mohamad Abdullah bin Ismail J44 13.2.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar CSFJ 19 Mohd Johari bin Malim Sirin J54 13.2.2023 Bahagian Pengurusan Portfolio KPKT 20 Ir. Wan Ahmad Taqiuddin bin Wan Ngah J44 13.2.2023 Unit Projek Khas Zon Timur 1 CPAB 21 Nabihah Hannan binti Mohd Noor Shah J44 16.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan KKR 22 Farah Zuhana binti Zulkefle J44 1.3.2023 Pejabat Pengarah Kanan CSFJ 23 Ir. Mohd Fareid bin Isa J48 15.3.2023 Bahagian Kejuruteraan Trafik JKR Daerah Rembau 24 Diana Humaira binti Luke Embah J48 15.3.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan CDPK 25 Ir. Emmy Sherina binti Hashim J52 15.3.2023 Bahagian Pengurusan Portfolio CKAS 26 Nawi bin Yacob N14 3.4.2023 Pejabat Pengarah Kanan CDPK 27 Muhammad Nor Kamarulhishan bin Kamarulzaman JA29 12.4.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar JKR WPKL 28 Siti Aishah binti Suparno JA29 12.4.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur CKC 29 Nur Quratul Aini binti Hamidun J48 18.4.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah CPAB 30 Ir. Muhamad Safwan bin Puteh @ Shaari J48 18.4.2023 Unit Projek Khas Zon Utara 1 JKR Daerah Kulim / Bandar Baharu 31 Izzati Nasuha binti Zulkifli Dev Kumal JA19 26.4.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar CKAS 32 Aisyah binti Mohd Tahir N29 8.5.2023 Bahagian Audit Program dan Keselamatan Jalan JPM 33 Ir. Dzulhilmi bin Zulkufli J41 1.6.2023 Unit Projek Khas Zon Utara 3 JKR Negeri Pulau Pinang 34 Nuraishah binti Abu J41 1.6.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur KKR 35 Mohd Khairul Anwar bin Mohamad J41 1.6.2023 Unit Projek Khas Zon Utara 3 CPAB 36 Rodiah binti Safar JA38 8.6.2023 Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik CKC 37 Mahathir bin Darus JA38 8.6.2023 Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard CKIP 38 Ramlan bin Abdul Razak JA38 8.6.2023 Bahagian Kejuruteraan Forensik CKC 39 Ziayana binti Mohd Zainuddin JA29 19.6.2023 Unit Projek Khas PIPC JKR Daerah Kota Tinggi


SENARAI PEGAWAI YANG BERPINDAH KELUAR BIL NAMA PEGAWAI GRED TARIKH KELUAR BAHAGIAN PENEMPATAN BARU 1 Yusnita binti Sarbani JA38 3.1.2023 Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik CKAS 2 Wheelance Anak Fadreen Jingan JA29 3.1.2023 Bahagian Kejuruteraan Forensik CKIP 3 Mohd Aiman bin Hashim JA29 3.1.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Utara CSFJ 4 Mohamad Nor Hazwan bin Zaini JA29 3.1.2023 Unit Projek Khas Zon Tengah 2 JKR WPKL 5 Nur Ainun binti Mustapha JA19 19.1.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur Jabatan Pertanian Malaysia (Kader) 6 Sr. Nurul Aishah binti Zamaludin J44 2.2.2023 Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan CPAB 7 Ir. Dr. Muhammad Khairil bin Ibrahim J48 7.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan CKBA 1 8 Fadziyani binti Mohamad J48 7.2.2023 Unit Projek Khas Zon Utara 3 CASKT 9 Ts. Kamaruzaman bin Hj Zainal J48 7.2.2023 Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik KPM 10 Ir. Rozita binti Mat Senapi J54 7.2.2023 Bahagian Pengurusan Portfolio PIPC 11 Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman JUSA C 7.2.2023 Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan CREaTE 12 Jefry bin Sulong JA29 9.2.2023 Unit Projek Khas Zon Timur2 Kementerian Pertanian Kertejamman Makanan (Kader) 13 Nur Azia binti Mohamad J41 13.2.2023 Bahagian Pengurusan Koporat dan Strategik CKP 14 Mohd Ridhuan bin Abdullah Din J44 13.2.2023 Unit Projek Khas Zon Timur 1 CPAB 15 Nur Liyana binti Lokman J41 20.2.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah JKR Negeri Selangor 16 Ir. Noor Akma binti Mohd Naru J44 1.3.2023 Bahagian Pengurusan Portfolio CPAB 17 Ainun syazwani binti Md Zokhi JA36 1.3.2023 Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan CKUB 18 Mohd Suhaizad bin Sauti J48 15.3.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan PPK 1 19 Ir. Asiah binti Ismail J48 15.3.2023 Bahagian Kejuruteraan Trafik KKR 20 Naslin binti Jusoh J44 20.3.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur CDPK 21 Muhammad Syazwan bin Abdul Rani JA29 12.4.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Luar Bandar JKR WPKL 22 Hamsan bin Syafei JA29 12.4.2023 Bahagian Pengurusan Projek Zon Timur CKC 23 Siti Zubaidah binti Badri N29 8.5.2023 Bahagian Audit Program dan Keselamatan Jalan KeTSA 24 Mohd Nor Sahrizal bin Mohammed Sharuni J48 18.4.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah CPAB 25 Nozie binti Mohamed Yusuf J48 18.4.2023 Unit Projek Khas Utara 2 CKK 26 Ir. Mohd Mawardi bin Hasshim J44 1.6.2023 Unit Projek Khas Utara 3 JKR Daerah Kulim 27 Ir. Asward Indra Firhad bin Abdul Aziz J44 6.6.2023 Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Timur CDPK 28 Puteri Zaharah binti Abdul Jalil JA22 8.6.2023 Bahagian Reka Bentuk Jambatan CKAS 29 Zulkarnain bin Othman JA29 8.6.2023 Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard JPM (Kader) 33B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3


PEGAWAI BERSARA 34B U L E T I N C A W A N G A N J A L A N B I L . 1 / 2 0 2 3Encik Hanafi bin Aminuddin, J52 Unit Projek Khas Zon Tengah 2 Bersara Wajib pada 15 Januari 2023 Puan Saluwa binti Sulaiman, JA38 Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik Bersara Wajib pada 29 Januari 2023 Puan Shuzilawati binti Zulkefli, JA22 Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan Bersara pilihan pada 11 Mac 2023 Encik Mohd Johari bin Malim Sirin, J54 Bahagian Pengurusan Portfolio Bersara Wajib pada 25 Jun 2023


BULETIN CAWANGAN JALAN BIL. 1/2023 Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur. Telefon: +603 2610 8041/7709 Faks: +603 26910663 ©2023 Jabatan Kerja Raya Malaysia Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, mekanikal, salinan, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit


Click to View FlipBook Version