JKR 20400 - 02 JKR 20400 - 0276 - 24 76 - 24
PERUTUSAN PENGARAH K PERUTUSAN PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN WANGAN JALAN Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T Segala pujian dan syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNYA Buletin Cawangan Jalan Bil 2/2023 berjaya diterbitkan. Saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada sidang redaksi yang terlibat menjayakan penerbitan buletin ini dengan jayanya berkat sokongan dan komitmen semua pihak. Dengan penerbitan Buletin ini, saya berharap ianya dan dapat memberi maklumat dan manfaat kepada bukan sahaja di peringkat Cawangan Jalan malah kepada seluruh warga JKR. Penghasilan Buletin ini juga adalah untuk memaklumkan aktiviti dan pencapaian Cawangan Jalan bagi separuh tahun kedua untuk tahun 2023. Cawangan Jalan menguruskan pelbagai projek jalan di bawah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan lain – lain. Sudah tentunya penglibatan semua pihak adalah penting bagi memastikan setiap projek dapat diuruskan dengan baik. Oleh itu, diharapkan seluruh warga Cawangan Jalan terus sentiasa berusaha dan gigih dalam menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat yang dirancang. Setiap program yang dilaksanakan dan kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha dan komitmen semua warga Cawangan Jalan dan juga Kerjasama dari agensi-agensi luar. Syabas dan tahniah diucapkan untuk semua warga. Semoga kerjasama ini akan berterusan bagi meneruskan kecemerlangan mutu perkhidmatan kepada rakyat. Akhir kata, semoga Cawangan Jalan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan di masa akan datang. Sekian, terima kasih. Dato’ Ir. Haji Ibrahim Bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia
PERUTUSAN PENGARAH P PERUTUSAN PENGARAH PAKAR KEJURUTERA KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN AN JALAN DAN JAMBATAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Pertama, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, Cawangan Jalan telah berjaya menerbitkan Buletin Cawangan Jalan Bil. 2/2023. Saya juga mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi dan semua penyumbang artikel yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan Buletin yang terbaik. Dengan adanya Buletin ini sudah pasti akan menjadi bahan pembacaan dan rujukan yang berguna kepada seluruh warga Cawangan Jalan khususnya dan warga JKR amnya. Saya berdoa semoga pembaca dari pelbagai lapisan gred dan jawatan dapat menjadikan Buletin ini rujukan untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Sekian, terima kasih. Ir. Haji Mohamad Sharip bin Wahijan Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan Cawangan Jalan PERUTUSAN PENGARAH PEMBINA PERUTUSAN PENGARAH PEMBINAAN PENGURUSAN PROJEK KHAS JAL PENGURUSAN PROJEK KHAS JALAN Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Bismillahirrahmanirrahim. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Buletin Cawangan Jalan Bil. 2/2023 ini. Tahniah diucapkan kepada sidang redaksi di atas penerbitan buletin ini. Diharapkan penerbitan kali ini dapat menjadi salah satu wadah dalam mempelbagaikan informasi terkini dari semasa ke semasa mengenai program kerja dan aktivitiaktiviti Cawangan Jalan kepada semua pembaca. Akhir kata, bersama-samalah kita memanjatkan doa dan berusaha agar Cawangan Jalan terus kukuh dan cemerlang dalam merealisasikan pelaksanaan projek-projek infrastruktur Jalan Raya di seluruh negara. Sekian, terima kasih. Ir. Rozita binti Mat Senapi (PMP) Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan Khas Jalan (PPKJ) Cawangan Jalan
DARI PENA KE DARI PENA KETUA EDITOR TUA EDITOR Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.. Ucapan terima kasih kepada pengurusan atasan, khasnya YBhg, Dato Pengarah Kanan Cawangan Jalan di atas kepercayaan kepada saya dan ahli Sidang Redaksi untuk menggalas amanah ini sehingga terhasilnya Buletin Bil2/2023. Sebagai Ketua Editor, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan dari setiap Bahagian sebagai ahli Sidang Redaksi dalam memberi maklumat yang bernas untuk dititipkan di dalam buletin ini. Tanpa sokongan semua, pastinya buletin ini tidak akan terhasil. Akhir kata, tinggilah harapan saya agar buletin ini dapat memberi sebanyak mungkin informasi kepada semua terutamanya seluruh warga JKR Sekian, terima kasih Wan Norisa binti Wan Yusofi Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard SIDANG REDAK SIDANG REDAKSI Farah Zuhana binti Zullkeffe (Pej. PKCJ) Siti Noor Adibah binti Ramlan (Pej. PKCJ) Norliza binti Kamaludin (Pej. PKJJ) Mohd Hawari bin Muhamad Ali (Pej. PKJJ) Norhidayah binti Kamarudin (Pej PPKJ) Ir. Noor Aziah binti Tarmizi (BPKS) Arif Haikal bin Isa (BPKS) Nurul Haziemah binti Razali (PMO) Wardati binti Mohd Zaki (BKUB) Muhammad Abdul Aziz bin Mesdi BKUB) Ts. Syamimi binti Tahar (BPTU) Ir. Khairul Faizi bin Saim (BPPZ Timur) Muhammad Azizi bin Mat Yusof (BPPZ Timur) Azhar bin Abu Bakar (BPPZS) Amzafriah binti Ayob (BPPZU) Mohamad Hashim bin Ishak (BPPZ Tengah) Nur Fatihah binti Muhamad Noor (BPPZLB) Mohamad Ashrulnizam bin Abdul Rahim (BPP ECER) Mohammad Arif Fadzly bin Ishak (BPP ECER) Abd Halim bin Sinidi (UPPKZ Tengah 1) Latifahida binti Mohd Kmari (UPPKZ Tengah 2) Siti Rahiyah binti Abdul Rahim (UPPKZ Tengah 2) Siti Nor binti Othman (UPKZU 1) Viknesh John a/I John Vincent (UPKZU 2) Muhammad Isa bin Rosly (UPKZU 2) Norazuaniza binti Mohd Yunus (UPKZU 3) Tengku Munirah binti Tuan Mahmood (UPKZ Timur 1) Ir. Ts. Siti Rahayu binti Jafiar (UPKZ Timur 1) Norbainul Azwa binti Hanaffl (UPKZ Timur 2) Nurazwa Amyra binti Baharudin (UPKZ Timur 3) Mohamad Anuar bin Padeli (UPKZS) Mohd Sanusi bin Ismail (UPK ECER 1) Zairul Riza bin Abdul Manan (UPK ECER 2) Ir. Mohd Danial bin Zammeri (UPK ECER 3) Noor Julieana binti Mohamed (UPK ECER 3) Tuan Surlina binti Tuan Yeh (UPK ECER 4) Mohamad Azim lzuddin bin Mohd Khair (BRJZU) Mohd Fauzie bin Ismail (BRJZ Timur) Muhamad Noorzaki bin Hashim (BRJZ Timur) Syed Najib bin Syed Mohd Zulkarnain (BRJZS) Mohammad Noorikmal bin Mazlan (BRJS) Nur Quratul Aini binti Hamidun (BRJZ Tengah) Mohd Shukri bin Zakaria (BRJZ Tengah) En. Sazali bin Samsudin (BRJZLB) Mohammad Nor Kamarulhishan bin Kamarulzaman (BRJZLB) Mazita binti Jusoh (BR Jambatan) Mohd Firdhauz bin Harun (BR Jambatan) Basariah binti Saidin (BPIS) Mahathir bin Darus (BPIS) Mohd Najmi bin Abd Razak (BPIS) Syahira Azrene binti Azimi (BPIS) Tc. Danial Adib bin Kamaruddin (BKF) Muhammad Dahnial bin Mohd Tahir (BKF) Wan Mohamad Hazwan bin Wan Ramli (BAPKJ) Ir. Mohd Fareid bin Isa (BKT) Amir Rezza bin Che Lah (BKT) Ir. Azmel Yamin bin Wahab (BIM) Azrol Azmir bin Long (BIM) Ir. Rohana binti Yaakub (KESUJA) Fiffle Haniezah binti Hamdan (KESUJA)
1
2
3
4 RMK 11 RP4 RMK 12 RP1 RMK 12 RP2 RMK 12 RP3 56 projek 53 projek 38 projek 62 projek JumlahKesuluruhanProjek10 Juta Ke Atas Petunjuk: RMK : RANCANGAN MALAYSIA KE RP : ROLLING PLAN RMK 11 RP4 9 projek RMK 12 RP1 RMK 12 RP2 RMK 12 RP3 40 projek 26 projek 32 projek JumlahProjekYang MelaksanakanBIM 9 47 RMK 11 RP4 Projek BIM Projek Bukan BIM 32 30 RMK 12 RP1 Projek BIM Projek Bukan BIM JumlahProjekBIM vs ProjekBukanBIM 26 12 RMK 12 RP2 Projek BIM Projek Bukan BIM 40 13 RMK 12 RP3 Projek BIM Projek Bukan BIM
5
6
7
8
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN (FT237 DARI EXIT CHUKAI LPT 2 MENUJU KE FT003) KEMAMAN, TERENGGANU KEMAMAN, TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal utama negara telah berjaya menyerahkan projek infrastruktur jalan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR). Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT237 (Dari Exit Chukai LPT 2 Menuju Ke FT003) Kemaman, Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi pada 20 Julai 2023 (Khamis). YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya hadir mengiringi YB Menteri Kerja Raya. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan; Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu; Tuan Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Jalan, selaku Ketua Pasukan Projek (HOPT); Encik Khazani bin Abdul Wahab selaku Pegawai Penguasa Projek serta semua pegawai pasukan projek yang terlibat. 20 Julai 2023 (Khamis) Daerah Kemaman, Terengganu 9
Projek yang dilaksanakan secara Reka & Bina ini telah bermula pada 2 Mei 2017 dan berjaya disiapkan pada 13 April 2023. Skop kerja utama projek yang berharga RM192.8 juta ini adalah: i. Menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 11.4 km dari piawaian R3 kepada R5; ii. Menaik aras jalan lebih kurang 2m tinggi di lokasi-lokasi banjir; iii. Membina jambatan baru di Sg. Tempurung berukuran 14m x 25m piawaian R5; iv. Membina jambatan tebatan banjir berukuran 14m x 313m; v. Menaiktaraf lima (5) persimpangan utama. (Persimpangan T126, T128, T13, Jalan Pengkalan Binjai dan Taman Alam Perdana); vi. Pemasangan lampu isyarat baru di persimpangan Jalan Pengkalan Binjai; vii. Menaiktaraf lampu isyarat sedia ada di persimpangan T126; viii. Pemasangan lampu jalan jenis LED yang baru di persimpangan T126, T128, T13, Jalan Pengkalan Binjai dan Taman Alam Perdana; Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), semua ahli pasukan projek jabatan serta agensi yang terlibat atas usaha gigih dan komitmen dalam menyiapkan projek ini. Jabatan Kerja Raya sentiasa komited untuk memacu pembinaan infrastruktur negara dan memenuhi aspirasi kerajaan bagi menyediakan rangkaian hubungan jalan raya yang optimum dan berkualiti. 10
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA JAMBATAN BAGAN DATUK KE KAMPUNG SEJAGOP DAERAH PERAK TENGAH, PERAK DARUL RIDZUAN 2 Oktober 2023 (Isnin) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2 Oktober 2023 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Jambatan Sejagop yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli Bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) selaku Pengarah Projek kepada YBrs. Encik Izamael Zamzuri Bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan & Penswastaan, selaku wakil Kementerian Kerja Raya. Projek Membina Jambatan Bagan Datuk ke Jambatan Sejagop bermula pada 3 Julai 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 30 Ogos 2023 dengan 6 bilangan lanjutan masa. Komponen pembinaan projek ini terdiri daripada membina jalan tuju ke jambatan piawaian JKR R5 (2 lanes, single carriageway) sepanjang 10.5km, membina jambatan utama merentasi Sungai Perak piawaian JKR R5 sepanjang 1.5km dengan kelebaran 15.6m (2 lanes, single carriageway) termasuk ruang untuk utiliti, 3 jambatan merentasi laluan untuk Ladang Sime Darby dan jalan di atas struktur sepanjang 8.5km. Projek Jambatan Sultan Nazrin Shah ini adalah mercu tanda kepada Daerah Bagan Datuk yang telah diwartakan secara rasminya sebagai daerah ke-12 di Negeri Perak pada 9 Januari 2017. Objektif utama projek ini adalah sebagai akses pengangkutan utama kepada pengguna, dengan masa perjalanan yang lebih singkat dari Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah ke Bagan Datuk. Jajaran projek ini adalah sepanjang 10.5 km dan Jambatan Sultan Nazrin Shah dibina merentasi Sungai Perak. 11
Projek ini diserahkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya secara 3 dalam 1 iaitu Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC), Penyata Akaun Muktamad (SOFA) dan Lukisan Siap Bina. JKR Malaysia turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dalam kategori berikut: 1. The Longest Piled Slab Carriageway sepanjang 8.27 kilometer 2. Most Pile Points On Elevated Piled Slab Slab Carriageway dengan sebanyak 6,396 titik cerucuk Pengiktirafan ini menjadi satu tanda aras kejayaan JKR Malaysia dalam aspek reka bentuk dan pembinaan yang lebih holistik demi memacu landskap pembangunan negara. 12
7 Oktober 2023 – Projek Jambatan Bagan Datuk telah dimasyhurkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah, pada hari ini. Jambatan Bagan Datuk kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah. Hadir semasa majlis perasmian tersebut adalah YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, YB Menteri Kerja Raya; YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ir. Hj. Sharip Bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, Cawangan Jalan serta semua pegawai pasukan projek yang terlibat. Projek membina jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop, Perak adalah projek berimpak tinggi yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk. Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Projek Jambatan Sultan Nazrin Shah ini adalah mercu tanda kepada Daerah Bagan Datuk yang telah diwartakan secara rasminya sebagai daerah ke-12 di Negeri Perak pada 9 Januari 2017. Objektif utama projek ini adalah sebagai akses pengangkutan utama kepada pengguna, dengan masa perjalanan yang lebih singkat dari Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah ke Bagan Datuk. Jajaran projek ini adalah sepanjang 10.5 km dan Jambatan Sultan Nazrin Shah dibina merentasi Sungai Perak. 7 Oktober 2023 (Sabtu) Bagan Datuk, Perak 13 MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN SULTAN NAZRIN SHAH, PERAK DARUL RIDZUAN
Laluan ini juga memberi manfaat kepada pengguna jalan raya yang berulang-alik dari kawasan utara Perak ke Lembah Klang khususnya melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). Projek ini turut menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan bandar-bandar utama seperti Lumut, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak. Selain itu, jambatan ini memberi manfaat kepada hampir 70,000 penduduk sekitar termasuk institusi Pendidikan berdekatan seperti Politeknik, MRSM dan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Projek ini juga secara tidak langsung dapat menjana dan merancakkan pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat. Projek Jambatan Sultan Nazrin Shah telah menerima pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Records (2023) sebagai Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk Yang Terpanjang (Longest Elevated Pile Slab Carriageway) dan Bilangan Titik Cerucuk Terbanyak Bagi Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk (Most Pile Points on Elevated Pile Slab Carriageway). Selain itu, projek ini mencatat rekod skor 95% dalam Audit Silang Pelan Pengurusan Trafflk (TMP) Projek Cawangan Jalan (2022), pencapaian Empat Bintang dalam Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) (2020) dan 1,000,000 Jam Kerja Tanpa Kecederaan (2020). Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), Kerajaan Negeri, semua ahli pasukan projek jabatan serta agensi yang terlibat atas usaha gigih dan komitmen dalam menyiapkan projek ini. Jabatan Kerja Raya sentiasa komited untuk memberikan penyampaian perkhidmatan yang optimum demi memacu pembinaan infrastruktur negara, serta memenuhi aspirasi kerajaan dalam menyediakan rangkaian hubungan jalan raya yang berkualiti. 14
Bertempat di Bilik Mesyuarat Mayang Sari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 3 November 2023, telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Siap bagi projek-projek Jalan Luar Bandar di bawah pejabat Pengurus Program Cawangan Jalan sepertimana berikut :- 1. Pembinaan Jalan Baru dari Bagan Sungai Pinang ke Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. 2. Membina Jambatan Baru Konkrit di C115 Seksyen 8.6 Kg. Jergoh, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 3. Membina Jalan Baru di Bandar 34, Bera, Pahang (Fasa 2) 4. Jalan Menghubungkan Laluan 14 ke Kawasan Rehat Perasing, Kemaman, Terengganu. 3 November 2023 (Jumaat) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya 15 MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP JALAN LUAR BANDAR KEPADA KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana yang mewakili Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan YBhg. Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra yang mewakili Jabatan Kerja Raya Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah JKR Pahang & Terengganu, Jurutera-jurutera Daerah, Unit Projek Khas Cawangan Jalan, pihak HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan serta wakil HODT yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada pasukan projek di peringkat Ibu Pejabat JKR, Pasukan Pejabat Selia Tapak, Kontraktor serta semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan keempat-empat projek ini dengan pencapaian sekurang-kurangnya 3 dalam 1. 16
17
18
19
20
21
22
23
24
MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN KONTRAK DAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) SECARA 2 IN 1 Bermula daripada 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023, Cawangan Jalan telah menyerahkan Dokumen Kontrak dan Surat Setuju Terima (SST) secara 2 dalam 1 kepada kontraktror yang berjaya bagi projek seperti berikut: 1. Menaiktaraf Jalan Dari Kg.Rebus Ke Kg. Doja Melalui Simpang Sg. Retang, Jerantut, Pahang 2. Membina Dan Menyiapkan Jalan Sambungan Dato’ Amar Ke Kg Machang, Hulu Terengganu 3. Membina Dan Menyiapkan Jalan Sambungan Dato’ Amar Ke Kg Machang, Hulu Terengganu 4. Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Nyak, Kertau Ke Felda Purun, Daerah Bera, Pahang (Fasa 2) 5. Projek Naiktaraf Jalan Kg Tebing Tembah, Paka, Dungun Terengganu 6. Pembinaan Jalan Masuk Dari Simpang Ladang Serasa Ke Kg.Lulut, Mukim Kuala Sungai, Kelantan. 7. Membina Jalan Dan Jambatan Alor Ganu/Titi Gajah, Daerah Kota Setar Ke Titi Besi, Daerah Kubang Pasu, Kedah 8. Menggantikan Jambatan Sediada Dari Kg. Pak Ba Ke Kg. Pengkalan Merbau, Pekan Sg. Tong, Setiu, Terengganu 1 Julai - 31 Disember 2023 Ibu Pejabat JKR Malaysia 25
9. Jalan Perhubungan Di Perkampungan Orang Asli Membina Baru Jalan Perhubungan Dari Felda Tawai Ke RPS Dala 10. Central Spine Road: Kuala Krai Ke Jambatan Sg Lakit, Kelantan : FT66 Ke Jambatan Sg. Lakit (Seksyen 1D) 11. Projek Membina Jambatan Kg. Sungai Sol, Raub, Pahang 12. Menggantikan Jambatan FT003/675/40, Sungai Kelong, Pasir Puteh, Kelantan (Tender Semula) 13. Naiktaraf Jambatan Dengan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kg. Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang 14. Menaik Taraf Jalan FT1486 Dari Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Goh Ke Kotasas, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur (Tender Semula) 15. Menaikraf Jalan Lubuk Kulit - Sungai Ular, Kuala Lipis 16. Menaiktaraf Jambatan Sempit Di Jalan Aur Duri, Kota Bharu, Kelantan 17. Membina Dan Menggantikan Jambatan Gantung Kampung Kurnia Diraja, Tampin, Negeri Sembilan 18. Membina Jambatan Baru Di Jalan Bukit Kubur, Mukim Mahang, Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman 19. Membina Jambatan Kg. Kerinting, Gua Musang, Kelantan 20. Menaiktaraf Jambatan Pasir Bayam, Pahang 21. Menaik Taraf Simpang, Memasang Lampu Isyarat Di Persimpangan Batu Putih Di Laluan Jalan Persekutuan 26
WORLD ROAD CONGRESS World Road Congress (WRC) ke-27 telah diadakan di Prague, Republik Czech dari 2 hingga 6 Oktober 2023. Kongres ini dianjurkan oleh World Road Association (PIARC) dan Czech Road Society. Ia merupakan acara terulung dalam bidang kejuruteraan jalan raya dengan kehadiran 3500 peserta dari 115 negara dan pembentangan 500 kertas kerja semasa sesi kongres. Negara Malaysia melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan ahli sejak tahun 1989 dan turut serta dalam kongres yang diadakan setiap 4 tahun sekali ini. JKR Malaysia diwakili oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool (Ketua Pengarah Kerja Raya), YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa (Pengarah Kanan Cawangan Jalan), Ir Hamzah bin Hashim (Jurutera Awam Kanan Cawangan Jalan) Ketua Sekreteriat PIARC Malaysia. Terdapat 2 orang pembentang kertas penyelidikan dari JKR Malaysia dalam kongres ini iaitu Ir. Ts. Hidra Hasbee bin Jamil dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dan Dr. Azwan Ezzany bin Azmi juga dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. 27
Seperti biasa, pertemuan Jawatankuasa Kebangsaan PIARC dan Majlis PIARC diadakan sebelum kongres untuk menentukan hala tuju PIARC selama 4 tahun akan datang. Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan berlangsung pada 29 September 2023 dan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa dan Ir Hamzah bin Hashim. Mesyuarat ini adalah platform untuk melaporkan semua aktiviti berkaitan kejuruteraan jalan raya untuk setiap jawatankuasa kebangsaan. Malaysia melaporkan aktiviti berkaitan kejuruteraan jalan yang dianjurkan oleh JKR Malaysia bersama Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia (REAM) selama 4 tahun yang lepas. Antara aktiviti lain yang dilaporkan adalah Malaysia Road Conference (MRC) ke-12 pada tahun 2022, Kuala Lumpur International Pavement Conference (KLIPS) 2023 dan lain-lain. Pada 30 September 2023, Mesyuarat Ahli Majlis PIARC diadakan dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, yang juga Perwakilan Utama PIARC bagi negara Malaysia. YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Ir. Hamzah bin Hashim juga turut hadir. Mesyuarat majlis membincangkan dan meluluskan hala tuju dan pelan strategik PIARC untuk 4 tahun akan datang. Kelulusan ini kemudiannya diterjemahkan kepada penubuhan jawatankuasa teknikal, jawatankuasa pemandu, kumpulan kerja khas yang berkaitan dengan topik terkini kejuruteraan jalan raya di seluruh dunia. Antara keputusan penting lain yang dibuat semasa mesyuarat majlis adalah penawaran untuk menjadi tuan rumah Kongres Jalan Raya Sedunia ke-28 pada tahun 2027. Bandar Vancouver, Kanada menerima undian tertinggi dari ahli majlis, diikuti oleh Bali, Indonesia, dan Beijing, China. Vancouver kemudian medapat penghormatan menjadi tuan rumah bagi kongres ini pada tahun 2027. Sejak edisi WRC ke-23 pada tahun 2007, Malaysia melalui Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia atau REAM bersama-sama dengan pemain industri jalan raya Malaysia telah bekerjasama untuk menganjurkan Paviliun Malaysia di kawasan pameran. Paviliun Malaysia diwakili oleh 24 syarikat Malaysia yang terdiri daripada kontraktor, pembekal, perunding, dan pemberi konsesi yang mempamerkan dan mempamerkan produk kejuruteraan jalan raya Malaysia. Menteri Kerja, Raya YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, merasmikan Paviliun Malaysia dan menyampaikan sijil penghargaan kepada syarikat-syarikat tersebut. 28
SEMINAR CAWANGAN JALAN DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID, KKR 9 NOVEMBER 2023 Seminar Cawangan Jalan 2023 telah dianjurkan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR pada Khamis, 9 November 2023. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBhg. Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri. YBhg Dato’ Ir Ibrahim bin Esa sebagai Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang juga merupakan penganjur seminar telah mengiringi beliau untuk majlis perasmian. Turut hadir, Yang Berusaha, Ir Mohd Sharip bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan dan Yang Berusaha Ir Rozita binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan. Seminar ini diadakan bertujuan menyediakan platform kepada jurutera Jalan JKR untuk kekal mengikuti perkembangan dalam kejuruteraan jalan dan pelaksanaan projek jalan, Cawangan Jalan. Seminar Cawangan Jalan ini menampilkan sembilan (9) pembentang daripada pakar-pakar dalam bidang Kejuruteraan Jalan, Cawangan Jalan yang menyampaikan penerangan terhadap isu-isu terkini dalam pelaksanaan projek jalan termasuklah dari aspek kontrak, pekeliling, Arahan Teknik Jalan, spesifflkasi, garis panduan dan dokumen teknikal. 29
Seramai 243 orang peserta telah hadir ke seminar ini yang terdiri daripada Jurutera Jalan dan Penolong Jurutera Jalan daripada JKR Negeri, JKR Daerah, Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT), Unit Pasukan Khas Cawangan Jalan serta wakil daripada pemegang taruh iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Ekonomi. Sebanyak lima belas (15) syarikat pembekal produk jalan yang berdaftar dengan Road Material Approved List (RMAL) turut menyertai pameran seminar ini. Cawangan Jalan berbangga atas penganjuran seminar ini yang diadakan buat julung kalinya terutama sekali selepas Pandemik Covid-19. Cawangan Jalan berhasrat untuk menjadikan seminar ini sebagai acara tahunan untuk platform perkongsian keperluan terkini pelaksanaan projek jalan, pengalaman, kepakaran teknikal, serta medan perbincangan bagi isu-isu berkaitan perlaksanaan projek jalan di bawah Cawangan Jalan. Semoga seminar ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. 30
PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DAN DELAGASI KE ASIA AUSTRALASIA ROAD CONFERENCE 2023 24 – 25 Ogos 2023 (Khamis – Jumaat) Central Indonesia, Labuan Bajo – Indonesia Pada 24 hingga 25 Ogos 2023 ‘Asia Australasia Road Conference 2023’ telah diadakan di Labuan Bajo Indonesia. Delegasi Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Road Safety Engineering De昀椀ciency In Road Accident Area: An Insight di Asia Australasia Road Conference: Advanced Technology Implementation Towards Sustainable Road Development Pembentangan ini telah disampaikan oleh Jurutera Awam Kanan, Ir. Eliyani Yazreen Bt A Rani dari Cawangan Jalan di mana persidangan ini telah disertai oleh peserta dari pelbagai negara. 31
PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 5 - 6 Septermber 2023 - Dua (2) orang pegawai dari Cawangan Jalan telah membentangkan kertas penyelidikan mereka di International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023). Berikut merupakan pegawai yang membentangkan kertas kajian di ISoF2023 5 - 6 September 2023 (Selasa – Rabu) Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR, Melaka ‘JKR Experience in Bridge Forensic Investigation and Restoration of the Structural Stability of a Pier at Sultan Yusuf Bridge’ Ir. Alina Binti Kamdan 'Enhancing Reliabilty of Forensic Engineering for Safer Society' Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani 32
KURSUS BIM MANAGER MANAGER : ASAS PENGURUSAN 2 SIRI ASAS PENGURUSAN 2 SIRI 1/2023 31 Julai - 2 Ogos 2023 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR ( CREaTE) Kursus BIM : Asas Pengurusan 2 Siri 1/2023 telah dianjurkan di Bilik Petabyte CREaTE bagi tujuan Kompetensi BIM Manager. Pasukan BIM CJ telah memperkenalkan fungsi perisian BIM kepada para peserta Perisian yang diperkenalkan adalah perisian Autodesk. Autodesk Infraworks (reka bentuk konsep), Autodesk Civil 3D & Revit (reka bentuk awalan & terperinci) serta Autodesk Navisworks (koordinasi dan program kerja) 33 SESI KNOWLEDGE SHARING KNOWLEDGE SHARING SECARA ATAS TALIAN ARA ATAS TALIAN Merujuk kepada Pelan Pengurusan Risiko (ERM) bagi Pelan Strategik dan Pelan Bisnes Tema 3 2021-2025, Jabatan Kerja Raya perlu mencapai sasaran sebanyak 5 orang pegawai untuk mendapat pensijilan Tahap 4 bagi setiap tahun. Bagi mencapai sasaran tersebut, pegawai yang mempunyai pensijilan Tahap 4 adalah dikehendaki untuk melaksanakan taklimat/ Knowledge Sharing di setiap cawangan terutamanya kepada pemegang pensijilan Tahap 2 dan 3. Sehubungan itu, BPKS telah mengadakan sesi Knowledge Sharing tersebut bermula 9 Jun yang lepas dan dijadual diadakan dua (2) bulan sekali. Seramai tujuh (7) orang pemegang Pensijilan Tahap 4 dari kompetensi Kejuruteraan Jalan, Keselamatan Jalan dan Kejuruteraan Jambatan yang berada di Cawangan Jalan. Berikut merupakan senarai sesi Knowledge Sharing yang telah diadakan: TARIKH PENCERAMAH TAJUK Pembinaan Rasuk Jenis Prestressed Concrete (PostTension) untuk Projek Jambatan Ir. Tuan Khusairry bin Tuan Abdul Manaf 7 Julai 2023 Jenis-Jenis Turapan Jalan : Panduan Untuk Memilih Turapan 21 Julai 2023 Ir. Fatimah Nuri binti Mohd Yusof Ir. Dr. Fairul Zahri bin Mohamad Keperluan Utiliti dan Agensi Teknikal Dalam Rekabentuk Abas 25 Ogos 2023 Ir. Dr. Nur Syahriza binti Muhamad Beyond The Asphalt : 5 Must Know Elements Nor 8 Ogos 2023 Cabaran Pembinaan Jalan Raya Semasa Peringkat Perancangan, Reka Bentuk, Pembinaan Sehingga Operasi. 4 Ogos 2023 Ir. Safinas binti Saroji 25 September 2023 Ir. Sufiyan bin Zakaria The Importance Of Pavement Assessment: Do We Care 20 Oktober 2023 En Ahmad Zaidi bin Mat Said Pengurusan Arahan Perbendaharaan (AP) 59
PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ONGSIAN ILMU BERKAITAN TRAFFIC IMPACT ASSESSMENT IMPACT ASSESSMENT (TIA) Pada 9 Oktober 2023 (Isnin), Bahagian Kejuruteraan Trafflk (BKT) telah dijemput untuk satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Traf昀椀c Impact Assessment (TIA). Sesi perkongsian ilmu tersebut telah diadakan di Opero Hotel, Johor Bahru. Perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Naqib Bin Mohamed. Beliau merupakan pegawai yang berpengalaman di BKT dan dalam memberi ceramah berkaitan TIA dalam kursus yang akan diadakan setiap tahun di Create, Melaka. 9 Oktober 2023 Opero Hotel, Johor Bharu (Bahagian Kejuruteraan Tra昀椀k) TIA adalah kaedah yang digunakan untuk menganalisis keadaan trafflk yang disebabkan oleh pembangunan yang dilaksanakan. TIA amat penting untuk mengenal pasti keperluan mitigasi bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan jalan raya. 34 Kursus BIM : Model Reka Bentuk Jalan Asas telah dianjurkan di Bilik Petabyte CREaTE. Kursus ini mendedahkan peserta kepada perisian Autodesk Civil3D bagi tujuan Kompetensi BIM Modeller Jalan Tahap 2. Seramai 15 orang peserta dari Cawangan Jalan telah menyertainya Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Maisarah binti Yahaya (BIM CJ) dan Ir. Tou Yok San (Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah) 15 - 18 Ogos 2023 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR ( CREaTE) KURSUS BIM : MODEL REKA BENTUK J BENTUK JALAN ASAS ALAN ASAS KURSUS KA KURSUS KAWASAN KERAP WASAN KERAP BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA ( ALAN RAYA (BLACKSPOT BLACKSPOT) 08 - 10 Ogos 2023 (Selasa-Khamis) Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka Pegawai di Bahagian Audit & Program Keselamatan Jalan (BAPJKJ) telah dijemput untuk memberikan ceramah di Kursus Kawasan Kerap berlaku Kemalangan (Blackspot) anjuran CREaTE, Melaka yang dihadiri oleh pegawai JKR Negeri dan Daerah. Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus tentang skop permasalahan lokasi blackspot dan cadangan rawatan pembaikan di lokasi berkenaan bagi mengurangkan kemalangan. Selain pembelajaran di dalam kelas, peserta kursus juga turut diberi pendedahan di tapak bagi mengenalpasti dan memberi pengalaman mencerap maklumat
KURSUS K KURSUS KOMPETENSI OMPETENSI PAVEMENT AVEMENT BRJZU telah mengadakan satu kursus tentang Kejuruteraan Jalan pada 16 hingga 17 Oktober 2023 bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREATE). Kursus ini menerangkan tentang asas-asas bagi pembinaan jalan raya di Malaysia. Antaranya adalah jenis-jenis lapisan turapan, rekabentuk struktur, kiraan axle load, dan data trafflk. 16 - 17 Oktober 2023 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR ( CREaTE) KURSUS BIM MANAGER MANAGER : ASAS PENGURUSAN 2 SIRI AS PENGURUSAN 2 SIRI 2/2023 7 - 9 November 2023 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR ( CREaTE) Kursus BIM Manager : Asas Pengurusan 2 Siri 2/2023 telah dianjurkan pada 7-9 November 2023 di Makmal Komputer Petabyte, CREaTE JKR. Pasukan BIM telah diwakili oleh Ir. Azmel Yamin dan En. Azrol bersama Ir. Tou Yok San dari BRJ Zon Tengah Pada hari terakhir, para peserta telah didedahkan dengan konsep pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan berserta demonstrasi perisian Autodesk yang digunakan bagi projek infrastruktur 35 Satu (1) sesi kursus Knowledge Sharing On Machineries For Road Construction telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Oktober 2023 di Bilik Tacca, Tingkat 18, Menara PJD. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Pok Sum Loong dari syarikat Wirtgen (Malaysia) SDN. BHD. Sesi Knowledge Sharing ini menerangkan tentang mesin-mesin dan teknologi yang digunakan semasa membina jalan raya di Malaysia dari permulaan hingga siap pembinaan. Wirtgen Malaysia menyediakan mesinmesin pembinaan jalan raya seperti proses bancuhan, penurapan, pemadatan, dan pemulihan. SESI KNOWLEDGE SHARING ON MACHINERIES WLEDGE SHARING ON MACHINERIES FOR ROAD CONSTRUCTION OR ROAD CONSTRUCTION 27 Oktober 2023 Bilik Tecca, Tingkat 18, Menara PJD
BENGKEL PENGURUS BENGKEL PENGURUSAN NILAI PERINGKAT AN NILAI PERINGKAT KAJIAN NILAI (VALUE ASSESSMENT ALUE ASSESSMENT, VA) 28 – 30 Ogos 2023 Sunway Hotel Georgtown, Pulau Pinang Bengkel Pengurusan Nilai Peringkat Kajian Nilai (Value Assessment, VA) telah diadakan pada 28 hingga 30 Ogos 2023 di Sunway Hotel, Pulau Pinang. Tujuan bengkel ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenal pasti program/ projek yang dapat menyumbang kepada pencapaian objektif dengan kos yang optimum serta dapat meningkatkan prestasi pengurusan program/projek kementerian dan agensi. 2. Pada peringkat ini, VA digunakan sebagai salah satu (1) strategi pengurusan bagi mencapai value for money kerana pada peringkat ini keperluan sebenar program/ projek dapat ditentusahkan dan andaian yang digunakan dalam mewujudkan program/ projek boleh dicabar kesahihannya. 3. VA juga boleh menghasilkan penjimatan daripada anggaran kos asal. Sekiranya kajian mendapati bahawa sesebuah program/ projek tidak berupaya untuk mencapai objektif dan tidak mendesak keperluannya, ada kemungkinan sesebuah program/ projek tidak diperakukan untuk pelaksanaan ke peringkat seterusnya. 4. VA dilaksanakan dalam bentuk Lab yang dibuat selepas kajian awal (Pra-Lab) dan diikuti dengan aktiviti susulan (pasca kajian) selepasnya. BENGKEL PENGURUS BENGKEL PENGURUSAN RISIKO DI AN RISIKO DI PERINGKA PERINGKAT PERANCANGAN BAGI PROJEK T PERANCANGAN BAGI PROJEK MENGGANTIKAN J MENGGANTIKAN JAMBATAN FT001/349/50, AMBATAN FT001/349/50, SUNGAI SEMENYIH, HUL SUNGAI SEMENYIH, HULU LANGAT, SELANGOR U LANGAT, SELANGOR 26 Julai 2023 Bilik Mawar 3, Tingkat 12, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia Bengkel Pengurusan Risiko di Peringkat Perancangan Bagi Projek Menggantikan Jambatan FT001/349/50, Sungai Semenyih, Hulu Langat, Selangor telah diadakan pada 26 Julai 2023. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan bagaimana pasukan projek menguruskan risiko Projek Menggantikan Jambatan FT001/349/50, Sungai Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Bengkel ini disertai oleh pelbagai pihak termasuklah wakil Kementerian Ekonomi, wakil Kementerian Kerja Raya, wakil Jabatan Kerja Raya, wakil Jabatan Penilaian Pengurusan Harta, wakil Pejabat Tanah dan Galian dan wakil Syarikat Utiliti 36
BENGKEL MENYEMAK DAN NGKEL MENYEMAK DAN MENGEMASKINI DOKUMEN NGEMASKINI DOKUMEN GOOD PAVING PRACTICE FOR CONCRETE AVING PRACTICE FOR CONCRETE Bahagian Rekabentuk Zon Utara (BRJZU) telah mengadakan satu (1) bengkel menyemak dan mengemaskini dokumen Good Paving Practice For Concrete Pavement yang telah dianjurkan oleh REAM pada 20 hingga 21 September 2023 bertempat di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands. Bengkel ini diterajui oleh Pn Ir. Fatimah Nuri Binti Mohd Yusof. Bengkel Ini telah disertai oleh beberapa pegawai Cawangan Jalan serta turut hadir adalah pemain industri jalan konkrit dari PLUS, YTL Cement, Wirtgen dan Zacklim Floor bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk memastikan dokumen yang dihasilkan selari dengan keperluan industri jalan konkrit negara. 20- 21 September 2023 Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands BENGKEL PEMURNIAN PROGRAM KERJA 2023 OGRAM KERJA 2023 4 Oktober 2023 Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F Ibu pejabat JKR Malaysia Bengkel ini telah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Projek Timur sebagai Urusetia dan Fasilitator yang dilantikan adalah Ir. Nurul Ain Hanina Binti Mohamad Fodzi (Jurutera Awam) daripada Bahagian Pengurusan Portfolio. Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Projek Timur dan wakil daripada Unit Projek Khas Timur. Tujuan bengkel adalah untuk memurnikan Program Kerja bagi projekprojek yang menghadapi masalah perbezaan yang melebihi 10% diantara kemajuan kerja fflzikal dan kewangan. BENGKEL PELAKSANAAN DAN SEMAKAN NGKEL PELAKSANAAN DAN SEMAKAN VARIATION OF PRICE ARIATION OF PRICE (VOP) 19 - 20 Oktober 2023 Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Blok F, Ibu pejabat JKR Malaysia Bahagian Kejuruteraan Ukur Bahan (BKUB) telah menganjurkan satu (1) Bengkel Pelaksanaan dan Semakan Variation Of Price (VOP) pada 19 hingga 20 Oktober 2023. Matlamat pelaksanaan bengkel ini adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan dan semakan VOP. BKUB menjemput penceramah berpengalaman iaitu Sr Nurffldatul Ema Binti Saaidin Juruukur Bahan Penguasa Kanan Bahagian Khidmat Kos dan Inovasi, Cawangan Kerja Ukur Bahan. 37
BENGKEL PEMURNIAN D BENGKEL PEMURNIAN DATA PELAPORAN PIA PELAPORAN PIAGAM PELANGGAN GAM PELANGGAN (BIDANG PENGURUSAN PROJEK) JKR ANG PENGURUSAN PROJEK) JKR MALAYSIA TAHUN 2023 YSIA TAHUN 2023 1 - 2 November 2023 Bilik Bixa, Aras 18 Menara PJD, Ibu pejabat JKR Malaysia 1 November 2023 (Rabu) - Bengkel Pemurnian Data Pelaporan Piagam Pelanggan (Bidang Pengurusan Projek) JKR Malaysia Tahun 2023 telah berlangsung selama 2 hari di Bilik Bixa, Aras 18, Menara PJD, Jabatan Kerja Raya (JKR). Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail (Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu). Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil setiap cawangan JKR dan negeri seluruh Malaysia termasuk Cawangan Jalan. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membuat pemurnian data pelaporan dan pencapaian Piagam Pelanggan (Bidang Pengurusan Projek) secara berkumpulan bersama pemilik dan urus setia bidang. Selain itu, penyelesaian masalah berbangkit dalam tempoh fasa prapembinaan dan pembinaan turut dibincangkan di dalam bengkel ini. BENGKEL BENGKEL KAJIAN PENILAIAN KAJIAN PENILAIAN OUTCOME (KPO), PR (KPO), PROJEK PEMBANGUNAN KKR 2023 OJEK PEMBANGUNAN KKR 2023 25 - 27 Oktober 2023 Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR ( CREaTE) Bahagian Pengurusan Projek ECER (BPP ECER) telah dipilih untuk menyertai Bengkel Kajian Penilaian Outcome (KPO) Program/Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya Tahun 2023. Projek yang terlibat ialah Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 5: Raub Ke Bentong Pahang Seksyen 5C & 5D. Bahagian Pengurusan Projek ECER (BPP ECER) telah dipilih untuk menyertai Bengkel Kajian Penilaian Outcome (KPO) Program/ Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya Tahun 2023. Projek yang terlibat ialah Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 5: Raub Ke Bentong Pahang Seksyen 5C & 5D. 38
17 September 2023 Pejabat SUK Negeri Kedah Pada 17hb September 2023 (Ahad), telah diadakan kunjungan hormat daripada Unit Projek Khas Zon Utara 3 (UPKZU3) yang diketuai oleh Pegawai Penguasa, Ir. Che Zabidi Bin Che Ani, AMK kepada YB Dato’ Seri SUK Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali SSDK, DSDK, AMK, BCK bagi memberikan taklimat berkaitan status terkini projek-projek di bawah Unit Projek Khas Zon Utara 3 (UPKZU3). KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DATO’ SERI SETIAUSAHA KERJAAAN NEGERI (SUK) KEDAH 39 6 November 2023 MDSB, Sungai Besar, Selangor Pelan Pengurusan Trafflk/ Traf昀椀c Management Plan (TMP) untuk Projek Membina Jalan dan Jambatan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor ke Hutan Melintang, Perak telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Bil. 6 Tahun 2023 di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua MDSB dan dihadiri oleh Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1), JKR, Kontraktor Meranti Budiman Sdn. Bhd, Ketua-ketua Bahagian di MDSB serta wakil dari agensi yang berkaitan. Libat urus ini juga diadakan untuk memberi penerangan berkenaan cadangan TMP yang akan dilaksanakan di kawasan pembinaan projek kepada semua pihak yang terkesan dengan projek ini khususnya di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan kawasan sekitarnya. TMP ini akan ditambahbaik berdasarkan maklum balas dari ahli mesyuarat agar memenuhi aspek keselamatan dan kemudahan pengguna jalan raya SESI LIBAT URUS BERSAMA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB) UNTUK PEMBENTANGAN PELAN PENGURUSAN TRAFIK PROJEK
21 November 2023 Pejabat Tapak JKR, Kulim, Kedah Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1) telah menerima lawatan Healthcheck daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kedah selaku jabatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab dalam memantau projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) khususnya di Negeri Kedah. Lawatan ke Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan (FT004, Gerik/ Kupang/ Lunas dari Seksyen 23.10 – Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah PPN Kedah, Dr. Mohammad Zaini Bin Mahmud dan beberapa pegawai dari Seksyen Pemantauan Projek PPN Kedah. Pembentangan status projek dan lawatan tapak telah diselaras oleh Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1) dan Kontraktor KIE Engineering Sdn. Bhd. LAWATAN HEALTHCHECK PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI 15 November 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan Menara, Tingkat 20 Menara PJD Susulan daripada bengkel kolaborasi antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diadakan pada 8-9 September 2022 di Genting Highlands, JKR telah dilantik untuk mempengerusikan Jawatan Kuasa Kajian Keperluan Jejantas Motosikal. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor itu telah dihadiri oleh pegawai Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ), Bahagian Kejuruteraan Forensik dan wakil daripada MIROS bagi membincangkan keperluan dalam menyediakan data inventori, justifflkasi teknikal dan garis panduan jejantas motosikal. KOLABORASI STATEGIK MIROS - JKR 40
21 November 2023 Bangunan Persekutuan, Sri Manjung, Perak Sesi libat urus Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1) bersama Jabatan Laut Wilayah Utara (JLWU) diadakan untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan isu laluan navigasi di Sungai Bernam untuk projek Membina Jalan dan Jambatan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor ke Hutan Melintang, Perak. Perkara yang disentuh termasuklah berkenaan had ketinggian geometrik jambatan, clearance untuk jambatan yang diperlukan serta pengesahan ketinggian maksimum kapal-kapal dari tiga buah limbungan pembinaan dan pembaikan kapal yang dikenalpasti Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1), JKR dan Kontraktor Meranti Budiman Sdn. Bhd. SESI LIBAT URUS UNIT PROJEK KHAS ZON UTARA 1 (UPKZU1) BERSAMA JABATAN LAUT WILAYAH UTARA UNTUK CADANGAN JAJARAN JALAN DAN ISU LALUAN NAVIGASI 27 November 2023 Pejabat PDT Sabak Bernam, Sungai Besar, Selangor Pelan Pengurusan Trafflk(TMP) untuk Projek Membina Jalan dan Jambatan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor ke Hutan Melintang, Perak telah dibentangkan dalam libat urus di PDT Sabak Bernam ini. Libat urus ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, dihadiri oleh Unit Projek Khas Zon Utara 1 (UPKZU1), JKR, Kontraktor Meranti Budiman Sdn. Bhd., Ketua-ketua Bahagian dan Ahli-ahli Majlis di Sabak Bernam. Libat urus ini diadakan untuk memberi penerangan berkenaan cadangan TMP yang akan dilaksanakan di kawasan pembinaan projek kepada semua pihak yang terkesan dengan projek ini khususnya di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan kawasan sekitarnya. TMP ini akan ditambahbaik berdasarkan maklum balas dari ahli mesyuarat agar memenuhi aspek keselamatan dan kemudahan pengguna jalan raya. SESI LIBAT URUS BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT) SABAK UNTUK PEMBENTANGAN PELAN PENGURUSAN TRAFIK PROJEK 41
Oleh Syarikat NBT Base & Pave Sdn. Bhd. 30 November 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan Menara PJD Cawangan Jalan telah mengadakan beberapa siri taklimat produk/ bahan yang bertujuan memberi pendedahan kepada warga Cawangan Jalan terutama produk/ bahan yang berteknologi baru dan berinovasi di samping sebagai persediaan bagi produk/ bahan tersenarai dalam Road Material Approved List (RMAL). Produk-produk yang dibentangkan seperti: PRODUK POLYMER MODIFIED CEMENTITIOUS BINDER (RHAZYME) Oleh Syarikat Green Integrated Base Stabiliser Sdn. Bhd. 30 November 2023 Bilik Mesyuarat Utama Cawangan Jalan Menara PJD PRODUK BINDER FILL 42
Cawangan Jalan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Media Elektronik Dan Akhbar dalam menjayakan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 pada 4 dan 5 Disember 2023 bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya. Jawatankuasa Kerja Media Elektronik yang bertanggungjawab untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti melalui saluran media elektronik seperti radio, televisyen, online news dan Variable Message Signs (VMS). Jawatankuasa ini telah diketuai oleh Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan (Jusa B) selaku Ketua Penyelaras Aktiviti dan Puan Wan Norisa binti Wan Yusofi selaku Penyelaras Cawangan bersama dua puluh lapan (28) orang Jawatankuasa Kecil. 2023 AHLI JAWATANKUASA KERJA MEDIA ELEKTRONIK DAN AKHBAR HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2023 43
Antara kerjasama promosi yang telah dibuat dalam menjayakan HPTN 2023 adalah bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, slot Alfa102 di radio Nasional Fm dan slot Thursday - Face To Face di radio TraxxFm. Manakala promosi secara digital (VMS) bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ALLOY MTD Sdn Bhd yang disiarkan di sepanjang lebuhraya di bawah seliaan syarikat tersebut. Kerjasama yang diberikan oleh pihak terlibat sangatlah bermakna dan pastinya akan dikenang sebagai suatu detik yang bersejarah bukan sahaja untuk personal achievement, tetapi juga menjadi ingatan bagi kami warga kerja HPTN 2023. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang. 44
30 November 2023 Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR 26 Oktober 2023 Ibu Pejabat KTMB Corporate Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard telah mendirikan reruai pameran sempena dengan penganjuran Seminar Cawangan Jalan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR. Tujuan reruai pameran didirikan adalah untuk memberikan maklumat kepada pengunjung berkaitan Dokumen Teknikal Jalan yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan. Reruai ini mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) telah dijemput ke Hari Bersama Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 26 Oktober 2023 sebagai salah satu pempamer. BPIS telah mendirikan reruai pameran berkaitan Dokumen Teknikal Jalan yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan. 45