The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Najmi, 2023-02-22 03:12:43

Buletin Cawangan Jalan 2022

DRAF PERTAMA BULETIN 2022

Foto Drone dari JKR Kedah : Projek Pembinaan Jalan Dari Kuala Temoyong Ke Teluk Baru Dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah


11 - 51 52 - 55 7 - 10 5 - 6 4 3 2 1


Saya berharap kita akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Cawangan Jalan dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran teknologi dan zaman agar dapat menjadi sebuah agensi yang berkesan, berdaya saing dan kekal relevan. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan Cawangan Jalan yang telah berusaha keras untuk menghasilkan Buletin ini. Adalah diharapkan agar usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil terbaik yang boleh disalurkan kepada seluruh warga Jabatan Kerja Raya. Semoga tuan-tuan dan puanpuan memperolehi maklumat yang bermanfaat melalui Buletin ini. Akhir kata, saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan agar dapat memberikan cadangan dan pandangan positif untuk penambahbaikan bagi memantapkan lagi kandungan buletin ini di masa akan datang. Sekian, terima kasih. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam Buletin Cawangan Jalan Tahun 2022 ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca Buletin Cawangan Jalan Tahun 2022. Jalan raya merupakan antara infrastruktur terpenting dan menjadi nadi utama bagi semua kegiatan ekonomi di negara ini. Penyediaan jalan raya yang baik dan berkesan mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. Selaras dengan aspirasi dan dasar baharu negara iaitu “Malaysia Madani” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Cawangan Jalan sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam khususnya dalam sektor pembinaan jalan raya. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Ir. MOHD SHAHROM BIN AHMAD SAMAN Pengarah Kanan Cawangan Jalan (Menjalankan Tugas) Jabatan Kerja Raya Malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera, 1


Selamat bersara dan terima kasih Sekalung penghargaan diucapkan buat mantan Pengarah Kanan (Jusa B) Cawangan Jalan, YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim dan mantan Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), YBrs. Ir. Hasmi Bin Ahmad di atas khidmat bakti dan curahan jasa yang diberikan. YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim telah bersara wajib pada 19 April 2022 manakala YBrs. Ir. Hasmi Bin Ahmad bersara wajib pada 30 September 2022. Perigi tuan semak siratan, Ukur tali nampak serupa; Pergi tuan semarak ingatan, Luhur budi tidak dilupa. 2


S I D A N G R E D A K S I Ketua Editor: Wan Norisa binti Wan Yusoff Penolong Ketua Editor: Aedia Juhana binti Abdul Rahim Editor: Mohd Najmi bin Abd Razak Puteri Zaharah binti Abdul Jalil Mohamad Wan Rashidin Bin Shahron 3 Nurul Jannah Binti Baharuddin (UPK ZT1) Mohamad Nor Hazwan Bin Zaini (UPK ZT2) Mohd Sanusi Bin Ismail (UPK ECER 1) Ir. Ts. Budi Iskandar Bin Ibrahim (UPK ECER 2) Noor Julieana Binti Mohamed (UPK ECER 3) Tuan Surlina Binti Tuan Yeh (UPK ECER 4) Muhammad Asyraf Bin Roslan (BRJ ZU) Mohd Azlan Bin Nobiran (BRJ ZS) Mohd Fauzie Bin Ismail (BRJ ZT) Siti Hawarulain Bt Mohd Iba (BRJ Zti) Mohd Shukri Bin Zakaria (BRJ ZT) Muhammad Ali Bin Joten (BRJ ZLB) Alif Zuwairi Bin Baharuddin (BRJ) Muhd Faiz Bin Shukor (BAPKJ) Nur Afira Binti Md. Darham (BKT) Norliza Binti Othman (BKF) Ts. Ahmad Amer Izzudin Bin Abdul Halim (BIM) Nur Azrien Binti Abd Aziz (UDA) Turut membantu: Siti Noor Adibah Binti Ramlan (PPKCJ) Mohd Hawari Bin Muhamad Ali (PPPKJJ) Norazlina Bi Umar (PIPC & PPKJ) Arif Haikal Bin Isa (BPKS) Nurul Haziemah Binti Razali (PMO) Muhamad Huzaifah Bin Wan Rosli (BKUB) Muhammad Azrain Bin Azahari ( BPTU) Amzafriah Binti Ayob (BPP ZU) Siti Norjiha Binti Emamali (BPP ZS) Mohamad Syakhawi Bin Ramli (BPP Zti) Mohamad Hashim Bin Ishak (BPP ZT) Nur Fatihah Binti Muhamad Noor (BPP ZLB) Mohammad Arif Fadzly Bin Ishak (UPK ECER) Nurul Aishah Bt Mohd Taib (UPK ZU1) Viknesh John A/L John Vincent (UPK ZU2) Ir. Ts. Mohd Mawardi Bin Hassim (UPK ZU3) Nurul Wahida Binti Mohamed (UPK ZTi1) Shariman Bin Daud (UPK ZTi2) Ir. Ts. Mohd Aznan Shukri bin Mohamed Safian (UPK ZT1) Rosmaliza Binti Mat Ali (UPK ZTi3) Aqilah Binti Sazali (UPK ZS2)


O B J E K T I F , V I S I D A N M I S I C A W A N G A N J A L A N • Untuk menyediakan Jalan Persekutuan dan Infrastruktur Jambatan sebagaimana dalam skim tanah kebangasaan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan negara. • Untuk menyelaras pembinaan dan membaiki jalan-jalan kampung untuk memastikan kawasan-kawasan membangun berhubung dengan baik. • Untuk memastikan Jalan-jalan Persekutuan dan jambatan-jambatan yang sedia ada disenggara dengan baik, diperbaiki dan dinaiktaraf untuk penggunaan yang lebih selamat. OBJEKTIF “Melaksanakan pembangunan mampan dalam perlaksanaan projek-projek jalan untuk kepentingan generasi sekarang dan yang akan datang.” VISI “Menjadi pusat kecemerlangan di dalam pembangunan insfrastruktur jalan melalui pendekatan modal insan yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini.” MISI 4


P E N C A P A I A N C A W A N G A N J A L A N OBJEKTIF Sempena 11th Malaysian Road Conference & Exhibition and International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress, Bahagian Rekabentuk Jambatan telah dianugerahkan Road Engineering Excellence Award 2022 menerusi projek Jambatan Menghubungkan Kg Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan merentasi Sungai Perak selaku Prinsipal Designer. Piala anugerah telah di sampaikan oleh YB. Menteri Kerja Raya kepada Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jambatan, Cawangan Jalan iaitu Ir. Tuan Khusairry bin Tuan Abdul Manaf. Bahagian Rekabentuk Jambatan telah dianugerahkan Road Engineering Excellence Award 2022 menerusi projek Jambatan Menghubungkan Kg Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan merentasi Sungai Perak selaku Prinsipal Designer. Siaran Berita RTM bertajuk ‘Dimensi Teknologi’ Tarikh: 25 Jun 2022 Tempat: Saluran Berita RTM Saluran berita RTM telah membuat penyiaran dengan Tajuk 'Dimensi Teknologi' yang memaparkan perkara berkaitan projek-projek Building Information Modelling (BIM) JKR dan antara slot yang ditemuduga dan disiarkan melibatkan projekprojek BIM Infrastruktur Jalan dan Jambatan. Projek-projek BIM di Cawangan Jalan telah diketengahkan dengan memaparkan projek rintis Cawangan Jalan di bawah pelaksanaan Kontrak Reka & Bina, secara Konvensional Dalaman dan Konvensional Perunding. Pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan yang telah ditemuduga melibatkan hampir semua rantaian pejabat Head of Design Team (HODT), Head of Project Team (HOPT) dan Pasukan Projek sepanjang kitar hayat projek bermula daripada perancangan, reka bentuk, pembinaan sehingga serahan. Model-model BIM merangkumi dimensi 3D dan 4D semasa reka bentuk dan pembinaan melibatkan koordinasi pelbagai disiplin telah dipaparkan. 5


6 Pegawai Cawangan Jalan yang telah dianugerahkan sijil Kompetensi Pada tahun 2022, sebanyak 21 orang pegawai Cawangan Jalan telah dianugerahkan sijil Kompetensi dalam pelbagai bidang iaitu: i. Kejuruteraan Jalan ii. Kejuruteraan Keselamatan Jalan iii. Building Information Modelling (BIM) KEJURUTERAAN JALAN KEJURUTERAAN KESELAMATAN JALAN BIM 8 orang 10 orang 3 orang Kompetensi Kejuruteraan Jalan TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 Kompetensi Kejuruteraan Keselamatan Jalan TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 Kompetensi BIM MODELLER (JAMBATAN) MODELLER (JALAN) COORDINATOR MANAGER Petunjuk: Seorang Pegawai Cawangan Jalan P E N C A P A I A N C A W A N G A N J A L A N


Bil. 1/2022 Pengurusan Risiko Projek Cawangan Jalan Bil. 2/2022 Impacts of Biodiversity In Road & Transportation Projects Bil. 3/2022 Kepentingan Sistem Saliran di Lorong Motosikal Bil. 4/2022 Integrity & Performance of Bridge Structure DISEDIAKAN OLEH: PAKAR KEJURUTERAAN JALAN DAN JAMBATAN CAWANGAN JALAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA Tingkat 21, Menara PJD No. 50, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur ARTIKEL PENUH -> https://jpedia.jkr.gov.my Guides & Standards -> Cawangan Jalan -> Technical Updates 7


8 ARTIKEL PENUH -> https://jpedia.jkr.gov.my Guides & Standards -> Cawangan Jalan -> Standard Specification For Road Works/Arahan Teknik Jalan & Nota Teknik Jalan


Infografik yang dihasilkan oleh Pasukan BIM Cawangan Jalan ini bertajuk BIM for Roads and Bridges menerangkan tentang maksud LOD300 bagi projek-projek infrastruktur jalan. Infografik ini disiarkan di Facebook pada 10 November 2022. LOD300 merupakan model reka bentuk terperinci infrastruktur jalan secara informatif 3D yang dibangunkan daripada model reka bentuk awalan mengandungi maklumat seperti skop kerja, keperluan reka bentuk, spesifikasi dan sebagainya. Pengguna-pengguna Facebook, khususnya orang awam dan kakitangan JKR sendiri boleh melawati akaun Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk mendapatkan lain-lain infografik yang lebih informatif. TAHUKAH ANDA? 9


TAHUKAH ANDA? Infografik yang dihasilkan oleh Bahagian Pengambilan Balik Tanah dan Utiliti yang bertajuk GP Utiliti RMKe -12 ini menerangkan serba sedikit berhubung skop pematuhan , kaedah pembiayaan dan pelaksanaan terkini bagi kerja perlindungan , pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti bagi semua tanah milik dan rizab kerajaan . Telah disiarkan di Facebook pada 10 November 2022 . GP Utiliti RMKe -12 ini menggantikan GP Utiliti RMKe -11 , berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 . Manakala pemakaiannya adalah bermula pada tarikh edaran GP Utiliti RMKe -12 iaitu pada 3 November 2021 . Dengan berkuatkuasanya GP Utiliti RMKe -12 ini, maka GP Utiliti RMKe -11 adalah terbatal . 10


LAWATAN TAPAK Projek Membina Jambatan Bagan Datok Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Lawatan ke tapak projek pembinaan jalan dan jambatan oleh Bahagian Rekabentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar yang diselia oleh UPK 1, Cawangan Jalan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan pembinaan jalan dan jambatan serta kerja perlindungan alam sekitar (EPW). Tarikh: 1 September 2022 Tempat: Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Verifikasi dan Semakan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor Tarikh: 19 Julai 2022 & 24 Ogos 2022 Tempat: Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor Verifikasi dan semakan terhadap cadangan kontraktor bagi kerja pembaikan jalan laluan lori keluar Malaysia (outbound) yang dijalankan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Selatan. Program Champion Dengan Melaksanakan Kajian Keberkesanan Silt Trap Di Tapak Bina Tarikh: 15 June - 1 November 2022 Tempat: i. Perasing, Terengganu ii.Pasir Era, Kelantan iii.Setiu, Terengganu iv.Felda Air Tawar, Johor Lawatan ke tapak projek bagi membuat kajian keberkesanan Silt Trap di tapak bina oleh Bahagian Reka Bentuk (BRJ) Zon Luar Bandar. 11


LAWATAN TAPAK Projek ICQS di Jalan Persekutuan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah dan CIQ Sadao, Thailand Tarikh: 26 September 2022 Tempat: Tapak cadangan laluan jalan raya bagi menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao yang baharu di Kedah Satu (1) lawatan teknikal bagi Projek ICQS di Jalan Persekutuan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao yang baharu, di Kedah oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Utara. Projek ini melibatkan dua (2) Negara iaitu Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Lawatan teknikal ini diadakan bagi memulakan kerja-kerja reka bentuk awalan projek. Semoga dengan adanya projek ini dapat meningkatkan infrastruktur antara Malaysia dan Thailand serta mengekalkan hubungan baik antara dua (2) negara. Satu lawatan tapak yang dijalankan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Utara ke Kampung Cheh, Perak telah diadakan pada 20 September 2022 bagi tujuan verifikasi dan semakan data ukur dalam pelan berbanding tapak. Lawatan tapak tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada JKR Negeri Perak, JKR Daerah Kuala Kangsar, Juruukur dan wakil penduduk kampung. Verifikasi dan Semakan Data Ukur ke Kampung Cheh, Perak Tarikh: 20 September 2022 Tempat: Kampung Cheh Hilir, Perak B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 12


LAWATAN TAPAK Kajian Penambahbaikan Lorong Motorsikal Lebuhraya Persekutuan FT002, Selangor Tarikh: 15 Jun 2022 Tempat: Lorong Motorsikal Lebuhraya Persekutuan FT002 Lawatan tapak oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik (BKT) bagi Kajian Penambahbaikan Lorong Motorsikal Lebuhraya Persekutuan FT002, Selangor bersama JKR Petaling Jaya, JKR Daerah Klang, JKR Negeri Selangor, Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan pasukan Head of Design Team (HODT) Cawangan Jalan. Projek Membina Laluan Kuala Terengganu Bypass Tarikh: 24 Januari 2022 Tempat: Terengganu Lawatan tapak oleh Bahagian Kejuruteraan Trafik (BKT) bersama Menteri Kerja Raya ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan kerja di tapak bagi tapak Projek Membina Laluan Kuala Terengganu Bypass. 13


LAWATAN TAPAK Satu aduan kerosakan Jambatan Kampung Belukar Bukit, Laluan T115 Kuala Berang – Belukar Bukit – Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu telah diterima oleh Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF), Cawangan Jalan daripada JKR Negeri Terengganu pada 6 Mac 2022. Kerosakan yang dilaporkan berlaku pada salah satu abutment jambatan yang telah mengalami scouring dan hakisan tebing (erosion) di jalan tuju jambatan sehingga berlaku runtuhan akibat bencana banjir. Pemeriksaan Bahagian Forensik Jambatan (BKF) dilaksanakan bagi memberikan laporan maklumat siasatan daripada aspek kejuruteraan terhadap kerosakan jambatan bagi penambahbaikan kebolehkhidmatan dan integritistruktur jambatan. Kerosakan Jambatan Kampung Belukar Bukit, Laluan T115 Kuala Berang – Belukar Bukit – Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu Tarikh: 10 Mac 2022 Tempat: Jambatan Kampung Belukar Bukit, Laluan T115 Kuala Berang – Belukar Bukit – Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu Kerosakan Di Jambatan Sungai Semenyih, Seksyen 349.50, Jalan Kuala Lumpur-seremban (FT001), Daerah Hulu Langat, Selangor Tarikh: 25 Januari 2022 Tempat: Daerah Hulu Langat, Selangor Pemeriksaan Forensik telah dijalankan oleh Bahagian Kejuruteraan Forensik apabila satu (1) aduan kerosakan di Jambatan Sungai Semenyih, Seksyen 349.50, Jalan Kuala Lumpur – Seremban (FT001), Daerah Hulu Langat, Selangor telah diterima pada 24 Januari 2022 daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Kerosakan yang dilaporkan berlaku pada struktur pier head jambatan. Kerosakan tersebut berlaku semasa kejadian banjir pada 18 Disember 2020 dan dimaklumkan oleh penduduk berdekatan bahawa air sungai adalah sangat deras dan mencecah paras soffit rasuk pada masa kejadian. Pemeriksaan Forensik Jambatan dilaksanakan bagi memberikan laporan maklumat siasatan daripada aspek kejuruteraan terhadap kerosakan jambatan bagi penambahbaikan kebolehkhidmatan dan integritistruktur jambatan. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 14


LAWATAN TAPAK Lawatan tapak oleh Y.Brs. Pengarah Kanan Cawangan Jalan bersama Y.Brs. Pengarah Kejuruteraan Geoteknik bagi memantau kualiti kerja di tapak mengikut masa dan kos yang ditetapkan. Lawatan bagi tujuan audit di tapak melibatkan Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) bagi setiap disiplin yang bertujuan memantau status pengambilan balik tanah, kewangan, kerja-kerja pembinaan di tapak, kekangan dan solusi kepada masalah di tapak, perancangan kerja berkala dan reka bentuk yang dilaksanakan secara Building Information Modelling (BIM). Model Level of Development 200 (LOD 200) peringkat reka bentuk awalan adalah yang telah dibentangkan oleh pihak perunding BIM Kontraktor. Pasukan BIM diarahkan untuk memberi ulasan berkaitan prestasi, kecukupan dan persembahan model tersebut. Projek Sarawak-Sabah Link Road, Lawas Tarikh: 25 Ogos 2022 Tempat: Tapak Projek Sarawak-Sabah Link Road Lawatan ke Pusat Geospatial Negara (PGN) di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli, Putrajaya Tarikh: 14 November 2022 Tempat: Wisma Sumber Asli, Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli, Putrajaya Unit Building Information Modelling (BIM) Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB), Pasukan Building Information Modelling (BIM) Cawangan Jalan (CJ) & Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) diminta untuk berkongsi pelaksanaan BIM melalui projek-projek jalan dan jambatan di bawah Cawangan Jalan dan teknologi terkini yang digunakan semasa pelaksanaan dalam integrasi fungsi GIS pada perisian Autodesk. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ulasan pihak geospatial negara dalam pengemaskinian data di dalam manual MS1759:2015 dan beberapa manual berkaitan. Seterusnya, pembentangan oleh pegawai-pegawai di Geospatial Negara secara terperinci mengenai pengemaskinian Malaysia Standard (MS) 1759:2015 yang memerlukan maklumat dan data BIM di JKR bagi melengkapkan standard-standard tertentu. Program ini bertujuan mengkaji potensi integrasi model BIM dan Geographic Information System (GIS) dalam melaksanakan reka bentuk projek bangunan dan infrastruktur oleh JKR. 15


LAWATAN TAPAK Lawatan Tapak oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan ke Projek Membina Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan Tarikh: 12 April 2022 Tempat: Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Unit Projek Khas (UPK) Zon Utara menerima Lawatan Tapak oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Ybrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim sempena lawatan teknikal sebelum persaraan beliau. Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) ke Projek Membina Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak Ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan Tarikh: 1 Disember 2022 Tempat: Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah, Perak Unit Projek Khas (UPK) Zon Utara menerima lawatan daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bagi melihat kemajuan kerja dan mengenalpasti permasalahan di tapak bagi projek tersebut. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 16


LAWATAN TAPAK Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Marang, Terengganu Tarikh: 25 Januari 2022 Tempat: Tapak Projek Jambatan Sungai Marang Majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya bersama Menteri Besar Terengganu adalah bertujuan sebagai simbolik permulaan sesebuah projek pembinaan. Majlis ini dianjuran oleh Unit Projek Khas (UPK) Timur 1. Factory Acceptant Test (FAT) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Tunggal 2 Lorong 2 Hala Kepada Jalan Berkembar 4 Lorong 2 Hala Di Seksyen 8.50 Di Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT51), Daerah Seremban, Negeri Sembilan Tarikh: 30 November 2022 Tempat: OKA Concrete Industries Sdn. Bhd Unit Projek Khas (UPK) Zon Selatan 2 membuat lawatan tapak untuk melihat Factory Acceptant Test (FAT) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Tunggal 2 Lorong 2 Hala Kepada Jalan Berkembar 4 Lorong 2 Hala Di Seksyen 8.50 Di Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT51), Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan teknikal ini dijalankan bagi melihat sendiri proses pengujian bahan sebelum pengunaan di tapak. 17


LAWATAN TAPAK Lawatan ke Kilang API Precast Marketing Sdn. Bhd. bagi menjalankan Bending Test untuk RC Pile Tarikh: 26 September 2022 Tempat: Lot 9022, Jalan Sungai Buaya, Kampung Koskan, 48200 Rawang, Selangor Unit Projek Khas (UPK) Zon Tengah 1 mengadakan lawatan ke Kilang API Precast Marketing Sdn. Bhd. bagi menjalankan Bending Test untuk RC Pile. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat proses ujian lenturan cerucuk tersebut dijalankan sama ada mencapai spesifikasi piawai atau tidak sebelum digunakan di tapak. Lawatan Turun Padang (TUPA) Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Projek di Bawah Seliaan Perbadanan Putrajaya (PPJ) Tarikh: 25 Ogos 2022 Tempat: Pembinaan Fly Over sepanjang 300m dari Jalan P15H ke Persiaran Timur bagi tujuan penyuraian trafik Pegawai daripada Unit Projek Khas (UPK) Zon Tengah 2 turut serta menghadiri Lawatan Turun Padang (TUPA) Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ke Projek di Bawah Seliaan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Lawatan ini bertujuan untuk melihat status pelaksanaan projek dan membicangkan dengan lebih terperinci isu-isu berbangkit berkenaan projek tersebut. Pihak yang terlibat terdiri daripada pihak JKR, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 18


LAWATAN TAPAK Lawatan Kerja YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ) Ke Projek Central Spine Road (CSR) Tarikh: 1 Oktober 2022 Tempat: Pejabat Tapak JKR Seksyen 2B : Paloh 2 Ke Bukit Sejuk Unit Projek Khas (UPK) ECER 1 menerima lawatan kerja YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ) ke Projek Central Spine Road (CSR). Lawatan bertujuan memantau kemajuan fizikal di tapak pembinaan. Percubaan Penggunaan Produk Syarikat Geveco Sdn. Bhd. Bagi Permohonan Kelulusan Produk Perabot Jalan Di JKR Di Daerah Hulu Selangor, Selangor Tarikh: 17 Mac 2022 Tempat: Jalan Persekutuan di dalam Daerah Hulu Selangor, Selangor. Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) bersama Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) melawat tapak percubaan penggunaan produk Syarikat Geveco Sdn. Bhd. Permohonan Kelulusan Produk Perabot Jalan di JKR di daerah Hulu Selangor, Selangor. Lawatan tapak ini bertujuan untuk melihat sendiri prestasi produk Road Marking yang digunakan. Antara produk yang diuji di tapak ialah Plastiroute Rumble Strip, Aquaroute Waterborne Roadmarking Paint dan Premark Preformed Thermoplastic. Ujian yang dijalankan di tapak ialah Retro- Reflectivity Test dan Skid Test (Wet and Dry). Hasil ujian ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kelulusan Produk Jalan (JKR-LLM). 19


LAWATAN TAPAK Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Jalan Persekutuan FT3208 ke Jalan 132 Kaki Di Kawasan UMW High Value Manufacturing Park (UMW HVMP) Di Serendah, Selangor) Tarikh: 14 Mac 2022 Tempat: Masjid Perodua Serendah, Selangor Taklimat tender dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada kontraktor berkenaan projek yang bakal dilaksanakan. Lawatan tapak adalah perlu semasa taklimat tender bagi kontraktor mengenalpasti keadaan sebenar di tapak. Aktiviti dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Tengah. Menaiktaraf Jalan Pelabuhan Utara dari Klang Container Terminal (KCT) ke Northport, Pelabuhan Klang, Selangor Tarikh: 4 November 2022 Tempat: Tapak Projek Lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Timur diadakan bagi memantau kerja-kerja resurface di atas Jambatan Parang. Lawatan melibatkan pihak JKR dan kontraktor dan bertujuan bagi memastikan kerjakerja yang dijalankan ditapak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Projek Menggantikan Jambatan FT008/004/70 Bentong, Pahang Tarikh: 7 November 2022 Tempat: Tapak Projek Lawatan tapak untuk melihat lokasi cerucuk dan memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity) oleh Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Timur. Aktiviti yang dijalankan adalah memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam dan mengkaji hubungan di antara bebanan dan penurunan cerucuk. Lawatan melibatkan pihak JKR dan kontraktor Kunjungan Hormat bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) Wilayah Persekutuan Tarikh: 28 Jun 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Lawatan Kerja Menteri Kanan Kerja Raya ke Projek Membina Jalan Tuju ke Jambatan Kuala Kurau, Perak Tarikh: 20 Jun 2022 Tempat: Daerah Kerian, Perak Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Utara berbesar hati menerima lawatan kerja dari Menteri Kerja Raya bersama Ketua Pengarah Kerja Raya ke Projek Membina Jalan Tuju ke Jambatan Kuala Kurau, Perak. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan di antara pihak Head of Project Team (HOPT), Superintendent Officer (SO) Unit Projek Khas (UPK) Zon Tengah 1 dan JKPTG bagi membincangkan isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi mempercepatkan melancarkan proses PBT tersebut. 20


LAWATAN TAPAK Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001 dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang oleh YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya Tarikh: 11 September 2022 Tempat: Projek Menaiktaraf Jalan FT001, Dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001 dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang oleh YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya (turut dihadiri oleh Ybrs. Ir.Hasmi Bin Ahmad, Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), yang menjalan tugas Pengarah Kanan) yang telah siap dan dibuka kepada orang awam. Lawatan Teknikal Sepanjang Jajaran Projek Pakej 1 ke yang diselia oleh UPK ECER 3 Tarikh: 16 Jun 2022 Tempat: Sepanjang Jajaran Projek Pakej 1 Unit Projek Khas (UPK) Zon Utara 2 telah menjalankan lawatan teknikal ke tapak projek bagi memastikan keadaan tapak siap sepenuhnya mengikut skop yang ditetapkan dalam kontrak sebelum Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: Kerja - Keja Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan - Kampung Lekir) Perak Tarikh: 16 November 2022 Tempat: Sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: Kerja - kerja Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan - Kg. Lekir) Perak. Unit Projek Khas (UPK) Zon Utara 2 menerima lawatan tapak Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya bagi melihat kemajuan projek sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: Kerja - Keja Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan - Kampung Lekir) Perak. 21


AUDIT Audit Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) bagi fasa Level of Development 400 (LOD400) dan LOD500 bagi Projek Flyover Wakaf Bharu , Kelantan dan Projek Jalan Pasir Hor, Kelantan bagi kedua-dua projek ini adalah untuk memantau keberkesanan dan kualiti model BIM LOD400 yang dihasilkan semasa pembinaan mengikut jadual perancangan dan kos yang ditetapkan. Audit Pelaksanaan BIM bagi Fasa LOD400 dan LOD500 bagi Projek Flyover Wakaf Bharu , Kelantan dan Projek Jalan Pasir Hor, Kelantan Tarikh: 2 November 2022 Tempat: Pejabat Tapak Projek Fly Over Wakaf Bharu, Kelantan Pembentangan simulasi 4D pembinaan yang di integrasikan bersama program jadual kerja Critical Path Method (CPM) telah dibentangkan bertujuan mendapat pengesahan dan kelulusan oleh pihak berkuasa melulus. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 22 Audit Pematuhan Perolehan Kerja Oleh Kementerian Kewangan Di Cawangan Jalan Tarikh: 3-5 Oktober 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Ckip, Tingkat 8, Blok F, Ibu Pejabat Jkr Malaysia Bahagian Pengurusan Portfolio (PMO) diarahkan sebagai penyelaras bagi sesi pengauditan di antara pihak Auditor dan Auditee (HOPT) yang terlibat. Objektif pengauditan ini adalah bertujuan untuk penyemakan terhadap pematuhan perolehan dan dokumentasi pelaksanaan perolehan kerja di Cawangan Jalan. Seramai 5 orang Auditor dari Kementerian Kewangan terlibat dalam sesi pengauditan. Audit Silang TMP 2022 Cawangan Jalan Tarikh: 9 Disember 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat dan Tapak Projek Menaiktaraf Jambatan SHAS Pasukan Projek daripada Unit Projek Khas ECER 2, projek CSR Pakej 4:Kg. Relong ke Raub, Pahang (Seksyen 4D-Kuala Dong ke Tanah Bercangkul) telah ditugaskan sebagai auditor. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat semakan dan penilaian bagi pematuhan terhadap pelaksanaan Pengurusan Trafik di tapak.


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Kursus Semakan Reka Bentuk Jalan Negeri Peringkat Negeri Selangor Tarikh: 28-29 September 2022 Tempat: JKR Negeri Selangor Kursus Semakan Reka Bentuk Jalan Negeri yang dihadiri dan dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Tengah dihadiri seramai 25 orang peserta. Kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan sintesis dalam bidang-bidang utama dalam Geometrik Jalan. Kursus ini juga memberi pengetahuan dalam merekabentuk geometri penjajaran, persimpangan, rekabentuk turapan dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem jalan raya di Malaysia. Peserta akan didedahkan kepada prosedur reka bentuk jalan. Antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah reka bentuk geometri, penjajaran datar dan tegak, keratan rentas, reka bentuk pavemen dan persimpangan. Kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) 14001:2015 & Environmental Management Plan (EMP) & Environmental Protection Works (EPW) Bagi Projek Jalan Tarikh: 11-12 MEI 2022 Tempat: Bilik Mawar 1, KKR Program di bawah JKK Jalan Hijau dengan memberi kesedaran dan pendedahan SPAS, EMP dan EPW kepada pegawai dan pelaksana di Cawangan Jalan. Kursus ini dihadiri dan dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar Technical Sharing Bahagian Reka Bentuk Jambatan Tarikh: Sepanjang 2022 Tempat: Bilik Berlian , Tingkat 2, Menara PJD Pada tahun 2022, Bahagian Reka Bentuk Jambatan telah berjaya menganjurkan beberapa sesi Technical Sharing bersama pihak industri terutamanya yang melibatkan reka bentuk jambatan. Sesi ini dapat memberi peluang kepada semua perekabentuk menambah pengetahuan mengenai produk serta teknologi terkini sekaligus berkongsi idea bersama pihak industri. Bengkel Bayaran Penyeliaan Tapak Perunding Bagi ProjekProjek Zon Timur Tarikh: 19 Oktober 2022 Tempat: Pejabat Tapak Central Spine Road (CSR) Pakej 4C, Raub, Pahang Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dalam proses bayaran berkaitan perunding bagi semua projek di oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Timur. 23


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Sharing Knowledge - Left Turn Lanes On Intersection Tarikh: 1 Julai 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat BKT, Menara PJD Bahagian Kejuruteraan Trafik (BKT) mengadakan sesi sharing knowledge bagi memberi pendedahan kepada pegawai BKT berkaitan dengan Left Turn Lanes on Intersection (rujukan ATJ). Peserta yang terlibat merupakan penolong jurutera dan jurutera BKT sendiri. Bahagian Kejuruteraan Trafik menerima jemputan sebagai penceramah bagi Kursus Pengenalan Penilaian Kesan Trafik. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Head of Design Team (HODT) CKAS. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai CKAS yang menjalankan kajian Taffic Impact Assesment (TIA) atau menyemak laporan TIA. Kursus Pengenalan Penilaian Kesan Trafik kepada pegawai Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur (CKAS) Tarikh: 7-9 Jun 2022 Tempat: Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka Bengkel Infrastruktur Hijau untuk Jalan dan Lebuhraya di Peringkat Kementerian Kerja Raya Tarikh: 1 Jun 2022 Tempat: Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar telah menerima jemputan sebagai penceramah untuk Bengkel Infrastruktur Hijau untuk Jalan dan Lebuhraya di peringkat Kementerian Kerja Raya dengan tajuk 'Perancangan Dan Reka Bentuk Jalan Ke Arah Pemuliharaan Alam Sekitar' B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 24


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Bengkel Road Safety Officer (RSO) Tarikh: 23-24 Jun 2022 Tempat: Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Bengkel Road Safety Officer (RSO) oleh Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ). Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan JKR yang dilantik menjadi Road Safety Officer dalam menyediakan. Dihadiri oleh 30 orang peserta dari JKR Cawangan / Negeri/ Daerah/ Kader. Kursus Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan (TMWZ) Tarikh: 19-21 Julai 2022 Tempat: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang Kursus Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan (TMWZ) oleh Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ). Objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan asas tentang Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan yang meliputi pelbagai aspek keselamatan. Dihadiri oleh peserta dari pegawai kakitangan JPS Ampang. Kursus Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) Tarikh: 16 - 17 Ogos 2022 Tempat: Bilik Kuliah AL-Battani, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Kursus Rawatan Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan (Blackspot) oleh Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ). Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan JKR tentang skop permasalahan lokasi Blackspot dan cadangan rawatan di lokasi berkenaan. Dihadiri oleh 30 orang peserta dari JKR Cawangan /Negeri/Daerah/Kader. 25


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Kursus Siasatan Forensik Kemalangan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sarawak Tarikh: 29-30 November 2022 Tempat: Kuching, Sarawak Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) telah dijemput oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menyampaikan Kursus Siasatan Kemalangan Jalanraya yang dihadiri oleh 120 orang dari seluruh Majlis Perbandaran Negeri Sarawak. Kursus in disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani dan Ir. Hidra Hasbee bin Jamil Kursus Siasatan Forensik Kemalangan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Tarikh: 24-25 Mei 2022 Tempat: Cyberjaya Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah & hands on bagi Kursus Siasatan Forensik & Keselamatan Jalan Raya oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kursus ini disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani & Ir Hidra Hasbee bin Jamil dan dibantu oleh Cik Nur Atikah binti Fauzi. Kursus Road Safety Inspection oleh Perbadanan Putrajaya Tarikh: 12-13 November 2022 Tempat: Melaka Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) telah dijemput untuk menyampaikan Kursus Road Safety Inspection oleh Perbadanan Putrajaya. Kursus ini disampaikan oleh Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani Kursus Audit Keselamatan Jalan (Peringkat 1-5) bagi Pembangunan Tepi Jalan (PTJ) - Peringkat Negeri Kedah Tarikh: 4-6 Oktober 2022 Tempat: JKR Sarawak Bahagian Audit Program Keselamatan Jalan (BAPKJ) telah dijemput untuk menyampaikan pengetahuan asas Audit Keselamatan Jalan daripada Peringkat 1 sehingga 5 bagi Pembangunan Tepi Jalan (PTJ). Kursus ini dihadiri oleh peserta dari negeri Sarawak B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 26


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Kursus Koordinasi Model Siri I Tarikh: 24-26 Januari 2022 Tempat: MyBIM Centre Pasukan Building Information Modeling (BIM) telah menganjurkan kursus bagi memberi kefahaman berhubung proses kerja yang komprehensif bagi membangunkan model berinfomasi untuk projek jalan dan jambatan menggunakan prinsip BIM khususnya. Dengan menggabungkan features, commands, dan teknik untuk merekabentuk, mengedit, dan menghasilkan maklumat penting untuk penghasilan BIM dengan perisian Naviswork. Pendekatan hands-on exercise sepanjang kursus ini membantu kerja – kerja penghasilan model 3D. Latihan akan disediakan dalam format bercetak serta format pada skrin yang terpapar pada interface perisian Naviswork Manage. Kursus ini dicadangkan supaya peserta dapat: i. Membangunkan kompetensi dan kemahiran untuk menggunakan perisian BIM (BIM Software) iaitu Autodesk Naviswork Manage; ii. Memahami prosedur untuk melaksanakan koordinasi bagi model jalan dan jambatan bagi projek jalan yang mengadaptasikan BIM di Cawangan Jalan. Kursus Koordinasi Model Siri II Tarikh: 21-23 Mac 2022 Tempat: MyBIM Centre Kursus siri II yang dianjurkan oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) ini adalah sambungan daripada siri I untuk membangunkan kompetensi dan kemahiran pegawai Cawangan Jalan untuk menggunakan perisian BIM . Kursus ini dicadangkan supaya peserta dapat: i. Membangunkan kompetensi dan kemahiran untuk menggunakan perisian BIM iaitu Autodesk Naviswork Manage lanjutan daripada kursus siri I; ii. Memahami prosedur untuk melaksanakan koordinasi bagi model jalan dan jambatan bagi projek-projek di Cawangan Jalan. 27


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Kursus Koordinasi Model Siri I oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) Tarikh: 22 Jun 2022 Tempat: Tingkat 18, Menara PJD Sistem J-CLOUD merupakan sistem penyimpanan data yang telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Malaysia (BTM) bertujuan sebagai Common Data Environment (CDE) bagi platform perkongsian data yang akan digunapakai bagi pelaksanaan projek BIM di JKR. Sistem J-CLOUD ini hanya dapat diakses dan ditadbir oleh pegawai JKR sahaja dan semua aturan perkongsian data di dalam J-CLOUD kepada perunding/ kontraktor adalah tertakluk kepada pentadbir J-CLOUD tersebut. Justeru, bagi setiap kakitangan JKR yang terlibat dengan projek BIM adalah diwajibkan untuk mengetahui tatacara penggunaan J-CLOUD Sistem ini berfungsi sebagai medium perkongsian fail BIM di antara pihak JKR, kontraktor dan perunding sepanjang tempoh pelaksanaan projek bermula peringkat fasa reka bentuk, pembinaan sehingga fasa penyerahan. Objektif utama permohonan mengadakan taklimat ini adalah bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua pegawai JKR yang terlibat dengan pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan mengendalikan sistem J-CLOUD. Program Building Information Modelling (BIM): reVIEW bagi Projek Membina Jalan dari Semadong ke Bukit Chabang, Beseri, Perlis Tarikh: 16 Jun 2022 Tempat: Tingkat 2, Blok F, IP JKR Malaysia Program BIM: reVIEW ini bertujuan untuk melihat keberkesanan dan potensi pelaksanaan BIM di JKR selaras dengan arahan KPKR menerusi Pelan Strategik 2020-2025. Projek Membina Jalan dari Semadong ke Bukit Chabang, Beseri, Perlis yang dilaksanakan secara Konvensional Dalaman telah terpilih untuk diaudit untuk dibentangkan markah dan keputusan kepada Y.Bhg. Dato' KPKR. Personel yang dinilai kebolehfungsian dan prestasi adalah terdiri daripada BIM Manager, BIM Coordinator dan BIM Modeller di dalam pasukan Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT). Pelan Pelaksanaan BIM sepanjang kitar hayat projek telah dinilai dan penilaian ini mengkhususkan kepada peringkat perancangan dan reka bentuk. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 28


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Bengkel Sistem JKR E-Tender (Jet) Tarikh: 25 Julai 2022 Tempat : Ruang Pejabat BKUB Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kejuruteraan Ukur Bahan (BKUB). Objektif pengajuran bengkel adalah pengenalan kepada pegawai mengenai Sistem JKR E-Tender. Agar dapat memberi kefahaman kepada para peserta. Bengkel Pemurnian dan Semakan Kecukupan Dokumen Permohonan bagi Penyediaan Permohonan Projek/ Program Pembangunan Baharu di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP3, RMKe12) Kementerian Kerja Raya Malaysia Tarikh: 25-28 Januari 2022 Tempat: Tingkat 9, Bilik Perbincangan, Bahagian Pengurusan Portfolio Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan dokumen permohonan bagi RMKE-12 RP3 dalam keadaan lengkap dan teratur sebelum dikemukakan kepada Bahagian Perancang Jalan (BPJ), KKR untuk diangkat seterusnya ke agensi bagi tujuan kelulusan. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Portfolio (PMO). Persediaan Program Intensif Calon Profesional JKR 2022 Tarikh: 2 September 2022 Tempat: Bilik Berlian, Tingkat 2, Blok G Objektif Program ini adalah untuk: i. Memberi panduan dan pendedahan kepada pegawai JKR untuk memiliki kelayakan profesional bertauliah Profesional Engineer (PE) untuk kemajuan kerjaya. ii. Memberi panduan untuk memahami prosedur permohonan pendaftaran Jurutera Profesional melalui Board of Engineers Malaysia (BEM). iii. Memberi panduan dan kaedah penyediaan laporan teknikal dan pengalaman kerja untuk persediaan menghadapi Professional Assesment Examination (PAE) dan Professional Competency Examination (PCE). 29


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Kursus Pengurusan SKALA Bagi Projek Sabah dan Sarawak Tarikh: 7-9 Jun 2022 Tempat: Bilik Komputer, Tingkat 14, Blok F, Ibu Pejabat JKR Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Portfolio (PMO) dan dirancang untuk dilaksanakan secara kaedah penyampaian syarahan dan praktikal (hands-on). Objektif kursus ini untuk melatih pegawai-pegawai Head of Project Team (HOPT) Cawangan Jalan untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam SKALA bagi projek pembinaan yang telah diserahkan ke JKR Sabah dan Sarawak sebagai SO. Seramai 12 orang peserta daripada empat (4) Bahagian Pengurusan Projek Cawangan Jalan terlibat dan penceramah daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Bengkel Pengurusan Risiko Bil. 1 Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas dari Seksyen 23.10 - Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman Tarikh: 3-5 Oktober 2022 Tempat : Hompton Beach Hotel, Pulau Pinang Objektif pengajuran bengkel adalah pengenalan kepada pegawai mengenai Sistem JKR E-Tender B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 30


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Bengkel Basic Occupational First Aid, CPR And AED Tarikh: 26 & 27 September 2022 Tempat : Pejabat Tapak JKR Seksyen 2C Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Projek Khas (UPK) ECER 1 ini dijangka mampu untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai pentingnya tatacara dan pertolongan cemas dan menentukan tindakan yang betul dalam memberi rawatan. Kursus Critical Path Method (CPM) Tarikh: 4 & 5 Oktober 2022 Tempat: Pejabat Tapak JKR Seksyen 4a, Kampung Berembang, 27100 Pandang Tengku , Kuala Lipis, Pahang Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Projek Khas (UPK) ECER 4. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk : i. Memahami akan pentingnya perancangan, menganggar sumber, budget, penjadualan kerja dalam memperbaiki prestasi pelaksanaan projek; ii. Memastikan peserta faham elemen-elemen penting dalam menyediakan program kerja; iii. Mengetahui kaedah-kaedah pengurusan projek dalam software seperti menentukan tempoh kerja eds: (dq/pr), fast tracking, crashing, anggaran kos dan kaedah CPM untuk menjana jadual kerja yang tepat iv. Mengetahui data-data projek yang diperlukan berdasarkan Jadual Kerja S-curve kewangan dan fizikal; 31


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Sesi Town Hall Penilaian Impak Sosial (SIA) Tarikh: 26 Februari2022 Tempat: Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Saujana Impian, Kajang, Selangor Sesi Town Hall Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 Dari Persimpangan Batu 9, Ke Persimpangan Jalan Dato' Alias termasuk Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor ini bertujuan untuk memaklumkan gambaran tentang pelaksanaan projek dan memerlukan responden sosial yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat/ Institusi Kerajaan dan Awam, kedai-kedai dan penduduk/ pemilik tanah di kawasan sekitar cadangan tapak untuk dinilai bagi membentuk langkahlangkah pengurangan impak sosial yang selaras dengan projek ini. Persediaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Program/ Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya Tahun 2022 - Projek Menaiktaraf Persimpangan FT29/ FT31 Daerah Sepang, Selangor Tarikh: 27-29 September 2022 Tempat: Bilik Latihan Mawar 3 Blok B Kementerian Kerja Raya Pembentangan maklumat projek kepada pihak KKR bagi penyediaan KPO Program/ Projek Pembangunan Kementerian Kerja Raya bagi projek-projek yang terpilih. Sesi Knowledge Sharing - Microsoft Excel ; Apa Yang Ada Perlu Tahu dan Kesejahteraan Psikologi Tarikh: 14 OKTOBER 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar Perkongsian ilmu berkenaan Microsoft Excel & kesejahteraan psikologi ini dianjukan oleh Bahagian Pengurusan Projek Zon Luar Bandar bagi memberi lebih kefahaman di kalangan peserta. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 32


KURSUS, BENGKEL DAN PERKONGSIAN ILMU Bengkel Project Lesson Learned (PLL) Cawangan Jalan Tahun 2022 Tarikh: 13 Jun 2022 Tempat : Bilik Tacca, Tingkat 18, Menara PJD Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) ini adalah bertujuan untuk: i. Memberi pendedahan dalam tatacara penyediaan Laporan PLL mengikut format CPAB yang terkini. ii. Laporan PLL untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada warga Cawangan Jalan. iii. Tajuk PLL yang terpilih ialah Projek Naiktaraf Laluan FT60 Dari Damar Laut ke Changkat Jering, Perak (Pakej 1: CH0 – CH 10400) dan Projek Menyiapkan Jalanraya Simpang Pulai–Lojing–Gua Musang–Kuala Berang, Pakej 6A: Dari Aring ke Sempadan Kelantan/ Terengganu. iv. Peserta yang terlibat terdiri daripada UPK Zon Utara 2, UPK ECER 3, BPP Utara dan BPP Timur. Mesyuarat Penyelarasan dan Pemurnian Need Statement bagi Projek Reka & Bina Cawangan Jalan Tarikh: 3 & 4 Ogos 2022 Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam 2, Aras 1 Blok G, Menara Kerja Raya Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) menganjurkan mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini dan memurnikan dokumen Need Statement bagi Projek Reka & Bina Cawangan Jalan sebelum ianya diterbitkan. 33


MESYUARAT Mesyuarat Penyediaan Dokumen Pelan Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Test Plan-ITP) Projek Cawangan Jalan Tarikh: 7 - 9 Jun 2022 Tempat: Institut Latihan FAMA Kota Bharu, Kelantan Penyediaan Dokumen Pelan Pemeriksaan dan Pengujian (Inspection and Test Plan-ITP) Projek Cawangan Jalan Sebagai Rujukan Pasukan Projek. Mesyuarat Pemantauan Projek Cawangan Jalan Tarikh: Setiap Bulan Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia Mesyuarat yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Portfolio (PMO) ini diadakan setiap bulan yang dipengerusikan oleh Dato' TKPKR atau PKCJ dan dihadiri Jurutera Awam Penguasa Kanan atau wakil setiap bahagian yang terlibat. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah bagi memantau prestasi fizikal projek dan kewangan di peringkat perancangan dan pembinaan. Road Engineering Association Asia & Australasia (REAAA) Governing Council Members For The 118th Council Meeting Tarikh: 17 Oktober 2022 Tempat: ChristChurch, New Zealand Delegasi JKR YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman, YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa dan Ir. Hamzah bin Hashim menjadi wakil Malaysia menghadiri REAAA Governing Council Members For The 118th Council Meeting yang berlangsung di Christchurch, New Zealand. : B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 Antara objektif mesyuarat ini adalah i. Untuk meningkatkan kepakaran teknikal dalam kejuruteraan jalan raya. ii. Untuk menyediakan peluang perkongsian pengetahuan dan rangkaian di seluruh industri iii. Untuk memupuk, menyokong dan membangunkan golongan muda profesional 34


MESYUARAT Mesyuarat Unit Projek Khas (UPK) Zon Selatan 2 Tarikh: 9 Ogos 2022 Tempat: Pejabat Tapak Tangkak Antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah: i. Perbincangan berkenaan pentadbiran UPK Zon Selatan 2 ii. Perbincangan berkenaan status kemajuan projek iii. Perbincangan berkenaan isu dan masalah projek - projek di UPK Zon Selatan 2 Mesyuarat HRMIS Cawangan Jalan 2022 Tarikh: 20 - 22 Julai 2022 Kings Green Hotel, Melaka Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS). Antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah: i. Memantapkan pengetahuan dan pemahaman di kalangan pentadbir HRMIS Cawangan Jalan berkaitan penambahan kriteria dan kompenan KPI HRMIS. ii. Memastikan KPI mencapai tahap peratus yang telah ditetapkan. 35


MESYUARAT Mesyuarat Champion Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Utara, Cawangan Jalan 2021/ 2022 Tarikh: 15 September 2022 Tempat: Bilik Perbincangan Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Utara Antara aktiviti Champion Pavement ialah Bengkel Persediaan Professional Engineer (PE) BRJ Zon Utara yang diadakan pada 15 September 2022 bertempat di BRJ Zon Utara. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada calon PE 2023. Calon PE akan diberi tunjuk ajar berkaitan format penyediaan Laporan Pengalaman dan Teknikal, serta Surat Ringkasan Pengalaman. Carta Perbatuan Perlaksanaan Program juga dibincangkan. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menyemak & Mengemaskini Arahan Teknik Jalan (ATJ) 16/03 (Pindaan 2015) – A Practical Guide for Environmental Protection & Enhancement Works oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar Tarikh: 22 Februari 2022, 31 Mac 2022 & 20 April 2022 Tempat: Bilik Berlian, Tingkat 2, Menara PJD Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Menyemak & Mengemaskini Arahan Teknik Jalan (ATJ) 16/03 (Pindaan 2015) yang diadakan oleh Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar bertujuan untuk menyemak dan mengemaskini ATJ 16/03 dan lukisan standard berkaitan perlindungan alam sekitar agar mematuhi Akta/ Undangundang agensi berkaitan yang terkini dan rekabentuk semasa. Mesyuarat Program Penjimatan Tenaga Menara PJD Tarikh: 11 Mac 2022 & 14 Oktober 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Rafflesia CASKT Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar menghadiri mesyuarat ini mewakili Cawangan Jalan di Menara PJD dalam melaporkan pencapaian penggunaan tenaga dan memantau serta memastikan bahagian-bahagian Cawangan Jalan sentiasa mengamalkan langkah-langkah penjimatan tenaga. Sesi Pengesahan Penemuan Kajian Semakan Separuh Penggal Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 bersama Pihak Berkepentingan bagi Sektor Pengangkutan Tarikh: 29 November 2022 Tempat: Bilik Tenaga 2, Aras UG, Malaysia Green Technology and Climate Change Carporation (MGTC) Mewakili JKR ke Sesi Pengesahan Penemuan Kajian Semakan Separuh Penggal Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 bersama pihak berkepentingan bagi Sektor Pengangkutan. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 36


MESYUARAT Mesyuarat Penyediaan Garis Piawaian Building Information Modeliing (BIM) Infrastruktur Jalan Tarikh: 4 Oktober 2022 Tempat: Bilik Mutiara 1, Blok G, IP JKR Malaysia Mesyuarat oleh Pasukan Building Information Modeling (BIM) ini bertujuan untuk menyediakan Pelan Pelaksanaan Penyediaan Garis Piawaian dan Manual BIM Infrastruktur Jalan pada tahun 2022 dan 2023. Selain itu, turut membincangkan secara terperinci mengenai kandungan yang harus dimasukkan di dalam garis panduan tersebut. Pembentangan oleh ahli pasukan BIM telah dilaksanakan untuk tujuan pengesahan Ketua Bahagian Pasukan BIM, CJ sebelum diangkat kepada kelulusan pegawai atasan. Mesyuarat Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAA), Universiti Tun Husein Malaysia (UTHM) bersama Pasukan Building Information Modeliing (BIM), Cawangan Jalan, JKR Malaysia Tarikh: 27 September 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat 1, FKAA, UTHM Mesyuarat Kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina UTHM Bersama Pasukan Building Information Modeling (BIM), Cawangan Jalan, JKR Malaysia ini melalui lawatan dan pembentangan oleh kedua-dua pihak bagi menerangkan hala tuju organisasi masing-masing dalam pelaksanaan BIM secara dalaman mahupun manfaat industri. Pasukan BIM JKR telah membentangkan pelan pelaksanaan BIM bagi projek-projek jalan dan jambatan di Cawangan Jalan JKR. Di samping itu, juga menerangkan hala tuju dan harapan JKR melalui sektor di bawah Kementerain Pengajian Tinggi dalam meluaskan kajian berkaitan potensi BIM di dalam bidang-bidang yang berkaitan. Pihak UTHM telah membentangkan hala tuju BIM dalam sektor pendidikan dan manfaat kepada tenaga pengajar, pelajar dan penggiat industri melalui penubuhan BIM satelit bagi infrastruktur jalan, lebuhraya dan metro. Objektif utama ialah saling bertukar solusi dan cadangan pelan pelaksanaan secara holistik bagi manjayakan pelaksanaan BIM pada masa kini dan akan datang. 37


MAJLIS PENYERAHAN PROJEK Majlis Penyerahan Projek Jambatan FT001/319/50 Daerah Seremban Negeri Sembilan oleh Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Tengah Tarikh: 27 Januari 2022 Tempat: Hotel Royal Chulan Seremban dan Tapak Projek Lawatan ini diadakan bagi tujuan penyerahan projek kepada pelanggan. Majlis ini dihadiri oleh pihak JKR, pelanggan dan kontraktor Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan Sungai Tanjung Pagar FT003/466/70 Dungun, Terengganu Tarikh: 14 September 2022 Tempat: JKR Dungun Majlis penyerahan projek siap kepada Kementerian Kerja Raya. Majlis ini dihadiri oleh pihak KKR, JKR, Kontraktor dan beberapa agensi lain. Majlis Penyerahan Projek Menggantikan Jambatan Sg. Rawan FT003/372/40 Kuantan, Pahang Tarikh: 29 Mac 2022 Tempat: JKR Kuantan Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Tengah mengadakan sesi lawatan bagi tujuan penyerahan projek. Majlis ini dihadiri oleh pihak JKR, Pelanggan dan kontraktor. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 38 Majlis Penyerahan Projek Siap di bawah Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Utara kepada pihak pelanggan telah disempurnakan oleh Ir. Che Zabidi bin Che Ani, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya selaku Pegawai Penguasa dan YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sesi pembukaan Jalan FT001, Dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, bersama YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT). Pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Jalan, Bahagian Reka Bentuk Jalan 3 Dan Kejuruteraan Pavemen, Bahagian Reka Bentuk Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional perunding dengan harga kontrak asal sebanyak RM 340,390,000.00 oleh kontraktor Sinar Mec Holdings Sdn Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 19 Disember 2017 dan siap pada 20 April 2022 iaitu 15 hari lebih awal daripada tarikh siap sebenar. Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan FT001, dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Tarikh: 11 September 2022 Tempat: Lokasi tapak di Kampung Pantai Merdeka, Pulau Pinang


MAJLIS PENYERAHAN PROJEK Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan Dari Kuala Temoyong Ke Teluk Baru Dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah Tarikh: 2 November 2022 Tempat: Langkawi, Kedah Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pengarah Projek bagi projek FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas kepada Unit Projek Khas (UPK) Zon Utara 1 YBrs. Ir. N Naelah binti Mat Kasa. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu K.I Engineering Sdn. Bhd. Skop utama projek FT004 Gerik/ Kupang/ Lunas adalah melibatkan naiktaraf jalan sedia ada daripada jalan tunggal 2 lorong kepada 4 lorong 2 hala sepanjang 12.6 km dengan kos projek RM299 juta. Majlis Perlantikan Pengarah Projek Dan Penyerahan Surat Setuju Terima Bagi Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT004, Gerik/Kupang/Lunas Dari Seksyen 23.10 – Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman Tarikh: 9 Ogos 2022 Tempat: Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya Majlis Penyerahan Projek Siap telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Sesi pembukaan Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia bersama YBrs. Tuan Ir. Mohd Sharom bin Ahmad, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT). Pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan dan Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional Perunding dengan harga kontrak asal sebanyak RM66,261,660.00 (termasuk GST) oleh kontraktor Potensi Cekal Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 24 Januari 2018 dan siap pada 25 September 2022. 39


SEMINAR 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasific Regional Congress Tarikh: 11-13 Oktober 2022 Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur Bahagian Rekabentuk Jalan (BRJ) Zon Utara telah mengambil bahagian dalam 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasific Regional Congress. Wakil Bahagian, Ir. Fatimah Nuri binti Mohd Yusof, Jurutera Awam Penguasa Kanan telah membentangkan manuskrip bertajuk Comparative Study of Thickness And Cost For Road Structure Layer Design Based on Catalogue And Nomograph Method pada hari pertama seminar. Manakala, pegawai lain telah telah turut menjayakan seminar sebagai jawatankuasa bagi Pendaftaran dan Technical Visit Committee bagi membantu dalam proses pendaftaran peserta juga aktiviti lawatan teknikal ke tapak pembinaan. 11th Malaysia Road Conference & Exhibition 2022 and 4th International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress Tarikh: 12 Oktober 2022 Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur Jurutera Awam Penguasa Kanan, Ir. Hj. Mohamad Sharip bin Wahijan dari Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Luar Bandar telah membentangkan kertas bertajuk Challenge towards Sustainable Road Development in Malaysia Perspective pada hari ke 2 persidangan. 11th Malaysian Road Conference And Exhibition 2022 And 4th International Road Federation Asia-Pasific Regional Congress Tarikh: 11-13 Oktober 2022 Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur Pembentangan kertas teknikal oleh Pn. Fifie Haniezah binti Hamdan bersama Ir. Rohana binti Yaakub di 11th Malaysian Road Conceference & Exhibition 2022 bertajuk Relationship Between Time Headway And Speed In Malaysia Urban Arterial Road - Mengkaji hubungan antara headway dan halaju dalam konteks jarak antara kenderaan yang bergerak dalam arah yang sama serta faktor yang mempengaruhi kesesakan dan isipadu trafik di waktu puncak dan bukan puncak yang dipengaruhi oleh headway. Mengekalkan laluan yang selamat antara kenderaan adalah penting untuk pemanduan yang selamat, kerana ia membolehkan pemandu bertindak balas terhadap perubahan trafik dan mengelakkan perlanggaran. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 40


SEMINAR 11th Malaysian Road Conference & Exhibition and International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress Tarikh: 11 -13 Oktober 2022 Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur Sempena 11th Malaysian Road Conference & Exhibition and International Road Federation Asia-Pacific Regional Congress, Bahagian Rekabentuk Jambatan telah dianugerahkan Road Engineering Excellence Award 2022 menerusi projek Jambatan Menghubungkan Kg Lambor Kiri ke Kg Lambor Kanan merentasi Sungai Perak selaku Prinsipal Designer. Piala anugerah telah di sampaikan oleh YB. Menteri Kerja Raya kepada Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jambatan, Cawangan Jalan iaitu Ir. Tuan Khusairry bin Tuan Abdul Manaf. 11th Malaysian Road Conference & Exhibition And 4th International Road Federation Asia-pacific Regional Congress Tarikh: 11-13 Oktober 2022 Tempat: World Trade Centre, Kuala Lumpur Dua (2) orang wakil dari Bahagian Kejuruteraan Trafik (BKT), Cawangan Jalan telah dipilih menjadi peserta bagi ahli jawatankuasa program dan pembentang. Tema program pada tahun ini ialah “Towards Resilient Road Infrastructure” dan tajuk pembentangan BKT ialah Mobile Origin-Destination (O-D) Data Using OD Apps. 4th JKR Research Colloquium (JKRRC 2022) Tarikh: 09-10 Ogos 2022 Tempat: CREaTE, Melaka Pembentangan Poster Kertas Kerja Teknikal daripada Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) bertajuk: 1. Road Accident Forensic And Reconstruction: Statistics & Findings oleh Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani 2. An Analysis On The Effect Of Geometric Elements On Traffic Accidents At Curves oleh Ir. Hidra Hasbee bin Jamil 41


EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM Gotong Royong EKSA Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Utara Tarikh: 30 Mei 2022 Tempat: Ruang Kerja BPP Zon Utara Aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan bilik Cempaka dan mengemas ruang kerja. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk: i. Meningkatkan kebersihan di ruang kerja pegawai ii. Menambah baik sistem pengudaran pejabat Aktiviti Mengecat Ruang Masuk Ke Pejabat Tarikh: 2 Disember 2022 Tempat: Ruang Legar BPP Luar Bandar Pegawai Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Luar Bandar mengecat ruang masuk ke pejabat. Objektif aktiviti ini agar dapat meningkatkan keceriaan ruang pejabat di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 42


EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM Gotong Royong Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Timur Tarikh: 25 Januari 2022 Tempat: Ruang Pejabat BRJ Zon Timur Aktiviti keceriaan pejabat termasuk program EKSA dan program kitar semula. Program Mengecat Ruang Masuk Ke Pejabat Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Tengah Tarikh: 30 Disember 2022 Tempat: Ruang Legar BRJ Zon Tengah Aktiviti keceriaan pejabat termasuk program EKSA dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Gotong Royong Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) Tarikh: 8-9 Disember 2022 Tempat: Ruang Kerja BPIS Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah: i. Menyisihkan atau mengasingkan dokumen yang masih boleh dipakai atau untuk dilupuskan ii. Menyusun semula turutan fail, bahan rujukan dan lain-lain mengikut kategori dan kegunaan iii. Melupuskan sisa buangan dokumen/ bahan rujukan dengan mengikut prosedur yang betul iv. Menyeragamkan dan menyusun semula ruangan pejabat mengikut tatacara EKSA 43


Sebagai penghargaan serta ucapan terima kasih atas khidmat dan kerjasama yang telah dicurahkan kepada BPP Zon Tengah dalam memastikan projek-projek jalan dan jambatan sentiasa berada dalam keadaan sistematik, ekonomi dan efisien. AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN Pertandingan Bowling Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Jalan (KESUJA) 2022 Tarikh: 19 Mac 2022 Tempat: Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Utara tidak ketinggalan menyertai pertandingan bowling anjuran KESUJA dan telah berjaya merangkul trofi seperti berikut: i. Juara Berkumpulan ii. uara Individu Wanita iii. Tempat Ketiga Individu Wanita Majlis Perpisahan Ir. Ts. Muhammad Syahreen bin Saa'don dan En. Mohd Faizal bin Hamzah Tarikh: 22 September 2022 Tempat: Ideas Hotel, Melaka Majlis telah diadakan bagi meraikan dua (2) orang pegawai daripada pejabat ini yang mendapat kenaikan pangkat dan kelulusan cuti belajar sepenuh masa. Pegawai berikut ialah Ir. Ts. Muhammad Syahreen bin Saa'don yang telah naik pangkat sebagai Jurutera Awam Kanan (J48) dan ditempatkan di Bahagian Audit Integriti dan En. Mohd Faizal bin Hamzah yang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana secara sepenuh masa. Majlis Jasamu Dikenang Kepada Kakitangan Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Tengah Yang Telah Bertukar Tarikh: Sepanjang Tahun 2022 Tempat: Sekitar pejabat B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 44


AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN Program Tugu Trail Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Luar Bandar Tarikh: 4 November 2022 Tempat: Bukit Tugu, Kuala Lumpur Beriadah bersama dan merapatkan ukhwah semua pegawai di bahagian termasuk pemandu kenderaan projek. Bowling Bahagian Pengurusan Projek (BPP) Zon Luar Bandar Tarikh: 4 Mac 2022 Tempat: Gurney Bowl UTM Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan. 45 Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil sempena menyambut bulan Ramadhan Tarikh: 1 April 2022 Tempat: Bilik Perbincangan Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS) Majlis bertujuan membuat persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan Majlis Perpisahan Pegawai BPKS Cawangan Jalan Tarikh: 29 September 2022 Tempat: Restoren Sri Kunyit Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan bagi mengenang jasa Ir. Hasmi pegawai yang besara.


AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN Program Kecergasan Bukit Tugu Tarikh: 19 Disember 2022 Tempat: Taman Bukit Tugu, Kuala Lumpur Aktiviti beriadah bersama yang diadakan oleh Bahagian Reka Bentuk (BRJ) Zon Timur ini bertujuan merapatkan ukhwah semua pegawai di bahagian termasuk pemandu kenderaan. Ziarah Pegawai yang Dimasukkan ke Hospital Tarikh: 25 Mei 2022 Tempat: Ara Damansara Medical Centre Pn. Hasniah binti Mat Ali telah dimasukkan ke wad disebabkan paras gula tinggi. Wakil Bahagian Reka Bentuk (BRJ) Zon Tengah diketuai Ir. Mohd. Khairuul Khair Shah bin Abdullah Sani bersama dua pegawai telah mengadakan ziarah di Ara Damansara Medical Centre. Semua kakitangan bahagian mengharapkan agar beliau diberikan kesembuhan yang cepat dan kembali bertugas seperti sedia kala. Sumbangan Kepada Pegawai Yang Terlibat Kemalangan dan Dimasukkan Hospital Tarikh: 15 Disember 2022 Tempat: Hospital Kuala Lumpur Pada 12 Disember2022, seorang pegawai Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Tengah Ir. Mohd Norsahrizal bin Mohammed Shahruni telah terlibat kemalangan di Jalan Tun Razak sewaktu hendak pajabat di Menara PJD. Beliau telah dihantar ke hospital Kuala Lumpur. Bagi meringankan urusan keluarga mangsa pihak BRJ Zon Tengah telah mengutip derma kilat dan menyampaikan kepada isteri beliau melalui Ir. Mohd Khairuul Khair Shah Bin Abdullah Sani bagi pihak BRJ Zon Tengah. Dengan sumbangan itu dapatlah kiranya meringan beban keluarga mangsa. Semoga Ir. Mohd Norsahrizal bin Mohammed Shahruni cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Program Ziarah Ramadhan Tarikh: 28 April 2022 Tempat: Kediaman Pn. Shuzilawati binti Zulkefli Di kesempatan bulan Ramadhan yang mulia, warga Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Selatan telah menyampaikan sumbangan dan menziarahi Pn. Shuzilawati binti Zulkefli yang sedang bercuti sakit. Didoakan agar beliau dalam keadaan sihat sejahtera & semoga cepat sembuh. Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Tarikh: 8 Oktober 2022 Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia En. Mohd Azlan bin Nobiran dan Pn. Fifie Haniezah binti Hamdan telah menyertai Larian Keluarga KKR semperna sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KKR Tahun 2022. B U L E T I N C AWA N G A N J A L A N 2 0 2 2 46


AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN Pertandingan Bowling KESUJA 2022 Tarikh: 19 Mac 2022 Tempat: Sunway Megaland, Sunway Pyramid. Sebanyak 3 orang wakil dari Bahagian Kejuruteraan Trafik (BKT), Cawangan Jalan telah dipilih menjadi peserta Pertandingan Bowling KESUJA 2022. BKF telah mendapat tempat ketiga bagi acara bowling berkumpulan dan tempat kedua bagi acara individu wanita. Sanitasi Pejabat Tarikh: 10 March 2022 & 15 March 2022 Tempat: Ruang Pejabat Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Tengah Seperti diketahui umum, Malaysia telah dilanda pandemik COVID-19 dengan kes pertama yang dilaporkan pada 23 Januari 2020. Cara penularan COVID-19 adalah melalui titisan pernafasan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini boleh tersebar di permukaan objek dan permukaan di sekelilingnya sebelum menjangkiti individu lain. Pada Mac 2022, beberapa pegawai dari BRJ Zon Tengah telah disahkan positif COVID-19. Bagi mengelak penularan jangkitan. En. Md. Arif bin Ahmad Kasmir dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab apabila terjadi kes COVID-19 di bahagian ini. Majlis Sambutan Hari Lahir Pegawai Tarikh: Sepanjang tahun 2022 Tempat: Ruang Legar Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Tengah Majlis Sambutan Hari Lahir diadakan bagi meraikan serta menjaga kebajikan setiap warga BRJ Zon Tengah dan ia juga dapat mengeratkan hubungan dengan semua kakitangan serta merasakan diri mereka lebih dihargai. Sambutan Hari Lahir Pegawai Tarikh: Sepanjang tahun 2022 Tempat: Ruang Legar Bahagian Reka Bentuk Jalan (BRJ) Zon Selatan Meraikan sambutan hari lahir warga BRJ Selatan mengikut bulan kelahiran masing-masing dengan memotong kek hari jadi. 47


Click to View FlipBook Version