The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pdf syair seratus siti puisi tradisional antologi nilai insan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nornaziatul30, 2022-08-06 09:28:21

pdf syair seratus siti puisi tradisional antologi nilai insan

pdf syair seratus siti puisi tradisional antologi nilai insan

SYAIR SERATUS SITI

PUISI TRADISIONAL
(ANTOLOGI NILAI INSAN)

-CIKGU NISHA-

SYAIR SERATUS SITI

Tersebut pula suatu perkataan,
Raja Malabari empunya kerajaan,
Sehari- hari bersuka- sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.




Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

Ada kepada suatu hari,
Baginda semayam di balai seri,

Dihadap sekalian hulubalang menteri,

Ramainya tidak lagi terperi.

Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.

Lasykarnya banyak beribu laksa,
Penuh sesak segenap desa,
Negerinya makmur sangat sentosa,
Sehari- hari suka termasa.

Baginda melihat kebesarannya,
Sangatlah takbur pada rasanya,
Lalu bertitah kepada menterinya,
Aku nan siapa tara bandingnya,

Adakah raja terlebih kaya,
Daripada aku terlebih mulia,
Akulah raja di dalam dunia,
Terlebih daripada aku manakah dia.

Baiklah segera kamu berkata,
Kepada aku supaya nyata,
Aku nan hendak mendengar warta
Adakah raja bermahkota.

Berdatang sembah seorang pahlawan,
Kaya tuanku tiada berlawan,
Serta adil dengan kelimpahan,
Rakyat tentera berkoyan- koyan.

Junaini Kasdan ( Penyelenggara)
Syair Seratus Siti,2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

RANGKAP 1- Kisah bermula tentang
Raja Malabari yang gemar berhibur,
Kebesaran kerajaan digambarkan
melalui jumlah rakyat yang sangat
banyak di bawah pemerintahan
baginda.
RANGKAP 2- Raja Malabari bukan
berbangsa Ajam ( selain Arab) Kerajaan
baginda sangat besar dan luas jajahan
takluk. Negara di bawah jajahan dan
naungan membayar ufti kepada
kerajaan baginda.
RANGKAP 3- Pada suatu hari,
hulubalang dan menteri menghadap
Raja Malabari di singgahsana. Keadilan
merreka dikatakan tersangat ramai.
RANGKAP 4- Dikisahkan jumlah yang
menghadap Raja Malabari terlalu ramai
sehingga terpaksa menunggu di luar
kota. Walaupun begitu, mereka gembira
dan suasana ketika itu sangat riuh.

RANGKAP 5-Dikhabarkan juga tentang
bilangan tentera Raja Malabari yang banyak
beribu juta sehingga di setiap desa terdapat
tentera baginda. Negeri baginda juga kaya dan
aman. Pada setiap hari, mereka bergembira

dan suka bertemasya.



RANGKAP 6- Apabila melihat akan kebebasan
kerajaan tersebut, baginda beraa amat takbur
serta angkuh, iaitu perasaan menganggap diri
sendiri lebih mulia, lebih hebat daripada orang

lain. Baginda bertitah kepada menterinya
bahawa kebesaran baginda tiada tolok

bandingnya dengan sesiapa pun di dunia.



RANGKAP 7- Raja Malabari bertanya tentang
keberadaan raja- raja yang terlebih kaya

daripada baginda. Baginda ingin mengetahui
raja yang mana lebih besar dan lebih hebat
daripadanya kerana baginda menganggap
bagindalah yang berkuasa dan hebat di dunia.

RANGKAP 8- Raja Malabari mendesak
menteri membberitahu baginda tentang raja
yang lebih besar dan mulia daripada dirinya
kerana baginda terlalu ingin mengetahuinya.



RANGKAP 9- Seorang pahlawan menghadap

lalu menyatakan bahawa kekayaan dan
keadilan Raja Malabari tiada tolok bandingnya

dengan sesiapa. Negara baginda juga
dikatakan hebat dengan jumlah lasykar atau

tentera yang terlalu besar bilangannya.

TEMA

.Syair ini mengisahkan tentang kehebatan dan
keangkuhan seorang pemerintah.
Keangkuhan tersebut adalah kerana Raja
Malabari menganggap baginda lebih tinggi,
mulia, unggul dan hebat daripada raja- raja
lain di dunia.

PERSOALAN

Keangkuhan pemerintah yang

menganggap diri lebih hebat dan mulia

daripada pemerintah lain.

Sikap takbur lahir daripada sifat riak dan
menganggap taraf kedudukan orang lain tidak
setanding dengan dirinya

Keamanan akan membawa kepada
kemakmuran negara

Kerajaan milik kerajaan Raja Malabari
yang aman menjadikan rakyat dan
negara baginda menjadi makmur

KEBESARAN DAN KETEGUHAN SESEBUAH
NEGARA KERANA JUMLAH RAKYAT DAN
TENTERA YANG BESAR BILANGANNYA.

Kebesaran dan keteguhan sistem
pentadbiran negara akan memberikan
kedaulatan dan penghormatan dari
negara lain kerana dianggap kuat dan
teguh.

.

PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN
SAKSAMA.

Negara milik Raja Malabari aman dan
makmur kerana rajanya memerintah
dengan adil dan saksama. Keadilan baginda
menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan
sejahtera dan harmoni . Baginda juga amat
disayangi oleh rakyat jelata.



KEKAYAAN MENYEBABKAN
SESEORANG LUPA DIRI

Raja Malabari menjadi takbur serta suka
berpesta kerana mempunyai kekayaan
melimpah.

PERASAAN TIDAK SENANG DAN
IRI HATI AKAN KELEBIHAN
ORANG LAIN

Raja Malabari tidak bersyukur akan
keadaan dan keberadaan
baginda.Baginda cuba membuat
perbandingan dan mencari
pemerintah yang lebih hebat dan kaya
daripada dirinya

NILAI

KETAATAN ( RAJA MALABARI
MEMPUNYAI TENTERA YANG SANGAT

RAMAI DAN MENURUT PERINTAH)

KASIH SAYANG ( PARA PEMBESAR DAN
RAKYAT MENYAYANGI RAJA YANG MENJAGA

KEDAULATAN NEGARA

BIJAKSANA ( RAJA MALABARI BIJAK
MENJAGA KERAJAAN BAGINDA DENGAN
MEMPUNYAI ASKAR DAN RAKYAT SERTA

PEMBESAR YANG BANYAK)

ADIL DAN SAKSAMA

( RAJA MALABARI MEMERINTAH NEGARA
DENGAN ADIL DAN SAKSAMA)

KEJUJURAN ( PAHLAWAN JUJUR DALAM
MENGATAKAN BAHAWA TIADA SIAPA

TANDINGINI KEKUASAAN DAN KEKAYAAN
RAJA MALABARI

HORMAT- MENGHORMATI ( PEMBESAR DAN
RAKYAT BEGITU MENGHORMATI RAJA

DENGAN MENURUTI SETIAP PERINTAHNYA.

rima akhir terdiri bentuk
terikat daripada 9 terikat
a,a,a,a
rangkap

BENTUK DAN
CIRI
mempunyai

jeda/hentian

terdiri 9-14

BILANGAN BARIS TERDIRI 3-5 suku kata
SAMA SETIAP PATAH setiap baris

RANGKAP IAITU 4 PERKATAAN
BARIS SERANGKAP SETIAP BARIS
SERANGKAP

GAYA BAHASA

HIPERBOLA (GAYA BAHASA

PERBANDINGAN YANG DIBUAT SECARA

BERLEBIH- LEBIHAN

CTH: BERLIMPAH SAMPAI KE TEPI KOTA,

BAHANA GEMURUH GEGAK GEMPITA,

LASYKARNYA BANYAK BERIBU LAKSA,

PENUH SESAK SEGENAP DESA.

ASONANSI ( PERULANGAN BUNYI VOKAL
DALAM BARIS YANG SAMA)
CTH: BANGSANYA AJAM BAGINDA ITU,
KERAJAAN BESAR BUKAN SUATU,
TAKLUK BANYAK SUDA TERTENTU,
MENGHANTAR UFTI SEKALIAN KE SITU,

ALITERASI ( PERULANGAN BUNYI
KONSONAN PADA BARIS YANG
SAMA)
CTH, BERDATANG SEMBAH SEORANG
PAHLAWAN,
KAYA TUANKU TIADA BERLAWAN,
SERTA ADI; DENGAN KELIMPAHAN,
RAKYAT TENTERA BERKOYAN-
KOYAN.

METAFORA ( MEMBANDINGKAN
ANTARA YANG BERSIFAT KONKRIT
DAN ABSTRAK )
CTH, LASYKARNYA BANYAK BERIBU
LAKSA,
PENUH SESAK SEGENAP DESA,
NEGERINYA MAKMUR SANGAT SENTOSA,
SEHARI- HARI SUKA TERMASA.

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version